e-Majalah Bil.2 (2010)

42

Transcript of e-Majalah Bil.2 (2010)

Page 1: e-Majalah Bil.2 (2010)
Page 2: e-Majalah Bil.2 (2010)

2

ms 2

Jabatan Pelajaran Johor HalamanJauhari

Page 3: e-Majalah Bil.2 (2010)

3

. Perancangan strategik ini telah dirancang dengan teliti oleh pelbagai kumpulan kepimpinan guru menggambarkan hasrat kerajaan negeri dan Kementerian Pelajaran untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial, dan akal. Kita sebagai agensi pelaksana Dasar Pendidikan Kebangsaan akan terus menjadi tunjang kepada pembangunan pendidikan yang berterusan. Kementeriaan Pelajaran telah menetapkan empat fokus utama yang hendak dicapai menjelang tahun 2012 iaitu, mewujudkan 100 buah sekolah berprestasi tinggi, membuat tawaran baru kepada kepimpinan sekolah rendah dan menengah, semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira apabila mereka memasuki Tahun 4 di sekolah rendah, dan meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20%, daripada 67% kepada 87%. Sasaran ini menjadi cabaran kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan pendidikan. Bagi kita, fokus Kementerian Pelajaran ini selaras dengan misi dan visi yang terkandung dalam perancangan kita. Oleh itu, agenda transformasi kepimpinan dan amalan di bilik darjah akan diteruskan sebagai wahana kepada kejayaan hasrat Kementerian Pelajaran. Kita percaya usaha kita telah banyak menampakkan kesan yang positif. Akhirnya saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua anggota redaksi Jauhari kerana berjaya meneruskan penerbitan majalah ini.

Dari meja Ketua Editor

Mohd Nor bin A.Ghani

ms 3

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana Jabatan Pelajaran Johor dapat menerbitkan majalah Jauhari kali ke-2 tahun ini sebagai wadah untuk memuatkan pelbagai bahan tentang aktiviti pendidikan yang dilaksanakan di samping memberikan peluang kepada warga Jabatan melahirkan idea kreatif, kritis dan inovatif. Hasrat Jabatan Pelajaran Johor untuk meningkatkan mutu dan pencapaian pendidikan melalui perancangan strategik 2009 – 2011 akan terus dilaksanakan dengan penuh tanggung jawab.

SantunBicara

Page 4: e-Majalah Bil.2 (2010)

4

Pembinaan Kapasiti Pemimpin Karismatik

Pengetua merupakan individu yang berperanan sebagai key

player dalam usaha penambahbaikan sekolah serta melestarikannya.

Walau bagaimanapun, ada pendapat yang mengatakan bahawa pewu-

judan sekolah yang berkesan juga hasil daripada penyertaan yang

berterusan daripada guru-guru yang kompeten. Kompeten yang di-

maksudkan ialah berkemahiran dalam kerja kepimpinan, peranan dan

tanggungjawab, menunjukkan penglibatan dan kerjasama, serta men-

jadi “inquiry base” untuk membuat keputusan sekolah dan bilik darjah.

Pemantauan yang berkesan telah dijalankan bagi melihat hubungan

antara amalan kepimpinan transformasi pengetua dan kapasiti

kepimpinan guru.

Dapatan hasil daripada pemantauan menunjukkan tahap ama-

lan kepimpinan transformasi pengetua dan amalan kapasiti kepimpi-

nan guru di sekolah yang dipantau adalah pada tahap baik. Selain itu,

hasil pemantauan yang tersebut telah mendapati terdapat perbezaan

yang signifikan dari segi tahap amalan kepimpinan transformasi bagi

sekolah yang dipantau. Walau bagaimanapun dapatan juga menunjuk-

kan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi amalan

kapasiti kepimpinan guru di sekolah-sekolah yang dipantau. Manakala

dapatan regrasi pula menunjukkan bahawa tidak terdapat dimensi

kepimpinan transformasi yang menjadi indikator yang signifikan

kepada amalan kapasiti kepimpinan di sekolah-sekolah tersebut.

Perkara utama yang harus kita ketahui ialah pemimpin meru-

pakan agen perubahan dalam sesebuah organisasi. Selain menyatu-

padukan keseluruhan organisasi untuk mencapai wawasan dalam

sesebuah organisasi

Pemimpin yang berkesan merupakan nadi dalam

organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat dan wawasan organisasi

Oleh : HAJI MARKOM BIN GIRAN

(Timbalan Pengarah Pelajaran Johor)

ms 4

Jabatan Pelajaran Johor CetusanMinda

Page 5: e-Majalah Bil.2 (2010)

5

Jabatan Pelajaran Johor

. Di samping itu, pemimpin juga turut ber-

peranan merangka serta menjalankan pelan

pembangunan. Malahan peranannya meliputi

tugas menyediakan persekitaran yang mempun-

yai kolaborasi antara ahlinya bagi mencapai

matlamat wawasan ataupun pembaharuan dalam organisasi. Fungsi dan kepentingan seorang pemimpin

tidak boleh diperkecilkan kerana mereka merupakan agen perubahan ketara dan aspek penting dalam

menentukan keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi.

Perkara utama yang harus kita ketahui ialah pemimpin merupakan agen perubahan dalam

sesebuah organisasi. Selain menyatupadukan keseluruhan organisasi untuk mencapai wawasan dalam

sesebuah organisasi. Di samping itu, pemimpin juga turut berperanan merangka serta menjalankan pelan

pembangunan. Malahan peranannya meliputi tugas menyediakan persekitaran yang mempunyai

kolaborasi antara ahlinya bagi mencapai matlamat wawasan ataupun pembaharuan dalam organisasi.

Fungsi dan kepentingan seorang pemimpin tidak boleh diperkecilkan kerana mereka merupakan agen

perubahan ketara dan aspek penting dalam menentukan

keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi.

Menyedari hakiikat ini, pemimpin yang berke-

san merupakan nadi dalam organisasi untuk

mencapai sesuatu matlamat dan wawasan

organisasi. Kepemimpinan sekolah merupakan pihak

yang dipertanggungjawab merealisasikan matlamat

pembangunan sekolah iaitu ke arah mewujudkan seko-

lah yang cemerlang secara holistik. “Pemimpin Unggul

Penjana Utama Ke arah Kecemerlangan sesebuah Or-

ganisasi”, slogan ini amat sesuai kita gunakan. Dalam

hal ini, pengetua merupakan individu yang berperanan

sebagai pemain utama dalam usaha penambahbaikan

sekolah serta melestarikannya. Walau bagaimanapun,

kepemimpinan sekolah bukanlah hanya dipikul oleh

pengetua sahaja, tetapi juga melibatkan guru yang

berkhidmat di sekolah tersebut. Kewujudan sekolah yang

berkesan juga adalah hasil daripada penyertaan yang

berterusan daripada guru-guru yang kompeten.

Perkara yang menjadi gandingan mantap untuk

memantapkan pengetua ialah kepimpinan transformasi. Kepemimpinan transformasi sering dikaitkan den-

gan gaya kepemimpinan yang berkesan dan berupaya untuk mengubah persepsi dan motivasi orang bawa-

han serta membawa kepada kecemerlangan organisasi. Malahan, gaya kepemimpinan ini dikaitkan den-

gan gaya kepemimpinan karismatik yang menunjukkan ciri-ciri dan tingkah laku unggul pemimpin yang

berupaya untuk membangkitkan inspirasi serta berkebolehan merangsang intelektual dan bertimbang rasa

secara individu terhadap orang bawahannya.

“Pemimpin Unggul Penjana Utama Ke arah Kecemerlangan sesebuah

Organisasi”,

ms 5

CetusanMinda

Page 6: e-Majalah Bil.2 (2010)

6

Jabatan Pelajaran Johor

Malahan pemimpin yang mengamalkan kepemimpinan transformasi menunjukkan prestasi yang

tinggi. dan secara tidak langsung amalan kepemimpinan ini dapat menghasilkan sebuah organisasi atau

sekolah yang berkesan. Maka timbul persoalan kaedah yang sesuai yang perlu digunakan untuk melestari-

kan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh pengetua.

Oleh yang demikian, takrifan kepemimpinan perlu dilihat dari-

pada segenap ruang lingkup yang lebih luas dalam institusi se-

kolah itu sendiri. Situasi ini dapat dikaitkan dengan ungkapan

“Kebanyakan daripada kita bukannya ditakdirkan untuk gagal,

tetapi kita sebenarnya yang gagal membuat perancangan

strategik”.

Kepemimpinan juga tidak boleh dilihat dari segi

„pelakonnya‟ sahaja, tetapi perlu dilihat dari segi pentasnya.

Walaupun pengetua mampu meletakkan sesuatu pembaha-

ruan, keberkesanan yang terjelma sebenarnya ditentukan oleh

sejauh mana guru dan pelajar di sekelilingnya menerima pem-

baharuan yang dikemukakan. Malahan bukan sekadar mene-

rima penambahbaikan bahkan dapat melestarikannya walau-

pun pengetua tidak berada di sekolah.

Kepemimpinan transformasi sering dikaitkan dengan gaya kepemimpinan yang berkesan dan berupaya untuk mengubah persepsi dan motivasi orang bawahan serta membawa kepada

kecemerlangan organisasi

Malahan pemimpin yang mengamalkan

kepemimpinan transformasi menunjuk-kan prestasi yang tinggi.

dan secara tidak langsung amalan kepemimpinan ini

dapat menghasilkan sebuah organisasi atau sekolah yang berkesan.

Secara khususnya, empat dimensi yang terang-

kum dalam kepemimpinan transformasi iaitu; dimensi

karismatik, dimensi bertimbang rasa secara individu,

dimensi stimulasi intelektual dan dimensi motivasi in-

spirasi. Berkaitan dengan itu, implikasi daripada

kepimpinan transformasi ialah staf bekerja dalam kum-

pulan, matlamat organisasi difahami semua ahli,

pemimpin meluangkan masa untuk membina hubungan

dan memberikan peluang kepada staf untuk menyum-

bang ke arah pembangunan sekolah serta meningkat-

kan pencapaian pelajar, membina iklim sekolah yang

menggalakkan kolaborasi dan memberikan motivasi

intrinsik untuk mencapai matlamat organisasi.

