Drama Lima Perwira Last

31
DRAMA : LIMA PEWIRA PENGARANG: KALA DEWATA 01. PEMIKIRAN 02. PERSOALAN 1 Pemikiran Perjuangan sekumpulan anak muda untuk menegakkan keadilan, taat setia kepada raja, dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Perjuangan Lima Pewira, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir , dan Hang Lekiu melawan lanun-lanun di atas sebuah kapal bernama Samudera Buas agar mereka kembali taat kepada raja dan mematuhi undang-undang serta peraturan negeri untuk kebaikan negeri Melaka pada masa hadapan. Persoala n Keberanian menegakkan keadilan. Hang Tuah serta semua sahabat sanggup untuk mempertaruhkan nyawa demi menegakkan keadilan melawan lanun-lanun yang tidak mengikut undang-undang dan peraturan memperlihatkan keberanian mereka menegakkan keadilan. Bersatu padu untuk menewaskan musuh. Hasrat Nakhoda Antah Berantah untuk kembali kepada Angkatan Diraja memperlihatkan betapa pentingnya semangat bersatu padu untuk menjadikan sebuah pasukan itu kuat dan mampu menewaskan musuh yang datang dari luar. Kepatuhan kepada undang- undang dan peraturan Keinsafan Nakhoda Antah Berantah telah menukar pendiriannya untuk tunduk menghadap raja dan sedia mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Ketaatan kepada raja. Hang Tuah dan sahabat- sahabatnya telah mempamerkan ketaan kepada raja yang tidak berbelah bagi biarpun nyawa mereka berada dalam keadaan berbahaya

Transcript of Drama Lima Perwira Last

Page 1: Drama Lima Perwira Last

DRAMA : LIMA PEWIRA

PENGARANG: KALA DEWATA

01. PEMIKIRAN

02. PERSOALAN

1

Pemikiran

Perjuangan sekumpulan anak muda untuk menegakkan keadilan, taat setia kepada raja, dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Perjuangan Lima Pewira, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir , dan Hang Lekiu melawan lanun-lanun di atas sebuah kapal bernama Samudera Buas agar mereka kembali taat kepada raja dan mematuhi undang-undang serta peraturan negeri untuk kebaikan negeri Melaka pada masa hadapan.

Persoalan

Keberanian menegakkan keadilan.

Hang Tuah serta semua sahabat sanggup untuk mempertaruhkan nyawa demi menegakkan keadilan melawan lanun-lanun yang tidak mengikut undang-undang dan peraturan memperlihatkan keberanian mereka menegakkan keadilan.

Bersatu padu untuk menewaskan musuh.

Hasrat Nakhoda Antah Berantah untuk kembali kepada Angkatan Diraja memperlihatkan betapa pentingnya semangat bersatu padu untuk menjadikan sebuah pasukan itu kuat dan mampu menewaskan musuh yang datang dari luar.

Kepatuhan kepada undang-

undang dan peraturan

Keinsafan Nakhoda Antah Berantah telah menukar pendiriannya untuk tunduk menghadap raja dan sedia mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Ketaatan kepada raja.

Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya telah mempamerkan ketaan kepada raja yang tidak berbelah bagi biarpun nyawa mereka berada dalam keadaan berbahaya

Page 2: Drama Lima Perwira Last

03. WATAK PERWATAKAN.

Watak Utama

Nakhoda Antah Berantah

Seorang ketua lanun

Nakhoda kapal Samudera Buas

Mempunyai ramai anak kapal

Ketua yang bijak

Bukti:

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Hei, Jebat! Janganlah samakan aku bodoh dengan yang lain-lain ini.

Aku datang ke mari tadi, aku sediakan semua orangku di keliling tempat ini dulu…

(Halaman 204)

Seorang yang tidak taat kepada raja dan peraturan negeri.

Membenci pendatang asing yang sombong.

Berani menyahut cabaran dan tegas.

Ketua yang adil dan menepati janjinya. Boleh dilihat melalui semua janji yang dibuat dengan Hang

Tuah serta sahabatnya.

Seorang nakhoda yang sangat kuat dan mashyur.

Bukti:

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Dan, aku percaya kalau berita kapal Samudera Buas dan aku

Nakhoda Antah Berantah sudah balik ke Angkatan Diraja, segala kapal lain akan menurut.

(Halaman 207)

Hang Tuah

Seorang hulubalang negeri Melaka.

Mempunyai empat orang sahabat, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi dan Hang Lekiu.

Saudara yang paling tua antara sahabatnya.

Pahlawan yang gagah dan berani. Ditonjolkan apabila berani menolak pelawaan Nakhoda Antah

Berantah agar menjadi lanun walaupun Hang Tuah tahu akan akibatnya jika menolak pelawaan itu.

Seorang yang penyabar.

Seorang yang tabah menghadapi seksaan daripada Juragan Kilat Bersiung.

Berbudi pekerti yang baik. – Dia meminta Hang Lekiu menjawab pertanyaan Juragan Kilat Bersiung.

Taat kepada raja dan undang-undang.

Bukti:

HANG TUAH: Aku memang rakyat raja dan taat kepada raja.

