DSP PJK Tingkatan 2

download DSP PJK Tingkatan 2

of 20

Transcript of DSP PJK Tingkatan 2

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    1/20

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    2/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    3/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    PENDAHULUAN

    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai

    panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan

    Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan

    boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan

    oleh kurikulum ini.

    Adalah diharap dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada

    pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    4/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagitujuan pelaporan individu.

    o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagimemberi gambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard danmenunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalamstandard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betulmenggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti

    boleh ditaksir dan dicapai.

    o Evidens

    Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan bolehbuat berdasarkan deskriptor.

    Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasandalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian

    bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    5/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    KERANGKA STANDARD PRESTASI

    BAND STANDARD

    1 TAHU

    2 TAHU, FAHAM

    3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

    5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

    6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    6/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    TAFSIRAN BAND

    BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

    1 TAHUMurid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas ataumemberi respons terhadap perkara yang asas.

    2 TAHU, FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi ataumenterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT

    Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatukemahiran pada suatu situasi.

    4TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitumengikut prosedur atau secara sistematik.

    5TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADABTERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, denganmengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikappositif.

    6TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADAB

    MITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyaikeupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan sertacabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untukmendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang

    sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    7/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

    Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

    OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat :

    1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan,

    kelenturan, kuasa, dan kelajuan;

    2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;

    3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan

    pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;

    4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;

    5. Melibatkan diri dalam mengamalkan etika sukan yang baik;

    6. Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan; dan

    7. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    8/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

    Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap

    kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

    OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat :

    1. Memahami amalan pemakanan yang tidak sihat;

    2. Memahami peranan dan tanggungjawab ahli keluarga berdasarkan gender;

    3. Menjelaskan fungsi nutrien dan kesan kekurangannya;

    4. Memahami cara mengurus stres;

    5. Menjelaskan kesan pengambilan dadah;

    6. Memahami akta dan undang-undang penderaan kanak-kanak; dan

    7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur Talk, Observe, Touch, Active, Passivedan Skills (T.O.T.A.P.S.).

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    9/20

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    10/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    BANDPERNYATAAN

    STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

    1

    Tahu

    B1Tahu tentang komponen

    kecergasan fizikal,kemahiran sukan danrekreasi, pendidikanpergerakan dan kesukananserta kesihatan diri dankeluarga, gaya hidup sihat,dan kebersihan dankeselamatan persekitaran.

    B1 DJ1Mengetahui maksud komponen

    kecergasan fizikal berlandaskankesihatan.

    B1 DJ2Mengetahui tentang konsepkekhususan dan tambah bebandalam prinsip latihan.

    B1 DJ3

    Mengetahui kemahiran asasolahraga.

    B1 DJ4Mengetahui aktiviti rekreasi.

    B1 DJ5Mengetahui isu-isu dan etikadalam sukan dan permainan.

    B1 DJ1 E1Menyatakan maksud komposisi badan.

    B1 DJ2 E1Menyatakan maksud kekhususan dantambah beban dalam prinsip latihan.

    B1 DJ3 E1Menyatakan fasa-fasa lakuan dalam

    merejam lembing

    B1 DJ4 E1Menyatakan maksud orienteering.

    B1 DJ5 E1Menyatakan jenis insentif dalam sukan.

    B1 DJ5 E2Menyatakan maksud etika dan amalanpermainan bersih.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    11/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    B1 DK1Mengetahui penyakit akibatamalan pemakanan yang tidaksihat .

    B1 DK2Mengetahui jenis-jenis nutrien.

    B1 DK3Mengetahui akta dan undang-undang perlindungan kanak-kanakserta jenis penderaan.

    B1 DK1 E1Menyatakan maksud anoreksia nervosadan bulimia nervosa.

    B1 DK2 E1Menyatakan enam jenis nutrien.

    B1 DK3 E1Menyatakan akta perlindungan kanak-kanak.

    B1 DK3 E2Menyatakan jenis penderaan kanak- kanak

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    12/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    BANDPERNYATAAN

    STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

    2

    Tahu dan Faham

    B2Tahu dan faham tentangkomponen kecergasan

    fizikal, kemahiran sukandan rekreasi, pendidikanpergerakan dan kesukananserta kesihatan diri dankeluarga, gaya hidup sihat,dan kebersihan dankeselamatan persekitaran.

    B2 DJ1Menyatakan faedah latihankomponen kecergasan fizikal.

    B2 DJ2Menjelaskan konsep tambahbeban dalam program latihan.

    B2 DJ3Memahami undang-undang danperaturan olahraga.

    B2 DJ4Memahamipergerakan asasgimnastik.

    B2 DJ5Memahami faedah yang diperolehdalam aktiviti orienteering.

    B2 DJ6Memahami isu-isu dalam sukan.

    B2 DJ1 E1Menyatakan faedah-faedah latihan Parcoursedan latihan Fartlek.

    B2 DJ2 E1Mengenalpasti pembolehubah latihan dalamprinsip tambah beban.

    B2 DJ3 E1Menyatakan undang-undang dan peraturandalam acara lari berganti-ganti dan merejamlembing.

    B2 DJ4 E1Menyatakan ansur maju kemahiran dalamgimnastik artistik dan gimnastik irama.

    B2 DJ5 E1Menyatakan faedah-faedah yang diperolehdalam aktiviti orienteering.

    B2 DJ6 E1Menerangkan kesan insentif dalam sukan.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    13/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    B2 DK1Mempunyai kefahaman tentangpenyakit akibat amalanpemakanan yang tidak sihat.

    B2 DK2Memahami peranan sertatanggungjawab setiap ahlikeluarga.

    B2 DK3

    Mempunyai kefahaman tentangjenis nutrien.

    B2 DK4Memahami peranan agensi yangterlibat dalam akta dan undang-undang perlindungan kanak-kanak.

    B2 DK1 E1Menyenaraikan kesan amalan pemakananyang tidak sihat.

    B2 DK1 E2

    Mengenal pasti faktor dan tanda-tanda yangmempengaruhi berlakunya anoreksianervosa dan bulimia nervosa.

    B2 DK2 E1Menyenaraikan peranan dantanggungjawab setiap ahli keluarga.

    B2 DK3 E1Menyenaraikan sumber-sumber makro danmikro nutrien.

    B2 DK4 E1Menjelaskan peranan agensi yang terbabitdalam kes penderaan kanak-kanak.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    14/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    BANDPERNYATAAN

    STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

    3

    Tahu, Faham

    dan Boleh Buat

    B3Tahu, faham dan bolehmelakukan aktiviti dalam

    komponen kecergasanfizikal, kemahiran sukandan rekreasi, pendidikanpergerakan dan kesukananserta boleh menguruskesihatan diri dankeluarga, gaya hidup sihat,dan kebersihan dankeselamatan persekitaran.

    B3 DJ1Melakukan aktiviti berdasarkankomponen kecergasan fizikal dan

    mengukur komposisi lemakbadan.

    B3 DJ2

    Melakukan kemahiran asaspermainan dan olahraga.

    B3 DJ1 E1Melakukan aktiviti latihan Fartlek(daya tahankardiovaskular), latihan litar atau Par Course

    (daya tahan otot, kekuatan otot, kuasa dankelajuan) dengan kaedah yang betul.

    B3 DJ1 E2Mengukur komposisi lemak badan dengankaliper sekurang-kurangnya di dua bahagianbadan.

    B3 DJ2 E1

    Melakukan kemahiran-kemahiran asas dalampermainan bola baling dan badminton denganteknik yang betul.

    B3 DJ2 E2Melakukan kemahiran lari berganti-gantidengan teknik yang betul.

    B3 DJ2 E3

    Melakukan kemahiran merejam lembingdengan teknik yang betul.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    15/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    B3 DJ3Melakukan aktiviti pengurusansukan.

    B3 DK1Mengklasifikasikan fungsi nutrien.

    B3 DK2Memahami kesanpenyalahgunaan dadah.

    B3 DK3Memahami pengetahuankeselamatan dan pertolongancemas.

    B3 DJ3 E1Menyatakan langkah-langkah dan membuatpenyemakan stok alatan sukan danpermainan.

    B3 DK1 E1Menyatakan kesan kekurangan makro nutrien.(kekurangan karbohidrat, protein, lemak)

    B3 DK2 E1Menyatakan kesan beserta contohpenyalahgunaan dadah kepada individu daninstitusi kekeluargaan.

    B3 DK3 E1Menjelaskan prinsip dan prosedurT.O.T.A.P.S. untuk kecederaan ringan.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    16/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    BANDPERNYATAAN

    STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

    4

    Tahu, Faham

    dan Boleh Buatdengan Beradab

    B4Tahu, faham dan bolehmengaplikasikan

    komponen kecergasanfizikal, kemahiran sukandan rekreasi, pendidikanpergerakan dan kesukanandalam aktiviti hariandengan betul dan selamatserta membentuk sikappositif terhadap kesihatandiri dan keluarga, gayahidup sihat, dankebersihan dan

    keselamatan persekitaranberasaskan pengetahuandan pengalaman.

    B4 DJ1Mengaplikasikan langkah-langkahkeselamatan dalam melaksanakan

    aktiviti berdasarkan komponenkecergasan fizikal dan mengukurkomposisi lemak badan.

    B4 DJ2

    Mengaplikasikan langkah-langkahkeselamatan dalam melaksanakankemahiran permainan danolahraga.

    B4 DJ3Mengaplikasikan langkah-langkahkeselamatan dalam melaksanakankemahiran pendidikan pergerakan.

    B4 DJ1 E1Melakukan aktiviti berdasarkan komponenkecergasan fizikal dengan betul dan selamat.

    (aktiviti daya tahan kardiovaskular, daya tahanotot, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan)

    B4 DJ1 E2Merekod dan menganalisis data komposisilemak badan dengan merujuk kepada JadualPeratusan Lemak.

    B4 DJ2 E1

    Melakukan aktiviti kemahiran bola baling danbadminton dengan betul dan selamat.

    B4 DJ2 E2Melaksanakan langkah-langkah keselamatandalam melakukan aktiviti lari berganti-gantidan merejam lembing.

    B4 DJ3 E1

    Melaksanakan langkah-langkah keselamatandalam melakukan aktiviti kemahiran gerakedar, meringkuk, melunjur dalam pergerakankreatif dengan teknik yang betul dan selamat.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    17/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    B4 DJ4Mengaplikasikan aspekkeselamatan dalam aktivitiorienteering.

    B4 DK1Mengaplikasi pengetahuankeselamatan dan pertolongancemas.

    B4 DJ4 E1Melaksanakan langkah-langkah keselamatandalam aktiviti orienteering.

    B4 DK1 E1Menunjukcara pelaksanaan prosedurT.O.T.A.P.S.

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    18/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    BANDPERNYATAAN

    STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

    5

    Tahu, Faham

    dan Boleh Buatdengan Beradab

    Terpuji

    B5Menguasai danmengaplikasi pengetahuan

    dan kebolehan semasaberaktiviti dalam gayahidup sihat, berkemahiranmerancang,berkomunikasi, empatidengan orang lain, danberupaya mengendalikanemosi dalam mengurushidup secara positif, sihatdan selamat.

    B5 DJ1Menguasai tatacaramelaksanakan latihan fizikal.

    B5 DJ2Menguasai kemahiran, undang-undang dan peraturan dalamsituasi permainan.

    B5 DJ3

    Mengaplikasi pengetahuanorienteering.

    B5 DJ4Menguasai isu-isu dalam sukan.

    B5 DK1Menilai kesan stres.

    B5 DJ1 E1Menghubungkait antara beban denganulangan dalam latihan daya tahan otot (DTO)

    dan kekuatan otot (KO).* DTO : Ulangan Tinggi, Beban Rendah

    * KO : Ulangan Rendah, Beban Tinggi

    B5 DJ2 E1Mengaplikasi undang-undang dan peraturanasas dalam permainan bola baling danbadminton.

    B5 DJ3 E1

    Merancang aktiviti orienteering.(senarai semak keperluan aktiviti orienteering)

    B5 DJ4 E1Membincang isu dalam sukan dan permainandaripada pelbagai sumber.(penekanan : perancangan, kandungan, nilai positif /negatif, komunikasi)

    B5 DK1 E1Membincangkan kesan stres terhadap dirisendiri.(eustres, distres)

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    19/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012

    BANDPERNYATAAN

    STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

    6

    Tahu, Faham

    dan Boleh Buatdengan Beradab

    Mithali

    B6Memperkembangkanpengetahuan dan

    kemahiran secarasistematik dan berterusan,menjana kreativiti mindamenjurus kepada gayahidup sihat serta sejahtera,dan berkeupayaanmeningkatkan kualitikehidupan secarakeseluruhan bagimembentuk gaya hidupsihat.

    B6 DJ1Mengamalkan aktiviti kecergasandan amalan pemakanan sihat.

    B6 DJ1 E1Merancang dan melaksanakan aktiviti secarasistematik dan berterusan berdasarkan jadual

    program kecergasan diri yang telah disediakandan mengamalkan gaya hidup sihat.(penekanan : amalan aktiviti dan pemakanan seimbang,penerapan nilai dan sahsiah diri, kepimpinan,pengurusan diri)

  • 7/30/2019 DSP PJK Tingkatan 2

    20/20

    DSP

    Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2

    28 September 2012