ducth lady
Transcript of ducth lady
1.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT
Nama Perniagaan
Firma multinasional didefinisikan sebagai
sebuah firma yang mempunyai anak syarikat,
cawangan, atau penggabungan dengan mana-
mana firma lain di negara asing. Syarikat yang kami pilih ialah Dutch Lady Milk
Industries Berhad (DLMI). Syarikat ini membekalkan produk tenusu dan produk
pemakanan bayi yang berkualiti tinggi ke seluruh negara. Kini Dutch Lady adalah antara
3 pengilang produk tenusu yang terunggul di Malaysia.
Sejarah Dutch Lady
Tahun
1975 – Nama syarikat ditukar dari Pacific Milk Industries Berhad ke Dutch Baby Milk
Industries (Malaya) Berhad untuk mengelakkan kekeliruan dalam perdagangan
dan pasaran mengenai nama syarikat dan produk utamanya adalah Susu Pekat
Manis Dutch Baby.
1979 – Minuman buah-buahan berjenama “Joy” telah diperkenalkan.
1983 – Pengilangan Susu Steril dalam botol plastik dimulakan.
1984 –Jenama telah ditukarkan dari “Dutch Baby” ke “Dutch Lady” untuk tujuan
perletakan produk.
1985 –Sebuah bangunan 3 tingkat dibina untuk menampung keperluan kilang
Pembungkusan Susu Tepung apabila perniagaan semakin berkembang.
1987 – Syarikat menjalani aktiviti penyusunan semula ekuiti untuk mematuhi Dasar
Ekonomi Baru kerajaan. Modal saham berkembang ke RM16 juta.
– Susu Pasteur Dutch Lady telah dilancarkan.
1988 – Yogurt Dutch Lady dan susu untuk membesar diperkenalkan.
1989 – Untuk mematuhi dasar kebangsaan kerajaan untuk mempromosikan Bursa Saham
Kuala Lumpur, syarikat mengeluarkan balik penyenaraian sahamnya dari Bursa
Saham Singapura.
1994 – Sebuah gudang baru telah dibina untuk menampung perkembangan perniagaan
syarikat. Tenaga kerja telah mula bertambah sejajar dengan keperluan organisasi.
1995 – Syarikat menerima pengiktirafan di bawah Piawai ISO 9001.
1999 – Dutch Lady menerima Anugerah Emas Jenama Terbaik Reader’s Digest kerana
dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia.
– Kilang Dutch Lady menerima pengiktirafan Sijil Piawai HACCP (Hazard
Analysis and Critical Control Point) – Sistem Analisis Bahaya dan Titik
Pengendalian Kritikal.
2000 – Dutch Lady Menerima anugerah kedua Reader’s Digest SuperBrand Gold Award
kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia.
– Syarikat menukar namanya daripada Dutch Baby Milk Industries (Malaya)
Berhad kepada Dutch Lady Milk Industries Berhad sejajar dengan jenama
utamanya ‘ Dutch Lady’ dengan iltizam baru ‘Goodness For Life’ (Kebaikan
untuk hidup).
2001 – Dutch Lady menerima anugerah ketiga Reader’s Digest SuperBrand Gold Award
kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia.
2002 – Dutch Lady menerima Anugerah Ekuiti Jenama untuk susu cecair.
– Kilang Pensterilan menerima pengiktirafan Sijil Piawai HACCP (Hazard Analysis
and Critical Control Point) – Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian
Kritikal.
– Dutch Lady menerima anugerah keempat Reader’s Digest SuperBrand Gold
Award kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia.
– Modal saham syarikat lebih tinggi dari RM16 juta kepada RM 64 juta melalui
bonus 3 untuk 1 mengikut peraturan Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu.
2003 – Dutch Lady menerima Sijil ISO 9001 (Versi Tahun 2000).
– Dutch Lady melancarkan rangkaian produk yang diperbaharui dengan DHA untuk
bayi dan kanak-kanak.
– Kilang Susu Tepung Dutch Lady menerima pengiktirafan Sijil Piawai HACCP
(Hazard Analysis and Critical Control Point) – Sistem Analisis Bahaya dan Titik
Pengendalian Kritikal.
