DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

15
Cadangan Manual Standard Operasi (Panduan) Untuk Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 002 (PUBLIC) Draft Cadangan Garis Panduan Manual Standard Operasi Untuk Pengurusan Banjir Di Malaysia Cadangan terbuka untuk dimajukan kepada : Kerajaan Malaysia, Kementerian, Jabatan, Agensi berkaitan atau mana-mana pihak yang berminat Dimajukan dan ditulis oleh: - Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli URL : http://www.nikzafri.blogspot.com http://www.e-brainfund.webs.com e-mail : [email protected], [email protected], [email protected]

Transcript of DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Page 1: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Panduan) Untuk Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 – VER 002 (PUBLIC)

Draft

Cadangan Garis Panduan Manual Standard Operasi

Untuk Pengurusan Banjir Di Malaysia

Cadangan terbuka untuk dimajukan kepada :

Kerajaan Malaysia, Kementerian, Jabatan, Agensi berkaitan atau mana-mana pihak yang berminat

Dimajukan dan ditulis oleh: - Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli

URL : http://www.nikzafri.blogspot.com http://www.e-brainfund.webs.com

e-mail : [email protected], [email protected], [email protected]

Page 2: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 002 (PUBLIC)

KENYATAAN DAN PENAFIAN

1. Dokumen ini hanyalah cadangan dari orang awam yang masih di

peringkat draf,

2. Dokumen ini hanyalah cadangan yang boleh digunakan sebagai panduan

3. Isi kandungan dokumen tidak bermaksud untuk mempengaruhi keputusan yang dilakukan oleh pengurusan tertinggi dalam mengemaskinikan atau membangunkan manual, pelan dan prosedur standard operasi

4. Penggunaan dokumen ini perlu dirujuksilang kepada semua Undang-Undang, Akta-Akta yang terkini dan berkaitan termasuk pindaan-pindaan yang dibuat selain merujuksilang mana-mana piawaian, manual, prosedur standard operasi, pekeliling, arahan dll yang berkaitan dengan pengurusan bencana banjir dll bencana alam

Page 3: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 002 (PUBLIC)

1.0 PENUBUHAN SURUHANJAYA ATAU JAWATANKUASA KHAS YANG BERSIFAT KEKAL

1. Pengenalan

Pengurusan Banjir di Malaysia melibatkan pelbagai lapisan kementerian,

jabatan dan agensi pada tiga tahap utama iaitu Persekutuan, Negeri dan Daerah/Jajahan.

Pengurusan Banjir seperti lain-lain bencana alam perlu mengambilkira

kajian semasa (impak) terhadap alam sekitar, flora & fauna, kestabilan struktur, kestabilan tanah & slope, penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah, pembangunan di kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber semulajadi, ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb.

Adalah dicadangkan supaya satu suruhanjaya atau jawatankuasa khas

yang bersifat kekal ditubuhkan di semua peringkat bermula dengan persekutuan dan diikuti dengan negeri-negeri serta daerah-daerah/jajahan-jajahan di negeri masing-masing.

Hal ini penting supaya tidak berlaku tindanan kuasa atau arahan-arahan

yang diberikan oleh mereka yang tidak berkelayakan akan menyebabkan kekeliruan dan kecelaruan. Pengalaman telah membuktikan bahawa apabila terlalu banyak arahan-arahan yang bertindan, maka akan lebih banyak nyawa yang terkorban.

Di peringkat persekutuan, fungsi utamanya ialah melibatkan dasar,

keputusan, pengagihan sumber dan bantuan, mengutamakan aktiviti belanjawan serta memantau aktiviti jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat negeri/daerah terutamanya membabitkan operasi kecemasan bencana alam seperti banjir. Selain itu kajian khusus perlu dilakukan secara preventif dengan mengenalpasti zon-zon yang berpotensi didatangi bencana alam serta mengambil tindakan pembetulan seberapa segera. (juga dicadangkan manual ini boleh diperluaskan dan menjadi asas kepada pengurusan bencana-bencana lain seperti gempa bumi, ribut/taufan, tsunami, peperangan dan lain-lain)

Suruhanjaya Persekutuan dan negeri ini perlu melibatkan dalam

jawatankuasanya semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan, wakil pertubuhan/persatuan bukan kerajaan, sektor korporat/swasta, sukarelawan dan wakil-wakil dari parti siasah.

Di peringkat daerah/zon/jajahan pula, setiap ahli jawatankuasa akan

mengepalai jawatankuasa-jawatankuasa kecil.

Page 4: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 002 (PUBLIC)

Semua suruhanjaya di peringkat negeri secara asasnya perlu

Menyelaras semua agensi yang berkaitan untuk mengadakan mesyuarat-mesyuarat mingguan, bulanan dan tergempar, mengadakan taklimat, membuat keputusan-keputusan penting berasaskan satu pelan tindakan yang menyeluruh,

menubuhkan pusat-pusat pemindahan yang khusus di samping kemungkinan keperluan untuk pusat-pusat ad-hoc,

memastikan aspek kesihatan dan rawatan kecemasan termasuk peralatan serta ubat-ubatan yang mencukupi stok – seperti hospital, klinik dll.

Membangunkan satu pangkalan data berpusat yang boleh diakses oleh pihak yang berkepentingan di mana data perlu meliputi beberapa aspek utama seperti mangsa, jenis rawatan yang diberikan, zon-zon bahaya, tindakan yang diambil dan sebagainya,

Pertolongan dan bantuan segera diberikan (mengikut jenis dan kesesuaian) setelah menerima distress-call

Memastikan makanan yang mencukupi untuk setiap pusat-pusat pemindahan dan sebagainya.

------------------ruangan ini sengaja dikosongkan--------------------------

Page 5: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)

5

Penaung/Penasihat

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Ketua Operasi

Penyelidikan dan

Pembangunan

Kesihatan Keselamatan Logistik Kewangan &

Perbendaharaan

Wakil-Wakil Parti

Siasa

Wakil-Wakil NGO

Teknikal & ICT

Wakil-Wakil

Media

Wakil-Wakil Jabatan dan Agensi Wakil-Wakil Sektor Korporat/Swasta

Setiausaha Agung

Rajah 1 – Cadangan Struktur Organisasi secara asas

Page 6: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)

6

2. Fungsi-Fungsi Utama

a. Penasihat/Penaung Adalah dicadangkan Penasihat dan Penaung peringkat Persekutuan diketuai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Pemangku baginda sebagai Timbalan. Begitu juga diperingkat Negeri yang dinaungi oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan timbalan baginda iaitu Tengku Mahkota atau Raja Muda Negeri. Antara tugas baginda ialah mendapat segala nasihat dan laporan berkala teknikal, lojistik dan pengurusan daripada Pengerusi. Baginda juga setelah mendapat nasihat dan syor daripada Pengerusi boleh membuat keputusan kritikal seperti mengisytiharkan kecemasan atau yang setaraf dengannya mengikut tahap umpamanya : i. Tahap 1 (sangat kritikal) ii. Tahap 2 (kritikal) iii. Tahap 3 (merbahaya) iv. Tahap 4 (potensi bahaya) v. Tahap 5 (berjaga-jaga)

b. Pengerusi Adalah dicadangkan Pengerusi Suruhanjaya di Peringkat Persekutuan diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan dibantu oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga di peringkat Negeri yang diketuai oleh YAB-YAB Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri diikuti oleh Timbalan masing-masing. Antara tugas yang dicadangkan ialah : i. Mempengerusi mesyuarat kabinet atau mesyuarat persekutuan (yang

melibatkan seluruh jentera pengurusan negeri) secara berkala atau tergempar khusus mengenai bencana,

ii. Mendapatkan laporan lengkap daripada jemaah menteri dan/atau jentera persekutuan dan pengurusan negeri,

iii. Memberikan laporan berkala, nasihat dan syor kepada DYMM Penaung dan Timbalan atau dalam Sidang-Sidang Parlimen,

iv. Memberikan arahan-arahan berdasarkan pelan tindakan dan perisytiharan kecemasan bagi memastikan kelicinan operasi.

