Draft 1

60
KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PENGAJARAN SAINS TAHUN 5 TOPIK MIKROORGANISMA SYLVESTER JONNY Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Sains Pendidikan Rendah INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU, SABAH 1

description

asdwaaaa

Transcript of Draft 1

Page 1: Draft 1

KAEDAH “VIDEO KARTUN KITA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM

PENGAJARAN SAINS TAHUN 5TOPIK MIKROORGANISMA

SYLVESTER JONNY

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

dengan Kepujian Sains Pendidikan Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU, SABAH

JANUARI 2014

1

Page 2: Draft 1

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop

dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Sains Pendidikan Rendah ”

Tandatangan : ……..……………………………

Nama penyelia : PUAN LINA THOMAS @ TUPANG

Tarikh : ........................................................

i

Page 3: Draft 1

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………..............

Nama Penulis : SYLVESTER JONNY

Tarikh : …………………………...............

ii

Page 4: Draft 1

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu tersayang,

En. Jonny Ak George dan Puan Suta Mahani,

Kepada kakak yang kukasihi

Dianna Johnny,

Buat pensyarah penyelia,

Puan Lina Thomas,

Saudara-mara serta sahabat handai,

Dan

Anak-anak murid yang kusayangi.

Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi

iii

Page 5: Draft 1

PENGHARGAAN

Ucapan syukur dan terima kasih yang tak terhingga kepada Tuhan

kerana sentiasa memberi saya semangat, kekuatan, kesihatan mental

dan fizikal sehingga kertas cadangan ini berjaya dihasilkan. Terima kasih

juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi saya

peluang untuk terus menimba ilmu di IPG Kampus Tawau, Sabah, untuk

dijadikan pegangan sebagai seorang bakal pendidik bangsa.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

penyelia kajian tindakan ini, Puan Lina Thomas kerana telah memberikan

bimbingan dan tunjuk ajar tanpa mengenal letih lesu kepada saya.

Ucapan terima kasih saya ucapkan tidak terhingga kepada kedua ibu

bapa saya kerana telah memberi banyak sokongan dalam apa jua aspek

sekalipun.

Tidak lupa juga, saya ingin memberikan penghargaan kepada

rakan-rakan seperjuangan PISMP Sains Ambilan Januari 2011 kerana

selalu memberi nasihat, dorongan, motivasi dan bimbingan dalam kajian

ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasij ditujukan kepada semua insan

yang telah terlibat, khasnya bekas-bekas murid kerana telah memberi

saya banyak inspirasi untuk menghasilkan kertas cadangan ini.

iv

Page 6: Draft 1

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kaedah ‘Video Kartun Kita’ terhadap

peningkatan penguasaan dan minat murid dalam mempelajari konsep sains bagi topik

mikroorganisma Tahun 5. Model kajian yang digunakan adalah model Lewin (1946).

Responden kajian terdiri daripada murid tahun 5 di salah sebuah sekolah rendah di

daerah Tawau, Sabah. Instrumen yang digunakan dalam pengumpulan data

penguasaan murid adalah ujian pra pasca dan analisis dokumen dianalisis secara

kodifikasi berdasarkan tema taksonomi Bloom. Manakala data soal selidik dianalisis

dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Diharapkan bahawa kaedah ‘Video Kartun

Kita’ dapat meningkatkan penguasaan dan minat murid terhadap subjek sains dalam

topik mikroorganisma dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan dalam bidang

pendidikan.

v

Page 7: Draft 1

ABTRACT

This study about the effect of ‘Video Kartun Kita’ method on pupils’ competency and

interest in learning science concepts for year 5 topic microorganism. This research will

utilize the Lewin (1946) Model. The respondents consist of primary 5 students at an

elementary school in the district of Tawau, Sabah. The instruments that will be utilize

are pre-post-test and analysis document to collect pupils’ competency and interest data

based on the Bloom taxonomy theme. The questionnaire will be analyze in frequency,

percentage and mean. Hopefully ‘Video Kartun Kita’ can improve the pupil’s

competency and interest towards science subject in the topic microorganism, in order to

contribute to the advancement in the field of education,

vi

Page 8: Draft 1

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

i

ii

iii

iv

v

ABSTRACT

KANDUNGAN

vi

vii-ix

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH x

SENARAI LAMPIRAN xi

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1-2

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 3

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 4-5

2.0 FOKUS KAJIAN 5

2.1

2.2

Pengenalan

Isu kajian dan Penyataan Masalah Kajian

5

5-7

2.3 Tinjauan Literatur dan Kajian Lalu Berkaitan dengan Isu Kajian

7-11

vii

Page 9: Draft 1

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Tujuan Kajian

3.3 Objektif Kajian

3.4 Persoalan Kajian

12

12

12

12

12

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Kumpulan Sasaran Kajian

4.3 Reka Bentuk Kajian

4.4 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan

4.5 Kaedah Pengumpulan Data Kajian

4.6 Cara Menganalisis Data Kajian

13

13

13-14

14-18

18-20

21-22

23

22

5.0 REFLEKSI

5.1 Pengenalan

5.2 Refleksi terjemahan pengalaman semasa dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan

5.3 Refleksi terjemahan amalan pedagogi yang akan

dilaksanakan dalam kajian

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN-LAMPIRAN

LAMPIRAN 1: Ujian Pra

LAMPIRAN 2: Ujian Pasca

LAMPIRAN 3: Contoh Lembaran Kerja (Analisis Dokumen)

LAMPIRAN 4: Borang Soal Selidik

24

24

24-28

29-30

viii

Page 10: Draft 1

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

4.2 Gred Markah Peperiksaan UPSR 14

4.3 Intervensi Bagi Sub-topik Mikroorganisma 17

4.4 Jadual Pelaksanaan Mengikut Carta Gantt 19

4.6 Kod dan Sub-tema Bagi Taksonomi Bloom 23

ix

Page 11: Draft 1

SENARAI RAJAH

Jadual

4.3 Carta Alir Pelaksanaan Kajian Tindakan Mengikut Model Kurt Lewin 1946

Muka Surat

15

x

Page 12: Draft 1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan yang sentiasa disemai

dalam diri manusia secara sedar mahupun tidak. Melalui ini manusia akan

sentiasa membangun dan mencuba mengembangkan potensi diri dalam

pelbagai aspek yang diminati dan diperlukan dalam era globalisasi. Antara

aspek yang penting dalam menempuhi ombak globalisasi ini adalah ilmu

dan kemahiran yang mencukupi dalam persada minda seseorang manusia.

Pendidikan subjek sains khasnya perlu disemai bagi memantapkan

pemikiran logik dan pengetahuan tentang alam yang amat berguna dalam

kehidupan seharian dan masa depan. Oleh itu, pendidikan di sekolah

memberi sumbangan yang amat besar dalam pemantapan modal insan

tersebut.

Menurut Newsweek 2010, Malaysia mendapat kedudukan ke-37

senarai “Negara Terbaik Dunia” dari segi penyediaan ekonomi, politik,

pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan. Jika dilihat secara keseluruhan

Malaysia menunjukkan kedudukan yang agak cemerlang berbanding

negara-negara jiran di Asia tenggara. Namun begitu, keputusan Program

Penilaian Antara bangsa Pelajar (PISA) menunjukkan Malaysia menduduki

tangga kedua tercorot di Asia Tenggara termasuk di belakang Vietnam,

berdasarkan penguasaan pelajar dalam subjek sains dan matematik. Ini

menunjukkan masih banyak ruang yang boleh diperbaiki jika ingin

menghasilkan produk generasi yang mampu bersaing di persada dunia.

1

Page 13: Draft 1

Negara Malaysia merupakan negara yang sedang membangun

dengan pesat dalam semua aspek terutamanya dari segi teknologi. Pelbagai

kemudahan ini telah banyak membantu dalam pembangunan ini

terutamanya daripada aspek pendidikan. Antaranya adalah penggunaan

komputer, Internet, media sosial dan sebagainya. Teknologi komputer

ciptaan Howard telah membuka ruang yang lebih luas dalam pendidikan

berbanding ciptaaan kertas oleh Cai Lun ketika tamadun China dahulu.

Kebolehan kemudahan tersebut adalah tidak terbatas hanya dikekang oleh

keupayaan manusia berfikir. Persembahan multimedia yang pelbagai boleh

menarik minat penggunanya dari semua peringkat usia dan jantina.

Multimedia yang sering digunakan dalam pendidikan dalam bilik darjah

menggunakan kemudahan ini adalah dari segi visual dan audio. Bagi

menarik minat golongan yang lebih muda animasi kartun lebih baik

digunakan berbanding video biasa. Golongan yang lebih muda terutamanya

murid-murid di sekolah mempunyai imaginasi dan semangat inkuiri yang

amat tinggi. Persembahan video biasa tidak mampu memuaskan keinginan

murid yang mengimpikan lebih dari yang biasa. Kanak-kanak menginginkan

gambar pergerakan yang pantas dan bewarna-warni seperti kartun. Melalui

animasi kartun lebih banyak pengalaman, proses dan langkah-langkah yang

boleh ditunjukkan yang hanya dikekang oleh kreativiti penciptanya sendiri.

Animasi biasa hanya mampu menarik minat murid terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran tanpa memberi pengalaman yang mendalam

sepanjang proses tersebut. Melalui animasi yang mengambil kira idea murid

dan struktur muka murid diharapkan mampu memberi pengalaman yang

baru dalam bilik darjah.

2

Page 14: Draft 1

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Profesion perguruan mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan seperti yang

dialami oleh pengkaji sendiri. Setelah menjalankan praktikal pertama dan

kedua di sekolah, adalah amat sukar bagi pengkaji mendidik murid dengan

efektif. Antara masalah yang berlaku adalah murid sukar untuk menguasai

apa yang telah diajar oleh pengkaji. Pembelajaran Sains adalah pada aras

yang lebih tinggi berbanding dengan Matematik. Hal ini disebabkan Sains

memerlukan lebih banyak ‘penggunaan bahasa’ dalam huraian dan

perbincangan tentang, konsep, prosedur, dapatan Sains berbanding

Matematik (Isaha et al., 2008). Oleh itu, guru terpaksa mengambil masa

yang agak lama bagi membimbing murid membina pemahaman mereka.

Selain itu, sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak mampu

menarik tumpuan murid sepenuhnya hingga menyebabkan beberapa orang

murid tercicir daripada landasan pembelajaran yang efektif. Ini

menyebabkan pengkaji terpaksa mengambil masa untuk menasihati dan

peneguhan negatif atau positif. Masalah-masalah ini menjurus kepada

pembaziran masa pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, isi pembelajaran

tidak dapat disalurkan kepada murid secara optimum. Justeru itu, pengkaji

perlu mencari intervensi bagi menyelesaikan atau sekurang-kurangnya

meminimumkan masalah tersebut pada proses pengajaran dan

pembelajaran yang akan datang.

3

Page 15: Draft 1

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

“Dan bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan

masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang

diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global,

kesan dari perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat”

Mukadimah Akta Pendidikan 1996

Berdasarkan petikan tersebut jelaslah penguasaan konsep sains

mampu menghasilkan generasi yang mampu berdaya saing pada peringkat

global adalah amat sukar sekali negara Malaysia pada masa kini, malah

prestasi TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study)

pada 2007 adalah pada peringkat sederhana berada di tempat 20 daripada

45 negara yang mengambil bahagian dalam kajian tersebut. Bagi

melahirkan generasi yang mampu bersaing di persada dunia mereka

perlulah mempunyai sikap saintifik dan nilai murni dipupuk sejak di bangku

sekolah lagi bagi meningkatkan anak generasi kita di tempat yang teratas

dalam kajian prestasi tersebut.

Antara nilai penting yang ingin diterap melalui kajian ini adalah, minat

dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. Minat terhadap sains adalah

penting kerana mempunyai hubungan yang positif ke atas pencapaian sains

(Aziz & Lin , 2011). Jika murid tidak mempunyai minat dan ingin tahu akan

4

Page 16: Draft 1

isi pembelajaran sains yang diterap oleh guru, mereka akan membuat kerja-

kerja lain seperti bermain dan mengganggu murid lain. Guru terpaksa

mengambil masa tersebut untuk menasihati atau menghukum murid

tersebut, mengakibatkan banyak masa terbuang untuk menerapkan konsep

sains. Kehilangan minat murid terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran mungkin disebabkan oleh kelemahan guru itu sendiri. Oleh itu,

guru perlulah mencari alternatif lain supaya aktiviti yang dilakukan dapat

menarik minat murid untuk menerima ilmu.

Selain itu, murid perlu menyedari bahawa sains merupakan satu

daripada cara untuk memahami alam sekeliling mereka (Bahan Pendidikan

Kurikulum, 2012) . Melalui ini semangat inkuiri murid akan terus meneroka

alam di sekeliling mereka sehingga mereka membina pengalaman dan ilmu

yang baru berdasarkan skema yang sedia ada. Secara tidak langsung, hal

ini berkait rapat dengan fahaman konstruktivis yang ingin diterapkan oleh

pendidikan negara kita melahirkan generasi yang tidak meminta tetapi

menghasilkan sendiri pengetahuan mereka.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pengenalan

Pada bahagian ini pengkaji akan menerangkan isu dan penyataan masalah

yang berlaku ketika praktikal satu dan dua.

5

Page 17: Draft 1

2.2 Isu dan Penyataan Masalah Kajian

Berdasarkan praktikal satu dan dua, pengkaji mendapati bahawa proses

pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan cemerlang

akibat daripada beberapa masalah. Antara masalah yang terjadi adalah,

murid sukar untuk menguasai konsep yang diajar oleh pengkaji. Ini

menyebabkan banyak masa dihabiskan ketika fasa penstrukturan idea

sehingga murid mampu menguasai sepenuhnya yang diajar. Akibat masa

tidak mencukupi, sukatan pembelajaran yang banyak, pelajar lemah dan

bebanan kerja yang banyak, pembelajaran berpusatkan murid sukar

dilakukan (Norazilawati et al., 2013). Ini menyebabkan pembelajaran

konstruktivisme tidak dapat dilakukan untuk melatih murid menjana idea

mereka sendiri. Selain itu, rata-rata murid di dalam kelas telah dikenal pasti

memahami isi pembelajaran yang diajar secara pemerhatian dan soalan

lisan guru. Namun, analisis lembaran kerja murid menunjukkan yang

sebaliknya iaitu tidak semua murid mampu menguasai apa yang diajar

dengan cemerlang. Jumlah yang berjaya dalam mencatat penguasaan tinggi

berdasarkan lembaran kerja adalah amat sedikit sekali, sebahagian besar

murid hanya mampu menjawab soalan aras rendah sahaja. Ini menunjukkan

murid tahu, tetapi tidak dapat menguasai sepenuhnya konsep sains yang

diajar.

6

Page 18: Draft 1

Masalah lain yang sering timbul adalah murid sukar menumpukan

sepenuhnya perhatian mereka kepada pengkaji ketika mengajar. Antara

faktor kejadian ini timbul mungkin kerana teknik pengawalan kelas pengkaji

tidak berjaya, ataupun aktiviti dalam pengajaran dijalankan oleh pengkaji

membosankan murid. Faktor lain juga mungkin disebabkan murid juga

sering berpendapat bahawa subjek sains amat sukar dan bertindak untuk

mengendahkannya menyebabkan mereka tidak berminat untuk terlibat

dengan segala aktiviti yang dijalankan (Espinosa, J. M. R, 2005). Apabila

perhatian murid teralih daripada guru, mereka akan membuat kerja-kerja

seperti bermain dan mengganggu kawan. Aktiviti bermain adalah tidak

salah, kerana perlu untuk kanak-kanak membina fizikal, mental, emosi dan

hubungan sosial mereka semasa bermain, tetapi perlulah bermain pada

masa-masa yang tertentu sahaja. Tambahan lagi, tumpuan sepenuhnya

amat diperlukan dalam fasa penstrukturan idea, ini amat penting kerana

segala miskonsepsi murid dapat dibaiki atau dielakkan. Menurut Piaget

(1946), manusia membina pengetahuan berdasarkan skema yang sedia ada

dengan rangsangan dari luar. Jika fasa ini terganggu, pembelajaran pada

hari tersebut akan menyebabkan skema baharu tidak terbina atau

miskonsepsi mungkin berlaku.

2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

Menurut Jean Piaget (1946), kanak-kanak membina pengetahuan

berdasarkan interaksi mereka dengan pengalaman mereka. Oleh itu,

seorang guru yang ingin memberi input yang berjaya perlu memberikan

7

Page 19: Draft 1

pengalaman dan rangsangan yang sesuai. Murid sekolah rendah berusia

tujuh hingga dua belas tahun adalah berada dalam peringkat operasi konkrit

dalam Teori Perkembangan Kognitif. Tambahan lagi, teori beliau juga

mendapati bahawa kanak-kanak pada peringkat ini tidak dapat berfikir

secara abstrak.

Oleh itu, sebagai seorang guru, rangsangan deria atau maujud amat

diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak

peringkat ini. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera

seperti rupa bentuk objek secara luaran. Secara perlahan-lahan mereka

membentuk skema dalaman bagaimana sesuatu perkara berlaku. Melalui

skema ini, kanak-kanak menggunakannya untuk memberi panduan kepada

penaakulan daripada mana-mana rangsangan luar yang baru (Piaget,

1964). Kaedah secara tradisional seperti chalk and talk tidak mampu

menanam ingatan masa panjang murid kerana aktiviti bersifat statik

menjemukan tanpa penglibatan aktif pancaindera mereka. Oleh itu, kaedah

yang kreatif dan kritis dalam membentuk skema pemikiran murid adalah

amat diperlukan.

Berdasarkan teori ini pengkaji ingin merangsang deria murid melalui

bahan bantu mengajar yang berunsur multimedia. Menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat, multimedia ditakrifkan sebagai produk atau program yang

melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data dan sebagainya untuk

menyampaikan maklumat. Pembinaan pelbagai bahan multimedia berunsur

grafik sering menjadi keperluan dalam pendidikan sains. Bahan bantu ini

8

Page 20: Draft 1

memerlukan ICT (Informasi Teknologi komunikasi) untuk beroperasi secara

optimum. Bahan multimedia boleh diakses dan digunakan menerusi alat-alat

ICT seperti teknologi komputer, internet, telefon pintar dan sebagainya.

Pendek kata hubungan rapat saling memerlukan multimedia dan ICT

adalah bagai aur dan tebing. Penggunaan ICT bukan sahaja mampu

meningkat pencapaian murid malah, dapat menghasilkan proses

pembelajaran dan pengajaran yang lebih menarik berbanding kaedah

tradisional (Azidah et al., 2011). Malah, penggunaan multimedia dalam

pengajaran dan pembelajaran juga sangat efektif dalam mengajar konsep

sains (Kumar, M. Krishna, 2013). Penggunaan multimedia dengan bijak juga

boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang pelbagai kepada murid

(Anitha, 2012). Di sini kita boleh membuat satu hipotesis bahawa jika ICT

dan multimedia digunakan dengan mantap bersama, bayangkan impak

tersebut terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Berdasarkan maklumat ini pengkaji ingin menguji intervensi yang

berunsurkan video kartun yang dibuat bersama murid untuk meningkatkan

pemahaman dan minat murid. Tambahan lagi, kajian lepas menyarankan

bahawa penggunaan bahan multimedia berunsurkan video kartun sebagai

bahan bantu belajar mampu mempengaruhi pencapaian dan ingatan serta

pemahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran ke arah yang

positif (Mohammad, 2011). Malah, pencapaian murid juga adalah lebih tinggi

jika menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan modul kartun

berbanding menggunakan buku teks sahaja (Ong et al., 2013). Menurut

Yaman (2010) penggunaan bahan berunsur kartun juga dapat memberikan

9

Page 21: Draft 1

atmosfera yang positif dalam kelas untuk belajar. Malah, jika ilustrasi kartun

digabungkan dengan kaedah lain seperti pergerakan dan nyanyian, boleh

memupuk sikap murid memberi penglibatan secara aktif dengan sukarela

(Suhana, 2012). Menurut Wyk 2012) kartun dapat meningkatkan

pembelajaran konstruktif, koperatif, dan kolaboratif dalam kelas. Tambahan

lagi, pengkaji mengambil kaedah ini kerana berdasarkan kajian yang lepas

mendapati bahawa kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dengan

media massa yang berunsurkan kartun di televisyen (Whittle, 1997 dalam

Ong et al., 2013). Selain itu, kanak-kanak juga lebih menggemari

pembelajaran menggunakan bahan kartun adalah digemari oleh murid

(Yaman, 2010). Oleh itu pengkaji cuba menerapkan sesuatu yang murid

minat ke dalam isi pembelajaran bagi menarik perhatian murid supaya

tertumpu sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian

lepas menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif antara minat murid

dengan pencapaian sains (Aziz & Lin, 2011). Martyn Stewart (2011)

mengatakan bahawa pembelajaran adalah proses kompleks yang

melibatkan kognitif mental dan emosi berfaktor daripada sosial dan

pandangan individu. Walaupun kaedah berunsur multimedia banyak

memberi kesan positif, terdapat juga kajian yang bertentangan dengan

dapatan hasil kajian-kajian yang telah dikatakan. Menurut Aksoy (2012),

berdasarkan kajian yang dilakukan, beliau mendapati bahawa tidak

mempunyai banyak perubahan terhadap pencapaian sampel yang dikaji

sebelum dan selepas intervensi yang berunsur multimedia.

10

Page 22: Draft 1

Berdasarkan kajian-kajian tersebut, pengkaji tergerak hati untuk

menguji sejauh manakah bahan multimedia berasaskan video kartun yang

dibina sendiri mampu memberi kesan kepada murid sekolah rendah di

sebuah sekolah di daerah Tawau. Menurut Yu Aimee Zhang (2012) video

kartun yang berkaitan pengajaran adalah amat terhad. Oleh itu, pengkaji

mengambil inisiatif untuk membuat kartun sendiri mengambil kira

pandangan mental dan fizikal murid. Melalui pencarian jurnal yang dikumpul

dan dianalisis pengkaji, kesan penggunaan video yang dibina dan

meletakkan struktur fizikal dan idea murid dalam video kartun masih menjadi

persoalan yang belum terjawab. Oleh itu, di sini pengkaji ingin menjawab

persoalan adakah dengan melibatkan murid dalam penghasilan video kartun

dihasilkan dapat memberi impak kepada emosi murid dalam meningkatkan

penguasaan dan minat murid dalam subjek sains.

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bahagian ini merangkumi tujuan, objektif dan persoalan kajian yang amat

penting dalam memandu arah kajian.

3.2 Tujuan Kajian

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kaedah Video

Kartun Kita terhadap pengalaman pembelajaran murid.

3.3 Objektif Kajian

11

Page 23: Draft 1

Objektif khusus bagi tujuan kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengkaji kesan kaedah Video Kartun Kita terhadap penguasaan

konsep sains bagi topik mikroorganisma.

ii. Mengkaji kesan kaedah Video Kartun Kita terhadap minat murid

dalam pengajaran sains bagi topik mikroorganisma

3.4 Persoalan Kajian

Persoalan khusus bagi objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Adakah kaedah Video Kartun Kita mampu meningkatkan

penguasaan konsep Sains bagi topik mikroorganisma?

ii. Adakah kaedah Video Kartun Kita mampu meningkatkan minat murid

terhadap pengajaran topik mikroorganisma

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bahagian ini pengkaji akan membincangkan langkah demi langkah proses

yang dilakukan dari mula hingga ke akhir kajian.

4.2 Kumpulan Sasaran Kajian

Jenis sampel yang bakal digunakan adalah sampel kuota. Pemilihan

sampel ini membolehkan pengkaji mengenal pasti ciri-ciri utama yang

diketahui dimiliki oleh sesuatu populasi, kemudian sampel dipilih bukan

seacara rawak atau bias (Akhiar & Shamsina, 2010). Pengkaji akan

memilih sampel murid sekolah rendah dalam lingkungan 11 tahun, iaitu

12

Page 24: Draft 1

murid tahun lima. Sampel adalah berdasarkan murid di dalam kelas

pengkaji ketika menjalani praktikal.

Sampel yang dipilih sebagai responden adalah murid yang

mempunyai markah sederhana dan lemah dalam ujian pra. Julat

pemarkahan yang dipilih bagi responden pengkaji murid yang mendapat

gred C iaitu 60 peratus ke bawah, berdasarkan gred pemarkahan Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Jadual 4.2: Gred Markah Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR)

Julat Markah (%) Gred Pencapaian

80-100 A Cemerlang

60-79 B Kepujian

40-59 C Baik

20-39 D Lulus

1-19 E Gagal

0 TH Tidak Hadir

Sumber: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, KPM (2001)

Tambahan lagi, pengkaji hanya mengambil kira responden yang

boleh membaca dan mempunyai kesihatan kognitif sebagai responden

kajian. Jika terdapat sampel murid yang buta huruf dan kecacatan kognitif

tidak diambil kira dalam kajian kerana akan mengganggu hasil kajian

13

Page 25: Draft 1

4.3 Reka Bentuk Kajian

Model yang digunakan adalah Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946),

bermula dengan mengenal pasti aspek amalan, perancangan, tindakan

implementasi, melihat kesan tindakan dan membuat refleksi. Oleh kerana

tempoh kajian selama tiga bulan, hanya satu kitaran kajian sahaja boleh

dijalankan. Malah, model ini amat sesuai kerana pengkaji telah mengenal

pasti masalah yang telah timbul berdasarkan pengalaman lepas (Rosinah,

2012).

14

Page 26: Draft 1

Rajah 4.3: Carta Alir Pelaksanaan Kajian Tindakan Mengikut Model Kurt

Lewin 1946

i. Mengenal Pasti Aspek Amalan

Aspek amalan murid merupakan masalah yang telah dikenal pasti

semasa praktikal satu dan dua. Masalah yang telah dikenal pasti

adalah murid lemah dalam menguasai konsep sains. Ini

menyebabkan murid lambat menguasai topik yang diajar dan

pengkaji terpaksa mengorbankan lebih banyak masa untuk fasa

penstrukturan idea. Masalah ini menyebabkan perubahan dalam

rancangan pengajaran sesi seterusnya jika banyak murid belum

menguasai sesuatu isi pembelajaran tersebut. Ini sedikit sebanyak

mengganggu rancangan pengajaran tahunan guru bagi subjek

tersebut. Selain itu, murid didapati tidak menumpukan sepenuhnya

perhatian mereka kerana kurang berminat dengan kaedah yang

15

Mengenal Pasti Aspek Amalan

Perancangan

TindakanMelihat Kesan Tindakan

Refleksi

Page 27: Draft 1

pengkaji telah amalkan. Minat terhadap subjek sains adalah amat

penting kerana mempunyai hubungan yang positif dengan

pencapaian mereka (Aziz Nordin & Lin Hui Ling, 2011).

ii. Perancangan

Pengkaji menyediakan prosedur tindakan yang bakal dilakukan

seperti model kajian, jenis intervensi, jadual Gantt kajian, instrumen

dan cara untuk menganalisis data. Model yang digunakan adalah

model kajian Kurt Lewin (1946) kerana pengkaji telah mengenal

pasti masalah yang perlu diselesaikan. Bagi memastikan kajian

boleh dijalankan dengan teratur dan teliti dalam masa tiga bulan

pengkaji telah merancang tentatif dalam carta Gantt pada jadual

4.4. Instrumen yang digunakan adalah ujian pra pasca, analisis

dokumen dan soal selidik.

iii. Tindakan

Intervensi yang bakal digunakan oleh pengkaji adalah ‘Video

Kartun Kita’ pada fasa penstrukturan idea dalam subjek sains topik

mikroorganisma. Pengkaji membahagikan kelas kepada lima

kumpulan, setiap kumpulan berpeluang bersama-sama guru

menyumbang idea membuat video kartun yang bakal digunakan

dalam sesi pembelajaran seterusnya. Selain itu, struktur muka

16

Page 28: Draft 1

kumpulan tersebut digunakan untuk karakter-karakter kartun di

dalam video pengajaran. Pengkaji akan menggunakan lima video

untuk intervensi bagi tajuk mikroorganisma. Berikut merupakan

jadual intervensi yang digunakan dalam tajuk mikroorganisma

(Jadual 4.3).

Jadual 4.3: Intervensi Bagi Sub-topik Mikroorganisma

Intervensi Sub-Topik

Intervensi

1

- Menyatakan jenis-enis mikroorganisma

- Menyatakan bahawa yis adalah satu contoh

mikroorganisma

Intervensi - Menyatakan bahawa mikroorganisma

17

Page 29: Draft 1

2 bernafas

Intervensi

3

- Menyatakan bahawa mikroorganisma

membiak

Intervensi

4

- Menyatakan bahawa mikroorganisma

bergerak

Intervensi

5

- Merumuskan bahawa mikroorganisma

adalah benda hidup dan kebanyakkannya

tidak dapat dilihat oleh mata kasar

iv. Melihat Kesan Tindakan

Instrumen yang telah diagih kepada responden dikumpulkan dan

dianalisis bagi melihat keberkesanan intervensi yang telah

dijalankan. Data-data setiap intervensi dibandingkan dan dianalisis

untuk digunakan dalam fasa seterusnya iaitu refleksi.

v. Refleksi

Berdasarkan data yang telah dianalisis pada setiap intervensi,

pengkaji membuat perbandingan dan mengenal pasti corak bagi

membuat refleksi kajian. Melalui ini, pengkaji dapat mengenal pasti

adakah intervensi yang dilakukan mampu mencapai objektif kajian

atau tidak. Jika intervensi tidak mencapai masalah pengkaji perlu

memperbaiki intervensi dan melakukan kitaran gelung yang kedua.

Namun, akibat kekangan masa kajian dijalankan, pengkaji hanya

mampu membuat kitaran gelung yang pertama sahaja.

18

Page 30: Draft 1

4.4 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan

19

Page 31: Draft 1

Jadual 4.4: Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan yang dirancang

menggunakan carta Gannt.

20

Bil Aktiviti Jan Feb Mac April1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1 Mengenalpasti masalah dan membuat tinjauan masalah serta mengenalpasti kumpulan respondan

2 Melaksanakan pengajaran secara tradisional tanpa menggunakan Video Kartun Kita dan memberi lembaran kerja pada fasa penutup

√ √

3 Membuat soalan ujian pra

√ √

4 Mentadbir ujian pra √5 Setelah mendapat data,

data akan dianalisis. Jumlah respondan yang sebenar akan dikenalpasti.

6 Mengajar dengan menggunakan Video Kartun Kita dan memberi lembaran kerja pada fasa penutup

√ √

7 Ujian pasca akan dijawab oleh respondan

√ √

8 Merekod segala data yang didapati dari respondan

9 Mentadbir ujian bulanan dengan respondan.(jika ada)

10 Membuat soal selidik kepada respondan

√ √

11 Soal selidik akan dianalisis.

12 Menulis laporan kajian √13 Menulis refleksi kajian √

Page 32: Draft 1

Pada minggu pertama, pengkaji akan mengenal pasti kelas tahun lima

yang bakal diajar selama tiga bulan. Manakala, pada minggu kedua

pengkaji berkenalan dengan responden. Selain itu, pengkaji mula mengajar

menggunakan kaedah tradisional menggunakan papan putih dan bahan

bantu belajar bukan berbentuk video animasi pada fasa penstrukturan idea

bermula minggu kedua hingga minggu ke tiga. Pada fasa penutup pengkaji

akan memberi lembaran kerja singkat untuk diselesaikan oleh sampel.

