e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain....

22
Bahagian A [20 markah] Soalan 1 hingga 13 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1.“_________akan melaksanakan titah tuanku dengan segera,” kata Datuk Bendahara kepada Sultan Mansor. A Beta B Patik C Tuanku D Baginda 2.Selepas menyampaikan ucapan,___________ pun merasmikan program Kempen Gaya Hidup Sihat. A dia B beliau C mereka D kalian Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. Bola getah itu ___________________ apabila jatuh ke lantai. A melompat B melonjak C mendarat

Transcript of e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain....

Page 1: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

Bahagian A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 13

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1.“_________akan melaksanakan titah tuanku dengan segera,” kata Datuk Bendahara kepada

Sultan Mansor.

A Beta

B Patik

C Tuanku

D Baginda

2. Selepas menyampaikan ucapan,___________ pun merasmikan program Kempen Gaya Hidup

Sihat.

A dia

B beliau

C mereka

D kalian

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Bola getah itu ___________________ apabila jatuh ke lantai.

A melompat

B melonjak

C mendarat

D melantun

4. Penduduk kampung berasa _____________kerana paras air sungai semakin

tinggi. A gempar

B bangga

C kecewa

D khuatir

Page 2: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Kakak menghiris beberapa __________bawang merah dengan se___________ pisau yang tajam.

A ulas……bilah

B utas……bilah

C urat……batang

D biji……. bilah

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Ben How berasa sedih kerana tayar basikalnya___________ akibat tercucuk paku.

A rosak

B kemek C

kempis D

kembung

7. Mei Ling yang berwajah ____________ itu bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan

Airasia.

A jelita

B molek

C segak

D tampan

Page 3: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

8.Ibu sedang memotong kaki seluar ayah yang _______________ itu.

A pendek

B labuh C

singkat D

longgar

9. Orang ramai terpaksa berteduh di_________bumbung kedai sementara menunggu hujan

reda. A dalam

B tepi

C bawah

D atas

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. ___________ itu telah diconteng oleh budak-budak

nakal. A Papan tanda

B Papan lapis

C Papan jalan

D Papan kenyataan

11. Puan Faridah _______________ meninggalkan pejabat apabila menerima panggilan kecemasan

dari hospital.

A kelam- kabut

B lintang-pukang

C pontang-panting

D tergopoh-gapah

12. Badan kanak-kanak lelaki yang _________dipercayai didera oleh bapa tirinya.

A gemuk-gemuk

B hitam-hitam

C lebam-lebam

D kelam-kelam

Page 4: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

13. Ketibaan pasangan pengantin itu disambut dengan___________ kompang. A pukulan

B paluan

C hentakan

D gesekan

Soalan 14Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.14. Puan Suzie mengundang jirannya supaya datang ke rumahnya pada hujung minggu

ini. A “Jemputlah datang ke rumah jiran saya pada hujung ini,” kata Puan Suzie .

B “Bawalah jiran kamu datang saya pada hujung minggu ini,” jemput Puan Suzie.

C “Jemputlah jiran kamu datang ke rumah pada hujung minggu ini,” kata Puan Suzie kepadanya.

D “Jemputlah datang ke rumah saya pada hujung minggu ini ,” kata Puan Suzie kepada jirannya.

Soalan 15 dan soalan 16Pilih ayat yang betul.

15. A A.Samad Said merupakan sasterawan yang masih bergiat aktif.

B Majlis perkahwinan abangnya telah diadakan pada bulan depan.

C Alvin pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita pada tahun depan .

D Saya berasa seronok kerana belum melihat pemandangan ladang teh di Tanah

Tinggi Cameron .

16. A Rajin agak anak Pak Wahab mengemas biliknya.

B Minah ialah murid yang paling pandai sekali di dalam kelas.

C Saiful teramat suka makan nasi dengan lauk asam pedas.

D Disiplin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa sungguh baik sekali .

Page 5: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya.

Laporan Aktiviti Minggu Bahasa SJKC Pei Hwa

Persatuan Bahasa Melayu SJKC Pei Hwa telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu yang bermula

pada 4 Mei 2016 sehingga 10 Mei 2016. Sepanjang minggu tersebut beberapa aktiviti dijalankan.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar.

Aktiviti yang dijalankan sempena Minggu Bahasa kali ini adalah seperti kuiz bahasa,

pertandingan pantun, bercerita, menulis karangan dan pidato. Semua aktiviti tersebut dibahagikan

kepada dua kategori, iaitu tahap satu dan tahap dua.

Perasmian Minggu Bahasa telah diadakan pada 4 Mei 2016. Ucapan pembukaan didahului

dengan ucapan Guru Besar. Ahli jawatankuasa Minggu Bahasa yang terdiri daripada guru-guru dan

pelajar telah bertungkus-lumus menjayakan setiap aktiviti yang dirancangkan.

Pertandingan berbalas pantun dianjurkan mengikut kelas. Setiap kelas wajib menghantar

sekurang-kurangnya satu pasukan. Pelajar yang berbakat dalam penulisan turut menyertai aktiviti

pertandingan mengarang yang bertemakan alam sekitar. Pertandingan pidato telah dimenangi oleh

Jesicca. Dia akan mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Pada hari penutupan Minggu Bahasa, pihak pentadbir sekolah amat berbangga dengan aktiviti –

aktiviti yang telah dijalankan. Guru Besar berharap agar aktiviti seumpama ini terus diadakan pada

masa akan datang.

Disediakan oleh, 15 MEI 2016.

…………………….( LEE MEI LING )Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu ,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa.

17. Berapa harikah Minggu Bahasa itu berlangsung ?

A Lima hari

B Enam hari C

Seminggu D

Sepuluh hari

Page 6: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

18. Siapakah yang merasmikan Minggu Bahasa tersebut ?

A Guru Besar

B Pengerusi PIBG

C Guru Bahasa Melayu

D Ahli jawatankuasa Minggu Bahasa

19 Antara yang berikut yang namakah bukan aktiviti yang dilakukan sempena Minggu Bahasa ?

A kuiz bahasa

B pertandingan pantun C

pertandingan syarahan

D pertandingan menulis karangan

20 Penyataan di bawah adalah benar kecuali….. .

A Pertandingan mengarang bertemakan alam sekitar.

B Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

C Ahli jawatankuasa Minggu Bahasa terdiri daripada guru-guru dan pelajar. D

Jesicca akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri .

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 7: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

BAHAGIAN B[30 markah]

Soalan 21

a.Pilih kata sendi nama yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong .

di pada daripada dari

1. Murid-murid akan mendapat banyak pengetahuan _________ aktiviti lawatan.

2. Jururawat membubuh ubat __________ luka kaki pesakit itu.[ 2 markah ]

b. Membina ayat berdasarkan gambar dengan kata kerja transitif yang sesuai.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[ 1 markah ]

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[ 1 markah ]

Page 8: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya :

_________________________________________________________________________________

Jawapan : Ya, kuih ini akan dikukus dengan api yang sederhana besar selama dua puluh minit .

[ 2 markah ]b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

[ 2 markah ]c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________________[ 2 markah ]

Page 9: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

Soalan 23Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ai Ling : Ranjit, pertuturan kamu dalam bahasa Melayu baik sekali. Boleh saya tahu, bahasaapakah yang kamu gunakan di rumah?

Ranjit : Biasanya di rumah, kami sekeluarga bertutur dalam bahasa Melayu. Ada jugasaudara-mara saya yang menggunakan bahasa Melayu. Bukankah bahasa Melayuialah bahasa kebangsaan negara kita ?

Ai Ling : Betul Ranjit. Semua kaum perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Mulai hariini, saya akan bertutur dalam bahasa Melayu dengan ibu saya di rumah.

Ranjit : Baguslah begitu, Ai Ling. Selain itu, kita mestilah menggunakan bahasa Melayudalam urusan tidak rasmi dan urusan rasmi. Dengan cara ini, kita dapat memupukperasaan cinta akan bahasa Melayu. Martabat bahasa Melayu juga dapat kitapelihara.

Ai Ling : Namun begitu, remaja sekarang lebih suka menggunakan bahasa rojak. Bahasa rojakakan menyebabkan mutu bahasa Melayu merosot. Bak kata orang tua-tua, “ bahasajiwa bangsa, rosak bahasa hilanglah bangsa”.

Ranjit : Wah, pandainya kamu, Ai Ling ! Papan tanda dan papan iklan yang dipasang diseluruh negara pun perlu menggunakan ejaan yang betul. Begitu juga dengan namabangunan. Nama bangunan sepatutnya ditulis dalam bahasa Melayu.

Ai Ling : Saya sokong pendapat kamu, Ranjit.

Ranjit : Terima kasih, Ai Ling.

a. _____________________ialah orang yang petah berbahasa Melayu.

[ 1 markah]

b. Apakah kesan penggunaan bahasa rojak ?

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

[ 2 markah]

Page 10: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Rakyat Malaysia wajib bertutur dalamBahasa Melayu.

Bahasa Melayu perlu digunakan dalamurusan rasmi sahaja.

Nama bangunan di negara ini lebih sesuai dalam bahasa asing.

Bahasa Melayu merupakan bahasakebangsaan Negara Malaysia.

betul

salah

[ 2 markah ]

Page 11: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai dan mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara.

Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik.

Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

Secara keseluruhan, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan perpaduan kaum di negara Malaysia. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi hari ini.

Dipetik dan diubah suai daripada laman sesawang http://pmr.penerangan.gov.my

a. Perkataan toleransi dalam petikan boleh diganti dengan perkataan________________

[ 1 markah ]

b. Mengapakah isu-isu berkaitan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen ?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Page 12: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

c. Apakah kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara ?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

[ 2 markah]d. Nyatakan tiga cara untuk mewujudkan perpaduan di negara kita.

i)_________________________________________________________________________

ii)_________________________________________________________________________

iii)_________________________________________________________________________[3 markah]

Soalan 25Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan -soalan yang berikutnya.

Menanam jagung sambil berhuma,Duduk berehat makan berangan;

Tolong-menolong dan bekerjasama,Kerja berat menjadi ringan.

Mari ke bendang menahan pukat,Tangan disengat si keli bias;

Saling memahami serta muafakat,Sengketa tiada damai sentiasa.

Pahitnya peria tidak terhingga,Dicelur diperah hilanglah ia;

Hormati-menghormati sesama tetangga,Berbaik sangka amalan mulia.

Pagi hari pergi ke pekan,Raga diisi sehingga sarat;

Ziarah-menziarahi harus amalkan,Hubungan renggang menjadi erat.

a.Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[2 markah]b. Bagaimanakah kita boleh berbaik sangka dengan jiran tetangga ?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[ 2 markah]

Page 13: e-perkhidmatan.com · Web viewPerpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

c.Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( × ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut.

Amalkan sikap mementingkan diri sendiridengan jiran tetangga.

Saling muafakat dalam membuat apa-apakeputusan.

[ 1 markah]

Ziarah-menziarahi harus amalkan,Hubungan renggang menjadi erat.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

___________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT