Draf Minit MAT Ke-32 2014

10
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-32 KOPERASI SERI BERUAS BERHAD TAHUN 2014 Tarikh : Hari Sabtu 14hb Jun 2014 Masa : Jam 9.00 pagi Tempat : Dewan Inderawati Beruas, Perak. Kehadiran Anggota : a) Anggota Lembaga 15 orang b) Anggota 214 orang Jumlah 229 orang Turut Hadir : a) Tuan Hj. Kamarudin Bin On Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak A. MAJLIS PERASMIAN 1. Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis Majlis telah diacarakan oleh Tuan Hj Omar Bin Sharif, beliau mengalu-ngalukan kehadiran anggota dan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Hj. Kamarudin Bin On selaku Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak yang mewakili Tuan Hj Zainun Hamzan Bin Stapa, Tuan Pengarah SKM Negeri Perak kerana sudi hadir untuk merasmikan serta memeriahkan lagi majlis Mesyuarat Agung Tahunan pada pagi ini. 2. Bacaan Doa Disempurnakan oleh: Encik Ahmad Rofaie Bin Zahidin. 3. Ucapan Alu-aluan daripada Pengerusi KSBB, Tuan Hj.Baharudin Bin Montil. Bagi pihak Anggota Lembaga beliau mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua anggota koperasi yang berkesempatan hadir pada hari ini bagi menunaikan tanggungjawab tersebut. Begitu juga kepada Tuan Hj. Kamarudin Bin On yang sudi hadir bersama bagi merasmikan mesyuarat agung pada kali ini. Sebelum meneruskan ucapan beliau menjemput semua hadirin yang hadir untuk membacakan Surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada saudara-saudara yang telah terlebih dahulu meninggalkan dunia sepanjang setahun yang lalu, semoga roh mereka diberkati oleh Allah SWT. Al-Fatihah……Amin ya rabbal aalamin. 1

description

Minit Mesyuarat

Transcript of Draf Minit MAT Ke-32 2014

Page 1: Draf Minit MAT Ke-32 2014

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-32KOPERASI SERI BERUAS BERHAD TAHUN 2014

Tarikh : Hari Sabtu 14hb Jun 2014Masa : Jam 9.00 pagiTempat : Dewan Inderawati Beruas, Perak.

Kehadiran Anggota : a) Anggota Lembaga 15 orangb) Anggota 214 orang

Jumlah 229 orang

Turut Hadir : a) Tuan Hj. Kamarudin Bin On Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak

A. MAJLIS PERASMIAN

1. Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis

Majlis telah diacarakan oleh Tuan Hj Omar Bin Sharif, beliau mengalu-ngalukan kehadiran anggota dan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Hj. Kamarudin Bin On selaku Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak yang mewakili Tuan Hj Zainun Hamzan Bin Stapa, Tuan Pengarah SKM Negeri Perak kerana sudi hadir untuk merasmikan serta memeriahkan lagi majlis Mesyuarat Agung Tahunan pada pagi ini.

2. Bacaan Doa

Disempurnakan oleh: Encik Ahmad Rofaie Bin Zahidin.

3. Ucapan Alu-aluan daripada Pengerusi KSBB, Tuan Hj.Baharudin Bin Montil.

Bagi pihak Anggota Lembaga beliau mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua anggota koperasi yang berkesempatan hadir pada hari ini bagi menunaikan tanggungjawab tersebut. Begitu juga kepada Tuan Hj. Kamarudin Bin On yang sudi hadir bersama bagi merasmikan mesyuarat agung pada kali ini.

Sebelum meneruskan ucapan beliau menjemput semua hadirin yang hadir untuk membacakan Surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada saudara-saudara yang telah terlebih dahulu meninggalkan dunia sepanjang setahun yang lalu, semoga roh mereka diberkati oleh Allah SWT. Al-Fatihah……Amin ya rabbal aalamin.

Alhamdulillah, pada pagi ini beliau bagi pihak Anggota Lembaga akan membentangkan beberapa laporan mengenai koperasi ini sepanjang setahun yang lalu. Seperti semua anggota sedia maklum jumlah pendapatan koperasi pada tahun lalu telah menurun dengan agak banyak iaitu RM907,371.85 berbanding RM1,523,702.67 pada tahun 2013 dan setelah ditolak perbelanjaan pentadbiran dan faedah pinjaman jangka panjang keuntungan bersih yang diterima adalah sebanyak RM400,530.12. Maka jumlah ini akan diagih-agihkan kepada beberapa Kumpulan Wang yang wajib dibayar dan selebihnya akan dimasukkan ke tabung-tabung yang telah disediakan untuk manfaat kepada semua anggota. Selain dari itu Anggota Lembaga Koperasi telah pun bersetuju untuk mencadangkan kepada mesyuarat agung hari ini supaya Dividen untuk anggota bagi tahun 2013 diluluskan sebanyak 10% yang akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM203,556.82. Walau bagaimanapun kesemua bantuan serta sumbangan yang layak diterima oleh anggota masih terus berjalan seperti biasa malah Mesyuarat ALK yang lalu telah bersetuju mengekalkan saguhati kehadiran mesyuarat agung hari ini pada kadar RM300.00 seorang.

Beliau meneruskan ucapan dengan melaporkan pihak pengurusan telah melaksanakan kerja-kerja penebangan pokok sawit dan penanaman semula di Ladang Raja Hitam secara berperingkat. Untuk fasa pertama seluas lebih kurang 100 ekar tanah telah dikerjakan pada awal tahun lalu. Proses penanaman semula ke atas ladang tersebut telahpun dijalankan, In shaa Allah kawasan ini akan mula mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Berikutan itu pendapatan koperasi akan

1

Page 2: Draf Minit MAT Ke-32 2014

mengalami sedikit kemerosotan pada tahun ini, oleh itu pihak pengurusan berharap semua ahli akan dapat memahami keadaan kewangan koperasi supaya sekiranya peratus sumbangan dikurangkan di masa-masa yang tertentu, berdasarkan kepada kedudukan semasa kewangan koperasi. Bagi fasa kedua dan seterusnya kerja-kerja penebangan dan penanaman semula akan dilaksanakan setelah perancangan rapi yang mengambilkira aspek kos, tenaga kerja, masa dan cuaca dilakukan. Mengenai tanah-tanah koperasi, alhamdullillah aset hartanah koperasi di ladang Buruk Bakul, ladang Pintu Gerbang dan ladang Paya Besar telah bertambah tanpa pembiayaan pinjaman. Pertambahan hartanah ini dilihat sebagai pelaburan, serta penambahan pendapatan koperasi berikutan tanah-tanah ini telah ditanam pokok sawit.

Bulan Mei 2014 yang lalu merupakan genap satu tahun perniagaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu beroperasi. Pihak pengurusan dan semua anggota hendaklah memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana perniagaan ini telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dari pihak pengurusan kepada pihak SKM kerana pinjaman RM5juta yang diluluskan sebagai tambahan modal pusingan telah banyak membantu perniagaan ini untuk terus berkembang. Dalam tempoh dari 22/05/2013 hingga 12/06/2014 jumlah pelanggan yang diterima telah mencecah kepada 523 orang dengan jumlah pengeluaran pinjaman sebanyak RM3,876,503.60. Hasil daripada itu koperasi telah mendapat Bayaran Balik Pinjaman sebanyak RM1,504,211.39 dan Upah Simpan kira-kira RM152,790.93. Buat masa ini, jumlah pendapatan yang diperolehi hanya mampu menampung kos perbelanjaan perniagaan ini sahaja, keuntungannya akan mula dicapai apabila perniagaan ini telah masuk ke tahun ketiga selepas dilancarkan seperti mana yang dirasai oleh koperasi-koperasi lain yang menjalankan perniagaan ini. Beliau menjemput semua anggota untuk berdoa agar perniagaan Ar-Rahnu ini akan terus berjaya dan menjadi pendapatan terbesar kepada koperasi ini selepas kelapa sawit. Promosi secara berkala telah dilaksanakan oleh pihak koperasi, walau bagaimanapun sokongan daripada semua anggota untuk turut mempromosikan perniagaan ini kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang lain supaya membuat gadaian emas di kedai Ar-Rahnu yang menjalankan urusniaga berlandaskan Islam adalah amat bermakna.

Sepertimana biasa pada mesyuarat agung kali ini, seramai lima (5) orang anggota lembaga akan gugur mengikut giliran. Mereka terdiri daripada beliau sendiri, Tuan Hj. Baharudin bin Montil, En Zahiddin bin Hj Zamri, En Taharen bin Abd Malik, Tn Hj Omar bin Sharif dan Tn Hj Lamsah bin Mohd Baki. Adalah difahamkan kesemua mereka ingin menawarkan diri untuk dipilih semula kecuali Tn Hj Lamsah bin Mohd Baki.

Dalam kesempatan ini juga beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu koperasi ini dalam menjayakan perniagaannya. Sebelum menyudahi ucapan, beliau sekali lagi mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Kamarudin bin On selaku Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak yang mewakili Tuan Pengarah SKM Negeri Perak kerana sudi untuk merasmikan mesyuarat agung pada kali ini.

Akhir kata beliau bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi memohon ampun dan maaf kiranya terdapat kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan semasa memegang jawatan ini selama tempoh setahun yang lalu.

Sekian. WASSALLAM.

3. Ucapan Perasmian daripada Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak, Tuan Hj Kamarudin bin On.

Beliau memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada pihak koperasi di atas kesudian menjemput beliau merasmikan majlis ini. Untuk ucapan, beliau hanya mengulas sedikit ucapan pengerusi KSBB, laporan mesyuarat kali ke-32 ini dan laporan kewangan tahun 2013 serta beberapa perkara lain yang beliau ingin sampaikan kepada semua anggota yang hadir pada mesyuarat ini.

Beliau meneruskan dengan memaklumkan pihak SKM sentiasa mengikuti perkembangan koperasi ini serta koperasi-koperasi lain. Beliau lihat banyak kemajuan dan peningkatan yang telah dilaksanakan oleh koperasi ini. Setiap anggota dan pihak pengurusan telah menjalankan tanggungjawab dan komitmen dengan baik, hal ini adalah penting kerana tanggungjawab ini menentukan corak kemajuan dan kejayaan sesebuah koperasi. Syabas dan tahniah beliau ucapkan. Seterusnya untuk makluman semua anggota, SKM melaksanakan Dasar Koperasi Negara. Tahun ini merupakan pelaksanaan Dasar Koperasi Negara ke-2 di mana bidang ekonomi utama yang sedang ditekankan dan ditingkatkan adalah seperti:-

a) kewanganb) pemborongan dan peruncitanc) kesihatan dan penjagaan dirid) pertanian asas tani dan perladangane) pelancongan

2

Page 3: Draf Minit MAT Ke-32 2014

Berdasarkan laporan beliau dapati koperasi ini telahpun menjalankan beberapa bidang ekonomi yang disebut iaitu kewangan di mana pihak koperasi terlibat di dalam perniagaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu, pemborongan dan peruncitan dan perladangan kelapa sawit. Setakat ini, di Negeri Perak terdapat 6 buah koperasi yang menjalankan perniagaan pajak gadai Islam secara sendirian dan 3 buah lagi secara francais bersama Rakyat Management Services Sdn Bhd di bawah jenama Ar-Rahnu X’Change. Beliau menambah perniagaan pajak gadai Islam adalah satu alternatif serta merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam untuk mendapatkan wang tunai ataupun modal dengan kadar segera tanpa faedah serta sebagai tempat yang selamat untuk menyimpan emas dengan hanya membayar upah simpan sahaja. Hasil rekod pihak SKM, masih belum ada lagi koperasi-koperasi yang menjalankan perniagaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini yang mengalami kerugian. Oleh itu beliau menyeru semua anggota supaya terus menyokong serta tidak gusar dengan perniagaan yang dijalankan ini.

