draf jurnal

download draf jurnal

of 26

description

cadangan kajian tindakan

Transcript of draf jurnal

Slide 1

SIDANG 2013/2014pgt 303pengantar penyelidikan dan kajian tindakan

Cadangan Kajian Tindakan : Penggunaan Token Ekonomi Untuk Memodifikasi Tingkah Laku Dan Penumpuan Kanak-kanak Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) Dalam Mata Pelajaran Matematik ( Operasi Tolak )Disediakan untuk :PENSYARAH : PM Dr Hashimah Bt. Mohd Yunus

Nama ahli kumpulanMohamad Aizulhakim Bin Alias 117686Muhamad Hafizuddin Bin Mohd Zain117695Muhamad Azeem Fiqri Bin Ruslan 117694Mohammad Fazreen Bin Mohd Jamal 117689Mohammad Aidil Adrie B. Abdul Razak117685

LATAR BELAKANG KAJIANMenurut Kasmini Kassim (1992), sindrom hiperkinesis iaitu kanak-kanak bermasalah pembelajaran Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD) digunakan untuk menerangkan tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta benda dan mudah mengalihkan perhatian terhadap sesuatu perkara.

Memilih ekonomi token sebagai program untuk diberikan peneguhan bagi kanak-kanak ADHD semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana ekonomi token ini akan dapat membantu kanak-kanak untuk membentuk tingkahlaku yang diingini dan dapat menarik perhatian kanak-kanak ADHD. Pernyataan Masalah KajianMasalah guru pendidikan khas dalam mengawal tingkah laku kanak-kanak ADHD ketika sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik.

Masalah tingkahlaku yang dialami oleh kanak-kanak ADHD ketika sesi pengajaran dan pembelajaran matematik dilaksanakan.

Persoalan KajianBagaimanakah penggunaan kaedah ekonomi token ini dapat membantu guru memodifikasikan tingkahlaku dan penumpuan kanak-kanak ADHD semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik ( operasi tolak )? Sejauh manakah, keberkesanan penggunaan ekonomi token dalam meningkatkan tingkah laku positif dan penumpuan kanak-kanak ADHD dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik (operasi tolak) ?Tujuan KajianMengkaji punca masalah tingkah laku murid ADHD dalam memberi tumpuan dalam mata pelajaran matematik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran pembelajaran operasi tolak berjalan.

Menguji tahap keberkesanan kaedah ekonomi token dalam modifikasi tingkah laku kanak-kanak ADHD.

Objektif KajianMenguji keberkesanan kaedah ekonomi token dalam memodifikasi tingkah laku kanak-kanak ADHD ketika sesi pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran matematik.Membantu guru mengawal tingkah laku kanak-kanak ADHD ketika proses pembelajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik.Meningkatkan tingkah laku positif dan penumpuan kanak-kanak ADHD semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik.Sorotan KajianMenurut Jansen (2001) menyatakan bahawa ADHD juga mempunyai kekacauan dalam tingkah laku, perasan hati, kerisauan, masalah saraf dan masalah dalam pembelajaran.

Manakala, menurut Psychiatric Association (1994)bagi ciri aspek tingkahlaku pula ialah sering keresahan tangan dan kaki tidak boleh duduk diam walaupun duduk di atas kerusi, sering meninggalkan tempat duduk didalam kelas atau dalam situasi yang diperlukan serta selalu berlari dan memanjat dalam situasi yang tidak sesuai.Sambungan Musser, Bray, Kehle, & Jenson menjalankan kajian terperinci mengenai sistem ekonomi token pada 2001. Hasilnya, mereka mendapati intervensi yang berjaya mengurangkan atau menghapuskan sikap tidak mendengar arahan secara umumnya dapat mengurangkan gangguan tingkah laku.

Metodologi kajian Reka bentuk kajian Kualitatif

Kaeah KajianPemerhatianTemubual

Mengaplikasikan model penyelidikan tindakan (Model Kemmis dan McTaggard, 1988)

Sampel KajianLima orang murid yang mengalami masalah ADHD di sekolah pendidikan khas sekitar Pulau Pinang. Prosedur mengumpul dataMembuat refleksi dengan memerhati tingkahlaku murid keatas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran matematik yang berlakuSemasa pemerhatian, pengkaji menyediakan nota lapangan iaitu catatan yang berkaitan dengan keberkesanan ekonomi token terhadap pembelajaran matematik.Jalankan temu bual bersama murid. Data yang diperoleh melalui temu bual ini dikumpul dan dianalisis.Membandingkan tingkahlaku murid yang mendapat token paling banyak dengan murid yang mendapat token yang sedikit.

Instrumen yang digunakanRakaman videoNota lapanganPerakam suaraSoalan temubual Borang pemerhatianProsedur analisis dataAnalisis rakaman video.Mentranskrip hasil temubual.Menganalisis hasil rekod pemerhatian.Perancangan TindakanMemperkenalkan sistem token ekonomi kepada murid.Melakukan sesi soal jawab terhadap guru matematik.Memerhatikan aktiviti yang dijalankan oleh guru di dalam kelas.Menyediakan ganjaran dalam bentuk token kepada murid.Murid yang dapat memberi tumpuan semasa guru mengajar dalam 10 minit akan diberi satu tokenSatu token mewakili 5 markah dan murid yang mendapat 30 markah keatas akan diberi hadiahBibliografiAppendiksInstrumen.Borang Pemerhatian Bagi Murid

AktivitiTingkah Laku PelajarKekerapan tingkah laku ditonjolkan1- Guru menerangkan kaedah ekonomi token.2- Guru memberi tahu pelakuan yang dikehendaki olehnya semasa proses P&P. 3- Guru memperkenalkan ganjaran yang akan diperolehi oleh kanak-kanak sekiranya pelakuan itu dapat di capai 4- Guru mencapai kata sepakat dengan kanak-kanak.Sambungan Soalan Temu Bual untuk guru Matematik.Adakah kanak-kanak ADHD mengikuti syarat semasa perlaksanaan kaedah ekonomi token?Adakah kanak-kanak ADHD gembira semasa perlaksanaan kaedah ekonomi token?Adakah kanak-kanak ADHD berusaha untuk mendapatkan ganjaran?Adakah kekerapan tingkah laku yang tidak diingini semakin berkurangan?Bagaimana reaksi kanak-kanak ADHD semasa menerima ganjaran yang dijanjikan?Bilakan ganjaran yang dijanjikan diberikan kepada kanak-kanak ADHD?Soalan Temu Bual untuk kanak-kanak ADHD.Adakah anda suka apabila menerima hadiah?Hadiah apa yang paling anda gemari?Kenapa melakukan tingkah laku tersebut?Adakah anda akan mendengar arahan jika tidak diberikan hadiah?Adakah anda akan mendengar arahan jika diberikan hadiah?Adakah anda faham tentang perlaksanaan kaedah ekonomi token?

SambunganBorang Soal Selidik.

Rancangan Pengajaran HarianAlat Bantu Mengajar ( prototaip )

SAMBUNGAN