Dsk Pend Islam Pav t1

22
i KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 2014

description

Education

Transcript of Dsk Pend Islam Pav t1

Page 1: Dsk Pend Islam Pav t1

i  

 

 

 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

PENDIDIKAN ISLAM  

TINGKATAN 1

2014  

Page 2: Dsk Pend Islam Pav t1

ii  

 

Page 3: Dsk Pend Islam Pav t1

iii  

 

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL JATI DIRI

PENDIDIKAN ISLAM

TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Page 4: Dsk Pend Islam Pav t1

iv  

 

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

Page 5: Dsk Pend Islam Pav t1

v  

   

KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

1 Rukun Negara vi

2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii

3 Falsafah Pendidikan Islam vii

4 Pengahantar viii

5 Pendahuluan 1

6 Matlamat 2

7 Objektif 2

8 Fokus 3

9 Organisasi 3-4

10 Pemetaan DSK Pendidikan Islam PAV 1-3 5-7

11 Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Pendidikan Asas Vokasional Tingkatan Dua 8-14

Page 6: Dsk Pend Islam Pav t1

vi  

 

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 7: Dsk Pend Islam Pav t1

vii  

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan

Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang

mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan

kesejahteraan abadi di akhirat.

Page 8: Dsk Pend Islam Pav t1

viii  

 

Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 9: Dsk Pend Islam Pav t1

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasionsal (PAV) digubal untuk melahirkan murid bertakwa, berperanan

sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang berjaya di dunia dan di akhirat. Bagi mencapai matlamat ini, murid dibekalkan dengan ilmu berkaitan

al Quran, hadis, akidah, ibadah, sirah dan akhlak. Pendidikan Islam PAV juga menekankan kepada aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan

pembudayaan.

Pelbagai strategi digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan memberi penekanan kepada pembelajaran secara “hands-

on learning”. Penekanan juga diberi kepada kesepaduan ilmu dan amali. Strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang merangkumi

pendekatan, kaedah dan teknik bagi memenuhi kriteria pencapaian yang telah ditetapkan.

Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran formatif dijalankan

secara berterusan semasa pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan

murid yang dikenal pasti hendaklah diatasi melalui aktiviti pemulihan manakala kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Di

samping itu pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid.

Page 10: Dsk Pend Islam Pav t1

2

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasional (PAV) adalah untuk membina dan membentuk hamba dan

khalifah Allah S.W.T yang berilmu, beriman, bertakwa, beramal soleh, berakhlak mulia, berkemahiran dan berketrampilan berdasarkan al-

Quran dan al-Sunah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan ilmu demi mencapai

kejayaan di dunia dan di akhirat.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1. Membaca ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid.

2. Melazimi bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian.

3. Menghafaz ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid

4. Mengamalkan ayat-ayat hafazan sebagai bacaan dalam solat dan amalan kehidupan seharian.

5. Memahami ayat-ayat pilihan daripada al Quran untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya.

6. Memahami hadis-hadis pilihan untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya.

7. Memahami dan meyakini akidah Islamiah sebagai pegangan hidup.

8. Memahami, mengamalkan dan menghayati fikah ibadah dalam kehidupan seharian.

9. Memahami, mengambil iktibar dan meneladani Sirah Nabi Muhammad SAW serta sejarah tokoh-tokoh Islam dalam kehidupan

seharian.

10. Memahami, mengamalkan dan menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian.

Page 11: Dsk Pend Islam Pav t1

3

FOKUS

Kurikulum Pendidikan Islam PAV memberi penekanan kepada penguasaan membaca, menghafaz ayat al Quran daripada surah-surah

pilihan serta memberi tumpuan kepada kefahaman ayat al Quran dan hadis pilihan. Kurikulum ini juga memfokuskan kepada peneguhan

akidah, pelaksanaan tuntutan fiqh ibadah, mencontohi nilai-nilai murni serta penghayatan terhadap sirah Rasulullah SAW dan tokoh-tokoh

Islam serta mengamalkan akhlak islamiah dalam kehidupan seharian.

