eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ... Ini adalah cara bank buat duit. Selain

download eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ... Ini adalah cara bank buat duit. Selain

If you can't read please download the document

  • date post

    12-Sep-2020
  • Category

    Documents

  • view

    0
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ... Ini adalah cara bank buat duit. Selain

  • eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika anda masih belum mendapatkan akses penuh, boleh singgah ke gilahartanah.com/gh-masterclass.  

  • 2    

    Isi  Kandungan     Muqqadimah  ..................................................................................................................................................  3-­‐8  

    #1  Macam  mana  nak  bayar  hutang  kad  kredit  tanpa  sebarang  caj  faedah?  ............  9-­‐13  

    #2  Boleh  ke  kita  rendahkan  kadar  faedah  kad  kredit  yang  sedia  ada?  .....................  14-­‐26  

    #3  Kenal  pasti  kad  kredit  yang  sesuai  dengan  penggunaan  kita  .................................  27-­‐37  

    #4  Berapa  banyak  jenis  kad  kredit  yang  ada  di  Malaysia?  ...............................................  38-­‐49  

    #5  Macam  mana  faedah  kad  kredit  dikira?  .............................................................................  50-­‐55  

    Kata-­‐kata  penutup    .......................................................................................................................................  56  

    Sumber  rujukan  .....................................................................................................................................  57-­‐58  

     

     

  • 3    

    Part #1: Muqqadimah

    Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera warga Gila Hartanah

    yang Tok kasihi.

    Tok harap korang semua dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera

    bersama keluarga tercinta.

    Terima kasih sebab sanggup laburkan modal untuk dapatkan e-Book

    Cara Hapuskan Hutang Kad Kredit.

    e-Book ni, Tok letakkan fokus 100% kat topik kad kredit.

    Daripada hal mengurus penggunaan kad kredit (secara berkesan),

    hingga melangsaikan segala hutang piutang yang ada.

    Tok akan cover sebaik boleh supaya kewangan korang bertambah

    ohsem dari masa ke semasa.

    Sebab Tok takde niat langsung nak buang masa korang, jom kita

    mulakan kembara ilmu ni segera.

    In Shaa Allah, segala perkongsian dalam e-Book terbaru ni bakal

    berikan manfaat berganda buat korang yang pakai kad kredit.

    Dengan lafaz Bismillah, mari kita mulakan.

    Yang benar,

    TOK PENGHULU

    Gilahartanah.com

  • 4    

    Apakah 2 jenis hutang yang kita wajib tahu?

    Takde siapa yang berimpian nak simpan hutang lama-lama, kan?

    (Ke ada? Kalau ada jugak, korang adalah spesis rare yang sangat

    pelik kat muka bumi Allah S.W.T ni).

    Selagi boleh, orang yang normal akan cuba untuk langsaikan cepat-

    cepat dan nak hidup bebas daripada belenggu hutang.

    Ada 2 kategori hutang yang utama menurut buku The ABCs of Getting

    Out of Debt (karya Garren Sutton), iaitu hutang baik dan hutang tak

    baik.

    Hutang baik adalah hutang yang berikan nilai kepada diri kita sendiri.

    Contohnya macam loan rumah untuk unit yang kita sewakan (untuk

    dapatkan cash flow dan capital appreciation).

    Apa-apa saja hutang yang bertujuan menambah aset,

    mengembangkan bisnes, dan lain-lain perkara yang berkaitan,

    tergolong dalam kategori hutang baik.

    Dan Tok yakin. Korang mesti dah tau apa maksud hutang tak baik.

    Pulak dah. Apa dia hutang tak baik ni?

    Secara mudahnya, hutang tak baik adalah hutang yang tak berikan

    sebarang nilai dan kelebihan kat korang.

    Paling tak best, hutang ini ada potensi besar jadikan korang miskin.

  • 5    

    Dalam e-Book ni, korang akan belajar ilmu mengurus hutang kad

    kredit, supaya bank bertambah sayang kat korang.

    Nanti senang la korang nak buat loan untuk beli rumah atau kereta.

    Boleh jadi, bank tak teragak-agak nak bagi korang pinjaman dengan

    kadar faedah yang menarik lepas ni.

    Mesti korang suka nak tahu kan?

    Fakta hutang baik yang “terpaksa” kita hadamkan (yang

    Tok sendiri tak suka telan)

    “Senang ke nak buat hutang yang baik?”

    Ini soalan cepu emas yang cukup ohsem.

    Garrent Sutton ada bagitahu dalam buku beliau. Bank lebih suka bagi

    pinjaman untuk membiayai hutang yang tak baik berbanding hutang

    baik.

    Sebagai contoh, jom kita cuba jawab soalan ni guna common sense.

    “Apakah jenis hutang tak baik yang bank suka bagi kat peminjam?”

    Antara yang Tok boleh kongsikan kat sini adalah hutang beli kereta,

    motor besar, pinjaman kad kredit, personal loan, skim ansuran yang

    bermacam-macam jenis, atau lain-lain yang sama waktu dengannya.

    Ini antara salah satu sebab utama kenapa ramai orang lagi sanggup

    buat hutang tak baik. Sebab senang lagi bank nak approve kalau

    dibandingkan dengan buat hutang baik.

  • 6    

    “Tak cukup duit? Swipe je kad kredit”

    Biasanya, keadaan ni akan berubah menjadi lebih parah.

    Bila senang sangat nak buat hutang tak baik, pemiutang akan jadi

    susah nak kawal diri sendiri. Mereka jadi tak kisah nak buat hutang ini

    sebanyak mungkin.

    Ini masalah yang berkait rapat dengan mentaliti si peminjam. Mereka

    menganggap duit yang bank pinjamkan adalah duit mereka sendiri.

    Padahal, duit (cash) dalam bank pun takde la banyak mana.

    Hasilnya, diri sendiri yang tersontot.

    Nak buat pinjaman baru untuk membeli hartanah pelaburan (atau

    duduk sendiri) dan untuk kembangkan perniagaan pun jadi susah.

    Lagi haru kalau tak tahu nak uruskan hutang tak baik ni dengan betul.

    Pendek kata, selalu kantoi buat bayaran balik tepat pada masanya.

    Dan bank cukup tak suka peminjam yang perangai macam ni.

    Takpe ke buat kesilapan ini?

    Jawapannya, boleh jadi “ya” dan “tidak.”

    Tok jelaskan kenapa ada 2 jawapan.

    Tok cakap “ya” sebab kita takkan belajar sesuatu selagi tak buat

    sebarang kesilapan.

  • 7    

    Macam yang Robert Kiyosaki tulis dalam buku beliau yang hot-selling

    (Rich Dad Poor Dad), kesilapan adalah satu perkara yang bagus.

    Yang penting, kita belajar daripada kesilapan tu dan berusaha supaya

    tak ulang buat kesilapan yang sama berulang kali.

    Kalau terhantuk sekali tapi buat lagi tu, sendiri tanggung.

    Dah kena patuk ular tadi kan? Kenapa pilih untuk jolok sarang ular

    sekali lagi?

    Dan kenapa Tok cakap “tidak” pula?

    Bila berlaku masalah macam ni, boleh kata, bank akan mula skeptikal

    dengan korang. Jangan pulak terkejut beruk kalau permohonan loan

    korang asyik tak lepas je.

    Dan kalau kita biarkan masalah ni berterusan (kes ketegaq nak bayar

    hutang kad kredit), sampai bila-bila korang susah nak buat pinjaman

    nanti.

    Kes paling ekstrim adalah kita akan tersenarai dalam kategori blacklist.

    Ramai ke yang buat hutang tak sihat?

    Pada pandangan Tok, takde siapa yang suka buat hutang yang

    tergolong dalam kategori ni.

    Tapi, realiti pula buktikan sebaliknya. Ramai yang terperangkap sebab

    tak belajar cara uruskan kewangan dengan betul.

  • 8    

    Tambahan pula, macam-macam dugaan kat dunia sekarang.

    Dengan model smartphone terbaru yang keluar setahun sekali, hingga

    kedai makan yang berkonsepkan lifestyle yang wujud merata.

    Semua ni adalah antara contoh yang mampu habiskan duit korang,

    akibat desakan gaya hidup di bandaraya. Tu tak campur lagi dengan

    peer pressure (desakan kawan-kawan sekeliling kita).

    Kalau mampu, Tok tak kisah. Boleh je Tok pejamkan sebelah mata.

    Cuma hakikatnya, ramai yang tak mampu berbanding mampu.

    Yang berlagak mampu itu ramai. Yang betul-betul mampu tu, kita

    boleh kira pakai jari.

    Ada je golongan (bukan korang yang tengah baca ni) yang sanggup

    buat pinjaman, semata-mata nak pergi bercuti ke luar negara.

    Apa yang mereka cuba nak buktikan? Nak sangat tunjuk kat kawan-

    kawan yang mereka ni terlampau banyak duit, dengan berjalan 3 kali

    setahun (atau lebih) ke luar negara ke?

    Entah. Tok pun malas nak ambil tahu.

    Dah, Tok tak mahu buang masa korang lagi. Jom kita mula belajar.

    Semoga segala bait ilmu dalam e-Book ni dapat korang manfaatkan

    sepenuhnya.

  • 9    

    Soalan #1: Macam mana nak bayar hutang kad kredit tanpa

    sebarang caj faedah?

    Faedah kad kredit adalah caj yang bank kenakan atas kelebihan

    (atau kata lain, “peluang”) untuk kita beli barang atau perkhidmatan,

    tanpa perlu membayar terlebih dulu.

    Ini adalah cara bank buat duit.

    Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti;

    • Bayaran lebih had (over-the-limit fee),

    • Yuran pembayaran lewat (late fees),

    • Yuran pendahuluan tunai (cash advance fee), dan sebagainya.

    Tok akan cover tentang caj-caj yang lain sebentar lagi. Sekarang, kita

    fokus untuk menjawab soalan ini terlebih dulu.