DS - UNIMAS Institutional Repository peranan OIC dalam... · kesan buruk kepada pertubuhan itu dan...
Transcript of DS - UNIMAS Institutional Repository peranan OIC dalam... · kesan buruk kepada pertubuhan itu dan...
DS 35.77 T889 1997
Pusat Khidmat Makiumat Akademik uNiVERSITI MALAYSIA SARAWAK
KEBERKESANAN PERANAN OIC DALAM MEMPERTAHANKAN NEGARA-NEGARA ISLAM
P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
111111111111 iliii 11111III 1000246015
TUAN HASMUNEE ZULIATI BTE TUAN HASSAN
Latihan Ilmiah mi dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat- syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Program
Kajian Antarabangsa (FSS)
FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
1997
Pusat Khidmat Makiumat Akademik UN7VERSITi MALAYSIA SARAWAK
KANDUNGAN
PENGHARGAAN ........................................................................
i
ABSTRAK ....................................................................................
ii
ABSTRACT .................................................................................
iii
BAB I ...........................................................................................
1
PENGENALAN ..........................................................................
1
1.1. Pendahuluan ................................................................
1 1.2. Kenyataan Masalah
....................................... .............. 4
1.3. Tujuan Kajian ...............................................................
5 1.4. Skop Kajian
.................................................................. 8
1.5. Metodologi Kajian ........................................................
9 1.6. Kajian Lepas
................................................................. 10
BAB 11 ...........................................................................................
18
LATAR BELAKANG PENUBUHAN OIC ................................
18
2.1. Sejarah Penubuhan OIC ................................................
18 2.2. Objektif Penubuhan
....................................................... 23
2.3. Keanggotaan OIC ..........................................................
26 2.4. Struktur Organisasi
....................................................... 28
BAB III .........................................................................................
32
ANTARA AZAM DAN PERLAKSANAAN OIC .......................
32
3.1. Persidangan Lepas OIC (1969-1996) .............................
32 3.2. Analisis Ringkas Persidangan Lepas OIC
...................... 59
BAB IV ..........................................................................................
70
PUNCA KELEMAHAN OIC ......................................................
70
4.1. Faktor Dalaman ............................................................
70 4.2. Faktor Luaran
............................................................... 82
BAB V ...........................................................................................
91
KESIMPULAN .............................................................................
91
BIBLIOGRAFI ..............................................................................
102
LAMPIRAN ...................................................................................
107
PENGHARGAAN
Di sini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih
saya kepada pensyarah yang juga merupakan penyelia saya. Segala tunjuk ajar, panduan
serta nasihat yang diberikan adalah amat dihargai : Dr. Rashid Abdullah - jasa Dr. Rashid
akan tetap dikenang. Tidak lupa juga kepada Dr. Othman Yatim, Cik Suceela dan Cik
Wan yang sebelum ini sedikit sebanyak telah membantu saya dalam menyiapkan tesis ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Kajian Antarabangsa yang telah
memberi inspirasi dan bimbingan sepanjang pengajian saya di UNIMAS ini. Begitu juga
kepada semua rakan-rakan khususnya Norasmah, terima kasih kerana sering
menghulurkan bantuan dan sokongan. Khas kepada Aton yang membantu printkan tesis
ini. Akhir sekali buat tersayang Abah, Nik, Kak Long, Ayu, dan Noor, doa dan restu dari
kalian amat dihargai.
SEKIAN
Tn. Hasmunee Zuliati Bte Tn. Hassan Fakulti Sains Sosial Kajian Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak 1997
i
ABSTRAK
Ramai yang mempertikaikan keupayaan dan peranan Pertubu. han Islam : Organization
Islamic Conference (OIC) dalam mempertahankan hak asasi dan kebebasan umat Islam.
Masyarakat dunia beranggapan bahawa OIC tidak bersungguh-sungguh dalam
memperjuangkan hak umat dan negara Islam dalam menyelesaikan setiap pergeseran dan
perggolakan yang mencabul keharmonian dan kedaulatan umat Islam. Oleh itu tujuan
kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana benarnya kenyataan tersebut. Kajian ini juga
mendalami sejauh manakah keberkesanan peranan OIC dalam mempertahankan hak asasi
dan kebebasan umat Islam seluruhnya. la juga meninjau apakah sebenarnya masalah yang
wujud dalam OIC sehingga membantutkan dan melemahkan perjanjian pertubuhan
tersebut dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pelindung negara-negara Islam.