Adalah jelas terbukti bahawa kepemimpinan

transformasi lebih berkesan berbanding dengan ke-

pemimpinan transaksi. Malahan pemimpin yang men-

gamalkan kepemimpinan transformasi menunjukkan

prestasi yang tinggi. dan secara tidak langsung amalan

kepemimpinan ini dapat menghasilkan sebuah or-

ganisasi atau sekolah yang berkesan.

ms 6

CetusanMinda

Page 7: e-Majalah Bil.2 (2010)

7

Jabatan Pelajaran Johor

Kapasiti kepemimpinan merujuk kepada

penyertaan secara meluas dan berkemahiran dalam

kerja-kerja kepemimpinan oleh guru-guru dan

kepemimpinan sekolah yang terlibat secara langsung

dengan pengurusan sekolah dan pelajarnya.

Keadaan ini bertujuan untuk menggalakkan

penyertaan warga sekolah dalam sebarang

penambahbaikan yang dilaksanakan. Justeru itu,

sebarang perubahan dan inovasi yang hendak

dilaksanakan perlu dilakukan dengan cara yang

bijaksana dengan bersandarkan usaha gigih dan

“work smart” menjalin kerjasama antara pemimpin

dengan rakan sejawat atau stafnya. Situasi ini boleh

dianalogikan sebagai tubuh badan manusia yang

saling bergantungan dan berkait rapat antara satu

anggota dengan anggota yang lain.

Kapasiti kepemimpinan terbentuk hasil dari-

pada lima ciri iaitu penyertaan meluas dan penyertaan

yang berkemahiran dalam kerja kepemimpinan,

berasaskan inkuiri iaitu pengguna maklumat, peranan

dan tanggungjawab secara kolaborasi yang meluas,

amalan refleksi atau inovasi sebagai budaya dan pen-

capaian pelajar yang cemerlang. Kesemua ciri terse-

but dianggap ciri kritikal bagi kapasiti kepemimpinan

dan setiap satunya menyokong atau mempengaruhi

antara satu sama lain. Gabungan ciri tersebut

akhirnya akan mempengaruhi pencapaian pelajar.

Pemantauan terhadap kepemimpinan di sekolah kluster pula telah menunjukkan Pelaksanaan

Sekolah Kluster dengan amalan pengurusan berasaskan sekolah (PBS) oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) merupakan satu daripada usaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

seperti yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2006).

Perubahan amalan birokrasi kepada PBS merupakan satu usaha untuk mengagih autonomi den-

gan melakukan pemindahan kuasa pembuat keputusan kepada pihak sekolah berkaitan dan melibat-

kan seluruh sistem organisasi sama ada pada peringkat sekolah mahupun peringkat daerah. Keadaan

ini lazimnya diikuti dengan perubahan peranan personel di sekolah serta penyertaan yang meluas dalam

membuat keputusan pada peringkat sekolah.

Kapasiti kepemimpinan

terbentuk hasil daripada lima

ciri iaitu penyertaan meluas

dan penyertaan yang

berkemahiran dalam kerja

kepemimpinan, berasaskan

inkuiri iaitu pengguna maklumat,

peranan dan tanggungjawab

secara kolaborasi yang meluas,

amalan refleksi atau inovasi

sebagai budaya dan pencapaian

pelajar yang cemerlang.

Memantau Buku Persediaan Mengajar Pengetua dan Guru Besar sepanjang Program Pemantauan Kualiti Kepimpinan Sekolah (PPKKS)

ms 7

CetusanMinda

Page 8: e-Majalah Bil.2 (2010)

8

Jabatan Pelajaran Johor

Objektif pemantauan secara khususnya

bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan amalan kepemimpinan transformasi pengetua antara

sekolah yang dipantau, Perbezaan kapasiti kepemimpinan guru antara sekolah yang dipantau,

hubungan antara amalan kepemimpinan transformasi dengan kapasiti kepemimpinan guru dan

dimensi kepemimpinan transformasi yang menjadi indikator signifikan bagi tahap kapasiti kepemimpi-

nan guru di sekolah yang dipantau. Walau bagaimanapun, tidak terdapat dimensi kepemimpinan

transformasi pengetua yang boleh menjadi indikator yang signifikan kepada tahap kapasiti kepemimpi-

nan guru sekolah yang dipantau.

Pembinaan kapasiti

kepemimpinan dapat

dikelaskan kepada tiga

aktiviti utama iaitu

meningkatkan

kemahiran bagi setiap

tugas sama ada secara

umum atau spesifik,

peningkatan cara kerja

dan pengukuhan

organisasi

Oleh hal yang demikian, pelaksanaan

amalan PBS ini sebenarnya memerlukan pasukan

kerja atau pasukan kepemimpinan yang akan

bersama-sama menjayakan amalan tersebut.

Pasukan kepemimpinan ini perlu dibina dan

disokong dengan situasi serta suasana kondusif

yang membolehkannya belajar bersama untuk

meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PBS

di sekolah kluster. Keadaan yang kondusif ini

dapat menjamin pasukan kepemimpinan yang

diwujudkan menjadi lebih mapan dan efisien.

Perubahan amalan birokrasi kepada PBS merupakan pendekatan ke arah menemukan

amalan pengurusan yang berkesan untuk meningkatkan keberkesanan sekolah dan kualiti pendidikan

yang menjadi landasan kepada reformasi pendidikan PBS juga merupakan alat yang sesuai untuk

penambahbaikan kualiti pendidikan melalui desentralisasi dalam membuat keputusan.

ms 8

CetusanMinda

Walau bagaimanapun, dari sudut yang lain, dapatan

daripada hasil pemantauan pemimpin yang berkesan telah

menunjukkan kapasiti kepemimpinan guru di sekolah-sekolah

yang dipantau adalah pada tahap baik. Dapatan ini tidaklah

mustahil kerana berdasarkan dapatan pemantauan yang

lalu, guru-guru di sekolah bestari yang dikaji mengamalkan

ciri-ciri kapasiti kepemimpinan pada tahap yang baik. Selain

itu, dapatan yang dipantau menunjukkan tidak terdapat hubun-

gan yang signifikan antara amalan kepemimpinan transformasi

pengetua dengan tahap kapasiti kepemimpinan guru di seko-

lah-sekolah yang dipantau. Hal ini menunjukkan,kapasiti

kepemimpinan guru di sekolah kluster yang dikaji tidak

berkait dengan amalan kepemimpinan transformasi pengetu-

anya.

Tahap kapasiti kepemimpinan guru yang baik haruslah

diberi perhatian memandangkan sekolah kluster mengamal-

kan PBS dan memerlukan guru turut sama berperanan dalam

urusan kepemimpinan sekolah.

Page 9: e-Majalah Bil.2 (2010)

9

Jabatan Pelajaran Johor

Tujuan utama kepemimpinan ini adalah untuk memperkaya kapasiti individu dan menyelesaikan

masalah secara kolektif dengan ahli organisasi. Oleh itu, pengetua harus bertindak menyuburkan

kapasiti kepemimpinan guru di sekolah masing-masing dengan mengamalkan dimensi kepemimpinan

transformasi.

Deduksinya, perkara yang lebih utama untuk menjayakan sesuatu perkara itu sebenarnya

terletak dalam diri individu itu sendiri. Hal ini selaras dengan maksud peribahasa “hendak seribu daya,

tak hendak seribu dalih”. Tanpa kesedaran dalaman, kita tidak mungkin dapat membuat perubahan diri.

Dengan kata-kata lain, seseorang itulah yang seharusnya mengubah nasib diri mereka sendiri.

Sehubungan dengan itu, sebagai pemimpin unggul, kita seharusnya bertindak menjadi agen untuk

membakar semangat, membimbing, menjadi pendorong yang aktif bersandarkan situasi setempat

ke arah matlamat dan objektif sesebuah organisasi. Sesungguhnya, dalam segala hal prinsip “di mana

ada kemahuan di situ ada jalan” perlu dijadikan pegangan.

Sekolah yang berkesan wujud hasil dari-

pada penyertaan guru secara meluas dan

berkemahiran dalam urusan kepemimpinan, men-

jalankan tanggungjawab mereka yang menunjuk-

kan penglibatan dan kerjasama, menjadikan in-

quiry base sebagai asas maklumat untuk mem-

buat keputusan sekolah dan bilik darjah yang

berfokuskan pencapaian pelajar yang cemerlang

dari aspek akademik, bukan akademik dan

disiplin.

Pembinaan kapasiti kepemimpinan dapat

dikelaskan kepada tiga aktiviti utama iaitu men-

ingkatkan kemahiran bagi setiap tugas sama ada

secara umum atau spesifik, peningkatan cara

kerja dan pengukuhan organisasi. Dalam konteks

ini, pihak-pihak yang berkenaan seperti Institut

Pendidikan Guru dan universiti perlu menggubal

kurikulum bagi melatih bakal-bakal guru dalam

menerapkan ciri-ciri kepemimpinan dalam diri

mereka.

Selain itu, saya berpendapat bahawa

usaha meningkatkan kapasiti kepemimpinan ber-

maksud pengetua sebagai pemimpin akan bertin-

dak sebagai pemimpin yang sangat penting tetapi

beliau tidak melakukan semua atau kebanyakan

daripada peranan kepemimpinannya sendiri.

Saya juga mendapati bahawa guru-guru lebih

cenderung kepada tingkah laku begini yang

dikaitkan dengan stimulasi intelektual dan

pertimbangan individu.

Tanpa kesedaran dalaman, kita tidak mungkin dapat membuat

perubahan diri.

ms 9

CetusanMinda

Page 10: e-Majalah Bil.2 (2010)

10

Jabatan Pelajaran Johor TetamuJauhari

Tetamu Jauhari:

HAJI JAMIAN BIN JAAFAR Mantan Timbalan Pengarah Pelajaran Johor

HIKMAH DI SEBALIK PERKATAAN “SAYANG…”

Masalah ini juga mula menjadi

„isu‟ yang besar apabila kami

dimaklumkan bahawa pihak

ibu bapa akan membawa kes

ini ke pihak akhbar dan pihak

atasan.

Pada pertengahan tahun 2007 semasa saya

bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Johor, saya telah diminta untuk

„menyelesaikan‟ masalah yang berlaku di salah sebuah sekolah di daerah Pontian. Masalah

tersebut berkaitan dengan perasaan tidak puas hati ibu bapa seorang pelajar perempuan

terhadap pengurusan sekolah tersebut, khususnya Guru Penolong Kanan (GPK) HEM dan

Pengetuanya. Hal ini disebabkan oleh anaknya telah dibuang sekolah akibat „pergaduhan‟

dengan pelajar perempuan lain di asrama sekolah berkenaan. Masalah ini telah sampai ke

pengetahuan Tn.Hj.Mohd.Bakri bin Mat Diah, Pegawai Khas Aduan Jabatan Pelajaran Johor

(JPNJ) pada masa itu. Masalah ini juga mula menjadi „isu‟ yang besar apabila kami

dimaklumkan bahawa pihak ibu bapa akan membawa kes ini ke pihak akhbar dan pihak

Saya bersama-sama Tn. Haji

Mohd.Bakri telah memaklumkan pihak

sekolah berkenaan, pihak Pejabat

Pelajaran Daerah (PPD) Pontian dan

ibu bapa tersebut supaya kes ini dibawa

ke suatu „pertemuan‟ perundingan meja

bulat antara pihak mereka bertiga

bersama dengan pihak JPNJ yang saya

pengerusikan sendiri, dan turut dihadiri

oleh Tn.Hj.Mohd.Bakri. Pertemuan dan

perundingan tersebut telah diadakan di

Bilik Mesyuarat sekolah berkenaan

pada pukul 10.00 pagi.

ms 10

Page 11: e-Majalah Bil.2 (2010)

11

Jabatan Pelajaran Johor TetamuJauhari

GPK HEM sekolah tersebut telah memulakan perbincangan dengan menceritakan

bahawa pelajar yang dibuang itu telah didapati bersalah kerana melakukan kesalahan yang

„berat‟ dan memang sewajarnya dikenakan hukuman buang sekolah (mengikut peraturan

sekolah). Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak ibu bapa supaya hadir ke sekolah pada

hari yang ditetapkan untuk makluman dan tindakan selanjutnya...(dalam hati saya berkata:

”betul”).....

Kemudian pihak ibu bapa

mencelah dengan menjelaskan bahawa

mereka telah memakluminya, tetapi tidak

dapat hadir pada hari yang ditetapkan

kerana melakukan urusan yang tidak

dapat dielakkan dan berjanji akan datang

pada hari yang lain sebagaimana yang

dicadangkan kepada pihak sekolah.....

(dalam hati saya juga berkata ”betul” juga,

jadi yang mana satu yang ”salah”?).....

Kemudian saya berkata:

“SAYANG ya, kalaulah tuan (ditujukan

kepada pihak ibu bapa) dapat datang pada

hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah tentu

perkara ini selesai dengan izin Allah SWT,

tapi... tuan ada urusan pula pada hari tu, ya?”

Pihak ibu bapa mencelah: “Saya betul-betul ada urusan tuan pada hari tu. Tetapi apabila

saya datang ke sekolah pada hari yang saya cadangkan, saya tidak dapat bertemu dengan pihak

sekolah, katanya sekolah tidak mendapat maklumat. Oleh itu, sia-sia sahaja saya datang dari jauh,...

tup-tup anak saya sudah dikenakan tindakan. Takkanlah pihak sekolah tidak boleh bertimbang rasa

sedikit.”

Saya berkata: “SAYANG ye, kalaulah tuan (ditujukan kepada pihak sekolah) dapat

bertemu pada hari yang dicadang oleh pihak ibu bapa, tentu perkara ini selesai dengan izin Allah SWT,

tetapi...tuan tidak mendapat makluman pula ya?”.

Pihak sekolah mencelah: “Kami betul-betul tidak mendapat makluman tuan, bukan tidak

mahu bertimbang rasa....” (Dalam hati saya bertanya: “Macam mana sekolah tidak dapat

makluman ya?... Ahh... itu soalan bodoh. Aku ke sini bukan hendak mencari pihak yang salah

atau yang betul, pihak yang menang atau yang kalah. Aku bukan hakim. Di sini bukannya

mahkamah. Aku ke sini hendak membantu menyelesaikan masalah). Lalu saya berkata lagi:

“SAYANG, SAYANG, SAYANG...ya, kalaulah dapat bertemu dahulu, rasa-rasanya masalah ini

boleh selesai....ya?”

ms 11

Page 12: e-Majalah Bil.2 (2010)

12

Jabatan Pelajaran Johor TetamuJauhari

Celah-mencelah terus berlaku

antara pihak ibu bapa dengan pihak

sekolah. Ibu bapa mengatakan mereka

faham akan peraturan sekolah;

menerima anak mereka dijatuhi

hukuman; lagi pun suka anak mereka

dapat masuk ke sekolah ini. Pihak

sekolah pula menegaskan bahawa

hukuman yang dikenakan bukan kerana

membenci murid tersebut; bukan tidak

mahu bertimbang rasa; bukan tidak

mahu berunding.....dan saya hanya

mengiyakan hujah-hujah mereka dengan

berulang-ulang kali menekankan

perkatan “SAYANG, SAYANG,

SAYANG....”

Kemudian masing-masing senyap seketika sambil tertunggu-tunggu keputusan

yang akan saya buat, sedang saya terus menerus berkata: “SAYANG, SAYANG, SAYANG

ya” ......

Akhirnya GPK HEM memecah kesunyian dengan berkata: “Baiklah tuan, dari tadi

tuan asyik kata SAYANG, SAYANG, SAYANG....Di sini saya mengakulah, atas kesilapan

saya perkara ini terjadi. Saya MINTA MAAF kepada pihak ibu bapa sekiranya tindakan saya

ini menjadi punca ibu bapa tidak berpuas hati....”.

Belum pun sempat GPK HEM menamatkan kata-katanya, pihak ibu bapa mencelah

dengan berkata: “Saya tidak menyalahkan pihak cikgu kerana mengambil tindakan tersebut.

Saya juga rasa bersalah tuan (ditujukan kepada saya). Saya juga MINTA MAAF kerana

berkasar dengan pihak sekolah...Lagi pun saya sudah membuat rayuan dan kini anak saya

bersekolah di sebuah sekolah di Johor Bahru....”..Kemudian Pengetua pula mencelah dengan

berkata: “Saya juga rasa bersalah tuan (ditujukan kepada saya) kerana tidak melihat perkara

ini dengan teliti. Saya juga MINTA MAAF atas segala yang terjadi..”.

Pihak sekolah pula menegaskan bahawa hukuman yang dikenakan bukan

kerana membenci murid tersebut

ms 12

Page 13: e-Majalah Bil.2 (2010)

13

Jabatan Pelajaran Johor TetamuJauhari

Saya berkata: “ALHAMDULILLAH...

saya yakin hari ini kita telah betul-betul „bertemu‟.

Saya juga MINTA MAAF atas kata-kata,

perlakuan dan lain-lain yang menyinggung tuan-

tuan dan puan-puan dalam pertemuan ini..”

Selepas itu semua pihak termasuk

saya dan Tn.Hj.Mohd.Bakri bersalam-salaman

dan berpeluk-peluk sambil tersenyum serta

gembira dengan ikhlas bermaaf-maafan. Barulah kuih yang dihidang dimakan terasa enak,

air yang diminum terasa manis kerana dijamah dengan perasaan gembira.

Dalam dunia ini sesungguhnya orang

yang benar-benar berani ialah orang yang berani mengaku dan menerima

kesilapannya

Dalam perjalanan pulang saya menghantar sms kepada GPK HEM berbunyi:

“Assalamualaikum tuan. Saya ucapkan syabas atas „keberanian‟ tuan menjadi punca

penyelesaian terhadap masalah ini; kerana tuan berani mengaku SALAH. Dalam dunia ini

sesungguhnya orang yang benar-benar berani ialah orang yang berani mengaku dan

menerima kesilapanya; serta Allah sangat hampir kepada orang-orang seperti ini, dengan

sifatNYA yang MAHA PEMURAH, MAHA PENGASIH lagi MAHA PENGAMPUN. Saya minta

maaf ya tuan.”

Itulah hikmah di sebalik perkataan “Sayang”. Semoga perkataan tersebut dapat

digunakan di tempat yang sewajarnya.

ms 13

Page 14: e-Majalah Bil.2 (2010)

14

ms 14

WarnaWarni Jabatan Pelajaran Johor

Page 15: e-Majalah Bil.2 (2010)

15

ms 15

WarnaWarni Jabatan Pelajaran Johor

Page 16: e-Majalah Bil.2 (2010)

16

ms 16

WarnaWarni Jabatan Pelajaran Johor

Page 17: e-Majalah Bil.2 (2010)

17

ms 17

WarnaWarni Jabatan Pelajaran Johor

Sebahagian warga SICT yang bergotong-royong melaksanakan Program 5S

Page 18: e-Majalah Bil.2 (2010)

18

WarnaWarni Jabatan Pelajaran Johor

ms 18

Page 19: e-Majalah Bil.2 (2010)

19

Jabatan Pelajaran Johor RentetanJauhari

ms 19

Page 20: e-Majalah Bil.2 (2010)

20

Jabatan Pelajaran Johor RentetanJauhari

ms 20

Page 21: e-Majalah Bil.2 (2010)

21

Jabatan Pelajaran Johor RentetanJauhari

Ms 21

Jabatan Pelajaran Johor RentetanJauhari

Page 22: e-Majalah Bil.2 (2010)

22

Jabatan Pelajaran Johor RentetanJauhari

Ms 22

Page 23: e-Majalah Bil.2 (2010)

23

Ms 23

Jabatan Pelajaran Johor RentetanJauhari

Page 24: e-Majalah Bil.2 (2010)

24

Assalamualaikum puan, dan sihat sejahtera hendaknya

Waalaikumussalam Warahmatullah. Alhamdulillah sihat, tetapi sebenarnya

pada pagi ini saya merasa sedikit terharu apabila diwawancara oleh saudara

editor emajalah Jauhari

Baiklah, boleh puan ceritakan sedikit berkaitan latar belakang puan?

