Ebook kenapa anticlockwise v1.0

30
(002256927-M) https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise ______________________________________

description

Tahukah anda? Kebanyakan jam yang ada di pasaran bergerak pada arah yang salah. Anticlockwise is the REAL clockwise. Jom ikut Sunnatullah!

Transcript of Ebook kenapa anticlockwise v1.0

Page 1: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

(002256927-M)

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

______________________________________

Page 2: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

2 | P a g e

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya,

memberikan kami peluang dan rezeki masa dan kesihatan bagi menghasilkan ebook ini. Tujuan ebook ini

dihasilkan adalah bagi memberikan gambaran secara umum kepada masyarakat tentang rahsia di sebalik

pergerakan jam anticlockwise.

Kami sering ditanya dengan soalan-soalan seperti berikut:

“Eh..kenapa jam awak pusing terbalik?”

“Bagus sangat ke jam anticlockwise ni? Apa kelebihannya?”

“Buat apa nak pening-pening kepala pakai jam terbalik ni? Serabut kepala otak tengok jam ni”

Kebanyakan orang bila diberitahu bahawa jam yang mereka pakai tu TAK BETUL & PUSING SALAH,

rata-rata akan cakap:

"Takkanlah, kan dah berpuluh tahun jam ni orang guna"

"Kau ni GILA lah, kalau SALAH takkan semua orang TAK TAHU"

Kami dengan ini menjelaskan bahawa kami bukanlah ulama’ dan tidak layak dianggap sebagai tokoh

agama. Kami hanyalah manusia biasa yang ingin membawa perubahan positif kepada dunia. Selain ayat-ayat

al-Quran dan hadis-hadis dalam ebook ini, apa yang bakal kami kongsikan kepada para pembaca tidak patut

dianggap benar sepenuhnya tetapi patut dianggap sebagai satu pembentangan yang harus dika ji selanjutnya

dengan teliti oleh para pembaca. Kami juga berharap hasil perkongsian kami mampu mengilhamkan para

pembaca untuk mencapai kebenaran, keadilan, dan kebebasan sejati dari pengaruh dan cengkaman musuh-

musuh kita yang sebenar. Diharapkan juga para pembaca akan cuba mengenal siapa musuh kita yang sebenar.

Selain itu, kami berharap ebook ini mampu membawa pencerahan minda kepada seramai mungkin pembaca.

Sebarkan ebook ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, teman-teman dan seluruh umat Islam. Marilah kita

terus belajar dan mencari ilmu. Gunakan kedua-dua mata kita untuk melihat dunia. Mata fizikal dan mata hati.

Sebahagian kandungan ebook ini adalah kompilasi dari bahan-bahan di internet. Kandungan tersebut

adalah hak milik pemilik asal dan kami sekadar mengumpul dan berkongsi sahaja. Semoga segala pahala

kebaikan dari perkongsian ini akan sampai kepada pemilik asal dan menjadi saham di akhirat kelak. Segala

puji-pujian kepada Allah, tuhan sekalian alam. Kami ingin memohon maaf zahir dan batin jika ebook ini

menimbulkan perasaan tidak enak kepada para pembaca. Segala kesilapan yang terdapat dalam ebook ini

adalah tidak disengajakan dan berpunca dari kelemahan diri kami sendiri. Kami hanya manusia biasa.

Wallahu a’lam.

Admin, Kedai Jam Anticlockwise

Page 3: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

3 | P a g e

MAKSUD ANTICLOCKWISE

Kamus Oxford:

Pronunciation: /anteeklokwaiz/

adverb & adjective

British

in the opposite direction to the way in which the hands of a clock move round

(arah yang bertentangan dengan arah pergerakan jarum jam)

Selain pergerakan lawan arah jam, anticlockwise atau counterclockwise juga boleh disebut

sebagai pergerakan ke kanan dan juga pergerakan arah tawaf.

Kenapa anticlockwise dikatakan pergerakan ke kanan?

Jika anda melihat jam anticlockwise dengan meletakkan nombor 12 sebagai titik permulaan, sudah tentu anda berkata pergerakan anticlockwise adalah pergerakan ke kiri.

Sebaliknya, kita melihat pergerakan anticlockwise dari perspektif seseorang yang ingin melakukan tawaf. Semasa tawaf yang bermula dari sudut hajarulaswad, kita akan bergerak ke arah kanan, di mana kaabah akan sentiasa berada di sisi bahu kiri kita. Disebabkan itu jugalah, pergerakan anticlockwise turut dikenali sebagai pergerakan arah tawaf atau tawaf movement.

