Draft Amali

3
Amali 1: Unit dan Pengukuran (Pengukuran dalam kehidupan seharian) Hasil Pembelajaran: Mengambil dan membanding pengukuran dengan menggunakan alat pengukur yang berbagai jenis. Aktiviti 1: Mengukur panjang Alat dan bahan: Pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer, satu wayar kuprum, pensel dan rambut Prosedur aktiviti: Pembaris Meter 1. Diameter satu wayar kuprum diukur dengan menggunakan pembaris meter dan ukurannya direkodkan. 2. Eksperimen diulang dengan menggantikan wayar kuprum kepada pensel dan rambut dan ukuran tersebut direkodkan. Angkup Vernier 1. Rahang angkup Vernier dirapatkan dan ralat sifar dicatatkan. 2. Wayar kuprum diletakkan secara menegak pada rahang angkup Vernier dengan rahangnya dirapatkan. 3. Nilai pada skala utama sebelum tanda “0” skala Vernier dibaca dan direkodkan. 4. Nilai pada skala Vernier yang tepat segaris dengan garis skala utama dibaca dan ditambah dengan bacaan pada skala utama. 5. Bacaan skala ditolak ralat sifar untuk mendapatkan bacaan yang tepat. 6. Langkah 2 ke langkah 5 diulang dengan menggantikan wayar kuprum kepada pensel dan rambut dan ukuran tersebut direkodkan. Tolok Skru Mikrometer 1. Bidal diputar untuk menutup rahang tolok skru mikrometer dan racet diputar sehinggga bunyi “tik” pertama didengari untuk mengenal pasti ralat sifar. 2. Wayar kuprum diletakkan secara menegak pada rahang tolok skru mikrometer dengan rahangnya dirapatkan dengan memutarkan bidal.

description

amali

Transcript of Draft Amali

Page 1: Draft Amali

Amali 1: Unit dan Pengukuran

(Pengukuran dalam kehidupan seharian)

Hasil Pembelajaran: Mengambil dan membanding pengukuran dengan menggunakan alat pengukur yang berbagai jenis.

Aktiviti 1: Mengukur panjang

Alat dan bahan:

Pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer, satu wayar kuprum, pensel dan rambut

Prosedur aktiviti:

Pembaris Meter

1. Diameter satu wayar kuprum diukur dengan menggunakan pembaris meter dan ukurannya direkodkan.

2. Eksperimen diulang dengan menggantikan wayar kuprum kepada pensel dan rambut dan ukuran tersebut direkodkan.

Angkup Vernier

1. Rahang angkup Vernier dirapatkan dan ralat sifar dicatatkan.

2. Wayar kuprum diletakkan secara menegak pada rahang angkup Vernier dengan rahangnya dirapatkan.

3. Nilai pada skala utama sebelum tanda “0” skala Vernier dibaca dan direkodkan.

4. Nilai pada skala Vernier yang tepat segaris dengan garis skala utama dibaca dan ditambah dengan bacaan pada skala utama.

5. Bacaan skala ditolak ralat sifar untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

6. Langkah 2 ke langkah 5 diulang dengan menggantikan wayar kuprum kepada pensel dan rambut dan ukuran tersebut direkodkan.

Tolok Skru Mikrometer

1. Bidal diputar untuk menutup rahang tolok skru mikrometer dan racet diputar sehinggga bunyi “tik” pertama didengari untuk mengenal pasti ralat sifar.

2. Wayar kuprum diletakkan secara menegak pada rahang tolok skru mikrometer dengan rahangnya dirapatkan dengan memutarkan bidal.

3. Racet diputarkan apabila rahang hampir tutup sehingga bunyi “tik” yang pertama didengari.

4. Nilai pada skala utama tolok skru mikrometer dibaca dan direkodkan.

5. Nilai pada skala kepala yang tepat segaris dengan garis ufuk skala utama dibaca dan ditambah dengan bacaan pada skala utama.

6. Bacaan skala ditolak ralat sifar untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

7. Langkah 2 ke langkah 6 diulang dengan menggantikan wayar kuprum kepada pensel dan rambut dan ukuran tersebut direkodkan.

Page 2: Draft Amali

Langkah-langkah berjaga-jaga:

1. Garis penglihatan mesti berserenjang dengan skala semasa membaca skala bagi mengelakkan ralat paralaks.

2. Ralat sifar dikenal pasti sebelum pengukuran bermula supaya ukuran yang didapat tepat.

3. Beberapa bacaan diulang untuk mendapatkan ukuran yang lebih jitu.

4. Hujung-hujung rahang tolok skru mikrometer dibersihkan dengan kertas tisu atau kain supaya kekotoran yang terlekat tidak turut diukur.

5.Apabila pembaris meter digunakan,pembaris ditegakkan supaya skala bersentuhan dengan objek yang diukur bagi mengelakkan ralat paralaks.

Pemerhatian/Keputusan:

Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran:

Perbincangan:

Kesimpulan:

Aktiviti 2: Mengukur Jisim

Alat dan bahan:

Neraca palang, neraca elektronik dan satu sudu teh pasir

Prosedur aktiviti:

Neraca Palang

1. Pastikan semua pelungsur berada pada senggat ‘0’.

2. Pastikan penunjuk aras berada pada kedudukan selari dengan senggat ‘0’.

3. Satu sudu teh pasir diletakkan di atas dulang dan pelungsur besar ditolakkan ke kanan.

4. Pelungsur sederhana ditolakkan ke kanan sambil memerhatikan penunjuk aras.

5. Pelungsur kecil ditolakkan sehingga penanda aras adalah selari dengan ‘o’’

6. Semua bacaan pada ketiga-tiga palang ditambahkan untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

Neraca Elektronik

1. Pastikan timbangan sudah dinyalakan.

2. Piring neraca eletronik dibersihkan dari sisa bahan.

3. Pastikan timbangan menunjukkan angka nol ‘0’.

4. Satu sudu teh pasir diletakkan di atas piring neraca elektronik.

5. Bacaan diambil apabila angka pada neraca elektronik sudah stabil.

Langkah-langkah berjaga-jaga:

1. Beberapa bacaan diulang untuk mendapatkan ukuran yang lebih jitu.

Page 3: Draft Amali

2. Kipas dimatikan kerana tiupan angin dapat mempengaruhi bacaan pada neraca.

Pemerhatian/Keputusan:

Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran:

Perbincangan:

Kesimpulan: