DSP PJK T2

20
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

Transcript of DSP PJK T2

Page 1: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TINGKATAN 2

Page 2: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.”

Page 3: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai

panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan

Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan

boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan

oleh kurikulum ini.

Adalah diharap dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada

pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Page 4: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

TAFSIRAN o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi

tujuan pelaporan individu. o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi

memberi gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti

boleh ditaksir dan dicapai. o Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh

buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian

bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

Page 5: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD 1 TAHU

2 TAHU, FAHAM

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Page 6: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 TAHU, FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Page 7: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat : 1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan,

kelenturan, kuasa, dan kelajuan;

2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal; 3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan

pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;

4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan; 5. Melibatkan diri dalam mengamalkan etika sukan yang baik; 6. Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan; dan 7. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.

Page 8: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap

kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat : 1. Memahami amalan pemakanan yang tidak sihat; 2. Memahami peranan dan tanggungjawab ahli keluarga berdasarkan gender; 3. Menjelaskan fungsi nutrien dan kesan kekurangannya; 4. Memahami cara mengurus stres; 5. Menjelaskan kesan pengambilan dadah; 6. Memahami akta dan undang-undang penderaan kanak-kanak; dan

7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur Talk, Observe, Touch, Active, Passive dan Skills (T.O.T.A.P.S.).

Page 9: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

BAND PERNYATAAN STANDARD

1

Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

2

Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

3

Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

4

Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

5

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain, dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

6

Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan, menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera, dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

Page 10: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1

Tahu

B1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B1 DJ1 Mengetahui maksud komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. B1 DJ2 Mengetahui tentang konsep kekhususan dan tambah beban dalam prinsip latihan. B1 DJ3 Mengetahui kemahiran asas olahraga. B1 DJ4 Mengetahui aktiviti rekreasi. B1 DJ5 Mengetahui isu-isu dan etika dalam sukan dan permainan.

B1 DJ1 E1 Menyatakan maksud komposisi badan. B1 DJ2 E1 Menyatakan maksud kekhususan dan tambah beban dalam prinsip latihan. B1 DJ3 E1 Menyatakan fasa-fasa lakuan dalam merejam lembing

B1 DJ4 E1 Menyatakan maksud orienteering. B1 DJ5 E1 Menyatakan jenis insentif dalam sukan. B1 DJ5 E2 Menyatakan maksud etika dan amalan permainan bersih.

Page 11: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

B1 DK1 Mengetahui penyakit akibat amalan pemakanan yang tidak sihat . B1 DK2 Mengetahui jenis-jenis nutrien. B1 DK3 Mengetahui akta dan undang-undang perlindungan kanak-kanak serta jenis penderaan.

B1 DK1 E1 Menyatakan maksud anoreksia nervosa dan bulimia nervosa.

B1 DK2 E1 Menyatakan enam jenis nutrien. B1 DK3 E1 Menyatakan akta perlindungan kanak-kanak. B1 DK3 E2 Menyatakan jenis penderaan kanak- kanak

Page 12: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2

Tahu dan Faham

B2 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B2 DJ1 Menyatakan faedah latihan komponen kecergasan fizikal. B2 DJ2 Menjelaskan konsep tambah beban dalam program latihan. B2 DJ3 Memahami undang-undang dan peraturan olahraga. B2 DJ4 Memahami pergerakan asas gimnastik. B2 DJ5 Memahami faedah yang diperoleh dalam aktiviti orienteering. B2 DJ6 Memahami isu-isu dalam sukan.

B2 DJ1 E1 Menyatakan faedah-faedah latihan Par course dan latihan Fartlek. B2 DJ2 E1 Mengenalpasti pembolehubah latihan dalam prinsip tambah beban.

B2 DJ3 E1 Menyatakan undang-undang dan peraturan dalam acara lari berganti-ganti dan merejam lembing.

B2 DJ4 E1 Menyatakan ansur maju kemahiran dalam gimnastik artistik dan gimnastik irama.

B2 DJ5 E1 Menyatakan faedah-faedah yang diperoleh dalam aktiviti orienteering. B2 DJ6 E1 Menerangkan kesan insentif dalam sukan.

Page 13: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

B2 DK1 Mempunyai kefahaman tentang penyakit akibat amalan pemakanan yang tidak sihat. B2 DK2 Memahami peranan serta tanggungjawab setiap ahli keluarga. B2 DK3 Mempunyai kefahaman tentang jenis nutrien. B2 DK4 Memahami peranan agensi yang terlibat dalam akta dan undang-undang perlindungan kanak-kanak.

B2 DK1 E1 Menyenaraikan kesan amalan pemakanan yang tidak sihat. B2 DK1 E2 Mengenal pasti faktor dan tanda-tanda yang mempengaruhi berlakunya anoreksia nervosa dan bulimia nervosa.

B2 DK2 E1 Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga. B2 DK3 E1 Menyenaraikan sumber-sumber makro dan mikro nutrien.

B2 DK4 E1 Menjelaskan peranan agensi yang terbabit dalam kes penderaan kanak-kanak.

Page 14: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

B3 Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B3 DJ1 Melakukan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dan mengukur komposisi lemak badan. B3 DJ2 Melakukan kemahiran asas permainan dan olahraga.

B3 DJ1 E1 Melakukan aktiviti latihan Fartlek (daya tahan kardiovaskular), latihan litar atau Par Course (daya tahan otot, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan) dengan kaedah yang betul. B3 DJ1 E2 Mengukur komposisi lemak badan dengan kaliper sekurang-kurangnya di dua bahagian badan.

B3 DJ2 E1 Melakukan kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola baling dan badminton dengan teknik yang betul. B3 DJ2 E2 Melakukan kemahiran lari berganti-ganti dengan teknik yang betul. B3 DJ2 E3 Melakukan kemahiran merejam lembing dengan teknik yang betul.

Page 15: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

B3 DJ3 Melakukan aktiviti pengurusan sukan. B3 DK1 Mengklasifikasikan fungsi nutrien. B3 DK2 Memahami kesan penyalahgunaan dadah. B3 DK3 Memahami pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas.

B3 DJ3 E1 Menyatakan langkah-langkah dan membuat penyemakan stok alatan sukan dan permainan. B3 DK1 E1 Menyatakan kesan kekurangan makro nutrien. (kekurangan karbohidrat, protein, lemak)

B3 DK2 E1 Menyatakan kesan beserta contoh penyalahgunaan dadah kepada individu dan institusi kekeluargaan.

B3 DK3 E1 Menjelaskan prinsip dan prosedur T.O.T.A.P.S. untuk kecederaan ringan.

Page 16: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

B4 Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

B4 DJ1 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dan mengukur komposisi lemak badan. B4 DJ2 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran permainan dan olahraga. B4 DJ3 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran pendidikan pergerakan.

B4 DJ1 E1 Melakukan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dengan betul dan selamat. (aktiviti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan)

B4 DJ1 E2 Merekod dan menganalisis data komposisi lemak badan dengan merujuk kepada Jadual Peratusan Lemak.

B4 DJ2 E1 Melakukan aktiviti kemahiran bola baling dan badminton dengan betul dan selamat. B4 DJ2 E2 Melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam melakukan aktiviti lari berganti-ganti dan merejam lembing. B4 DJ3 E1 Melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam melakukan aktiviti kemahiran gerak edar, meringkuk, melunjur dalam pergerakan kreatif dengan teknik yang betul dan selamat.

Page 17: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

B4 DJ4 Mengaplikasikan aspek keselamatan dalam aktiviti orienteering. B4 DK1 Mengaplikasi pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas.

B4 DJ4 E1 Melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti orienteering. B4 DK1 E1 Menunjukcara pelaksanaan prosedur T.O.T.A.P.S.

Page 18: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji

B5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain, dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

B5 DJ1 Menguasai tatacara melaksanakan latihan fizikal. B5 DJ2 Menguasai kemahiran, undang-undang dan peraturan dalam situasi permainan. B5 DJ3 Mengaplikasi pengetahuan orienteering. B5 DJ4 Menguasai isu-isu dalam sukan. B5 DK1 Menilai kesan stres.

B5 DJ1 E1 Menghubungkait antara beban dengan ulangan dalam latihan daya tahan otot (DTO) dan kekuatan otot (KO). * DTO : Ulangan Tinggi, Beban Rendah

* KO : Ulangan Rendah, Beban Tinggi B5 DJ2 E1 Mengaplikasi undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola baling dan badminton. B5 DJ3 E1 Merancang aktiviti orienteering. (senarai semak keperluan aktiviti orienteering)

B5 DJ4 E1 Membincang isu dalam sukan dan permainan daripada pelbagai sumber. (penekanan : perancangan, kandungan, nilai positif / negatif, komunikasi) B5 DK1 E1 Membincangkan kesan stres terhadap diri sendiri. (eustres, distres)

Page 19: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6

Tahu, Faham

dan Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

B6 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan, menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera, dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

B6 DJ1 Mengamalkan aktiviti kecergasan dan amalan pemakanan sihat.

B6 DJ1 E1 Merancang dan melaksanakan aktiviti secara sistematik dan berterusan berdasarkan jadual program kecergasan diri yang telah disediakan dan mengamalkan gaya hidup sihat. (penekanan : amalan aktiviti dan pemakanan seimbang, penerapan nilai dan sahsiah diri, kepimpinan, pengurusan diri)

Page 20: DSP PJK T2

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2 28 September 2012