Page 4: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

4 | P a g e

Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda: “Islam mula tersebar dalam keadaan pelik & asing, dan Islam akan kembali asing pula, maka beruntunglah orang-orang yang asing.” ( Hadis Riwayat Muslim ) Semoga kita berjaya menjadi yang satu dalam seribu. ------------------------------------------------ Kelebihan Menggunakan Jam Tawaf ------------------------------------------------ 1.Kita kembali kepada fitrah dan untuk mendapat keberkatan daripada Allah SWT dengan mengikut Sunnatullah. 2. Mengembalikan keseimbangan badan (getaran sekata dari jam dapat menyeimbangkan tubuh badan sipengguna (otak & tulang belakang) 3. Memberikan ketenangan iaitu aliran darah, pergerakkan atom dan jam selari melakukan putaran tawaf dengan seluruh alam semesta 4.Meleraikan radiasi tercemar. *Hasil kajian Prof. Norhissam Mustafa( Rawatan Komplimentari Insaniah) telah menemukan sesuatu yang memberikan kesan negatif contohnya virus pembawa penyakit mempunyai elektron yang mengelilingi nukleus pada arah jam.Oleh itu, pusingan jam tawaf akan bertindak sebagai pelerai radiasi tercemar dan meringankan penyakit kerana putarannya yang bertentangan dengan atom virus.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

INFO PENTING BAGI PENGGUNA JAM TANGAN TAWAF/ANTICLOCKWISE

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemakaian Jam Tangan Tawaf boleh juga mempengaruhi sifat semulajadi seseorang.

• Bagi lelaki – pakai di pergelangan tangan kanan

(menguatkan sifat kelakian)

• Bagi wanita – pakai di pergelangan tangan kiri

(menguatkan sifat kewanitaan)

Sekiranya anda rasa pening-pening semasa memakai jam anticlockwise, itu adalah normal

kerana minda dan tubuh anda sedang ‘adapt’ kepada jam anticlockwise setelah bertahun-

tahun anda menggunakan jam clockwise. Anda akan membiasakan diri dengan jam

anticlockwise dalam masa 2 jam hingga 3 hari, bergantung kepada individu. Ibarat air yang

dikacau secara clockwise, tiba-tiba kita ubah arah dan kacau secara anticlockwise, maka air

tersebut akan berkocak seketika sebelum mula mengikut arah anticlockwise dengan tenang.

Page 5: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

5 | P a g e

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CONTOH APLIKASI PUSINGAN ANTICLOCKWISE (TAWAF) BERMULA DARI SEKECIL-KECIL ZARAH ATOM

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

~ Elektron mengelilingi nukleus.

~ Pusingan peredaran darah dalam badan kita.

~ Pergerakan sperma menuju ovum.

~ Cengkerang siput.

~ Pokok menjalar yang memanjat mengikut pusingan tawaf.

~ Arah pusingan puting beliung.

~ Bumi mengelilingi matahari.

~ Pergerakan pusingan bima sakti.

Petikan sabda Nabi Muhammad s.a.w dalam khutbah terakhir baginda yang disampaikan pada

9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa

untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu

tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.”

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu hingga kamu mengikuti agama

mereka.” (Surah Al-Baqarah, 2: 120)

Pocket Watch dengan imej timbul Kaabah ini boleh didapati di Kedai Jam Anticlockwise

Page 6: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

6 | P a g e

Artikel Mastika Januari 2003

Jam Ke Kanan – Ini Bukan Jam Biasa

Oleh: Norimanah Seman

Dia pernah mendengar bahawa jarum jam ciptaan doktor itu bergerak kekanan, bukan

ke kiri seperti jam biasa. Dia juga tahu jam tersebut boleh bertindak sebagai penyembuh

penyakit. “Suruh makan ubat tak nak, tapi bising. Sakit itulah….inilah”, Zurina berleter lalu

menghulurkan jam yang baru dibeli itu kepada suaminya.

Sufian terpinga-pinga menyambut jam pemberian Zurina. Untuk seketika pening

kepalanya membaca nombor yang bermula dari kanan ke kiri. ”Buat apa pakai jam, I sakit

badan bukannya nak tengok jam”, Sufian membantah dengan suara meninggi.

“Ini bukan jam biasa bang, ini jam ajaib tau! Boleh sembuhkan banyak penyakit, dibuat

khas untuk orang yang malas makan ubat macam abang”, Zurina separuh mengusik walaupun

dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku. Hari pertama memakainya Surfian rasa pening-

pening dan mabuk. “Tu baru tanda awal, belum tau lagi esok-esok macam mana,” Zurina

menjawab apabila Sufian mengadu keadaannya.

Setelah seminggu memakainya, Sufian tiba-tiba sakit kepala dan muntah-muntah.

Tersembur darah berketul-ketul dari mulutnya. “Ni semua kau punya pasal. Pakai jam untuk

baik konon. Habis paru-paru aku berlubang, ini semua jam punya hal. Aku tak nak pakai benda

ni,” ugut Sufian. “Tak apa nanti I tanya doktor”, Zurina cuba menenangkan Sufian.

Zurina sebenarnya naik panik kerana dia tidak menduga sampai ke tahap itu perubahan

yang berlaku. Tergesa-gesa dia menelefon Dr. Norhisham. “Sufian muntah darah! Ada nanah

keluar dari hidung juga”.

“Darah hitam ke merah?” tanya doktor. “Merah, berketul-ketul,” terang Zurina.

“Ini petanda baik, penyakit-penyakit lama keluar”, tambah doktor.

Page 7: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

7 | P a g e

Menurut Dr. Norhisham Wahab, resdung yang dialami Sufian adalah punca utama

hidungnya bernanah. “Muntah darah , menandakan terdapat benda asing dalam darahnya

seperti racun, toksik daripada makanan dan ubat-ubat kimia. Kesan paling menakjubkan Sufian

akan berhenti merokok selepas memakai jam ini, tengoklah nanti,” kata Dr. Norhisham

Wahab.