Saya bersekolah rendah dan menengah di SK dan SM Assunta Convent,

Petaling Jaya sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia

dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris. Setelah tamat belajar saya

memulakan karier sebagai seorang guru selama lebih kurang 10 tahun.

Kemudiannya bertukar angin berkhidmat di Pusat Perkembangan Kurikulum

untuk membantu unit Bahasa Inggeris. Setelah berkhidmat selama 2 tahun

sebagai pegawai kurikulum dan saya kemudiannya melanjutkan pelajaran

di Universiti Malaya dan selepas itu ditempatkan di Bahagian Dasar dan

Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia. Apabila suami saya

bertukar ke Johor, saya pun ikut bertukar ke sini.

Bolehkah puan berkongsi tentang pengalaman semasa bertugas di Bahagian Dasar & Hubungan Antarabangsa?

Pastinya pengalaman saya di BDHA amat berharga sekali. Ketika

memulakan perkhidmatan saya di sana saya diselubungi oleh perasaan

bimbang, takut dan tidak yakin. Ini kerana hanya terdapat 2 orang pegawai DG

sahaja yang pada waktu itu berkhidmat di BDHA manakala 8 pegawai lain dan

Ketua Bahagian saya adalah pegawai-pegawai PTD. Banyak perkara saya telah

pelajari di situ dan saya sangat bertuah kerana telah mendapat tunjuk ajar

tentang perhubungan antarabangsa dari Ketua-Ketua Bahagian BDHA seperti

Y. Bhg. Dato‟ Kenneth J. Luis (sekarang ini merupakan Wakil Tetap Malaysia ke

UNESCO, Paris), En. Khalid b. Abu Bakar (sekarang ini merupakan Setiausaha

Bahagian Sumber Manusia) dan En. Zulkifli b. Mohammed (SUB sekarang)

Bolehkah jelaskan bagaimanakah prosedur perhubungan awam di peringkat antarabangsa dalam skop tugas anda sebelum ini?

Perhubungan antarabangsa merupakan satu tugas yang begitu sinonim dengan Jabatan-Jabatan yang banyak

berurusan dengan negara-negara luar. Di negara-negara seperti UK, USA, Singapura, Australia dan Indonesia

perhubungan antarabangsa dalam bidang pendidikan di anggap begitu penting kerana negara-negara ini mempunyai

program pengantarabangsaan pendidikan yang sistematik serta telah lama dilaksanakan dan dijalankan.

Sudah tiba masanya kita memulakan usaha-usaha pengantarabangsaan pendidikan di Malaysia yang

bersistematik, terancang dan terarah kerana jika kita gagal berbuat demikian, ada kemungkinan juga kita akan gagal

menyediakan anak-anak bangsa kita untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Usaha untuk menghasilkan ”Global

Players” dan ”Towering Personalities” di kalangan rakyat Malaysia tidak akan kesampaian.

Puing-Puing Pengalaman Di Arena Antarabangsa

Wawancara Pn. Rosliza binti Rosli Penolong Pengarah (Pendaftaran) Pendidikan Swasta

oleh editor Jauhari Azizurahman Hj Samian

Jabatan Pelajaran Johor RentetanJauhari

Ms 24

Page 25: e-Majalah Bil.2 (2010)

25

Di manakah anda mendapat latihan dan bimbingan dalam melaksanakan misi pendidikan ke luar negara? Saya sebenarnya mendapat latihan menerusi pengalaman kerja bersama rakan-rakan di BDHA, rakan-rakan

sejawatan di agensi-agensi kerajaaan lain seperti Wisma Putra, MITI dan Kementerian Pelancongan. Pihak kedutaan

Malaysia di luar negara juga banyak mendidik saya ketika melakukan tugas ke negara-negara tersebut. Peluang

bertemu dengan para delegasi dari luar negara termasuk Menteri-Menteri Pelajaran yang datang melawat Malaysia

juga menjadi pengalaman belajar bagi saya. Dari semasa ke semasa saya juga diberi peluang untuk mendapat

latihan di INTAN, IDFR (Institute of Diplomatic and Foreign Relations) dan IAB.

Jabatan Pelajaran Johor RentetanJauhari

Skop tugas saya merangkumi tugas-tugas

penyelarasan lawatan-lawatan dari dan ke luar

negara bagi pegawai-pegawai tertinggi

Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu,

saya juga diberi tugas untuk menyediakan teks

ucapan dan nota percakapan YB Menteri

Pelajaran bagi setiap lawatan beliau ke luar

negara. Nota percakapan bagi pegawai-pegawai

tinggi KPM yang lain juga perlu diuruskan apabila

mereka berkunjung ke luar negara. Saya juga

perlu menyediakan ‟brief‟ lawatan yang

memuatkan kajian tentang sistem pendidikan

negara yang akan dilawati, latar belakang Menteri

Pelajaran negara tersebut dan isu-isu yang akan

dibincangkan dalam mesyuarat bilateral di antara

kedua-dua buah negara serta perjalanan program

di sepanjang lawatan tersebut berjalan.

Penyediaan kertas kabinet dan dokumen

Memorandum Persefahaman di antara KPM dan

Kementerian Pelajaran negara-negara lain juga

merupakan tanggungjawab saya di BDHA.

Bagaimanakah Perbezaan Pendidikan Di Luar Negara berbanding negara kita?

Sebenarnya tidak ada banyak perbezaannya di antara

sistem pendidikan di Malaysia dengan negara-negara lain. Cuma

apa yang membezakannya adalah ”implementation” dan

”approach” yang banyak berdasarkan kepada budaya, tradisi dan

latar belakang penduduk setempat. Itulah sebabnya kita tidak boleh

mencedok bulat-bulat sistem pendidikan di negara lain untuk

diaplikasikan di Malaysia. ”It has to be customized and unique to

that particular country” dan Malaysia sebenarnya telah diiktiraf oleh

2 badan pendidikan dunia iaitu International Institue of Educational

Planning, Peranchis dan International Bureau of Education,

Switzerland sebagai salah sebuah negara yang mempunyai sistem

pendidikan yang amat baik. Di atas pengiktirafan tersebutlah

makanya Kerajaan Australia telah memohon bantuan Malaysia

menerusi KPM untuk membantu membangunkan kurikulum negara

Afghanistan berdasarkan kurikulum kita yang sedia ada.

Malaysia sebenarnya telah diiktiraf oleh 2 badan

pendidikan dunia iaitu International Institue of Educational Planning,

Peranchis dan International Bureau of Education,

Switzerland sebagai salah sebuah negara yang

mempunyai sistem pendidikan yang amat baik. Australia telah memohon bantuan

Malaysia untuk membantu membangunkan kurikulum

negara Afghanistan

Jika kita gagal berbuat demikian, ada kemungkinan juga kita akan gagal

menyediakan anak-anak bangsa kita untuk bersaing di peringkat antarabangsa

Ms 25

Page 26: e-Majalah Bil.2 (2010)

26

Jabatan Pelajaran Johor RentetanJauhari

Apakah negara-negara yang pernah dikunjungi dan apakah program-program yang dikendalikan atau diikuti di peringkat antarabangsa?

Alhamdulillah, sepanjang saya berkhidmat di BDHA tugas saya banyak membawa saya ke beberapa buah negara luar. Di antara misi-misi Kementerian Pelajaran yang saya berpeluang sertai di antaranya: Lawatan Rasmi YB Menteri Pelajaran ke Perachis, Switzerland dan Singapura; Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri Pelajaran ke Jepun; Lawatan Rasmi Y. Bhg. Tan Sri KSU ke Oman, Iran, Thailand, Indonesia dan UK; Misi Teknikal KPM ke Pakistan dan India

Bagaimanakah anda mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam tugas baru di Jabatan Pelajaran Johor?

Sebenarnya kita semua patut berasa bangga kerana kita bertugas di bawah seorang pemimpin yang begitu berpandangan jauh seperti Tuan Haji Sufa‟at bin Tumin. Atas kesedaran tentang perlunya kita menyediakan modal insan yang kompetitif dan berdaya saing untuk Wilayah Pembangunan Iskandar maka negeri Johor merupakan negeri pertama di Malaysia yang memulakan Program Pengantarabangsaan Sekolah yang sistematik, terancang dan terarah bagi melonjakkan kecermelangan institusi-institusi pendidikan dan kemenjadian murid di negeri Johor Darul Ta‟zim ini.

Apakah kenangan pahit dan manis sepanjang memikul tugas tersebut?

Semuanya manis-manis belaka. Tetapi yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika saya melawat sebuah sekolah pendidikan khas di Tehran di mana kami telah dibawa untuk melawat murid-murid autistik dan cacat pendengaran. Sebagai tanda besar hati atas lawatan kami, beberapa orang murid ini telah diminta oleh guru mereka untuk membaca surah Al-Fatihah. Surah yang kita semua rasakan begitu mudah untuk dilafazkan rupa-rupanya sangat sukar untuk mereka. Kesemua ahli delegasi tidak dapat menahan perasaan dan airmata kami. Mungkin apa yang amat menyedihkan ialah bukan sahaja keadaan murid-murid tersebut yang amat mencabar tetapi juga keadaan bilik darjah mereka yang kelihatan sangat daif.

Ms 26

Lawatan rasmi mantan YB Menteri Pelajaran, Y. Bhg. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein ke International Bureau of Education, Geneva, Switzerland. Turut kelihatan, YB Devamany (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Allahyarham Dato’ Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran dan Dato’ Kenneth J. Luis, Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, mantan Timbalan KSU, Y. Bhg. Dato’ Fatimah Deni dan Timbalan Pengarah EPRD, Dr. Faridah Abu Hassan.

Page 27: e-Majalah Bil.2 (2010)

27

Jabatan Pelajaran Johor UlasanBuku

Tajuk Buku :Menerajui Perubahan, Menangani Permasalahan (Proses Tujuh Peringkat untuk Menjayakan Perubahan dalam Organisasi Anda) Penerbit : Synergy Books International No. ISBN : 983-197-143-4 Bil. Halaman : 174 muka surat Pengulas : En. Abdul Aziz Bin Hj. Redwan Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan,

Rangka Kerja Untuk Perubahan

Perubahan merupakan sebahagian daripada kejadian semula jadi dan mempunyai kaitan yang

rapat dengan kreativiti.

Sebenarnya kita mempunyai pilihan mudah berkaitan dengan perubahan, sama ada kita

membiarkannya berfungsi dengan sendirinya atau mendatangkan impak negatif dalam kehidupan kita.

Situasi ini pastinya berlaku, atau kita boleh memilih untuk menguruskan perubahan sebaik yang mungkin.

Dengan menerima perubahan sebagai proses semula jadi dan memilih untuk menguruskannya, kita

benar-benar memilih kehidupan yang baik. Dengan melatih azam kita, kita menjadi tenaga kreatif dalam

proses perubahan dan bukan hanya membiarkan berada di landasan sendiri. Perubahan yang dipimpin

dengan penuh kesedaran merupakan inti sari kreativiti dalam kehidupan. Dengan menafikan ini,

bermakna kita menafikan sebahagian daripada diri kita.

Pada peringkat praktikal, apabila kita memilih untuk menguruskan perubahan, kita mula

menubuhkan persekitaran yang sihat bagi pertumbuhan dan mewujudkan sesuatu yang penting dalam

kehidupan. Lama-kelamaan, mereka yang memilih pengurusan perubahan sebagai perkara terpenting

dalam kehidupan akan menikmati kebangkitan yang bersemangat dan kreatif.

Penyesuaian Pada Kitaran Perubahan

Model yang dipaparkan dalam buku ini

ialah Kitaran Perubahan. Model ini mencadangkan

bahawa struktur tersembunyi wujud secara semula

jadi dalam semua proses perubahan. Model tujuh

peringkat ini boleh digunakan untuk menerangkan

pelbagai jenis perubahan yang berbeza.

Pokoknya, proses perubahan itu dipimpin oleh

azam secara sedar.

Perubahan yang dipimpin

dengan penuh kesedaran

merupakan inti sari kreativiti

dalam kehidupan. Dengan

menafikan ini, bermakna kita

menafikan sebahagian daripada

diri kita.

ms 27

Page 28: e-Majalah Bil.2 (2010)

28

Jabatan Pelajaran Johor UlasanBuku

Walaupun keinginan kepada perubahan boleh dikaitkan dengan peluang-peluang yang telah

diakui, ketidakselesaan lebih kerap merupakan faktor motivasi. Sebaik-baik sahaja penerimaan kepada

perubahan menjadi semakin kukuh, Kitaran Perubahan boleh bermula.

Pada peringkat ini, „Memilih Sasaran‟ perubahan kepimpinan dalam organisasi akan dikenal pasti,

dinilai, dan dipilih antara beberapa kemungkinan, sebagai reaksi kepada faktor-faktor yang

membangkitkan semangat daya usaha perubahan.

Peringkat 2 : Menetapkan Matlamat

Pada peringkat ini, kepimpinan perubahan berkembang seperti biasa dan memberi kan kepastian

yang lebih besar kepada tujuan, bidang, penghasilan yang diharapkan, dan pelan pelaksanaan untuk

daya usaha perubahan.

Pasukan ini akan berinteraksi dengan yang lain, kebanyakan kerja mereka dilakukan secara

bersendirian. Melalui pasukan petugas pelbagai fungsi, mereka boleh menyumbangkan daya usaha,

perancangan, pendapat, dan kepakaran yang berbeza, terutamanya dari jabatan-jabatan yang terlibat

secara langsung dengan perubahan. Satu daripada objektif penting di sini adalah untuk menguji

keazaman organisasi bagi melihat sesuatu projek mencapai kejayaan.

Peringkat 3 : Memulakan Tindakan

Kepakaran dan penglibatan individu untuk memandu mana-mana projek adalah mustahak bagi

kejayaannya. Kegiatan yang amat utama pada peringkat ini adalah untuk memperbesar dan melatih

keupayaan terkumpul organisasi bagi mencapai matlamat. Hal ini memperlihatkan bahawa individu

terlibat bersepakat tentang projek, matlamat dan bagaimana ingin mencapai matlamat-matlamat yang

disasarkan. Mereka akan mengintegrasikan projek dalam tugasan mereka, menyumbangkan kehidupan

dan melibatkan tenaga serta bakat dengan secukupnya terhadap daya usaha agar terus maju.

Organisasi perlu mendapatkan penglibatan yang meluas, kakitangan perlu memahami punca

mereka dianggap penting dan cara menyesuaikan diri dengan gambaran matlamat, objektif, dan

perancangan jangka panjang organisasi.

ABDUL AZIZ BIN HJ. REDWAN Ketua Sektor

Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor

Peringkat 1 : Memilih Sasaran

Proses perubahan bermula sebaik-baik sahaja seseorang

individu atau sesuatu kumpulan berasa tidak selesa atau

tertekan yang datang daripada sumber dalaman atau luaran

seperti kedudukan pasaran atau ekonomi, situasi persaingan,

teknologi, persekitaran dan peraturan serta pengharapan

kakitangan.

ms 28

Page 29: e-Majalah Bil.2 (2010)

29

Jabatan Pelajaran Johor UlasanBuku

Peringkat 4 : Menjalinkan Perhubungan

Kakitangan perlu mengenal pasti dengan jelas tentang keutamaan, kemahiran dan tindakan mereka

yang perlu diubah suai serta mengkaji berapa banyak perubahan yang benar-benar diperlukan.

Kakitangan juga perlu berbincang dengan mendalam berulang kali. Mereka juga hendaklah mengalami

situasi apabila melakukan sesuatu menggunakan kaedah baru. Kakitangan juga perlulah sentiasa

membandingkan cara baharu bekerja dengan kaedah lama.

Mereka hendaklah menggambarkan cara hendak memadankannya dengan kaedah baharu,

berbincang dengan orang lain yang berkongsi situasi, mencari sokongan panduan, penyelesaian kepada

permasalahan, dan cadangan yang praktikal daripada mana-mana sumber yang boleh sahih.

Peringkat 5 : Imbangan Semula Untuk

Penyesuaian Dengan Perubahan

Peringkat ini merupakan tahap membuat

penyesuaian yang diperlukan bila-bila masa

sahaja dan merupakan tonggak aktiviti. Imbangan

semula mungkin diperlukan dalam sistem

pelaksanaan, corak perhubungan dan struktur

organisasi yang berhierarki serta pada tahap

persendirian.

Ada ketikanya penyesuaian yang diperlukan

dalam keseluruhan organisasi tidak berapa jelas

sehinggalah daya usaha perubahan yang utama

telah mula dilaksanakan. Kesannya, pada

bahagian-bahagian lain dalam organisasi

selalunya tidak ketara sehinggalah perubahan

dapat dilihat dalam bentuk tindakan. Apabila

bahagian-bahagian lain dalam organisasi melalui

perubahan, mereka dengan sendirinya faham dan

menjadi lebih berminat di samping berkeinginan

mahu terlibat sama.

Pada peringkat ini juga, pemimpin

perubahan perlu membentuk seluruh sistem kerja

menjadi satu kedudukan baharu yang mempunyai

imbangan dalaman, iaitu semua perkara berfungsi

bersama sebagai suatu gabungan yang lengkap.

Perhatian yang semakin mendalam diperlukan

untuk membantu kakitangan melengkapkan

anjakan dalam pemikiran, sikap atau kelakuan

sebelum imbangan baharu dapat dicapai. Jika

masalah tidak diperlukan atau tidak diselesaikan

pada peringkat ini, maka akan menggagalkan

perubahan yang dianggap rapuh ini.

Perhatian yang semakin

mendalam diperlukan untuk

membantu kakitangan

melengkapkan anjakan dalam

pemikiran,

Ms 29

Page 30: e-Majalah Bil.2 (2010)

30

Jabatan Pelajaran Johor UlasanBuku

Peringkat 6 : Memperkukuhkan Pembelajaran

Inilah masanya untuk mengintegrasikan dan mengkaji semula kepada keseluruhan projek dan juga

perubahan kepada diri sendiri.

Adakah matlamat awal telah dicapai?

Sekiranya keseluruhan matlamat masih belum tercapai, sejauh manakah proses yang anda

buat?

Apakah yang telah anda pelajari dalam mengendalikan perubahan yang akan digunakan pada

lain-lain inisiatif?

Apakah yang dapat dilaksanakan dan yang tidak dapat dilaksanakan dalam daya usaha

perubahan anda?

Apakah perbezaan organisasi anda yang harus dilakukan pada masa akan datang?

Apakah keupayaan-keupayaan baharu yang diperoleh oleh organisasi anda setelah melalui

proses perubahan?

Bagaimanakah organisasi anda dapat menggunakan keupayaan-keupayaan baharu itu untuk

membaiki perkembangan selanjutnya?

Apakah kemungkinan yang wujud masa ini yang boleh diambil iktibar daripada apa yang

dipelajari?

Pada peringkat ini juga pelbagai kemungkinan baru dikenal pasti boleh bertunas sebagai Kitaran

Perubahan yang baharu.

Peringkat 7 : Bergerak Menuju

Ke Kitaran Berikutnya

Peringkat terakhir ini merupakan

peringkat penanda garisan masa. Agak

sukar membayangkan suatu perubahan

pelaksanaan yang lengkap dengan

berjaya tanpa hasil yang ketara yang

akan dibawa dalam perubahan yang lain.

Dalam konteks ini, satu

momentum mesti wujud yang mampu

menggerakkan organisasi maju ke

hadapan mengharungi Kitaran

Perubahan yang baharu. Di sinilah

perlunya mengenal dengan lebih jelas

kepada cabaran-cabaran dan peluang-peluang

yang mendatang. Peluang-peluang yang terbaik

untuk perubahan masa hadapan seharusnya telah

dikenal pasti dan dibincangkan bagi merangsang

minat serta semangat.