v. Dengan bantuan Ketua Operasi, menguruskan bantuan-bantuan aset dan kewangan dari negara-negara luar,

vi. Melakukan post-mortem dan laporan susulan/penutup, vii. Dan lain-lain yang diperlukan

Page 7: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)

7

c. Setiausaha Agung Adalah dicadangkan jawatan Setiausaha Agung diketuai oleh Yang Amat Berbahagia Ketua Setiausaha Negara dan Timbalan yang dilantik Di peringkat negeri, jawatan ini diketuai oleh Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri atau yang setaraf dengannya dan timbalan-timbalan yang dilantik. Antara tugas yang dicadangkan ialah :

i. Melapor terus kepada Pengerusi ii. Menghantar notis/pekeliling mesyuarat kepada peringkat persekutuan dan

negeri, iii. Merekodkan sidang atau mesyuarat, iv. Membentangkan agenda, minit mesyuarat yang telah lalu, v. Membantu Pengerusi bagi membuat dan membentangkan laporan yang

diperlukan, vi. Memastikan komunikasi yang cepat, tepat dan berkesan antara

Suruhanjaya Persekutuan dan Negeri vii. Dan lain-lain yang diperlukan

d. Ketua Operasi

Adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh samada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara atau Panglima Turus Angkatan Tentera Malaysia atau Ketua Polis Negara dan timbalan-timbalan yang dilantik. Di peringkat negeri pula ialah Pengarah MKN peringkat Negeri atau Ketua Staf ATM Negeri atau Ketua Polis Negeri dan Timbalan-timbalan yang dilantik. Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Antara tugas yang dicadangkan ialah : i. Bertindak sebagai perancang utama termasuk pelan tindakan, ii. menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran iii. melapor terus kepada Setiausaha Agung dan Pengerusi iv. menggerakkan jentera yang diperlukan samada darat, udara mahupun

laut, sungai dan saliran-saliran, v. menyelaras dengan semua ahli exco atau jawatankuasa seperti R&D,

kesihatan, logistik, keselamatan, kewangan, teknikal dll. vi. Selaku pengerusi tender untuk infrastruktur pra dan pos-bencana, vii. Mengadakan sidang media, membuat kenyataan bertulis atau lisan dsb. viii. Dan lain-lain yang perlu

Page 8: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)

8

e. Ahli Exco Suruhanjaya/Jawatankuasa 1) Am

1.1 Semua ahli exco perlu menyediakan Prosedur Standard Operasi dan

lain-lain dokumen termasuk Pelan Tindakan mengikut seksyen dan mengikut kepakaran masing-masing. Mereka juga boleh mendapatkan nasihat dari perunding-perunding atau mana-mana pihak dalam menyediakan Prosedur Standard Operasi.

1.2 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa perlu menjadi

jawatankuasa pemilihan tender infrastruktur pra dan pos bencana 1.3 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa perlu menubuhkan

jawatankuasa-jawatankuasa kecil dianggotai oleh mereka yang sesuai, berpengalaman dan berkelayakan. Mesyuarat juga perlu diadakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

1.4 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa perlu menjadi

pengerusi kepada jawatankuasa kecil daerah, jajahan dan zon. 1.5 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa akan dipantau oleh

pihak yang berkaitan samada di peringkat kementerian, agensi, institusi dll yang dilantik. Pemantauan ini melibatkan audit, pemeriksaan, ujian dan sebagainya.

1.6 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa melaporkan kepada

Ketua Operasi. 1.7 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa dilantik dengan

deskripsi tugas/tanggungjawab/fungsi yang dicadangkan di bawah bertindak hanya semasa fasa pra, semasa dan pos bencana sahaja.

1.8 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa dilantik perlu

menyelaras, menerima cadangan konkrit, mendengar kritik konstruktif, membantu, mengadakan usahasama dsb. dari mana-mana Kementerian, Jabatan, Institusi, Agensi, sektor korporat dan swasta, NGO, orang awam dll.

Page 9: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)

9

2) Penyelidikan dan Pembangunan – adalah dicadangkan jawatan ini

dipegang oleh Timbalan Naib Canselor atau Rektor mana-mana IPTA dan IPTS (akademik yang diakreditasikan oleh MQA atau setaraf) atau mana-mana Rektor atau Pengarah Kolej Kemahiran (kemahiran yang diakreditasikan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan atau setaraf)

Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Tugas exco R & D yang dicadangkan ialah :

i. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi dan infrastruktur preventif dan reaktif bencana alam dengan sokongan statistik, data dan fakta yang mencukupi,

ii. Menjalankan kajian semasa (impak) terhadap alam sekitar, flora & fauna, kestabilan struktur, kestabilan tanah & slope, penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah, pembangunan di kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber semulajadi, ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb.

iii. Membangunkan sistem pangkalan data berpusat, iv. Memberikan cadangan teknologi berkenaan kepada jawatankuasa

peringkat persekutuan atau negeri, v. Bekerjasama dengan bahagian Teknikal untuk membangunkan

teknologi atau infrastruktur berkenaan vi. Dan lain-lain yang diperlukan

*Teknologi termasuklah sistem amaran banjir, RFID, thermal imaging scan,

GPS, jentera, kelengkapan, Internet of Things (IOT) – Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence), perisian/aplikasi/pangkalan data, infrastruktur – bangunan/premis, sistem saliran, sokongan hayat, teknologi solar dll..

3) Kesihatan – adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh Ketua

Pengarah Kesihatan dan di peringkat negeri – pengarah-pengarah kesihatan negeri. Jawatan ini juga boleh dipegang oleh pengarah-pengarah atau pakar kesihatan hospital-hospital kerajaan atau swasta yang diiktiraf.

Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Antara tugas-tugas yang dicadangkan: i. Mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar untuk semua jenis bidang

kesihatan, ii. Menyediakan dasar, pekeliling, notis dan laporan kesihatan secara

komprehensif untuk diedarkan dan/atau dibentangkan, iii. Bersiap-sedia secara sistematik untuk pemindahan apabila perlu, iv. Memastikan kecukupan kelengkapan, peralatan, perkakasan, mesin

dsb. katil dsb,

Page 10: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)

10

v. Memastikan kecukupan stok ubat-ubatan terutamanya anti-biotik, anestetik, anti-venom, antidot, serum dsb.

vi. Memastikan kecukupan kakitangan perubatan terutamanya doktor dan jururawat,

vii. Mengenalpasti dan memastikan tindakan preventif atau reaktif diambil bagi mencegah sebarang wabak dan penyakit yang menular semasa banjir atau lain-lain bencana alam – ini termasuklah dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan memberikan arahan pembuangan sampah di tempat yang ditentukan, saliran yang dibersihkan, pengkebumian atau penyimpanan mayat secara sempurna dan pemusnahan/penanaman bangkai ternakan yang mati dsb.

viii. Menyediakan bekalan air yang bersih, makanan nutrisi yang sesuai untuk jenis pesakit dan penyakit yang dialami,

ix. Penyediaan makmal untuk menguji air minuman atau lain-lain bahan yang mungkin terdapat kontaminasi,

x. Mempunyai pasukan psikologi dan psikiatri dibantu oleh parakaunselor atau sukarelawan bagi memberikan nasihat kepada mangsa banjir yang mengalami trauma,

xi. Menyelaras perkhidmatan kesihatan bergerak di tempat-tempat bencana,

xii. Bersama-sama dengan bahagian keselamatan bagi memberikan taklimat dan latihan kepada kakitangan, NGO dan orangramai mengenai persediaan menghadapi banjir atau lain-lain bencana alam,

xiii. Menyelaras dengan NGO seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan lain-lain pasukan penyelamat untuk bersedia memberikan pertolongan cemas sebelum atau semasa dalam perjalanan ke hospital, klinik atau mana-mana pusat kesihatan/rawatan yang bertauliah, sekiranya perlu,

xiv. Dan lain-lain yang diperlukan

4) Keselamatan – adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam atau Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau Ketua Pengarah Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar atau Ketua Pengarah BOMBA dan Penyelamat dan di peringkat negeri – pengarah-pengarah JPAM atau JKKP atau Bomba dan timbalan-timbalan yang dilantik.

Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Antara tugas-tugas yang dicadangkan (semasa atau potensi kecemasan):

i. Mengenalpasti potensi kecemasan terutamanya di negeri, zon, daerah, jajahan atau mana-mana kawasan yang merbahaya,

ii. Menguruskan struktur dan operasi bencana, iii. Memastikan keselamatan orangramai sebelum atau semasa bencana –

seperti operasi pemindahan, aturan pusat pemindahan yang ditetapkan, penghantaran ke hospital, pertolongan cemas dll.,

Page 11: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)

11

iv. Bekerjasama dengan PDRM, Rukun Tetangga, Jawatankuasa

Keselamatan Kampung, RakanCop, unit-unit perisikan pelbagai bagi mengadakan kawalan dan pemantauan untuk memastikan pencegahan kejadian jenayah samada di lokasi banjir atau di pusat pemindahan,

v. Memberikan latihan dan tunjukajar kepada kakitangan, NGO termasuk orangramai secara berkala,

vi. Memastikan kelengkapan, mesin, peralatan dan jentera yang mencukupi dan mampu untuk merangkumi semua operasi menyelamat dan pencegahan,

vii. Menentukan zon merah, kuning dan hijau dan memastikan hanya mereka yang terlatih sahaja memasuki zon merah dan mengatur pasukan, anggota dan mereka yang berkaitan mengikut zon,

viii. Menyelaras dengan Bahagian Kewangan, NGO, sektor korporat, wakil-wakil parti siasah, individu yang berdaftar di bawah mana-mana NGO dll mengenai bantuan yang dihantar, memastikan semua data bantuan ini didaftarkan dan dikumpulkan bersama supaya tidak berlaku kekeliruan dalam penghantaran,

ix. Lain-lain yang diperlukan

5) Logistik – adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh Ketua Pengarah Kementerian Pengangkutan atau Ketua Pengarah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia dan di peringkat negeri – Pengarah Negeri Pengangkutan atau YDP-YDP Majlis Perbandaran dan timbalan-timbalan yang dilantik.

Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Antara tugas-tugas yang dicadangkan : i. Memastikan semua aset dan mod pengangkutan dengan kerjasama dari

semua pihak (contohnya ATM, Penerbangan Awam, PDRM, Bomba, Hospital, Ambulan dsb) mencukupi dan diselenggarakan dengan sempurna – ini termasuklah stor/gudang simpanan yang teratur,

ii. Mengenalpasti laluan dan rut (route) yang digunakan semasa kecemasan, iii. Mengadakan jadual penghantaran dan pengangkutan secara sistematik, iv. Memastikan kawalan trafik semasa bencana atau pemindahan dilakukan

dengan sempurna, v. Memberikan arahan keseluruhan atau sebahagian penutupan fasiliti

pengangkutan awam mengikut penilaian dan tahap kecemasan dan memastikan semua aset awam dipindahkan dan disimpan serta diselenggarakan dengan baik,

vi. Memberikan arahan penutupan institusi pengajian tinggi, sekolah dan lain-lain.

vii. Bekerjasama dengan Unit ICT mengenai perisian yang digunakan untuk menyelaras dan mengawal kitaran penghantaran serta menilai prestasi dan kualiti bagi ditingkatkan secara berterusan,

Page 12: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)

12

viii. Membekal dan menguruskan tenaga kerja mengikut keperluan dan

perubahan dari masa ke semasa, ix. Dll yang diperlukan,

6) Kewangan dan Perbendaharaan – adalah dicadangkan jawatan ini

dipegang oleh Ketua Pengarah Kementerian Kewangan atau Gabenor Bank Negara atau Ketua Audit Negara lain-lain yang setaraf dan di peringkat negeri – Pengarah Negeri MOF/Audit Negara atau mana-mana Pengarah Bank Negeri dan timbalan-timbalan yang dilantik.

Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Antara tugas-tugas yang dicadangkan :

i. Mencadang, mengurus dan menerima arahan Pengerusi atau Setiausaha Agung atau Ketua Operasi mengenai strategi, peruntukan dan belanjawan dll yang berkaitan semasa dan selepas bencana alam berlaku,

ii. Memastikan peruntukan dan belanjawan diselaraskan dengan sempurna sehingga tiba kepada peringkat negeri, zon/jajahan/daerah terutamanya mangsa yang memerlukan,

iii. Memastikan komunikasi dengan pihak institusi perbankan dan kewangan, hasil/cukai dll mengenai isu-isu pelepasan atau tempoh bertenang (pinjaman perumahan, kenderaan, perniagaan dsb)

iv. pembahagian harta/urusan pampasan/KWSP/Perkeso, Insuran dll kepada waris si mati akibat bencana, pengurusan harta yang tidak dituntut kerana tiada pewaris atau pewaris tidak dapat dihubungi

v. Memastikan urustadbir (governance) yang telus dalam pembentangan, sidang media, laporan dll pengenai pengurusan kewangan dan perbendaharaan,

vi. Memastikan segala infrastruktur, pusat-pusat pemindahan, aset-aset, teknologi dsb. yang dibangunkan untuk tujuan sebelum, semasa atau selepas bencana diselia dengan baik,

vii. Mengumpul data dan menyelaraskan semua jenis bantuan kewangan seperti derma/sumbangan dll dari semua pihak samada NGO, sektor swasta/korporat, orang perseorangan dll.

viii. Urusan elaun Penaung, Pengerusi dan semua jawatankuasa termasuk pembayaran kepada perunding, pembekal, kontraktor dll yang berkaitan diuruskan dengan sempurna

ix. Memastikan semua dokumen dan rekod berhubung jawatankuasa difailkan dan dikawal secara berpusat,

x. Lain-lain yang diperlukan

Page 13: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)

13

7) Teknikal dan ICT – adalah dicadangkan dua (2) jawatan diwujudkan iaitu Teknikal/Kejuruteraan dipegang oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerjaraya Malaysia dan ICT pula dipegang oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MDEC atau lain-lain yang setaraf dan di peringkat negeri – Pengarah JKR negeri atau wakil MDEC seperti syarikat-syarikat aplikasi/kejuruteraan/pembangunan perisian/sistem yang mendapat persijilan MSC dsb. serta timbalan-timbalan yang dilantik.

Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Antara tugas-tugas yang dicadangkan : i. Menerima cadangan rekabentuk dari unit R & D berhubung dengan

teknologi, teknikal, kejuruteraan sivil & bangunan – elektrikal & mekanikal, infrastruktur dan ICT diterima, disemak, dipinda dan diluluskan,

ii. Menubuhkan pasukan pembinaan dan pembangunan samada teknikal atau ICT bagi menguruskan projek-projek yang dijalankan,

iii. Bekerjasama dengan unit kewangan bagi memantau aspek belanjawan, pembelian, kewangan, kualiti dan keselamatan kerja sepanjang projek-projek yang dijalankan diuruskan dengan sempurna,

iv. Mengambilkira kajian semasa (impak) terhadap alam sekitar, flora & fauna, kestabilan struktur, kestabilan tanah & slope, penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah, pembangunan di kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber semulajadi, ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb.

v. Memastikan projek dapat disempurnakan mengikut jadual yang ditentukan

vi. Memastikan aspek ujian dan pemeriksaan, testing & commissioning, final accounts, CMGD, CPC, CFO/CCC, penyerahan dll sebelum, semasa dan selepas fasa pembangunan dijalankan mengikut piawaian yang ditentukan

vii. Dll yang diperlukan

Page 14: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)

14

3. Prosedur Standard Operasi (bencana) yang dicadangkan

a. Pelan Tindakan Bencana (komprehensif) meliputi ringkasan SOP-SOP iaitu :

b. SOP Cuaca dan Amaran Banjir - Aspek yang perlu diambilkira - cara Sistem

Amaran diaktifkan, diumumkan dan medium yang digunakan, pihak yang berkuasa untuk mengumumkan ‘amaran’, elemen yang diambilkira semasa menyebarkan amaran, jenis sistem/teknologi sistem amaran yang digunakan, isi kandungan amaran – ringkas, tidak terlalu teknikal dan tidak terlalu bernada panik, kekerapan amaran, kawalan khabar angin dll.

c. SOP Operasi Mencari dan Menyelamat – merujuk kepada SOP-SOP yang

sediada samada ATM, PDRM, SAR, Bomba, JPAM dll.