“Banyak lagi penyakit boleh disembuhkan dengan jam ini – daripada masalah tak boleh tidur

hinggalah penyakit kronik yang melibatkan saraf. Malah penyakit parkinson yang paling teruk

pun pernah disembuhkan melalui pemakaian jam ini, insya-Allah. Apa lagi penyakit lain seperti

halusinasi, saka dan gangguan jin mudah sangatlah”, tambah Dr. Norhisham Wahab.

“Gangguan itu adalah benda asing yang bukan semula jadi ada dalam badan kita. Jam ini

berfungsi untuk menyingkirkannya dan memulihkan perjalanan darah serta keseimbangan

tenaga dalam badan”, jelas Dr. Norhisham lebih lanjut.

“Saya pernah merawat seorang pesakit Parkinson yang teruk, bukan setakat anggota badan

terketar-ketar tetapi lebih daripada itu. Pesakit saya ini boleh bangun menari tiba-tiba tanpa

henti selama satu jam. Otaknya sudah hilang kawalan terhadap pergerakan anggota badan”.

“Apabila saya pakaikan jam, dia tidak lagi terketar-ketar dan boleh mengawal pergerakan. Ini

kerana jam itu telah menstabilkan sistem kelenjar dalam tubuhnya”, cerita Dr. Norhisham

Wahab.

Selain itu Dr. Norhisham mengingatkan cara pemakaian jam juga perlu betul kerana ia

akan mempengaruhi sifat semula jadi seseorang. Menurutnya, lelaki mestilah memakainya

pada tangan kanan. Jika dipakai pada tangan kiri, lelaki itu akan berperangai seperti

perempuan, emosional dan sebagainya. Namun apabila dipakaikan disebelah kanan ia akan

menguatkan lagi sifat kelelakian serta membuang sifat-sifat buruk seperti panas baran, stress

dan tidak sabar.

“Perempuan pula kena pakai di tangan kiri. Jika tersalah pakai dia akan berperangai lebih lelaki

daripada lelaki”, terang Dr. Norhisham Wahab.

Namun demikian Dr. Norhisham meletakkan syarat kepada pemakaian jam tersebut.

Pesakit jantung dan buah pinggang yang telah menjalani pembedahan dan pemasangan

pacemaker (bateri) dilarang sama sekali menggunakannya.

Page 8: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

8 | P a g e

“Jam ini telah dirakamkan dengan gelombang elektromagnetik yang berfungsi untuk menolak

benda asing di dalam badan. Dan bateri itu adalah benda asing, jadi jam ini akan mematikan

fungsi pacemaker secara tiba-tiba”.

“Mungkin si pemakai boleh maut jika diteruskan pemakaiannya”, terang Dr. Norhisham Wahab

Manfaat Yang Diperoleh:

* Membersihkan darah daripada ion-ion positif berlebihan daripada radiasi luar yang

terperangkap

* Meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh

* Merangsang daya tumpuan

* Mengekalkan potensi diri yang optima

* Mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan

* Mengawal depresi/tekanan perasaan

* Meningkatkan daya vital/semangat

P/s – tindakbalas bergantung kepada diri seseorang

Konsep Jam Arah Ke Kanan:

Gunakan jam arah ke kanan sebagai pengimbang semulajadi setiap detik bagi memenuhi

falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga/chakra:

KEBENARAN mengatasi KESILAPAN

KELAJUAN mengatasi KELEWATAN

KEMUDAHAN mengatasi KEJUTAN

KESTABILAN mengatasi KUCAR-KACIR

KEKUATAN mengatasi KELEMAHAN

KEUNTUNGAN mengatasi KERUGIAN

KEJAYAAN mengatasi KEGAGALAN

SUMBER:

Artikel Mastika

Januari 2003

Oleh: Norimanah Seman

Jam Ke Kanan – Ini Bukan Jam Biasa

Page 9: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

9 | P a g e

Pusingan Anticlockwise Asas kepada HUKUM ALAM

“Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Al-Anbiya, 21:33)

Ayat Al-Quran di atas menerangkan kepada kita secara saintifik berkenaan dengan sistem yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak di atas orbit dan landasan masing-masing. Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah mengkehendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah. Bumi beredar mengelilingi matahari selama setahun pada satu arah, bulan beredar mengelilingi bumi selama satu bulan pada satu arah dan semua planet yang berada di angkasa mengelilingi matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali sebagai pusingan Tawaf (Anticlockwise).

Atlet olahraga juga berlari pada arah Tawaf kerana mempunyai hubung kait dengan keseimbangan badan dan kecepatan semasa berlari.

Page 10: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

10 | P a g e

Bumi mengelilingi matahari pada arah Tawaf, bumi sendiri berputar pada paksinya pada arah Tawaf, bulan megelilingi bumi pada arah Tawaf, semua planet dan bintang yang berada di dalam sistem solar sebenarnya juga mengelilingi galaksi pada arah Tawaf. Masing-masing beredar di atas paksi dan orbitnya pada arah Tawaf dan pergerakan ini menjadi hukum (cosmic law) kepada pergerakan alam semesta (Sunnatullah/Fitrah).