Ujian pra dilakukan selepas topik selesai di ajar bagi minggu ke dua dan

ketiga tersebut. Keputusan ujian dianalisis dan sasaran yang menjadi

responden dikenal pasti. Ciri-ciri murid yang dipilih untuk menjadi

responden adalah mendapat gred C ( di bawah 59%), tidak mempunyai

kecacatan kognitif dan boleh membaca.

Selepas responden dikenal pasti, pengkaji akan mula membuat

intervensi pada minggu ke empat dengan menggunakan ‘Video Kartun Kita’

pada fasa penstrukturan idea. Pengkaji akan memberi ujian pasca kepada

responden. Intervensi dilakukan selama lima kali selama dua minggu.

Sama seperti sebelumnya, pada fasa penutup lembaran kerja diberi untuk

diselesaikan oleh sampel. Data ujian pasca dan borang temu bual

dianalisis. Setelah kesemua intervensi dilakukan, borang soal selidik

diagihkan kepada responden bagi mengenal pasti keberkesanan intervensi

yang telah dilakukan. Setelah data ujian pra, ujian pasca, dokumen

pelajaran dan temu bual direkodkan dan dianalisis, pengkaji boleh mula

membuat laporan dan refleksi kajian.

21

Page 33: Draft 1

4.5 Kaedah Pengumpulan Data Kajian

Pengkaji mengguna kaedah trigulasi atau teknik pengumpulan data

menggunakan 3 kaedah yang berbeza untuk mengumpul data kajian (Chua

2006 dalam Akhiar & Shamsina, 2010). Pengkaji memilih kaedah ini kerana

teknik ini boleh meningkatkan kebolehpercayaan hasil kajian.

Bagi mengenal pasti objektif yang pertama iaitu penguasaan konsep

sains murid tahun lima dalam topik mikroorganisma, pengkaji

menggunakan kaedah ujian pra (Lampiran 1) dan pasca (Lampiran 2) dan

analisis dokumen (Lampiran 3). Ujian ini terdiri daripada 20 item berbentuk

subjektif yang dibina berdasarkan format bahagian B kertas sains UPSR.

Pengkaji memilih untuk menggunakan item ujian berbentuk subjektif sahaja

kerana mudah digubal, sesuai untuk keenam-enam aras taksonomi Bloom

(2001), dan mengurangkan sampel menjawab secara tekaan. Item ujian

berbentuk objektif tidak digunakan kerana boleh menyebabkan sampel

meniru, meneka dan menjawab tanpa memberi jawapan bernas, boleh

menyebabkan kesahan instrumen yang digunakan menjadi rendah. Ujian

pra dan pasca digubal mempunyai item yang sama tetapi diletakkan dalam

kedudukan yang berbeza untuk mendapatkan kesahan yang tinggi. Item

yang sama akan menyebabkan kedua-dua ujian boleh menguji

penguasaan sampel terhadap subjek mikroorganisma pada tahap yang

sama. Manakala, kedudukan item dalam ujian pasca adalah berbeza

dengan ujian pra untuk mengelakkan sampel mengingat semula item ujian

pra atau menghubung kaitkan kedua-dua jenis ujian tersebut. Ujian pra

diberikan selepas pengajaran tradisional tamat dijalankan. Melalui ujian

22

Page 34: Draft 1

pra, pengkaji boleh mengenal pasti responden berpencapaian gred C dan

ke bawah, sihat kognitif dan boleh membaca. Manakala, ujian pasca

dilakukan oleh sampel selepas sesi intervensi selesai dijalankan. Data ujian

pra dan pasca dianalisis bagi membuat perbandingan perubahan

penguasaan konsep sains yang diajar sebelum dan selepas intervensi

dijalankan.

Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah analisis dokumen bagi

mengenal pasti sejauh mana objektif pertama tersebut dapat dicapai. Item

yang digunakan bagi instrumen ini adalah lembaran kerja yang berbentuk

enam soalan subjektif mengikut aras kognitif taksonomi Bloom (2001).

Lembaran kerja akan diberi pada fasa penutup bagi setiap sesi pengajaran

secara tradisional dan secara intervensi dalam tajuk mikroorganisma.

Kaedah seterusnya adalah soal selidik berbentuk borang bagi

mengenal pasti perubahan pada objektif kedua iaitu minat murid terhadap

kaedah yang digunakan semasa intervensi. Dalam kajian ini, set soalan

soal selidik diadaptasi dari kajian yang telah dilakukan oleh Khairuddin Nisa

dan Abd. Latif Gapor, (2012). Nilai kebolehpercayaan bagi item soal selidik

ini adalah sebanyak 0.72 dengan menggunakan Cronbach’Set soal selidik

tersebut diubah suai menjadi tiga skala likert sahaja berbanding lima skala

likert. Ini bagi memudahkan murid untuk menjawab soal selidik dengan

tepat apa yang dirasai berdasarkan pemahaman mereka.

23

Page 35: Draft 1

4.6 Cara Menganalisis Data Kajian

Bagi mengenal pasti objektif yang pertama iaitu tahap penguasaan sampel,

pengkaji menggunakan instrumen ujian pra pasca dan analisis dokumen.

Bagi ujian pra pasca, data dianalisis menggunakan statistik deskriptif

Manakala, analisis dokumen berbentuk lembaran kerja di analisis

menggunakan kod dan sub tema taksonomi Bloom seperti di dalam jadual

4.6.

Jadual 4.6: Kod dan subtema bagi Taksonomi Bloom

Kemahiran Berfikir Aras Rendah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Kod Subtema Kod Subtema

Ri Mengingat Tp Mengaplikasi

Rh Memahami Tl Menganalisis

Tv Mengevaluasi

Tc Mencipta

Sumber: Taksonomi Bloom rujukan semula Anderson & Krathwohl 2001

Penguasaan murid dinilai melalui domain taksonomi bloom menitik

beratkan aspek kognitif atau pengetahuan yang digunakan murid dalam

konsep sains bagi topik mikroorganisma menggunakan kaedah analisis

dokumen. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang

dengan teliti dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk

berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masala dan

membuat keputusan (BPK, 2012)..

24

Page 36: Draft 1

Manakala borang soal selidik minat dianalisis berpandukan tiga

skala likert. Jumlah jawapan item yang diberi mengikut skala likert dikira

menggunakan statistik deskriptif bagi mengesan kecondongan data

memihak kepada purata sampel setuju, sederhana atau tidak setuju. Jika

banyak responden memberi jawapan setuju maka ini melambangkan

banyak responden minat topik yang diajar oleh pengkaji setelah intervensi

dijalankan dan disebaliknya.

25

Page 37: Draft 1

5.0 REFLEKSI

5.1 Pengenalan

Penyediaan kertas cadangan kajian telah memberi pelbagai pengalaman

yang amat berguna daripada pelbagai aspek.

5.2 Refleksi terjemahan Pengalaman Semasa Dalam Penyediaan Kertas

Cadangan Penyelidikan

Sepanjang penyediaan kertas cadangan penyelidikan pengkaji mendapat

pelbagai pengalaman pahit dan manis. Refleksi ini ditulis secara berstruktur

bermula dengan tajuk pengetahuan, kelemahan, kekuatan dan penutup.

Dari aspek pengetahuan pengkaji mempelajari banyak kemahiran

dan ilmu yang baru terutama dari segi aspek penyelidikan. Penyelidikan

dalam pendidikan boleh ditakrifkan sebagai proses memperoleh

pengetahuan baru melalui pengumpulan data dan maklumat untuk

menyelesaikan masalah pendidikan dan seterusnya digunakan untuk

meningkatkan kualiti dan amalan pendidikan (Akhiar & Shamsina, 2010).

Jenis penyelidikan yang pengkaji sediakan ini adalah jenis kajian tindakan.

Stephen Corey (1953) dalam Akhiar dan Shamsina (2010) memberikan

definisi kajian tindakan sebagai proses di mana para guru atau pengamal

cuba mempelajari masalah mereka secara saintifik dengan tujuan untuk

memandu, membimbing, memperbaiki dan menilai keputusan serta

tindakan mereka. Melalui proses penyediaan kertas cadangan ini, pengkaji

mendapati bahawa kajian tindakan memberi lebih banyak faedah daripada

26

Page 38: Draft 1

apa yang pengkaji tahu sebelum ini, terutamanya kepada seorang guru.

Sebagai contoh jika pengkaji mendapati pengajaran yang dilakukan kurang

berkesan, pengkaji boleh melakukan kajian dan mencari alternatif sehingga

dapat mendapat intervensi yang dapat meningkatkan pencapaian murid.

Selain itu, pengkaji belajar untuk membuat kajian dengan secara teratur

dengan carta Gantt. Malah pengkaji mendapati bahawa banyak kaedah-

kaedah kajian yang berlainan seperti model penyelidikan tindakan Lewin

(1946), John Elliot (1985), Jean McNiff (1988), Jack Whitehead (1989) dan

sebagainya (Akhiar & Shamsina, 2010). Dalam kajian ini pengkaji

menggunakan model Lewin (1946) yang berbentuk pilin dan setiap pilin

atau kitaran itu mengandungi langkah-langkah perancangan, tindakan dan

peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan sesuatu

tindakan itu. Selain itu, untuk mendapatkan data, pengkaji mendapati

bahawa sesuatu instrumen yang mempunyai kesahan yang tinggi perlu

digunakan. Pengkaji tidak pernah menjangka instrumen mempunyai

peranan yang amat penting dalam kajian. Bagi pengkaji, bahagian paling

sukar dalam kertas cadangan ini adalah pencarian instrumen yang sah dan

sesuai untuk mengumpul data.

Sebagai seorang manusia biasa, pengkaji mempunyai pelbagai

kesulitan dan kelemahan daripada faktor luaran dan pengkaji sendiri.

Antara kesulitan pengkaji alami adalah pertukaran penyelia. Penyelia yang

pertama terpaksa menyambung pelajarannya menyebabkan pengkaji tidak

dapat merujuk beberapa hari sehingga mendapat penyelia saya yang

sekarang. Oleh itu, pengkaji terpaksa mencari alternatif beberapa

27

Page 39: Draft 1

pensyarah lain untuk merujuk tajuk-tajuk yang saya ingin cadangkan. Ini

sedikit sebanyak mengganggu dan melambatkan persediaan kertas

cadangan saya, kerana pengesahan tajuk tidak dapat dijalankan dalam

masa yang singkat. Selain itu, masa yang diperuntukkan adalah hanya dua

minggu menyebabkan pengkaji terpaksa berhempas pulas menyiapkan

kertas cadangan ini. Malah pengkaji juga sukar merujuk kepada penyelia

kerana masa yang terlalu padat. Kuliah pada semester ini berjalan dari

waktu pagi hingga ke petang menyebabkan pengkaji hanya mampu

merujuk penyelia pada waktu rehat dan pukul satu petang sahaja ketika

ketiadaan kuliah. Perhimpunan pagi setiap hari pelatih juga banyak

membazir masa yang sepatut untuk sarapan pagi. Akibat tidak mampu

bersarapan pada waktu pagi dan pada waktu rehat menyebabkan pengkaji

kurang bertenaga pada waktu pagi menyediakan kertas cadangan ini.

Makan adalah keperluan fizikal yang perlu dipenuhi jika ingin berjaya

menurut teori keperluan Maslow (Maslow, 1943). Selain itu, ceramah pada

semester ini terlalu banyak seperti ceramah KSSR Sains, Bahasa Inggeris,

dan Pendidikan Jasmani, walaupun sudah diketahui dan diamalkan oleh

pengkaji tetapi perlu dihadiri banyak mengorbankan masa untuk

penyediaan kertas cadangan. Manakala pada waktu malam pengkaji

terpaksa membahagikan masa untuk membuat kertas cadangan, tugasan,

dan pembentangan kuliah yang lain. Akibat daripada pengorbanan masa

rehat di waktu pagi dan petang menyebabkan pengkaji sering dalam

keadaan letih ketika proses penyediaan kertas cadangan ini. Selain itu,

kejadian terputus bekalan elektrik telah sedikit sebanyak mengganggu

penyediaan kertas cadangan ini. Malah pengkaji juga mempunyai banyak

masalah dalam mencari jurnal kerana jumlah jurnal yang berkaitan adalah

28

Page 40: Draft 1

terhad. Oleh itu pengkaji banyak mencari jurnal menggunakan internet,

walaupun begitu jurnal yang sesuai menepati isi kajian adalah amat sukar

didapati. Ini kerana kebanyakan jurnal di internet berusia lebih daripada

lima tahun, ada juga yang tidak mempunyai tarikh dan sebagainya. Selain

itu, pengkaji juga mempelajari tentang pelbagai pengetahuan baru seperti

menggunakan perisian lembut seperti Mendeley dan laman sesawang

seperti Eric dan sebagainya.

Manakala banyak kesulitan lain adalah disebabkan kesilapan

pengkaji itu sendiri. Pengkaji tidak dapat memikirkan tajuk yang bernas

menyebabkan tajuk ditolak beberapa kali oleh pensyarah. Akibat tidak

mampu menyediakan tajuk yang bernas telah mendatangkan kebimbangan

kepada pengkaji. Namun, setelah beberapa kali ditolak akhirnya pengkaji

telah mendapat intervensi yang sesuai untuk dijadikan tajuk kajian, iaitu

Video Kartun Kita. Selain itu, kelemahan pengkaji dalam menyediakan

kertas cadangan ini adalah kecetekan ilmu dalam bidang kajian. Ini kerana

pengkaji hanya mempunyai masa dua minggu untuk menguasai kemahiran

dan ilmu penyelidikan. Ini menyebabkan pengkaji menyiapkan kertas

cadangan dengan kadar yang perlahan. Selain itu, kecetekan ilmu

penyelidikan pengkaji menyebabkan pengkaji banyak membuat kesilapan

Malah melalui penyediaan ini, pengkaji banyak mempelajari nilai

kerajinan. Pengkaji terpaksa membuang sifat malas diri saya demi

menyiapkan kertas cadangan ini. Pengkaji juga banyak mempelajari nilai

kesabaran semasa menyiapkan kertas cadangan ini. Walaupun dengan

masa yang padat dengan dugaan seperti ceramah yang terlalu banyak

29

Page 41: Draft 1

amat menguji kesabaran saya. Selain itu, pengkaji belajar untuk terus gigih

walaupun beberapa kali tajuk ditolak.

Pengkaji berharap segala kelemahan yang pengkaji lakukan tidak

dilakukan pada masa akan datang demi memperoleh kecemerlangan masa

depan. Segala kekuatan dan pengetahuan, pengkaji akan kukuhkan.

Malah, pengkaji berharap untuk dapat membuat tugasan seperti ini kerana

pengkaji gembira membuat kertas cadangan ini kerana banyak memberi

input yang baru yang berguna sebagai seorang bakal guru. Selain itu,

pengkaji berharap pihak institut dapat memberi peluang untuk pengkaji

berbincang dengan penyelia dan masa yang banyak untuk menyediakan

kertas cadangan dengan mengurangkan jumlah kelas, ceramah dan

aktiviti-aktiviti lain yang wajib pada musim guru pelatih membuat kertas

cadangan.

Pendek kata, pengkaji berharap segala kelemahan dan kesilapan

yang dilakukan dapat dijadikan pengalaman dan pengajaran. Manakala

segala pengetahuan dan pengalaman dijadikan sebagai senjata di sekolah

nanti. Pengkaji berharap dengan segala pengalaman dan ilmu yang

diperoleh ini mampu membentuk saya menjadi seorang guru yang

cemerlang kelak.

30

Page 42: Draft 1

5.3 Refleksi Terjemahan Amalan Pedagogi Yang Akan Dilaksanakan Dalam

Kajian

Penyediaan kertas cadangan ini bukan sahaja mampu memberi impak

kepada lahiriah dan sahsiah sahaja, malah kepada pedagogi seseorang

guru juga. Menurut kamus dewan edisi keempat, pedagogi adalah kaedah

dan prinsip pengajaran.

Berdasarkan kertas cadangan, banyak kajian-kajian luar

menggunakan video dan kartun sebagai intervensi, namun video kartun

yang dibuat sendiri dengan murid belum pernah lagi digunakan di dalam

kelas. Melalui kajian ini, diharapkan dapat memberi jawapan bagi segala

kesulitan atau research gap bagi kajian berbentuk multimedia ini. Pengkaji

berharap, setelah kajian siap dilakukan dapat dicetak dan diterbitkan untuk

rujukan pengkaji-pengkaji masa depan. Diharapkan maklumat, idea dan

tindakan yang tertulis di dalamnya dapat memberi input yang berguna

kepada bakal pendidik.

Semasa mencari rujukan, pengkaji mendapati banyak menimba ilmu

tentang intervensi yang berbeza bagi sesuatu masalah. Terdapat beberapa

tindakan tersebut yang menarik dan sesuai boleh dijadikan antara aktiviti di

dalam pengajaran dan pembelajaran kelas. Melalui ini, diharapkan pengkaji

tidak lagu buntu memikirkan aktiviti dalam kelas setelah mengkaji

31

Page 43: Draft 1

intervensi-intervensi yang dilakukan oleh pengkaji bekas guru pelatih

institut dan pengkaji-pengkaji luar juga.

Selain itu, segala ilmu yang dipelajari dalam kajian tindakan

diharapkan dapat diaplikasikan dalam bilik di darjah apabila menjadi

seorang guru tulen kelak. Ini kerana melalui pengetahuan seperti langkah

kajian yang betul seperti Lewin (1946), pengkaji boleh terus untuk mencari

jalan penyelesaian bagi masalah-masalah yang berlaku dalam pengajaran

dan pembelajaran. Stephen Corey (1953) dalam Ahiar dan

Shamsina(2010) memberikan definisi kajian tindakan sebagai proses di

mana para guru atau pengamal cuba mempelajari masalah mereka secara

saintifik dengan tujuan untuk memandu, membimbing, memperbaiki dan

menilai keputusan serta tindakan mereka. Melalui ini, seorang guru kelak

mampu menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan aktif

kepada murid.

Pendek kata, penyediaan kertas cadangan ini banyak memberi input

pengalaman dan pengetahuan terutama dari segi pedagogi. Diharapkan

melalui input ini pengkaji dapat menyediakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang mampu membentuk murid ke arah insan yang berilmu,

celik dan bermodal insan kelas pertama.

32

Page 44: Draft 1

RUJUKAN

Aksoy, G. (2012). The effects of animation technique on the 7th grade science and technology course. Creative Education Journals 2012, 3, 303-308.

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan dalam Penyelidikan Pendidikan. Kedah, Penerbitan Multimedia

Anderson, Lorin W. & Krathwohl, David R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing: a Revision of Bloom’s Taxonomy. New York. Longman Publishing.

Anitha. (2012). A comparative study between e-learning and traditional learning in management education. International Journal of Multidisciplinary Management Studies, 2, 230-243.

Azidah Abd Ziden, Issham Ismail, Robitah Spian & Kumutha, K. (2011). The efffects of ICT use in teaching and learning on students’ achievement in science subject in a primary school in Malaysia. Malaysia Jornal of Distance Education, 13, 19-32.

Aziz Nordin & Lin Hui Ling. (2011). Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar tingkatan dua. Journal of Science & Mathematics Educational, 2, 89-101

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012) Spesifikasi Kurikulum Sains Tahun 5. Putrajaya: Malaysia, kementerian Pelajaran.

Espinosa, J. M. R. (2005). The importance of scientific literacy in our society. Astrophysics. How to Attract Young People Into Physics. San Cristóbal de La Laguna. Instituto de Astrofsica de Canarias.

Isaha Haron, Abdul Latif, Nasir Bin Masran, Abdul Halim Bin Ibrahim, & Mariam Binti Mohamed Nor. (2008).Kesan dasar pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah, (18). Dalam Malaysia, Kementerian Pelajaran (Ed.). Persidangan Meja Bulat PPSMI. Putrajaya: Malaysia, Kementerian Pelajaran.

Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka, Hulu Kelang, selangor.

Khairuddin Nisa & Abd. Latif Haji Gafor. 2012. Keberkesanan GeoTV Terhadap Pencapaian dan Minat Pelajar Dalam Topik Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 2 (2).

Kumar, M. Krishna. (2013). Impact of using multimedia package in teaching science. International Journal of Teacher Educational Research (IJTER), 2, 1-6.

33

Page 45: Draft 1

Mai, Ken Tse-Kian & Yeen, Heidi J. T. 2012. Applying learning strategies in a multimedia and web learning environment (MWLE): Malaysian students’ perspective. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 11 (3), 50-60.

Malaysia, Kementerian Pelajaran.(2012) Pelan Perkembangan Pendidikan Malaysia 2012-2025

Norazilawati Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar mansor, Noraini Mohamed Noh & Norul Haida Reduzan. (2013). Konstruktivisme dari kaca mata guru sains dan matematik. Dalam World Conferences.net (Ed.) Proceeding of the International Conference on Social Science Research (pp. 18)

Ong Eng Tek, Rosmawati Muhammad Kharuddin, Sabri Salleh, & Nurulhuda Abd Rahman. (2013). Keberkesanan penggunaan modul kartun dalam meningkatkan pencapaian biologi pelajar. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3, 95-106.

Suhana Binti Udin. (2012). Meningkatkan kemahiran mengingat huruf idgham maal ghunnah menggunakan gabungan kaedah ilustrasi kartun, pergerakkan dan nyanyian. Dalam IPG KBL (Ed.), Seminar Penyelidikkan Tindakan Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang Tahun 2012, 230-242.

Tan Choon Keong & Carol Binti Abu. (2013). Pengaplikasian video Youtube: Bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains sosial. Dalam Universiti Malaysia Sabah (Ed.), Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (pp. 255-263)

Wyk, M. M. V. (2012). The use of cartoons as a teaching tool to enhance student learning in economic education. Journal of Social Science, 26(2), 128-130.

Yaman, Havva. (2010). Cartoons as a teaching tool: a research on turkish language grammar teaching. Education Science Theory & Practice Journals, 10, 1231-1242

Yu Aimee Zhang. (2012). Developing animated cartoons for economic teaching. Journal of University Teaching & Learning Practice, 9 (2), 1-13

34

Page 46: Draft 1

LAMPIRAN 1

Ujian Pra

Nama: Kelas:

Jawab semua soalan dalam ruang yang disediakan.

Jadual 1 menunjukkan bilangan hari dan bilangan tompok hitam pada sekeping roti

selepas direnjis sedikit air.

Bilangan Hari 2 4 6 8

Bilangan

Tompok

1 2 3 4

1. Apakah corak perubahan bilangan tompok hitam apabila bilangan hari

bertambah?

__________________________________________________________

[1 markah]

2. Apakah yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan)

__________________________________________________________

[1 markah]

3. Apakah yang diperhatikan(pemboleh ubah bergerak balas)

__________________________________________________________

[1 markah]

4. Ramalkan bilangan tompok hitam pada roti itu pada hari ke sepuluh.

__________________________________________________________

35

Page 47: Draft 1

[1 markah]

5. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?

__________________________________________________________

[1 markah]1. David menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji kesan yis ke atas

adunan tepung. Kuantiti yis yang berbeza dimasukkan ke dalam empat

adunan tepung, Q, R, S dan T. Rajah 1 menunjukkan ketinggian adunan

selepas 30 minit.

Rajah 1

a) Apakah tujuan eksperimen ini?

_____________________________________________________

[1 markah]

b) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini.

_____________________________________________________

[1 markah]

c) Apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dalam penyiasatan

ini,

_____________________________________________________

[1 markah]

d) Apa yang diukur (pembolehubah bergerak balas) dalam

penyiasatan ini.

36

Page 48: Draft 1

_____________________________________________________

[1 markah]

e) Ramalkan ketinggian adunan itu jika 12 g yis digunakan.

_____________________________________________________

[1 markah]

37

Page 49: Draft 1

Saiz Amat kecil Sangat Kecil kecil besar

Jenis

Mikoorganisma

P bakteria Q kulat

Jadual 2.0: menunjukkan jenis dan saiz mikroorganisma

1. Apakah jenis mikroorganisma Q?

_________________________________________________________

[1 markah]

2. Bagaimanakah anda boleh melihat mikroorganisma Q?

__________________________________________________________

[1 markah]

3. Mikroorganisma P boleh menyebabkan selesema. Bagaimanakah

mikroorganisma P boleh menjangkiti orang manusia?

__________________________________________________________

[1 markah]

4. Bagaimanakah dengan menutup hidup dan mulut ketika bersin atau

batuk dapat mengurangkan mikroorganisma merebak?

__________________________________________________________

[1 markah]

5. Mengapakah ikan masin walaupun dibiarkan lama masih boleh dimakan?

__________________________________________________________

[1 markah]

38

Page 50: Draft 1

Mikroorganisma virus membawa penyakit seperti AIDS dan selesema.

Mikroorganisma S digunakan untuk menghasilkan keju

Mikroorganisma R digunakan untuk roti naik supaya roti menjadi lembut

dan gebu

Mikroorganisma Protozoa hidup di dalam tasik, kolam, sungai atau

tempat air bertakung.

1. Apakah jenis mikroorganisma S?

__________________________________________________________

[1 markah]

2. Bagaimanakah mikroorganisma R dapat menjadikan roti menjadi gebu?

__________________________________________________________

[1 markah]

3. Bagaimanakah mikroorganisma S boleh merosakkan gigi jika tidak

memberus gigi ?

__________________________________________________________

[1 markah]

4. Mengapakah mikroorganisma S boleh merebak melalui udara?

__________________________________________________________

[1 markah]

5. Bagaimanakah kita boleh mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh

protozoa?

__________________________________________________________

[1 markah]

39

Page 51: Draft 1

LAMPIRAN 2

Ujian Pasca

Nama: Kelas:

1. David menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji kesan yis ke atas

adunan tepung. Kuantiti yis yang berbeza dimasukkan ke dalam empat

adunan tepung, Q, R, S dan T. Rajah 1 menunjukkan ketinggian adunan

selepas 30 minit.

Rajah 1

f) Apakah tujuan eksperimen ini?

_____________________________________________________

[1 markah]

g) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini.

_____________________________________________________

[1 markah]

h) Apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dalam penyiasatan

ini,

_____________________________________________________

[1 markah]

40

Page 52: Draft 1

i) Apa yang diukur (pembolehubah bergerak balas) dalam

penyiasatan ini.

_____________________________________________________

[1 markah]

j) Ramalkan ketinggian adunan itu jika 12 g yis digunakan.

_____________________________________________________

[1 markah]

41

Page 53: Draft 1

Jawab semua soalan dalam ruang yang disediakan.

Jadual 1 menunjukkan bilangan hari dan bilangan tompok hitam pada sekeping

roti selepas direnjis sedikit air.

Bilangan Hari 2 4 6 8

Bilangan

Tompok

1 2 3 4

1. Apakah corak perubahan bilangan tompok hitam apabila bilangan hari

bertambah?

__________________________________________________________

[1 markah]

2. Apakah yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan)

__________________________________________________________

[1 markah]

3. Apakah yang diperhatikan(pemboleh ubah bergerak balas)

__________________________________________________________

[1 markah]

4. Ramalkan bilangan tompok hitam pada roti itu pada hari ke sepuluh.

__________________________________________________________

[1 markah]

5. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?

42

Page 54: Draft 1

__________________________________________________________

[1 markah]

Jadual 2.0 menunjukkan jenis dan saiz mikroorganisma

Saiz Amat kecil Sangat Kecil kecil besar

Jenis

Mikoorganisma

P bakteria Q kulat

Jadual 2

6. Apakah jenis mikroorganisma Q?

_________________________________________________________

[1 markah]

7. Bagaimanakah anda boleh melihat mikroorganisma Q?

__________________________________________________________

[1 markah]

8. Mikroorganisma P boleh menyebabkan selesema. Bagaimanakah

mikroorganisma P boleh menjangkiti orang manusia?

__________________________________________________________

[1 markah]

9. Bagaimanakah dengan menutup hidup dan mulut ketika bersin atau

batuk dapat mengurangkan mikroorganisma merebak?

__________________________________________________________

[1 markah]

10.Mengapakah ikan masin walaupun dibiarkan lama masih boleh dimakan?

__________________________________________________________

43

Page 55: Draft 1

[1 markah]

Mikroorganisma virus membawa penyakit seperti AIDS dan selesema.

Mikroorganisma S digunakan untuk menghasilkan keju

Mikroorganisma R digunakan untuk roti naik supaya roti menjadi lembut

dan gebu

Mikroorganisma Protozoa hidup di dalam tasik, kolam, sungai atau

tempat air bertakung.

6. Apakah jenis mikroorganisma S?

__________________________________________________________

[1 markah]

7. Bagaimanakah mikroorganisma R dapat menjadikan roti menjadi gebu?

__________________________________________________________

[1 markah]

8. Bagaimanakah mikroorganisma S boleh merosakkan gigi jika tidak

memberus gigi ?

__________________________________________________________

[1 markah]

9. Mengapakah mikroorganisma S boleh merebak melalui udara?

__________________________________________________________

[1 markah]

10.Bagaimanakah kita boleh mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh

protozoa?

44

Page 56: Draft 1

__________________________________________________________

[1 markah]

LAMPIRAN 3

Lembaran Kerja

Nama: Kelas:

a) Namakan empat jenis mikroorganisma?_______________________________________________________

b) Apakah dimaksudkan dengan mikroorganisma?_______________________________________________________

c) Berdasarkan petikan tersebut, apakah mikroorganisma yang dimaksudkan? Paling kecil antara semua mikroorganisma

_______________________________________________________

d) Organisma ini menyebabkan malaria, apakah mikroorganisma ini?_______________________________________________________

e) Bagaimanakah anda boleh mengelakkan terkena jangkitan malaria?_______________________________________________________

45

Page 57: Draft 1

LAMPIRAN 4

BORANG SOAL SELIDIK

Bil.

Item Setuju Biasa Tidak setuju

1 Saya suka menghadiri kelas yang diajar dengan berbantukan Video Kartun Kita kerana ianya menarik

2 Saya lebih suka mempelajari topik pengajaran Sains dengan berbantukan Video Kartun Kita berbanding menggunakan buku teks sahaja

3 Penggunaan Video Kartun Kita dalam pengajaran Sains akan menjadikan sesi pengajaran Sains lebih menarik berbanding penggunaan buku teks sahaja.

4 Saya lebih suka mempelajari Sains dengan menggunakan Video Kartun Kita

5 Saya lebih suka mempelajari topik mikroorganisma menggunakan buku teks berbanding menggunakan Video Katun Kita

6 Sepatutnya murid mempelajari topik mikroorganisma hanya menggunakan buku teks sahaja

46

Page 58: Draft 1

47