Peringkat ini juga memaparkan saat-saat

apabila pencapaian yang terlaksana pada masa

lalu dan potensi masa hadapan wujud bersama.

Dalam konteks ini, satu

momentum mesti wujud yang

mampu menggerakkan organisasi

maju ke hadapan

ms 30

Page 31: e-Majalah Bil.2 (2010)

31

Jabatan Pelajaran Johor LamanNurani

KOMPONEN KECERDASAN EMOSI ( EMOTIONAL QUATION COMPONENTS)

Oleh; ROSLI BIN MOHAMAD Ketua Sektor Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Johor

Kecerdasan Emosi (EQ) adalah antara beberapa faktor penting yang dapat membantu individu

meraih kecemerlangan dalam diri. Ramai orang yang mempunyai kecerdasan minda (IQ) yang tinggi tetapi

belum tentu memiliki EQ yang tinggi .

Apa itu Kecerdasan Emosi (EQ) ?

Kecerdasan emosi ialah kemampuan bukan kognitif, keupayaan dan kemahiran yang mempengaruhi

kemampuan kejayaan seseorang dalam menangani tuntutan dan tekanan perasaan.

Oleh itu, kita perlu memahami komponen yang ada dalam EQ. Dengan memahami serta

mempraktikkan elemen yang terdapat dalam EQ, akan membantu anda menjadi individu yang amat

berkesan.

KOMPONEN 1 : INTRAPERSONAL

Pengurusan emosi dalam diri sendiri.

Kepastian berapa baik diri anda dan apa yang anda lakukan.

a) Kesedaran Emosi Sendiri (Emotional Self Awareness)

Kemampuan mengenal pasti dan membezakan emosi sendiri. Mengetahui apa yang

dirasai, kenapa dan apa yang menyebabkan emosi tersebut.

Contohnya : Emosi marah, kecewa, takut, malu, risau, yakin, gembira, sedih, benci

dan lain-lain.

b) Asertif (Assertiveness)

Kemampuan meluahkan emosi positif dan negatif , kepercayaan dan fikiran serta

hak dengan berterus-terang dan bersopan tanpa agresif.

c) Penerimaan Diri (Self Regard)

Menghormati dan menerima diri sebagai baik

d) Berdikari (Independence)

Kemampuan mengarah dan mengawal diri dalam pemikiran dan tindakan dan

bebas daripada pergantungan emosi. Boleh merancang dan membuat keputusan

penting. Boleh mempertimbangkan pandangan orang lain sebelum membuat

keputusan.

e) Nirwana Kendiri (Self Actualization)

Kemampuan merealisasikan potensi diri dan berasa puas melakukan

sesuatu. Mengarah kehidupan yang bermakna, pelbagai dan hidup sepenuhnya.

ms 31

Page 32: e-Majalah Bil.2 (2010)

32

Jabatan Pelajaran Johor LamanNurani

KOMPONEN 2 : INTERPERSONAL

Hubungan baik dengan orang lain dalam pelbagai situasi. Kemahiran kemanusiaan.

a) Empati (Empathy)

Kemampuan menyedari, memahami dan menghargai perasaan dan pemikiran orang lain. Boleh membaca perasaan orang lain. Perspektif ibu bapa, guru rakan dll)

b) Tanggungjawab Sosial (Social Responsibility)

Kemampuan melakukan sesuatu kebaikan dan menyumbang untuk orang lain walaupun tidak mendapat keuntungan peribadi. (Berpersatuan, menolong orang dan memberikan sumbangan)

c) Hubungan Interpersonal (Interpersonal Relationship)

Kemampuan berhubung dengan orang lain secara berkesan dan saling menghormati.

KOMPONEN 3 : PENYESUAIAN DIRI (ADAPTABILITY)

Kemampuan menyesuaikan diri dan bertindakbalas dengan berbagai situasi sukar.

a) Ujian Sebenar (Reality Testing)

Kemampuan membezakan antara emosional dan rasional.

b) Fleksibiliti (Flexibility)

Kemampuan membuat penyesuaian emosi, pemikiran dan tingkah laku dengan perubahan situasi dan keadaan.

c) Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

Kemampuan mengenal pasti dan mendefinisikan masalah serta menjana tindakan dan melaksanakan penyelesaian yang berkesan.

KOMPONEN 4 : PENGURUSAN TEKANAN Kemampuan untuk berdiri teguh tanpa hilang kawalan diri

semasa menghadapi tekanan

a) Toleransi Terhadap Tekanan (Stress Tolerence)

Kemampuan menangani situasi tekanan dengan berkesan.

b) Pengawalan Desakan Hati (Impulse Control)

Kemampuan menentang atau melambat-lambatkan kehendak, keinginan dan desakan hati untuk bertindak. Boleh mengawal tingkah laku agresif, tidak bertanggungjawab dan liar.

ms 32

Page 33: e-Majalah Bil.2 (2010)

33

Jabatan Pelajaran Johor LamanNurani

KOMPONEN 5 : PERASAAN SECARA KESELURUHAN

Pandangan tentang hidup, kemahiran untuk menikmati kehidupan dan rasa puas atau tidak puas hati.

a) Kebahagiaan (Happiness)

Kemampuan untuk berasa puas hati dengan kehidupan, menikmati kegembiraan diri sendiri dan orang lain dan boleh berseronok.

b) Optimis (Optimism)

Kemampuan untuk melihat kehidupan dari sudut yang cerah dan mengekalkan sikap positif walaupun dalam menghadapi kekecewaan dan kesusahan.

Banyak kajian yang dibuat berhubung dengan komponen EQ

yang terpenting dalam sesebuah organisasi. Bagi pekerja

pendidikan, antara komponen yang terpenting ialah;

Interpersonal relationship

Reality testing

Optimism

Happiness

Self regard

Bagi guru sekolah menengah;

Empathy

Self Actualization

Stress Tolerence

Happiness

Interpersonal Relationship

Bagi guru sekolah rendah;

Optimism

Self regard

Independence

Stress Tolerence

Happiness

ms 33

Page 34: e-Majalah Bil.2 (2010)

34

Jabatan Pelajaran Johor NukilanJauhari

MELAYU JEBAT

Satelah berlangir mengasap keris Hang Tuah mengenggam keris pendua, Parung Sari

namanya, tujuh lok bertatah sampai kehujung, bertatah orang-orangan. Keris ini banyak membunuh

orang siapa yang memakai dia mati di bunuh. Dikilir Patih Karma Wijaya. Keris pusaka paduka marhum

Bukit Seguntang terselit dipinggang. Hulunya manikam hijau, sarung manikam merah, bersalut intan

bercahaya gemilang, tatahnya sudah samar loknya tujuh dikilir laksamana sendiri.

“Keris yang banyak ini tidak dapat menyangga sebilah keris si Jebat. Usahkan membunuh, merobek

kulitnya pun tidak dapat tetapi rakyatlah binasa dek keris ini.”

Digenggam erat parong sari. Rasa kemas di pinggang rasa kuat di dada. Rasa sayu di ulu

hati. Kerana keris ini adalah titah untuk membunuh penderhaka. Memang mulia tugas raja. Memang

pantang Melayu derhaka. Hilang Melayu jika tidak beraja.

Setelah mengemas letak tanjak panglima, Tuah melangkah ke anjung rumahnya. Bendahara

telah berada disana bersama Lekir, Kasturi dan Leikiu yang setia. Tuah memandang mata 3 sahabatnya.

Sahabat bermain bergurau bersenda. ”Ah, Jebat kenapa engkau mendurhaka. Mengapa pantang Melayu

engkau sanggah belaka.”

”Jebat itu jantung hati anakanda. Melayu

Jebat bukan penderhaka. Kalau benar bencinya

kepada raja. Tentulah seisi istana telah hapus menjadi

mangsa. Keris Taming Sari di tangan Jebat, tentulah

telah menembus dada Paduka Raja”. Tuah seperti

merungut sendiri antara dengar dengan tidak oleh

Bendahara. Senyum bendahara seakan gembira

bercampur duka.

Tiada siapa pun yang berani menutur kata.

Matahari pagi elok benar rupanya. Sinar suam kuku

cantik menyegar darah panglima.

Hang Tuah bersalaman dengan Paduka

Bendahara. Dicium tangan mohon restu paduka

ayahanda Bendahara. Airmata bergenang kering belum

sempat mencecah pipi. Terlalu banyak persoalan yang

bermain di kepala.

Diiring oleh panglima sahabat bertiga.

Diarak oleh hulubalang besar Raja Melaka. Hang Tuah

menyusun langkah ke istana. Dimana bersemayamnya

si Jebat yang kononnya penderhaka.

ms 34

Page 35: e-Majalah Bil.2 (2010)

35

Jabatan Pelajaran Johor NukilanJauhari

Penulis; HAJI MD KASSIM BIN MD NOAH

Ketua Sektor Sektor Jaminan Kualiti

Jabatan Pelajaran Johor

”Aduhai kekanda Tuah, lama benar tidak bersua, naiklah dahulu

barang seketika. Adinda telah pun mendapat khabar bahawa kekanda

akan menamatkan riwayat penderhaka.” Berkata Jebat dalam sindir

menjawab salam Tun Tuah dari laman istana.

”Wahai orang-orang Melayu Melaka, Di laman itu adalah

Laksamana Tun Tuah yang telah dititah bunuh oleh Paduka Raja atas

fitnah kamu semua. Tuah itu anak Melayu Melaka yang banyak

berjasa. Yang membuat onar adalah kamu semua.” Jerit Jebat dari

tingkap istana disambut sorak orang Melayu Melaka dari laman

istana. Ah, suka sangat orang kita kalau berbalah begini. Macam

pesta keramaian pula dibuatnya.

”Di atas istana ini adalah Jebat yang bersultan di mata. Yang

kalian gelar penderhaka kepada raja. Pertarungan ini adalah antara

Jebat sipenderhaka dan Tun Tuah yang setia kepada raja Melaka.

Wahai hulubalang dan inang istana. Keluarlah kalian segera dan tutup

kunci semua pintu dan tingkap istana. Aku tidak mahu titis darah

kamu mengotorkan istana bersejarah Negeri Melaka.”