Selain itu, kajian ini juga secara tidak langsung menganalisis apakah strategi yang
sewajarnya diambil oleh OIC dalam menangani masalahnya dan berjuang menaikkan
semula nama dan imejnya di mata dunia. Melalui pendekatan penyelidikan perpustakaan,
kajian ini dapat dirumuskan bahawa selama perjuangan OIC semenjak penubuhannya
(1969-1996) masih terdapat perkara-perkara yang perlu diperbaiki dan digubal oleh OIC
untuk menjayakan matlamatnya sebagai sebuah pertubuhan antarabangsa yang mewakili
seluruh umat Islam di dunia ini. Kelemahan-kelemahan lalu perlu dijadikan sebagai
tauladan untuk mengorak langkah seterusnya agar kegagalan lalu tridak berulang dalam
sejarah OIC di masa hadapan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada azam dalam
persidangan-persidangan OIC yang lepas, dapat dilihat adanya usaha yang cuba
dilaksanakan oleh OIC dalam membantu umat Islam, namun ia terbantut disebabkan
beberapa halangan dalaman dan luaran yang terpaksa dihadapi oleh OIC. Namun hasil
kajian ini dapat disimpulkan bahawa setiap kegagalan OIC adalah bukan satu kegagalan
yang teruk dan setiap kejayaan OIC bukanlah satu kejayaan yang cemerlang. Untuk OIC
bangkit semula sebagai sebuah pertubuhan dunia Islam yang boleh dibanggakan beberapa
perkara dan strategi baru perlu diwujudkan dan OIC masih memiliki peluang ini sekiranya
bersikap lebih aktif dalam menghadapi percaturan politik dunia khususnya Barat yang
semakin global ini.
ii
ABSTRACT
Many argued about the Organisation Islamic Conference (OIC) capability and it's role in
defending Islamic rights and freedom. The world society assume that OIC is not serious in
fighting the Islamic rights and states in solving any conflicts and disputes that disturbed the
peace and sovereignty of the muslims. So, this research purpose is to see how true is
these statements. It's also search deeply the effectiveness of OIC's role in defending the
Islamic rights and the occurred in OIC which caused weaknesses in OIC and analyse the
strategies taken by OIC in order to solve its problems and striggle to increase it's prestige
and image in world society. To achieve these, the methodology of library research is used
and can be concluded that OIC's efforts since its establishment (1969-1996) still need a
few things to be done in order to acheve its goals. It's past weaknesses should be a
notable example to build new history in future. In OIC's past constancy, it can be said
that there's efforts have been done to help the muslime, but it stunt because of some
internal and external barries. From this research, can be concluded that every failure of
OIC is not a worst failure and the success of OIC is not an excellent success. If OIC
wanted to build up its organisation as a better one, some new strategies need to be
established and it still have this opportunity if it involve more active in world political
order especially in Western political which is more globalize nowadays.
iii
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) ditubuhkan pada Mei
1971 dan kini beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi dan diketuai oleh seorang
Setiusaha Agong. Jawatan itu kini dipegang oleh Dr. Hamid Al-Gabid dari Niger.
Beliau dibantu oleh empat orang penolong Setiausaha Agong. OIC wujud adalah hasil
daripada Persidangan Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Islam di Rabat, Magribi pada
1969 dan disokong pada Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam di Jeddah pada Mac
1970 dan di Karachi pada September 1970. Sejumlah 52 buah negara Islam menjadi
anggota pertubuhan ini.
Perjuangan OIC adalah berlandaskan semangat ukwah Islamiah, di mana
objektifnya adalah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan negara anggota,
mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan dan saintifik untuk
kepentingan bersama. la juga merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang
berusaha untuk mewujudkan keamanan.
Bagaimanapun perkara utama yang ditekankan dalam kerjasama
tersebut ialah memperkukuhkan perjuangan orang-orang Islam dengan tujuan menjaga
maruah, kebebasan serta hak asasi dari sebarang pencabulan asing.
Walau bagaimanapun prestij OIC semakin lama semakin tergugat,
masyarakat antarabangsa kini tidak lagi memandangnya sebagai sebuah pertubuhan
yang dapat membantu dan menjadi pelindung kepada negara-negara Islam yang
menghadapi tekanan politik daripada negara-negara luar, khususnya tekanan daripada
I
2
kuasa Barat. Masyarakat dunia memandang OIC dengan perasaan sinis dan
melemparkan kritikan-kritikan yang mengakibatkan pertubuhan ini menghadapi
dilemma yang sukar ditafsirkan.
Peranan OIC dikatakan tidak berkesan disebabkan kekaburan dan kelemahan
peranannya dalam membendung pertelingkahan dikalangan negara-negara ahli,
contohnya sehingga membawa kepada peperangan Iraq dan Kuwait pada 1990 serta
wujudnya pertelagahan dan pertelingkahan di dalam kepimpinan Arab sendiri. Dalam
persengketaan antara Iraq dan Kuwait itu, ada dikalangan negara anggota yang
berpaling tadah demi kepentingan diri telah merestui pegeboman ke atas rakyat Iraq
dan ini mengakibatkan hampir keseluruhan telaga minyak di Kuwait terbakar dan
mengorbankan beratus ribu rakyat Iraq yang tidak berdosa. Kes yang paling hangat
diperkatakan tentang kelemahan yang amat ketara dalam peranan OIC ialah masalah
konflik di Bosnia-Herzegovina. Seorang tokoh akedemik bidang teologi dari
Universiti Leeds, Britain, Prof. Adrian Hastings, berkata "OIC jelas tidak mempunyai
taring dan hanya mampu melaungkan ancaman kosong dalam menyelesaikan kes
Bosnia-Herzegovina, OIC hanya berlagak seolah-olah mereka berbuat sesuatu
sedangkan tiada usaha berkesan yang dilaksanakan ". ' Berdasarkan kenyataan inilah,
kajian ini dibuat iaitu untuk mengkaji sejauh mana benarnya kenyataan yang dibuat oleh
Prof. Adrian itu terhadap pendirian sebenar pertubuhan OIC ini. Adakah OIC benar-
benar tidak melakukan sebarang tindakan dan hanya berlagak sebagai pemerhati sahaja
terhadap kes Bosnia-Herzegovina ini atau sebaliknya.
