Dsk Tmk Suaian Thn 4

26
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENGLIHATAN) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (SUAIAN) TAHUN EMPAT 2013 DRAF

description

DSK

Transcript of Dsk Tmk Suaian Thn 4

  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

    (MASALAH PENGLIHATAN)

    TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (SUAIAN)

    TAHUN EMPAT

    2013

    DRAF

  • DOKUMEN STANDARD

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

    TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (SUAIAN)

    TAHUN 4

    MASALAH PENGLIHATAN

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

  • Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  • DRAF

    K A N D U N G A N

    Rukun Negara

    v

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    iv

    Kata Pengantar

    vii

    Pendahuluan

    1

    Matlamat

    2

    Objektif

    2

    Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang

    3

    Kurikulum Modular Berasaskan Standard

    4

    Fokus Mata Pelajaran

    5

    Perancangan Kandungan

    5

    Kandungan Standard Kurikulum TMK

    5

    Prinsip Penggunaan TMK D alam Pengajaran dan Pembelajaran

    6

    Strategi

    TMK D alam Kurikulum

    6

    I ntegrasi TMK D alam Kurikulum

    6

    TMK Sebagai Mata Pelajaran

    9

    Perkakasan D an Perisian

    Penggunaan TMK D alam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    Pengintegrasian TMK D alam Tunjang KSSR

    Pentaksiran

    Standard Kandungan D an Standard Pembelajaran

    6

    8

    10

    12

    13

  • DRAF

  • v

    RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-

    cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • vi

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

    warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

    mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • vii

    KATA PENGANTAR

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan

    Khas mendukung cita-cita murni dan un ggul selaras dengan

    semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar

    Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang

    seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka

    untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan

    pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen KSSR Pendidikan Khas disediakan bagi

    merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan

    khas. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru

    menghayati kehendak dan semangat pendidikan khas seperti

    mana yang tersurat dalam dokumen KSSR. Pelaksanaan

    kurikulum ini diharap dapat menyediakan murid yang lebih

    berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan d apat

    menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan

    negara. Dokumen ini menyatakan aras penguasaan yang paling

    minima yang perlu murid kuasai di ak hir pembelajaran. Oleh

    itu, guru haruslah merancang aktiviti dan pedagogi yang

    sesuai bagi tujuan ini, selaras dengan tahap kebolehan murid

    dan keadaan persekitaran. Dalam proses penyediaan dokumen KSSR Pendidikan Khas,

    banyak pihak yang turut sama terlibat. Kepada semua pihak

    yang telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga

    hingga terhasilnya dokumen Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Khas ini,

    Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi

    penghargaan dan ucapan terima kasih.

    (DATO IBRAHIM BIN MOHAMAD)

    Pengarah

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

    Kementerian Pelajaran Malaysia

  • 1

    DRAF PENDAHULUAN

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

    Masalah Pen glihatan dibina selaras de ngan F alsafah

    Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip

    pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara

    menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang

    sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR

    Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah selaras dengan

    KSSR Kebangsaan dengan penambahan dan pengubahsuaian

    mata pelajaran. Mata pelajaran baru yang diperkenalkan

    adalah Kemahir an A sas I ndividu Masalah Penglihatan

    (KAIMaL). Mata pelajaran yang dibuat pengubahsuaian adalah

    Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Visual. Mata

    pelajaran lain adalah menggunakan KSSR Kebangsaan.

    Penambahan dan pengubahsuaian mata pelajaran ini adalah

    berdasarkan keperluan murid bermasalah penglihatan dalam

    memperoleh pendidikan yang relevan dan bersesuaian dengan

    keperluan semasa mereka.

    Proses pelaksanaan kurikulum perlu mengambil kira

    kepelbagaian kebolehan dan keupayaan individu. Pengajaran

    dan pembelajaran adalah menggunakan pendekatan yang

    fleksibel dan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan

    (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Mata pelajaran baru dan pengubahsuaian dalam KSSR

    Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya

    pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

    diaplikasikan dan m enjadi pendokong kepada hasrat

    pelaksanaan mata pelajaran lain dalam KSSR Kebangsaan

    yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • 2

    DRAF MATLAMAT

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

    Masalah Penglihatan bermatlamat untuk menyuburkan potensi

    kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai

    kemahiran asas dan memupuk sikap positif dan seterusnya

    menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses

    pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan bersesuaian

    untuk memenuhi keperluan individu selaras dengan hasrat

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan. OBJEKTIF

    KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan

    murid:

    i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

    menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna

    serta menjadi warganegara yang berguna

    ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

    berdikari dalam kehidupan seharian

    iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

    kehidupan bekerjaya

    iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan

    diri dengan sempurna

    v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk

    berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan

    menepati tatasusila masyarakat majmuk

    vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan

    seharian bagi yang beragama Islam

    vii. mengamalkan nilai-nilai m urni d alam kehidupan

    seharian

    viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

    ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

    x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

    komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

  • 3

    DRAF STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

    Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi

    membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

    berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama

    yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk

    insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

    intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

    i. Komunikasi

    ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

    iii. Kemanusiaan

    iv. Sains dan Teknologi

    v. Perkembangan Fizikal dan Estetika

    vi. Keterampilan Diri

    Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

  • 4

    DRAF KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

    Masalah Pen glihatan digubal dala m bentuk pernyataan

    Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu

    dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard

    Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang

    mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. 5.1 Standard Kandungan

    Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut

    ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

    persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,

    kemahiran dan nilai. 5.2 Standard Pembelajaran

    Satu penetapan kriteria atau in dikator kualiti

    pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi

    Standard Kandungan.

  • 5

    FOKUS

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) suaian melibatkan pelbagai bidang pembelajaran merangkumi lima bidang pembelajaran iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Du nia Internet, Dunia Pangkalan Data, dan Pengaturcaraan selaras dengan kurikulum TMK kebangsaan

    Oleh itu, standard ini memfokuskan kepada aplikasi perisian dan pengetahuan peranti dalam menghadapi pelbagai bentuk maklumat pada tahap kebolehan murid. Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus adalah pada pembelajaran mengenai TMK sebagai satu mata pelajaran. Isi kandungan asal disesuaikan dengan keperluan murid OKU penglihatan.

    PERANCANGAN KANDUNGAN

    Pengetahuan

    Pengetahuan meliputi perkara di bawah: a. Konsep, fakta dan terminology TMK b. Proses yang berturutan dalam membangunkan produk

    berasaskan TMK .

    Kemahiran Kemahiran perisian dan perkakasan dalam TMK akan melahirkan perkara di bawah : a. Kemahiran mengenal komputer dan perkakasan, perkongsian

    dan ukuran data, penyebaran maklumat serta keselamatan komputer.

    b. Kemahiran menyelesaikan masalah merangkumi pemikiran kritikal, kreatif, reflektif dan inovatif.

    c. Penyiasatan, penerokaan dan pencetusan idea.

    Nilai Murid belajar untuk mengendalikan peranti dan perisian komputer dengan yakin, tepat dan betul. Kod Et ika komunikasi dalam TMK akan memupuk sikap bertanggungjawab, hormat, kerjasama dan akauntabiliti. KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM TMK Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kurikulum Tahap II terdiri daripada lima bidang pembelajaran iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data, dan Pengaturcaraan. Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Guru boleh m enggunakan standard ini dalam merancang aktiviti berasaskan TMK.

  • 6

    Bidang 1 : Dunia Komputer

    1.0 Mengenai Komputer dan Fungsinya 2.0 Mengenal Perisian Komputer 3.0 Mengenal Peranti Komputer 4.0 Memahami Ukuran Data 5.0 Penjagaan Keselamatan Data dan Komputer

    Bidang 2 : Eksplorasi Multimedia

    1.0 Mengenal Multimedia 2.0 Menggunakan Aplikasi Khusus untuk Membangun Bahan

    Multimedia 3.0 Membangun Persembahan Multimedia Interaktif tak Linear

    Bidang 3 : Sistem Rangkaian dan Dunia Internet

    1.0 Mengenal Rangkaian Komputer 2.0 Mengenal pasti Peranti Rangkaian Komputer 3.0 Memahami Fungsi Internet

    Bidang 4 : Dunia Pangkalan Data 1.0 Mengenali Data dan Maklumat 2.0 Mengenali Sistem Pangkalan Data 3.0 Membangunkan Pangkalan Data

    Bidang 5 : Pengaturcaraan 1.0 Mengenali Pengaturcaraan 2.0 Memahami Algoritma Dengan Menulis Kod Pseudo Dan

    Melukis Carta Alir 3.0 Membangun Aturcara

  • 7

    PRINSIP PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Terdapat beberapa prinsip dalam penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama, murid mesti menguasai kemahiran asas TMK untuk membolehkan mereka mengendalikan perkakasan dan p erisian. Kedua, dengan memperoleh kemahiran ini, murid akan mengaplikasikan dan mengintegrasikan TMK dalam pembelajaran mereka. Untuk menjayakan perkara ini, murid perlu belajar TMK secara kaedah amali ( hands-on) dan m emperoleh kemahiran TMK yang boleh dikuasai dalam konteks pembelajaran.