– Dutch Lady menerima anugerah kelima Reader’s Digest SuperBrand Gold Award
kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia.
2004 – Pemakanan untuk kecerdasan.
– Dutch Lady menukar imej jenama dan pembungkusan dengan tagline korporat
baru “Get Ready for Life!” (Hidup Sihat Penuh Semangat) untuk memberikan
gambaran ‘tenaga’ melalui gaya hidup dan kegiatan yang sihat.
– Dutch Lady menerima anugerah keenam Reader’s Digest SuperBrand Gold
Award kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia.
2005 – Kilang Susu Pekat Manis Dutch Lady menerima pengiktirafan Sijil Piawai
HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) – Sistem Analisis Bahaya
dan Titik Pengendalian Kritikal.
– Dutch Lady menerima anugerah ketujuh Reader’s Digest SuperBrand Gold
Award kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia.
– Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah pemenang Anugerah Produktiviti
Tahun 2004 yang telah diiktiraf oleh Nasional Produktiviti Corporation dalam
kategori syarikat-syarikat yang mempunyai pulangan RM100 juta ke atas.
– Dutch lady telah melancarkan laman web versi BI pada bulan Februari diikuti
dengan versi BM pada bulan Mac.
2006 – Dutch Lady telah menderma pelbagai produknya bernilai RM70,000 kepada
Timbalan Perdana Menteri untuk mangsa banjir di Johor.
2007 – Dutch Lady Milk Industries telah menderma pelbagai produk Dutch Lady bernilai
RM115,000 melalui Kementerian Kesihatan kepada mangsa banjir di Johor.
– Dutch Lady telah memberi Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Pengerusi
kepada 31 anak-anak warga kerjanya.
– Dutch lady Malaysia menempa 1 lagi kecemerlangan iaitu pensijilan dalam
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001: 2004 dan Sistem Pengurusan
Kesihatan dan Keselamatan Tenaga Kerja OHSAS 18001: 1999 dari SIRIM QAS
International.
Jenis Perniagaan
Dutch Lady merupakan sebuah syarikat dalam kategori Public Limited Company (PLC).
PLC merujuk kepada syarikat yang mempunyai liabiliti terhad yang mana saham tersebut
disebut harga (Quoted on) atau di senarai dalam Bursa Saham. Kebanyakan syarikat
mempunyai liabiliti terhad yang bermaksud pemilik syarikat hanya bertanggungjawab ke
atas modal yang dilaburkan sahaja dan tidak meliputi keseluruhan hutang syarikat.
Industri
Dutch Lady Milk Industries Berhad merupakan salah sebuah syarikat yang berada dalam
industri produk pengguna. Generasi demi generasi di Malaysia telah membesar dengan
produk-produk tenusu Dutch Lady contohnya, susu kotak Coklat Dutch Lady UHT yang
sering dibawa ke sekolah untuk waktu rehat. Pengguna muda bagi generasi baru hari ini
mempunyai banyak pilihan dengan adanya rangkaian produk susu yang meluas untuk
keperluan tumbesaran mereka. Dutch Lady 123 dan 456 bukan sahaja diperkaya dengan
DHA, tetapi juga boleh didapati dalam perisa vanila, madu dan coklat!
Pada awal operasi, Dutch Lady memulakan perniagaannya sebagai pengilang susu pekat
manis. Kini rangkaian produk Dutch Lady Milk Industries semakin meluas dari rumusan
bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan yogurt. Setiap inovasi
produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak yang berkembang pesat
disokong oleh kaji selidik tempatan dan antarabangsa yang terperinci. Royal Friesland
Foods, iaitu syarikat induk bagi Dutch Lady di Belanda, sentiasa melaburkan dana dalam
usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan bayi ke tahap yang lebih tinggi.
Rangkaian produk Dutch Lady bukan sahaja setakat produk popular seperti Dutch Lady
UHT Milk atau Dutch Lady 123. Antara produk lain dari Dutch Lady termasuklah jus
buah-buahan JOY, MooJooz dan Yogurt Rendah Lemak Dutch Lady.
Produk-produk Dutch Lady terbahagi kepada tiga segmen pasaran. Segmen pasaran
pertama adalah produk untuk kanak-kanak membesar yang terdiri daripada DL Langkah
1, DL Langkah 2, Susu untuk membesar 123 DL, Susu untuk membesar 456 DL, DL
Frisolac 1 Gold, DL Frisolac 2 Gold, DL Friso 3 Gold dan DL Friso 4 Gold. Seterusnya
segmen pasaran kedua merupakan produk untuk keluarga yang mana terdiri daripada
Susu UHT DL, Susu Steril DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh Krim DL, Susu Krimer DL
dan Joy Juice. Segmen pasaran ketiga adalah untuk golongan pemuda. Antara barisan
produk yang terdapat dalam segmen ini seperti Yogurt Rendah Lemak DL, Yogurt 0%
Lemak DL dan DL Iced Latte.
Lembaga Pengarah
i. Lembaga Pengarah – Syarikat Induk
Urus tadbir korporat di Friesland Foods melibatkan Ahli Mesyuarat Agong (General
Meeting of Members), Lembaga (Board) of Zuivelcooperatie Friesland Foods U.A,
Mesyuarat Agong Tahunan Pemegang Saham (Annual General Meeting of Shareholders),
Supervisory Boards dan Lembaga Pengurusan (Board of Management) Royal Friesland
Foods N.V. Cooperative adalah satu-satunya pemegang saham dalam syarikat.
ii. Lembaga Pengarah – Tempatan
Ahli Lembaga Pengarah
Dutch Lady Milk Industries Berhad
PengerusiTan Sri Kamarul Ariffin Bin Mohd Yassin
Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif
PengarahDato’ Dr Mhd Nordin Bin Mohd Nor
Pengarah Bukan-Bebas Bukan-Eksekutif Pengerusi
Tan Sri Kamarul Ariffin Bin Mohd Yassin Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif
PengarahFoo Swee Leng
Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif
PengarahBoey Tak Kong
Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif
PengarahHans Laraakker
Pengarah Eksekutif
PengarahHuang Shi Chin
Pengarah Eksekutif
PengarahCornelis H.M. Ruijgrok
Pengarah Bebas Pengarah Eksekutif
Lokasi Firma
i. Firma Induk
Syarikat induk Dutch Lady Milk Industries Berhad dikenali sebagai Royal Friesland
Foods yang beralamat di Friesland Foods, Blankenstein 142, 7943 PE Meppel, P.O. Box
124, 7940 AC Meppel, The Netherlands. Talian yang boleh dihubungi adalah 31 522 27
62 76 dan nombor faks 31 522 27 64 77. Selain itu, cara lain yang boleh digunakan oleh
pengguna untuk menghubungi Royal Friesland Foods adalah dengan menghantar e-mail
dialamat [email protected].
ii. Dutch Lady Milk Industries Berhad (Anak Syarikat)
Dutch Lady Milk Industries Berhad merupakan anak syarikat atau subsidiari asing bagi
Royal Friesland Foods yang terletak di Malaysia beralamat di PO Box 122, 46710
Petaling Jaya, Selangor.
Negara Asing dan Mata Wang Asing yang digunakan
Rangkaian produk Royal Friesland Foods mempunyai kuasa pasaran yang kuat di pasaran
tenusu antarabangsa, terutama di Eropah Barat, Eropah tengah, Timur tengah, Afrika
Barat dan Asia Tenggara. Syarikat ini beroperasi dari 90 cawangan di seluruh dunia
dengan jumlah 17,500 orang pekerja di mana 12,000 orang bekerja di luar Belanda.
Cawangannya terletak di The Netherlands, Hungary, Malaysia, Vietnam, Thailand,
Indonesia, Greece, Kingdom of Saudi Arabia, Belgium, Romania, dan Nigeria.
Mata wang yang telah digunakan dalam menjalankan transaksi perdagangan pertukaran
asing terdiri daripada Euro bagi The Netherlands, Belgium, Greece, Forint bagi Hungary,
Ringgit Malaysia (RM) bagi Malaysia, Dong bagi Vietnam, Baht bagi Thailand, Rupiah
bagi Indonesia, Riyal bagi Kingdom of Saudi Arabia, Leu bagi Romania dan Naira bagi
Nigeria.
2.0 PENDEDAHAN TERJEMAHAN
Pendedahan terjemahan yang juga dikenali sebagai pendedahan perakaunan,
wujud disebabkan penyata kewangan dari subsidiari asing dimana dinyatakan dalam
matawang asing. Ia mesti dinyatakan semula di dalam bentuk laporan matawang induk
untuk firma menyediakan percantuman penyata kewangan. Dutch Lady perlu menyatakan
semula matawang negara-negara yang terlibat (syarikat induk; Netherland dan anak
syarikat di negara lain; Thailand, Amerika Syarikat dan Malaysia).
Pendedahan terjemahan adalah potensi bagi peningkatan atau penurunan dalam
nilai bersih syarikat induk dan pendapatan bersih yang disebabkan oleh perubahan dalam
kadar pertukaran sejak bermula penterjemahan terakhir. Tujuan utama pendedahan
terjemahan adalah untuk menyediakan percantuman penyata Dutch Lady dan bagi pihak
pengurusan syarikat induk Dutch Lady di Netherland untuk menilai prestasi anak syarikat
mereka di luar negara. Walaupun penaksiran boleh dinyatakan dalam matawang
tempatan, pernyataan semula kesemua penyata-penyata anak syarikat kedalam satu
matawang sebagai pengukur memudahkan perbandingan oleh pengurusan.
Penyata kewangan syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah dinyatakan
dalam Ringgit Malaysia, iaitu nilai matawang utama persekitaran ekonomi dimana
syarikat ini broperasi. Dalam menyediakan penyata kewangan bagi syarikat ini, transaksi
dalam matawang selain matawang utama syarikat (matawang asing) direkodkan
berdasarkan kadar pertukaran asing yang diperolehi pada tarikh transaksi jual beli
dijalankan. Pada setiap tarikh kunci kira-kira, item kewangan yang diukur dalam
matawang asing diterjemah semula pada kadar yang diperolehi pada tarikh kunci kira-
kira. Item bukan kewangan pada ‘fair value’ yang diukur dalam matawang asing
diterjemahkan semula menggunakan kadar yang diperolehi pada tarikh apabila ‘fair
value’ ditentukan. Item-item bukan tunai yang diukur dalam bentuk kos sejarah dalam
matawang asing pula tidak diterjemah semula.
Perbezaan pertukaran yang wujud dalam penyelesaian item kewangan dan dalam
penterjemahan semula item kewangan adalah termasuk dalam penyata kewangan bagi
tempoh tersebut. Perbezaan pertukaran yang wujud bagi penterjemahan item bukan
kewangan dinyatakan termasuk dalam penyata kewangan bagi tempoh tersebut kecuali
bagi perbezaan yang wujud dalam penterjemahan semula item bukan kewangan yang
bertindakbalas dimana pendapatan dan kerugian dikenalpasti secara terus dalam ekuiti.
Bagi item bukan kewangan seperti itu, apa-apa komponen pertukaran pendapatan atau
kerugian juga dikenalpasti secara terus dalam ekuiti
MATAWANG YANG DIGUNAKAN
Matawang yang digunakan oleh syarikat Dutch Lady Milk Industries dalam
menjalankan pendedahan transaksi adalah:
Malaysia Ringgit (MYR)
Thailand Baht (THB)
Euro Dollar (EUR)
US Dollar (USD)
Walaupun syarikat induk berada di Netherland, tetapi kesemua anak syarikatnya
menggunakan matawang negara masing-masing dalam penyata kewangan mereka. Bagi
Dutch Lady Milk Industries (incorporated in Malaysia) , mereka menggunakan Ringgit
Malaysia dalam penyata kewangan syarikat. Syarikat ini mendapatkan maklumat-
maklumat mengenai kadar pertukaran asing semasa melalui Bank Negara Malaysia.
Dutch Lady Milk Industries Bhd perlu melaporkan penyata kewangan dalam Euro Dollar
kepada syarikat induk mereka iaitu Friesland Foods di Netherland.