Jika negara-negara Islam sendiri, khususnya negara Arab bersengketa sehingga
ke tahap beratus ribu nyawa terkorban, bagaimana mereka yang menjadi pucuk
' Berita Harian. 29hb September 1993.
3
pimpinan pertubuhan ini boleh menganjurkan perdamaian ?. Keadaan ini meletakkan
OIC yang dianggotai oleh negara-negara Arab, berada di persimpangan dilemma yang
tidak ketahuan. Sejak ditubuhkan sehingga kini tiada sebuah pun negara anggota OIC
yang benar-benar boleh dianggap sebagai maju. Sehubungan dengan itu, negara-
negara Islam dengan sendirinya menjadi tidak mampu untuk menyuarakan pendapatnya
di persada politik dan ekonomi antarabangsa. Negara kuasa besar terus meminggirkan
dunia Islam dan ini menyebabkan negara Islam terus terhimpit dengan kemelut
kekuasaan Barat yang sering berusaha untuk menindas dan menghapuskan Islam.
Namun demikian, kita tidak boleh bersikap berat sebelah dengan menyalahkan
pertubuhan ini sebagai gagal dan bersikap lembab dalam menjalankan kewajipannya.
Seharusnya perlu dinilai secara lebih kritis apakah masalah yang wujud ini benar-benar
berpunca daripada kelemahan dan sikap sambil lewa pertubuhan ini atau disebabkan
oleh faktor lain yang menjadi dalang kepada kemajuan pertubuhan ini. Keseluruhannya
dalam menganalisa peranan OIC semenjak kelahirannya, apa yang ketara dilihat adalah
boleh dikatakan seluruh dunia menganggap pertubuhan ini sebagai sebuah pertubuhan
yang lemah dan tidak efektif dalam melaksanakan tanggungjawabya malah ada yang
menggelar OIC sebagai sleeping organization. Ternyata kritikan-kritikan ini memberi
kesan buruk kepada pertubuhan itu dan sekaligus menjatuhkan prestijnya di kacamata
dunia Barat khususnya yang sering berusaha untuk memporak perandakan negara-
negara Islam demi kepentingannya. Atas sebab inilah kajian ini ingin dilakukan untuk
menilai sejauh manakah OIC sebagai sebuah organisasi negara-negara Islam dapat
menegakkan kedudukan dan kedaulatan sesebuah negara Islam dari segi keutuhan
politik, ekonomi dan sosialnya.
4
1.2 KENYATAAN MASALAH
Walaupun Pertubuhan persidangan negara-negara Islam (OIC) kini telah
mencapai usia 27 tahun, namun ia masih dikatakan sebagai sebuah pertubuhan yang
tidak menampakkan apa-apa hasil dalam menangani masalah yang dihadapi oleh
negara-negara Islam terutamanya ketika negara-negara Islam menghadapi tekanan dan
kengkangan politik. Malah masih ramai yang mempertikaikan keupayaannya dan
peranannya turnt disangsi oleh masyarakat dunia.
Masyarakat dunia beranggapan bahawa pertubuhan ini hanya melepaskan batuk
ditangga dalam menyelesaikan pergeseran dan perpecahan di kalangan negara-negara
Islam sendiri, sedangkan sebagai penaung negara-negara Islam, OIC seharusnya
menjadi sebuah organisasi yang teguh, matang, berkesan dan mampu menghadapi
segala cabaran yang dihadapi oleh negara-negara Islam sedunia.
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh persalahkan kegagalan OIC semata-
mata. Seharusnya perlu satu penilaian yang lebih mendalam, apakah OIC ini benar-
benar bersikap tidak serius dalam memperjuangkan hak bangsa dan negara Islam
sedunia. Sekira ditinjau secara keseluruhan melalui media massa boleh dikatakan semua
pihak telah menyalahkan OIC dan mempertikaikan keupayaannya dalam menangani
isu-isu semasa. Sebenarnya, harus diteliti dan dikaji sedalam-dalamnya apakah benar
pertubuhan ini mengambil sikap sambil lewa dalam menjalankan kewajipannya atau
OIC sebenarnya telah berusaha sedaya yang termampu olehnya, tetapi ia gagal di
sebabkan oleb faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan olehnya.
