Drama Surat Utk Ina

28

Transcript of Drama Surat Utk Ina

  • Zali ingin memikat Zalina yang merupakan pengawas di sekolahnya. Zali malu untuk berhadapan dengan Zalina. Zali juga bimbang Zalina akan melaporkan perkara itu kepada Cikgu halil. Jais mencadangkan Zali menulis surat secara rahsia dan diletakkan di dalam laci meja Zalina. Dalam surat itu, Badar meminta Zali menyatakan niatnya yang ikhlas untuk berkawan.

  • Zali berangan-angan untuk menjadi kawan baik Zalina kerana Zalina mempunyai rupa yang cantik. Tiba-tiba Zalina dan kawannya, Fatimah lalu di hadapan Zali dan kawan-kawannya. Kawan-kawannya mengganggu Zalina, tetapi Zali berpura-pura baik. Zalina memuji sikap Zali.Seperti yang dirancang, Zali memasukkan surat ke dalam laci meja Zalina. Tiba-tiba Zalina bangun dan terus keluar dari kelas. Fatimah bertanya kepada Zalina dan Zalina menunjukkan sepucuk surat kepada Fatimah.

  • Kemudian, Cikgu Halil masuk ke kelas mereka. Cikgu Halil memaklumkan semua pelajar tentang surat yang telah diberikan oleh Zalina kepadanya. Cikgu Halil bertanya kepada semua pelajar tentang siapa penulis surat itu. Tidak ada seorang pun pelajar yang mengaku. Cikgu Halil meminta semua pelajar mengeluarkan buku karangan. Cikgu Halil meneliti semua tulisan pelajarnya di buku masing-masing. Apabila tiba di tempat Zali, Cikgu Halil meminta Zali menulis nama dan alamatnya di papan hitam.

  • Cikgu Halil mengangkat surat itu dan menyatakan bahawa tulisan di surat itu dengan tulisan Zali di papan hitam adalah sama. Cikgu Halil bertanya kepada Zali lalu Zali mengaku dan memohon maaf daripada Cikgu Halil.Cikgu Halil memanggil Zalina ke hadapan kelas dan bertanya sama ada ingin memaafkan Zali atau tidak. Zalina memaafkan Zali dan berharap Zali tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

  • Pemikiran yang ingin diutarakan oleh pengarang melalui drama ini ialah:Permasalahan yang biasa berlaku di sekolah.Sikap segelintir pelajar lelaki yang suka mengganggu pelajar perempuan.Zali cuba memikat Zalina kerana Zalina merupakan seorang pelajar yang cantik dan cerdik.

  • Pergolakan jiwa remaja dalam zaman persekolahanAtas saranan Badar dan Jais, Zali yang meminati Zalina menulis surat kepada Zalina.

    Bertolak ansur dapat mengekalkan persahabatanZalina sedia memaafkan Zali.

  • Masalah disiplin dalam kalangan pelajarZali telah melakukan kesalahan disiplin apabila menulis surat kepaa Zalina.

    Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajarCikgu Halil bijak dalam mencari penulis surat yang dijumpai Zalina di dalam laci mejanya.

  • Di susun mengikut kronologi. Urutan peristiwanya bergerak dari suatu peristiwa ke suatu peristiwa dengan lancarPermulaanPenceritaan bermula di bawah sebatang pokok pada waktu rehat persekolahan.Badar, Jais dan Zali berbual-bual mengenai niat Zali yang mahu mengenali Zalina dengan lebih rapat.Badar dan Jais mencadangkan agar Zali menulis surat perkenalan kepada Zalina.

  • PerkembanganZali menulis sepucuk surat kepada Zalina. Atas bantuan rakan-rakannya, Zali telah berjaya meletakkan surat tersebut di dalam laci meja Zalina.Zalina menjumpai surat itu dan membacanya.Setelah itu, dia bergegas keluar dengan Fatimah untuk berjumpa dengan Cikgu Halil.Zali mula berasa takut. Zali diingatkan oleh Badar supaya tidak mengaku bahawa dialah yang menulis surat tersebut.

  • KlimaksCikgu Halil masuk ke dalam kelas dengan keadaan yang serius.Beliau meminta agar pelajar yang menulis surat tersebut mengaku di hadapan kelas. Hal ini kerana menulis surat kepada pelajar perempuan adalah melanggar disiplin sekolah.PeleraianCikgu Halil mendapat tahu bahawa Zali yang menulis surat tersebut.Zali telah meminta maaf kepada Zalina dan Zalina telah memaafkan Zali.

  • DialogPerbualan antara dua atau lebih watak.Contohnya, perbualan antara Zali dengan kawan-kawannya di bawah pohon.Imbas MukaWatak memikirkan perkara yang mungkin akan berlaku atau berangankan mengenai sesuatu.Contohnya, Zali berangan-angan jikalau dia menjadi kawan baik kepada Zalina, maka dialah yang paling bertuah.

  • Imbas KembaliWatak cuba mengingatkan kembali peristiwa atau perkara yang telah lepas atau berlaku.Contohnya, Zali diminta oleh Badar dan Jais mengingat kembali mengenai seorang pengawas perempuan bernama Zalina.SaspensTeknik penceritaan yang membuatkan pembaca berdebar-debar menanti perkembangan cerita selanjutnya.Hal ini berlaku semasa Zalina keluar mendapatkan Cikgu Halil. Kemudian Cikgu Halil telah datang ke kelas dengan wajah serius dan di tangannya terdapat sepucuk surat.

  • Merupakan seorang pengawas sekolah.Bijak, cantik dan bersopan santun. Sikap yang dimilikinya itu menyebabkan Zali tertarik untuk mengenali Zalina dengan lebih rapat.Seorang yang tegas. Terbukti apabila dia mengadu kepada Cikgu Halil mengenai surat yang diterimanya.Dia bersikap positif apabila bersedia untuk memaafkan kesalahan Zali.

  • Merupakan seorang murid biasa.Dia berkawan baik dengan Badar & Jais.Digambarkan mempunyai sifat yang pemalu. Sikap ini jelas dilihat apabila dia ingin berkenalan dengan Zalina tetapi malu untuk meluahkan rasa hatinya.Berani; dia menulis surat kepada Zalina serta meletakkannya di dalam laci meja Zalina seperti yang dicadangkan oleh dua orang rakannya, Badar dan Jais.

  • Merupakan rakan baik Zali.Sering mengusik Zali apabila mendapat tahu Zali meminati Zalina.

  • Guru disiplin yang sangat tegas. Terbukti apabila beliau menghukum murid-muridnya melakukan kesalahan khususnya yang berkaitan dengan disiplin pelajar.Mempunyai sifat yang baik hati apabila tidak mengambil tindakan terhadap Zali setelah Zalina memaafkan Zali.

  • Merupakan rakan kepada Zalina.Seorang murid yang rajin mengulang kaji pelajaran.Mempunyai sifat suka menyindir Zalina mengenai perasaan dan sikap Zalina kepada Zali

  • Pada waktu pagi, iaitu sebelum sesi persekolahan bermula.Di bawah sebatang pokokDi dalam kelas

  • Murid lelaki dan perempuan yang sedang meningkat remaja.Murid-murid lelaki yang suka mengusik.Murid-murid perempuan yang rajin belajar.

  • SinkopeContohnya; kau, tapi, tu, aje

    Bahasa InggerisContohnya; ok, member, hooray, relax.

    PersonifikasiContohnya; Fasal lembap, kau orang berdua. Aku minta maaf. Matematik dalam kepala. Otak macam komputer.(halaman 135)

  • Bahasa KiasanContohnya; kura-kura dalam perahu; masuk bakul angkat sendiri.

    PeribahasaContoh;JAIS: (Selamba) Sabarlah kawan. Kata orang tua- tua, tidak lari gunung dikejar. Betul tak, Badar?BADAR: Betullah tu. Pepatah orang tua-tua mengandungi pelbagai makna. Mendalam.(halaman 135)

  • PersahabatanPersahabatan antara Zali, Badar dan Jais serta Fatimah dan Zalina yang begitu baik.Persahabatan akrab yang terjalin antara mereka telah memudahkan mereka menyelesaikan banyak perkara.TegasCikgu Halil sebagai guru disiplin dan guru kelas yang begitu tegas dalam mendidik anak muridnya di sekolah itu

  • BijakDitunjukkan oleh Cikgu Halil yang mengambil tindakan yang tepat dalam mencari penulis surat tersebut melalui buku latihan dan karangan murid-murid di dalam kelasnya.Tolong- menolongBadar dan Jais menolong Zali semasa Zali mahu meletakkan surat untuk Zalina di dalam laci meja Zalina.KeberanianZali berani meletakkan surat di dalam laci meja Zalina untuk menyatakan hasrat hatinya untuk menjalinkan persahabatan dengan Zalina.

  • Kita hendaklah bersikap tegas terhadap apa jua keadaan sekalipun.Kita hendaklah menjaga hubungan persahabatan antara rakan-rakan seperjuangan.Kita mestilah bersikap tolong-menolong antara satu sama lain agar kerja yang dilaksanakan dapat dilakukan dengan sempurna.Kita haruslah mempunyai disiplin yang tinggi bagi membolehkan diri dihormati.Kita hendaklah sentiasa bersedia memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.