ORGANISASI KANDUNGAN

Organisasi kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Menengah dibahagikan kepada 6 bidang pembelajaran :

1. Bidang al Quran.

Bidang al Quran menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Bacaan ayat-ayat pilihan.

b. Hafazan ayat-ayat dan surah-surah pilihan.

c. Kefahaman ayat-ayat pilihan.

2. Bidang Hadis.

Bidang Hadis menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Pengenalan Hadis.

b. Kefahaman hadis-hadis pilihan.

Page 12: Dsk Pend Islam Pav t1

4

3. Bidang Akidah.

Bidang akidah menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Ilahiyyat.

b. Nubuwwat.

c. Sam’iyyat.

4. Bidang Fikah.

Bidang fikah menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Ibadah.

5. Bidang Sirah dan Tokoh.

Bidang sirah dan tokoh menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Sirah Nabi Muhammad SAW.

b. Sejarah tokoh-tokoh Islam.

6. Bidang Akhlak Islamiah.

Bidang akhlak Islamiah menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Akhlak dengan Allah SWT.

b. Akhlak sesama manusia.

c. Akhlak dengan alam.

Page 13: Dsk Pend Islam Pav t1

5

PEMETAAN DSK PENDIDIKAN ISLAM PAV TINGKATAN 1-3

Bidang Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3

1. Al Quran

1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

1.1.1 Surah Al Baqarah ayat 1 - 5

1.1.2 Surah Al Baqarah ayat 201

1.1.3 Surah Al Baqarah ayat 255

1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

1.1.4 Surah Al Baqarah ayat 255 dan

256

1.1.5 Surah Al Baqarah ayat 284 -

286

1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

1.1.6 Surah Yaasin ayat 1 – 27

1.2 Membaca dan menghafaz surah-

surah berikut:

1.2.1 Surah Al Fatihah

1.2.2 Surah Al Ikhlas

1.2.3 Surah Al Falaq

1.2.4 Surah Al Nas

1.2 Membaca dan menghafaz surah-

surah dan ayat-ayat berikut:

1.2.5 Surah Al ‘Asr

1.2.6 Surah Al Kafirun

1.2.7 Surah Al Baqarah ayat 201

1.2 Membaca dan menghafaz ayat-ayat

berikut:

1.2.8 Surah Al Baqarah ayat 1-5

1.2.9 Surah Al Baqarah ayat 255.

1.3 Memahami ayat Al Quran:

1.3.1 Surah Al Mukminun ayat 5 – 7

(Menjaga kehormatan diri.)

1.3 Memahami ayat Al Quran:

1.3.2 Surah Al Baqarah ayat 168.

(Memahami makanan halal dan

haram.)

1.3 Memahami ayat Al Quran:

1.3.3 Surah Al Maidah ayat 90.

(Memahami perbuatan-perbuatan

haram yang memusnahkan

kehidupan.)

2. Hadis

2.1 Memahami pengenalan Hadis.

2.2 Memahami dan mengamalkan sifat

Ikhlas

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.3 Memahami tuntutan bercakap

perkara baik.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.4 Memahami kewajipan mencegah

kemungkaran

(Hadis Riwayat Muslim)

Page 14: Dsk Pend Islam Pav t1

6

Bidang Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3

3. Aqidah

3.1 Memahami dan mengamalkan

Rukun Islam.

3.2 Memahami dan meyakini Rukun

Iman.

3.3 Memahami dan meyakini keimanan

kepada Allah SWT.

3.4 Memahami dan meyakini keimanan

kepada malaikat.

3.5 Memahami dan meyakini keimanan

kepada kitab suci.

3.6 Memahami dan meyakini keimanan

kepada Rasul.

3.7 Memahami dan meyakini keimanan

kepada Hari Akhirat.

3.8 Memahami dan meyakini keimanan

kepada Qada dan Qadar.

4. Fiqah

4.1 Memahami dan menghayati istilah-

istilah hukum dalam Islam.

4.2 Memahami konsep bersuci dan

mengamalkan cara bersuci.

4.3 Mengenali jenis najis dan cara

menyucikannya.

4.4 Memahami dan mengamalkan

Istinjak.

4.5 Memahami dan menyempurnakan

wuduk.