Beliau meneruskan ucapan dengan memaklumkan pihak SKM adalah suruhanjaya yang bertanggungjawab di dalam memberi panduan dan khidmat nasihat berkenaan perniagaan runcit. Hal demikian SKM juga turut terlibat di dalam Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR). Oleh itu sekiranya terdapat anggota-anggota yang berhasrat untuk menubuhkan koperasi atau yang telah terlibat di dalam koperasi lain yang berminat untuk turut serta di dalam program ini, anggota hanya perlu hubungi pihak SKM di wilayah berdekatan. Program ini merupakan program di mana kedai-kedai runcit yang dijalankan secara kecil-kecilan ditransformasikan kepada sebuah pasaraya. SKM juga amat menggalakkan koperasi-koperasi menjalankan bidang pelancongan. Galakan adalah seperti pinjaman semaksima RM10juta untuk menjalankan perniagaan bidang ini. Contoh-cotoh aktiviti perniagaan ini adalah seperti homestay, chalet ataupun hotel bajet. Antara koperasi yang menjalankan bidang ini ialah Koperasi Guru-Guru Melayu Larut, Matang, Selama dan Dinding Taiping Bhd di mana Hotel Taiping Perdana di Taiping Perak merupakan hotel milik koperasi tersebut. Mereka telah membuat pinjaman TMP-SKM sebanyak RM5juta daripada pihak SKM sebagai modal pusingan hotel tersebut. Beliau amat menggalakkan agar koperasi ini turut terlibat di dalam bidang tersebut. Untuk pengetahuan semua anggota, bidang ekonomi yang masih lagi perlu dipertingkatkan serta perlu lebih banyak diceburi oleh sektor koperasi ialah perusahaan asas tani/kecil. Malaysia masih lagi bergantung dengan hasil asas tani yang diimport daripada negeri lain. Dari sudut positifnya, ini merupakan satu peluang yang perlu direbut oleh koperasi-koperasi di Malaysia agar masalah bergantung ke atas hasil import semata-mata dapat diatasi.

Di akhir ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada koperasi ini kerana tetap mencapai keuntungan walaupun keuntungan itu susut berbanding tahun sebelum ini. Sekiranya koperasi ini berhasrat untuk memberi dividen yang lebih tinggi pihak SKM tiada halangan ke atas pemberian dividen tersebut kerana pihak SKM pernah meluluskan peratusan dividen sehingga 50%, pihak koperasi hanya perlu membuat permohonan sahaja. Hal demikian relevan dengan konsep dan prinsip sesebuah koperasi itu di mana keuntungan dirasai oleh semua anggota tiada yang berkecuali. Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari koperasi ini kerana menjemput beliau bagi merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan lafaz Bismillah, beliau merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 tahun 2014 (jam 10.17 pagi).

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 Tahun 2014 telah dimulakan pada jam 10.25 pagi dengan kehadiran seramai 229 anggota yang melebihi korum untuk bermesyuarat.

B. MESYUARAT AGUNG DIMULAKAN

AGENDA 1Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-31 Tahun 2013

Minit telah dibentangkan oleh Encik Zahiddin Bin Hj. Zamri selaku Setiausaha. Pengesahan minit telah diterima sebulat suara atas

Cadangan: Puan Zaiton Binti Abdul Wahid Disokong: Puan Rokiah Binti Hussin

AGENDA 2Membentang dan Menerima Laporan Anggota Lembaga 2013/14

Laporan berkenaan telah dibentangkan oleh Encik Zahiddin Bin Hj. Zamri selaku Setiausaha. Laporan ini juga telah diterima sebulat suara atas

Cadangan: Encik Muhammad Azman Bin Nor

3

Page 4: Draf Minit MAT Ke-32 2014

Disokong: Tuan Hj Abdul Hamid Bin Sharif

AGENDA 3Menimbang dan Meluluskan Akaun Teraudit Koperasi Berakhir Pada 31.12.2013 serta Menimbang dan Menerima Laporan JK Audit Dalaman Tahun 2013

Akaun koperasi telah sempurna diaudit oleh Kamarul Azhar Consultant dan telah dibentangkan oleh Encik Taharen Abd.Malik selaku Bendahari. Akaun teraudit 2013 dan Laporan JK Audit Dalaman ini juga telah diterima sebulat suara atas

Cadangan: Puan Rokiah Binti Hussin Disokong: Puan Noraini Binti Abdul Majid

AGENDA 4Menimbang dan Meluluskan Pembahagian Keuntungan bagi Akaun Teraudit Koperasi berakhir pada 31.12.2013

Encik Taharen Bin Abd.Malik selaku Bendahari telah membentangkan pembahagian keuntungan tahun 2013 bagi pihak Anggota Lembaga seperti berikut:-

Dividen 2013 10% RM 203,556.82Honorarium Lembaga RM 22,500.00Tabung Pendidikan Anggota RM 23,831.54Tabung Kebajikan Anggota RM 23,831.54Tabung Jariah Am & Khairat Kematian RM 23,831.54Tabung Kebajikan Am RM 23,831.54

Pembahagian keuntungan ini telah diluluskan dengan sebulat suara atas

Cadangan: Encik Mohamad Bin Pilus Disokong: Tuan Hj Abdul Hamid Bin Sharif

AGENDA 5Memilih Anggota-anggota Lembaga Koperasi Yang Gugur Mengikut Giliran

Semua anggota lembaga lama yang gugur mengikut giliran telah dicalonkan semula untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun yang akan datang.

Mereka adalah seperti nama-nama berikut:-

Bil Nama ALK1 Tuan Hj Baharudin Bin Montil2 Encik Zahiddin Bin Hj Zamri3 Encik Taharen Bin Abd Malik4 Tuan Hj Omar Bin Sharif5 Tuan Hj Lamsah Bin Mohd Baki

Empat daripada lima nama di atas telah dilantik semula menjadi Anggota Lembaga KSBB kecuali Tuan Hj Lamsah Bin Mohd Baki yang digantikan oleh Tuan Hj Ab Rahim Bin Sharif atas

Cadangan: Encik Muhammad Azman Bin Mohd Nor

Sokongan: Encik Mohd Radzi

AGENDA 6Meluluskan Perlantikan Juru Audit Luar Untuk Mengaudit Akaun-Akaun Koperasi 2014

Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara melantik Kamarul Azhar Consultants untuk mengaudit akaun-akaun koperasi bagi tahun 2014 atas

4

Page 5: Draf Minit MAT Ke-32 2014

Cadangan: Encik Muhammad Azman Bin Mohd Nor Disokong: Puan Rokiah Binti Hussin

AGENDA 7Menimbang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi Tahun Kewangan 2015

Encik Taharen Bin Abd.Malik selaku Bendahari telah membentangkan Anggaran Belanjawan 2015 untuk diluluskan.

Mesyuarat telah bersetuju dan menerima anggaran tersebut sebulat suara atas

Cadangan: Encik Mohamad Bin Pilus

Disokong: Encik Yusuf Bin Mohd Nordin

AGENDA 8Menimbang dan Meluluskan Skop dan Had Maksima Pelaburan Koperasi

Mesyuarat telah bersetuju had maksima pelaburan koperasi sebanyak RM 10 juta atas

Cadangan: Tuan Hj Abdul Hamid Bin Sharif

Disokong: Encik Mohd Radzi

AGENDA 9Menentukan Had Maksima Keterhutangan Koperasi Iaitu Had Keterhutangan Bebas Sebanyak RM15 juta dan Had Keterhutangan Projek Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Sebanyak RM15 juta

Mesyuarat juga sebulat suara telah bersetuju jumlah had keterhutangan koperasi adalah sebanyak RM 30 juta di mana had keterhutangan bebas adalah sebanyak RM15 juta dan had keterhutangan Projek Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) juga sebanyak RM15 juta atas

Cadangan: Puan Rokiah Binti Hussin Disokong: Puan Wan Mazenah Binti Wan Nurizan

AGENDA 10Membentangkan cadangan permohonan bantuan pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju dengan cadangan permohonan bantuan pembangunan SKM atas

Cadangan: Encik Mohd Radzi Disokong: Sebulat Suara

AGENDA 11Melantik Satu Jawatankuasa Terdiri Daripada 6 Orang Anggota dan 4 Orang Anggota Lembaga Untuk Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Tahun 2014

Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara melantik mereka seperti berikut untuk menganggotai Jawatankuasa di atas:-

Anggota

Cadangan: Encik Mohd Radzi

a) Nama : Encik Muhammad Azman Bin Mohd Norb) Nama : Tuan Hj Mohamad Mahaidin Bin Mohtarc) Nama : Cik Hjh Narizah Binti Mohamadd) Nama : Puan Rokiah Binti Hussine) Nama : Puan Wan Mazenah Binti Wan Nurizanf) Nama : Puan Zaiton Binti Abdul Wahid

5

Page 6: Draf Minit MAT Ke-32 2014

Sokongan: Puan Noraini Binti Abdul Majid

Anggota Lembaga

Cadangan: Puan. Rokiah Binti HussinSokongan: Puan Noraini Binti Abdul Majid

AGENDA 12Membahas Usul-usul

Tiada usul yang diterima. Walau bagaimanapun pada sesi ini Tuan Pengerusi menjemput para anggota untuk mengemukakan pandangan atau cadangan untuk kemajuan koperasi ini. Encik Mohd Radzi telah menawarkan diri dan membuat cadangan seperti berikut:-

1. Beliau mencadangkan usul untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung adalah usul tergempar di mana usul tersebut dikemukakan ketika mesyuarat berlangsung. Hal demikian mengikut surat jemputan, usul hendaklah dikemukakan seminggu sebelum mesyuarat diadakan. Walau bagaimanapun berikutan surat jemputan sering lewat (kesilapan pos dan sebagainya) beliau serta anggota lain tidak dapat mengemukakan sebarang usul.

2. Beliau juga mencadangkan supaya pihak pengurusan mempertimbangkan supaya setiap anggota diberi pilihan sama ada dividen yang diperuntukan itu dikeluarkan oleh anggota atau dimasukkan ke dalam syer untuk cukupkan saham kepada RM10,000.00. Hal ini berikutan sewaktu pihak pengurusan membuat pelawaan untuk menambah saham kebanyakan anggota tidak berkesempatan serta tidak punya wang lebihan untuk berbuat demikian. Dengan pilihan seperti yang dicadangkan anggota dapat menambah saham mereka sedikit demi sedikit kerana bergantung kepada pilihan anggota sama ada untuk memasukkan semua atau separuh dividen yang diterima untuk mencukupkan saham. Cadangan ini turut disokong oleh Encik Muhammad Azman Bin Mohd Nor

Bagi cadangan-cadangan yang dikemukakan itu tadi,Tuan Hj Baharudin selaku Tuan Pengerusi dan Encik Abdul Sukor selaku Anggota Lembaga menjelaskan pihak Anggota Lembaga akan membuat kajian secara terperinci dan mendalam kemudiannya akan dibentangkan untuk kelulusan di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga akan datang.

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama kepadanya sehingga dapat menyelesaikan mesyuarat agung dengan jaya dan sempurna serta memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan. Beliau telah menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan KSBB kali ke-32 ini pada jam 11.05 tengahari.

Minit dicatit oleh : Cik Nor Husniyah Binti Mohd RashidDisemak semula oleh : Encik Zahiddin Bin Hj. Zamri

Disemak oleh:

a) Nama : Tuan Hj.Baharudin Bin Montilb) Nama : Encik Zahiddin Bin Zamric) Nama : Encik Taharen Bin Abd. Malik d) Nama : Tuan Hj Omar Bin Sharif

6

Page 7: Draf Minit MAT Ke-32 2014

Bil NAMA TANDATANGAN

1. TUAN HJ. BAHARUDIN BIN MONTIL

2. ENCIK ZAHIDDIN BIN HJ. ZAMRI

3. ENCIK TAHAREN BIN HJ. ABD.MALIK

4. TUAN HJ. OMAR BIN SHARIF

5. ENCIK MUHAMMAD AZMAN BIN MOHD NOR

6. TUAN HJ MOHAMAD MAHAIDIN B. MOHTAR

7. CIK HJH. NARIZAH BT. MOHAMAD

8. PUAN ROKIAH BT. HUSSIN

9. PUAN WAN MAZENAH BT WAN NURIZAN

10. PUAN ZAITON BT. ABDUL WAHID

7