Draf Garis Panduan Kurikulum.11 Sept

4
PANDUAN PELAKSANAAN KESEDARAN KOMUNITI ASEAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Latar Belakang 1. Mesyuarat Program Fokus Utama Komuniti ASEAN Kementerian Pendidikan Malaysia, Bilangan 2 pada 16 Julai 2014, yang dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Operasi Pendidikan) memutuskan pelaksanaan program kesedaran Komuniti ASEAN, publisiti dan promosi Komuniti ASEAN di peringkat sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Matrikulasi 2. Surat Siaran SPI ….. Pengenalan 3. Kesatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) merupakan satu kesatuan yang melibatkan hubungan serantau dan saling menyokong demi kepentingan bersama. 4. Negara-negara anggota ASEAN terdiri daripada Brunei Darusalam, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam yang rakyatnya mengamalkan pelbagai budaya, agama dan bahasa. 1

description

njkki

Transcript of Draf Garis Panduan Kurikulum.11 Sept

PEREKAYASAAN (REENGINEERING) PENGURUSAN DISIPLIN DALAM KALANGAN MURID DI SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN KESEDARAN KOMUNITI ASEAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Latar Belakang

1. Mesyuarat Program Fokus Utama Komuniti ASEAN Kementerian Pendidikan Malaysia, Bilangan 2 pada 16 Julai 2014, yang dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Operasi Pendidikan) memutuskan pelaksanaan program kesedaran Komuniti ASEAN, publisiti dan promosi Komuniti ASEAN di peringkat sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Matrikulasi

2. Surat Siaran SPI ..

Pengenalan

3. Kesatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) merupakan satu kesatuan yang melibatkan hubungan serantau dan saling menyokong demi kepentingan bersama.

4. Negara-negara anggota ASEAN terdiri daripada Brunei Darusalam, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam yang rakyatnya mengamalkan pelbagai budaya, agama dan bahasa.

5. Pendidikan merupakan kunci utama untuk melengkapkan murid dengan kemahiran yang diperlukan bagi membina masa depan yang lebih baik di rantau ini. Untuk mencapai matlamat ini, negara-negara anggota perlu bersama-sama berusaha memastikan generasi muda di sekolah mengetahui dan peka tentang kepentingan pertalian antara budaya, rakyat, ekonomi, kerajaan dan ekosistem.

6. Panduan Pelaksanaan Kesedaran Komuniti ASEAN dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini bertujuan untuk memberikan kesedaran Komuniti ASEAN.

Tujuan

7.Panduan ini bertujuan untuk membolehkan murid meneroka hubungan kemanusiaan bukan sahaja sebagai individu tetapi juga sebagai ahli masyarakat, negara dan rantau ASEAN.

Kaedah Pelaksanaan8.Program ini akan dilaksanakan melalui aktiviti 5 Minit Komuniti ASEAN. Kaedah pelaksanaan adalah seperti yang berikut:i. Program ini dilaksanakan pada sepanjang bulan Oktober 2014.ii. Pendedahan yang dilakukan kepada murid-murid dalam tempoh 5 minit pada waktu yang pertama 3 kali seminggu.(Selasa, Rabu, Khamis)iii. Pendedahan yang diberi kepada murid-murid hendaklah berpandukan kepada elemen komuniti ASEAN seperti yang dibekalkan pada lampiran.iv. Selain daripada pendedahan melalui aktiviti 5 Minit Komuniti ASEAN tersebut, guru digalakkan membuat pelbagai aktiviti semasa PdP di bilik darjah untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang Komuniti ASEAN khususnya dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, Sejarah dan Geografi, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Bahan rujukan

9. Bagi melaksanakan program kesedaran Komuniti ASEAN tersebut , guru boleh merujuk kepada bahan-bahan yang berikut:i.Lampiran 1-4ii. Layari ASEAN_Curriculum_Sourcebook.pdf

Pelaporan

10.Pihak pentadbir perlu menyediakan satu laporan pelaksanaan mengikut format yang disediakan seperti pada Lampiran 5, dan direkodkan bagi tujuan pemantauan pihak yang berkenaan.

Penutup

11. Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid bahawa mereka merupakan sebahagian daripada komuniti dalam wilayah ASEAN.

3