DSP Sains Tingkatan 3 DRAF Edited Julai 2013
description
Transcript of DSP Sains Tingkatan 3 DRAF Edited Julai 2013
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
SAINS
TINGKATAN 3
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara."
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
3
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sains Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan
untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
4
TAFSIRAN
o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai.
o Evidens :
Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.
Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalambentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND STANDARD
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
6
TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
1 TAHUMurid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.
2 TAHU DAN FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATMurid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.
4TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
7
MATLAMAT KURIKULUM SAINS
Matlamat Kurikulum Sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
OBJEKTIF KURIKULUM SAINS
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman harian.
2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni
dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
8
dan teknologi.
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
9
6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya
dengan bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk
memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal.11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam
pemuliharaan dan pemeliharaannya.
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
9
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengetahui konsep dan prinsip asas sains
2 Mengetahui dan memahami tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam sains dan teknologi
3 Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam kehidupan seharian
4 Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip sains dalam penyelesaian masalah
5 Mengamal dan menilai maklumat tentang konsep dan prinsip sains yang berkaitan dengan sains dan teknologi
6 Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
10
DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS KBSM TINGKATAN TIGA
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1Tahu
B1Mengetahui konsep dan prinsip asas sains
B1D1menyatakan bahan dan penyakit sistem respirasi
B1D2menyatakan organ dan hasil perkumuhan
B1D3menyatakan jenis dan bahagian sistem pembiakan
B1D4menyatakan jenis pendebungaan
B1D5menyatakan bentuk sebatian silikon
B1D6menyatakan unsur dalam kalsium karbonat
B1D7menyatakan sumber bahan api semula jadi
B1D1E1menamakan pelbagai bahan dan penyakit yang memudaratkan sistem respirasi
B1D2E1menamakan pelbagai organ perkumuhan manusia dan hasil perkumuhannya
B1D2E2menamakan pelbagai hasil perkumuhan tumbuhan
B1D3E1menamakan pelbagai jenis pembiakan dalam organisma
B1D3E2menamakan pelbagai bahagian sistem pembiakan lelaki dan wanita
B1D4E1menamakan pelbagai jenis pendebungaan
B1D5E1menamakan pelbagai bentuk sebatian silikon dan contohnya
B1D6E1menamakan unsur dalam kalsium karbonat dan contohnya
B1D7E1menamakan pelbagai jenis sumber bahan api semula jadi
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
11
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B1D8menyatakan alat pengukur bagi arus dan voltan
B1D9menyatakan jenis generator dan sumber tenaga alternatif
B1D10menyatakan fenomena di permukaan Matahari
B1D11menyatakan bentuk galaksi
B1D8E1menamakan alat pengukur bagi arus dan voltan serta unitnya
B1D9E1menamakan pelbagai jenis generator dan sumber tenaga altenatif
B1D10E1menamakan pelbagai fenomena yang berlaku di permukaanMatahari
B1D11E1menamakan pelbagai bentuk galaksi
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
12
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2 Mengetahui dan memahami tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam sains dan teknologi
B2D1mengenal pasti struktur sistem respirasi
B2D2mengenal pasti struktur jantung
B2D3mengenal pasti kedudukan tisu xilem dan floem
B2D4menyatakan maksud perkumuhan
B2D5mengenal pasti sistem urinari
B2D6menyatakan maksud persenyawaan
B2D7menyatakan maksud haid
B2D8menyatakan maksud pendebungaan
B2D9menyatakan maksud pertumbuhan
B2D10menyatakan maksud mineral
B2D11menyatakan maksud elektrostatik
B2D1E1melabel struktur sistem respirasi dan struktur peparu manusia
B2D2E1melabel struktur jantung manusia
B2D3E1melabel lokasi tisu xilem dan floem dalam batang tumbuhan dikotiledon
B2D4E1Memberi maksud perkumuhan
B2D5E1melabel struktur sistem urinari manusia
B2D6E1Memberi maksud persenyawaan
B2D7E1Memberi maksud haid
B2D8E1Memberi maksud pendebungaan
B2D9E1Memberi maksud pertumbuhan
B2D10E1Memberi maksud mineral
B2D11E1Memberi maksud elektrostatik
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
13
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B2D12menyatakan maksud tenaga elektrik, arus elektrik, voltan dan rintangan
B2D13mengenal pasti simbol bagi litar elektrik
B2D14menyatakan maksud keelektromagnetan dan elektromagnet
B2D15mengenal pasti bahagian transformer
B2D16mengenal pasti struktur Matahari
B2D17menyatakan maksud bintang
B2D12E1membei maksud;
tenaga elektrik, arus elektrik, voltan dan rintangan
B2D13E1memadankan simbol-simbol pada litar elektrik dengan komponennya
B2D14E1Memberi maksud;
keelektromagnetan dan elektromagnet
B2D15E1melabel pelbagai bahagian transformer
B2D16E1melabel struktur Matahari
B2D17E1Memberi maksud bintang
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
14
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3 Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalamkehidupan seharian
B3D1memerihal mekanisme pernafasan
B3D2memerihal proses resapan dan pengangkutan oksigen
B3D3memerihal kesan bahan cemar kepada sistem respirasi
B3D4memerihal sistem peredaran darah manusia
B3D5memerihal sistem pengangkutan dalam tumbuhan
B3D6memerihal perkumuhan organisma
B3D1E1menerangkan mekanisme pernafasan
B3D2E1menghuraikan proses resapan dan pengangkutan oksigen oleh darah dari peparu ke sel badan
B3D3E1menjelaskan kesan bahan cemar kepada sistem respirasi
B3D4E1menerangkan:
sistem peredaran darah manusia, peranannya dalam pengangkutan bahan dan kepentingan mengekalkan jantung yang sihat
B3D4E2membandingkan ciri-ciri arteri, vena dan kapilari dengan fungsinya
B3D5E1menjelaskan fungsi tisu xilem dan floem
B3D5E2menerangkan transpirasi dan peranannya
B3D6E1menjelaskan kepentingan perkumuhan
B3D6E2menerangkan kepentingan mengekalkan kesihatan ginjal
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
15
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D7memerihal pembiakan organisma
B3D8memerihal pembiakan manusia
B3D6E3menerangkan cara-cara bagaimana tumbuhan menyingkirkan hasil perkumuhan
B3D7E1menjelaskan kepentingan pembiakan dan membandingkan antara pembiakan seks dengan pembiakan aseks
B3D7E2mengelaskan haiwan dan tumbuhan mengikut cara pembiakan aseks
B3D7E3menerangkan persenyawaan dalam dan persenyawaan luar
B3D8E1menjelaskan fungsi pelbagai bahagian sistem pembiakan lelaki
B3D8E2menerangkan peranan sperma dalam pembiakan dan perubahan yang berlaku pada lelaki semasa baligh
B3D8E3menerangkan fungsi pelbagai bahagian sistem pembiakan wanita
B3D8E4menerangkan peranan ovum dalam pembiakan dan perubahan yang berlaku pada wanita semasa baligh
B3D8E5membandingkan antara gamet lelaki dengan gamet wanita berdasarkan saiz, bilangan dan pergerakan
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
16
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D9memerihal kitar haid
B3D10memerihal persenyawaan, kehamilan dan kemandulan
B3D11memerihal pembiakan dalam tumbuhan
B3D12memerihal pendebungaan
B3D9E1menjelaskan kitar haid
B3D9E2menerangkan perubahan dinding uterus semasa kitar haid dan menghubung kait antara fasa subur dengan persenyawaan
B3D9E3menerangkan kepentingan menjaga kebersihan diri semasa haid
B3D10E1menjelaskan persenyawaan dalam manusia, menentukan lokasi penempelan embrio dan perkembangan zigot kepada embrio menjadi fetus sehingga kelahiran
B3D10E2menjelaskan cara-cara mengatasi kemandulan dan kaedah- kaedah kawalan kehamilan
B3D11E1menerangkan fungsi bahagian-bahagian pembiakan jantan dalam pembiakan seks tumbuhan berbunga
B3D11E2menerangkan fungsi bahagian-bahagian pembiakan betina dalam pembiakan seks tumbuhan berbunga
B3D12E1membandingkan antara pendebungaan sendiri dengan pendebungaan kacuk
B3D12E2menerangkan kelebihan pendebungaan kacuk
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
17
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D13memerihal persenyawaan dalam tumbuhan
B3D14memerihal pembiakan vegetatif
B3D15memerihal pertumbuhan manusia
B3D16memerihal mineral
B3D17memerihal sebatian silikon dan kalsium karbonat
B3D18memerihal bahan api semula jadi
B3D19memerihal elektrostatik
B3D13E1menghuraikan persenyawaan dalam tumbuhan sehingga pembentukan buah dan biji benih
B3D14E1mengelaskan tumbuhan berbunga berdasarkan bahagian yang boleh membiak secara vegetatif
B3D15E1menjelaskan ciri-ciri yang digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan
B3D15E2menerangkan kesan kekurangan pengambilan nutrisi ke atas pertumbuhan kanak-kanak
B3D16E1menerangkan dengan contoh mineral yang wujud dalam bentuk unsur semula jadi dan sebatian semula jadi
B3D17E1menjelaskan kegunaan sebatian silikon dalam kehidupan seharian
B3D17E2menjelaskan kegunaan sebatian kalsium karbonat, kalsium oksida, kalsium hidroksida dan mengaitkan sifat-sifat sebatian kalsium dengan kegunaannya
B3D18E1menjelaskan pembentukan sumber bahan api semula jadi
B3D19E1menjelaskan jenis cas dan sifat-sifat elektrostatik
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
18
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D20memerihal keelektrikan
B3D21memerihal litar bersiri dan litar selari
B3D22memerihal keelektromagnetan
B3D23memerihal penjanaan elektrik
B3D19E2menerangkan fenomena harian yang berkaitan dengan cas elektrik statik dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa mengendalikan cas elektrik
B3D20E1menjelaskan arah pengaliran arus elektrik dan elektron dalam litar elektrik
B3D21E1mengilustrasi litar bersiri dan litar selari
B3D21E2menerangkan kelebihan dan kelemahan litar bersiri
B3D21E3menerangkan kelebihan dan kelemahan litar selari
B3D21E4membandingkan litar bersiri dengan litar selari berdasarkan arus, voltan dan rintangan
B3D22E1menerangkan:
medan magnet, hubungan antara garisan medan magnet dengan
kekuatan medan magnet; dan kegunaan magnet dalam kompas
B3D23E1membandingkan penjanaan tenaga elektrik oleh pelbagai jenis stesen jana kuasa
B3D23E2
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
19
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D24memerihal pendawaian elektrik
B3D25memerihal penggunaan elektrik
B3D26memerihal fenomena di permukaanMatahari
B3D27memerihal Sistem Suria
B3D28memerihal astronomi dan penerokaan angkasa lepas
B3D23E3menerangkan bagaimana tenaga elektrik dihantar dan diagihkan dari stesen jana kuasa kepada pengguna
B3D24E1menerangkan fungsi bahagian-bahagian sistem pendawaian elektrik dan pendawaian plug 3-pin
B3D25E1menyelesaikan masalah dalam kos penggunaan elektrik
B3D26E1menjelaskan kesan fenomena di permukaan Matahari ke atasBumi dan bagaimana tenaga dijanakan oleh Matahari
B3D26E2mengenal pasti Matahari adalah bintang dan membandingkan bintang berdasarkan ciri-ciri tertentu
B3D26E3menjelaskan:
pembentukan bintang dan kematian bintang, Galaksi Bima Sakti; dan alam semesta dan kedudukan Sistem Suria dalam
alam semesta
B3D27E1menerangkan keluasan alam semesta berbanding Bumi dan kepentingan Matahari dan Bulan kepada hidupan di Bumi
B3D28E1menerangkan perkembangan dalam bidang astronomi dan pembangunan dalam penerokaan angkasa lepas
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
20
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D28E2menerangkan dengan contoh aplikasi teknologi yang berkaitan penerokaan angkasa lepas dan astronomi
B3D28E3mewajarkan keperluan meneruskan penerokaan angkasa lepas
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
21
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secarasistematik.
B4D1mengkaji kesan merokok terhadap peparu
B4D2mengkaji struktur jantung
B4D3mengkaji sistem pengangkutan dalam tumbuhan
B4D4mengkaji ginjal
B4D5mengkaji pembiakan tumbuhan berbunga
B4D1E1memerhati kesan asap rokok kepada peparu melalui aktiviti
B4D2E1memerhati dan mengenalpasti struktur jantung menggunakan model atau spesimen hidup
B4D2E2membandingkan antara darah beroksigen dengan darah terdeoksigen melalui aktiviti
B4D3E1mengenal pasti stomata dan fungsinya serta mengaitkan dengan kelayuaan tumbuhan melalui aktiviti
B4D3E2memerhati laluan air dan bahan makanan dalam tumbuhan melalui aktiviti
B4D4E1memerhati bentuk, struktur, fungsi ginjal menggunakan model atau perisian komputer
B4D5E1mengenal pasti bahagian-bahagian bunga, bahagian pembiakan jantan, bahagian pembiakan betina, butir debunga dan ovul melalui aktiviti
B4D5E2memerhati perkembangan tiub debunga dalam larutan sukrosa pada peratusan yang berbeza (5% dan 10%) melalui aktiviti
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
22
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B4D6mengkaji lengkuk pertumbuhan manusia
B4D7mengkaji mineral
B4D8mengkaji tindakbalas antara logam dengan bukan logam
B4D9mengkaji sebatian silikon
B4D10mengkaji penyulingan berperingkat petroleum
B4D11mengkaji elektrostatik
B4D12mengkaji keelektrikan
B4D5E3memerhati struktur biji benih dan mengaitkan dengan fungsi melalui aktiviti
B4D6E1mentafsir lengkuk pertumbuhan lelaki dan wanita sejak bayi ke alam dewasa melalui aktiviti
B4D7E1memerhati sifat-sifat mineral dan menulis persamaan dalam perkataan untuk menunjukkan kesan haba ke atas mineral melalui aktiviti
B4D8E1memerhati tindak balas antara beberapa logam iaitu magnesium, aluminium, zink dan besi dengan bukan logam melalui aktiviti
B4D9E1memerhati sifat silika dan silikat melalui aktiviti
B4D10E1memerhati hasil-hasil penyulingan berperingkat petroleum melalui aktiviti
B4D11E1memerhati sifat-sifat cas elektrostatik melalui aktiviti
B4D12E1mengesan pengaliran arus elektrik menggunakan jana kuasaVan de Graff dan galvanometer melalui aktiviti
B4D12E2membina litar elektrik serta mengukur arus dan voltannya melalui aktiviti
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
23
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B4D13mengkaji kemagnetan
B4D14mengkaji sistem pendawaian elektrik
B4D13E1memerhati medan magnet melalui aktiviti
B4D13E2memerhati medan magnet yang terhasil oleh arus elektrik yang mengalir melalui wayar lurus melalui aktiviti
B4D14E1menentukan nilai fius yang sesuai bagi peralatan elektrik yang berbeza melalui aktiviti
B4D14E2memerhati kejadian litar pintas melalui aktiviti
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
24
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atausecara sistematik, sertatekal dan bersikap positif.
B5D1menyiasat kadar transpirasi
B5D2menyiasat pendebungaan
B5D3menyiasat pembiakan vegetatif
B5D4menyiasat percambahan biji benih
B5D5menyiasat sifat-sifat kalsium karbonat
B5D6menyiasat hubungan antara arus, voltan dan rintangan
B5D1E1menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi melalui eksperimen
B5D2E1menganalisis pelbagai jenis bunga dan agen pendebungaannya melalui kerja lapangan
B5D3E1menganalisis pembiakan vegetatif melalui kerja lapangan
B5D4E1menentukan keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih melalui eksperimen
B5D5E1meneliti sifat-sifat kalsium karbonat berdasarkan tindak balasnya dengan asid, kelarutannya dalam air dan kesan haba melalui eksperimen
B5D6E1mereka bentuk eksperimen untuk mengkaji kesan perubahan rintangan ke atas arus
B5D6E2mereka bentuk eksperimen untuk mengkaji kesan perubahan voltan ke atas arus
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
25
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6 Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara- perkara yang berkaitandengan sains dan teknologi
B6D1mereka bentuk model sistem respirasi manusia
B6D2mengumpul maklumat tentang kepentingan sistem respirasi yang sihat
B6D3mengumpul maklumat tentang darah manusia
B6D4mengumpul maklumat tentang penjagaan kesihatan ibu mengandung
B6D1E1membina model sistem respirasi manusia untuk menunjukkan proses tarikan dan hembusan nafas
B6D2E1pembentangan hasil buku skrap dalam pelbagai bentuk persembahan bertajuk “Kepentingan sistem respirasi yang sihat”:
Bahan cemar udara pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem
respirasi Cara untuk memperbaiki kualiti udara Amalan mengekalkan udara yang bersih.
B6D3E1pembentangan hasil penulisan artikel dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai:
komponen darah dan fungsinya. kumpulan darah kumpulan darah penderma kepada penerima. kepentingan menderma darah pengendalian dan penyimpanan darah
B6D4E1membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai:
kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesihatan ibu dan fetus semasa kehamilan
kesan rokok terhadap fetus kepentingan mengelak daripada mengambil bahan
yang boleh memudaratkan fetus
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
26
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B6D5mengumpul maklumat tentang kepentingan penyelidikan pembiakan manusia
B6D6mengumpul maklumat tentang petroleum
B6D7mengumpul maklumat tentang tenaga alternatif
B6D8mengumpul maklumat tentang tenaga elektrik
B6D5E1memberi ceramah atau membahaskan mengenai:
kaedah kawalan kehamilan salah guna kawalan kehamilan kebaikan dan keburukan kawalan kehamilan kepada
masyarakat. Kepentingan penyelidikan pembiakan manusia
B6D6E1membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai
PETROSAINS/ Planetarium/ Pusat Sains Negara/ LojiPenapisan Minyak
atau
membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai
Sifat dan kegunaan pelbagai pecahan petroleum. Sumbangan petroleum dan gas asli kepada
pembangunan ekonomi negara; dan Penggunaan yang cekap petroleum dan sumber bahan
api semula jadi yang lain
B6D7E1mereka cipta peralatan menggunakan tenaga alternatif
B6D8E1memberi ceramah mengenai:
langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan elektrik.
DRAFDSP Sains Tingkatan 3Julai 2013
27
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B6D9mengumpul maklumat tentang keharmonian alam semesta
memerihal langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan elektrik,
mewajarkan keperluan adanya langkah-langkah keselamatan dan ciri-ciri keselamatan di rumah bagi mengelakkan kemalangan elektrik
atau
memberi ceramah mengenai: Aktiviti yang menyebabkan pembaziran elektrik. Memerihal cara memulihara elektrik. Mewajarkan keperluan memulihara elektrik. meramal masalah yang akandihadapi oleh negara jika
berlakunya kekurangan elektrik.
B6D9E1membuat pembentangan hasil penulisan kreatif (sajak/ syair/puisi/ pantun /lirik lagu/lirik nasyid/ dll ) mengenai:keunikan, ketertiban, keindahan dan keharmonian alam semesta sebagai satu tanda keagungan Tuhan