KAEDAH YANG DIGUNAKAN: TEMPORAL METHOD
Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad menggunakan temporal method
dalam menjangkakan item-item seperti inventori, loji dan peralatan di nyatakan semula
dengan kerap bagi menggambarkan nilai pasaran. Di bawah tenporal method, pendapatan
atau kerugian yang wujud akibat pengukuran semula dibawa terus ke pendapatan
cantuman semasa. Dalam kaedah ini, terdapat item-item yang diterjemahkan pada kadar
pertukaran semasa dan kadar sejarah. Berikut adalah kadar pertukaran semasa dan kadar
sejarah yang digunakan oleh syarikat ini pada waktu penyata kewangan mereka
diterjemahkan:
Kadar pertukaran semasa : MYR/EUR 4.6686
Kadar sejarah : MYR/EUR 5.1211
Aset-aset kewangan (tunai, sekuriti boleh pasar, akaun belum terima, dan
penerimaan jangka panjang) dan liabiliti kewangan (liabiliti semasa dan hutang
jangka panjang) diterjemahkan ada kadar pertukaran semasa.
Aset dan liabiliti bukan kewangan (inventori dan aset tetap) diterjemahkan
semula pada kadar sejarah.
Item-item penyata pendapatan diterjemahkan pada kadar pertukaran purata bagi
tempoh tersebut kecuali bagi item-item seperti susutnilai dan kos barang dijual
yang berhubung secara langsung dengan aset dan liabiliti bukan kewangan.
Akaun-akaun ini diterjemahkan pada kadar sejarah.
Pengagihan. Pembayaran dividen diterjemahkan pada kadar pertukaran yang
berkuatkuasa pada tarikh pembayaran.
Item-item ekuiti. Saham biasa dan akaunmodal berbayar diterjemahkan pada
kadar sejarah. Pendapatan tertahan bagi tahun berakhir merangkumi pendapatan
tertahan awal tahun yang asal campur atau tolak pendapatan atau kerugian bagi
tahun tersebut, campur atau tolak ketidakseimbangan daripada penterjemahan.
TEMPORAL METHOD
Disember
31,2006
Januari
3,2007
sebelum
kejatuhan
nilai
selepas
kejatuhan
nilai
Property, Plant and Equipment 51,176 5.1211 262077.4136 5.1211 262077.41
Prepaid leased payments 3,931 5.1211 20131.0441 5.1211 20131.044
Inventories 55,057 5.1211 281952.4027 5.1211 281952.4
Trade Receivables 64,199 4.646 298268.554 4.6686 299719.45
Other receivables and prepaid expense 6,964 4.646 32354.744 4.6686 32512.13
Amounts owing by other related
companies 3,495 4.646 16237.77 4.6686 16316.757
Cash and bank balances 26,578 4.646 123481.388 4.6686 124082.05
211,400 1034503.316 1036791.3
Trade payables 43,846 4.646 203708.516 4.6686 204699.44
Other payables and accrued expenses 26,932 4.646 125126.072 4.6686 125734.74
Amount owing to other related
companies 11,291 4.646 52457.986 4.6686 52713.163
Provisions 858 4.646 3986.268 4.6686 4005.6588
Tax Liabilities 5,226 4.646 24279.996 4.6686 24398.104
Deferred Tax Liabilities 2,300 5.1211 11778.53 5.1211 11778.53
issued Capital 64,000 5.1211 327750.4 5.1211 327750.4
Unappropriated profit 56,947 5.1211 291631.2817 5.1211
211,400 1040719.05 751080.03
Translation Adjustment (CTA) 285711.22
1036791.3
Berlaku penurunan dalam matawang euro pada awal tahun 2007, iaitu daripada 4.646
kepada 4.6686 (0.49%). Ini menyebabkan berlakunya kerugian terjemahan sebanyak
285711.22.
3.0 PENDEDAHAN TRANSAKSI
Pendedahan transaksi adalah berkaitan dengan perubahan aliran tunai hasil
daripada obligasi kontrak sekarang dan ia merupakan alat untuk mengukur obligasi
pertukaran tertunggak tetapi ia perlu diselesaikan sebelum atau selepas kadar pertukaran
asing. Dalam pendedahan transaksi, kontrak sudah berlaku pada hari ini, dimana telah
berlaku aktiviti penjualan tetapi pembayaran berlaku kemudian. Apabila Dutch Lady
Milk Industries Berhad membeli kontrak hadapan, ia secara tidak langsung menghasilkan
pendedahan transaksi. Risiko ini mendatangkan lindung nilai terhadap kewujudan
pendedahan transaksi. Dutch Lady Milk Industries Berhad mempunyai pemdedahan
transaksi kerana ia melibatkan pertukaran matawang asing dengan anak-anak syarikat
Royal Friesland Foods di negara lain.
Penyata kewangan Dutch Lady Milk Industries Berhad yang berakhir pada 31
Disember 2006 menunjukkan wujudnya pendedahan transaksi kerana mempunyai aktiviti
perdagangan diantara Dutch Lady Milk Industries Berhad dengan anak syarikat di negara
luar. Syarikat-syarikat yang terlibat adalah Immediate holding company Management
iaitu Frint Beheer IV BV dan jualan kepada syarikat-syarikat lain yang berkaitan
termasuklah Friesland (Singapore) Pte. Ltd, Friesland Foods Ltd. Hong Kong dan
pembelian daripada Friesland Foods BV, Friesland Foods Foremost (Thailand) Plc, P.T.
Frisian Flag Indonesia dan juga pembayaran yuran royalti dan bantuan teknikal kepada
Friesland Brands BV.
Dengan ini, ia akan mewujudkan Akaun Belian dan Jualan dalam urusniaga kadar
pertukaran asing di antara Dutch Lady Milk Industries Berhad dengan firma luar negara
yang lain. Menurut penyata kewangan, Dutch Lady Milk Industries Berhad ada membuat
jualan produk kepada Friesland Foods Ltd. Hong Kong sebanyak HKD 232,715.80.
Penerimaan adalah dalam tempoh masa 90 hari. Kadar pertukaran asing semasa ialah
HKD/MYR (Disember 2006)= 45.4288. Maka Dutch Lady Milk Industries Berhad akan
menerima:
HKD232,715.80 x 45.4288= RM10,527,000
Apabila pembayaran telah diterima maka akan berlaku pendedahan transaksi.
Selain daripada itu juga, Dutch Lady Milk Industries Berhad juga membuat
pembelian daripada Friesland Foods Foremost (Thailand) Plc sebanyak THB379,162.38.
Pembayaran adalah dalam tempoh masa 90 hari. Kadar pertukaran asing semasa ialah
THB/MYR 9.8111. Maka Dutch Lady Milk Industries Berhad akan menerima:
THB379,162.38 x 9.8111 = RM 3,720,000
Apabila pembayaran telah diterima maka akan berlaku pendedahan transaksi.
Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad ada menggunakan kaedah
melindungnilai(hedging). Melindungnilai adalah merupakan satu kaedah yang
melindungi pemilik tersebut daripada kehilangan aset yang sedia ada. Malahan kaedah
ini juga menghalang sebarang kenaikan nilai aset yang dilindungi tersebut.
Untuk melindung nilai dalam pendedahan transaksi Dutch Lady Milk Industries
Berhad menggunakan kadar pertukaran hadapan dalam aktiviti perniagaannya. Diantara
matawang yang terlibat adalah US Dollar ($), Euro Dollar(€), dan Thailand Baht (฿)
Dimana kadar pertukarannya pada tahun 2006 ialah $ 3.5315/MYR, € 4.6460/MYR dan
฿9.8111/MYR.
Dutch Lady Milk Industries Berhad menggunakan kaedah lindungnilai kerana ia
terlibat dengan transaksi dengan matawang negara lain. Syarikat berhutang dengan
syarkat induk di Netherland sebanyak RM 6,889,000 (€1,476,488). Sekiranya Dutch
Lady Milk Industries Berhad berniat untuk melindungnilai pendedahan transaksinya di
pasaran hadapan (forward market), syarikat akan menjual kontrak hadapan €1,476,488
pada hari ini pada sebut harga 4.6658/EUR 3 bulan kontrak hadapan. Dalam masa 3
bulan, syarikat akan menerima RM 6,889,000 untuk membayar hutang kepada syarikat
induk di Netherland.
4.0 PENDEDAHAN OPERASI
Pendedahan operasi juga dipanggil sebagai pendedahan ekonomi, pendedahan
persaingan atau pendedahan strategik yang digunakan untuk mengukur sebarang
perubahan dalam nilai kini firma yang diperolehi daripada perubahan dalam aliran tunai
operasi masa hadapan yang disebabkan oleh perubahan kadar pertukaran yang tidak
dijangka.
Pendedahan operasi menganalisis penilaian kesan daripada perubahan kadar
pertukaran terhadap operasi firma itu sendiri secara bulanan atau tahunan dan dari sudut
persaingan vis-a-vis firma lain. Matlamatnya adalah untuk mengenalpasti langkah
strategik atau teknik operasi yang akan digunakan oleh firma untuk meningkatkan nilai
firma dalam menghadapi perubahan kadar pertukaran.
Pendedahan operasi dan pendedahan transaksi adalah saling berkaitan kerana
kedua-dua pendedahan tersebut berkaitan dengan aliran tunai masa hadapan. Kedua-
duanya berbeza dari segi konteks yang mana aliran tunai adalah ditimbang oleh pihak
pengurusan dan kenapa aliran tunai berubah apabila kadar pertukaran berubah.
Mengukur Pendedahan Operasi firma memerlukan ramalan dan analisis semua
Pendedahan Transaksi individu masa hadapan firma bersama-sama dengan pendedahan
masa hadapan semua pesaing firma dan keseluruhan pesaing berpotensi.
Terdapat beberapa andaian yang digunakan untuk mengukur pendedahan operasi
bagi syarikat Dutch Lady Milk Industries terutamanya dalam kadar pertukaran mata
wang asing – devaluasi ( turun nilai ) atau naik nilai ( appreciation ), volum jualan, harga
jualan dan lain- lain pembolehubah. Andaian kadar pertukaran mata wang digunakan bagi
mengukur kesan pendedahan operasi syarikat Dutch Lady.
Kes Asas : Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad ( Malaysia )
Kami mengandaikan pada 1 Januari 2009 sebelum aktiviti perniagaan bermula, Euro
dijangka akan mengalami penurunan nilai daripada MYR/EUR 4.8756 kepada
MYR/EUR 4.5224.
Kes 1 : Tiada Perubahan Dalam Lain- lain Pembolehubah
Diandaikan bahawa penurunan nilai (devaluasi) tidak berlaku, maka Dutch Lady dijangka
dapat menjana keuntungan seperti yang ditunjukkan dalam aliran tunai operasi pada
tahun 2006 iaitu, Euro 11,100,582.49 ( RM 54,122,000 x MYR 4.8756/EUR ).
Kes 2 : Berlaku Penurunan Nilai ( Devaluasi ) dalam Mata Wang
Diandaikan dalam tempoh tiga tahun tiada perubahan dalam volum jualan, harga jualan
atau kos operasi. Untung pada tahun akan datang dalam Ringgit Malaysia (RM) adalah
seperti yang dijangka dan aliran tunai daripada operasi adalah RM 54,122,000 seperti
yang ditunjukkan dalam laporan tahunan Dutch Lady. Dengan mengambil kira perubahan
dalam kadar tukaran mata wang iaitu MYR/EUR 4.5224, aliran tunai akan berubah
menjadi Euro 11,967,539.36 (RM 54,122,000 X RM 4.5224/EUR).
Perubahan dalam aliran tunai akhir tahun syarikat daripada kes 1 ialah Euro
11,967,539.36 – Euro 11,100,582.49 = Euro 866,956.87.
RUJUKAN
Buku Multinasional Business Finance – David K.Eiteman,Arthur I. Stonehill, Michael H.
Moffett Eleven Edition.
Annual Report 2006 Pharmaniaga Berhad