(Halaman 192)

2

Page 3: Drama Lima Perwira Last

Hang Tuah: Saya suka menjadi orang luat tetapi saya tunduk dan taat kepada perintah negeri

dan raja.

(Halaman 194)

Watak Sampingan

Juragan Kilat Bersiung

Seorang pegawai lanun kapal Samudera Buas.

Memandang rendah terhadap keupayaan orang lain.

Seorang begitu angkuh, sombong, ganas, dan kejam. – dibuktikan semasa beliau menyeksa Hang

Tuah dan sahabat-sahabatnya yang lain seperti petikan berikut:

JURAGAN KILAT BERSIUNG: Cis, tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal ini!

(Kepada seorang anak kapal) Kau! Pergi ambil air laut itu! (Mereka direntap secara kasar oleh

anak-anak kapal dan dipaksa beratur).

(Halaman 193)

Tidak taat kepada raja dan peraturan.

Keras kepala.

Tidak bersetuju dengan niat Nakhoda Antah Berantah untuk kembali menghadap Raja.

Hang Jebat

Hulubalang negeri Melaka.

Seorang yang berani.

Pahlawan yang gagah. Dibuktikan apabila beliau telah membunuh Juragan Kilat Bersiung (pegawai

lanun kapal Samudera Buas yang ganas dan kejam)

Seorang tidak sabar dan mahu bertindak melulu.

Bukti:

HANG JEBAT: Pada fikiran saya, Abang Tuah, baik kita mengamuk semua yang di dalam kapal

ini sekarang juga. Tentu hulu hilirnya.

(Halaman 206)

Menghormati Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya.

Mendegar semua arahan yang diberikan oleh Hang Tuah kepadanya.

Taat kepada raja dan patuh kepada peraturan dan undang-undang.

3

Page 4: Drama Lima Perwira Last

04. PLOT

4.1 Struktur Plot

Permulaan

Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya telah ditangkap di atas sebuah kapal bernama Samudera Buas.

Jurugan Kilat Bersiung begitu marah terhadap mereka kerana mereka telah membunuh dua orang anak kapal

Samudera Buas.

Perkembangan

Juragan Kilat Bersiung telah menyiksa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya. Nakhoda Antah Berantah

telah memberi pilihan kepada Hang Tuah serta semua sahabatnya untuk menjadi anak kapal di atas kapal

Samudera Buas. Permintaan Nakhoda Antah Berantah telah ditolak oleh Hang Tuah kerana taat kepada raja

dan lebih rela mati daripada ingkar terhadap peraturan dan undang-undang.

Puncak/Klimaks

Juragan Kilat Bersiung telah diserang oleh Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya. Perundingan berlaku

antara Nakhoda Antah Berantah dengan Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya. Nakhoda Antah Berantah

telah bersetuju dengan cadangan Hang Tuah untuk pergi menghadap raja dan balik menyertai Angkatan

Diraja.

Penurunan

Pendirian Nakhoda Antah Berantah untuk pergi menghadap Raja tidak dipersetujui oleh Juragan Kilat

Bersiung. Juragan Kilat Bersiung sanggup mencabar Nakhoda Antah Berantah kerana tidak bersetuju untuk

pergi menghadap Raja. Nakhoda Antah Berantah memutuskan agar Juragan Kilat Bersiung berlawan

dengan Hang Jebat dan jika Hang Jebat menang, Nakhoda Antah Berantah akan kembali menghadap raja

dan jika Hang Jebat kalah, semua sahabatnya akan dihukum mati.

4

Page 5: Drama Lima Perwira Last

Peleraian

Juragan Kilat Besiung telah kalah di dalam perlawanan bersama Hang Jebat. Nakhoda Antah

Berantah telah meminta anak kapalnya untuk menukar haluan kapal dan Nakhoda Antah Berantah sedia

untuk menghadap raja.

4.2 TEKNIK PLOT

Teknik Penceritaan.

Saspens.

Saspens ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin

tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

Teknik ini digunakan oleh pengarang sewaktu Juragan Kilat Bersiung ditawan oleh Hang Tuah serta

sahabat-sahabatnya yang menggambarkan Juragan Kilat Bersiung dengan pendirian Nakhoda Antah

Berantah untuk kembali tunduk kepada raja. Secara tidak langsung, pembaca akan tertanya-tanya

sebab Juragan Kilat Bersiung menentang Nakhoda Antah Berantah. Contohnya:

JURAGAN KILAT BERSIUNG: Tidak! Selama Juragan Kilat Bersiung masih bernafas lagi,

selama itulah kapal ini tidak menyembah balik kepada raja.

HANG JEBAT: Apa gerangan maksud juragan?

(Halaman 207)

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Nah Juragan! Apa pula fikiran kau? Kau sudah tengok salah

seorang budak ini berlawan dengan Lela Tunjang, harimau berantai kita. Tunjang mati. Kau

sanggup?

JURAGAN KILAT BERSIUNG: Dengan datuk sendiri saya sanggup!

(Halaman 208)

Dialog.

Teknik dialog ini merupakan teknik yag menguasai keseluruhan teks drama ini. Teknik ini digunakan bagi

menghubungkan interaksi watak antara satu sama lain. Interaksi ini menghubungkan jalinan serta

kesatuan cerita yang menarik. Contohnya:

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Tapi, apabila kau sudah mati, perintah apa yang aku mahu ikut lagi?

5

Page 6: Drama Lima Perwira Last

HANG TUAH: Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup melanggar undang-

undang.

(Halaman 198)

5.0. LATAR MASA

Mengambil masa yang singkat iaitu tidak sampai satu hari.

Waktu senja

Contoh: Permulaan awal drama yang melibatkan peristiwa Hang Tuah dan sahabatnya

ditangkap di atas kapal Samudera Buas.

Waktu malam

Contoh: Peristiwa pembunuhan Juragan Kilat Bersiung oleh Hang Jebat pada waktu

malam .

Zaman silam yang melibatkan pemerintahan kerajaan Melayu Melaka.

Contoh: sejarah keagungan Hang Tuah yang merupakan seorang Laksamana pada

zaman pemerintahan Melayu Melaka.

6.0. LATAR TEMPAT

Secara keseluruhan hanya menggunakan satu latar tempat, iaitu di atas kapal lanun yang bernama Samudera

Buas.

7.0. LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang patuh dan setia kepada raja.

Contoh: Kesetiaan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya mewakili masyarakat yang

sentiasa taat kepada raja dan menghormati kedaulatan sesebuah negara.

2. Masyarakat yang berani menegakkan keadilan dalam hidup.

Contoh: Hang Tuah serta semua sahabatnya memperlihatkan masyarakat yang berani

menegakkan keadilan walaupun menghadapi tentangan musuh yang

mencabar.

6

Page 7: Drama Lima Perwira Last

3. Masyarakat yang mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi.

Contoh: Nilai tanggungjawab yang tinggi untuk menentang musuh dapat dilihat pada

watak Hang Tuah serta semua sahabatnya yang bertanggungjawab

membantu negeri Melaka menghapuskan lanun-lanun yang berleluasa di lautan

tanpa mengikut undang-undang.

4. Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Contoh: Juragan Kilat Bersiung mewakili masyarakat yang kejam dan tidak

berperikemanusiaan apabila dia sanggup menyeksa Hang Tuah serta semua

sahabatnya dengan kejam dan zalim.

5. Masyarakat yang berpendirian teguh.

Contoh: Hang Tuah mewakili masyarakat yang berpendirian teguh. Biarpin ditawarkan

untuk menjadi hamba dan terus hidup, tetapi mereka tidak menerima

pelawaan Nakhoda Antah Berantah.

8.0 NILAI

1. Bertanggungjawab.

2. Sifat tanggungjawab sangat penting di dalam kehidupan. Hang Tuah dan semua sahabatnya memiliki

nilai tanggungjawanb yang tinggi untuk menegakkan keadilan bagi menjana keselamatan negeri Melaka.

3. Pengorbanan.

4. Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya sanggup berkorban dan mempertaruhkan nyawa demi menjaga

kedaulatan negeri Melaka agar jauh daripada ancaman musuh.

5. Keberanian.

6. Keberanian Hang Tuah serta semua sahabatnya untuk melawan musuh perlu menjadi contoh kepada

genarasi masa hadapan. Keberanian ini berlandaskan kepada kebenaran dan keadilan untuk menjamin

kesejahteraan sejagat.

7. Sabar.

8. Kesabaran akan membawa kepada kejayaan. Hang Tuah serta semua sahabatnya begitu sabar

walaupun diseksa dengan teruk sewaktu ditawan dalam kapal Samudera Buas.

9. Kesetiaan.

7

Page 8: Drama Lima Perwira Last

10. Kesetiaan kepada raja dan mematuhi undang-undang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Walaupun

Hang Tuah dan semua sahabatnya tahu mereka akan dibunuh, namun mereka tetap setia dan tidak

berpaling tadah kepada lanun-lanun.

9.0 PENGAJARAN

1. Kita mestilah berani menegakkan keadilan walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

2. Kita mestilah sentiasa bertanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada segala ancaman

musuh.

3. Kita hendaklah menghormati undang-undang dan taat setia kepada raja.

4. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa ke atas diri kita.

10.0 GAYA BAHASA

Ayat Seru.

Terdapat banyak penggunaan ayat seru di dalam drama ini. Contohnya:

JURAGAN KILAT BERSIUNG: Cis, tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal ini!

(Halaman 193)

Simbolik.

Simbolik ialah corak atau gaya sastera yang menyebutkan sesuatu yang konkrit untuk menggambarkan

idea yang abstrak. Simbolik juga beerti penyebutan sesuatu untuk membawa makna lain daripada yang

disebutkan. Antara contoh penggunaan simbolik dalam drama ini ialah:

JURAGAN KILAT BERSIUNG: Oh, begini rupanya pahlawan-pahlawan ular lidi yang mahu melawan

naga, ya!

(Halaman 190)

Repitisi.

Repitisi ialah pengulangan kata-kata dalam ayat. Pengulangan kata dalam ayat yang digunakan oleh

pengarang dapat dilihat seperti contoh di bawah:

JURAGAN KILAT BERSIUNG: Aku mahu seksa… seksa semua sampai mati!

(Halaman 189)

8

Page 9: Drama Lima Perwira Last

Inversi.

Inversi ialah kebalikan susunan kata dalam ayat. Contohnya:

HANG JEBAT: Langsung Datuk pula kena tawan, nampaknya.

(Halaman 204)

Sinkope.

Sinkope ialah penyingkatan perkataan seperti tak (tidak), bu (ibu), dan mau (mahu). Terdapat unsure

penyingkatan kata yang dilakukan oleh pengarang secara meluas dalam drama ini. Antaranya ialah:

HANG JEBAT: Aku boleh beri kau hadiah yang sedap-sedap lagi kalau kau lepaskan tanganku ini.

(Halaman 201)

Peribahasa.

Peribahasa ialah ungkapan ringkas yang terdiri daripada kata-kata yang mempunyai pengertian tertentu.

Peribahasa biasanya mempunyai pengajaran, prinsip hidup, tatasusila dan teladan, termasuklah

perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa, dan kiasan. Contohnya:

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Nampaknya Juragan ini, belum berkapak di tangan sudah mahu

menentang beringin.

(Halaman 208)

11.0 SUDUT PANDANGAN

Drama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Penulis sebagai pencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin.

Contohnya: Ungkapan sudut pandangan orang ketiga adalah seperti berikut:

Anak-anak kapal membuat sahaja segala suruhan itu dengan ketakutan. HANG LEKIU, yang mla-mula kena buka ikatannya, lekas-lekas mengambil senjata-senjata yang di lantai. Dia…

(Halaman 202)

9

Page 10: Drama Lima Perwira Last

SOALAN STRUKTURBAHAGIAN 1

DRAMA LIMA PERWIRA KARYA KALA DEWATA

1. Berdasarkan drama Lima Perwira karya Kala Dewata, berikan dua nama watak antagonis.

a) __________________________b) __________________________

2.

Siapakah budak-budak mentah berlima seperti yang dimaksudkan dalam petikan di atas?

i) ________________________

ii) ________________________

iii) ________________________

iv) ________________________

v) _________________________

3.

a) Siapakah pahlawan-pahlawan ular lidi yang dimaksudkan dalam petikan di atas.

i) ___________________

ii) ___________________

iii) ___________________

iv) ___________________

v) __________________

10

JURAGAN KILAT BERSIUNG: Hei, kenapa kau semua pergi hendak mengambil

budak-budak mentah berlima itu? Satu orang

cukup!

(Dipetik daripada drama Lima Perwira karya Kala Dewata,halaman 188)

JURAGAN KILAT BERSIUNG:Oh, begini rupanya pahlawan-pahlawan ular lidi yang

mahu melawan naga, ya!

(Dipetik daripada drama Lima Perwira karya Kala Dewata, halaman 190)

Page 11: Drama Lima Perwira Last

4. Berdasarkan pernyataan di bawah, nyatakan gaya bahasa yang sesuai daripada petikan yang diberi.

GAYA BAHASA PETIKAN

a) Kaudengar tak nama aku…..Hang Tuah?

b) Aku perlu anak seperti kau semua dan aku sedia mengampunkan nyawa kau semua.

c) Aku mahu seksa…. seksa semua sampai mati!

d) Hei, kenapa kau semua pergi hendak mengambil budak-budak mentah berlima itu? Satu orang cukup!

e) Atur semua di sana dan bawa ke mari tali cemetiku. Biar kukuliti tiap-tiap orang hidup-hidup.

f) Tunjang, kau ialah harimau tambatan kapal Samudera Buas ini.

5.

JURAGAN KILAT BERSIUNG: Cis, tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal

ini! Atur semua di sana dan bawa ke mari tali cemetiku. Biar kukuliti tiap-tiap orang

hidup-hidup. Lekas, beratur di sana! (Kepada seorang anak kapal) kau! Pergi ambil air

laut dan kalau ada yang berdarah dan pengsan kena tali cemetiku ini, simbur dengan

air laut itu! (Mereka direntap secara kasar oleh anak-anak kapal dan dipaksa beratur.)

(Dipetik daripada drama Lima Perwira karya Kala Dewata, halaman 193)

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan contoh petikan gaya bahasa dalam ruang yang betul.

GAYA BAHASA CONTOH PETIKAN

Sinkof a)

Kata Ganda b)

Hiperbola c)

11

Page 12: Drama Lima Perwira Last

6. Suaikan gaya bahasa di bawah dengan contoh yang betul.

` 7. Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan pernyataan yang diberikan.

PERISTIWA NILAI PENGAJARAN

1. HANG TUAH : Saya suka menjadi orang laut tetapi saya tunduk dan taat kepada perintah negeri dan raja.

Kesetiaan

Kita hendaklah taat dan setia kepada raja.

2. HANG TUAH : Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup melanggar undang-undang.

Mematuhi undang-undang

Kita hendaklah mematuhi undang-undang negara.

