DSK PAV T2

26
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL SEJARAH TINGKATAN 2

description

Education

Transcript of DSK PAV T2

Page 1: DSK PAV T2

2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

SEJARAH

TINGKATAN 2

Page 2: DSK PAV T2

3

Page 3: DSK PAV T2

4

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL JATI DIRI

SEJARAH

TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Page 4: DSK PAV T2

5

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

Page 5: DSK PAV T2

6

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

3. KATA PENGANTAR

4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

5. PELAKSANAAN

5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

Page 6: DSK PAV T2

7

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat

di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang

adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin

satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina

satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 7: DSK PAV T2

8

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 8: DSK PAV T2

9

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 9: DSK PAV T2

10

PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional

Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi

Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

Page 10: DSK PAV T2

11

Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiapStandard Pembelajaran.

PELAKSANAAN Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 4 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 140 waktu setahun bagi setahun. Manakala bagi tingkatan 2 dan 3 adalah 2 waktu seminggu.Guru berlatarbelakang opsyen Sejarah paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Page 11: DSK PAV T2

12

Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

Page 12: DSK PAV T2

13

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

SEJARAH

Page 13: DSK PAV T2

14

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

Pendahuluan

Sejarah ialah mata pelajaran teras daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan diteruskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan daripada tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga. Kesepaduan disiplin Sejarah merangkumi aspek kandungan pengetahuan, nilai- nilai murni, kemahiran pemikiran sejarah, dan unsur kewarganegaraan dan patriotisme dapat diaplikasikan.

Matlamat

Pendidikan Sejarah melahirkan murid yang berpengetahuan tentang latar belakang sejarah negara dan warisan sosiobudaya agar mereka dapat berdaya saing dalam masyarakat pelbagai kaum sebagai warganegara yang berpengetahuan, berkeyakinan, mempunyai kemahiran, bertanggungjawab dan cinta akan negara.

Objektif

Di akhir modul ini, murid akan dapat;

1. Menyatakan maksud sejarah. 2. Menyatakan latar belakang sejarah tanah air serta menghargai warisan sosiobudaya. 3. Menyatakan sejarah pembentukan negara yang merdeka. 4. Menunjukkan perasaan bangga, komited dan setia kepada Negara. 5. Menunjukkan sikap hormat dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan alam sekitar. 6. Membina kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama dalam kumpulan dengan berhemah. 7. Memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya bertindak dengan

sewajarnya 8. Memupuk semangat ingin berusaha, kreatif dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa

dan negara. 9. Mengaplikasi pengetahuan sejarah dalam kehidupan harian.

Page 14: DSK PAV T2

15

Fokus Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Sejarah memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Kurikulum Sejarah Pendidikan Asas Vokasional menerapkan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai (kewarganegaraan dan sivik) yang boleh membina jati diri dalam kalangan murid. Kesepaduan ini berjalan serentak dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kurikulum ini memberikan tumpuan kepada latar belakang sejarah tanah air, demografi dan warisan sosiobudaya untuk memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada murid. Justeru, kurikulum ini juga memberi tumpuan kepada penghayatan dan pemupukan nilai kewarganegaraan serta jati diri murid dalam mewujudkan semangat daya saing. Selain itu, menekankan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah bagi membolehkan murid kreatif dan berkeyakinan dalam berkomunikasi untuk menghadapi abad ke-21.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri / kajian lapangan Pengurusan kewangan berhemah Kajian masa depan Pembelajaran luar bilik darjah

Page 15: DSK PAV T2

16

Organisasi Standard Kurikulum Dokumen Standard Kurikulum ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

Page 16: DSK PAV T2

17

Kandungan Kurikulum Kurikulum Sejarah Pendidikan Asas Vokasonal Menengah Rendah adalah lanjutan daripada Standard Kurikulum Sejarah

Sekolah Rendah. Dokumen standard kurikulum sejarah ini diorganisasikan kepada kandungan, kemahiran dan nilai.

SEJARAH (Patriotisme)

Pengetahuan Kemahiran

Sejarah JATI

DIRI

Nilai

Kewarganegaraan dan Sivik

Kandungan Kurikulum 1) Kandungan

Fokus kandungan kurikulum Sejarah Pendidikan Asas Vokasional adalah memberi perspektif yang jelas tentang negara dan sejarahnya, warisan sosiobudaya dan demografi di samping melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Kandungan sejarah ini turut memberi pengetahuan dan pemahaman murid tentang latarbelakang sejarah Malaysia dan perkaitan dengan negara luar. Sejarah negara kita dipelajari secara kronologi walaupun dalam bentuk tema daripada Zaman Prasejarah Malaysia sehingga kemerdekaan tanah air. Aspek negara luar turut dipelajari agar murid memahami dengan lebih jelas perkaitan negara kita dengan negara luar di samping menanam semangat jati diri dan patriotik dalam kalangan murid.

Page 17: DSK PAV T2

18

2) Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah adalah merupakan bentuk pemikiran khusus yang dapat memberi kemahiran yang lebih sistematik bagi mengembangkan proses pembelajaran dan pengajaran agar lebih dinamik. Justeru, kemahiran ini dapat membantu murid meneroka idea baru dengan bimbingan guru untuk melihat peristwa sejarah secara empati. Kemahiran ini diajar dalam kalangan murid seperti kemahiran kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi untuk merangsang minat murid menjadi lebih kreatif dan meneroka lebih banyak idea ke arah pembelajaran yang lebih menarik. Kemahiran ini juga bertujuan untuk memupuk sikap daya saing murid dan berkomunikasi di samping mengukuhkan perasaan cinta akan negara dan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui aspek- aspek berikut:

Elemen Utama dalam Sejarah

a) Elemen asas sejarah i. Tokoh iii. Peristiwa ii. Tempat iv. Tarikh / Masa

b) Konsep Masa

i. Tempoh iii. Tarikh Spesifik ii. Jarak

c) Konversi Masa

i. Membuat interpretasi garis masa ii. Menerangkan perubahan dan kesinambungan dalam urutan masa

d) Signifikasi Bukti

i. Tarikh berlaku ii. Tokoh yang terlibat iii. Peristiwa yang berlaku iv. Lokasi / tempat peristiwa berlaku v. Bagaimana berlaku

Page 18: DSK PAV T2

19

e) Imaginasi dan Empati i. Imaginasi secara visual Ii. Mengembangkan kreativiti iii. Imaginasi berdasarkan perasaan

f) Isu dan Masalah Masa Lalu

i. Mengkaji sebab-musabab ii. Melihat perubahan dan kesinambungan iii. Melihat sebab dan akibat

3) Nilai Kewarganegaraan dan Sivik

Nilai kewarganegaraan dan sivik diri melalui pembelajaran Sejarah untuk membentuk warganegara yang mempunyai jati diri dan berkeperibadian Malaysia yang patriotik. Kandungan Sejarah (PAV) akan memberi penekanan kepada amalan dan penghayatan bagi melahirkan warganegara yang cinta akan negara, faham tentang sejarah negara, mengetahui hak dan tanggungjawab serta berperanan sebagai warganegara yang berdikari dan berdaya saing.

NILAI KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK

Bil Dimensi Kewarganegaraan Ciri Warganegara Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

1

Perkongsian Sejarah

Mengetahui dan

memahami sejarah pembentukan negara.

• Berbangga dengan sejarah asal usul negara. • Menghargai kewujudan dan kegemilangan

kerajaan Melayu tradisional. • Mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa

luar ke atas negara. • Menghayati peristiwa kemerdekaan negara. • Memelihara warisan negara.

Page 19: DSK PAV T2

NILAI KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK

Bil Dimensi Kewarganegaraan Ciri Warganegara Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

2

Perkongsian Nilai

Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah.

• Menyanjungi prinsip Rukun Negara. • Menghormati kepelbagaian agama dan

budaya. • Berbangga dengan lambang dan simbol

negara.

3

Perasaan Kekitaan

Membentuk sikap sepunya dan kebersamaan.

• Menghormati amalan kepelbagaian kaum,

budaya, dan agama. • Berbangga dengan hari kemerdekaan. • Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai

Bahasa Kebangsaan. • Berbangga dengan pencapaian negara.

4

Perkongsian Masa Depan

Membina keyakinan dan tanggungjawab mencorakkan negara pada masa depan.

• Menghormati masyarakat pelbagai kaum. • Memakmurkan ekonomi negara. • Mengekalkan warisan negara .

5

Kesetiaan

Memupuk perasaan taat

dan setia pada negara.

• Mentaati Raja dan Negara. • Menghormati pemimpin negara. • Mematuhi undang-undang dan peraturan

negara.

19

Page 20: DSK PAV T2

20

NILAI KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK

Bil Dimensi Kewarganegaraan Ciri Warganegara Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

6

Tanggungjawab Warganegara

Mengetahui dan

memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati.

• Mempertahankan identiti negara. • Mempertahankan warisan negara. • Menerima perbezaan kaum, budaya dan

agama.

7

Keterikatan Emosi Kepada Negara

Mempunyai perasaan cinta akan negara yang mendalam dan berusaha mempertahankannya.

• Menghargai sejarah asal usul negara. • Menghargai warisan negara. • Menghargai identiti negara. • Menghayati prinsip Rukun Negara. • Bersyukur dengan keharmonian kaum. • Bersyukur dengan kemajuan ekonomi. • Berbangga dengan pencapaian negara.