    Terdapat tiga pendekatan utama bagi menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran seperti di Rajah 2.

    x Belajar MENGENAI TMK

    Belajar TMK memerlukan murid menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam mengendalikan perkakasan dan perisian TMK. Murid akan belajar secara hands- on mengendalikan perkakasan seperti mengoperasi sistem komputer, mesin cetak, pengimbas, kamera dan video digital serta projector LCD. Murid juga akan belajar secara hands-on dalam penggunaan perisian aplikasi seperti perisian pemproses kata, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data, grafik dan pengaturcaraan.

    Isu-isu sosial dan etika

    Belajar MENGENAI TMK

    x Belajar DENGAN TMK Belajar dengan TMK bermaksud murid menggunakan TMK sebagai alat untuk belajar seperti perisian dan perkakasan TMK. Dengan menggunakan TMK, pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan, menarik dan seronok. Penggunaan TMK sebagai alat dalam pembelajaran akan dapat menjadikan murid kreatif dan inovatif.

    x Belajar MELALUI TMK Belajar melalui TMK adalah penggunaan TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM, Internet dan perisian khusus.

    Belajar DENGAN TMK Belajar MELALUI TMK Sumber pengajaran dan pembelajaran dari dalam dan luar negara boleh dimuat turun bagi tujuan mengajar dan belajar.

    Rajah 2 : Pendekatan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

  • 8

    Unsur-unsur nilai diterap di dalam setiap pendekatan TMK. Semua komponen ini melengkapi antara satu sama lain. Komponen tersebut membolehkan TMK sebagai mata pelajaran dan merentas kurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Sebagai contoh, semasa murid Belajar MENGENAI TMK, pada m asa yang sama mereka Belajar DENGAN TMK. Semasa p roses ini, murid Bela jar MELALUI TMK dengan mencapai maklumat daripada CD-ROM, DVD-ROM, melayari Internet dan akhirnya memuat turun bahan bagi mengukuhkan tugasan mereka.

    STRATEGI TMK DALAM KURIKULUM

    Strategi yang digunakan dalam merealisasikan TMK dalam kurikulum adalah secara pengintegrasian merentasi kurikulum dan juga sebagai mata pelajaran. Bagi Tahap I , TMK dilaksanakan secara integrasi merentas kurikulum dan sebagai elemen dalam Teras Tema: Dunia Sains dan T eknologi. Bagi Tahap II, TMK dilaksanakan sebagai mata pelajaran.

    INTEGRASI TMK DALAM KURIKULUM

    Pengintegrasian TMK merentasi kurikulum membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan perkakasan dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang hendak diajar oleh guru. Murid boleh mengguna dan memanipulasi sumber TMK untuk menyokong pengetahuan atau tugasan mereka. Melalui penggunaan TMK, murid boleh mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah mereka kuasai dalam suasana yang menyeronokkan.

    TMK SEBAGAI MATA PELAJARAN Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar sebagai satu mata pelajaran persediaan ke sekolah menengah yang menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu T MK yang berteraskan Standard Kandungan dalam Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan. Pendedahan TMK kepada murid pada t ahap ini hendaklah bersesuaian dengan tahap kognitif dan keupayaan murid. Tiga pendekatan digunakan dalam menyampaikan mata pelajaran ini iaitu: a) Belajar MENGENAI TMK b) Belajar DENGAN TMK c) Belajar MELALUI TMK Peruntukan waktu bagi mata pelajaran TMK ialah sebanyak 60 minit seminggu. Mata pelajaran ini diajar secara bergilir dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

  • 9

    PERKAKASAN DAN PERISIAN

    Perkakasan dan perisian TMK yang dibekalkan ke sekolah adalah seperti berikut:

    a. Perkakasan di Makmal Komputer x Pelayan x Komputer (PC) guru x Komputer (PC) murid x Pengimbas x Mesin Cetak x Kamera dan Video Digital x Mikrofon dan pembesar suara

    b. Perkakasan untuk guru x Komputer riba x Projektor LCD

    c. Perisian x Perisian Sistem Pengoperasian Windows, Linux dan Sistem

    Pengoperasian Mac x Perisian aplikasi Microsoft Office dan StarOffice x Perisian utility seperti alat pemain media (Windows Media

