e-newsletter Isu 2/2017 - johor.uitm.edu.my · Awards (UiEA) 2016/2017. Majlis penyampaian anugerah...

1
Class of Hope 2.0 oleh PEERs UiTMCJ Segamat: Program Class of Hope 2.0 telah dianjurkan oleh mahasiswa Persatuan Peer Kaunselor (PEERs) bersama SK Kuala Paya dan SK (Felda) Pemanis 2. Seramai 75 orang murid Tahun 5 dan 6 dari kedua-dua buah sekolah telah menyertai program ini, manakala 20 orang mahasiswa secara sukarela telah menjadi fasilitator. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan motivasi murid-murid bagi menghadapi peperiksaan UPSR di samping meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Matematik. Program yang bermula pada 21 April yang lalu telah pun melabuhkan tirainya pada 26 Mei baru-baru ini. Majlis penutup telah diadakan di Dewan SK (Felda) Pemanis 2. Melaka: Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC 2017) telah diadakan di UiTM Cawangan Melaka pada 20 hingga 24 Mei 2017. Sempena KKEC 2017 tersebut, Unit Kokurikulum dan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan KKEC 2017 dengan menjuarai Acara Jalan Lasak dan Acara Extreme Outdoor Quest (EOQ) serta Naib Johan Acara Tempur Tanpa Senjata. JPNR UiTMCJ ke Negara Gajah Putih Thailand: Seramai 20 orang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Non- Residen (JPNR) bersama pihak UPKNR telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Thailand pada 28 April hingga 4 Mei yang lalu diketuai oleh Encik Abdul Rahim bin Abdul Majid, Pengurus Asrama Kanan. Antara tempat yang dilawati adalah Institute for Southern Thai Studies Thanksin University yang terletak di Wilayah Songkhla, University Walailak dan Maha Chakri Siridhon Historical Museum. Lawatan ini turut memberi peluang kepada peserta untuk menghayati sosio-budaya masyarakat Islam di Thailand. Para peserta telah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Nurullah, Krabi serta menghulurkan sumbangan ikhlas kepada pihak masjid dan pusat tahfiz di situ. e-newsletter Isu 2/2017 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Johor Kampus Segamat MEI 2017 Kemenangan bermakna di UiEA 2016/2017 Shah Alam: UiTM Cawangan Johor telah berjaya merangkul Grand Winner bagi Kategori Institutional Award (Campus) dan Best Mentor/Coach (Campus) yang dimenangi oleh Puan Jannah Munirah, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Entrepreneurial Awards (UiEA) 2016/2017. Majlis penyampaian anugerah telah diadakan di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam pada 25 Mei yang lalu. i & Komander Kesatria UiTMCJ rangkul Johan Keseluruhan KKEC 2017 Shah Alam: Kejohanan Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) 2017 telah berlangsung pada 29 April hingga 5 Mei di UiTM Shah Alam. Kontinjen UiTMCJ telah berjaya membawa pulang 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa bagi acara seperti berikut: Kontinjen UiTMCJ raih 3 perak dan 5 gangsa di KARiSTA 2017 PINGAT PERAK: Berbasikal Veteran (Encik Jasni Othman) Dart Individu Lelaki (Encik Haraney Hamzah) Dart Individu Wanita (Puan Zalilah Jumak) PINGAT GANGSA: Berbasikal Senior (Encik Mohd Firdaus Mohd Akhbar) Berbasikal Veteran (Encik Zuraidi Mohsin) Berbasikal Heavy Weight (Encik Shahrinizam Mansor) Dart Berpasukan Badminton Berpasukan Santai Ngeteh dan Dialog TN50 di Minggu Destini Siswa Segamat: Seramai 1,307 pelajar baharu Diploma UiTMCJ Kampus Segamat dan 925 pelajar baharu Kampus Pasir Gudang telah mendaftar pada 21 Mei yang lalu. Sehubungan itu, Program Minggu Destini Siswa (MDS) untuk pelajar-pelajar baharu ini telah diadakan sehingga 26 Mei. Pelbagai aktiviti telah dijadualkan untuk pelajar- pelajar baharu ini sepanjang MDS berlangsung. Antaranya Program Santai Ngeteh 2.0 Memahami Dasar Ekonomi Negara bersama YBhg. Dato’ Lokman Noor Adam, Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia. Selain itu, turut diadakan Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Daerah Segamat di Dewan Sri Temenggong UiTMCJ. Sesi dialog TN50 itu diadakan bersama YB Dato’ Ayub bin Rahmat (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor) dan YB Anuar bin Abd Manap (Ahli Parlimen Sekijang). Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Pegawai Daerah Segamat dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Segamat. Tahniah atas kenaikan pangkat Segamat: Tahniah dan syabas kepada 24 orang pensyarah UiTMCJ kerana telah mendapat kenaikan pangkat ke DM52 (Pensyarah Kanan). Mereka adalah Noor Hidayah binti Ab Aziz, Fazrul Hanim Abd Sata, D.Rohayu binti Mohd. Yunos, Juliana binti Martin, Siti Nur Aishah binti Mohd Noor, Azlina binti Jumadi, Farah Suraya binti Md Nasrudin, Nor Rashidah binti Mohamed, Razifah binti Othman, Noor Faraliza binti Samsudin, Nor Hamiza Mohd Ghani, Sharazad binti Haris, Norfariza binti Mohd Ali, Suzana binti Hassan, Shafaruniza binti Mahadi, Aidarohani binti Samsudin, Siti Hajar Anaziah binti Muhamad, Ezril Hishambin Mat Saad, Siti Nordiayana binti Isahak, Rosmah binti Abd Ghani Ismail, Shahrinizam bin Mansor, Nor Farehan bin Omar, Nurul Huda binti Md Yatim dan Wan Muhd Faez bin Wan Ibrahim. Istiadat Konvokesyen UiTM ke-86 di UiTM Cawangan Johor Segamat: Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-86 telah berlangsung di Dewan Sri Temenggong, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bermula pada 15 sehingga 17 Mei 2017 bagi menganugerahkan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM kepada 2,022 graduan. Istiadat tersebut telah disempurnakan oleh Pro Canselor UiTM, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama (Dr) Arshad Ayub dalam sembilan sidang yang diadakan. Segamat: Baru-baru ini, pada 22 Mei 2017 bertempat di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah diadakan perbincangan di antara pihak UiTM dan Johor Corporation (Jcorp) berkenaan usahasama bagi membangunkan kawasan sekitar kampus yang berpotensi untuk diusahakan penanaman nanas. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ. Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Sofian Shamsuddin, Pengarah ICAEN dan Timbalan-timbalan Rektor. Pihak Jcorp pula diwakili oleh Tn. Hj. Razib Ab. Rahim, Naib Presiden Pembangunan Projek Johor Land Bhd. dan Tn. Hj. Kamarulzaman bin Othman, Pengurus Besar Agro Business Division Kulim (M) Bhd. Diakhir perbincangan diadakan lawatan tapak ke kawasan sekitar kampus yang berpotensi untuk projek penanaman nanas. Semoga usahasama ini berjaya dilaksanakan dan memberi kebaikan untuk kedua-dua pihak. UiTMCJ dan ICAEN merintis usahasama penanaman nanas bersama JCorp https://johor.uitm.edu.my Unit Komunikasi Korporat UiTMCJ

Transcript of e-newsletter Isu 2/2017 - johor.uitm.edu.my · Awards (UiEA) 2016/2017. Majlis penyampaian anugerah...

Page 1: e-newsletter Isu 2/2017 - johor.uitm.edu.my · Awards (UiEA) 2016/2017. Majlis penyampaian anugerah telah diadakan di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam

Class of Hope 2.0 oleh PEERs UiTMCJSegamat: Program Class of Hope 2.0 telah dianjurkan oleh mahasiswa Persatuan Peer Kaunselor (PEERs) bersama SK Kuala Paya dan SK (Felda) Pemanis 2. Seramai 75 orang murid Tahun 5 dan 6 dari kedua-dua buah sekolah telah menyertai program ini, manakala 20 orang mahasiswa secara sukarela telah menjadi fasilitator. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan motivasi murid-murid bagi menghadapi peperiksaan UPSR di samping meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Matematik. Program yang bermula pada 21 April yang lalu telah pun melabuhkan tirainya pada 26 Mei baru-baru ini. Majlis penutup telah diadakan di Dewan SK (Felda) Pemanis 2.

Melaka: Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC 2017) telah diadakan di UiTM Cawangan Melaka pada 20 hingga 24 Mei 2017. Sempena KKEC 2017 tersebut, Unit Kokurikulum dan Komander Kesatria UiTM Cawangan

Johor telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan KKEC 2017 dengan menjuarai Acara Jalan Lasak dan Acara Extreme Outdoor Quest (EOQ) serta Naib Johan Acara Tempur Tanpa Senjata.

JPNR UiTMCJ ke Negara Gajah PutihThailand: Seramai 20 orang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Non-Residen (JPNR) bersama pihak UPKNR telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Thailand pada 28 April hingga 4 Mei yang lalu diketuai oleh Encik Abdul Rahim bin Abdul Majid, Pengurus Asrama Kanan. Antara tempat yang dilawati adalah Institute for Southern Thai Studies Thanksin University yang terletak di Wilayah Songkhla, University Walailak dan Maha Chakri Siridhon Historical Museum. Lawatan ini turut memberi peluang kepada peserta untuk menghayati sosio-budaya masyarakat Islam di Thailand. Para peserta telah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Nurullah, Krabi serta menghulurkan sumbangan ikhlas kepada pihak masjid dan pusat tahfiz di situ.

e-newsletterIsu 2/2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan JohorKampus SegamatMEI 2017

Kemenangan bermakna di UiEA 2016/2017Shah Alam: UiTM Cawangan Johor telah berjaya merangkul Grand Winner bagi Kategori Institutional Award (Campus) dan Best Mentor/Coach (Campus) yang dimenangi oleh Puan Jannah Munirah, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Entrepreneurial Awards (UiEA) 2016/2017. Majlis penyampaian anugerah telah diadakan di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam pada 25 Mei yang lalu.

Shah Alam: UiTM Cawangan Johor telah berjaya merangkul Grand Winner bagi Kategori Institutional Award (Campus) dan Best Mentor/Coach (Campus) yang dimenangi oleh Puan Jannah Munirah, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dalam UiTM Entrepreneurial Awards (UiEA) 2016/2017. Majlis penyampaian anugerah telah diadakan di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam pada 25 Mei yang lalu.

Komander Kesatria UiTMCJ rangkul Johan Keseluruhan KKEC 2017

Shah Alam: Kejohanan Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) 2017 telah berlangsung pada 29 April hingga 5 Mei di UiTM Shah Alam. Kontinjen UiTMCJ telah berjaya membawa pulang 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa bagi acara seperti berikut:

Kontinjen UiTMCJ raih 3 perak dan 5 gangsa di KARiSTA 2017

PINGAT PERAK:Berbasikal Veteran (Encik Jasni Othman)Dart Individu Lelaki (Encik Haraney Hamzah)Dart Individu Wanita (Puan Zalilah Jumak)

PINGAT GANGSA:Berbasikal Senior (Encik Mohd Firdaus Mohd Akhbar)Berbasikal Veteran (Encik Zuraidi Mohsin)Berbasikal Heavy Weight (Encik Shahrinizam Mansor)Dart BerpasukanBadminton Berpasukan

Santai Ngeteh dan Dialog TN50 di Minggu Destini Siswa Segamat: Seramai 1,307 pelajar baharu Diploma UiTMCJ Kampus Segamat dan 925 pelajar baharu Kampus Pasir Gudang telah mendaftar pada 21 Mei yang lalu. Sehubungan itu, Program Minggu Destini Siswa (MDS) untuk pelajar-pelajar baharu ini telah diadakan sehingga 26 Mei. Pelbagai aktiviti telah dijadualkan untuk pelajar-pelajar baharu ini sepanjang MDS berlangsung. Antaranya Program Santai Ngeteh 2.0 Memahami Dasar Ekonomi Negara bersama YBhg. Dato’ Lokman Noor Adam, Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia. Selain itu, turut diadakan Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Daerah Segamat di Dewan Sri Temenggong UiTMCJ. Sesi dialog TN50 itu diadakan bersama YB Dato’ Ayub bin Rahmat (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor) dan YB Anuar bin Abd Manap (Ahli Parlimen Sekijang). Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Pegawai Daerah Segamat dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Segamat.

Tahniah atas kenaikan pangkatSegamat: Tahniah dan syabas kepada 24 orang pensyarah UiTMCJ kerana telah mendapat kenaikan pangkat ke DM52 (Pensyarah Kanan). Mereka adalah Noor Hidayah binti Ab Aziz, Fazrul Hanim Abd Sata, D.Rohayu binti Mohd. Yunos, Juliana binti Martin, Siti Nur Aishah binti Mohd Noor, Azlina binti Jumadi, Farah Suraya binti Md Nasrudin, Nor Rashidah binti Mohamed, Razifah binti Othman, Noor Faraliza binti Samsudin, Nor Hamiza Mohd Ghani, Sharazad binti Haris, Norfariza binti Mohd Ali, Suzana binti Hassan, Shafaruniza binti Mahadi, Aidarohani binti Samsudin, Siti Hajar Anaziah binti Muhamad, Ezril Hishambin Mat Saad, Siti Nordiayana binti Isahak, Rosmah binti Abd Ghani Ismail, Shahrinizam bin Mansor, Nor Farehan bin Omar, Nurul Huda binti Md Yatim dan Wan Muhd Faez bin Wan Ibrahim.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-86 di UiTM Cawangan JohorSegamat: Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-86 telah berlangsung di Dewan Sri Temenggong, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bermula pada 15 sehingga 17 Mei 2017 bagi menganugerahkan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM kepada 2,022 graduan. Istiadat tersebut telah disempurnakan oleh Pro Canselor UiTM, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama (Dr) Arshad Ayub dalam sembilan sidang yang diadakan.

Segamat: Baru-baru ini, pada 22 Mei 2017 bertempat di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah diadakan perbincangan di antara pihak UiTM dan Johor Corporation (Jcorp) berkenaan usahasama bagi membangunkan kawasan sekitar kampus yang berpotensi untuk diusahakan penanaman nanas. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ. Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Sofian Shamsuddin, Pengarah ICAEN dan Timbalan-timbalan Rektor. Pihak Jcorp pula diwakili oleh Tn. Hj. Razib Ab. Rahim, Naib Presiden Pembangunan Projek Johor Land Bhd. dan Tn. Hj. Kamarulzaman bin Othman, Pengurus Besar Agro Business Division Kulim (M) Bhd. Diakhir perbincangan diadakan lawatan tapak ke kawasan sekitar kampus yang berpotensi untuk projek penanaman nanas. Semoga usahasama ini berjaya dilaksanakan dan memberi kebaikan untuk kedua-dua pihak.

UiTMCJ dan ICAEN merintis usahasama penanaman nanas bersama JCorp

https://johor.uitm.edu.myUnit Komunikasi Korporat UiTMCJ