Durian creepe

4
Akhirnya terbongkar gak resepi durian crepe original yang menggunakan 5 jenis tepung. Ada 2 resepi yang orang kata resepi original menggunakan 5 jenis tepung..anda boleh pilih mana yang anda suka. Ada pula yang dah cuba dan tepek di blog..memang nilah resepi yang akak buat masa Yana balik bercuti bulan lepas. Sebelum tu akak ada gak cuba guna resepi guna tepung gandum..tapi crepe tu tak senipis guna adunan yang ini...kalau nak tenguk cara membuatnya bolehlah ke SINI. Akak ambil resepi ni dari SINI akak tak isi inti banyak- banyak ..taklah gemuk durian crepe akak kali ni. Kalau anda tak nak guna inti yang ni..anda boleh guna whipping cream dan inti durian sahaja cam akak buat dulu. Durian creepe Bahan-bahannya (lebih kurang 6 keping) 30 gm tepung Hong Kong (saya pakai tepung kek) 30 gm tepung kastad 20 gm tepung jagung 20 gm tepung ubi 20 gm tepung kentang 3 biji telur 250 ml susu cair (saya guna susu segar) secubit garam pewarna hijau (jika suka)

Transcript of Durian creepe

Akhirnya terbongkar gak resepi durian crepe original yang menggunakan 5 jenis tepung. Ada 2 resepi yang orang kata resepi original menggunakan 5 jenis tepung..anda boleh pilih mana yang anda suka.

Ada pula yang dah cuba dan tepek di blog..memang nilah resepi yang akak buat masa Yana balik bercuti bulan lepas.

Sebelum tu akak ada gak cuba guna resepi guna tepung gandum..tapi crepe tu tak senipis guna adunan yang ini...kalau nak tenguk cara membuatnya bolehlah ke SINI.

Akak ambil resepi ni dari SINI akak tak isi inti banyak-banyak ..taklah gemuk durian crepe akak kali ni. Kalau anda tak nak guna inti yang ni..anda boleh guna whipping cream dan inti durian sahaja cam akak buat dulu.

Durian creepe

Bahan-bahannya (lebih kurang 6 keping)

30 gm tepung Hong Kong (saya pakai tepung kek)

30 gm tepung kastad

20 gm tepung jagung

20 gm tepung ubi

20 gm tepung kentang

3 biji telur

250 ml susu cair (saya guna susu segar)

secubit garam

pewarna hijau (jika suka)

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua tepung, telur, garam dan susu dalam blender. Sebatikan.

2. Tapis adunan dalam mangkuk. Ketepikan sekejap dalam 15 - 20 minit.

3. Panaskan kuali dengan api kecil. Jika tak ada jenis tak melekat, guna saja kuali biasa, sapu tipis mentega.

4. Ambil satu senduk kecil, dadar dan lenggang agar ia menjadi nipis (saya angkat kuali panas dari penunu, tuang adunan, lenggang, baru diletak semula atas penunu (burner).

Angkat tepung dadar ini (tanpa menterbalikkannya sebaik sahaja kelilingnya kering). Tak perlu tunggu lama sangat, dalam beberapa minit saja.

5. Isi inti durian dan lipat kemas.

Lagi satu resepi durian crepe original ada di MYRESEPI oleh ddfk ...gi lah jenguk yer..nanti cuba mana yang paling senang.

Inti Durian

Bahan-bahannya:

Isi durian secukupnya dan dibuang biji (dalam 250 g atau semangkuk)

250 ml susu segar

2 sudu makan gula castor (atau agak manis ikut suka hati sendiri)

1 sudu makan tepung kastad

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak atas api sederhana.

2. Apabila sudah likat, tutup api dan ketepikan. Simpan selebihnya dalam peti ais.

Ataupun boleh guna inti camni...ikut sedap tekak kita

Durian Filling

By: Nia Kurniasih

Rujukan : Hesti

Bahan-bahan

1 cawan Non dairy Whipping Cream

Isi durian secukupnya

Cara-caranya

Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit.

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental

Bila dah siap sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam baru boleh di santap.