Galaksi Bima Sakti juga berputar pada arah Tawaf.

Page 11: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

11 | P a g e

Bulan beredar tetap di atas orbitnya pada arah Tawaf.

Sebenarnya hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan Tawaf ini bukan

sahaja melibatkan objek di angkasa lepas malah ia juga melibatkan ciptaan Allah yang hanya sekecil zarah atom dan hanya mampu dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nukleus atom pada arah Tawaf. Benda-benda yang konkrit, cair dan bergas juga terbina daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna hukum pusingan Tawaf diaplikasikan hampir kepada semua benda yang ada di alam semesta ini; planet-planet, tumbuh-tumbuhan, bulan-bulan yang berada pada setiap planet, binatang, tanah, air dan sebagainya. Kerusi yang kita duduk dan gadget yang kita pegang juga mengandungi zarah-zarah atom.

Elektron di dalam struktur atom juga berputar pada arah Tawaf.

Page 12: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

12 | P a g e

Sitoplasma (cytoplasm) mengelilingi nukleus pada arah Tawaf.

Hal ini tidak terkecuali juga dengan sel tubuh badan kita kerana tubuh badan manusia

itu sendiri terdiri daripada banyak sel. Sitoplasma (cytoplasm) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) juga.

Tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar juga sekiranya kita perhatikan memanjat pada arah Tawaf.

Page 13: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

13 | P a g e

Kulit siput pun mempunyai corak mengikut arah Tawaf.

Begitulah ciptaan Allah S.W.T daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang

sebesar-besar matahari masing-masing melakukan pusingan pada arah TAWAF. Masing-masing dengan rendah dirinya mengikut pusingan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi kenapa kita manusia yang mampu berfikir tidak pernah merenungkannya. Semua ciptaan Allah S.W.T melakukan pusingan mengikut arah TAWAF dan pasti mempunyai hikmahnya tersendiri. Namun malangnya, musuh-musuh kita dengan ego sekali mencipta dan memperdaya kita agar memakai jam yang bertentangan dengan Sunnatullah/Fitrah alam.

Allah mencipta langit dan bumi Dengan cara Yang layak dan berhikmah; Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman. (Al-Ankabut, 29:44)

Sufi berputar atau ‘whirling dervishes’ yang terkenal di Turki juga berzikir sambil berputar mengikut arah anticlockwise.

Page 14: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

14 | P a g e

Apabila melakukan tawaf di kaabah, bahu kiri akan sentiasa di sisi Kaabah dan hati akan menjadi lebih dekat dengan Kaabah berbanding pada pusingan clockwise. Kita tawaf seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di alam semesta; planet, bulan, matahari, sel-sel, atom dan darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas daripada tawaf itu.

Pusingan Tawaf di kaabah yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya sebenarnya

sekira dikaji secara saintifik menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang menuju ke atas. Prinsip yang digunakan adalah sama seperti prinsip di dalam kelas sains fizik iaitu prinsip tangan kanan.

Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Kemungkinan besar daya tenaga inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap di sana sejak berkurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas. Gelombang ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dari jarak dekat tetapi beberapa orang angkasawan pernah mendakwa dapat melihat jalur cahaya yang terang menuju ke atas terpancar dari Kaabah, semasa mereka sedang berada di angkasa lepas.

Page 15: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

15 | P a g e

Secara saintifiknya pergerakan Tawaf ini menghasilkan tenaga elektromagnetik yang menuju ke atas. Sekiranya seseorang itu memakai jam yang berpusing pada arah Tawaf, secara tidak sedar orang itu akan merasai gelombang yang menuju kepadanya setiap kali orang itu melihat jam.

Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang benar-benar mengetahui hikmah di sebalik

pusingan pada arah Tawaf. Sebagai seorang muslim, adalah lebih baik sekiranya kita mengikut apa yang Fitrah atau Sunnatullah kerana kita tahu pasti ada banyak kebaikan di sebalik ciptaanNya itu. Allah tuhan semesta alam mencipta benda dari yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada galaksi, semuanya berputar pada arah yang satu, arah Tawaf dan tidak patutlah kita sebagai hambanya memilih arah yang bertentangan dengan Fitrah atau Sunnatullah. Marilah kita berhijrah, hijrah dengan mengikut sesuatu yang Fitrah, hijrah cara kita berfikir, hijrah dari keburukan kepada kebaikan dan hijrah dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang. Allahu a'lam.

Page 16: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

16 | P a g e

SPERMA JUGA BERGERAK MENGIKUT ARAH ANTICLOCKWISE !!!

Sperma adalah benih yang dipancarkan oleh lelaki ketika berlakunya kemuncak dalam sesuatu

hubungan intim. Setiap pancaran menghasilkan berjuta-juta sperma yang kemudiannya akan

berenang menuju ke arah telur wanita (ovum) bagi tujuan persenyawaan.

TETAPI, tahukah anda bahawa sperma juga sebenarnya bergerak dalam keadaan berpusing-

pusing mengikut arah lawan jam (anticlockwise) ketika dalam perjalanannya untuk menemui

ovum???

Hakikat ini dinyatakan sendiri oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail, pensyarah di Institut

Penyelidikan Matematik, UPM (Rujuk Majalah IMAN, bil.No. 6, PP17618/01/2013; Page 28).

Mengikut kajian metafizik, pergerakan mengikut lawan arah jam menghasilkan tenaga positif

yang bermanfaat. Justeru, pergerakan yang sedemikian dipercayai berlaku bagi membolehkan

tenaga dihasilkan bagi membantu sperma untuk terus bertenaga dalam melakukan renangan

menuju ke ovum.

Ini merupakan satu lagi contoh akan kehebatan pergerakan pusingan anticlockwise yang

diciptakan oleh Allah untuk hamba-hambaNya yang mahu berfikir. Wallahua'lam.

Page 17: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

17 | P a g e

OTAK KIRI VS OTAK KANAN

Rajah menunjukkan perbezaan antara otak kanan dan otak kiri.

Penggunaan otak kanan dan otak kiri yang seimbang dapat membantu anda mengoptimumkan

potensi diri di samping membantu anda memahami sesuatu dengan lebih berkesan.

Bagaimanapun, sistem pendidikan akhir zaman lebih melatih otak kiri manusia bagi berdepan

dengan permasalahan logik, analitikal, matematikal dan objektif.

Otak kanan yang mengawal perkara seperti gerak hati, pemikiran rawak dan daya kreativiti

kurang mendapat latihan yang setimpal.

Salah satu cara melatih otak kanan:

(Rotated reading)

Balikkan sebuah tulisan (upside down), lalu bacalah tulisan tersebut dari kanan ke kiri. Cubalah

dan teruskanlah kebiasaan baru ini selama 2 minit setiap hari.

Page 18: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

18 | P a g e

Rumahtangga anda tidak damai???

Cuba intip bagaimana isteri anda mengacau air semasa membuat air teh atau kopi. Adakah isteri anda mengacau minuman mengikut arah jarum jam atau secara berlawan jarum jam? Setiap kejadian ALLAH s.w.t. di alam ini semuanya bergerak mengikut arah lawan jarum jam. Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara arah lawan jarum jam menghasilkan TENAGA POSITIF. Dalam Islam, ketika seseorang tawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting kerana segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan arah jarum jam. Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

Page 19: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

19 | P a g e

Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Sperma ketika berenang mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Peredaran darah manusia dari jantung mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jam. Putaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam. Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam. Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam. Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam. Apabila isteri, pembantu rumah atau pembantu pejabat buat air dengan mengacau secara ikut arah jarum jam, secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF ke dalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF terhadap orang yang meminumnya. Secara tidak langsung, akan mendatangkan kesan NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, dan masyarakat. Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila elektron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh mula bergerak mengikut arah jarum jam. TETAPI mengapa jam yang kita pakai dicipta bergerak ke kiri…??? Adakah ini ciptaan gerakan FREEMASONS untuk menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam setiap manusia yang memakai jam tangan!!! ??? Sumber ilham: http://miramawary.blogspot.com/

Page 20: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

20 | P a g e

YAHUDI JUGA MENGGUNAKAN JAM ANTICLOCKWISE !!

FAKTA YANG TELAH SEKIAN LAMA DISEMBUNYIKAN !!

Rahsia kehebatan pusingan tawaf telah lama diketahui terutamanya oleh orang-orang

yahudi. Antara bukti-bukti nyata tentang kewujudan dan penggunaan jam tawaf dalam

masyarakat yahudi adalah kewujudan sebuah jam besar yang digelar sebagai JEWISH TOWN

HALL CLOCK di Prague, Republik Czech.

Jam tersebut terletak di sudut Maiselova and Cervená, tidak jauh dari sebuah tapak

perkuburan lama masyarakat yahudi di situ. Jam tersebut telah dibina pada tahun 1764 oleh

seorang pembuat jam yang bernama Sebastien Landesberger. Nombor-nombor pada jam

tersebut adalah dalam bahasa Hebrew (bahasa yahudi) dan pusingan jarum dan susunan

nombornya juga adalah mengikut arah lawan jam (anticlockwise).

Sewaktu perang dunia ke-2, Adolf Hitler sendiri telah mengeluarkan satu arahan khas

kepada bala tentera Nazi yang berada di Republik Czech agar tidak memusnahkan menara jam

tawaf yahudi ini. Hasilnya, menara jam tersebut terselamat daripada kemusnahan sepanjang

perang dunia ke-2 berlangsung di Eropah dan ianya kekal sehingga ke hari ini serta menjadi

salah satu mercu tanda pelancongan di bandaraya Prague, Republik Czech.

Page 21: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

21 | P a g e

Fakta berkenaan penggunaan jam anticlockwise dalam masyarakat yahudi diperkuatkan

lagi dengan penemuan kisah berkenaan pengeluaran jam tangan dan jam saku anticlockwise

khusus untuk kegunaan masyarakat yahudi di Perancis. Menurut Rabbi Harlan J. Wechsler,

masyarakat yahudi turut menggunakan pergerakan anticlockwise dalam ritual ibadat mereka.

Contohnya, semasa kitab Taurat diarak di sekeliling rumah ibadat (synagogue), mereka

melakukan perarakan tersebut secara anticlockwise ke arah kabinet suci (holy ark) yang mana

secara teorinya terletak pada arah pukul 12.

Bangsa yahudi merupakan antara bangsa yang paling pintar dan licik di dunia. Selama ini

kita telah digalakkan untuk menggunakan jam biasa (ikut arah jam / clockwise) sedangkan

dalam masa yang sama mereka menggunakan jam-jam tawaf (anticlockwise). Banyak fakta

berkenaan pusingan tawaf telah dimanipulasi dan KEBENARAN terus dinafikan oleh media-

media yang pada hari ini secara terang-terangan dikuasai oleh masyarakat yahudi. Ini

berkemungkinan besar dilakukan bagi mengelakkan rahsia kehebatan jam tawaf daripada

tersebar dan diketahui oleh orang lain khususnya masyarakat Islam.

Kepada para peminat jam tawaf di luar sana, anda mungkin pernah mendengar bahawa

suatu ketika dahulu iaitu pada tahun 1981, sebuah syarikat jam dari Jepun, ORIENT pernah

mengeluarkan jam tangan anticlockwise yang diberi nama The Southern Cross. Namun,

pengedaran jam tersebut kemudiannya terhenti secara tiba-tiba.

Page 22: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

22 | P a g e

Sumber tidak rasmi menyatakan bahawa antara sebab-sebab mengapa pengedaran jam

tersebut dihentikan adalah kerana ianya telah DISEKAT oleh pihak-pihak yang mempunyai

hubungan dengan yahudi dan israel. Namun, fakta ini masih belum dapat dipastikan

kesahihannya disebabkan kekurangan bukti.

Disclaimer: Artikel ini ditulis BUKAN bertujuan untuk mengagung-agungkan bangsa yahudi

TETAPI untuk mengajak anda semua berifikir sejenak. Bangsa yahudi merupakan antara

bangsa yang terhebat yang diciptakan oleh Allah di dunia ini. Mereka diketahui telah mengkaji

al-Quran dari kulit ke kulit. Sekiranya mereka (yahudi) sendiri pun menggunakan jam tawaf

(anticlockwise), ini bermakna mesti terdapat suatu keistimewaan yang mereka sendiri sudah

lama tahu tetapi dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Sebahagian rahsia tersebut hanya

mula terbongkar dalam dekad yang terakhir ini apabila kajian pakar perubatan alternatif

mendapati jam tawaf (anticlockwise) lebih mampu untuk merawat sebahagian penyakit

berbanding ubat konvensional.

Jam tangan anticlockwise untuk lelaki dengan lampu latar (backlight) boleh didapati di Kedai Jam Anticlockwise

Yahudi laknatullah yang dimaksudkan adalah yahudi zionis. Bukan semua yahudi adalah

zionis dan zionis pula tidak semestinya yahudi. Sebahagian yahudi ahli kitab yang masih

berpegang dengan kitab Taurat turut membantah penubuhan negara haram Israel.

Page 23: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

23 | P a g e

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu

keluaran mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh

Nabi kita Muhammad SAW.Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi

ternyata mereka mengikut apa yang nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar

kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...

Sesungguhnya apa yang sedang berlaku ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah SAW:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa

untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu

tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Yahudi..satu bangsa yang angkuh lagi sombong. Satu bangsa yang mahu melawan kuasa

tuhan...dan dari yahudi jugalah tertubuhnya pertubuhan rahsia, freemason dan illuminati yang

berkomunikasi dengan syaitan melalui ilmu sihir. Dari situlah Si Mata Satu memberi arahan

bagi menarik seramai mungkin anak Adam ke neraka dan yahudi sanggup melaksanakan setiap

arahan Si Mata Satu bagi mendapatkan kekuasaan dan kekayaan yang sementara di dunia.

Mereka sungguh berani mencabar Allah, dan mereka bijak memperdaya umat Islam dengan

cara yang sangat halus bagi melemahkan dan membinasakan umat Islam.

Antara tipu daya ‘perkara-perkara kecil' yang dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa

kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati

ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut

kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab

hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Kepekatan

toksin adalah tinggi di hati ayam. Maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak

kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi

adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi,

mereka minum kopi, Starbucks. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan

mereka.

Page 24: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

24 | P a g e

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi

kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging

kambing adalah daging paling kurang kolesterol, sekitar 3-4% berbanding lembu, 8-9%.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus dan segar, namun sebenarnya

McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak

lemak tepu trans. Hakikatnya, McDonalds menyajikan ‘hampas’atau ‘sampah’ yang kelihatan

enak dan menyelerakan bagi mereka yang gagal melihat kebenaran yang tersirat.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak

berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun dan sangat tidak bagus

untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi)

Malangnya, orang Islam kita juga yang ketagih minum.

6 .Untuk pengetahuan anda, para kafir ejen dajjal ini juga menguar-uarkan kebaikan minum

soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat

melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu

juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta

melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan

estrogen yang terdapat pada wanita. Selain itu, soya ada phytic acid yang membuatkan

penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

7. Mereka memperkenalkan tandas jenis duduk kepada dunia, sedangkan mereka sendiri

berak dengan cara bercangkung di atas tumit kiri sebagaimana yang diajar oleh Nabi SAW.

