Draf Ke2 Sce3133 Syikin

7
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Saya mengajar di salah sebuah sekolah di kawasan perkampungan di negeri Pulau Pinang. Saya mengajar Dunia Sains & Teknologi (DST) kelas Tahun 2 Nilam. Murid-murid saya terdiri daripada murid-murid yang boleh dikategorikan berada pada tahap lemah. Kebanyakkan daripada mereka tergolong dalam murid-murid LINUS. (Literasi & Numerasi). Namun begitu, masalah yang saya hadapi di sini adalah murid-murid saya agak lemah dalam subjek ini. Boleh dikatakan mereka agak lemah dalam semua topik dan sukar mengingati kembali apa yang telah diajar pada hari-hari sebelumnya. Misalnya hari ini saya mengajar tajuk makanan, sekiranya pada keesokan harinya saya bertanya tentang apa yang mtelah mereka pelajari semalam memang jawapan yang saya dapat amat mengecewakakan. Mereka menyatakan bahawa mereka terlupa atau tidak tahu. Sedangkan semalam mereka telah mempelajarinya. Sebab itu lah saya katakan bahawa mereka masih lemah lagi dalam semua topik. Apa yang saya maksudkan lemah ialah, mereka tidak dapat menyatakan jenis makanan mengikut fungsinya. Contohnya, : telur - makanan yang membantu untuk membesar, nasi makanan yang memberi tenaga; dan sayuran dan buahan – makanan untuk mengekalkan kesihatan.

description

free

Transcript of Draf Ke2 Sce3133 Syikin

Page 1: Draf Ke2 Sce3133 Syikin

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya mengajar di salah sebuah sekolah di kawasan perkampungan di

negeri Pulau Pinang. Saya mengajar Dunia Sains & Teknologi (DST) kelas

Tahun 2 Nilam. Murid-murid saya terdiri daripada murid-murid yang boleh

dikategorikan berada pada tahap lemah. Kebanyakkan daripada mereka

tergolong dalam murid-murid LINUS. (Literasi & Numerasi).

Namun begitu, masalah yang saya hadapi di sini adalah murid-murid

saya agak lemah dalam subjek ini. Boleh dikatakan mereka agak lemah dalam

semua topik dan sukar mengingati kembali apa yang telah diajar pada hari-hari

sebelumnya. Misalnya hari ini saya mengajar tajuk makanan, sekiranya pada

keesokan harinya saya bertanya tentang apa yang mtelah mereka pelajari

semalam memang jawapan yang saya dapat amat mengecewakakan. Mereka

menyatakan bahawa mereka terlupa atau tidak tahu. Sedangkan semalam

mereka telah mempelajarinya.

Sebab itu lah saya katakan bahawa mereka masih lemah lagi dalam

semua topik. Apa yang saya maksudkan lemah ialah, mereka tidak dapat

menyatakan jenis makanan mengikut fungsinya. Contohnya, :

telur - makanan yang membantu untuk membesar,

nasi – makanan yang memberi tenaga; dan

sayuran dan buahan – makanan untuk mengekalkan kesihatan.

Daripada pemerhatian saya, apabila sesi soal jawab dijalankan berkaitan

dengan jenis makanan dan fungsinya terhadap keseluruhan 28 orang murid

dalam kelas 2 Nilam ini terdapat hanya 3 orang murid sahaja dapat menjawab

dengan tepat, 8 orang boleh menjawab dengan bimbingan, 7 orang murid

keliru, manakala 10 orang tidak dapat menjawab langsung. Apabila ditanya

kepada murid ini mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut, 4

orang daripada mereka menjawab, “ saya sudah cuba hafal, tetapi tidak ingat

langsung” manakala 6 orang murid ini gagal membuat tugasan yang diberikan.

Apabila ujian bulanan atau peperiksaan dijalankan, 6 orang murid ini juga

selalu gagal. Setelah saya amati murid-murid yang lemah ini, mereka sukar

untuk mengingati isi pelajaran dan terdapat juga yang kurang berminat untuk

belajar.