3. HANG TUAH : Kita manusia ini, apabila ditanya kita menjawab, biarpun pada lanun

Berbudi bahasa

4. HANG JEBAT : (Lantang) Di sini, Juragan. Tapi, tangan aku lagi manis kalau kau mahu merasainya.

5. HANG TUAH : Datuk Nakhoda tidak berhak membuat demikian. Negeri kita mempunyai undang-undang dan peraturan.

Kita mestilah berani menegakkan keadilan walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

6. NAKHODA ANTAH BERANTAH : (Tidak hairan) Kalau semua kapal

12

a) Kata ganda

b) Repitisi

c) Peribahasa

d) Simile

e) Sinkof

Sudah! Kau semua tak payah usik badan kami.

Alangkah baiknya kalau kau menjadi orang laut seperti kami.

Sekarang, jalankanlah undang-undang dan peraturan kita di laut ini.

Aduh! … campakkan senjata kau … aduh … seorang datang ke mari buka ikatan … aduh … lekas …

Kau diam! Nanti aku cabut lidah kau bedebah!

f) Hiperbola

f) Hiperbola Tapi, kami cuma merompak kapal-kapal orang berhidung tinggi, bermata biru dan berambut perang yang lalu-lalang dengan angkuh di lautan negeri kita ini.

Page 13: Drama Lima Perwira Last

Melayu yang berkeliaran hari ini balik kembali kepada raja dan menjadi Angkatan Diraja yang bersatu, kita akan dapat mematahkan kuasa-kuasa orang dagang yang membahayakan itu.

Bertanggungjawab

7. Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya sanggup mempertaruhkan nyawa demi menjaga kedaulatan negeri Melaka agar terhindar daripada ancaman musuh.

8.

Sabar

Kita hendaklah bersabar untuk mencapai kejayaan.

9.

Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa ke atas diri kita.

8. Nyatakan sudut pandangan berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Kala Dewata._______________________________________________________________________

13

Page 14: Drama Lima Perwira Last

SOALAN ESEIBAHAGIAN 2

DRAMA LIMA PERWIRA KARYA KALA DEWATA

1. Pengarang drama Lima Perwira mengutarakan pemikiran perjuangan untuk menegakkan keadilan,

ketaatan dan kepatuhan kepada raja dan negara. Bincangkan peristiwa-peristiwa yang menjurus ke

arah pemikiran tersebut.

2. Terdapat beberapa nilai yang boleh diangkat menjadi persoalan dalam drama Lima Perwira karya Kala

Dewata. Bina persoalan daripada nilai-nilai tersebut berserta contoh.

3. Daripada dialog yang tertera, senaraikan perwatakan watak tersebut

JURAGAN KILAT BERSABUNG : (Ke hadapan, bercakap seorang diri) Aku hairan betul.

Banyak cerita yang aku dengar pasal budak muda berlima ini. Gagah, berani, pahlawan,

sudahpun mengalahkan lanun di Laut Melaka ini. Berbahaya. Berbahaya. Tapi sekarang

semua budak muda ini dapat kutawan. Ha! Ha! Ha! Ha! Biar aku Juragan Kilat Bersiung,

menguji betul beraninya. Aku akan seksa… seksa semua… sampai tiap-tiap orang sujud

menyembah, minta ampun dan minta nyawa pada aku. Cis! (Meludah marah dan benci)

Kemudian, tiap-tiap orang itu akan kupenggal lehernya. Ha! Ha! Ha! Ha!

4. Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

a. Berikan dua teknik yang terdapat dalam petikan.

b. Kaitkan peristiwa dengan teknik tersebut.

14

JURAGAN KILAT BERSIUNG: (Ke hadapan, bercakap seorang diri) Aku hairan betul. Banyak cerita yang aku dengar pasal budak berlima ini. Gagah, berani, pahlawan, sudahpun mengalahkan lanun di Laut Melaka ini. Berbahaya. Berbahaya. Tapi sekarang semua budak muda ini dapat kutawan. Ha! Ha! Ha! Ha! Biar aku, Juragan Kilat Bersiung, menguji betul beraninya. Aku akan seksa...seksa semua...sampai tiap-tiap orang sujud menyembah, minta ampun dan minta nyawa pada aku. Cis! (Meludah marah dan benci) Kemudian, tiap-tiap orang itu akan kupenggal lehernya. Ha! Ha! Ha! Ha!

Page 15: Drama Lima Perwira Last

5.

a. Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘pahlawan-pahlawan ular lidi’ dalam petikan tersebut?

b. Apakah peristiwa yang berlaku selepas dialog di atas?

c. Jelaskan konflik watak yang terdapat dalam petikan.

6.

Bincangkan peristiwa yang berlaku pada bahagian peleraian cerita ini.

7.

Hari menjadi malam. Dua buah lampu dipasang pada tempat itu. Tidak berapa lama antaranya masuk ANAK KAPAL IV DAN ANAK KAPAL V

ANAK KAPAL V : Ah, biarlah mereka bergerak dan berjalan! Boleh kita tikam mereka semua. Tak payah kita berjaga – jaga lagi sampai jauh malam.

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Aku sudah memikirkan cakap kau senja tadi…hidup bersama dengan undang – undang atau hidup seorang bebas di laut.

15

JURAGAN KILAT BERSIUNG: Oh, begini rupanya pahlawan-pahlawan

ular lidi yang mahu melawan naga, ya! (JURAGAN KILAT BERSIUNG

pergi kepada mereka dan menampar muka tiap-tiap orang anak muda itu.