Berdasarkan kepada rujukan-rujukan melalui bahan-bahan bacaan di dapati
kebanyakkan penulisan hanya berkisar kepada kelemahan dan kegagalan OIC dalam
bertindak mengikut kehendak suara-suara negara anggotanya dalam mempertahankan
Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNNERSIT[ MALAYSIA SARAWAK 5
kepentingan negara dan bangsa Islam. Tetapi sekira dikaji dan diteliti berdasarkan
kepada persidangan-persidangan yang lepas secara logiknya pertubuhan ini
berkemungkinan dapat menjadi sebuah pertubuhan yang boleh dibanggakan oleh
seluruh umat Islam. Malah, ia dapat menandingi pertubuhan antarabangsa yang lain
sekiranya pergerakan dan perlaksaannya sering mendapat sokongan yang jitu dan padu
oleh negara-negara anggota. Contohnya, baru-baru ini berkenaan dengan perdamaian
di Filipina Selatan. Selama beberapa dekad ini, bangsa Moro Islam memang sudah lama
menderita kerana apa yang diimpikan menerusi perang tidak pernah tercapai akibat
pelbagai tekanan dari kerajaan pusat Filipina. Kejayaan OIC terserlah melalui
kemampuannya menonjolkan diri dalam memainkan peranan utama yang berkesan
sekali dalam usaha perdamaian antara pemimpin pejuang Islam MNLF yang diketuai
oleh Nur Misuari dengan Fidel Ramos bagi menamatkan sengketa di Mindanao. Di sini
kita dapat lihat kemampuan pertubuhan ini sebagai orang tengah dalam menghapuskan
persengketaan tersebut walaupun sebelum ini peranannya agak lemah dalam menangani
isu-isu yang lepas. Jadi berdasarkan kepada fakta ini, telah menyebabkan timbulnya
keinginan untuk mengkaji dengan lebih mendalam faktor-faktor lain yang boleh
mengilap semula cahaya OIC dikaca mata dunia terutamanya negara Barat yang sering
berusaha untuk menghapuskan Islam.
1.3 TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama penulisan latihan ilmiah ini adalah untuk mengkaji adakah benar
OIC lemah dalam memainkan perananya sebagai penyelamat maruah, kebebasan dan
melindungi hak asasi bangsa Islam dan benarkah OIC bersikap endah tak endah dalam
melaksanakan tanggungjawabnya.
6
Penulisan latihan ilmiah ini juga adalah bertujuan untuk meninjau dan melihat
apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pertubuhan ini sehingga ia diberi
jolokan sebagai sleeping organization oleh masyarakat dunia. Prospek lainnya adakah
pertubuhan ini masih memiliki peluang yang cerah untuk menggilap semula namanya di
mata dunia, khususnya di kaca mata Barat. Apakah perlaksanaan yang perlu digubal
oleh pertubuhan ini dalam usahanya untuk mempertingkat dan menaikkan semula
imejnya sebagai sebuah pertubuhan yang membela dan melindungi maruah, kebebasan
dan mempertahankan hak asasi bangsa Islam dari sebarang pencabulan.
Sekiranya diimbas kembali kepada sejarah lalu, OIC tidak ketinggalan dalam
melibatkan dirinya dalam pergolakan dunia, khususnya dalam kes-kes pencabulan ke
atas bangsa Islam. Contohnya, semasa ia di bawah pimpinan Almarhum Raja Al-Malik
Faisal di awal tahun 1970 an, pertubuhan ini sering melibatkan diri dalam membela
nasib orang-orang Islam dan dikatakan berada pada tahap kecermelangan yang tinggi
khususnya dalam percaturan politik dunia. OIC telah melibatkan diri dalam menggesa
pengunduran Israel dari wilayah-wilayah Arab dan mengiktiraf hak rakyat Palestin
(PLO) sebagai wakil pertubuhan ini yang sah. Pertubuhan ini juga melibatkan diri
dalam membantu pembebasan Baitulmaqdis dan wilayah-wilayah yang ditakluki oleh
Israel melalui persidangan Ketua-Ketua Kerajaan pada 1981, di mana OIC telah
mengistiharkan jihad di kalangan negara-negara Islam lain untuk membebaskan
Baitulmaqdis dan lain-lain wilayah yang ditakluk Israel.
Secara keseluruhannya, OIC ada melibatkan diri dalam menentang segala
bentuk ancaman dan tekanan luar ke atas negara-negara Islam, terutamanya
campurtangan dalam kes pencabulan yang berlaku di Afghanistan. OIC telah mendesak
pengunduran segera tentera Soviet dari Afghanistan . Kes-kes lainnya ia juga turut
7
terlibat secara langsung dalam usaha perdamaian menamatkan konflik di Bosnia-
Herzegovina, konflik Iran-Iraq, persengketaan yang berlaku di Kashmir, Filipina dan
sebagainya yang berkaitan dengan pencabulan dan penindasan kedaulatan bangsa
Islam.
Jadi, secara realitinya peranan-peranan lalu yang dimainkan oleh pertubuhan ini
jelas melihatkan ia ada inisiatif untuk membantu masyarakat Islam sedunia, cuma
ketidakaktifannya secara menyeluruh dan kemungkinan terdapatnya faktor-faktor lain
yang menghalang haluannya menyebabkan ia lembab dan lemah untuk menjalankan
tanggung jawabnya dengan berkesan dan sempurna. Pergeseran dan kegoncangan yang
melanda dunia Arab sendiri berkemungkinan merupakan salah satu faktor menyumbang
kepada kelemahan pertubuhan ini, bak kata pepatah kerana nila setitik habis susu
sebelanga. Begitulah yang boleh diandaikan kepada dilemma yang menghimpit
kemajuan dan keagresifan OIC sebagai badan pelindung yang berkesan.
Demikian antara lain persoalan yang cuba dibincangkan di dalam latihan ilmiah
ini. Memandangkan kini ramai yang telah mengkritik peranan sebenar OIC dalam
konsep perjuangannya yang sebenar dan punca kelemahannya yang masih kabur jadi
kajian ini diharap akan dapat membantu memperlihatkan dengan lebih mendalam dan
terperinci apakah sebenarnya yang menyebabkan timbulnya kritikan-kritikan ini dan
sejauh manakah perana OIC di sepanjang abad kelahirannya, apakah pemasalahan
sebenar yang menyebabkan ia berada dipersimpangan dilemma yang tidak tentu
haluannya dan apakah masa depannya masih cerah untuk memperlihatkan dirinya
setaraf dengan pertubuhan antarabangsa lain seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dan menarik semula kepercayaan dunia terhadap keupayaannya.
8
1.4 SKOP KAJIAN
Pemerhatian kajian ini difokaskan daripada peringkat awal pertubuhan OIC
hingga masa kini. la bertujuan untuk mengkaji dan melihat secara terperinci setiap
peranannya atau penglibatannya semenjak ia dilahirkan hingga peranannya di masa kini,
sejauh mana ia melibatkan dirinya dan sejauhmanakah keberkesanan peranannya dalam
menyelesaikan dan membendung pergolakan dunia. Dalam jangka masa tersebut dapat
juga dinilai apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pertubuhan ini sepanjang
kewujudannya itu.
Sepanjang kewujudannya pertubuhan ini telah menghadapi pelbagai konflik
antarabangsa, khususnya yang melibatkan kedaulatan bangsa dan negara Islam. Jadi,
sudah menjadi kewajipannya untuk menangani dan menyelesaikan pergolakan tersebut
atas dasar-dasar serta objektifiiya sebagai pelindung dan penaung negara-negara Islam.
Namun yang menjadi masalahnya adalah ramai yang mempertikaikan keupayaannya
sebagai sebuah badan pelindung dunia Islam atas sebab-sebab kelemahannya dalam
menangani masalah yang wujud seperti penyelesaian konflik Iran-Iraq, Penindasan
Palestin oleh Israel, Penghapusan etnik di Bosnia, dan sebagainya. Jadi jangka masa ini
dapat membantu memperlihatkan dengan lebih jelas dan tepat kedudukan sebenar
pertubuhan ini dan apakah ia benar-benar sebuah organisasi yang lembab atau
sebaliknya. Hasil daripada kajian dalam jangka masa ini juga dapat dibuat beberapa
saranan yang seharusnya digubal bagi memperbaiki prestij OIC setanding dengan
pertubuhan-pertubuhan dunia lainnya.
9
1.5 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini secara keseluruhannya adalah berasaskan kepada penyelidikan
perpustakaan. Kajian ini lebih merujuk kepada isu-isu semasa khususnya berkaitan
dengan pergolakan dunia Islam. Kaedah atau metod lainnya seperti wawancara dan
soal selidik tidak diperlukan kerana ia tidak sesuai digunakan dalam kajian ini yang
sepenuhnya menumpukan kepada kajian lepas. Oleh itu, kajian ilmiah ini hanya
memberi tumpuan kepada penyelidikan perpustakaan untuk mendapatkan data-data
dan maklumat-maklumat yang diperlukan daripada bahan rujukan seperti buku-buku
kajian lepas, artikel-artikel dari jurnal dan majalah terbitan tempatan dan juga luar
negara. Jurnal yang menjadi tumpuan adalah seperti Asian Survey, Foreign Affairs,
Conflict Studies dan Third World Quarterly. Manakala, majalah-majalah yang
menjadi rujukan adalah seperti Dewan Siswa, Asia Week, Times, Impact
International, News Week dan Pembaharu.
Sebagai rujukan tambahan untuk memperolehi maklumat dan data dengan lebih
detail, tidak ketinggalan merujuk kepada suratkhabar tempatan seperti New Strait
Times, Berita Harian dan Utusan Malaysia. Penyelidikan perpustakaan yang
dijalankan adalah tidak terhad kepada penyelidikan perpustakaan di dalam satu
perpustakaan sahaja. Selain daripda Perpustakaan UNIMAS, kajian ini turut dilakukan
di Perpustakaan UM, UKM dan IDHL (Institut Dasar Hubungan Luar) di Kuala
Lumpur. Selain itu kajian dirujuk juga kepada sistem maklumat elektronik seperti
Internet dan CD-Rom.
10
1.6 KAMAN LEPAS
Pada masa ini tidak terdapat satu kajian lepas yang benar-benar
membincangkan mengenai faktor-faktor yang memperlihatkan sama ada benar atau
tidak OIC dianggap sebagai sleeping organisation disepanjang abad penubuhannya.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa artikel dari majalah dan jurnal tempatan yang
membincangkan sedikit sebanyak berkenaan peranan dan sumbangan OIC di sepanjang
abad penubuhannya itu. Salah satu antaranya adalah hasil penulisan dari Akmar
Annuwar Ali (1994) di dalam artikel beliau bertajuk OIC Pertaruhkan Maruah
Islam. Di mana dalam artikel tersebut sedikit sebanyak beliau telah membincangkan
tentang sekiranya OIC mempunyai keberanian dan semangat yang kuat untuk
bertindak, maka seluruh umat Islam pastinya akan berdiri teguh di belakang OIC.
Menurut beliau, secara umumnya dengan peningkatan usianya, seharusnya OIC
lebih bersikap dewasa dan matang dalam memainkan peranannya di persada dunia.
Namun apa yang mengecewakan OIC dilihat masih gagal dalam menonjolkan dirinya
sebagai sebuah pertubuhan yang kuat, mantap dan disegani. Menurut beliau lagi
keadaan ini sebenarnya disebabkan oleh berlakunya pergolakan demi pergolakan
dalaman atas alasan perebutan kuasa, ketidakstabilan politik dan kemunduran ekonomi,
khususnya dalam komuniti di negara-negara Islam. Keadaan ini membawa kesukaran
kepada OIC untuk membawa haluannya sebagai penaung negara-negara Islam. Ramai
yang menaruh harapan agar OIC mampu bersaing dengan pertubuhan-pertubuhan besar
dunia yang lain seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pakatan Atlantik
Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU) yang dianggap sebagai sebuah pertubuhan
yang benar-benar mantap, agresif dan berkesan serta memonopoli kepolisian dan
ekonomi dunia. Penyataan ini jelas membuktikan bahawa pertubuhan OIC masih
11
diperlukan oleh masyarakat dunia Islam, malah ia menjadi satu harapan besar kepada
negara-negara Islam yang kecil dan sering menjadi mangsa penindasan Barat.
Menurut beliau lagi, OIC seharusnya memikul tanggung jawab membela dan
melindungi maruah dan kehormatan negara Islam dan keselamatan rakyatnya jika
berlaku kes pencabulan hak asasi ke atas komuniti negara-negara anggota. Beliau telah
mengkritik pertubuhan OIC yang gagal menghentikan penderitaan rakyat Palestin
walaupun setengah abad telah berlalu namun pergolakan ini masih berterusan, malah
semakin parah. Beliau mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh OIC yang
kononnya mewakili lebih satu billion umat Islam, dan behau juga telah mempersoalkan
dengan suara satu billion itu, adakah masih tidak cukup kuat untuk menyakinkan kuasa
Barat terhadap kemampuan dan kekuatan OIC untuk bertindak. Pada pandangan
beliau, sememangnya OIC tidak berani atau boleh diibaratkan sebagai pengecut untuk
bertindak, sememangnya ia lebih banyak menggunakan mulut daripada bertindak. OIC
hanya mampu untuk mengutuk perbuatan yang tidak berperikemanusiaan, perbuatan
yang melanggar batas-batas hak kemanusiaan dan kedaulatan negara anggotanya.
Kewibawaan OIC sekali lagi tercabar apabila ia kelihatan lembab dalam
menangani masalah konflik di Bosnia yang diperlakukan tanpa rasa perikemanusiaan
oleh puak Serb atas tujuan untuk mewujudkan serbia Agung. Dari sudut pandangan
Akmar Annuwar Ali, jeritan dan laungan meminta tolong daripada kerajaan Bosnia
kepada OIC boleh dübaratkan sebagai mencurah air ke daun keladi. Sekian lama
rakyat Islam Bosnia hidup dalam ketakutan dan sengsara, tetapi OIC masih belum
dapat mencari perdamaian. Walaupun kini Bosnia-Herzegovina telah kembali pulih,
namun Saat menunggu keamanan tersebut memakan masa yang panjang lebih kurang
hampir empat tahun itupun masih belum pulih sepenuhnya.
12
Satu lagi penghormatan tercabar apabila Rusia menunjukkan belangnya dengan
memberi amaran melalui tindakannya ke atas penindasan rakyat Islam Chechnya. Rusia
menyerang Chechnya sewaktu OIC sedang sibuk bermesyuarat untuk mendamaikan
Bosnia-Herzegovina. Amaran ini jelas ditunjukkan oleh kuasa Barat yang melihat
pertubuhan ini sebagai satu organisasi yang lemah dan kerdil oleh mana-mana kuasa
besar dan tidak gentar dengan sebarang tindak balas yang akan diterima daripada
pertubuhan OIC ini. Perbincangan ini jelas menonjolkan bagaimana tanggapan dan
sikap Barat terhadap Islam dan ini memperlihatkan sejauh mana pertubuhan OIC ini
mendapat penghormatan dari Barat. Atas alasan inilah kajian ini ingin memperlihatkan
apakah punca sebenar kelemahan OIC sehingga Barat memandangnya hanya dengan
sebelah mata sahaja. Berdasarkan faktor ini juga kajian ini akan melihat bagaimana
seharusnya OIC mengilap semula namanya agar menjadi sebuah pertubuhan yang
benar-benar efektif dan dihormati.
Akmar Annuwar All menyifatkan OIC sebagai sebuah pertubuhan yang tidak
mampu untuk menjadi tempat pergantungan dan tempat perlindungan yang selamat,
memandangkan ia sendiri tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah negara
anggotanya apatah lagi untuk menyelesaikan masalah orang lain. Tambahan pula
negara-negara Arab sendiri sering berselisih faham dan bersengketa sesama sendiri dan
terdapatnya tindakan dan perlakuan yang tidak relevan, di mana wujudnya sikap
angkuh, sombong dan ego antara sesama sendiri terutamanya di kalangan negara
anggota yang tarafiiya lebih tinggi, kaya dan lebih berpengaruh sehingga lupa terhadap
kewajipannya ke atas negara Islam lain dalam menegakkan maruah , bangsa dan dunia
Islam.