Page 2: Draf Ke2 Sce3133 Syikin

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SCE3133 : DR SHAMSUN

Saya tidqk berpuas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan

ini. Kepentingan pemakanan yang sihat kepada mereka mendorong saya

mencuba dan terus mencuba untuk memahamkan topik pengelasan jenis

makanan ini. Saya telah berusaha untuk memahamkan mereka berkaitan jenis

makanan kerana perkara ini merupakan amalan pemakanan yang baik

berdasarkan kepada piramid makanan. Piramid makanan adalah penting untuk

kita mendapatkan tenaga, membantu membesar dan mengekalkan kesihatan.

1. Fokus Kajian

Saya telah menganalisis soalan-soalan berkaitan topik ini dalam ujian dan

peperiksaan. Saya dapati soalan-soalan daripada topik ini 5 hingga 10 soalan

akan ditanya. Jadi, jika murid dapat menguasai topic ini akan menyumbang

dan memberi peluang untuk mereka lulus. Masalah utama adalah murid perlu

mengingati dan memahami pengelasan makanan dan kepentingannya.

Saya yakin jika saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah

p&p, pencapaian murid ini akan dapat ditingkatkan. Gardner (1991)

mengatakan ketidak serasian antara kaedah mengajar dengan profil

kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang

minat terhadap sesuatu subjek.

Lantaran itu, saya telah menjalankan ujian topikal terhadap 28 orang murid

2 Nilam. Sebahagian daripada mereka boleh menjawab dengan betul dan

sebahagian lagi masih perlu dibimbing. Dalam ujian tersebut, ramai murid

membuat kesilapan di bahagian pengelasan makanan mengikut fungsinya.

Page 3: Draf Ke2 Sce3133 Syikin

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SCE3133 : DR SHAMSUN

2. Objektif Kajian

i.Objektif Am

Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid

mengelaskan jenis makanan mengikut fungsinya.

ii.Objektif Khusus

3.2.1 Membantu murid mengenal pasti jenis makanan yang memberi tenaga.

3.2.2 Membantu murid mengenal pasti jenis makanan yang membantu

membesar.

3.2.3 Membantu murid mengenal pasti jenis makanan yang mengekalkan

kesihatan.

3.2.4 Membina keyakinan diri seterusnya melahirkan murid yang kritis.

3.2.5 Menambahbaikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

3. Kumpulan Sasaran

Sasaran saya ialah enam orang murid Tahun 2 Nilam yang terdiri

daripada lima orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Murid-murid

ini terdiri daripada kalangan murid lemah. Mereka juga adalah dikategorikan

sebagai murid-murid LINUS.

Page 4: Draf Ke2 Sce3133 Syikin

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SCE3133 : DR SHAMSUN

4.1 Tinjauan Masalah

Untuk menyediakan kajian tindakan ini, beberapa kaedah yang

digunakan bagi mengenalpasti masalah. Saya menggunakan kaedah

pemerhatian dan ujian pra.

i. Pemerhatian

Daripada pemerhatian yang dibuat melalui proses pengajaran dan

pembelajaran, didapati kaedah hafalan menjadi masalah kepada murid-murid

lemah kerana terdapat terlalu banyak jenis makanan yang pelbagai. Walaupun

diajar berulang kali, namun keupayaan murid-murid ini sangat terhad.

ii. Ujian Pra

Saya mengedarkan latihan yang mengandungi sembilan soalan kepada

murid-murid. Setelah dua kali latihan dan Ujian Pra dijalankan kepada enam

orang murid sasaran ini menggunakan set soalan yang sama, mereka masih

gagal menjawab kesemua soalan.

iii. Soal selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid sasaran

untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan topik pengelasan makanan

dan fungsinya sebelum dan selepas FOOD GAME diperkenalkan.

Page 5: Draf Ke2 Sce3133 Syikin

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SCE3133 : DR SHAMSUN