Berpusu-pusulah isi istana menuruni tangga ada yang keluar ikut pintu ada yang terjun ikut tingkap.

Hulubalang yang mengepung istana telah berundur. Tun Tuah masih ada tegak di laman. Tidak menjawab

tidak menegur. Segala jurus dimantapkan. Segala nafas disusun rapi. Segala gerun dinaikkan. Dengan

sekali lompatan bagai helang menyambar tedong Tuah telah berada di dalam istana. Sekali tendang Pintu

istana tertutup rapi. Hanya Jebat dan Tuah berada di dalam istana. Tiada seorang pun menjadi saksi.

”Masih hebat lagi permainan kekanda. Letih benar rasanya badan hamba. Marilah kita berehat

barang seketika.” Permintaan Jebat tepat kepada Tuah. Keris bertarung disarung kembali.

”Adinda ku Jebat, telah ku larang engkau untuk membela kematian daku. Kenapa jalan derhaka

yang adinda pilih. Melayu apakah tuan hamba kerana mengusir raja. Menaiki takhta tanpa makhota. Ini

bukan budaya bangsa. Gugur kemuliaan engkau

sebagai Melayu. ”

”Kekanda tuah, Kita ini bersaudara. Kita ini

sebangsa seagama, kita ini membesar sebagai

saudara. Berguru bermain, makan sehidang

sebelanga.” Jebat menjawab sambil menjamah sirih

dari santapan raja.

Ah, suka sangat orang kita kalau

berbalah begini. Macam pesta

keramaian pula adanya.

ms 35

Page 36: e-Majalah Bil.2 (2010)

36

Jabatan Pelajaran Johor NukilanJauhari

”Tahukah engkau, kekanda Tuah. Semenjak hamba menggantikan engkau sebagai laksamana

Melaka. Keris Taming Sari ini bagaikan hilang tuannya. Melayu Melaka tidak dapat menerima

kehilangan engkau sebagai orang terhina.”

”Paduka ayahanda Bendahara telah melakukan dua kerja besar terhadapmu Tuah. Pertama dia

telah menyelamatkan bumi Melaka ini dari disimbah darah suci panglima Melaka. Kedua paduka

ayahanada telah membersihkan nama kekanda dari fitnah yang dilemparkan. Cuma kerja ketiga yang

tidak dapat dilakukannya. Kerja untuk membawa Tuah kembali menjadi ancang istana Melaka dengan

terhormat agar Melayu Melaka ini memiliki laksamana sampai bila-bila, maka kerja itulah kerja hamba.”

”Sudah habislah kita berehat nampaknya. Peluh telah kering dari badan. Marilah kita mengulang

satu dua jurus yang telah lama kita tinggalkan. Nampaknya semangatmu Jebat lebih hebat dari diriku ini,

mungkin alah juga aku ditanganmu nanti.” Anjur si Tuah pada adiknya yang sedang berbalah tapi masih

bersaudara.

Lantai istana telah diselit tombak dan belading, Setiap lobang

disisip hulubalang dengan senjata bagi memberi cedera kepada si

Jebat derhaka. Begitu fikiran jelata. Mereka terlupa Tuah yang ini tidak

lagi sehebat dulu. Jebat memiliki Taming Sari keris Majapahit yang

kebal dari tusukan besi. Enting sapu anginnya berada di tahap tinggi.

Banyaklah perabot yang pecah. Bunyinya bagai ada dua gajah

bertarung. Cakarnya bagai ada dua harimau bersabung. Laungnya

bagai ada dua beruang bertembung. Tetapi orang Melaka masih tidak

tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam istana. Hanya Tuah dan

Jebat yang tahu. Jurus angin memecah dinding. Jurus sendeng

mematah alang. Cakar helang memecah tiang.

“Bagaimana akal adinda kita tamatkan

sayembara ini.” Tuah menghentikan tikaman, melepas

lelah. Sambil menongkat keris ke lantai. Hujung kuku

berlapik dulang. Tangan terapung mengimbang badan.

”Ayahanda berpesan jangan kau bunuh si Jebat

itu kerana dia tidak bersalah. Biar dia menikam kerana

Jebat hanya merobek bajumu. Jebat bukan pembunuh

raja. Jebat tidak akan membunuh saudaranya.” Tuah

terus berbicara mencari panjang akal dua bersaudara.

Mencari helah yang dirintis oleh ayahanda Bendahara.

”Kekanda tuah, Memang sukar kita untuk

memahami fikiran ayahanda Bendahara kerana dia tua

dalam segala. Kerana dia Melayu yang amat

menyayangi raja,

Melayu apakah tuan hamba

kerana menghina raja.

Menaiki takhta tanpa

makhota. Ini bukan budaya

bangsa. Gugur kemuliaan

engkau sebagai Melayu.

ms 36

Page 37: e-Majalah Bil.2 (2010)

37

Jabatan Pelajaran Johor NukilanJauhari

Durhakanya dalam tunduk fikir telah menyelamatkan nyawa

kekanda. Hebatnya muslihat sampai kekanda menjadi

laksamana. Kerana dia tahu Melaka perlu kita lima saudara.

Dia yang mendidik kita dia juga yang menjaga kemuliaan kita.

Kerana teguh benar Melayu pada jiwa dan raganya.”

Hari selang berganti, siang berganti malam, sekejap

berdentum dentam sekejap senyap sepi. Sekejap jerit

terdengar. Sekejap rengus berhenti. Hulubalang Melaka terus

sabar menunggu di luar istana. Masih tidak mengetahui apa

yang berlaku di dalam. Hanya Tuah dan Jebat yang tahu.

”Barulah kekanda faham dan sedar. Kenapa sayembara

ini tiada berkesudahan. Engkau Jebat tidak akan membunuh

daku saudaramu. Engkau tidak membunuh paduka Raja

Melaka kerana engkau bukan keturunan penderhaka. Sedang

aku telah terlalu tua untuk menentang kudrat engkau, aku telah

terlalu letih membaca firasat dan siasah paduka ayahanda

Bendahara.”

”Kekandaku Tuah, Orang Melayu ini banyak rahsianya. Dalam gerak dalam jeling, dalam sindir

dalam menung. Tidak semua lahir sebagai bicara. Banyak tersurat minta Melayu berfikir luas. Melayu

maju tidak menerima secara melihat dan mendengar. Melayu menilai, berfikir mencari sumber. Mereka

tidak dipermain oleh rasa dan nafsu. Melayu dapat membeza bohong dan fitnah. Melayu membeza

zahir dan palsu. Melayu berfikir jauh menegak bangsanya.” Jebat menjelas rahsia.

”Baiklah Jebat, kusutkan rupamu bagai orang alah bertarung. Aku akan keluar dari istana ini. Dan

hulubalang raja aku serahkan kepada hukum tanganmu. Jangan kau bunuh kanak-kanak, wanita dan

orang tua. Mereka rakyat Melaka yang tidak tahu apa-apa. Hanya kita yang tahu siapa musuh kita.”

Tuah melayang turun dari istana. Berseri benar wajahnya. Dilaman istana Tuah melihat orang

Melayu yang lupa. Orang melayu yang tidak sempat berfikir. Orang Melayu yang kecil. ”Ah, apakan jadi

Melaka ini. Aku pun hampir lupa permainan dunia. Bagai tidak layak menjadi orang istana jika setakad

melaksana kerja raja. Hampir-hampir aku membunuh Jebat kesayanganku”. ”Hai orang Melayu Melaka.

Aku telah melaksanakan perintah raja. Kepada kamu semua daku serahkan Jebat. Kalau ada belas

orang Melaka. Lepaskan Jebat seadanya. Dia tidak bermusuh dengan kamu semua.”

Bila berkumpul begitu mereka tidak melihat muka. Suara pencacai menjadi pemimpin mereka. Itulah lemah fikir bangsa

kita. Siapa ketua sudah tidak diambil kira. Maka nafsulah yang berkuasa.

ms 37

Page 38: e-Majalah Bil.2 (2010)

38

Jabatan Pelajaran Johor NukilanJauhari

Bergerak Tuah meninggalkan laman istana. Lekir, Kasturi, Lekiu turut sama. Mereka Melayu yang

setia. Hulubalang Melaka masih terpinga-pinga. Pintu istana telah terbuka. Mereka di luar kejap memegang

senjata. Apakan jadi jika Melayu tidak berketua. Perasaanlah yang menguasai mereka. Nafsulah yang

mendorong mereka. Jebat masih belum kelihatan dari dalam istana. Sorakkan menaik semangat mencabar

Melayu Melaka. Tiba-tiba mereka tidak dapat dikawal, sikap ingin tahu membawa mereka menyerbu istana.

Ditokok pencacai entah dari mana. Bila berkumpul begitu mereka tidak melihat muka. Suara pencacai

menjadi pemimpin mereka. Itulah lemah fikir bangsa kita. Bila berkumpul nafsulah yang berkuasa. Siapa

ketua sudah tidak diambil kira. Apa matlamat, apa sudah akhirnya tidak lagi ada dalam fikir kepala.

Dari Jauh Tuah mendengar sorak jerit orang Melaka di istana. Tahulah Tuah bahawa orang Melayu

Melaka dirasuk nafsu, dan Jebat mempertahan diri melawan amok hulubalang negeri. Dari siang bawa

ke malam selagi ada hulubalang yang menghalang habislah dirobek oleh keris Jebat.

Tuah kembali ke rumahnya, Cerita Jebat tidak dikhabarkan sesiapa. Lelah Melaka menghambat

Si Jebat derhaka. Lelah Jebat mencari ruang untuk mengelak diri membunuh Melayu yang tidak tahu apa-

apa. Selagi bertenaga orang Melaka. Selagi itulah Jebat menyimbah darah. Ah, seorang Jebat menentang

Melaka. ”Ampun tuanku, adapun Jebat derhaka telah tewas. Bangkainya ada terbaring di tanah muka

pintu laksamana, tubuhnya berlumuran darah, matanya pejam saperti orang tidur.

Laksamana Tun Tuah lagi berkhalwat memulih tenaga. Tubuhnya satupun tidak luka. Telah kami

hapuskan penderhaka raja Melaka. Keris pusaka pandak Majapahit ini patik sembahkan kepada tuanku.

Ampun tuanku.”

Tun Kasturi, Tun Lekir, Tun Lekiu menunduk mendatang sembah. Mereka berpaling menjeling

Paduka Bendahara Melaka. Bendahara yang sentiasa tabah. Mengukir senyum puas. Dalam hatinya

berkata hebat benar anak Melayu Melaka. Hebat benar Bentara Hang Jebat bertikam, Mahir benar

laksamana Tun Tuah menyusun rencana, hebat panglima Melayu mengatur cerita sehingga Tuah kembali

menjadi ancang jelata. Ah, yang lain hanya sekadar meneka cerita.

ms 38

Page 39: e-Majalah Bil.2 (2010)

39

Jabatan Pelajaran Johor NukilanJauhari

Pemimpin ini Pemimpin ini

Pandangannya melepasi akal kebiasaan

Buah fikir dari kerisauan untuk gemilang

Disebar ke pelusuk wadah yang menatang

Di pundak pendokong setia lama dan baru

Hingga tersebar ke serata negeri.

Mencanai anak bangsa

Agar dapat duduk dan berdiri

Sama tinggi.

Pemimpin ini

Berjalannya mengubah sekeliling menjadi terang

Berdirinya terisi modal perniagaan hidup insan

Duduknya merancang strategi cemerlang

Baringnya memikir refleksi kejayaan

Manalah tahu masih ada yang kurang.

Entah mana penat dan letih

Entah mana senggangnya…..

Entah mana untuk dirinya….bagaikan.

Pemimpin ini

Walau hebat di kalangan rakan

Walau gerun di mata pesaing

Air wajah sentiasa tepapar sirna rohani

Lisannya menjadi ubat jiwa yang sakit

Senda gurau penawar hati untuk tertaut

Perwatakan bagai panduan yang berjalan

Dari ajaran Al-Quran dan sunnah nabi.

Pemimpin ini

Adalah anugerah yang tidak ternilai

Bagai ubat kepada sakit

Bagai jawapan kepada soalan

Bagai makanan kepada lapar

Bagai air kepada haus

Bersyukurlah atas kurniaan

Hadirlah pada dirinya

InsyaAllah akan ada pemberian

JOHOR TOP 5 adalah mercu tandanya

Penyair;

Anarin 11 Februari 2010

Sektor Penilaian & Peperiksaan

Mencari Makna

Sejujur manakah lidah,

Jika hanya memutarkan fakta,

Memalsukan sumpah setia,

Memungkiri segala janji,

Meleraikan akad yang dilafaz.

Sesuci manakah hati,

Jika puisi puitis tiada bererti,

Madah seloka kalam berbisa,

Hati berbisik nurani berdetik,

Sumbang nada , pincang irama.

Seikhlas manakah budi,

Jika sanjungan menjadi impian,

Jasa ditabur dambakan wangian pujian,

Saban waktu igaukan gelaran dermawan budiman.

Benarlah;

Kejujuran, kesucian, keikhlasan,

Kian kehilangan makna.

Penyair; (NORIS) Tengku Norlaila Tengku Ismail SK. Taman Perling,

ms 39

Page 40: e-Majalah Bil.2 (2010)

40

Jabatan Pelajaran Johor Sembang IT

FORMAT JPEG

Seiring dengan ledakan penggunaan mesin pengimbas

(scanner), kamera digital dan meluasnya pengaruh „World

Wide Web‟, penggunaan format JPEG untuk imej digital

turut berkembang dengan pesat dan menjadi pilihan

utama. Namun begitu tidak semua pengguna tahu dan

faham ciri-ciri sebenar format ini.

1. Nama fail yang disimpan (save) dengan format ini

selalunya diikuti dengan 3 huruf (fle extension) iaitu

jpg. Tetapi nama sebenar format ini ialah JPEG, iaitu

akronim bagi ‟Joint Photographic Experts Group‟,

nama sebuah pertubuhan yang mencipta format ini.

2. JPEG hanya sesuai digunakan untuk imej yang

mempunyai julat warna yang tinggi (16 million colours)

seperti gambar foto. Untuk imej yang mempunyai julat

warna rendah seperti imej ilustrasi dan sebagainya

(256 warna dan ke bawah), lebih baik gunakan format

GIF.

3. Imej yang mempuyai garisan-garisan tajam, teks, imej

yang akan disunting berulang kali adalah tidak sesuai

menggunakan format JPEG.

4. Membuka paparan dan menyalin (copy) imej asal JPEG berulang-ulang kali tidak akan menurunkan

(degrade) kualiti imej tersebut. Tetapi, jika membuka, buat penyuntingan dengan menggunakan mana-

mana perisian penyuntingan grafik, dan kemudian simpan (save), kualiti imej akan menurun.

Lebih kerap dilakukan,akan lebih banyak penurunan kualiti.

5. Penurunan kualiti imej akan lebih ketara jika menggunakan ‟save as‟ kepada suatu nama lain selepas

menyunting sesuatu imej JPEG. Lebih baik salin fail berkenaan ke folder lain dan namakan semula

(rename). Menyalin tidak memberi kesan kepada kualiti imej.

6. Jika sesuatu imej JPEG itu terpaksa atau memerlukan suatu proses penyuntingan yang banyak dan

berulang kali, lebih baik simpan (save) dalam format lain seperti TIFF, BMP atau PNG. Boleh juga

format PSD jika menggunakan perisian Photoshop. Format-format ini tidak akan menyebabkan kualiti

menurun (lossless format). Setelah siap, barulah imej berkenaan disimpan (save) semula kepada format

JPEG. Untuk tujuan laman web, lebih elok di ‟save‟ dalam kaedah ‟save for web‟.

Semua ‟lossless format‟ yang disebutkan tadi akan menyebabkan saiz data fail berkenaan menjadi jauh

lebih besar dan tidak sesuai untuk kegunaan internet.

Penurunan kualiti imej akan lebih ketara jika menggunakan ’save as’

kepada suatu nama lain

‘Save for Web’

Satu kaedah simpan

fail imej yang lebih

sesuai untuk

dimuatnaik

ke laman web atau

lain-lain aplikasi

berasaskan internet.

berikutnya

pilih format fail;

JPEG, GIF, PNG

atau WBMP ikut

kesesuaian imej

Pilih kualiti imej

antara 0 hingga

100. Lebih besar

angka, kualiti

lebih baik tetapi

saiz fail akan

lebih besar.

Biasanya 60 atau

70 sudah

memadai.

ms 40

Jabatan Pelajaran Johor

usinSJQ menulis

Page 41: e-Majalah Bil.2 (2010)

41

Sembang IT Jabatan Pelajaran Johor

PENJAGAAN KOMPUTER Penjagaan perkakasan ICT selalunya tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Namun begitu, penyelengga-

raan ringkas dan penjagaan yang betul penting bagi menyelamatkan sistem dari kerosakan serius dan

memastikan jangka hayat perkakasan yang lebih panjang.

PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER PERIBADI 1. PERKAKASAN

Jangan menutup lubang udara dengan barang perhiasan atau kain tebal.

Gambarajah sebelah menunjukkan ruangan udara bagi monitor dan pencetak tertutup dan menghalang proses aliran udara keluar masuk. Perkakasan akan terlalu panas

Jarak antara CPU atau monitor dengan

dinding yang terlalu rapat akan menyebabkan

halangan aliran udara. Jarakkan sekurang-

kurangnya 20 cm

Lain-lain perkara yang perlu diambil perhatian;

Pastikan CPU jauh dari medan magnet yang boleh mengganggu prestasi komputer. Letakkan di kawasan yang sejuk dan kering, serta jauh dari pancaran matahari secara terus. Elakkan CPU dalam keadaan lembab, Kelembapan boleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi boleh mengakibatkan renjatan elektrik kepada pengguna. Bagi kerja-kerja penyelenggaraan dalaman, vakum celah-celah bilah kipas dan sink haba dengan dibantu berus kecil. Setelah selesai kerja, skrukan balik kipas di atas sink haba dan pastikan kipas CPU berpusing bila komputer dihidupkan. Susun kabel-kabel dalam CPU agar laluan udara tidak dihalang di kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.

YASMIN JEFFREY TANG Sektor ICT

ms 41

Page 42: e-Majalah Bil.2 (2010)

42

Jabatan Pelajaran Johor MindaJauhari

UJI JAUHARI

SOALAN A

Seorang lelaki X sedang berdiri di hadapan sebuah potret yang tergantung pada

dinding. X menunjukkan potret itu pada seseorang dan berkata:

“ Aku tidak mempunyai adik, abang atau kakak; tetapi orang pada potret ini

adalah anak lelaki ayahku.”

Apakah hubungan antara X dengan potret itu?

SOALAN B

Dalam sesuatu keadaan adakalanya 1 + 1 = 1 dan 1 - 1 = 2.

Apakah benda tersebut?

SOALAN C

Siapakah sebenarnya pencuri?

Murid X telah kehilangan wang sebanyak RM5.00 pada waktu rehat pada hari Khamis. Perkara ini

telah dilaporkan kepada Guru Besar yang berkenaan. Lima orang murid yang disyaki disoal. Dalam

setiap pengakuan mereka yang berikut, salah satu pernyataan adalah tidak benar.

Murid A: Saya tidak mencuri.

D yang mencuri

Saya tidak pernah ditangkap kerana mencuri.

Murid B: Saya tidak mencuri.

Pada masa itu, saya sedang berdiri di tepi pintu kelas

itu.

Saya telah diberitahu mengenai kes ini

Murid C: Saya tidak mencuri.

D yang mencuri.

Saya telah diberitahu mengenai kes ini.

Muird D: Saya tidak mencuri.

E yang mencuri

A yang bohong apabila dia mengatakan bahawa saya

yang mencuri.

Murid E: Saya tidak mencuri.

Saya telah diberitahu mengenai kes ini.

Siapakah yang sebenarnya pencuri?

Anda tahu jawapannya? Sila hantar ke;

[email protected]

Hadiah istimewa menanti 3 peserta terpantas yang menjawab dengan betul

ms 42