Kepada HANG LEKIU, yang kecil sekali.) Siapa nama kau? (LEKIU

diam sahaja.) Jawab! Jawab lekas!

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Baiklah, dengan persetujuan Hang Tuah,

di sini aku putuskan. Hang Jebat, kau akan bertikam dengan Juragan

Kilat Bersiung. Kalau menang, aku lepaskan kau berlima dan aku sendiri

akan pergi menghadap raja. Tapi kalau kau kalah dan mati, segala

saudaramu yang lain akan menerima hukuman yang sama, mati.

Page 16: Drama Lima Perwira Last

Berdasarkan maklumat–maklumat yang dinyatakan di atas jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam drama Lima Perwira.

8.

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Aku tahu ! Tetapi bukankah aku yang memberi perintah di dalam kapal ini? Hadapkan mereka pada aku.

NAKHODA ANTAH BERANTAH : Kau sudah lupa yang aku Nakhoda Antah Berantah yang menjadi ketua di dalam kapal Sumadera Buas ini. Satu kapal tidak mungkin ada dua nakhoda.

Berdasarkan maklumat–maklumat yang dinyatakan di atas, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam drama Lima Perwira.

9.

HANG TUAH : Saya suka menjadi orang laut tetapi saya tunduk dan taat kepada perintah negeri dan raja.

HANG TUAH : Datuk Nakhoda tidak berhak membuat demikian. Negeri kita mempunyai undang – undang dan peraturan.

NAKHODA ANTAH BERANTAH : Ya, kami juga ada undang – undang yang kuat dan kukuh. Bagi seorang anak kami yang mati, tiga mesti menjadi balasnya.

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Berapa kali aku katakan, aku yang beri perintah di sini? Sekarang akan kujalankan hukuman. Ikat dia balik dan angkat mayat Tunjang. (HANG KASTURI diikat semula dan beberapa orang anak – anak kapal mengangkat mayat ANAK KAPAL 1 keluar). Kau berlima mesti dihukum bunuh dengan dipenggal - penggal dan dicampakkan ke dalam

16

Page 17: Drama Lima Perwira Last

laut untuk makanan ikan.

NAKHODA ANTAH BERANTAH : Hang Tuah, berapa lama engkau boleh menawan aku?Sementara kapal ini belayar juga menuju Lautan China, tidak ada berjuragan dan tidak ada nakhoda. HANG TUAH: Tidak apa!

NAKHODA ANTAH BERANTAH : Balik ke tempat masing – masing! Jurumudi, tukar haluan dan berpusing ke selatan. Kapal Samudera Buas akan sujud menyembah ke pangkuan ibunda!HANG TUAH : Berjayalah Melaka!

Berdasarkan maklumat – maklumat yang dinyatakan di atas, jelaskan latar masyarakat yang terdapat dalam drama Lima Perwira.

10. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

i) Apakah yang dimaksudkan oleh Hang Tuah dengan “Kami tidak mahu”?

ii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas..

17

HANG TUAH : Saya menjawab bagi semua adik saya. Kami tidak mahu.

NAKHODA ANTAH BERANTAH : Apa? Kau semua lebih suka mati dipenggal-penggal dan kemudian dicampakkan ke dalam laut jadi makanan ikan?

HANG TUAH : Ya, bagi kami itu lebih mulia lagi daripada menjadi orang yang ingkar kepada undang-undang negeri dan perintah raja.

NAKHODA ANTAH BERANTAH : Tapi, apabila kau sudah mati, perintah apa yang aku mahu ikut lagi.

HANG TUAH : Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup melanggar undang-undang.

Page 18: Drama Lima Perwira Last

11. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

ii.i Mengapakah Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya diseksa oleh JURAGAN KILAT BERSIUNG?

ii.ii Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas.

JAWAPAN STRUKTUR18

HANG TUAH : Sudah! Kau semua tak payah usik badan kami. (Kepada adik-adiknya) Adik-adik semua, ingat pesanan guru dan bangunlah.

Mereka semua bangun dan beratur sebaris disuruh membelakang pada JURAGAN KILAT BERSIUNG. Baju mereka dibuka, JURAGAN telah sedia dengan tali cemetinya.

JURAGAN KILAT BERSIUNG : Nah, sekarang terima bahagianmu!

JURAGAN KILAT BERSIUNG melepaskan pukulan cemetinya yang berbunyi dengan kuat pada setiap orang budak muda itu. Mereka menerima dengan tidak berdecit sedikit pun. Tiba-tiba pintu terbuka dan masuk NAKHODA ANTAH BERANTAH dengan pakaian ketua lanun yang hebat dan lengkap. Semua orang memandang kaku kepadanya melainkan budak-budak berlima itu.

Page 19: Drama Lima Perwira Last

BAHAGIAN 1DRAMA LIMA PERWIRA KARYA KALA DEWATA

1. Dua watak antagonis dalam drama Bendahara Tepok

i. Nakhoda Antah Berantahii. Juragan Kilat Bersiung

2. Budak-budak mentah berlima

i) Hang Tuahii) Hang Jebatiii) Hang Kasturiiv) Hang Lekirv) Hang Lekiu

3. Pahlawan-pahlawan lidi iaitu

i) Hang Tuahii) Hang Jebatiii) Hang Kasturiiv) Hang Lekirv) Hang Lekiu

4. Lanun

5. Gaya Bahasa dalam petikan

a) sinkof

b) simile

c) repitisi

d) kata ganda

e) Hiperbola

f) Peribahasa

6.GAYA BAHASA CONTOH PETIKAN

Sinkof a) Cis, tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal ini!

Kata ganda b) budak-budak, tiap-tiap, hidup-hidup

Hiperbola c) Biar kukuliti tiap-tiap orang hidup-hidup

7. Padanan pada jawapan yang sesuai

19

Page 20: Drama Lima Perwira Last

8. Lengkapkan jadual di bawah.

PERISTIWA NILAI PENGAJARAN

1. HANG TUAH : Saya suka menjadi orang laut tetapi saya tunduk dan taat kepada perintah negeri dan raja.

Kasetiaan

Kita hendaklah taat dan setia kepada raja.

2. HANG TUAH : Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup melanggar undang-undang.

Mematuhi undang-undang

Kita hendaklah mematuhi undang-undang negara.

3. HANG TUAH : Kita manusia ini, apabila ditanya kita menjawab, biarpun pada lanun

Berbudi bahasa

Kita hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa kita apabila berbicara dengan orang lain, walaupun berhadapan dengan individu bercakap kasar.

4. HANG JEBAT : (Lantang) Di sini, Juragan. Tapi, tangan aku lagi manis kalau kau mahu merasainya.

5. HANG TUAH : Datuk Nakhoda tidak berhak membuat demikian. Negeri kita

Keberanian Kita mestilah berani menegakkan keadilan walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

20

a) Kata ganda

b) Repitisi

c) Peribahasa

d) Simile

e) Sinkof

Sudah! Kau semua tak payah usik badan kami.

Alangkah baiknya kalau kau menjadi orang laut seperti kami.

Sekarang, jalankanlah undang-undang dan peraturan kita di laut ini.

Aduh! … campakkan senjata kau … aduh … seorang datang ke mari buka ikatan … aduh … lekas …

Kau diam! Nanti aku cabut lidah kau bedebah!

f) Hiperbola

Tapi, kami cuma merompak kapal-kapal orang berhidung tinggi, bermata biru dan berambut perang yang lalu-lalang dengan angkuh di lautan negeri kita ini.

Page 21: Drama Lima Perwira Last

mempunyai undang-undang dan peraturan.

6. NAKHODA ANTAH BERANTAH : (Tidak hairan) Kalau semua kapal Melayu yang berkeliaran hari ini balik kembali kepada raja dan menjadi Angkatan Diraja yang bersatu, kita akan dapat mematahkan kuasa-kuasa orang dagang yang membahayakan itu.

Bertanggungjawab

Kita mestilah sentiasa bertanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman musuh yang ingin menawan negara kita.

7. Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya sanggup mempertaruhkan nyawa demi menjaga kedaulatan negeri Melaka agar terhindar daripada ancaman musuh

Pengorbanan

Kita hendaklah sanggup berkorban dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

8. JURAGAN KILAT BERSIUNG melepaskan pukulan cemetinya yang berbunyi dengan kuat pada setiap orang budak muda itu. Mereka menerima dengan tidak berdecit sedikit pun. Tiba-tiba pintu terbuka dan masuk NAKHODA ANTAH BERANTAH dengan pakaian ketua lanun yang hebat dan lengkap. Semua orang memandang kaku kepadanya melainkan budak-budak berlima itu.

Sabar

Kita hendaklah bersabar untuk mencapai kejayaan.

9. JURAGAN KILAT BERSIUNG melepaskan pukulan cemetinya yang berbunyi dengan kuat pada setiap orang budak muda itu. Mereka menerima dengan tidak berdecit sedikit pun. Tiba-tiba pintu terbuka dan masuk NAKHODA ANTAH BERANTAH dengan pakaian ketua lanun yang hebat dan lengkap. Semua orang memandang kaku kepadanya melainkan budak-budak berlima itu.

Ketabahan

Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa ke atas diri kita.

9. Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas.

21

Page 22: Drama Lima Perwira Last

JAWAPAN ESEIBAHAGIAN 2

DRAMA LIMA PERWIRA KARYA KALA DEWATA

1.

Peristiwa pertama

Hang Tuah tidak menerima tawaran Nakhoda Antah Berantah untuk berkompromi menjadi anak buahnya kerana taat dan setia kepada perintah raja (muka surat 198).

Peristiwa kedua

Hang Tuah menegakkan keadilan sewaktu mempertahankan tindakannya untuk menyerahkan kepada raja tentang jaminan nyawa dan keselamatan Datuk Nakhoda Antah Berantah setelah tiba menghadap raja nanti. (muka surat 206)

2. Persoalan dalam nilai

i. Nilai ketaatan

Persoalan ketaatan kepada raja.

Contohnya, Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya telah mempamerkan ketaatan kepada raja yang tidak berbelah bahagi biarpun nyawa mereka dalam keadaan yang berbahaya.

ii. Nilai berani

Persoalan berani menegakkan keadilan.

Contohnya, Hang Tuah serta semua sahabatnya sanggup untuk mempertaruhkan nyawa demi menegakkan keadilan melawan lanun-lanun yang tidak mengikut undang-undang dan peraturan memperlihatkan keberanian mereka menegakkan keadilan.

iii. Nilai patuh

Persoalan kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan.

Contohnya, keinsafan Nakhoda Antah Berantah telah menukar pendiriannya untuk tunduk menghadap raja dan sedia mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

iv. Nilai bersatu padu untuk menewaskan musuh.

Persoalan bersatu padu atau bekerjasama.

22

Page 23: Drama Lima Perwira Last

Contohnya, hasrat Nakhoda Antah Berantah untuk kembali kepada Angkatan Diraja memperlihatkan betapa pentingnya semangat bersatu padu untuk menjadikan sesebuah pasukan itu kuat dan mampu menewaskan musuh yang ada dari luar.

3. Juragan Kilat Bersiung

Merupakan seorang yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Contohnya, Juragan Kilat Bersiung mengugut kelima-lima pahlawan untuk menyeksa mereka secara kuat sehingga mati.

Seorang yang keras kepala.

Contohnya, Juragan Kilat Bersiung enggan bersetuju dengan niat Nakhoda Antah Berantah untuk kembali mentaati raja Melaka.

Seorang yang mempunyai kepandaian bermain senjata.

Contohnya, Juragan Kilat Bersiung mempunyai kemahiran bermain tali cemeti.

Seorang yang peka dengan isu dan maklumat terkini.

Contohnya, Juragan Kilat Bersiung telah mengetahui perkembangan berita Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya yang mempunyai kehandalan bersilat.

Seorang yang bersikap angkuh.

Contohnya, Juragan Kilat Bersiung angkuh mempersendakan keupayaan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya yang masih muda.

4. a. Imbas kembali/Imbas muka

b. i. Imbas kembali

Contoh, Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya telah berjaya mengalahkan lanun di Laut Melaka.

ii. imbas muka

Contoh, Juragan Kilat Bersiung akan menyeksa dan memenggal leher budak berlima.

5. a. Hang Lekiu/Hang Jebat/Hang Tuah/Hang Lekir/Hang Kasturi

b. i. Hang Lekiu bertanyakan Hang Tuah sama ada perlu menjawab atau tidak soalan

Juragan Kilat Bersiung.

ii. Juragan Kilat Bersiung menampar Hang Tuah.

c. Juragan Kilat Bersiung berkonflik dengan Hang Lekiu kerana Hang Lekiu tidak menjawab

pertanyaannya.

23

Page 24: Drama Lima Perwira Last

6. Juragan Kilat Bersiung berjaya dibunuh oleh Hang Jebat dan Nakhoda Antah Berantah memerintahkan

jurumudi menghalakan Kapal Samudera Buas ke Melaka.

7. Latar masa

1) 1 hari, pada waktu senja dan malam.Contohnya, permulaan awal drama Hang Tuah dan sahabatnya ditangkap di atas kapal Samudera Buas dan peristiwa pembunuhan juragan Kilat Bersiung pada waktu malam.

2) Zaman silam yang melibatkan pemerintahan Melayu Melaka.Contoh, sejarah keangungan Hang Tuah yang merupakan seorang Laksamana pada zaman pemerintahan Melayu Melaka.

8. Latar tempat

Hanya satu tempat sahaja digunakan iaitu di atas sebuah kapal lanun yang bernama Samudera

Buas di Laut Melaka.

9. Latar masyarakat

1) Masyarakat yang patuh dan setia kepada raja.Kesetiaan Hang Tuah dan sahabatnya mewakili masyarakat yang sentiasa taat kepada raja dan menghormati kedaulatan sesebuah.

Contoh:Hang Tuah :Aku memang rakyat raja dan taat kepada raja.

2) Masyarakat yang mematuhi undang – undang dan peraturan.Hang Tuah serta semua sahabatnya memperlihatkan masyarakat yang mematuhi perintah undang-undang negeri Melaka.

Contoh:Hang Tuah : Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup

melanggar undang-undang.

3) Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.Juragan Kilat Bersiung mewakili masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila dia sanggup menyeksa Hang Tuah serta semua sahabatnya dengan kejam dan zalim.

Contoh:Juragan Kilat Bersiung :Cis, tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal ini! Atur semua

di sana dan bawa ke mari tali cemetiku. Biar kukuliti tiap-tiap orang hidup-hidup. Lekas, beratur di sana! (Kepada seorang anak kapal) Kau! Pergi ambil air laut dan kalau ada yang berdarah dan pengsan kena tali cemetiku ini, simbur dengan air laut itu! (Mereka direntap secara kasar oleh anak-anak kapal dan dipaksa beratur)

24

Page 25: Drama Lima Perwira Last

4) Masyarakat yang berpendirian teguh.Hang Tuah mewakili masyarakat yang berpendirian teguh. Biarpun ditawarkan untuk menjadi hamba dan terus hidup tetapi mereka tidak menerima pelawaan Nakhoda Antah Berantah.

Contoh:Hang Tuah : Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup

melanggar undang-undang.

25