    Player), perakam bunyi (Sound Recorder) dan kalkulator. d. Kemudahan Internet x Talian akses Internet SchoolNet, KPM

    Semua perisian yang hendak digunakan di sekolah mesti mempunyai lesen y ang sah. Sekolah juga digalakkan untuk muat turun perisian percuma yang berkaitan dengan mata pelajaran. Guru harus menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan perkakasan dan perisian yang ada di sekolah. PENGGUNAAN TMK DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi tidak semestinya diguna pakai sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid perlu mengenal pasti keperluan TMK dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran mereka. Penggunaan TMK sebagai pengupayaan pembelajaran membolehkan murid mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran dan mencapai standard kurikulum. Penggunaan TMK juga boleh menjadikan pembelajaran lebih seronok dan membentuk guru dan murid untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Belajar MENGENAI TMK, Belajar DENGAN TMK dan Belajar MELALUI TMK mesti digabungkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK boleh diimplementasikan secara efektif apabila murid dapat menguasai kemahiran TMK. Adalah disarankan guru mengintegrasikan TMK melalui aktiviti berasaskan projek atau tugasan seperti kad ucapan. Dalam kad ucapan, murid boleh memasukkan imej dan menulis ucapan atau sajak.

  • 10

    Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara strategi PdP TMK adalah seperti berikut:

    a. Pembelajaran Kendiri b. Kolaboratif c. Pembelajaran Berasaskan Projek d. Inkuiri Penemuan e. Penyelesaian Masalah f. Pembelajaran Masteri g. Konstruktivisme h. Pembelajaran Penerokaan

    PENGINTEGRASIAN TMK DALAM TUNJANG KSSR

    Terdapat enam (6) tunjang dalam kurikulum KSSR. Tunjang- tunjang tersebut adalah seperti berikut:

    1. Komunikasi 2. Kerohanian 3. Kemanusiaan 4. Sains dan Teknologi 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika 6. Keterampilan DIri

    Pengintegrasian TMK boleh dilaksanakan ke dalam semua tunjang dengan membuat perancangan yang rapi. Jadual 1 menunjukkan contoh aktiviti pembelajaran bagi tunjang Komunikasi, Jadual 2 bagi

    tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai serta Sains dan Teknologi, dan Perkembangan Fizikal dan Estetika. Manakala, Jadual 3 contoh aktiviti pembelajaran bagi tunjang Keterampilan Diri dan Kemanusiaan. Tunjang Aktiviti Pembelajaran

    Komunikasi

    x Menulis karangan menggunakan perisian pemproses kata seperti MS Word. Murid boleh memasukkan imej untuk mengukuhkan karangan supaya lebih menarik.

    x Mencari maklumat melalui Internet untuk mengukuhkan lagi karangan murid.

    x Rekod suara dan mendengar semula bagi tujuan latihan sebutan.

    x Pembentangan tugasan atau projek. x Memuat turun perisian komputer secara

    percuma seperti Basic Mouse Skill dan Animated Beginning Typing bagi aktiviti kemahiran menggunakan tetikus dan menaip serta mengenal abjad. Murid akan merasa seronok untuk mempelajarinya.

    Jadual 1: Contoh Aktiviti Pembelajaran Tunjang Komunikasi.

  • 11

    Tunjang Aktiviti Pembelajaran x Keyakinan murid akan ditingkatkan

    semasa pembentangan idea atau laporan melalui perisian pemproses perkataan, perisian persembahan, perisian pangkalan data dan perisian grafik (MS Word, MS PowerPoint, MS Excel, MS Access dan Paint), kamera atau video kamera digital dan Internet.

    x Penggunaan e-mel dan laman sosial web dapat menggalakkan interaksi sosial antara rakan sebaya dari dalam dan luar negara.

    x Penghasilan projek dapat menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif antara sekolah di dalam dan luar negara melalui Internet.

    x Mengukuhkan semangat patriotism dan perpaduan melalui aktiviti menggunakan Internet.

    Tunjang Aktiviti Pembelajaran

    Kerohanian, Sikap dan Nilai

    Sains dan Teknologi

    Perkembangan Fizikal dan Estetika

    x Membuat karangan dan bercerita menggunakan video atau gambar; dan buku skrap atau projek folio digital.

    x Menggunakan perisian pemproses perkataan,

    perisian persembahan dan perisian grafik (MS Word, MS Power Point dan Paint), kamera digital dan Internet dalam pembelajaran mereka.

    x Mengamalkan sikap murni semasa

    menggunakan perkakasan dan perisian.

