e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE...

18
e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because We Care Chancellor’s Fund merupakan skim bantuan diilhamkan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM. Dana yang diujudkan dalam bentuk bantuan yang disediakan kepada pelajar-pelajar UTM , memberi tumpuan kepada bantuan keperluan asas harian pelajar selama dalam pengajian di UTM. Dana ini juga akan meliputi penglibatan dan keadaan yang tidak diduga , seperti perbelanjaan perubatan yang melampaui skop yang diliputi oleh skim bantuan kewangan yang terdapat di UTM. Dalam titah ucapan baginda, Tuanku Cancelor melahirkan kebimbangannya berhubung kesejahteraan pelajar secara umum, dan pelajar UTM khususnya. Baginda percaya bahawa pelajar perlu menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka serta ahli-ahli fakulti, bukannya memikirkan perkara – perkara yang tidak berkaitan tentang pembelajaran. Mereka harus menfaatkan masa mereka di universiti, memperolehi pengetahuan, nilai-nilai dan pandangan dunia yang akan mengubah mereka menjadi manusia yang lebih baik. Mereka yang memerlukan bantuan, khususnya berkaitan dengan keperluan asas, mesti diberikan akses dan dibantu melalui semua saluran yang terdapat di UTM.

Transcript of e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE...

Page 1: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

e-BULETIN UTMSPACEEDISI 38 / 2016

UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND

Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because We Care Chancellor’s Fund merupakan skim bantuan diilhamkan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM.Dana yang diujudkan dalam bentuk bantuan yang disediakan kepada pelajar-pelajar UTM , memberi tumpuan kepada bantuan keperluan asas harian pelajar selama dalam pengajian di UTM. Dana ini juga akan meliputi penglibatan dan keadaan yang tidak diduga , seperti perbelanjaan perubatan yang melampaui skop yang diliputi oleh skim bantuan kewangan yang terdapat di UTM.

Dalam titah ucapan baginda, Tuanku Cancelor melahirkan kebimbangannya berhubung kesejahteraan pelajar secara umum, dan pelajar UTM khususnya. Baginda percaya bahawa pelajar perlu menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka serta ahli-ahli fakulti, bukannya memikirkan perkara – perkara yang tidak berkaitan tentang pembelajaran. Mereka harus menfaatkan masa mereka di universiti, memperolehi pengetahuan, nilai-nilai dan pandangan dunia yang akan mengubah mereka menjadi manusia yang lebih baik. Mereka yang memerlukan bantuan, khususnya berkaitan dengan keperluan asas, mesti diberikan akses dan dibantu melalui semua saluran yang terdapat di UTM.

Page 2: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND

Antara penyumbang terbesar adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang menyumbang RM500,000.00, dan diikuti oleh syarikat – syarikat swasta dan individu perseorangan yang menyumbang ke dalam dana tersebut.

UTMSPACE, telah mnyumbangkan sebanyak RM50,000.00 ke dalam Dana Cancelor tersebut. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan UTMSPACE Prof.Ir. Dr. Mohd Azraai Bin Kassim.

UTM berharap lebih ramai lagi yang akan tampil ke hadapan untuk menyumbang kepada dana tersebut dan memastikan dana itu kekal dalam menyediakan bantuan kepada lebih ramai pelajar UTM yang kurang bernasib baik .

Untuk maklumat lanjut mengenai Because We Care Chancellor Fund, orang ramai boleh hubungi:

Pn Nor Sita Zakirai @ Zakaria , Tel: 07-553 40513 , Email: [email protected] Pn. Norizan Salleh , Tel: 07-5530009 , Email: [email protected] Pn. Azliana Azlan , Tel: 07-553 40168 , Email: [email protected]

Page 3: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

MAJLIS TAKLIMAT & MINUM PETANG UTMSPACE BERSAMA STAF UTM

JOHOR BAHRU & KUALA LUMPUR 2016

Majlis taklimat & minum petang UTMSPACE bersama staf UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur telah di adakan pada 10 & 30 Mac 2016. Majlis telah dihadiri oleh kakitangan UTM yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan jabatan. Majlis dimulai dengan pendaftaran peserta disusuli dengan kata-kata aluan daripada Ketua Bahagian Pembangunan Modal Insan UTM. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan bagi staf UTM yang sudah bekerjaya untuk meningkatkan pencapaian serta pengetahuan dalam bidang akademik.

Page 4: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

PAMERAN PENDIDIKAN

Bahagian Pembangunan Bisnes telah menjalankan beberapa siri pameran ke seluruh negara sepanjang bulan Januari hingga ke Mac 2016. Ia bertujuan untuk mempromosikan produk – produk terbaru yang disediakan. Antara yang mendapat perhatian ramai adalah pada Program Diploma Sepenuh Masa UTM dan Separuh Masa serta Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM. Para pengunjung telah hadir ke booth UTMSPACE untuk mendapatkan penerangan dan maklumat tentang program – program yang dijalankan.

Berikut adalah senarai lokasi untuk pameran yang telah dijalankan sepanjang Januari sehingga Mac 2016.

BIL TARIKH PAMERAN TEMPAT

1 30-31 Jan KPT, UUM

Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

Majlis Pembukaan - Perasmi: YB Menteri Pendidikan Tinggi

2 13-14 Feb KPT, UNISZADataran DABS, Kampus Gong Badak, UNISZA Kuala Terengganu

3 20-21 Feb KPT Persada Johor Bahru

4 5-6 Mac MARADewan Utama, Aras 6, Premiera Hotel, Kuala Lumpur

5 5-6 Mac KPT One Borneo Mall, Kota Kinabalu, Sabah

6 9-10 Mac MARAStadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru, Kelantan

7 12-13 Mac MARADewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar, Kedah

8 12-13 Mac MARA The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak

9 19-20 Mac KPT Pullman Hotel & Hill Shopping Mall

10 19-20 Mac MARASunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang

11 26-27 Mac MARA Megamall, Kuantan, Pahang

12 26-27 Mac MARA RTC Gopeng, Perak

Page 5: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

THE 1Oth INTERNATIONAL CONFERENCE ON GEOTECHNICAL AND TRANSPORTATION

ENGINEERING (GEOTROPIKA 2016)

Pada 17 hingga 18 Februari 2016 yang lalu, telah berlangsungnya Persidangan “The 10th International Conference on Geotechnical and Transportation Engineering” (GEOTROPIKA 2016) bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebanyak 82 kertas kerja telah dibentangkan dengan kehadiran seramai 167 orang meliputi pembentang, peserta persidangan dan pengucaptama.

GEOTROPIKA 2016 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah. Bertemakan ‘Engineering Challenges of Tropical Hazards’ bagi tahun ke-25 penganjuran persidangan ini semenjak tahun 1990, GEOTROPIKA 2016, menyediakan wadah untuk perkembangan terkini dan kemajuan dalam Reka Bentuk dan Pembinaan Infrastruktur Geoteknik dan Pengangkutan serta menyediakan satu platform bagi membincang dan membahas berkenaan hala tuju masa depan menuju abad ke-21 dalam menghadapi risiko geobencana yang semakin membimbangkan.

GEOTROPIKA 2016 membariskan penceramah ucaptama terdiri daripada:

1. YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

2. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3. Profesor Ir. Masyhur Irsyam, Department of Civil and Environmental Engineering, Institut Teknologi Bandung, Indonesia

4. Profesor Dr. Leung Chun Fai, Faculty of Engineering, National University of Singapore, Singapore

5. Profesor Dr. Takashi Tsutsumi, Kagoshima National College of Technology, Kirishima, Kagoshima, Japan

Page 6: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

BENGKEL PEMURNIAN KURIKULUM

PENDAFTARAN TERBUKA DIPLOMA UTM AMBILAN JUN 2016

Tarikh : 19-21 Januari 2016 Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam Tempat : Hotel Mahkota, Melaka

Pada 19 hingg 21 Januari 2016, satu bengkel pemurnian kurikulum telah diadakan di Hotel Mahkota, Melaka. Bengkel yang dijalankan selama 3 hari ini bertujuan bagi pemurnian semula kurikulum Diploma UTM yang sedia ada. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada wakit fakulti UTM Johor dan wakil-wakil daripada jabatan di PPD SPACE terlibat dalam bengkel ini. Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk pemurnian kurikulum yang sedia ada dan mendpat nasihat dan pandangan daripada fakulti di UTM Johor

Buat pertama kalinya, UTMSPACE telah menganjurkan Pendaftaran Terbuka Diploma UTM model Public University Private Wing (PUPW) Ambilan Jun 2016 yang telah diadakan pada 3 April 2016 di Dewan Besar Tan Sri Ainuddin Wahid bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang .

Pendaftaran terbuka ini telah memperlihatkan sebanyak 13 program telah ditawarkan bagi Diploma UTM model baharu ini, di mana lima program kejuruteraan dan lapan program bukan kejuruteraan. Selain itu, terdapat pelbagai kaunter juga disediakan bagi memudahkan calon pelajar mendapat maklumat. Antaranya, Kaunter khidmat nasihat, kaunter permohonan online, kaunter bayaran, kaunter serah dokumen sokongan kaunter surat tawaran dan sebagainya.

Objektif program ini dijalankan adalah :

1. Memberi peluang terus kepada pemohon untuk mendaftar, mendapat surat tawaran dan menghantar dokumen sokongan

2. Mendapatkan khidmat nasihat mengikut kursus

PENDAFTARAN MAHASISWA BAHARU PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM

AMBILAN FEBRUARI 2016

Page 7: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

AUDIT PEMANTAUAN DIPLOMA SENIBINA

Tarikh : Khamis(31 March 2016) dan Jumaat (1 April 2016) Masa : Khamis (8.00 pagi -5.00 petang) Jumaat (8.30 pagi – 12.30 tengah) Tempat : Bilik LPU (Bilik Al- Ghazali), UTM Kuala Lumpur

Pada 31 March dan 1 April 2016 bertempat di Bilik Al-Ghazali (LPU), Pusat Kualiti dan Risiko (QRiM) telah mengadakan Audit Pemantauan bagi Diploma Senibina. Audit ini telah berlangsung selama dua hari melibatkan tiga orang panel, wakil daripada QRiM dan wakil daripada Pusat Pengajian Diploma SPACE. Objektif audit ini adalah untuk membuat pemantauan kurikulum program senibina yang sedia ada.

PENDAFTARAN MAHASISWA BAHARU PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM

AMBILAN FEBRUARI 2016

Majlis Aluan dan Pendaftaran Mahasiswa Baharu Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM ambilan Februari 2016. Majlis telah diadakan pada 13 Februari 2016 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor. Seramai 570 mahasiswa dan siswa telah hadir di hari pendaftaran tersebut dan mereka telah diberi penerangan daripada pegawai – pegawai tertinggi UTMSPACE berkenaan proses pendaftaran dan pembelajaran. Taklimat aluan pelajar telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dekan UTMSPACE Prof. Dr. Mohd Fua’ad bin Rahmat dan disusuli dengan taklimat oleh Puan Mercy Trinovianti binti Mulyiadi Pengurus Besar Pengajian Separuh Masa UTMSPACE untuk taklimat pengajaran dan pembelajaran mahasiswa. Pada sesi petang pula, mereka di bawa ke fakulti untuk taklimat daripada pegawai – pegawai yang mewakili fakulti masing – masing.

Page 8: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

Sesi Pendaftaran Runcit bagi Mahasiswa Baharu Program Pengajian Separuh Masa UTM Ambilan Februari 2016 Bagi Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur bermula pada 19 hingga 26 Februari 2016. Sesi pendaftaran runcit yang mengambil masa selama 1 minggu tersebut diadakan dengan jayanya di bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur bermula dari 9.00 pagi dan berakhir 4.00 petang. Seramai 164 orang mahasiswa yang layak mendaftar untuk sesi pendaftaran runcit tersebut.

SCSK GLOBAL BUSINESS SKILLS TRAINING MALAYSIA

Page 9: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM

SCSK GLOBAL BUSINESS SKILLS TRAINING MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Semeter Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi Semester I, Sesi 2015/2016 telah berjalan dengan jayanya bermula 28 Disember 2015 hingga 17 Januari 2016. Peperiksaan Akhir ini diadakan di semua pusat pembelajaran seluruh Malaysia yang melibatkan seramai 5439 pelajar aktif dan mendaftar kursus.

Manakala, Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi 2015/2016 Program Diploma Pengajian Separuh Masa UTM telah diadakan dengan jayanya bermula pada 7 hingga 25 Mac 2016. Peperiksaan tersebut telah dijalankan di bilik peperiksaan bangunan UTMSPACE dan di dewan peperiksaan PSZ UTM Kuala Lumpur. Dilaporkan seramai 1,179 orang calon yang mendaftar pelbagai mata pelajaran menduduki peperiksaan ini.

Pada 18 hingga 22 Januari 2016, UTMSPACE telah melaksanakan program SCSK Global Business Skills Training Malaysia yang disertai oleh 10 orang peserta dari SCSK Corporation Japan. Program ini bertujuan memberi latihan kepada pegawai SCSK mengenai aktiviti perniagaan di Malaysia dan juga pendedahan kepada kepelbagaian budaya di Malaysia. Pengalaman sambil belajar (Experiential Learning) ini memberi peluang kepada para peserta yang datang dari pelbagai latar belakang mempelajari selok belok perniagaan di Malaysia. Mereka telah mengadakan perbincangan di UTM International Business School (IBS) dan melawat beberapa institusi seperti Bank Rakyat, Rasniaga Sdn. Bhd, Bursa Malaysia, Formis Network Services Sdn. Bhd, Felda Prodata dan Multimedia Development Corporation (MDEC).

Page 10: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

GLOBAL HALAL TRAINING

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa UTMSPACE (BHEA) dengan sokongan daripada CFirst UTM dan Halal Industry Development Corporation (HDC) telah berjaya melaksanakan kursus Global Halal Training bermula dari 18 Januari hingga 3 Feb 2016 melibatkan mahasiswa daripada Korea Selatan. Program ini memberi pendedahan mengenai industri dan amalan Halal di Malaysia. Program ini mengandungi sesi kuliah, lawatan dan juga praktikal. Di antara tempat yang dilawati adalah:

• UTMInstituteofBioproductandDevelopment

• HalalIndustryDevelopmentCorporation

• MIFFMarketing(M)SdnBhd

• CCMPharmaceuticals(M)SdnBhd

Pengerusi IMEA dan ACIE bersama UTM ICC telah mengunjungi UTMSPACE pada 16 Februari 2016 untuk mengadakan perbincangan pelaksanaan program Esthetic dan kecantikan di Malaysia.

LAWATAN DARI INTERNATIONAL MEDICAL ESTHETIC OF ASSOCIATION (IMEA) DAN

ASSOCIATION OF INTERNATIONAL COSMETOLOGY EDUCATION (ACIE) KE UTMSPACE

Page 11: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

SEMINAR HALAL DI SEOUL, KOREA

AKTIVITI PEMASARAN DI JAKARTA, INDONESIA

LAWATAN KE UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL “VETERAN” JAKARTA (UPNV)

UTMSPACE telah menyertai Seminar Halal di Seoul, Korea anjuran Korea Regional Innovation System Association (KORISA) yang diadakan pada 17-18 Februari 2016. Dr.Idris Ismail dari CFirst UTM telah mewakili UTMSPACE untuk membentangkan mengenai Halal dan juga industri Halal di Malaysia. Seramai 30 peserta dari industri dan peseorangan telah menghadiri seminar tersebut.

UTMSPACE telah mengikuti World Education Expo Festival anjuran Education Malaysia Global Services (EMGS) pada 20-21 Februari 2016. Beberapa institusi pengajian tinggi tempatan juga turut serta. Seramai 130 orang telah mendaftar menyatakan minat untuk mengikuti pengajian di bidang masing-masing.

Wakil dari UTM dan UTMSPACE telah mengadakan lawatan ke UPNV pada 20 Februari 2016 di atas jemputan Prof.Eddy Siradj, Rektor UPNV. Prof. Eddy dan Prof. Moeljadi, Timbalan Rektor I telah lama mengenali UTMSPACE sewaktu mereka menjadi perunding penubuhan Universitas Maritim Raja Ali Haji, Tanjungpinang. UPNV mempunyai tujuh fakulti iaitu Ekonomi, Perubatan, Kejuruteraan, Sosial dan Politik, Sains Komputer, Undang-Undang dan Kesihatan. Mereka ingin menjalinkan kerjasama dengan UTM dan sebagai permulaan Fakulti Komputeran menjadi pilihan pertama. UPNV juga meninjau peluang untuk mengadakan seminar pendidikan anjuran bersama UTMSPACE di Jakarta.

Page 12: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

HARI KEBANGSAAN KUWAIT

LAWATAN CULTURAL ATTACHÉ OF OMAN KE UTMSPACE

Hari Kebangsaan Kuwait telah diadakan pada 25 Februari 2016 di JWMariott,KualaLumpur.EncikZulifliOsmandariUTMSPACEdanCdr (R) Ebby Reezal Looi bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif BHIC Marine Technology Academy Sdn. Bhd telah hadir dan bertemu dengan Duta Kuwait ke Malaysia H.E. Monther Bader Sulaiman Al Eissa. UTMSPACE dan BHIC berpeluang memperluaskan hubungan dan meninjau program baru di Kuwait.

Pada 28 Mac 2016, Dr. Khamis Saleh Al-Bulushi, Cultural Attache’ di Kedutaan Oman, mewakili Duta Oman ke Malaysia telah mengadakan lawatan ke UTMSPACE dan bertemu wakil Lembaga Pengarah dan Pengurusan UTMSPACE. YBhg. Datuk Ir. Hamzah bin Hasan mewakili Lembaga Pengarah, mengalu-alukan kedatangan Dr. Khamis dan berharap hubungan yang telah terjalin sejak 2009 di antara UTMSPACE dan organisasi di Oman dapat diperkukuhkan lagi.

Terkini, seramai 339 pelajar dan pegawai telah mengikuti program anjuran UTMSPACE. Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai bin Kassim, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE menyatakan hasrat UTMSPACE agar program latihan sedemikian dapat diteruskan. Menurut Dr.Khamis, pejabat Cultural Attache’ tidak mempunyai masalah berurusan dengan UTM dan UTMSPACE. Beliau juga memuji usaha UTMSPACE di dalam membangunkan kemahiran modal insan untuk rakyat Oman. Beliau akan membantu mempromosikan UTM dan UTMSPACE kepada organisasi dan institusi pengajian tinggi di Oman serta akan menyokong segala usaha yang dijalankan.

BRANDING ON THE GO Tarikh : 27-28 Januari 2016

Tempat : Bilik Seminar 2, Pusat Latihan UTM

Page 13: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

INTENSIVE ENGLISH COURSE (IEC)

KPI 2016Tarikh : 14-15 JANUARI 2016

Tempat : FMBE

BRANDING ON THE GO Tarikh : 27-28 Januari 2016

Tempat : Bilik Seminar 2, Pusat Latihan UTM

Intensive English Course telah dilaksanakan bermula pada March hingga Jun 2016. Seramai 9 orang pelajar dari Brazil, China, Thailand dan Korea Selatan mengikuti program tersebut yang mengandungi empat modul iaitu Reading, Writing, Listening dan Speaking. Mereka juga mengikuti pembelajaran di atas talian MyLine dan di makmal Bahasa.

Page 14: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN Tarikh : 21 Februari 2016

Tempat : Bilik Seminar UTMSPACE

STRATEGIC FIT LEADERSHIP Tarikh : 29-30 Mac 2016

Tempat : Bilik Seminar 2, Pusat Latihan UTM

CUSTOMER EXCELLENCE PROGRAM Tarikh : 9-10 Mac 2016

Tempat : Bilik Seminar 2, Pusat Latihan UTM

Page 15: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONAL 2016

Sepanjang bulan Januari hingga Mac 2016, Pusat Pembangunan Profesional (PPP) telah melaksanakan sejumlah 12 kursus pendek (public dan in-house) serta program UTM HYDRO II Course (Category A Level). Di samping itu juga, PPP telah dilantik sebagai Pengurus Acara untuk Persidangan GEOTROPIKA2016 yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM. Pada 24 Mac 2016, PPP juga menerbitkan Volume 10, Issue 1, bagi JISRI melalui website UTMSPACE. Sehingga kini, sebanyak 35 kursus di bawah program UTM PSC telah dijalankan. Berikut adalah senarai program sepanjang Januari hingga Mac 2016:-

KURSUS PENDEK (PUBLIC)

KURSUS PENDEK (IN-HOUSE)

BIL PROGRAM TARIKH TEMPAT

1 Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak 15 - 16 Feb UTMSPACE Johor Bahru

2 Basic Video Editing 29 - 30 Mac UTMSPACE KL

3 Aplikasi AUTOCAD 2D & 3D 29 - 31 Mac UTMSPACE KL

BIL PROGRAM TARIKH TEMPAT

1Memahami Pelan dan Anggaran Kos Projek Bangunan

12 - 14 Jan Sibu

2Outcome Based Education Philosophy and Implementation - UTP

18 - 19 Jan UTP

3 Teaching Methodology - UTP 20 - 21 Jan UTP

4 Penyeliaan Projek Kecil 2 - 3 Feb Sarikei

5Kursus ‘Pengurusan Bayaran Dalam Kontrak Binaan : Pelaksanaan Selepas GST’ - Sum Global Condultant

8 - 9 Mac De Palma Shah Alam

6Penyediaan Sebutharga Kerja Tanah dan Pembinaan Jalanraya

21 - 23 Mac Sri Aman

7Outcome Based Education Philosophy and Implementation - UTP

22 - 23 Mac UTP

8 Teaching Methodology - UTP 24 - 25 Mac UTP

9 Ship Stability - PTP 30 - 31 Mac UTM Johor Bahru

Page 16: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

SIJIL PROFESIONAL

UTM PSC

SEMINAR/PERSIDANGAN/JURNAL

BIL PROGRAM TARIKH TEMPAT

1UTM HYDRO II Course (FIG/IHO/ICA Category A Level) - FGHT, UTM

25 Jan 2016 - 23 Jan 2017

UTM JB

BIL PROGRAM TARIKH KEKERAPAN

1GLL1029 : ISO 9001:2008 Quality Management System Requirement

9 - 10 Jan & 16 - 17 Jan

2

2GLL1029 : ISO 9001:2008 Quality Management System Requirement

Sem II Sesi 2015/2016

17

3GLL1040 : Occupational Safety & Health Environment (OSHE)

13

4GLL1041 : How to Manage Your Personal Finance

3

BIL PROGRAM TARIKH TEMPAT

1

International Conference on Geotechnical And Transportation Engineering (GEOTROPIKA2016 ) - Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM

17 - 18 Feb SeriPacificHotel,KualaLumpur

2

Penerbitan Volume 10, Issue 1, Journal of Information Systems Research and Innovation (JISRI) - Information Service Systems Innovation (ISSI) research group

24 Machttp://seminar.utmspace.edu.my/

jisri/Volume10-1.html

Page 17: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

SELAMAT DATANG

SELAMAT MAJU JAYA

STAF YANG BERKAHWIN – TAHNIAH !

KE KELUARGA UTMSPACE

MOHAMMAD NOR KHAIRUL ANUAR BIN OMAR UNIT KESELAMATAN Bermula 4 JAN 2016

MUHAMMAD HAMZAH BIN NORIZAN BPB Bermula 17 JAN 2016

MOHD HAFIZ BIN MAT ISA BTMK Bermula 1 FEB 2016

NUR AQIDAH BINTI MOHD FAUZI BTMK Bermula 1 FEB 2016

KAMARUL BIN KADRI BPHRM Bermula 1 MAC 2016

Staf yang telah menamatkan perkhidmatan

BIL NAMABAHAGIAN/

UNITTARIKH BERHENTI

1 Muhammad Shuib Bin Abdul Razak BPHRM 19 Feb 2016

2 Sazali Bin Mohammad BPHRM 29 Feb 2016

3 Tuan Mohd Zaidi Bin Tuan Jusoh PPK 19 Mac 2016

4 Intan Diana Binti Sidik BKW 22 Mac 2016

5 Mohd Farhan Bin Darus BPHRM 29 Mac 2016

6 MohdHanafiBinSuratman BPHRM 31 Mac 2016

BIL NAMABAHAGIAN/

UNITTARIKH BERHENTI

1 Pn. Arbaiah Binti Inn PPK 17 Jan 2016

2 Nur Faseha Binti Mohd Kadim PERPUSTAKAAN 26 Mac 2016

3 Muhammad Hasmanuddin Bin Ismail PPSM 26 Mac2016

Page 18: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 38 / 2016 UTMSPACE MENYUMBANG RM50,000.00 KE DANA THE UTM BECAUSE WE CARE CHANCELLOR’S FUND Johor Bahru , 17 Mac 2016 - The UTM Because

SIDANG RIDAKSI

Editor|MOHAMADFAHMIB.AMATEASANGrafik|MARIABINTIAHMADFotografi|SYEDMUHAMMADHILMIBINSYEDYAHYA

TAKZIAH

STAF YANG MENERIMA CAHAYA MATA – TAHNIAH !

Takziah diucapkan kepada staf yang kehilangan insan tersayang. Didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

BIL NAMA STAFBAHAGIAN/

UNITCATATAN

1 Mohd Noor Fairos Bin Mohd Nawawi BPEKehilangan Ibu Tercinta Pada 19

Januari 2016/ 9 Rabiul Awal 1437H

2 Prof. Dr. Mohd Fua’ad Bin Hj. Rahmat PEJABAT DEKANKehilangan Ibu Mertua Yang

Dikasihi Pada 9 Mac 2016/ 29 Jamadil Awal 1437H

BIL NAMABAHAGIAN/

UNITTARIKH

BERSALINJANTINA ANAK

1 Siti Azyrimah Binti Abd Rahim PPSM 9 Jan 2016 Lelaki

2 NoorafidahBintiDeman BPB 16 Jan 2016 Lelaki

3Muhammad Fazren Farhan Bin Abd Aziz

BPB 4 Mac 2016 Lelaki

4 Noree Binti Mohd Rudzita PPSM 4 Mac 2016 Lelaki

5 Nurul 'Izzati Binti Mohd Hashim BKW 26 Mac 2016 Perempuan

6 Huzaimah Binti Jamal PPSM 27 Mac 2016 Perempuan

7 Fatin Eddayu Binti Azhan BKW 29 Mac 2016 Lelaki