PENILAIAN

Penilaian yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu

bapa dan organisasi luar. Penilaian yang dijalankan di peringkat sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang

dijalankan seiring dengan proses pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran sumatif pula dilaksana di akhir unit

pembelajaran, semester atau tahun. Pentaksiran dilakukan secara berterusan semasa proses pembelajaran dan

pengajaran melalui pelbagai cara. Antaranya ialah pemerhatian, kerja kursus, kajian kes, membina buku skrap dan folio,

membuat demonstrasi, simulasi, kuiz dan ujian bertulis.

Page 21: DSK PAV T2

21

1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang

dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran berasaskan sekolah juga boleh dilaksanakan sepertimana yang

ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Page 22: DSK PAV T2

22

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM SEJARAH – PAV TINGKATAN 2

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

10. MEMERIHAL

KEDATANGAN KUASA BARAT

10.1 Menyatakan sebab

kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara.

10.1.1 Menyatakan definisi imperialisme. 10.1.2 Menyenaraikan kuasa Barat di Asia

Tenggara. 10.1.3 Melabelkan lokasi kawasan jajahan kuasa

Barat di Asia Tenggara. 10.1.4 Menyenaraikan sebab-sebab kedatangan

kuasa Barat di Asia Tenggara 10.1.5 Menyatakan kepentingan menghormati hak

orang lain.

10.2 Memerihal British di

negara kita.

10.2.1 Melabelkan kedudukan Britain di peta dunia. 10.2.2 Menyatakan sebab-sebab British menguasai

negara kita. 10.2.3 Menyatakan corak pentabiran British di Tanah

Melayu. 10.2.4 Menyenaraikan negeri-negeri di Tanah

Melayu berdasarkan corak pentadbiran British.

Page 23: DSK PAV T2

23

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

11 MENGHARGAI

SUMBER NEGARA

11.1 Mengenal pasti hasil pertanian tradisional.

11.1.1 Menulis ciri-ciri pertanian tradisional. 11.1.2 Menyenaraikan jenis pertanian tradisional. 11.1.3 Menyenaraikan hasil hutan dan kegunaannya. 11.1.4 Menulis maksud kegiatan meramu. 11.1.5 Menyenaraikan jenis hasil laut. 11.1.6 Menyenaraikan hasil pertanian. 11.1.7 Menyatakan lokasi hasil pertanian.

11.2 Mengenal pasti tanaman dagangan

11.2.1 Menyatakan maksud tanaman dagangan. 11.2.2 Menyenaraikan jenis-jenis tanaman dagangan. 11.2.3 Menamakan lokasi tanaman dagangan. 11.2.4 Menjelaskan potensi hasil pertanian dalam Menjana pendapatan.

11.3 Mengenal pasti tanaman baru

11.3.1 Memberikan maksud tanaman baru. 11.3.2 Menyenaraikan jenis-jenis tanaman baru. 11.3.3 Menyatakan sebab penanaman getah. 11.3.4 Menjelaskan sejarah kedatangan pokok getah

di Tanah Melayu.

11.4 Mengenal pasti hasil

perlombongan

11.4.1 Menyenaraikan hasil perlombongan. 11.4.2 Menyatakan perkembangan perusahaan bijih

timah

Page 24: DSK PAV T2

24

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

11.5 Menyatakan kesan kekayaan

hasil bumi negara.

11.5.1 Menyenaraikan kesan kekayaan hasil bumi

kepada pembangunan. 11.5.2 Memadankan kesan penerokaan hasil bumi. 11.5.3 Menyatakan kepentingan memelihara sumber

asli negara.

12 MENGHARGAI

PERJUANGAN MASYARAKAT TEMPATAN

12.1 Memerihalkan tokoh pejuang

tempatan.

12.1.1 Menyenaraikan tokoh pejuang tempatan. 12.1.2 Mencari maklumat tentang 2 tokoh pejuang

tempatan. 12.1.3 Menulis sebab kebangkitan 2 tokoh perjuang tempatan. 12.1.4 Menyatakan kesudahan penentangan tokoh pejuang tempatan.

12.2 Mengambil iktibar

kesanggupan belajar daripada kesilapan.

12.2.1 Mengenali tokoh yang berjaya.

12.2.2 Mengenal pasti kesilapan diri dan sanggup

belajar daripada pengalaman lalu.

Page 25: DSK PAV T2

25

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

13 MENGHARGAI

KEBIJAKSANAAN SULTAN MENANGANI CABARAN BARAT

13.1 Mengenali tokoh-tokoh yang

berwibawa dalam usaha menangkis cabaran Barat.

13.1.1 Menamakan tokoh-tokoh yang berwibawa

dalam usaha menangkis cabaran Barat. 13.1.2 Menyenaraikan usaha pemodenan sultan Johor

dan Terengganu untuk menjamin kedaulatan

negeri.

13.2 Melahirkan rasa cinta akan negara.

13.2.1 Menerangkan kepentingan menjadi

warganegara yang bertanggungjawab.

Page 26: DSK PAV T2

20

Terbitan: