Dunia jambatan akhirat

25
TAJUK : DUNIA ADALAH JAMBATAN AKHIRAT { ُ ه ل ل ا ىَ َ لَ صِ ه ل ل اُ لْ وُ سَ رَ ذَ خَ ا: َ ل اَ ق اَ مُ هْ نَ عُ ه ل ل اَ! ىِ ضَ رَ رَ مُ عِ & نْ ( ب اِ & نَ ع، ٌ ( ب! ي رِ َ غَ 1 كَ نَ اَ ك اَ ! ي6 نُ الذ ىِ فْ & نُ ك: َ ل اَ قَ ف ىِ ( بِ كْ يَ مِ ( بَ مَ لَ سَ وِ هْ ! يَ لَ ع لْ ! يِ J بَ سِ رِ ( ب اَ عْ وَ . ا{ ا لَ قَ تْ ! يَ سْ مَ ا اَ ذِ V : اُ لْ وُ قَ ! ي اَ مُ هْ نَ عُ ه ل ل اَ ىِ ضَ رَ رَ مُ عُ & نْ ( ب اَ & انَ كَ وْ ذُ خَ ، وَ ء اَ سَ م ل اِ رِ ^ ظَ تْ 6 بَ a ن ا لَ قَ تْ حَ ( بْ ص اَ اَ ذِ V اَ ، و احَ ( يَ َ ص ل اِ رِ ^ ظَ تْ 6 بَ a نَ 1 كِ ن وَ مِ لَ 1 كِ ن اَ ! يَ ح& نِ مَ وَ 1 كِ صَ رَ مِ لَ 1 كِ يَ حِ ص& نِ م} رى ا خ( ب ل ا رواه

Transcript of Dunia jambatan akhirat

Page 1: Dunia jambatan akhirat

TAJUK : DUNIA ADALAH JAMBATAN AKHIRAT

قال : } عنهما الله رضي عمر ابن عنوسلم عليه الله صلى الله رسول أخذ

كأنك : الدنيا فى كن فقال بمنكبىسبيل عابر أو . غريب،

عنهما } الله رضى عمر ابن وكانباح،: الص تنتظر فال أمسيت إذا يقولوخذ المساء، تنتظر فال وإذا أصبحت

حياتك ومن لمرضك تك صح منالبخارى { لموتك رواه

Page 2: Dunia jambatan akhirat

• Maksudnya: ” Daripada Ibnu Umar r.a., beliau berkata: ”Rasulullah saw. memegang dua bahuku sambil bersabda; jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan ”

• Ibnu Umar telah berkata ; ”Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu di waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi, janganlah kamu menunggu waktu petang. Manfa’atkanlah kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datangnya kematianmu.” (Diriwayatkan oleh Bukhari)

Page 3: Dunia jambatan akhirat

Kepentingan HadisHadis ini amat banyak faedah dan pengajaran untukdijadikan panduan hidup kepada seluruh kaum muslimin, di antaranya:• Menyuruh agar memendekkan cita-cita di dunia

yang fana ini.• Tidak menjadikan dunia sebagai tempat tinggal

yang tetap dan merasa tenang terhadapnya.• Merasakan diri sebagai seorang pengembara atau

orang asing yang singgah untuk sementara waktu.• Dunia adalah tempat menyiapkan bekalan dan

kenderaan untuk meneruskan perjalanan demi menghadapi hari yang dijanjikan.

Page 4: Dunia jambatan akhirat

Maksud kalimah

Bermaksud; orang asing atau orang yang { غريب } berdagang.

} { سبيل Bermaksud; orang yang sedang melalui di عابر jalan (pengembara) (matan arba’in an-Nawawiah:1966) ;Bermaksud; Kamu berada di wakt petang امسيت } { iaitu apabila masuknya waktu petang bermula dari gelincir matahari sehingga tengah malam. Bermaksud; Kamu berada di waktu pagi; iaitu { أصبحDت } apabila masuknya waktu pagi, bermula dari tengah malam sehingga gelincir matahari.

Page 5: Dunia jambatan akhirat

Kandungan Hadis:

1. Rasulullah saw. adalah seorang murabbi:1.1 Cara pentarbiahannya lebih terkehadapan dan sempurna.

1.2 Menggunakan teknik perbandingan, menerangkan perkara yang berbentuk ma’ani kepada alam realiti.

1.3 Sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar.

1.4 Mengetahui kemampuan akal dan mengawasi amalan yang di lakukan

1.5. Meneguhkan yang betul dan membetulkan yang salah.

1.6 Sebagai suri teladan yang baik, penuh kesabaran dan penjagaan.

1.7 Rasulullah saw. memegang kedua-dua belah bahu Abdullah

bin ’Umar kerana;

Page 6: Dunia jambatan akhirat

1.7.1 Memberi perhatian sepenuhnya terhadap ilmu yang ingin disampaikan.1.7.2 Baginda amat ingin menyampaikan ilmu tersebut ke dalam jiwa dan perasaan yang sudah sedia menerimanya.1.7.3 Memberi galakkan kepada guru atau penasihat agar memegang sebahagian anggota badan kepada orang yang diajar atau yang dinasihatinya.1.7.4 Ibnu Mas’ud menceritakan bagaimana Rasulullah saw. meletakkan tapak tangannya di antara tapak tanganku ketika mengajar bacaan tasyahud awwal.

Page 7: Dunia jambatan akhirat

Hikmah Rasulullah saw. berbuat demikian:

• Mewujudkan perasaan harmonis, suasana akrab, semangat serta penuh perhatian.

• Perbuatan tersebut pasti sukar dilupakan ajaran atau nasihatnya kerana dengan cara demikian.

• Pentarbiahan tersebut berlaku mungkin hanya kepada orang yang disenangi sahaja.

• Menunjukkan kecintaan Rasulullah saw. kepada Ibnu ’Umar dan Ibnu Mas’ud.

Page 8: Dunia jambatan akhirat

Kebinasaan dunia dan kekalnya akhirat: 2.1 Kehidupan manusia menurut iradat Allah Taala, kematian pasti akan

datang. Firman Allah swt.;

“Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian”

(Aali Imraan : 185)

2

Page 9: Dunia jambatan akhirat

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati dan sesungguhnya mereka juga akan mati”.

(Az-Zumar: 30)

”Dan tiada seorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati”. (Luqmaan: 34)

Page 10: Dunia jambatan akhirat

2.2 Dunia akan hancur, kehidupan akhirat yang hakiki dankekal, tidak ada penghujung dan penamat.2.3 Allah akan membangkitkan manusia dari kubur, dikumpul untuk dihisab segala amalan dan ditentukan sama ada ke syurga atau ke neraka.2.4 Orang yang bertakwa akan kekal di dalam syurga dan orang-orang kafir akan kekal di dalam neraka

Page 11: Dunia jambatan akhirat

2.5 Mukmin yang bijak ialah: 2.5.1 Tidak terpedaya dengan

kemewahan dunia. 2.5.2 Tidak merasa tenang hati dengannya. 2.5.3 Tidak menganggap dunia ini segala-galanya. 2.5.4 Memendekkan angan- angannya. 2.5.5 Menjadikan dunia tempat menabur benih (amal soleh) yang akan dipetik hasilnya di akhirat.

Page 12: Dunia jambatan akhirat

Rasulullah saw. bersabda:

ما مثلي ومثل الدنيا كمثل راكب } ما لي وللدنيا، إنقال في ظل شجرة في يوم صائف ثم راح

{ وتركها ”Apalah aku ini dengan dunia!

Sesungguhnya perumpamaan diriku dengan dunia adalah seperti seorang musafir, tidur sejenak di siang hari di bawah pokok untuk berehat kemudian meneruskan perjalanan dan meninggalkannya.”

Page 13: Dunia jambatan akhirat

3. Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Bagi orang mukmin dunia diibaratkan sebagai: 3.1 Orang asing atau orang musafir (pengembara)

3.2 Tidak tertipu dengan kemewahan dunia.

3.3 Merupakan tempat singgah sementara bukan tempat menetap

Page 14: Dunia jambatan akhirat

Firman Allah swt..

”Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah sementara sahaja dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal”.

(Ghafir: 39)

Page 15: Dunia jambatan akhirat

3.4 Alat untuk mengisi penghidupan yang baik bagi mencapai darjat yang tinggi dan mulia

di sisi Allah swt. dihari kemudian. 3.5 Sebagai seorang pedagang yang sedang

musafir, bekalan atau keperluan perlu mencukupi, jika tidak pasti terlantar dan sengsara serta tidak sampai ke tempat yang dituju. Inilah perbandingan bagi kehidupan di duna ini, semakin lama hidup, semakin dekat perjalanan dan semakin hampir pula ajalnya. Alangkah ruginya jika bekalan tidak mencukupi dan amat sedikit.

Page 16: Dunia jambatan akhirat

3.6 Tidak membina tempat tinggal yang dibanggakan, tidak mengumpul alat perkakas atau perhiasan rumah, tetapi redha dengan yang sedikit sahaja. Ia menyimpan, menabung dan menyiapkan hadiah-hadiah dan cenderahati untuk dini’mati di negeri yang hakiki, kerana yakin di sanalah tempat tinggalnya yang sebenar.

Page 17: Dunia jambatan akhirat

3.7 Zuhud di dunia ini kerana dunia hanya sementara, yang kekal ialah akhirat

Firman Allah swt.

”Pada hal kenikmatan hidup di dunia hanyalah sedikit kalau dibandingkan dengan kehidupan di akhirat”. (Al-Taubah: 28)

Page 18: Dunia jambatan akhirat

3.8 Hassan al-Basri berkata, ”ia tidak risau dengan kehinaan dunia, tidak berlumba-lumba untuk mendapatkan kemegahan dunia”.

3.9 Ibnu Rajab berkata,”Asal Adam di syurga, kemudian di tempatkan ke dunia, tetapi dijanjikan kepada orang-orang soleh untuk kembali ke syurga. Oleh itu orang mukmin sentiasa merindui negerinya yang pertama dan cintakan tanahairnya

yang hakiki.”

3.10 Mukmin sebenar, menyediakan tempat tinggal dan kelengkapan di dunia hanya sebagai alat pembantu untuk mendapatkan keinginannya di akhirat serta untuk mendapat keredhaan Allah swt.

Page 19: Dunia jambatan akhirat

”Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu siapa yang lebih baik amalnya.” (Al-Mulk: 2)3.11 Mencari teman yang boleh menunjuk jalan dan membantu untuk sampai ke tempat yang selamat.

Firman Allah swt.

”Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az-Zukhruf: 67)t

Firman Allah swt.

Page 20: Dunia jambatan akhirat

3.12 Berhati-hati menjaga diri agar sentiasa taat dan bertaqwa kepada Allah swt. di dunia ini untuk bekalan di akhirat. Firman Allah swt.;

Page 21: Dunia jambatan akhirat

”Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul." Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sipolan itu teman akrab (ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Qur'an ketika Al Qur'an itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia.” (Al-Furqaan: 27-29)

Page 22: Dunia jambatan akhirat

4. Nasihat ibnu Umar r.a., kerja di waktu petang tidak menunggu waktu pagi dan di kala pagi tidak menunggu waktu petang, bermaksud:4.1 Amal pagi hendaklah dikerjakan pada waktu pagi dan amal petang hendaklah dikerjakan pada waktu petang kerana tiap-tiap amal ada waktunya.

4.2 Amal hari ini jangan ditunggu untuk dikerjakan pada esuk hari. 4.3 Waktu adalah umur, habis waktu bererti kurangnya umur dan kurangnya waktu beramal. 4.4 Masa sihat dan masa hidup di dunia hendaklan digunakan sepenuhnya untuk amal yang berguna bagi mendapatkan faedah kemudian hari. Hargailah masa tersebut sebelum datang masa sakit dan masa mati.

Page 23: Dunia jambatan akhirat

هرمك } قبل شبابك خمس، قبل خمسا ،اغتنمفقرك قبل وغناك سقمك، قبل ،وصحتك

موتك قبل وحياتك شغلك، قبل { وفراغكMaksudnya, ”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima

perkara; masa mudamu sebelum datang waktu tuamu, masa sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, masa kayamu sebelum datang waktu fakirmu, masa senangmu sebelum datang waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum datang waktu matimu”.

4.5 Al-Hakim meriwayatkan satu hadis daripada ibnu

’Abbas daripada Rasulullah saw.;

Page 24: Dunia jambatan akhirat

Segera melakukan amal kebajikan serta membanyakkannya, tidak lalai dan tidak

menangguhkannya.Rebut peluang dan kesempatan yang ada sebelum

terlambat.Zuhud dalam kehidupan, hindarkan daripada

kesibukan, ini bukan bererti meninggalkan amal usaha dan kegiatan dunia, sehingga lupa amal

akhirat.Berusaha keras untuk beramal soleh, serta ada rasa

takut dan berhati-hati terhadap seksaan Allah swt.Bijak memilih teman kerana ditakuti tergelincir atau

terhalang untuk sampai ke tujuan dan matlamat akhirat.

5

6 7

8

9

Page 25: Dunia jambatan akhirat

• Kesimpulan Hadis ini mengajak kita agar dapat mewujudkan

keseimbangan antara amal dunia dan akhirat. Amalan dunia adalah wajib sekadar untuk mencukupi keperluan dan mengambil manfaat sahaja.Gunakan peluang hidup ini demi untuk akhirat dan untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah swt. Setiap kali kita melebihkan pergantungan kepada dunia serta leka dengannya, bererti kita menjauhkan diri daripada akhirat.