    Jadual 2: Contoh Aktiviti Pembelajaran Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai serta Sains dan Teknologi; dan Perkembangan Fizikal dan Estetika.

    Jadual 3: Contoh Aktiviti Pembelajaran Keterampilan Diri dan Kemanusiaan.

  • 12

    PENTAKSIRAN

    Pentaksiran adalah s ebagai kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran TMK. Pentaksiran mesti dilakukan secara berterusan dan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran untuk memantau kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai berdasarkan kepada standard kandungan dan s tandard pembelajaran yang ditetapkan. Sebelum pentaksiran ini dilaksanakan guru perlu mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam standard pembelajaran yang telah dipilih.

    Murid boleh d itaksir dengan menggunakan sama ada p entaksiran formatif atau sumatif atau kedua-duanya. Pentaksiran formatif boleh dilaksanakan bertujuan untuk mengukur prestasi murid semasa pengajaran dan pembelajaran dan ianya ditaksir secara bersepadu melibatkan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan menyediakan ujian yang sesuai untuk menguji pencap aian pem belajaran. Nilai boleh diukur menggunakan senarai semak atau melalui pemerhatian. Berikut adalah kaedah pen taksiran y ang boleh digunakan dal am pengajaran dan pembelajaran TMK:

    a. Rubrik b. Pemerhatian c. Persembahan d. Anekdot e. Kuiz dan Ujian f. Portfolio g. Simulasi

  • 13

    KURIKULUM STANDARD TMK UNTUK SEKOLAH RENDAH TAHAP II : TAHUN 4

    Standard Kandungan Standard Pembelajaran DUNIA KOMPUTER

    1.0 Mengenal komputer dan fungsinya 1.1 Menyatakan maksud komputer. 1.2 Mengenal dan menyenarai jenis komputer. 1.3 Mengenal bahagian-bahagian penting komputer. 1.4 Menunjukkan komponen pada unit sistem seperti Port I/O, Pemacu Cakera Liut, Pemacu

    Cakera Padat dan soket bekalan kuasa (mengaplikasikan: masukkan disket, CD etc) 1.5 Menerangkan maksud Input, Process, Output dan storan dengan menggunakan analogy

    mudah.

    2.0 Mengenal perisian komputer 2.1 Menyatakan maksud perisian. 2.2 Menyatakan fungsi dan contoh sistem pengoperasian. 2.3 Menyatakan fungsi dan contoh perisian aplikasi. 2.4 Menyatakan fungsi dan contoh perisian utility.

    3.0 Mengenal peranti komputer 3.1 Menerangkan maksud dan memberi contoh peranti Input. 3.2 Menerangkan maksud dan memberi contoh peranti output. 3.3 Menerangkan maksud dan memberi contoh storan. 3.4 Menggunakan Aplikasi Hamparan Elektronik untuk mengira perbelanjaan membeli satu set

    komputer berdasarkan senarai harga perkakasan dan perisian (olah semula)

    4.0 Memahami ukuran data 4.1 Menerangkan maksud Data. 4.2 Menyatakan unit piawai ukuran data bit, bait, kilobait, megabait dan gigabait. 4.3 Menukar ukuran data Kilobait (KB) ke Bait. 4.4 Menukar ukuran data Megabait (MB) ke Kilobait (KB). 4.5 Menukar ukuran data Gigabait (GB) ke Megabait (MB). 4.6 Menghubungkait fail data dan bait. 4.7 Menyatakan dan membandingkan saiz fail.

  • 14

    4.8 Menggunakan aplikasi Notepad untuk membandingkan saiz fail satu perkataan dan satu ayat (olah semula)

    5.0 Penjagaan keselamatan data dan komputer

    5.1 Menggunakan perisian anti virus untuk mengimbas komputer. 5.2 Menggunakan kata laluan apabila menggunakan komputer. 5.3 Melakukan defragmentasi terhadap storan luaran.

    EKSPLORASI MULTIMEDIA

    1.0 Mengenal Multimedia 1.1 Menyenaraikan elemen multimedia (teks, grafik, audio, video dan animasi). 1.2 Membuat perbandingan saiz format fail bagi setiap elemen multimedia seperti untuk

    teks, grafik (jpeg, bmp, tiff), audio (midi, wav, mp3), video (avi, mpeg).

    2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk membina bahan multimedia

    2.1 Menyunting fail audio menggunakan aplikasi penyunting audio. 2.2 Menggunakan aplikasi penyunting audio untuk menghasilkan audio dalam format

    *.wav, *.midi atau *.mp3

  • Terbitan:

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

    Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk