DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… ·...
Transcript of DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… ·...
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)
TAHUN PENGUKUHAN
2010
DRAF
Kementerian Pelajaran Malaysia
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
[ Masalah Pendengaran ]
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
2010
Cetakan Pertama 2010
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
iii
KANDUNGAN MUKA SURAT
Kandungan iii
Rukun Negara iv
Falsafah Pendidikan Kebangsaan v
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) vi
Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii
Kurikulum Modular Berasaskan Standard ix
Pendahuluan KSSRPK Bahasa Inggeris 1
Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Dunia Seni Visual Tahun Pengukuhan
Bidang 1 – Menggambar 3
Bidang 2 – Membuat Corak dan Rekaan 5
Bidang 3 – Membentuk dan Membuat Binaan 7
Bidang 4 – Mengenal Kraf Tradisional 9
iv
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara
vi
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN
Pendahuluan
Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK
Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani
cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan
Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran
dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”.
KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid
menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
Matlamat
Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi
aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan
pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.
vii
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang
dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Sains dan Teknologi
5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Keterampilan Diri
viii
Insanseimbang
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
Insanseimbang
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
Reka Bentuk Kurikulum
Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK
ix
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran
yang perlu dicapai oleh murid.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.
Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri
daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
1
KSSRPK DUNIA SENI VISUAL PENDAHULUAN Kurikulum Kreativiti Dan Seni Visual merupakan salah satu cabang bidang ilmu kesenian yang luas. Sebagai satu bidang ilmu, seni visual turut berperanan dalam sistem pendidikan.
Kreativiti Dan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar.
Murid sekolah rendah keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat melalui visual, imaginasi dan daya pemikiran. Murid akan diberi pelbagai peluang untuk meningkatkan apresiasi terhadap estetika kesenian.
Perkembangan bidang ilmu serta perubahan kepada penekanan dasar pembangunan negara menuntut supaya rancangan pendidikan atau kurikulum persekolahan ditransformasikan. Pendidikan Seni Visual juga tidak terkecuali daripada arus perkembangan ini.
MATLAMAT
Kreativiti Seni Dan Visual Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif, kritis dan produktif secara intelektual menerusi aktiviti kesenian.
OBJEKTIF
Kurikulum Pendididikan Seni Visual Sekolah Rendah Tahun Pengukuhan pendidikan khas bermasalah pendengaran bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut ;
i. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
ii. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis dan kreatif sebagai aktiviti kesenggangan yang menyeronokkan dan berfaedah.
iii. Mengembangkan bakat dan potensi murid melalui aktiviti
kesenian.
FOKUS MATA PELAJARAN
Kurikulum Pendidikan Seni Dan Visual Sekolah Rendah Tahun Pengukuhan pendidikan khas bermasalah pendengaran dibina berasaskan bidang kegiatan seni visual meliputi proses dan produk seni iaitu .
1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Kraf Tradisional.
PENEKANAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah , terdapat beberapa perkara diberi penekanan bagi tujuan memaju pencapaian aspirasi negara khususnya dalam pembangunan modal insan. Selain daripada berilmu pengetahuan, anak bangsa yang dididik dihasratkan supaya kreatif, inovatif, patriotik dan berketrampilan dalam penggunaan teknologi. Di samping ilmu seni visual itu sendiri, kurikulum pendidikan seni visual di peringkat sekolah rendah turut mendokong penekanan-penekanan tersebut.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti merupakan intipati kepada semua bidang ilmu kesenian terutamanya bidang ilmu seni visual. Proses kreatif seperti penerokaan, penjanaan idea, mereka bentuk, penggunaan alat dan media, serta penghasilan karya seni adalah sebahagian utama kandungan pendidikan seni visual. Dalam kurikulum pendidikan seni visual, proses kreatif telah diangkat sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang unik kepada pendidikan seni visual. Oleh itu, kreativiti bukan sahaja dapat dilihat sebagai kandungan, malah juga sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum pendidikan seni visual.
2
Keusahawanan Asas penting kepada keusahawanan adalah inovasi. Inovasi dan kreativiti mempunyai maksud yang sama, hanya yang membezakan antara kedua-dua istilah tersebut ialah dari segi penggunaanya. Kreativiti digunakan dalam disiplin kesenian, manakala inovasi digunakan dalam disiplin keusahawan. Dengan hal yang demikian, boleh dikatakan bahawa pendidikan seni visual ialah asas yang penting ke arah memupuk semangat keusahawanan. Sejarah dan Patriotisme Antara disiplin pendidikan seni visual ialah sejarah seni. Dengan memberi fokus kepada pengajian tentang hasil seni warisan budaya bangsa, secara sedar dan terancang pendidikan seni visual menyokong teguh kepada usaha untuk menimbulkan kesedaran terhadap sejarah tanah air serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid pendidikan khas masalah pendengaran. Penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Perkembangan teknologi khususnya TMK telah memberi impak kepada aspek kehidupan. Bidang pendidikan seni visual tidak terkecuali daripada menerima kesan yang menyeluruh akibat perkembangan dan kemajuan teknologi TMK mempengaruhi pendidikan seni visual dalam pelbagai cara sama ada dari segi kandungan mahu pun pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kandungan pendidikan seni visual, TMK bukan sahaja merupakan alat atau media baru untuk menghasilkan karya seni, malah TMK memberi penambahbaikan kepada alat dan media lazim. TMK juga mempunyai keupayaan untuk membuat simulasi karya seni. Dalam erti kata yang lain penggunaan TMK merupakan satu teknik baru bagi menghasilkan karya seni
ORGANISASI KANDUNGAN : Standard kandungan setiap bidang pembelajaran ialah : MENGGAMBAR Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang,struktur dan komposisi. Antara cadangan aktiviti yang boleh dijalankan ialah : Kolaj, capan, lukisan dan catan MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah : titisan dan capan. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Bidang ini menekankan perkembangan persepsi murid terhadap aspek dari segi bentuk, ruang, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami dengan jelas apabila membina sesuatu model. Bidang ini memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik dan memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif semasa menjalankan proses penghasilan seni. Antara cadangan aktiviti ialah topeng dan membuat mobail. KRAF TRADISIONAL Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan ( kerja seni ) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat turun-temurun. Cadangan aktiviti yang boleh dijalankan ialah anyaman.
3
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN PENGUKUHAN
BIDANG 1 : MENGGAMBAR
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan memahami bahasa seni
visual.
1.1.1 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan , rupa, jalinan dan warna dalam karya seni sendiri.
1.1.2 Memahami penggunaan unsur seni dalam penghasilan karya.
1.1.3 Mengenalpasti bahasa seni visual yang terdapat dalam proses dan karya.
1.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi penggunaan media dan teknik
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
1.2.2 Mengenal sifat-sifat media.
1.2.3 Mengetahui fungsi media dari segi kegunaan.
1.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media dalam penghasilan karya.
1.2.5 Menggunakan media, teknik dan proses dengan bertanggungjawab.
4
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.3 Ekspresi Kreatif
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran bahasa seni visual.
Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian
dan teknologi dalam penghasilan karya
2 Dimensi (2D) dan 3 Dimensi (3D).
1.3.1 Menghasilkan pelbagai lakaran.
1.3.2 Mengekplorasi bahan dan teknik dalam menghasilkan
kerja seni.
1.3.3 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
1.3.4 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya.
1.3.5 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual
1.4 Apresiasi Seni visual
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
Menghayati dan menghargai karya seni
Menghubungkaitkan seni visual dengan
matapelajaran lain..
1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
1.4.2 Menceritakan karya sendiri.
1.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran
lain.
1.4.4 Menghargai karya seni sendiri dan rakan.
5
BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual.
2.1.1 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan , rupa,
jalinan dan warna dalam karya seni sendiri.
2.1.2 Memahami penggunaan unsur seni dalam
penghasilan corak.
2.1.3 Mengenal pasti bahasa seni visual yang digunakan
dalam proses rekaan corak.
2.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni
menerusi penggunaan media dan teknik
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
dalam rekaan dan penghasilan corak.
2.2.2 Mengenal sifat-sifat media.
2.2.3 Mengetahui fungsi media dalam corak.
2.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media
dalam penghasilan corak.
6
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.3 Ekspresi Kreatif
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran bahasa seni visual.
Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian
dan teknologi dalam penghasilan karya 2D dan 3D.
2.3.1. Menghasilkan kepelbagaian lakaran dalam rekaan
corak.
2.3.2 Mengeksplorasi bahan dan teknik dalam menghasilkan
kerja mencorak.
2.3.3 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
2.3.4 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan rekaan
corak.
2.3.5 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.
2.4 Apresiasi Seni visual
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.
Menghayati dan menghargai karya seni dan
warisan.
Menghubungkaitkan seni visual dengan
matapelajaran lain, kehidupan seharian dan kerjaya.
2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.
2.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran
lain.
2.4.4 Menghargai karya seni sendiri dan rakan.
2.4.5 Menghargai karya seni berkaitan sejarah dan
budaya.
7
BIDANG 3 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual.
3.1.1 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan , rupa,
jalinan dan warna dalam karya seni sendiri.
3.1.2 Memahami penggunaan unsur seni dalam
penghasilan boneka dan origami.
3.1.3 Mengenal pasti bahasa seni visual yang terdapat
dalam proses penghasilan boneka dan origami.
3.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni
menerusi penggunaan media dan teknik.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam
penghasilan boneka dan origami.
3.2.2 Mengenal sifat-sifat media.
3.2.3 Mengetahui fungsi media dari segi kegunaan dalam
membentuk dan membuat binaan.
3.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media
dalam penghasilan boneka dan origami.
8
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.3 Ekspresi Kreatif
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran bahasa seni visual.
Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian
dan teknologi dalam penghasilan karya 2D dan 3D.
3.3.1 Menghasilkan pelbagai lakaran dalam penghasilan
boneka dan origami.
3.3.2 Mengeksplorasi bahan dan teknik dalam menghasilkan
boneka dan origami.
3.3.3 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
3.3.4 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan boneka
dan origami.
3.3.5 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.
3.4 Apresiasi Seni visual
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.
Menghayati dan menghargai karya seni dan
warisan.
Menghubungkaitkan seni visual dengan
matapelajaran lain, kehidupan seharian dan kerjaya.
3.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.
3.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran
lain.
3.4.4 Menghargai karya seni sendiri dan rakan.
3.4.5 Menghargai karya seni berkaitan sejarah dan
budaya.
9
BIDANG 4 : MENGENAL KRAF TRADISIONAL
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual.
4.1.1 Mengetahui penggunaan garisan lurus dalam anyaman.
4.1.2 Memahami rupa segi empat dalam proses anyaman.
4.1.3 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan, rupa dan
jalinan dalam karya seni sendiri.
4.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa
seni menerusi penggunaan media dan teknik
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam
proses penghasilan anyaman.
4.2.2 Memahami teknik selang seli dalam penghasilan
anyaman mudah.
4.2.3 Mengetahui proses penghasilan kraf anyaman
4.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media
dalam penghasilan karya.
4.2.5 Menggunakan media, teknik dan proses dengan
bertanggungjawab.
10
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.3 Ekspresi Kreatif
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran bahasa seni visual.
Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian
dan teknologi dalam penghasilan karya 2D dan 3D.
4.3.1 Menjalin helaian daun kelapa, daun mengkuang atau
bahan gantian lain dalam proses menganyam..
4.3.2 Menyusun helaian daun kelapa, daun mengkuang atau
bahan gantian lain dengan kemas.
4.3.3 Menghasilkan kraf mudah dengan menggunakan teknik
anyaman secara kreatif.
4.4 Apresiasi Seni visual
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya.
Menghayati dan menghargai karya seni dan
warisan.
Menghubungkaitkan seni visual dengan
matapelajaran lain, kehidupan seharian dan
kerjaya.
4.4.1 Mengetahui nama kraf tradisional- anyaman tikar,
ketupat dan lain-lain.
4.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.
4.4.3 Menghargai kraf tradisional tempatan.