4.6 Mengenalpasti jenis-jenis mandi.

4.7 Mengamalkan solat fardu.

4.8 Memahami dan mengamalkan

Tayammum.

4.9 Memahami dan mengamalkan ibadah

Puasa.

4.9.1 Puasa Ramadan.

4.9.2 Puasa Sunat

4.10 Memahami dan mengamalkan solat

:

4.10.1 Solat Qasar dan Jamak.

4.10.2 Solat ketika sakit.

4.10.3 Solat Fardu Jumaat.

5. Sirah

5.1 Mengetahui dan menghayati riwayat

hidup Rasulullah SAW dan

mengambil pengajaran daripadanya

serta mengamalkannya dalam

kehidupan seharian.

5.2 Memahami dan mengambil

pengajaran daripada keunggulan

perjuangan tokoh-tokoh Khulafa al

Rasyidin.

5.2.1 Saidina Abu Bakar al Siddiq

5.3 Memahami dan mengambil

pengajaran daripada keunggulan

perjuangan tokoh-tokoh.

5.3.1 Saidatina Khadijah

5.3.2 Saidatina Fatimah

5.3.3 Saidina Abdul Rahman bin Auf

Page 15: Dsk Pend Islam Pav t1

7

Bidang Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3

5.2.2 Saidina Umar al Khattab

5.2.3 Saidina Uthman al Affan

5.2.4 Saidina Ali Abi Talib

5.3.4 Saidina Bilal bin Rabah

6. Akhlak

6.1 Memahami dan mengamalkan adab

ketika menuntut ilmu.

6.2 Memahami dan mengamalkan adab

dengan rakan.

6.3 Memahami, menghayati dan

mengamalkan sifat amanah.

6.4 Memahami dan mengamalkan sifat

mahabbah.

6.5 Memahami dan mengamalkan adab

terhadap ibu bapa dan keluarga.

6.6 Memahami dan mengamalkan sifat

malu.

6.7 Memahami dan mengamalkan adab

di masjid dan surau.

6.8 Memahami dan mengamalkan adab

berjiran

6.9 Memahami, menghayati dan

mengamalkan sifat pemaaf.

Page 16: Dsk Pend Islam Pav t1

8

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TINGKATAN SATU

STANDARD

KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1. Membaca,

Menghafaz Dan

Memahami Ayat al

Quran

1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

1.1.1 Surah al Baqarah

ayat 1 – 5.

1.1.1.1 Membaca ayat 1-5 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.

1.1.1.2 Membaca ayat 1-5 surah al Baqarah sebagai amalan harian.

1.1.2 Surah al Baqarah

ayat 201.

1.1.2.1 Membaca ayat 201 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.

1.1.2.2 Membaca ayat 201 surah al Baqarah sebagai amalan harian.

1.1.3 Surah al Baqarah

ayat 255.

1.1.3.1 Membaca ayat 255 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.

1.1.3.2 Membaca ayat 255 surah al Baqarah sebagai amalan harian.

1.2 Membaca dan menghafaz

surah-surah berikut: 1.2.1 Surah al Fatihah.

1.2.1.1 Membaca dan menghafaz surah al Fatihah dengan betul dan bertajwid.

1.2.1.2 Membaca dan mengamalkan surah al Fatihah dalam solat dan amalan

harian.

1.2.2 Surah al Ikhlas. 1.2.2.1 Membaca dan menghafaz surah al Ikhlas dengan betul dan bertajwid.

1.2.2.2 Membaca dan mengamalkan surah al Ikhlas dalam solat dan amalan

harian.

1.2.3 Surah al Falaq. 1.2.3.1 Membaca dan menghafaz surah al Falaq dengan betul dan bertajwid.

1.2.3.2 Membaca dan mengamalkan surah al Falaq dalam solat dan

amalan harian.

1.2.4 Surah al Nas. 1.2.4.1 Membaca dan menghafaz surah al Nas dengan betul dan bertajwid.

1.2.4.2 Membaca dan mengamalkan surah al Nas dalam solat dan amalan harian.

Page 17: Dsk Pend Islam Pav t1

9

STANDARD

KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1.3 Memahami ayat Al Quran: 1.3.1 Surah al Mukminun

ayat 5 – 7. (Menjaga kehormatan diri.)

1.3.1.1 Menyatakan intisari ayat 5-7 surah al Mukminun.

1.3.1.2 Menyatakan maksud menjaga kehormatan diri.

1.3.1.3 Menyatakan maksud dan hukum salah laku seks berikut:

a) Zina.

b) Liwat (Gay).

c) Musahaqah (Lesbian).

d) Biseksual.

e) Onani.

f) Gangguan seksual.

1.3.1.4 Menjelaskan cara menjaga kehormatan diri dari aspek :

a) Percakapan.

b) Pergaulan.

c) Pakaian.

1.3.1.5 Menyatakan hikmah menjaga kehormatan diri.

1.3.1.6 Menyatakan akibat perbuatan salah laku seks.

2. Memahami

Konsep Hadis

2.1 Memahami pengenalan

Hadis. 2.1.1 Menyatakan maksud Hadis.

2.1.2 Menyatakan kedudukan Hadis sebagai sumber hukum.

Page 18: Dsk Pend Islam Pav t1

10

STANDARD

KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.2 Memahami dan

mengamalkan sifat Ikhlas. (Hadis Riwayat Bukhari dan

Muslim)

2.2.1 Menyatakan intisari hadis.

2.2.2 Menyatakan maksud ikhlas.

2.2.3 Menerangkan kepentingan ikhlas dalam kehidupan seharian.

2.2.4 Menerangkan ciri-ciri orang yang bersifat ikhlas.

2.2.5 Berusaha untuk mengikhlaskan diri dalam amalan.

3. Mengukuhkan

Pegangan Akidah

3.1 Memahami dan

mengamalkan Rukun Islam. 3.1.1 Menerangkan Rukun Islam:

3.1.1.1 Dua kalimah syahadah.

3.1.1.2 Solat.

3.1.1.3 Puasa.

3.1.1.4 Zakat.

3.1.1.5 Haji. 3.2 Memahami dan meyakini

Rukun Iman. 3.2.1 Menerangkan Rukun Iman:

3.2.1.1 Beriman kepada Allah.

3.2.1.2 Beriman kepada Malaikat.

3.2.1.3 Beriman kepada Kitab.

3.2.1.4 Beriman kepada Rasul.

3.2.1.5 Beriman kepada Hari Akhirat.

Page 19: Dsk Pend Islam Pav t1

11

STANDARD

KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.2.1.6 .Beriman kepada Qadha dan Qadar.

3.2.2 Menyatakan akibat tidak beriman dengan Rukun Iman. 3.3 Memahami dan meyakini

keimanan kepada Allah

SWT.

3.3.1 Menyatakan kewujudan dan keesaan Allah SWT pencipta dan pentadbir

seluruh alam.

3.3.2 Menyatakan keagungan dan keesaan Allah SWT yang berhak disembah.

3.3.3 Menyatakan keesaan Allah SWT yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan.

3.3.4 Menyatakan contoh perlakuan orang yang beriman kepada Allah SWT.

4. Mengamalkan

Prinsip Fiqah

4.1 Memahami dan menghayati

istilah-istilah hukum dalam

Islam.

4.1.1 Menyatakan maksud istilah-istilah hukum berikut beserta contoh:

4.1.1.1 Wajib.

4.1.1.2 Sunat.

4.1.1.3 Harus.

4.1.1.4 Makruh.

4.1.1.5 Haram.

4.1.2 Menyatakan hukum berdasarkan masalah.

4.1.3 Berusaha mengamalkan hukum berdasarkan tuntutannya. 4.2 Memahami konsep bersuci

dan mengamalkannya. 4.2.1 Menyatakan maksud bersuci daripada najis

4.2.2 Menyatakan maksud bersuci daripada hadas.

4.2.3 Menyatakan hukum bersuci.

4.2.4 Menyatakan contoh-contoh benda kotor.

Page 20: Dsk Pend Islam Pav t1

12

STANDARD

KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

4.2.5 Menyatakan keburukan mengabaikan kebersihan terhadap diri.

4.2.6 Menjelaskan faedah bersuci.

4.2.7 Sentiasa menjaga kebersihan diri. 4.3 Mengenali jenis najis dan

cara menyucikannya. 4.3.1 Menyatakan maksud najis.

4.3.2 Menyenaraikan contoh benda kotor yang najis dan bukan najis.

4.3.3 Menyatakan maksud najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah

berserta contoh.

4.3.4 Menunjuk cara menyucikan diri, pakaian dan tempat daripada najis

Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah.

4.3.5 Menghasilkan buku skrap berkaitan bersuci.

4.4 Memahami dan

mengamalkan Istinjak. 4.4.1 Menyatakan maksud istinjak. 4.4.2 Menyatakan hukum istinjak. 4.4.3 Menyenaraikan alat-alat yang digunakan untuk istinjak. 4.4.4 Menunjuk cara beristinjak yang betul. 4.4.5 Menjelaskan kelebihan beristinjak terhadap individu. 4.4.6 Sentiasa beristinjak dengan sempurna.

4.5 Memahami dan

menyempurnakan wuduk. 4.5.1 Menunjuk cara berwuduk dengan sempurna.

4.5.2 Menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.

4.5.3 Melazimi diri sentiasa berwuduk dengan sempurna.

Page 21: Dsk Pend Islam Pav t1

13

STANDARD

KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

4.6 Mengenal pasti jenis-jenis

mandi. 4.6.1 Menyatakan maksud mandi.

4.6.2 Mengklasifikasikan hukum mandi berdasarkan situasi berikut :

4.6.2.1 Mandi sebelum menunaikan solat Jumaat.

4.6.2.2 Mandi untuk menyegarkan badan.

4.6.2.3 Mandi kerana haid.

4.6.2.4 Mandi sebelum menunaikan solat Hari Raya.

4.6.2.5 Mandi jenazah.

4.6.3 Menyenaraikan perkara-perkara yang menyebabkan wajib mandi.

4.6.4 Menunjuk cara mandi wajib menggunakan model patung. 4.7 Mengamalkan solat. 4.7.1 Menunjuk cara melakukan solat termasuk perkara sunat solat.

4.7.2 Menyatakan perkara-perkara yang membatalkan solat.

4.7.3 Menerangkan akibat meninggalkan solat fardu.

4.7.4 Menjelaskan kelebihan menunaikan solat.

4.7.5 Melaksanakan solat fardu dengan sempurna.

5. Mengambil Iktibar

Dan Meneladani

Sirah Rasulullah

SAW Dan Tokoh-

5.1 Mengetahui dan

menghayati riwayat hidup

Rasulullah SAW dan

mengambil pengajaran

5.1.1 Menceritakan riwayat hidup Rasulullah SAW :

5.1.1.1 Semasa kecil.

5.1.1.2 Semasa remaja.

Page 22: Dsk Pend Islam Pav t1

14

STANDARD

KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

Tokoh daripadanya serta

mengamalkannya dalam

kehidupan seharian.

5.1.1.3 Semasa dewasa.

5.1.2 Mencontohi sifat Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

6. Mengamalkan

Akhlak Islamiah

6.1 Mengamalkan adab

menuntut ilmu. 6.1.1 Menyatakan hukum menuntut ilmu.

6.1.2 Menyenaraikan adab-adab menuntut ilmu.

6.1.3 Menerangkan kelebihan beradab ketika menuntut ilmu.

6.1.4 Menyatakan kesan buruk tidak beradab ketika menuntut ilmu

6.1.5 Mengamalkan adab ketika menuntut ilmu. 6.2 Mengamalkan adab dengan

rakan. 6.2.1 Menyenaraikan adab dengan rakan.

6.2.2 Menyatakan kepentingan berkawan dengan orang baik.

6.2.3 Menyenaraikan ciri-ciri rakan yang baik.

6.2.4 Mengamalkan adab terhadap rakan. 6.3 Memahami dan

mengamalkan sifat amanah. 6.3.1 Menyatakan maksud amanah. 6.3.2 Menyenaraikan contoh sifat amanah. 6.3.3 Menyenaraikan kepentingan sifat amanah dalam kehidupan. 6.3.4 Menerangkan akibat tidak amanah dalam kehidupan. 6.3.5 Mengamalkan sifat amanah dalam kehidupan.