Tandas jenis duduk ini kononnya moden, namun jika digunakan dengan kerap dan konsisten,

boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan pembuangan air

besar dalam tempoh beberapa tahun.

Sila tonton video ini > Squatty Potty-Toilet Stool: squatting for proper toilet posture

http://www.youtube.com/watch?v=pYcv6odWfTM

8. Mereka suruh kita dapatkan suntikan vaksin yang entah apa kandungan atau ramuannya,

kononnya untuk mencegah penyakit. Anak kita baru lahir dah kena suntik, kita tak tahu

mungkin ubat suntikan itu berasal dari najis mughallazoh. Anak kita pun membesar dengan

benda tu menjadi sebahagian darah dagingnya, sebab tu manusia zaman sekarang bengap dan

mudah kena macam-macam penyakit. Orang zaman dulu tak suntik apa-apa pun tetapi dapat

hidup lebih sihat dengan jangka hayat yang lebih panjang.

Page 25: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

25 | P a g e

9. Mereka mencipta sistem tulisan moden yang dibaca dari kiri ke kanan (tulisan rumi) dan

menyebarkan penggunaannya secara meluas ke seluruh pelusuk dunia. Pada masa yang sama,

mereka masih menggunakan tulisan Hebrew yang dibaca dari kanan ke kiri. Mereka juga

berusaha secara halus dan sistematik untuk menghalang kita menggunakan sistem tulisan

kuno yang dibaca dari kanan ke kiri (tulisan arab, urdu, parsi). Kita dapat lihat hari ini tulisan

jawi semakin dilupakan. Kalau dulu di Malaysia ada surat khabar jawi, sekarang mana nak cari?

Sistem tulisan ini ada kaitan dengan keseimbangan antara otak kanan dan otak kiri.

10. Anda tahu siapa pemilik syarikat-syarikat rokok terbesar di dunia? Mereka menjadi kaya-

raya dengan menjual rokok ke seluruh dunia tetapi sebenarnya mereka sendiri tidak merokok

kerana mereka lebih tahu tentang bahan-bahan berbahaya yang mereka masukkan ke dalam

rokok. Bagi umat Islam yang masih merokok, cukup-cukuplah anda biarkan diri anda ditipu.

Sebenarnya, ada banyak lagi tipu daya ‘perkara-perkara kecil' yang wujud di sekeliling kita

pada hari ini. Terlalu banyak untuk disenaraikan di sini. Terpulanglah kepada kemampuan kita

untuk melihat dan menilai setiap sesuatu. Kita sedang hidup dalam zaman yang paling

mencabar antara semua zaman sejak zaman Nabi Adam sehingga hari kiamat. Sedarlah

bahawa kita sedang berada di tengah-tengah fitnah akhir zaman, fitnah Dajjal. Semoga Allah

memberikan kita sinaran cahaya yang terang benderang di dalam hati kita semua untuk kita

melihat kebenaran yang tersembunyi. Semoga kita berjaya menjadi yang satu dalam seribu.

Prof. Dr. Muhaya dengan jam tangan anticlockwise Mix n Match, boleh didapati di Kedai Jam Anticlockwise

Page 26: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

26 | P a g e

JAM APAKAH INI ???

Inilah jam yang pernah digunakan oleh umat Islam suatu masa dahulu bagi menentukan

waktu solat, iaitu zaman sebelum Kalendar Hijri mula diterbitkan. Jam ini diperbuat daripada

batu marmar dan telah dicipta dengan mengambil kira arah pergerakan matahari dan bayang-

bayang yang bergerak mengikut pergerakan Sunnatullah. Jam ini pernah digunakan di

Masjidilharam namun kini sudah dipindahkan ke Muzium Haramain sebagai salah satu artifak

sejarah yang dipamerkan. Ternyata jam seperti ini telah digunakan oleh umat Islam terdahulu

semasa zaman kegemilangan Islam.

Namun, secara perlahan-lahan sejak dua abad terakhir ini, seluruh dunia dilanda arus

Ketamadunan Barat Moden (Modern Western Civilization) yang dipelopori oleh Si Mata Satu.

Sejarah putih ini telah diHITAMkan, dan semakin ramailah manusia mula memakai JAM ANTI-

TAWAF seperti hari ini. Sungguh menyedihkan bila melihat menara jam yang tersergam megah

di sisi Masjidilharam itu turut dipasang dengan JAM ANTI-TAWAF. Fitnah akhir zaman yang

pernah diberi amaran tentangnya oleh Rasulullah SAW sudah pun muncul di depan mata

tetapi malangnya, masih ramai yang sekadar melihatnya tanpa memahami maksudnya.

Sila tonton video ini > https://www.facebook.com/photo.php?v=10200389305317352

Page 27: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

27 | P a g e

Memang sesuatu yang pelik bagi umat akhir zaman bila melihat orang memakai JAM

ANTICLOCKWISE kerana sudah terlalu lama kita dididik dan dibiasakan dengan memakai JAM

ANTI-TAWAF iaitu jam biasa. Persoalannya, sampai bila kita mahu terus memakai jam biasa

yang bertentangan dengan Fitrah alam yang diciptakan Allah? Sesungguhnya Allah

menciptakan alam ini dan isinya dari sekecil zarah hingga ke sebesar galaksi semuanya

harmoni dengan mengikut arah pusingan TAWAF.

Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Islam mula tersebar dalam keadaan pelik & asing, dan Islam akan kembali asing pula, maka

beruntunglah orang-orang yang asing.”

( Hadis Riwayat Muslim )

Anticlockwise adalah pergerakan fitrah. Jom kembali kepada fitrah!

Tanda kiamat sudah ada di depan mata namun ramai yang masih terleka

Page 28: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

28 | P a g e

TEORI FIBONACCI DAN PUSINGAN TAWAF (TAWAF MOVEMENT)

Apa itu Teori Fibonacci? Bagi mereka yang tidak tahu, Teori Fibonacci adalah satu teori

matematik yang mana nombornya berturutan mengikut satu kaedah yang menarik iaitu

nombor yang berikut terhasil melalui pernambahan dua nombor yang sebelumnya.

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144 .........

0+1=1

1+1=2

1+2=3 ....

55+34=89

Untuk penerangan di atas, siri nombor ini bermula dengan 0, diikuti dengan nombor 1 dan

seterusnya 2 yang mana nombor 2 terhasil melalui penambahan nombor sebelumnya (1+1=2).

Untuk mendapatkan nombor seterusnya, maka dua nombor yang sebelumya harus ditambah

lagi, maka 1+2=3. Begitulah aturan seterusnya.

Sekiranya nombor ini disusun dan dipetakan mengikut skala Fibonacci maka akan terhasillah

satu bentuk PUSINGAN TAWAF (TAWAF MOVEMENT).

Mari kita layan video ni dulu

>https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=M4VgvscZ32Q

Page 29: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

29 | P a g e

Apa yang menarik adalah asas bagi ciptaan alam ini sebenarnya adalah dari PUSINGAN TAWAF

(TAWAF MOVEMENT) ataupun barat lebih mengenalinya sebagai Teori Fibonacci. Maka tidak

hairanlah kenapa Allah S.W.T. menyuruh kita melakukan pusingan tawaf pada arah ini.

Seterusnya jika dikaji lagi aspek penomboran ini, ia mampu menghasilkan satu nisbah yang

menjadi titik asas penciptaan bagi banyak benda yang ada di dunia ini. Nisbah ini dikenali

sebagai NISBAH EMAS (GOLDEN RATIO) = 1.618. Nisbah ini terhasil melalui pembahagian

nombor di hadapan dengan nombor yang sebelumnya, contohnya:

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597.. .

55/34 = 1.618

89/55 = 1.618

144/89 = 1.618

1597/987 = 1.618 dan begitulah seterusnya.

Contoh paling dekat penggunaan Nisbah Emas (1.618) ini adalah penciptaan muka dan tubuh

badan kita sendiri kerana mengikut kajian, setiap aspek dan struktur tubuh badan kita ini

dicipta oleh Allah S.W.T sebenarnya mengikut Nisbah Emas atau Golden ratio (1.618). Maha

Agung Allah yang telah menciptakan kita sebagai sebaik-baik ciptaan.

Jadi di manakah pula TITIK NISBAH EMAS/GOLDEN RATIO bagi bumi ini? Untuk mengetahuinya

dan pemahaman lebih lanjut jom kita layan video berikut:

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2Y3rOe5WZc4

“Anticlockwise is the REAL clockwise”

Page 30: Ebook kenapa anticlockwise v1.0

https://www.facebook.com/KedaiJamAnticlockwise

30 | P a g e

Mekah ialah titik nisbah emas bumi, dan Kaabah ialah titik nisbah emas Mekah. Dengan tawaf

mengelilingi kaabah yang dilakukan oleh orang islam akan melahirkan satu tenaga yang sangat

kuat, terdiri daripada ion-ion yang stabil untuk kebaikan orang islam (orang islam menjadi

sihat dan kuat). Begitu juga dengan tawaf para malaikat di baitul ma'mur (berada betul-betul

di atas kaabah, di langit ke-7) akan melahirkan tenaga yang kuat untuk kebaikan dan pegangan

orang Islam (akidah).

Jadi, musuh kita telah berusaha mencipta sesuatu untuk melemahkan dan menghapuskan

tenaga itu dengan memperdaya kita agar membuat sesuatu mengikut arah jam. Bayangkan

berapa bilion umat Islam seluruh dunia memakai jam arah ke kiri dan setiap detik itu adalah

usaha mereka untuk menjatuhkan dan melemahkan tenaga umat Islam secara halus dan

konsisten tanpa kita merasa sakit dan tanpa kita menyedarinya.

Contoh lain, jika kita memutar skru secara clockwise, skru akan masuk ke dalam. Begitu

jugalah dengan kita putar skru anticlockwise, skru akan terbuka. Rohani kita mestilah bangkit

bersama jasmani. Sekiranya kita mengikut clockwise, roh kita akan jadi lebih lemah. Jadi

bangunkan semula kekuatan roh dengan putaran arah lawan jam. Jika kita tak dapat lawan

tipu daya mereka secara besar-besaran, kita dapat sumbang sikit pun jadilah. Jangan tiada

langsung usaha untuk Islam. Usaha untuk sedarkan umat Islam inilah fardhu kifayah kita

kepada semua umat Islam.

-TAMAT-