e-FM€¦ ·  · 2018-02-04going paperless selaras dengan kempen Green Office UTM. ... sesuatu...

4
e - FM JABATAN SAINS MATEMATIK UTM e-FM18.01 Shazirawati Tok Itam Sis Kekwat Hazzirah Hang See Pheng Zarina Sekiranya anda mempunyai artikel menarik yang ingin dikongsikan, sila emel- kan kepada: [email protected] cc: [email protected] SIDANG REDAKSI e - FM DARI PAPAN KEKUNCI KETUA EDITOR Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah, Forum Matematik sulung bagi tahun 2018 ini telah berjaya diterbitkan. Di kesem- patan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada AJK Forum Matematik (baru dan lama) yang telah bekerjasama dalam penerbitan pertama ini. Melalui perbincangan bersama KJSM dan beberapa rakan JSM yang lain, kami memutuskan mulai tahun ini, Forum Matematik akan dikenali sebagai e-FM, and we are going paperless selaras dengan kempen Green Office UTM. Kami juga akan menambah baik isi kandungan e-FM dengan memperkenalkan beberapa column tetap dan juga sudut perkongsian ilmiah. Sidang redaksi e -FM berharap agar e-FM ini menjadi saluran dan platform kepada pensyarah dan juga mahasiswa JSM un- tuk berkongsi idea, berita, penulisan dan bahan-bahan lain yang bermanfaat. Kami juga mengharapkan e- FM adalah sesuatu yang ditunggu setiap bulan kerana di dalam nya mungkin ada tawa, ada kenangan, ada sesuatu untuk difikirkan dan paling tidak sebagai bacaan santai pada setiap bulan. Akhir kata, saya me- ngucapkan selamat maju jaya kepada semua, dan selamat memulakan semester baru. ■ DR. HANG SEE PHENG Office: C10 - 337 Dr. Hang See Pheng is a newly appointed senior lecturer in our department. She graduated from UTM with Bachelor degree in Industrial Mathematics in 2005 and after that pursued her Master's degree by research in Mathematical Science at USM, Penang. In 2010, she furthered her Ph.D studies in Faculty of Computing UTM and graduated in NEW STAF @JSM DR. HAZZIRAH IZZATI MAT HASSIM Office : C10 - 311 Extension : 33547 Dr. Hazzirah Izzati is a Senior Lecturer in our department and she is one of the UTM alumni since she was award- ed both her Bachelor of Science (Mathematics) and Doctor of Philosophy (Mathematics) degrees from UTM. She became a faculty member in 2014, right after her Ph.D graduation. Her research interests lie in the area of algebraic theory, mainly in Group Theory and Graph Theory. In 2015, she pursued her postdoctoral in University of Leeds, United Kingdom for two years working in the area of permutation group theory. She returned to UTM in December 2017 and started teaching since then. Currently, she is the assis- tant coordinator for the Master of Science (Mixed Mode) for Mathematics & Engineering Mathematics programs. She also involves in several other commit- tees including FS Corporate Affairs, 2U2I, ICOWOBAS 2019 and department's newsletter; e-FM team. 8 Feb 2018 Kemasukan markah ke dalam sistem iCGPA bagi semua pensyarah Tahun 1 bagi semua program FS dan Kursus Servis untuk sesi 2017/2018 Sem 1. 18 Feb 2018 Penyerahan CAR bagi semua kursus kepada Penyelaras Program. 22 Feb 2018 Penyerahan fail kursus. TARIKH PENTING 2014, where her doctoral thesis focused on artificial immune recog- nition system algorithm for medical image analysis. Before she joined Faculty of Science, UTM as a senior lecturer, she worked at University of Rea- ding Malaysia as a mathematics lecturer. Dr. Hang has several years' teaching experience as full-time and part-time lecturer subjects of Mathematics and Statistics with foundation, diploma and degree level students in college, college university, and universities level. Her research interests lie in the areas of machine learning on medi- cal image analysis and mathe- matical modeling for envi- ronmental pollution. She is cur- rently joined as a committee in e- FM and 2U2I. 1/4

Transcript of e-FM€¦ ·  · 2018-02-04going paperless selaras dengan kempen Green Office UTM. ... sesuatu...

e-FM J A B ATA N S A I N S M AT E M AT I K U T M

e-FM18.01

S h a z i r a w a t i

T o k I t a m

S i s K e k w a t

H a z z i r a h

H a n g S e e P h e n g

Z a r i n a

Sekiranya anda

mempunyai artikel

menarik yang ingin

dikongsikan, sila emel-

kan kepada:

[email protected]

cc: [email protected]

SIDANG

REDAKSI

e-FM

DARI PAPAN KEKUNCI KETUA EDITOR Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, Forum Matematik sulung bagi tahun 2018 ini telah berjaya diterbitkan. Di kesem-

patan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada AJK Forum Matematik (baru dan lama) yang

telah bekerjasama dalam penerbitan pertama ini. Melalui perbincangan bersama KJSM dan beberapa rakan

JSM yang lain, kami memutuskan mulai tahun ini, Forum Matematik akan dikenali sebagai e-FM, and we are

going paperless selaras dengan kempen Green Office UTM. Kami juga akan menambah baik isi kandungan

e-FM dengan memperkenalkan beberapa column tetap dan juga sudut perkongsian ilmiah. Sidang redaksi e

-FM berharap agar e-FM ini menjadi saluran dan platform kepada pensyarah dan juga mahasiswa JSM un-

tuk berkongsi idea, berita, penulisan dan bahan-bahan lain yang bermanfaat. Kami juga mengharapkan e-

FM adalah sesuatu yang ditunggu setiap bulan kerana di dalam nya mungkin ada tawa, ada kenangan, ada

sesuatu untuk difikirkan dan paling tidak sebagai bacaan santai pada setiap bulan. Akhir kata, saya me-

ngucapkan selamat maju jaya kepada semua, dan selamat memulakan semester baru. ■

DR. HANG SEE PHENG

Office: C10 - 337

Dr. Hang See Pheng is a

newly appointed senior

lecturer in our department.

She graduated from UTM

with Bachelor degree in

Industrial Mathematics in

2005 and after that pursued her Master's degree

by research in Mathematical Science at USM,

Penang. In 2010, she furthered her Ph.D studies

in Faculty of Computing UTM and graduated in

NEW STAF @JSM DR. HAZZIRAH IZZATI

MAT HASSIM

Office : C10 - 311

Extension : 33547

Dr. Hazzirah Izzati is a Senior Lecturer

in our department and she is one of

the UTM alumni since she was award-

ed both her Bachelor of Science

(Mathematics) and Doctor of Philosophy (Mathematics)

degrees from UTM. She became a faculty member in

2014, right after her Ph.D graduation. Her research

interests lie in the area of algebraic theory, mainly in

Group Theory and Graph Theory. In 2015, she pursued

her postdoctoral in University of Leeds, United Kingdom

for two years working in the area of permutation group

theory.

She returned to UTM in December 2017 and

started teaching since then. Currently, she is the assis-

tant coordinator for the Master of Science (Mixed

Mode) for Mathematics & Engineering Mathematics

programs. She also involves in several other commit-

tees including FS Corporate Affairs, 2U2I, ICOWOBAS

2019 and department's newsletter; e-FM team.

8 Feb 2018 Kemasukan markah ke dalam sistem iCGPA bagi semua pensyarah Tahun 1 bagi semua program FS dan Kursus Servis untuk sesi 2017/2018 Sem 1.

18 Feb 2018 Penyerahan CAR bagi semua kursus kepada Penyelaras Program. 22 Feb 2018 Penyerahan fail kursus.

TARIKH PENTING

2014, where her doctoral thesis

focused on artificial immune recog-

nition system algorithm for medical

image analysis.

Before she joined Faculty of

Science, UTM as a senior lecturer,

she worked at University of Rea-

ding Malaysia as a mathematics

lecturer. Dr. Hang has several years'

teaching experience as full-time

and part-time lecturer subjects of

Mathematics and Statistics with

foundation, diploma and degree

level students in college, college

university, and universities level.

Her research interests lie in the

areas of machine learning on medi-

cal image analysis and mathe-

matical modeling for envi-

ronmental pollution. She is cur-

rently joined as a committee in e-

FM and 2U2I.

1/4

Al-Fatihah. Salam takziah diucap-

kan kepada PM. Dr. Yudariah

Mohd Yusof atas permergian ibu

mertua beliau pada 1 Januari 2018

yang lalu. Semoga roh Allah-

yarhamah dihimpunkan bersama roh para solihin.

Cahaya Mata. Tahniah diucapkan kepada Dr. Zarina Mohd Kha-

lid yang telah dikurniakan cahayamata lelaki pada 19 Januari

2018. Mabruk!

Geran Penyelidikan. Permohonan geran penyelidikan KPT yang

masih dibuka adalah LRGS (12 Feb 2018), FRGS (15 Feb 2018)

dan TRGS (28 Feb 2018).

Majlis Perhimpunan Bulanan (Februari) bersama YBhg. Datuk

Naib Canselor akan diadakan pada Selasa, 13 Februari 2018,

8.15 pagi, bertempat di Dewan Azman Hashim, UTM KL. Lintas

langsung: Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Staf Menghadiri Bengkel/Seminar/Kursus.

Post-Conference Workshop, WEEF, 28 November 2017,

bertempat di FKM, UTM. Staf terlibat: PM. Dr. Yudariah

Mohammad Yusof.

Pre-Conference Workshop, ICTEE, 13-14 Disember 2017,

bertempat di MIT Academy of Engineering, Pune, India.

Staf terlibat: PM. Dr. Yudariah Mohammad Yusof.

Workshop on Writing Final Exam Questions, 27 - 28 Di-

sember 2017, bertempat di Uni. Malaysia Kelantan. Staf

terlibat: PM. Dr. Yudariah Mohammad Yusof.

A 2 Day Workshop on Active Learning & Storytelling, 10-

11 Januari 2018, bertempat di Bilik Bengkel CTL UTMLead.

Staf terlibat: Dr. Nur Arina Bazilah Aziz.

Bengkel Semakan Pelaksanaan Prosedur Service Learning,

24 Januari 2018, bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Kursus

Kokurikulum dan Pembelajaran Servis. Staf terlibat: PM. Dr.

Nor Muhainiah Mohd Ali.

BERITA DAN MAKLUMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berbuallah Tok Itam dengan seorang eksekutif

pemaju perumahan. Katanya sekarang rumah

kedai pun agak sukar nak dijual kerana pernia-

gaan atas talian mengurangkan permintaan ter-

hadap rumah kedai. Giant dan Tesco pun ada yang dikecilkan

ruangnya. Tak perlu ruang yang besar untuk mempamer produk

kerana produk mereka boleh dibeli atas talian. Sesetengah tem-

pat menyewakan ruang pejabat mengikut jam yang dilengkapi

dengan segala macam alat keperluan pejabat seperti komputer

dan mesin cetak. Nak bermesyuarat atau melayan pelanggan,

jumpa di ruang pejabat yang disewa untuk beberapa jam sahaja.

Sekarang semua atas talian, tambah beliau.

Pelajar PSM Tok Itam bercadang untuk menggunakan aplikasi

model statistik dalam kajian beliau. Tok Itam cadangkan pada be-

liau; apa kata guna model ini untuk mengenalpasti faktor yang

mempengaruhi pelajar menggunakan perpustakaan. Soalan mu-

dah beliau:

‘Ada lagi ke pelajar pergi perpustakaan? Sekarang semua atas

talian’

Betul juga kata beliau. Tok Itam kalau cari artikel pun atas talian

sahaja. Buku pun dicari atas talian. Laman pdfdrive ada lebih da-

ripada 300 juta ebook dalam pelbagai bidang. Buku ‘Teach Your

Dog 100 English Words – uber’ pun ada. Tak perlu lagi beratur di

perpustakaan untuk pinjam atau pulang buku. Bank pun dah

lengang. Kalau zaman dulu-dulu koboi siul panggil kuda, dan-dan

tu juga kuda berlari dapatkan tuan koboi. Sekarang jari tekan te-

lefon mudah alih, dan-dan tu juga kereta Uber dan Grab sampai

di depan tuan badan yang menempah.

Jadi, kalau perpustakaan lengang, bank lengang. Apa yang yang

tidak lengang? Jawabnya:

‘Pos Laju’ ■

Tok Itam

AKTIVITI RG

Applied Algebra & Analysis (AAAG) Seminar

(Ceramah daripada Prof Dr Ahmad Erfanian, Ferdowsi Univ of

Mashhad, Iran)

Tarikh: 16 Januari 2018

Tempat: Bilik Mesyuarat C22 Aras 3

Staf terlibat: Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin, PM. Dr. Nor Muhainiah

Mohd Ali, PM. Dr. Ali Hassan Mohamed Murid, PM. Dr. Mukhiddin,

Dr. Fong Wan Heng, Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Dr. Taufiq

Khairi, Tn. Hj. Hamisan Rahmat.

KLINIK iOBE & PENYEDIAAN CAR

8 Februari 2018 (Khamis)

8.30 pg - 3.00 ptg

Makmal Komputer 1, C22

Pensyarah yang memerlukan bantuan dijemput hadir. Sila bawa

markah dan L1.

Fasilitator: Dr Yeak, Dr. Fuaada, Dr. Shazirawati

2/4

SERIES 1 : WHAT IS 4IR?

The Fourth Industrial Revolution, or shortly 4IR, as clearly implicated in its name, is the fourth major era in Industrial Revolution which

has been developed since the 18th century. The Industrial Revolution shifted humans reliance on animals, human effort and biomass

as primary sources of energy to the use of fossil fuels and the mechanical power.

Figure 1: History of Industrial Revolution (IR)

Represented as the emergence of "cyber-physical systems", 4IR involves entirely the new capabilities for people and ma-

chines where technology becomes embedded within the societies and even our human bodies. The convolution of these emerging

nature of technologies causes the 4IR to become unfamiliar, and to many, threatening.

The Impact of 4IR

In the 4th Industrial Revolution, there will be massive opportunities generated especially in the growth of economics in the world. To-

wards the new era of 4IR, big data management and artificial intelligence playing important role to generate "robotize" operation in

industry. Consequently, the challenging in high demand of production in daily life can be easily solved by the seamless management

and manufacturing operation systems. This 4IR is giving the excited influence to the populations around the world by activating the

smart "robotize" factories and management system widely.

The Future

In the future, the research and development (R&D) in the field of robots, big data analytics, machine learning is continuing become es-

sential in order to accomplish the vision of 4th IR. In this era, the contribution of education in these research areas is expected to gain

significant attention by the community.

Reference : World Economic Forum

Prepared by: Dr. Hazzirah Izzati & Dr. Hang See Pheng

Next Series : Academia in 4IR

“The Fourth Industrial Revolution, finally, will change not only what we do but also who we are. It will affect our identity

and all the issues associated with it: our sense of privacy, our notions of ownership, our consumption patterns, the time

we devote to work and leisure, and how we develop our careers, cultivate our skills, meet people, and nurture relation-

ships.” —Professor Klaus Schwab, The Fourth Industrial Revolution

Dalam usaha memberi penjelasan tentang 4th Industrial Revolution (4IR) kepada semua staf dan mahasiswa, khususnya di JSM, e-FM

akan mengeluarkan beberapa siri artikel berkenaan 4-IR. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

3/4

e-FM diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM

“Ada tengok mummy happy? Ada? Ada? Takda kan?”

Tagline yang menjadi tular kini di kalangan netizen media sosial.

Siapa yang dimaksudkan hanya yang tahu akan faham. Sis pun

tak tahu juga asalnya. Tapi anak-anak sis sering berkomunikasi

sesama mereka menggunakan tagline itu.

Apa yang hendak sis coretkan adalah situasi selepas final exam.

Musim-musim ‘nota cinta’. Sis perhatikan peratusan ‘nota cinta’

ini memang dah berkurangan tetapi masih ada. Dulu memang

ada nota-nota P/S di akhir buku jawapan peperiksaan akhir.

Rayuan, alasan, begitu dan begini. Sedangkan semasa se-

mester berjalan, kuliah berjalan, tiada pula usaha atau

pemberitahuan, “Dr, saya perlu lulus dengan gred tinggi

supaya boleh mohon biasiswa sekian, sekian” atau

“kasihani la saya Dr. Saya sudah cuba sedaya upaya. Mo-

hon untuk berikan saya gred A- pun ok sebab carrymark

saya rendah.” Dan pelbagai alasan yang lain. Jawapan sis,

“beria la sedaya upaya tu..kalau final 80/100, sis boleh la kata

sedaya upaya sudah. Tetapi jika setakat 10/100…aduh.”-dalam

hati saja.

Zaman sekarang, ramai yang tak pandai ukur baju di badan

sendiri. Yang dah tahu nak mohon biasiswa pun, usaha tu nam-

pak lepas jawab final exam yang entah apa-apa ntah. Sepatut-

nya, dari awal, lepas dapat keputusan Test 1 atau Test 2, dah da-

tang berbincang dengan pensyarah. Sis faham, pelajar sekarang

ini sangat sibuk. Nak uruskan online business mereka lagi. Nak

bawa Grab lagi. Hihi.

Itu belum yang ber ‘PM’ tepi lagi. Ada juga alasan, “Subjek ni

paling senang Dr. dari yang lain. Saya harap untuk dapat A untuk

ini. Boleh Dr. bantu?” <—-Boleh. Saya boleh tolong. Tetapi

semua ini perlu digambarkan dalam final exam. Kalau peperik-

saan akhir semput-semput dengan 30/100, dengan carrymark

yang tinggi mana pun, cium B pun belum tentu. Aduhai.

Sis percaya, rata-rata kawan sis mengalami situasi yang sama.

Cuma semakin tahun, kami semakin boleh handle situasi ini.

Semua “nota cinta” pelajar sudah berada dalam poket kami. Ja-

rang kita dapat melihat situasi semasa study week pintu-pintu

bilik pensyarah diketuk. Jarang kita nampak pelajar, menunggu

di luar bilik pensyarah untuk bertanyakan soalan apabila men-

jelang musim final exam. Yang kita sibuk waktu ini adalah me-

layan soalan-soalan pelajar menerusi aplikasi whatsapp sahaja.

Senang kan? Time student kita study, dia buntu, terus tekan

phone. Tanya itu dan ini. Tak kiralah jam 2 pagi pun message.

Jika satu soalan dijawab, akan ada lagi soalan demi soalan. Be-

lum lagi soal silap faham. Jenuh. Letih. Itu baru seorang. Then,

orang lain pula bertanya…dan lagi dan lagi. Ada

soalan berulang, tapi bukan dia tahu soalan

tu kawan dia dah tanya. Sudahnya, sis

belajar untuk hanya memberikan dou-

ble blue tick sahaja. Soalan mudah un-

tuk dijawab tetapi adab berguru se-

makin pupus kini. Sis hanya beritahu,

jika ada sebarang masalah, boleh la

datang sendiri ke pejabat sis. Ada soa-

lan yang dijawab dengan bercakap lagi

mudah berbanding hendak dituliskan da-

lam bentuk ayat. Senang cerita, tak koser sis

nak menekan-nekan phone ok?

Apapun, sis percaya dengan kepesatan teknologi kini, memang

adab berguru semakin pupus. Sudahnya kita tidak mengenal

pelajar. Pelajar juga amat kurang mahu berbincang berkenaan

masalah mereka dengan pensyarah. Bagaimana kita hendak

membantu sebab kita tidak mengenal pelajar. Atas dasar apa un-

tuk kita pertimbangkan kerana kita tidak nampak usaha yang

diklasifikasikan ‘sedaya upaya’ itu semasa semester berjalan.

Makanya, final exam sahaja menjadi rujukan. Sis percaya, nota-

nota cinta buat pensyarah akan sentiasa ada. Bezanya dulu ha-

nya di bahagian belakang buku jawapan final, kini sudah ber PM

tepi. Nasihat kepada pelajar, apa yang kita mahukan, mesti da-

tang bersama usaha. Bukan semudah tekan phone, dan mesti di-

jawab.

Eh…Sis tak marah, sis cuma nasihat je. ■

Nota Cinta Buat Pensyarah

“Di zaman

kepesatan teknolo-

gi kini, adab

berguru semakin

pupus.”

* Maklum balas daripada 118 pelajar UTM.

Yes No

80.50%

19.50%

Should a lecturer create a whatsApp group for every subject

that he/she taught ?

4/4