e l e m e n 2

43
E L E M E N 2 :-

description

elemen 2

Transcript of e l e m e n 2

Page 1: e l e m e n 2

E L E M E N 2 :-

Page 2: e l e m e n 2
Page 3: e l e m e n 2
Page 4: e l e m e n 2

TAJUK KAJIAN

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAIAN

HASIL KAJIAN :- 6.1 MAKLUMAT ASAS - Nama/Jenis Kegiatan Ekonomi - Sejarah/Asal-Usul Kegiatan Ekonomi - Lokasi/Tempat Kajian - Pihak Yang Mengusahakan/Individu/Kelompok Masyarakat Yang Mengusahakan

6.2 LATAR BELAKANG - Tujuan Dijalankan - Proses/Cara Pelaksanaan - Peralatan/Kaedah Yang Digunakan - Produk Yang Dihasilkan - Kos Pengendalian

6.3 SUMBANGAN / PENGARUH KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT - Status Keluarga/Mobiliti Sosial - Identiti Keluarga - Memenuhi Permintaan - Pembangunan Kawasan Setempat - Peluang Pekerjaan

6.4 PROSPEK - Cabaran/Kekangan Yang Dihadapi - Penglibatan Pihak Luar/Galakan Kerajaan Atau Swasta - Reaksi/Penerimaan Masyarakat - Saranan Dan HarapanRUMUSAN

LAMPIRAN

Page 5: e l e m e n 2

RUJUKAN

Saya , Clarisamae Vanytha Chakravarthy ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya melaksanakan Kerja Kursus ini dalam masa yang ditetapkan iaitu selama dua bulan .

Pertama , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru matapelajaran Sejarah saya iaitu , PUAN NORAZMIZA MOKHTAR yang banyak memberi tunjuk ajar dan memberi maklumat kepada saya dalam menjayakan Kerja Kursus ini .

Seterusnya , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada IBU BAPA saya iaitu ADELINA BAPTIST dan CHAKRAVARTHY V yang telah memberi galakan dan dorongan yang secukupnya sehingga tamat tempoh pelaksanaan Kerja Kursus ini .

Pihak terakhir yang saya berterima kasih kepada ialah RAKAN SEKELAS saya , iaitu Lam Xin Qi , Putri Naeila Bt. Amran dan Fazreen Regina . Mereka telah banyak membantu saya menyiapkan Kerja Kursus ini dengan berbincang mengenai tajuk Kerja Kusus.

Akhir kata , saya berterima kasih kepada ketiga – tiga pihak yang banyak menolong saya dalam proses melaksanakan Kerja Kursus ini .

Page 6: e l e m e n 2

Antara Objektif Kajian yang dapat saya peroleh ialah dapat mempelajari jenis-jenis kegiatan ekonomi tradisional ataupun kuih-kuih tradisional yang terdapat di kawasan Sertik .

Selain itu , saya juga dapat mengenalpasti cara-cara perlaksanaan kuih-kuih tradisional yang dilakukan oleh penduduk-penduduk di sekitar kawasan Sertik .

Di samping itu , melalui perlaksanaan Kerja Kursus ini , saya dapat mengetahui lokasi-lokasi membuat kuih tradisional yang terdapat di kawasan Sertik .

Akhir sekali , saya juga dapat mengenalpasti tujuan dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan kuih-kuih tradisional tersebut .

Bagi menjayakan Kerja Kursus Sejarah , saya telah menggunakan beberapa Kaedah Kajian .

Page 7: e l e m e n 2

Terutamanya ialah mungumpul melalui Kaedah Penyelidikan di Internet . Saya telah memperoleh sebahagian maklumat yang berguna tentang kegiatan ekonomi tradisional yang dilakukan oleh masyarakat di Malaysia . Antara laman web yang dilawati adalah seperti Google , Wikipedia dan Scribd .

Di samping itu , saya telah menggunakan Kaedah Temu Bual . Saya telah menemu bual seorang pengusaha Kuih Peneram . Namanya Latifah bt. Kerya . Beliau banyak memberi informasi tentang kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan olehnya .

Seterusnya , saya telah mendapat informasi mengenai kegiatan ekonomi tradisional melalui Kaedah Kepustakaan . Buku tersebut merupakan Buku Teks Tingkatan 2 . Maklumat mengenai kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia terdapat dalam Bab 6 iaitu “Britsh Mengeksploit Hasil Bumi di Malaysia” .

Akhirnya , saya telah mengumpul fakta tentang kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia melalui Kaedah Melawat Tempat Kajian . Lawatan tersebut diadakan di Kawasan Perniagaan Felda , Sertik . Saya telah melawat tempat kajian tersebut pada 17 Mac 2013 . Tujuan saya melawat tempat kajian tersebut adalah untuk mengumpul maklumat tentang kegiatan ekonomi tradisional .

Page 8: e l e m e n 2

6.1 : Maklumat Asas

6.2 : Latar Belakang

6.3 : Sumbangan / Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

6.4 : Prospek

6 .1 . M A K L U M A T A S A S

6 . 1 . 1 : JENIS KEGIATAN EKONOMI

Kegiatan Ekonomi Tradisional yang saya kaji ialah berdasarkan perusahaan kuih tradisional oleh Puan Latifah bt . Kerya di Kawasan Perniagaan Felda , Sertik .

Page 9: e l e m e n 2

6 . 1 . 2 : SEJARAH ASAL USUL KEGIATAN EKONOMI

Puan Latifah bersama suaminya bermula perusahaan membuat kuih - kuih tradisional sejak tahun 1993 . Oleh yang demikian , beliau mengusahakan perusahaan membuat kuih - kuih tradisional ini selama 20 tahun lamanya . Pada masa tersebut , beliau membuat kuih - kuih tradisional untuk dijual di gerai berhampiran dengan rumahnya di Kampung Sertik .

6 . 1 . 3 : LOKASI / TEMPAT KAJIAN

Lokasi ataupun tempat kajian terletak di Kawasan Perniagaan Felda , Sertik , Pahang . Beliau yang berusia 46 tahun menjalankan perusahaannya di salah satu gerai di sini . Lokasi kediaman beliau terletak di Kawasan Perumahan Kampung Sertik iaitu kira-kira 10 km .

6 . 1 . 4 : PIHAK YANG MENGUSAHAKAN / INDIVIDU / KELOMPOK MASYARAKAT YANG MENGUSAHAKAN

Perusahaan kuih -kuih tradisional juga dilakukan oleh beberapa penduduk di sekitar Kampung Sertik . Tujuan mereka adalah sama seperti Puan Latifah . Bagi tujuan kerja kursus , saya memilih Puan Latifah bt. Kerya kerana beliau telah lama mengusahakan perusahaan membuat kuih - kuih tradisional di kawasan perniagaan tersebut .

Page 10: e l e m e n 2

GAMBAR 1 DI ATAS MENUNJUKKAN SEJENIS KUIH TRADISIONAL .

Page 11: e l e m e n 2

GAMBAR 2 DI ATAS MENUNJUKKAN SEJENIS KUIH TRADISIONAL , KUIH PENERAM

Page 12: e l e m e n 2

GAMBAR 3 DI ATAS MENUNJUKKAN SEJENIS KUIH TRADISIONAL , KEREPEK PISANG

Page 13: e l e m e n 2

6 .2 . L A T A R B E L A K A N G Latar belakang mengenai kuih tradisional yang dikajikan adalah seperti tujuan perusahaan tersebut dijalankan , proses ataupun cara pelaksanaan kuih tersebut , peralatan yang digunakan , tempat ataupun kawasan perusahaan kuih tradisional dan kos pengendalian bagi menghasilkan kuih tradisional yang diusahakan .

6 . 2 . 1 : TUJUAN DIJALANKAN

Terutamnya , tujuan kuih – kuih tradisional diusahakan oleh Puan Latifah adalah untuk dijadikan sumber makanan ruji iaitu makanan harian . Selain dijadikan sumber makanan harian , kuih – kuih tradisional yang diusahakan oleh beliau juga bagi menambah pendapatan keluarganya melalui penjualan di gerainya . Antara kuih - kuih tradisional yang dijual ialah Kuih Peneram , Bahulu , Rempeyek Berherba dan Pisang Goreng . Di samping itu , dengan mengusahakan kuih – kuih tradisional , wujudnya peluang pekerjaan kepada yang berminat .

6 . 2 . 2 : PROSES / CARA PELAKSANAAN

Proses ataupun cara pelaksanaan salah satu kuih tradisional yang diusahakan oleh Puan Latifah iaitu Kuih Peneram adalah seperti berikut : Bahan yang diperlukan adalah seperti tepung , gula Melaka dan air masak . Pertama sekali , masak gula Melaka dengan air sehingga larut . Tapis air gula dan masukkannya kedalam tepung yang telah diayak sementara air gula masih panas . Kacau campuran tersebut sehingga sebati . Kalau disenduk sedikit , adunan tersebut jatuh bertali dan mempunyai gelombang – gelombang udara di permukaan . Perapkan adunan selama tiga hingga empat jam dan kemudian , terap dan gorengkannya .

6 . 2 . 3 : PERALATAN / KAEDAH YANG DIGUNAKAN

Peralatan yang digunakan untuk membuat kuih Peneram ialah cawan untuk menyukat air . Penguli untuk meleperkan adunan kuih . Di samping itu , kuali dan spatula untuk menggoreng kuih Peneram .

Page 14: e l e m e n 2

6 . 2 . 4 TEMPAT / KAWASAN YANG MENGUSAHAKAN

Tempat ataupun kawasan perusahaan kuih tradisional Puan Latifah tidak begitu luas lagi . Antara kawasan beliau menjual ataupun mengusahakan kuih - kuih tradisionalnya adalah di sekitar Kampung Sertik , Bandar Bentong , Bandar Raub dan Karak .

6 . 2 . 5 : KOS PENGENDALIAN

Kos pengendalian yang perlu ditanggung oleh Puan Latifah untuk mengusahakan kuih - kuih tradisionalnya agak tinggi . Untuk membeli bahan ialah kira – kira RM15.00 . Kos upah untuk membuat kuih tersebut pula ialah RM15.00 . Jumlah kos pengendalian yang terakhir ialah kira - kira RM30.00 .

Page 15: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN ADUNAN TEPUNG DAN GULA MELAKA SELEPAS DIGAUL HINGGA SEBATI .

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN TEPUNG YANG SEDANG DICAMPURKAN DENGAN AIR GULA MELAKA

Page 16: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN ADUNAN KUIH PENERAM SELEPAS DIBENTUK DAN DIBUAT LUBANG DI TENGAH

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN KUIH PENERAM SETELAH SIAP DIGORENG

Page 17: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN PROSES MEMBENTUK KUIH PENERAM

Page 18: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN BENTUK KUIH PENERAM SETELAH DIBULATKAN

Page 19: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MUNUNJUKKAN ADUNAN TEPUNG DAN GULA MELAKA SELEPAS DIGAUL HINGGA SEBATI

Page 20: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN PROSES MENGULI ADUNAN TEPUNG DAN GULA MELAKA

Page 21: e l e m e n 2

GAMBR DI ATAS MENUNJUKKAN PROSES MENGGORENG KUIH PENERAM

Page 22: e l e m e n 2

6 .3 . SUMBANGAN / PENGARUH KEPADA KELUARGA / MASYARAKAT

6 . 3 . 1 : SUMBER PENDAPATAN

Dengan mengusahakan dan menjual kuih - kuih tradisional , pengusaha – pengusaha kuih- kuih tradisional dapat memperoleh kira - kira RM250.00 sebulan sebagai pendapatan mereka . Pengusaha – pengusaha kuih-kuih tradisional ini membuat dan menjualnya sendiri di Kawasan Perniagaan Felda , Sertik .

6 . 3 . 2 : PENERUSAN TRADISI KELUARGA

Pengusahaan kuih - kuih tradisional ini adalah secara penerusan turun- temurun tradisi keluarga . Pengusaha mewarisi pengurusan kuih - kuih tradisional daripada ibu atau bapanya .

6 . 3 . 3 : MEMENUHI PERMINTAAN

Permintaan bagi kuih - kuih tradisional masih belum mencapai sasarannya . Walau bagaimanapun , melalui perusahaan Puan Latifah ini , beliau masih dapat memenuhi permintaan segelintir masyarakat di tempat beliau menjual kuih - kuih tradisionalnya . Contohnya , pada musim perayaan , apabila terdapatnya kenduri ,dan majlis perkahwinan .

6 . 3 . 4 : PELUANG PEKERJAAN

Dengan menubuhkan gerai di beberapa tempat , wujudnya peluang pekerjaan terutamanya sekali kepada penganggur . Antara kerja yang boleh dilakukan adalah seperti mendapatkan bahan untuk membuat kuih - kuih tradisional dan menolong membuat kuih - kuih tradisional .

Page 23: e l e m e n 2

6 .4 . P R O S P E K

6 . 4 . 1 : CABARAN / KEKANGAN YANG DIHADAPI

Antara cabaran yang dihadapi oleh pengusaha - pengusaha kuih tradisional ialah persaingan . Persaingan wujud apabila terdapat lebih daripada satu pengusaha yang mengusahakan kuih – kuih tradisional yang sama .

6 . 4 . 2 : PENGLIBATAN PIHAK LUAR / GALAKAN KERAJAAN ATAU SWASTA

Pihak kerajaan membantu dengan menyumbangkan modal bagi memperbesar perusahaan kuih tradisional . Kerajaan juga membantu dalam bentuk subsidi , kewangan dan lain – lain lagi . Kerajaan turut memberi peluang kepada pengusaha - pengusaha kuih tradisional untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan tahap pengangguran .

6 . 4 . 3 : REAKSI / PENERIMAAN MASYARAKAT

Terdapat segelintir masyarakat di sekitar Kampung Sertik yang turut mengusahakan kuih - kuih tradisional sebagai pengusahaan harian ataupun bagi hidangan keluarga sahaja . Kadangkala , ada juga yang menghasilkan kuih tradisional yang lain seperti Rempeyek Berempah ( lain daripada Rempeyek Berherba ) , Kuih Ros dan lain - lain lagi untuk dijual .

6 . 4 . 4 : SARANAN DAN HARAPAN

Puan Latifah berharap agar beliau dapat memperluaskan perusahaannya lagi . Selain itu , beliau berharap agar beliau akan mendapat permintaan yang lebih daripada sekarang . Beliau juga berharap agar masyarakat Malaysia akan bangga dengan perusahaan kuih - kuih tradisional .

Page 24: e l e m e n 2
Page 25: e l e m e n 2

Setelah bertungkus - lumus , akhirnya Kerja Kursus ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan . Banyak yang dapat dipelajari melalui pelaksanaan Kerja

Page 26: e l e m e n 2

Kursus ini tentang Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia . Melalui kajian ini , saya amat bangga menjadi rakyat Malaysia kerana :

Mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi yang menarik . Peranan rakyat Malaysia sangat penting untuk memastikan penerusan kegiatan ekonomi tradisional dan memupuk budaya cinta kepada golongan masyarakat dan pelajar

Sentiasa mengenang dan menghargai jasa orang lain yang berusaha dalam mengekalkan kegiatan ekonomi tradisional di Negara kita untuk membangunkan bangsa dan Negara

Mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kegiatan ekonomi tradisional dan dapat memupuk perasaan cinta dan bangga dengan latar belakang ekonomi tradisional , seterusnya sedar bahawa kegiatan ekonomi tradisional merupakan tanggungjawab semua

Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan sebaik mungkin . Kita juga perlu menitikberatkan cara – cara tradisional agar kegiatan ekonomi tradisional tidak lenyap pada generasi hadapan

Page 27: e l e m e n 2
Page 28: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN SAYA BERSAMA KAWAN SAYA , LOO JIA YIIN YANG SEDANG MEMEGANG PAKET – PAKET KEREPEK

\

Page 29: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN SAYA BERSAMA GURU MATA PELAJARAN SEJARAH SAYA , PN . NORAZMIZA MOKHTAR SEMASA MELAWAT KE BENGKEL KEREPEK , KAMPUNG SERTIK

Page 30: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN KUIH REMPEYEK BERHERBA YANG DIBUAT OLEH PENGUSAHA BENGKEL KEREPEK , KG . SERTIK

Page 31: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN KUIH PENERAM YANG MERUPAKAN PERUSAHAAN PERTAMA BAGI PENGUSAHA BENGKEL KEREPEK

Page 32: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN PELAJAR TINGKATAN 3 RK CEKAL DAN 3 RK DEDIKASI SEMASA MELAWAT BENGKEL KEREPEK DI KAWASAN PERNIAGAAN FELDA , KG . SERTIK

Page 33: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN ALAMAT DAN BEKAS MEL BENGKEL KEREPEK DI KG . SERTIK ..

Page 34: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBEKASKAN KUIH –KUIH KE DALAM PLASTIK

Page 35: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGGAULKAN ADUNAN TEPUNG DAN GULA MELAKA

Page 36: e l e m e n 2

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN SAYA BERSAMA LOO JIA YIIN DI HADAPAN BENGKEL KEREPEK , KG . SERTIK

Page 37: e l e m e n 2

A ) BUKU

Page 38: e l e m e n 2

Masariah Mispari , Johara Abdul Wahab , Ridzuan Hasan , 2003 . Sejarah Tingkatan 2 , Kuala Lumpur : DBP

B ) ORANG SUMBER

Latifah Binti Kerya , 46 Tahun , Warisan Dukun Enterprise , Bengkel Kerepek , Kawasan Perniagaan Felda , Kg . Sertik

C ) MELAWAT TEMPAT KAJIAN

Warisan Dukun Enterprise , Bengkel Kerepek , Kawasan Perniagaan Felda , Kg. Sertik , 28610 , Karak , Pahang

D ) INTERNET

http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/03/kegiatan-ekonomi-tradisional-di.html http://www.slideshare.net/guesta13067f/ciri-ekonomi-tradisional http://ahba.tripod.com/notakt01.html http://www.myresipi.com/top/detail/13195 http://hanamemories.blogspot.com/2010/03/kuih-peneram.html http://www.youtube.com/watch?v=UEYRmIA6ls0