13
Selain daripada faktor politik, Akmar Annuwar Ah turnt membincangkan
tentang kedudukan ekonomi negara anggota OIC. Di mana menurut behau, faktor
ekonomi merupakan agenda utama yang harus dipentingkan dalam perbincangan OIC
agar segala manfaat daripada kekuatan ekonomi komuniti negara-negara Islam dapat
dikecapi bersama. Ini berdasarkan kepada pengaruh dan kekuatan Barat, di mana tanpa
kekuatan ekonomi, suara OIC tidak akan dilayan oleh gergasi ekonomi Barat sebagai
aktor berbisa dalam putaran dunia mengikut kepentingannya. Antara kelemahan
ekonomi negara-negara anggota OIC yang dibincangkan adalah :-
" Terpaksa membeli kelengkapan perang dari pihak musuh sendiri akibat daripada
kekurangan teknologi sendiri.
" Terdapatnya jurang perbezaan yang luas dalam pembangunan di negara-negara
anggota.
" Wujudnya pelbagai cabaran dan saingan dalam ekonomi dunia.
Di sebabkan oleh faktor-faktor inilah menurut Akmar Annuwar Ali seharusnya
negara-negara anggota perlu bersatu dalam membangunkan negara mereka khususnya
dunia Islam dengan saling bantu membantu, terutamanya yang kaya harus membantu
yang miskin dan sekiranya keadaan ini tercapai pastinya kuasa Barat akan lebih hormat
dan gerun untuk menindas Islam.
Seorang lagi penulis adalah Abdullah AI-Ahsan (1991) dalam bukunya bertajuk
Ummah On Nation Identity In Contemporary Muslim Society. membincangkan
tentang idea terhadap identiti ummah dalam masyarakat muslim selepas pembentukkan
kemerdekaan di negara-negara muslim. Menurut behau, krisis merupakan keputusan
14
kepada tecetusnya konflik antara citizen nations dengan kesedaran kepada identiti
ummah. Menurut Abdullah, selepas kewujudan majoriti negara-negara Muslim
sebagai negara yang merdeka dan kedaulatan unit politiknya adalah berdasarkan
kepada Perang Dunia Kedua menyebabkan timbulnya idea dalam mewujudkan
pertubuhan OIC ini. Namun demikian disebabkan berlakunya kekurangan terhadap
kepentingan kepada perwakilan kerajaan maka OIC tidak dapat wujud sebagai sebuah
organisasi yang berkesan. Walau bagaimanapun, seluruh rakyat Islam masih
berkeinginan untuk bergantung harap kepada OIC sebagai unit bantuan. Ini kerana
pada asasnya penubuhan OIC adalah berdasarkan kepada sovereign status yang
berpandukan konsep ummah yang menjadi pegangan masyarakat Islam sejak zaman
tradisi lagi di mana semua umat Islam adalah sama tanpa mengira bangsa.
Menurut Abdullah lagi, sejak penubuhannya OIC secara tidak langsung telah
memainkan peranan penting dalam memajukan negara-negara anggota, ini termasuklah
perlaksanaan pelbagai projek yang bukan sahaja bersifat ekonomi, politik dan sosial
tetapi sebagai alternatif yang baik dalam usaha mempertemukan semua pemimpin Islam
di seluruh dunia di satu meja persidangan bagi membincangkan dan menyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapi oleh negara anggota. Namun apa yang menyedihkan
terdapat faktor-faktor negetif yang menghalang kejayaannya. OIC bertanggung jawab
menjaga kepentingan umat Islam secara universal dan taat pada konsep ummah serta
fatwa Islam demi menjamin keharmonian bangsa daripada sebarang ancaman dan
pencabulan. Atas konsep persefahaman negara-negara Islam seharusnya bergabung
dalam usaha mempromosi antara mereka dengan mengadakan hubungan yang lebih
rapat, kerjasama yang lebih aktif dan saling membantu dalam bidang ekonomi, saintifik,
budaya dan bidang spiritual melalui penekanan berdasarkan sunnah dan fatwa Islam.
15
Melalui persidangan ini juga membawa kepada persidangan antara Menteri-Menteri
Luar negara-negara Islam berbincang dan mengambil tindakan yang bersesuaian dalam
melaksanakan keputusan yang membawa kepada kepentingan bersama. Jadi secara
tidak langsung, dengan wujudnya OIC sebagai wakil kepada masyarakat muslim telah
membawa kepada peringkat atau fasa baru dalam corak identiti krisis mereka. Namun
terdapat faktor-faktor tertentu yang menghalang perlaksanaan konsep ini dengan
berkesan.
Berlainan ideologi dan prinsip merupakan salah satu faktor penting yang
diketengahkan oleh Abdullah sebagai faktor kelemahan perlaksanaan pertubuhan ini.
