Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

16
1.0 PENDAHULUAN Pendidikan adalah hak asasi setiap individu dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberi peluang yang sama seperti individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal (Adam, 2003; Ali, 2007; Lokman, 2007). Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemampuan pelajar berkeperluan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Khas telah merangka dan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Antara kategori pelajar berkeperluan khas yang dianggap dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik ialah Sindrom Down, Autisme Ringan,

description

Kajian Tindakan

Transcript of Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

Page 1: Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan adalah hak asasi setiap individu dan dari segi falsafahnya, semua insan di

dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang

peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat,

hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberi peluang

yang sama seperti individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus

pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan

kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi

pencapaian pelajar yang normal (Adam, 2003; Ali, 2007; Lokman, 2007).

Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemampuan pelajar berkeperluan khas,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Khas telah merangka

dan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas yang

mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Antara kategori

pelajar berkeperluan khas yang dianggap dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik ialah

Sindrom Down, Autisme Ringan, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), Terencat

Akal Minimum dan Masalah Pembelajaran Spesifik (Siti Mapsiah & Nor Azizah, 1995).

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik yang disebabkan oleh

kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Kecacatan ini disebabkan oleh lebihan

kromosom yang berlaku apabila bayi yang dilahirkan mempunyai tiga 'salinan' kromosom ke-

21. Kesannya, ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah kerencatan

akal yang akan memberi impak negatif kepada keupayaan kognitif, masalah tumbesaran dan

juga fizikal kanak-kanak tersebut.

Penghidap Sindrom Down biasanya dapat dikenalpasti sejak kelahiran lagi kerana

mereka mudah dikesan melalui ciri-ciri fizikal yang ditunjukkan iaitu mata sepet, tangan lebar

dan sebagainya. Malah, Sindrom Down juga telah dihuraikan dengan terperinci oleh Dr. John

Page 2: Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

Langdon Down pada tahun 1866 di mana beliau menyatakan bahawa SD merupakan suatu

kejadian rawak pada peringkat pembiakan sel bayi dan kekerapannya dianggarkan 1 dalam

800 kelahiran tanpa mengira jantina.

Pernyataan beliau turut disokong oleh satu kajian yang mengatakan bahawa

kebarangkalian seseorang bayi Sindrom Down dilahirkan adalah dianggarkan sekitar 1:500

dan 1:1000 (Frid, Drott, Lundel, Rasmussen & Anneren, 1999). Anggaran ini dijangka akan

meningkat sekiranya para ibu masih nekad untuk mengandung lewat usia 40 tahun.

Meskipun individu yang berhadapan dengan masalah Sindrom Down mempunyai

banyak kelemahan, namun mereka masih mempunyai kebolehan dan ciri-ciri unik tertentu

yang tidak ada pada individu normal. Oleh sebab itu, pengasingan golongan minoriti ini tidak

harus wujud kerana ia hanya akan menyebabkan golongan ini terus tersisih dan tidak

berpeluang menikmati keistimewaan dan kemudahan yang disediakan.

Justeru itu, kebolehan unik yang dimiliki haruslah dimanfaatkan dengan optimum

supaya kelebihan ini tidak dipersiakan. Meskipun IQ purata kanak-kanak dengan Sindrom

Down adalah sekitar 50, berbanding dengan kanak-kanak biasa dengan IQ sebanyak 100,

tetapi mereka masih mempunyai potensi dari aspek kemahiran. Kanak-kanak Sindrom Down

juga berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan seperti jangkitan telinga berulang,

kecacatan jantung kongenital dan sebagainya. Malah, kanak-kanak SD juga akan mengalami

masalah bertutur dan ketidakupayaan dalam aspek kemahiran motor kasar dan motor halus

kesan gangguan daripada simptom-simptom Sindrom Down ini. Sehubungan itu, saya

terpanggil untuk membantu dan mengkaji sejauhmanakah murid Sindrom Down dapat

menguasai sesuatu kemahiran berbentuk amali selepas sesuatu kaedah dilaksanakan dengan

baik.

Page 3: Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

Kemahiran merupakan suatu penstrukturan aplikasi yang memerlukan latihan yang

berterusan. Di samping itu, ia juga merupakan suatu entiti yang penting dalam memastikan

kelangsungan kehidupan yang bermakna. Melalui kemahiran yang dimiliki akan dapat

meletakkan seseorang individu di tempat yang lebih tinggi. Hal ini kerana, kemahiran dan

pengalaman adalah lebih efektif daripada ilmu teori yang dipelajari tetapi tidak diamalkan.

Bagi sesi praktikum fasa 3 kali ini, saya telah diminta untuk mengajar murid-murid

kelas 2 dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan. Sukatan pelajaran bagi subjek ini lebih

memfokuskan tentang aspek kemahiran dan kerja lapangan. Justeru itu, dengan kepercayaan

yang diberi untuk mengajar subjek ini, saya terdorong untuk menjalankan kajian tentang

komponen yang melibatkan kemahiran. Hal ini kerana, melalui pemerhatian dan analisis

dokumen, saya dapati murid-murid kelas Intan 2 rata-ratanya mempunyai prestasi yang baik

dalam kemahiran asas 3M, namun sebaliknya bagi kemahiran asas untuk berdikari (KAUB).

Justeru itu, saya berhasrat untuk membantu meningkatkan kemahiran dalam diri

murid-murid kelas Intan 2 kerana kemahiran merupakan asas penting yang perlu dikuasai oleh

murid bermasalah pembelajaran sebagai penggalak alternatif untuk kehidupan akan datang.

Selain itu, antara rasional-rasional lain pemilihan aspek kemahiran sebagai fokus

kajian adalah saya berpendapat melalui pendedahan berasaskan kemahiran, masalah-masalah

murid seperti ingatan dan tumpuan jangka pendek, masalah motor halus dan motor kasar,

koordinasi mata-tangan dan sebagainya dapat diatasi secara serentak kerana kemahiran

melibatkan semua komponen yang dinyatakan.

Di samping itu, pemilihan aspek kemahiran ini juga adalah bertujuan untuk

melahirkan murid yang seimbang kerana kebanyakkan pengkaji dilihat lebih gemar

menjalankan kajian berasaskan 3M sahaja dan kurang penekanan diberikan kepada aspek

kemahiran. Maka, disebabkan itu saya terdorong untuk mencari kelainan dan memberi

Page 4: Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

pendedahan kepada murid mengenai pembelajaran berbentuk amali dan kajian lapangan

kerana ia lebih bersifat holistik dan membantu murid untuk mengingat dalam jangka masa

yang lebih panjang. Hal ini kerana, menurut Zol Azlan (2000), kaedah amali merupakan kaedah

yang paling praktikal dan dapat membantu pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran di

dalam bengkel.

Peserta kajian saya pada kali ini adalah murid pendidikan khas yang mempunyai

masalah ”Sindrom Down”. Saya tertarik untuk memilih murid tersebut sebagai peserta kajian

saya kerana semasa saya menjalankan tinjauan awal terhadap kelas 2 bagi mata pelajaran

Pengurusan Kehidupan yang bertajuk pengurusan pakaian, peserta kajian menunjukkan

tingkah laku yang pasif seperti sukar mendengar arahan yang diberikan, kurang tumpuan,

tidak mampu untuk mengingat dalam jangka masa yang lama, mahukan perhatian, belaian dan

ganjaran. Tingkah laku negatif yang ditunjukkan telah membuatkan saya tertarik untuk

membantu murid tersebut dengan menjalankan beberapa strategi modifikasi tingkah laku

terhadapnya.

Masyarakat yang kurang pendedahan mengenai murid-murid pendidikan khas sering

meletakkan golongan ini dalam kelompok yang paling minoriti dan membuat andaian bahawa

golongan ini tidak mampu berdikari dan perlu bergantung kepada orang lain. Justeru itu,

untuk membidas andaian negatif ini, saya bertekad untuk melatih murid tersebut dari awal

tentang kemahiran pengurusan pakaian supaya kemahiran ini dapat digunakan dalam

kehidupan sehariannya di samping membantu meringankan bebanan ibu bapanya dan

meningkatkan peluang pekerjaan kelak.

Page 5: Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

Kemahiran diertikan sebagai ketrampilan, kecekapan dan pengetahuan guna tenaga

dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan penggunaan sumber

yang berkesan (Ahmad, 1997; Zamri, 2007). Kemahiran dan teknik pengajaran yang berkesan

serta serasi dengan kemampuan pelajar berkeperluan khas dijangka dapat mempertingkatkan

minat mereka terhadap mata pelajaran yang dipelajari (Abdul Razak, 1997; Esah, 2003).

Dalam usaha mendidik golongan ini, kemahiran yang tinggi yang dimiliki khususnya dalam

bidang teknikal dijangka akan dapat membantu mereka merasa tidak tersisih serta mampu

belajar dengan lebih berkesan. Hal ini kerana, pelajar berkeperluan khas perlu didedahkan

dengan bidang yang lebih mencabar seperti kemahiran dan teknikal (Adam, 2003; Hashim,

1991) supaya mereka dapat memajukan diri seiring dengan rakan mereka yang normal.

Dalam usaha mempertingkatkan peluang pekerjaan kepada pelajar berkeperluan khas,

mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyeru pihak

majikan supaya membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada mereka supaya individu

istimewa ini boleh berdikari dan terlibat sama dalam pembangunan ekonomi. Untuk

merealisasikan hasrat dan misi nasional, kini pihak kerajaan sedang berusaha gigih dalam

mempertingkatkan kualiti latihan kemahiran untuk golongan berkeperluan khas di Malaysia

supaya mereka mampu bersaing dengan pasaran pekerjaan. Kemahiran-kemahiran yang

diberikan perlu bersesuaian dengan kemajuan negara yang kini semakin membangun untuk

mendapatkan peluang pekerjaan yang diingini (Ku Seman, 2007).

Page 6: Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Pengalaman berpraktikum bagi sesi ketiga ini banyak memberi pendedahan kepada saya

tentang murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Hal ini kerana, semasa

berpraktikum saya telah mempelajari dan mendalami pelbagai perkara mengenai masalah

pengajaran dan pembelajaran murid-murid pendidikan khas terutamanya pembelajaran

berpusatkan kemahiran untuk berdikari (KAUB). Menurut Jabatan Pendidikan Khas (2005),

masalah pembelajaran merujuk kepada murid yang dikenalpasti dan disahkan oleh profesional

sebagai individu yang mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental dan

pengubahsuaian tingkah laku yang rendah.

Berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh saya mengajar, saya dapati guru-guru

lebih menumpukan tentang penguasaan murid dalam kemahiran asas 3M sahaja. Hal ini

kerana, mereka lebih mementingkan peningkatan murid dalam akademik berfungsi

berbanding kemahiran murid untuk berdikari. Maka, terdorong daripada ketidakseimbangan

tersebut saya terpanggil untuk melakukan kajian mengenai penguasaan murid dalam

kemahiran asas untuk berdikari. Hal ini kerana, menurut Perkins (1992), pembelajaran bestari

haruslah meliputi proses pembelajaran berasaskan kebolehan dan kemahiran pelajar dalam

membuat aplikasi pengetahuan melalui proses berfikir yang provokatif.

Oleh sebab itu, saya telah memulakan sesi pengajaran saya dengan memilih tajuk

kemahiran iaitu Kesihatan dan Kebersihan dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan bagi

menyeimbangkan penerimaan pengetahuan dalam diri murid. Saya memfokuskan dengan

memilih tajuk pengurusan pakaian dalam konteks yang lebih spesifik iaitu menggosok baju

bagi kelas seliaan saya. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada 21

Januari 2013, murid-murid kelas 2 dilihat sangat sukar untuk memberikan perhatian. Hal ini

Page 7: Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

kerana, mereka lebih berminat untuk melakukan urusan masing-masing seperti berjalan-jalan

dalam kelas, menjerit-jerit, memukul rakan dan sebagainya berbanding menumpukan

perhatian kepada guru yang mengajar.

Tingkah laku yang ditunjukkan telah menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran terganggu seketika dan pengajaran tidak dapat diteruskan dengan lancar. Justeru

itu, saya mengambil keputusan untuk menarik semula perhatian mereka dengan menunjukkan

video ”Upin dan Ipin”. Ternyata pendekatan ini sangat berkesan dan mereka dapat duduk di

tempat masing-masing dalam keadaan baik dan terkawal. Selepas beberapa minit, saya cuba

meneruskan sesi pengajaran dengan meminta murid mencuba untuk menggosok baju t-shirt.

Kerjasama yang ditunjukkan sangat memuaskan hati saya kerana 5 daripada 8 orang

murid kelas 2 dapat melakukan aktiviti menggosok baju t-shirt dengan baik meskipun dalam

jangka masa yang lama. Manakala, 2 orang murid lagi dapat melakukan aktiviti ini tetapi

memerlukan bimbingan sepenuhnya daripada guru dan seorang murid lagi tidak dapat

melakukan sebarang aktiviti menggosok baju kerana tidak dapat memberikan tumpuan dan

fokus dalam jangka masa yang lama.

Hal ini kerana, aktiviti menggosok baju memerlukan murid-murid memberi fokus dan

berada dalam keadaan yang tenang supaya mudah untuk menggosok dan mengawal suhu.

Namun begitu, murid tersebut langsung tidak dapat berada dalam keadaan tenang dalam

seminit sekalipun kerana dia tidak suka dikawal dan dikongkong. Pelbagai cara telah

dilakukan untuk menarik perhatian murid tersebut namun tidak berjaya. Hasil daripada

pemerhatian yang dijalankan, saya membuat keputusan untuk memilih murid ini sebagai

peserta kajian saya pada kali ini. Keputusan dibuat setelah saya menemubual guru dan ibu

peserta kajian saya serta berdasarkan masalah tumpuan yang ditunjukkan semasa aktiviti

dilaksanakan.

Page 8: Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

Dalam perjumpaan kedua iaitu pada 24 Januari 2013, saya telah menunjukkan alatan

menggosok pakaian dan menyatakan fungsi-fungsinya kepada murid-murid. Semasa sesi

memperkenalkan alatan menggosok pakaian tersebut, saya dapati peserta kajian saya dapat

memahami kepentingan menggosok pakaian kerana apabila ditanya, dia akan menjawab

”cantik, baju” yang bermaksud sekiranya kita menggosok pakaian, kita akan kelihatan lebih

cantik dan kemas.

Kemudian saya meneruskan dengan aktiviti menggosok tanpa menghidupkan suis.

Semasa aktiviti, saya bertanya kepada murid tersebut tentang bagaimana cara menggosok

pakaian, dia lantas menunjukkan aksi menggosok pakaian pada baju sekolahnya dengan

caranya sendiri. Secara keseluruhan, saya dapati peserta kajian saya pernah melihat ibu atau

kakaknya menggosok pakaian kerana dia mengetahui dan memahami fungsi seterika dan

kepentingannya. Namun begitu, murid berkenaan tidak dapat mengaplikasikan apa yang

dilihatnya kerana tiada pendedahan diberikan. Melalui temubual dengan ibu peserta kajian,

saya dapati peserta kajian saya tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti menggosok pakaian

semasa di rumah kerana dikhuatiri membahayakan dirinya.

Saya telah menjalankan pemerhatian ketiga kepada peserta kajian saya pada 31 Januari

2013 semasa mengendalikan kelas Pengurusan Kehidupan. Semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran tersebut, saya telah meminta peserta kajian saya untuk melakukan aksi

menggosok baju tanpa menghidupkan suis. Melalui pemerhatian yang dibuat, beberapa

perkara telah dapat saya kenalpasti iaitu saya dapati murid tersebut atau Ekin (bukan nama

sebenar) menghadapi masalah dalam mendengar arahan guru kerana meskipun guru

memujuk, murid tersebut tetap enggan sehinggalah guru memberikannya ganjaran Apollo.

Page 9: Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

Semasa murid berkenaan menjalankan aktiviti, beberapa perkara telah dapat saya

perhatikan iaitu peserta kajian saya menghadapi masalah dalam mengingat langkah-langkah

yang telah diajarkan dan tidak tahu untuk mengawal suhu kepanasan dengan baik. Hal ini

kerana, sebelum murid-murid melakukan aktiviti, saya telah menunjukkan demonstrasi

sebanyak 3 kali, namun murid tersebut masih menghadapi masalah. Keadaan ini merupakan

masalah normal bagi murid Sindrom Down kerana ia merupakan simptom biasa bagi

penghidap SD.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh peserta kajian saya akan cuba saya atasi dengan

menjalankan modifikasi dan intervensi melalui pendekatan beberapa elemen. Antara elemen-

elemen yang telah saya rancangkan adalah T (Terapi), A (Amali), R (Rangsangan), B

(Belaian), U (Ulangan), dan S (Sensori). Keenam-enam elemen ini akan saya laksanakan

secara tidak langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Hartman (1995)

menyatakan bahawa kepelbagaian kaedah dan pendekatan penyampaian pengajaran

merupakan komponen penting dalam memotivasikan serta meningkatkan minat murid

terhadap pelajarannya. Justeru itu, kaedah-kaedah yang dipilih adalah berdasarkan beberapa

aspek iaitu kesesuaian dengan fokus kajian, mudah diaplikasikan, menjimatkan kos dan

efektif.

Maka, berdasarkan tingkah laku bermasalah seperti kurang berminat, tidak mahu

mendengar arahan guru dan tidak mahu melakukan tugas lain menyebabkan proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi terganggu kerana murid tersebut tidak mahu

melibatkan diri dan kurang tumpuan semasa di dalam kelas. Kesannya, guru perlu

memberikan tumpuan yang lebih kepada murid tersebut dan ia menyebabkan murid-murid

lain terabai dan membuat bising. Malah, murid-murid lain yang dapat mencapai objektif

pengajaran terpaksa mengulang semula objektif tersebut akibat Ekin yang tidak dapat

mencapainya. Justeru itu, guru telah membahagikan murid kepada 3 kumpulan iaitu

Page 10: Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

kumpulan baik, memuaskan dan lemah. Guru telah menempatkan Ekin dalam kumpulan

lemah kerana dia sahaja yang tidak dapat melakukan sebarang tugasan yang diberikan.

Guru telah mencuba melakukan pelbagai aktiviti yang menarik, namun ia masih tidak

memberi kesan yang positif. Oleh itu, sebagai guru, saya tertarik untuk membantu Ekin

mengurangkan masalah tingkah laku bermasalahnya dengan merancang aktiviti yang lebih

kompleks dan melibatkan pelbagai aspek.

1.2 Pengumpulan data awal

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Huraian Fokus Kajian

2.2 Tindakan/Intervensi

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

3.2 Soalan Kajian

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-langkah tindakan

5.2 Cara mengumpul data

5.3 Cara menganalisis data

5.4 Jadual pelaksanaan kajian tindakan

Page 11: Draf Proposal Kemahiran Membutang Baju

5.5 Kos kajian