d. SOP Pemindahan (evacuation) – Aspek yang perlu diambikira – mengenalpasti jenis ancaman/bencana dan cara pelaksanaan prosedur dan pelan tindakan, penyelarasan dengan agensi-agensi dan pihak yang berkaitan dalam operasi menyelamat, pihak yang berkuasa mengarahkan pemindahan dan penyelarasan,pemindahan secara berperingkat bersistem dan tidak menimbulkan panik, akses/jalan/pengangkutan yang digunakan, berawas dengan talian elektrik/tiang lampu awam, memastikan kerjasama orangramai yang terbabit, pemindahan mengikut kes – pemindahan keluarga, pemindahan mangsa yang sakit, cedera, jangkitan atau berpenyakit kronik, pemindahan OKU, kanak-kanak, wanita, golongan tersasar/sesat dan orang tua, keperluan membawa bersama perlindungan hujan, but, selimut/gebar, bantal dan sarung bantal, baldi, gelas/cawan/botol plastik, telefon bimbit, ubat-ubatan, dokumen penting – sijil kelahiran, kad pengenalan, paspot, dokumen insuran dsb, mematikan elektrik, air dll, mengunci pintu dan tingkap, dll

e. SOP Pengurusan Kesihatan, Perubatan, Kelengkapan - merujuk kepada SOP-SOP yang sediada dan dirujuksilang kepada tugas exco Suruhanjaya atau Jawatankuasa dalam Manual ini.

f. SOP Pengurusan Pertanian dan Ternakan – aspek yang perlu diambilkira – cara melindungi dan menyelamatkan hasil pertanian, ternakan, haiwan peliharaan dsb. semasa sistem amaran diaktifkan atau semasa/selepas bencana

g. SOP Pengurusan Pengairan dan Saliran – mengambilkira pengurusan Sungai, Parit, Laut, Tasik, Longkang, Empangan dll. sebelum, semasa dan selepas bencana

h. SOP Pusat Pemindahan dan Bantuan – mengambilkira pengurusan sumber dan keperluan – seperti bantuan kewangan, makanan/minuman, derma, perubatan, rawatan, tempat tidur, pencegahan jenayah dll.

Page 15: DRAFT GARIS PANDUAN MANUAL BENCANA

Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia

Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)

15

i. SOP Sumber dan Infrastruktur Telekomunikasi, Elektrik, Internet, Air dll. –

mengambilkira pengurusan, penutupan, pemutusan bekalan dll sebelum, semasa dan selepas bencana

j. SOP Logistik - Pengangkutan Udara, Air dan Darat, (termasuk perkhidmatan

rel) – mengambilkira SOP yang sediada dan apa yang dicadangkan dalam fungsi unit logistik seperti dalam manual ini.

k. SOP Penyelidikan dan Pembangunan – mengambilkira apa yang dicadangkan dalam fungsi unit R & D seperti dalam manual ini. Selain kertas cadangan rekabentuk pembangunan teknikal dan ICT yang komprehensif.

l. SOP Kewangan dan Perbendaharaan - merujuk kepada SOP-SOP yang sediada dan mengambilkira apa yang dicadangkan dalam fungsi unit Kewangan dan Perbendaharaan seperti dalam manual ini.

m. SOP Pembangunan Infrastruktur, Teknikal, Kejuruteraan dan ICT – menerima, menyemak, meminda dan meluluskan cadangan dari unit R & D, pengurusan projek dan mengambilkira fungsi unit Teknikal/ICT seperti dalam manual ini.

n. SOP-SOP Pengurusan Banjir ATM dan PDRM – merujuk SOP-SOP yang sediada, SOP-SOP mengenai pertolongan cemas – merujuk SOP-SOP yang sediada, SOP-SOP yang mengambilkira kajian semasa (impak) terhadap alam sekitar, flora & fauna, kestabilan struktur, kestabilan tanah & slope, penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah, pembangunan di kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber semulajadi, ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb.

o. Lain-lain SOP, Rekod, Pelbagai, Senarai Periksa (Checklist) yang berkaitan.