E-dagang

Click here to load reader

download E-dagang

of 12

description

e-dagang

Transcript of E-dagang

E-dagang ( Persekitaran teknologi,ekonomi dan pengguna)

SHAMINI RAMADASKALAIVANI ARMUGAMGOKILADEVI CHANDRAKUMARE-dagang( Persekitaran teknologi,ekonomi dan pengguna)

PERSEKITARAN TEKNOLOGINetwork Infrastructure and Performance (Infrastruktur Rangkaian Dan Prestasi)Setiap orang yang bersambungan kepada rangkaian tersebut mesti dikenalpasti secara unik (uniquely indentified). Dalam kes bagi rangkaian telefon, setiap talian mempunyai satu nombor telefon yang unik. Terdapat satu sistem berkumpulan untuk mengatur tugasan nombor-nombor: kod negara dan kod kawasan atau bandar, diikuti oleh nombor sebenar. Kod-kod negara datang daripada satu perjanjian antarabangsa dalam sesebuah negara, setiap syarikat telefon bertanggungjawab untuk kod-kod kawasan dan nombor-nombor.Sesetengah direktori mestilah wujud, yang merekod tugasan nombor kepada menusia. Syarikat-syarikat telefon menawarkan satu nombor khas untuk perkhidmatan direktori di kawasan yang mereka bertanggungjawab.

Telefon-telefon individu disambungkan kepada satu sistem pensuisan perantara (intermediate switching system). Sistem pensuisan itu membenarkan mana-mana pengguna untuk berhubung dengan mana-mana pengguna lain di rangkaian itu, atau malahan merentasi rangkaian tersebut.

Oleh itu, satu telefon rumah yang bersambungan kepada satu rangkaian dengan satu wayar fizikal boleh menghubungi satu telefon selular di satu rangkaian yang dikendalikan oleh syarikat lain.

Beberapa sambungan boleh menjadi sementara, selainnya adalah kekal. Jika anda menggunakan sebuah telefon berbayar (payphone), anda disambungkan buat sementara waktu kepada satu rangkaian daripada satu nombor yang digunakan oleh orang lain. Jika anda menelefon daripada rumah anda, anda sentiasa disambungkan daripada nombor yang sama.

Tiga ciri-ciri utama yang membezakan internet daripada jenis WAN yang lain.Internet adalah:Connectionless: tiada sambungan yang selanjar (continuous) antara client dan server. Satu mesej dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, dipanggil paket (packets), dan setiap paket yang membentuk mesej mengandungi alamat penghalaan (routing address), seperti satu sampul surat dalam sistem pos. Rangkaian lain adalah sambungan berorientasi (connection-oriented) yang bermaksud bahawa rangkaian itu menyediakan satu sambungan selanjar daripada satu poin kepada yang lain, yang kekal 'hidup' sehingga anda menggantungnya.

Stateless: setiap mesej berdiri sendiri. Kedua-dua client dan server hanya membuang" mesej-mesej mereka kepada rangkaian dan menunggu satu respon. Tiada cara untuk mereka mengetahui jika mesej itu tiba. Dengan kata lain, internet hanya cuba untuk menjejaki siri paket-paket yang membentuk satu mesej tunggal dan mengumpulkan mereka apabila semua bahagian itu telah tiba.

Best-effort: sistem tidak menawarkan jaminan-jaminan mesej akan dihantar ia akan melakukan yang terbaik tetapi jika client atau server tidak dapat dicapai (terputus daripada rangkaian, sebagai contoh, atau tiada laluan tersedia) paket-paket itu akan dibuang. Selain daripada membina mekanisme-mekanisme yang kompleks untuk memastikan bahawa sebarang kesilapan dalam rangkaian dapat dikesan dan diperbetulkan, penghujung nod boleh mengulangi permintaan servis (service requests) mereka secara berkala. Jika mana-mana poin dalam rangkaian kehilangan arah kerana satu kegagalan sementara, permintaan ini diminta semula supaya servis akan mengembalikan semula maklumat yang diperlukan.

RANCANGAN LUAR JANGAKAANRangkaian berasaskan aplikasi menjadi semakin misi kritikal, satu kriteria keputusan utama menjadi kualiti tahap perkhidmatan yang diperlukan. Business Impact Analysis dijalankan untuk mengenalpasti fungsi-fungsi perniagaan kritikal. Ia mengandungi beberapa langkah:

kenal pasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang kritikal dan pemilik aktiviti. mengenal pasti sistem-sistem yang kritikal dan maklumat.menganggarkan satu tempoh masa henti (downtime period) yang boleh diterima mengenal pasti risiko-risiko, menentukan magnitud mereka dan mengenal pasti perlindungan.Persekitaran ekonomi dan organisasi

Sebuah syarikat boleh dipengaruhi (vulnerable) untuk bersikap oportunis disebabkan beberapa keadaan:Ketentuan tapak (Site specificity): produk (cth. bahan-bahan mentah) hanya boleh didapati di suatu tapak tertentu.Ketentuan aset fizikal (Physical asset specificity): produk tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara lain, dan sebab itu adalah ia hanya berguna kepada seseorang pelanggan.Ketentuan aset manusia (Human asset specificity): kemahiran tertentu diperlukan untuk mengeluarkan atau menggunakan sesuatu produk.Ketentuan masa (Time specificity): produk hanya berguna bagi suatu tempoh masa tertentu (cth. ia akan rosak).Kerumitan produk (Product complexity): maklumat tentang produk adalah kompleks. Pelanggan menghadapi kesukaran memperincikan apa yang mereka mahu dan mencari melalui alternatif-alternatif bagi mencari pembekal terbaik.

Market and Hierarchies (Pasaran Dan Hierarki-hierarki)

Pasaran (Markets) adalah bermaksud memudahkan urus niaga antara pembeli-pembeli dan pembekal-pembekal. Hierarki-hierarki (Hierarchies) merupakan perhubungan pembekal-pelanggan yang bertahan lama, diselaraskan oleh pengurusan lebih dari kuasa pasaran (market forces).Semasa satu mekanisme pasaran bekerja, pembeli membeli daripada mana-mana pembekal yang menawarkan kombinasi sifat terbaik seperti harga, kuantiti yang boleh didapati, piawaian kualiti, jadual penghantaran, dan sebagainya.

Electronic Markets (Pasaran-pasaran Elektronik)

Menggunakan rangkaian elektronik untuk mengurangkan kos mencari barangan dan perkhidmatan yang bersesuaian disebut sebagai kesan pembrokeran elektronik" Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan direktori memudahkan untuk mengesan sejumlah besar pembekal yang berpotensi. Sebagai contoh, bagi beberapa tujuan, sepuluh digit ISBN boleh menerangkan sesuatu buku disebabkan teknologi maklumat yang diaplikasikan. Electronics Hierarchies (Hierarki-hierarki Elektronik)

Firma-firma yang menggunakan rangkaian-rangkaian untuk mengurangkan kos integrasi membangunkan perhubungan berhierarki jangka masa panjang dengan rakan dagangan mereka.Bekalan bersepadu yang berangkaian membantu untuk meminimakan inventori dan mengurangkan modal kerja dengan menambah darjah penglihatan peringkat stok. Mewujudkan perhubungan elektronik dengan pembekal-pembekal besar dan pelanggan-pelanggan membolehkan syarikat-syarikat untuk menghantar dan menerima pesanan belian, pemberitahuan invois dan pengiriman dengan lebih cepat. SEKIAN TERIMA KASIH