Di kalangan negara-negara Islam ada yang Republik Islam, Monarki, Militari
Diktatorship, demokrasi national, Republik demokrasi sosialis, Republik saintifik sosial
dan Republik rakyat demokratik. Kebanyakkan mereka terpengaruh dengan idea
sekular Eropah seperti nationalism, sosialism, saintism dan demokrasi. Jadi agak
mustahil multi-ideolologi ini dapat diimplimentasikan di bawah satu payung bernama
rumpun negara-negara Islam dalam memperjuangkan jihad yang sama atas dasar
kepentingan bersama. Jelasnya apa yang berlaku, multi-ideologi inilah yang
menyebabkan wujudnya perpecahan dan ketidaksetiaan antara negara anggota.
Abdullah juga memberi komen berkenaan kelembapan pertubuhan ini dalam
menangani masalah dunia seperti pencerobohan ke atas Palestin oleh Israel, penindasan
yang berlaku ke atas penduduk Islam di Chehnya, peperangan sivil yang berlaku di
Afghanistan, konflik di Kashmir, konflik Azeri-Armenia, dan termasuk juga
kelemahannya dalam mencari perdamaian dengan segera ke atas penyeksaan yang
dilakukan oleh puak Serbia ke atas puak Islam di Bosnia-Herzegovina. Dalam hal ini
ramai sarjana menyifatkan bahawa kegagalan OIC memainkan peranannya dalam
16
menangani isu-isu antarabangsa dunia Islam adalah disebabkan dasar luarnya dibayangi
oleh fahaman dan ideologi serta semangat assabiyah yang terlalu kuat di kalangan
negara-negara Arab yang menjadi pucuk pimpinan pertubuhan ini. Atas dasar
pengamalan inilah negara-negara Islam sentiasa bertelagah antara satu sama lain.
Contohnya, kes yang dilakukan oleh salah seorang pemimpin dunia Arab iaitu Jamal
Sabdul Nasir. Beliau tidak pernah menghadiri atau mewakilkan dirinya dalam setiap
persidangan yang diadakan oleh OIC dan yang paling menyedihkan beliau lebih
cenderung memihak kepada pertubuhan yang dianjurkan oleh negara Barat seperti
pertubuhan Non-Alingment Movement sebagai rangkaian dalam menyampaikan
suaranya.
Fenomena lain yang telah menggugat dan memporak-perandakan pertubuhan
ini adalah percaturan politik Barat. Di mana negara Barat bimbang bahawa kekuatan
Arab adalah lambang kepada kekuatan Islam, di sebabkan itulah, Eropah berusaha
melaga-lagakan negara-negara Arab atas motif untuk melemahkan dan seterusnya
menghancurkan Islam, manakala yang menjadi dalang penting dalam menyekat
tumbulmya persatuan Arab yang boleh mengugat kedudukan kuasa Barat sebagai Big
Boss di mata dunia.
Secara keseluruhannya, kedua-dua hasil karya ini lebih menumpukan kepada
aspek faktor penubuhan OIC, tujuan penubuhannya dan tidak ketinggalan
membincangkan tentang faktor yang membawa kepada kegelapan dunia OIC yang
disifatkan sebagai sebuah pertubuhan yang kabur dan lemah. Secara rawangnya
memang ada perkaitan dengan kajian latihan ilmiah ini, tetapi berdasarkan kepada
kedua-dua hasil karya tersebut masih belum mencukupi faktanya sebagai kajian yang
khusus mengenai keberkesanan peranan OIC sepanjang abad ke 21 ini dan faktor
17
lainnya di sebalik berlakunya kelemahan dalam penyelenggaraan pertubuhan ini. Kajian
mi juga akan memperlihatkan sekiranya terdapat faktor-faktor yang berkesan yang
boleh membantu OIC dalam menaikkan semula prestijnya di mata dunia dan
mengembalikan semula kepercayaan dunia Islam atas keupayaan pertubuhan ini
sekiranya pertubuhan ini di beri peluang sekali lagi untuk memperbaiki kesilapannya
yang lalu.
Sebagai rumusan daripada artikel Akmar Annuwar Ali dan penulisan Abdullah,
secara jelas dapat kita lihat kedua-dua penulis ini lebih bersetuju memperkatakan
tentang kelemahan dan ketidakupayaan OIC sebagai pertubuhan kepada pelindung
dunia Islam. Malah beliau lebih melihat OIC sebagai sebuah pertubuhan yang gagal
dan lembab dalam melaksanakan tugasnya. Walau bagaimanapun, artikel dan buku ini
kurang menyentuh tentang kajian sebenar yang hendak diselidiki. Penulis tidak
membincangkan tentang keberkesanan peranan OIC secara keseluruhan dan kurang
membincangkan tentang masalah-masalah dalaman dan luaran yang menjadi tekanan
kepada pertubuhan ini dan penulis juga tidak membincangkan tentang prospek masa
depan pertubuhan ini. Jadi, inilah faktor utama yang mendorong kajian ilmiah ini untuk
mendalami topik ini agar dapat memperluaskan lagi pengetahuan mengenai status dan
keupayaan pertubuhan ini secara lebih menyeluruh. Oleh itu, kajian yang akan dibuat
akan lebih mendalami dari sudut aspek kenapa OIC tidak aktif dan apakah masalah-
masalah yang sebenarnya dihadapi oleh pertubuhan ini dan apakah prospek yang
membolehkan pertubuhan ini bernadi semula sebagai satu pertubuhan yang gemilang
dan dihormati.