EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com...
Transcript of EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com...
EBook “Panduan Kumpul List”
Ebook ini diedarkan percuma di www.panduankumpullist.my
Pendahuluan
Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan
Kumpul List' Ini hanyalah laporan ringkas bagaimana
seorang usahawan berjaya meraih 1,000 sehari, untuk
konsisten memperolehi 1,000 list SETIAP hari -
banyak usaha perlu digiatkan dan anda perlu
konsisten melakukannya.
Apa itu list?
List = senarai emel=DUIT!
Sebagaimana yang kita tahu, email list ini sangat
penting kerana kita boleh melakukan promosi secara
berulang dan bila- masa sahaja boleh hantar, selagi
mana anda mengamalkan konsep 'pemasaran email
beretika'.
Laporan ini tidak akan menceritakan panduan teknikal,
tetapi lebih kepada idea dan strategi bagaimana
mencapai jumlah list yang diperlukan. Bagi mereka
yang sudah tahu apa perisian atau servis yang
diperlukan untuk mengamalkan 'pemasaran email
beretika', maka anda memerlukan software sehebat
www.Aweber.com, www.Getresponse.com
www.TrafficWave.net dengan yuran bulanan tertentu.
Tiada jalan singkat untuk berjaya.
Apa yang dikongsikan di sini adalah maklumat penting
yang anda perlu tahu. Saya ringkaskan dan padatkan
supaya anda terus dapat 'sedut' maklumat. :)
Saya akan dedahkan kepada anda 3 cara yang beliau
lakukan untuk mengumpul banyak list. Ada masa
boleh mendapat 600 list satu-satu kempen harian, dan
ada kala mencecah sehingga 1,000 list sehari.
Konsisten dengan jumlah yang sama setiap hari
adalah misi sukar dan anda perlu tahu strateginya.
Saya boleh katakan ketiga-tiga strategi ini telah
digunakan oleh usahawan ini, dan hasilnya
memuaskan. Rahsia ini diperolehi secara peribadi
harap anda tidak menyebarkan laporan ini kepada
sesiapa kerana ia sangat bernilai.
Langkah Pertama : Membina Laman Squeeze Anda
1. Sebelum menggunakan salah satu daripada
strategi di bawah yang saya akan ceritakan,
anda perlu mempunyai laman web sendiri.
Laman web boleh didaftarkan di
www.SempoiHosting.com atau di
www.JomHosting.com atau boleh juga di
www.HostGator.com.
2. Laman web ini tujuannya satu sahaja, iaitu
sebagai landing page untuk bakal subscriber.
Dalam bahasa saintifik dan inggerisnya, ia diberi
nama laman web squeeze. Untuk tujuan
mengumpul list, anda akan memberikan tawaran
produk untuk dimuat turun (download) secara
percuma seperti produk digital (virtual) yang
anda janjikan seperti Panduan Memasak,
Panduan Beriklan di Facebook dan sebagainya.
Dan mereka yang berminat perlulahdaftar
dengan anda. Ini adalah asas timbal balik, di
mana anda perlu memberi jika anda mahu
menerima. Asas bagi borang pendaftaran anda
ini hendaklah hanya mempunyai ruang untuk
diisi Nama dan Email sahaja. Jangan minta lebih
daripada itu, kelak ia hanya akan merimaskan
prospek dan mereka akan rasa malas untuk
daftar jika langkahnya sukar. Untuk
mendapatkan borang nama dan email, anda
perlukan software mailing list, sekaligus ia akan
menyimpan database email list anda. Contohnya
seperti www.Aweber.com,
www.Getresponse.com atau www.emelmaik.com.
Ini adalah rupa contoh borang pendaftaran (opt
in form atau signup form):
Sekali lagi, dalam konteks ini, anda akan
gunakan salah satu strategi saya akan sebutkan
nanti untuk mempromosi laman web squeeze
anda ini. Anda hanya perlu setkan link download
dalam email autoresponder tersebut yang
pertama anda (biasanya saya akan 'set'kan
sebagai “immediately”). Email pertama ini akan
diperolehi secara automatik dan dihantar secara
automatik kepada mereka yang daftar sebaik
sahaja pendaftaran selesai. Ya, ianya automatik.
Dan 'host'kan fail tu di server percuma seperti
MediaFire.com, DropBox (keduanya boleh guna
cara percuma) dan sebagainya. Boleh juga guna
hosting berbayar seperti yang saya telah
sebutkan sebelum ini.
3. Pastikan laman web utama anda ini mempunyai
ciri-ciri berikut:
a. Menyenaraikan 3-4 point utama tentang
kelebihan produk percuma anda. Anda perlu
ceritakan dengan baik dan dalam satu ayat bagi
setiap point. Jangan kita sangkat, kalau percuma
je, pasti orang nak - ia pemikiran yang salah!
Pastikan point anda menyebut (a) apa isi
kandungan ebook, (b) part mana yang anda
paling sukai dalam laporan tersebut beserta
muka suratnya, (c) testimoni orang ramai
terhadap ebook percuma itu dan (d) berapa
orang yang telah download. Susunan sebegini
lebih memudahkan anda faham.
b. Maklumkan ia terhad sehingga tarikh tertentu
sahaja. Ini bagi mewujudkan 'sense of urgency'
di mana mereka perlu bertindak secepat
mungkin sebelum tamat tempoh tawaran. Dan
anda perlu mematuhi apa yang anda tetapkan
kerana anda adalah usahawan yang jujur. Untuk
membuka semula kelak, buatlah ia sebagai
'tawaran kini dibuka semula' dan sebagainya.
c. Letakkan headline di bahagian paling atas.
Pastikan headline anda menceritakan kelebihan
produk anda dan juga sebutkan perkataan
percuma. Contohnya : "Ketahui Bagaimana
Bermain Gitar Dalam 7 Hari Sahaja Tanpa Perlu
Bayar Ribuan Ringgit."
Ini adalah format yang cukup berkesan. Saya
letakkan bagaimana format ayat headline
tersebut:
"Ketahui Bagaimana ___(faedah)___ Dalam
Masa _____ TANPA _______"
d. Pastikan ada borang pendaftaran yang
mempunyai ruang nama dan email, yang anda
perolehi dalam sistem/software autoresponder
yang anda telah daftar tersebut.
e. Ada gambar ebook cover bagi ebook percuma
tersebut. Sebaiknya upah designer yang
menghasilkan grafik berkualiti. Atau buat
screenshot sebahagian kecil dari keseluruhan isi
kandungan, terutama di bahagian bab pertama.
Atau bab paling best bagi anda, dengan
menunjukkan sebahagian sahaja dan ia
membuatkan prospek tertanya-tanya serta ingin
tahu isi kandungannya.
4. Anda juga perlu 'set'kan supaya selepas mereka
daftar di laman web anda, mereka akan dibawa
ke laman web anda yang ke-2, iaitu produk
berbayar. Untuk produk berbayar ini hanyalah
pilihan dan perlulah sebagai laman web ke-2,
bukannya utama. Letakkan harga sekitar RM15 -
RM30, saya yakin ia akan menghasilkan jualan
yang memberangsangkan. Dengan strategi
sebegini, anda mendapat dua faedah. Faedah
pertama, anda dapat email prospek anda.
Faedah kedua, anda dapat untung wang tunai
(cash) jika mereka membeli produk anda.
5. Pastikan tawaran anda berkaitan dengan apa
yang anda tawarkan percuma. Dalam konteks
yang biasa, saya biasanya menawarkan ebook
percuma, dan selepas mereka daftar, mereka
akan dibawa ke laman web kedua yang menjual
ebook versi berbayar yang lebih banyak
maklumat dan lebih banyak maklumat berkualiti.
Saya berikan contoh :
a. Produk PERCUMA : '7 Resipi
Memasak'.?Manakala produk BERBAYAR
adalah : '101 Resipi Memasak'.
b. Produk PERCUMA : Ebook Panduan
Pemasaran Facebook.Manakala produk
BERBAYAR lebih advance iaitu 'Ebook Panduan
FB Ads Pada Kos $0.01'.
c. Atau jika anda jual produk fizikal seperti
minyak wangi, anda boleh buat seperti berikut :
Produk PERCUMA : '7 Cara Elakkan Bau Busuk
Ketika Bertemu Si Dia'.
Produk BERBAYAR : adalah produk fizikal
utama anda iaitu minyak wangi.
Laporan saya tidak akan fokus kepada bagaimana
membina hubungan dan interaksi dengan mereka
yang telah berdaftar ke dalam list saya, tetapi
sebagaimana tajuk ini, ia fokus kepada proses dan
strategi mengumpul sebagai teras utama laporan ini.
Strategi-strategi yang saya maksudkan ada TIGA
(3).
Cara 1 - Bekerjasama Dengan Otai atau Usahawan
Besar
1. Apa yang beliau lakukan adalah bekerjasama
dengan otai atau sifu yang telah mempunyai list
yang besar, seperti 10,000 - 30,000 mailing list.
Ini bukan email database yang beliau simpan
dalam fail .xls atau excel, tetapi ia adalah jumlah
individu yang telah berdaftar dengan mereka
secara sedar dan dengan rela. Jika anda masih
belum memahami konsep asas 'pemasaran
email' dan masih baru dalam bidang ini, saya
cadangkan anda rujuk sumber yang ada
diinternet terlbih dahulu.
2. Sesetengah daripada mereka menyediakan
bayaran tertentu seperti RM 700 - RM 1,000
untuk membolehkan anda tumpang promosi.
Anda berikan teks iklan dan link laman web yang
anda promosi, dan beliau akan promosikan
kepada list beliau. Inilah adalah kos yang tak
boleh anda elakkan. Bukan senang sesiapa yang
sudah berjaya dan mempunyai list prospek yang
ramai untuk mempromosi secara percuma bagi
pihak anda. Lebih si sifu ni promosi sendiri dan
buat duit sendiri. Kan?
Petua tambahan : Jika anda mahu sifu atau otai
tersebut mempromosi produk anda dengan
mudah atau dengan kos lebih, anda perlu
melakukan beberapa perkara sehingga beliau
mengganggap anda sebagai kawan. Pertama,
bina hubungan dengan sifu itu dengan
berhubung melalui Facebook serta hadir ke
salah satu seminar atau program yang beliau
anjurkan.
Jangan sedih labur sedikit wang, tetapi impaknya
anda akan nampak apabila anda berhubung.
Kemudian, promosi program affiliate yang sifu
tersebut anjurkan. Buktikan kepada beliau
betapa bersungguh anda dalam membantu
beliau. Kelak, apabila tiba masa anda ingin
menyampaikan hajat anda kepada sifu itu, beliau
akan bantu anda sebagai rakan. Kemudian
setelah itu baru anda sampaikan hajat anda.
Sediakan satu email panjang yang sopan dan
lengkap tentang apa yang anda ingin beliau
promosi.
3. Setelah sifu bersetuju, beliau akan meminta dua
perkara penting, iaitu teks email anda, dan yang
kedua adalah alamat URL laman web squeeze
anda. Untuk teks email yang akan digunakan
oleh sifu anda, bab paling penting adalah tajuk
email yang 'mengancam' dan membuatkan ramai
sangat terdesak mahu membuka email tersebut.
4. Ciri-ciri tajuk email yang power adalah :
a. tajuk email yang membuatkan timbul rasa
misteri dan ingin tahu, seperti ... 'Saya Pernah
Buat Duit Cara Ni'
b. tajuk email yang menawarkan unsur percuma,
seperti ... 'PERCUMA 7 Cara Kurus dalam 7
Hari'
c. Sebaiknya tajuk email tidak melebihi 7 patah
perkataan.
d. tajuk email anda menggunakan idea dari
dada-dada akhbar tempatan seperti Harian
Metro. Ia berkesan dan pandai sesuaikan
dengan apa anda tawarkan, seperti
berikut ...tajuk : 'Ibu Syaitan Tipu Duit Saya'
isi kandungan : ... dalam berniaga, kita tidak
boleh meniru seperti laporan akhbar hari ini yang
mendedahkan ada seorang ibu sanggup menipu
duit anaknya sendiri. tetapi hendaklah kita
berusaha sendiri. Tajuk ini saya berikan dengan
sedemikian kerana saya rasa kesal dengan apa
yang si ibu itu lakukan ...
e. tajuk email yang memberikan faedah
maksimum dan seperti mereka perlu relaks atau
goyang kaki sahaja. Contoh ... 'Anda Relaks,
Biar Saya Kuruskan Berat Anda' atau contoh :
'Tiru Strategi Bisnes Saya (TANPA Kos)'
f. tajuk email yang menggunakan unsur dialog
dan berkata-kata terus dengan pelanggan anda,
di samping banyak guna huruf kecil pada semua
tempat kecuali awal ayat. Lebih kepada bentuk
soalan. Contoh: 'Anda bila lagi nak download
ni?'?atau : ''Bisnes Fesbuk ni susah ke?' - unsur
pertanyaan
g. tajuk email power juga jika menggunakan
unsur 'cemas' dan 'perlu bertindak segera'.
Antaranya dengan cara:
i. Menyatakan kuantiti. Contoh ; 'Tinggal 7 Unit
PERCUMA Sahaja'.
ii. Memberitahu perlu buat sekarang atau
sebelum waktu tertentu. Contoh : 'Download
percuma sebelum 11 malam ini!'.
5. Untuk isi kandungan email anda itu, saya
sarankan setiap baris ada 4-6 patah perkataan
sahaja, dan menceritakan dalam bentuk point 1,2,
3 dan seterusnya secara tersusun supaya
mereka boleh baca dengan baik. Legakan mata
dan penglihatan pembaca dengan membuatkan
selang / langkau satu atau dua baris bagi setiap
perenggan.
6. Cuba usahakan supaya mendapat lebih daripada
sekali untuk servis blast atau hantar email yang
disediakan oleh sifu itu.
7. Minta sifu promosi pada hari minggu iaitu dari
Isnin hingga Khamis sahaja. Waktu cuti,
peratusan yang membuka email adalah lebih
kecil. Pukul 9-10 pagi, pukul 4-6 petang dan
pukul 8-10 malam adalah waktu-waktu terbaik
untuk menghantar email promosi ke laman web
squeeze anda.
8. Usahakan supaya kos pemasaran yang anda
bayar kepada sifu tersebut, dapat di'cover'
dengan jumlah jualan di laman kedua (yang
menawarkan produk ebook berbayar tersebut).
Jika tidak sampai, saya sarankan anda mohon
sekali atau dua kali lagi dari belas sifu supaya
boleh sampai cover kos. Kadangkala untung kita
akan melebihi kos!
9. Catat berapa kos dan keuntungan balik untuk
rujukan akan datang dan supaya anda tahu
siapakah yang lebih berkesan memberikan lebih
banyak kelebihan kepada usaha anda
mengumpul list.
Cara 2 - Menganjurkan Program Pay Per Lead (PPL)
1. Dengan penganjuran ini, anda akan membayar
setiap agen affiliate yang berjaya mempromosi
program anda. Apa yang anda perlu sediakan
adalah perkara yang sama, iaitu sistem
autoresponder, laman web squeeze dan laman
web kedua (produk berbayar). Yang berbezanya
adalah anda perlu pasang dengan 'Sistem PPL'.
Apakah yang dimaksudkan dengan 'Sistem PPL'?
Ianya mudah. Katakan contohnya anda
membayar 50 sen bagi setiap orang (lead) yang
mana-mana agen berjaya pujuk untuk daftar dan
download produk percuma anda. Sebagai
contoh : Jika ada agen A berjaya mempromosi
dan mendapatkan 100 orang untuk daftar dan
download produk percuma anda, maka anda
akan membayar beliau 50 sen X 100 orang
bersamaan RM50. Oleh itu, sistem PPL ini akan
merekodkan sejumlah komisen RM50 bagi agen
A. Untuk pemasangan sistem PPL ini, anda
boleh upah orang lain yang pandai
memasangnya dan memiliki skrip sistem PPL
tersebut. Upah sekitar RM50 sahaja untuk sekali
pemasangan di laman web anda.
2. Dengan cara ini, ramai orang akan berpusu-pusu
mempromosi laman web squeeze anda. Ini
kerana dengan hanya mendapatkan lead untuk
download percuma ebook anda, mereka sudah
mendapat komisen. Mendapatkan orang daftar +
download percuma adalah lebih mudah
berbanding mendapatkan pembeli yang
mengeluarkan wang dari dompet mereka.
3. Anda perlu tetapkan berapa had maksimum
jumlah orang download yang anda sanggup
bayar. Sebagai contoh, anda tetapkan bahawa
anda akan bayar hanya untuk pendaftaran 2,000
orang terawal sahaja. Jadi dengan komisen 50
sen, anda telah mengehadkan kos anda kepada
RM1,000 sahaja. Anda juga boleh meletakkan
jumlah minimum lead yang anda akan bayar.
Contoh, agen akan dibayar setiap bulan, dan
kepada agen yang mempunyai komisen
minimum RM5 ke atas. Bagi mereka yang tidak
mencapai syarat komisen RM5, anda boleh
berikan hadiah lain seperti ebook, software atau
sebagainya. Dengan cara ini, anda mampu
menjimatkan kos sehingga 20% - 30%.
4. Anda perlu memeriksa dalam sistem PPL
tersebut mereka yang melakukan penipuan atau
fraud. Sistem ini akan mengesan IP mereka yang
daftar. Jika IP yang sama berulang 20 kali, maka
sudah pasti ia adalah penipuan. Ambil gambar
screenshot rekod tersebut, kemudian baru
hapuskan (delete), supaya ia menjadi rujukan
pada masa akan datang jika ada yang
mempertikaikan komisen mereka (sedangkan
mereka menipu). Kalau berulang setakat 2-3 kali
sahaja IP tersebut, jangan labelkan agen itu
sebagai penipu, tetapi padamkan sahaja rekod
bertindih tersebut. Kadangkala ada orang tersilap
daftar dua kali kerana internet lembap atau
kerana tersilap.
5. Untuk mendapatkan agen yang sudi promosi,
hebahkan di Facebook dan mana-mana forum
online berkaitan. Maklumkan syarat program
anda dan masukkan mereka ke dalam satu
group khas di Facebook. Dalam group ini,
mereka boleh tanya apa sahaja dan anda beri
bantuan kepada para agen affiliate ini agar
mereka senang untuk mempromosi program
anda. Bukan itu sahaja, anda perlu selalu update
dan kemaskini perkembangan program anda,
statistik carta top agen dari segi jumlah
pendaftaran (lead) dan juga mungkin boleh
menawarkan hadiah kepada tiga tempat teratas
mengikut bajet kemampuan anda.
6. Jangan pening dengan masalah kos. Jika laman
web ke-2 dibuat dengan baik, mereka yang
daftar akan membeli produk anda dan akan
menampung sedikit sebanyak kos program PPL
yang anda anjurkan ini. Malah, dengan adanya
list, anda masih boleh promosi pada masa akan
datang, dari semasa ke semasa. List email
prospek anda adalah 'aset' paling bernilai untuk
menjadi seorang jaguh perniagaan internet. :)
7. Pastikan anda bayar komisen para agen dan
jangan lambat. Kelak ia akan membuatkan
mereka gembira untuk mempromosi program
anda akan datang jika ada lagi.
8. Saya cadangkan anda umumkan program Pay
per Lead (PPL) anda untuk cabaran agen dalam
tempoh 3-4 minggu sebelum pelancaran. Malah
anda boleh mendapat list tambahan dengan
mensyaratkan para agen affiliate yang ingin
mempromosi agar daftar dengan anda terlebih
dahulu melalui sistem autoresponder anda. Oleh
itu, buat lagi satu laman web squeeze yang
dikhaskan untuk para agen affiliate anda
berdaftar, dan dengan ini anda sudah
mempunyai satu list di kalangan para agen
promosi. Hebat kan? :)
9. Dalam kebanyakan kes, anda akan mencapai
jumlah sasaran list anda mahu kumpul, dan
selalunya akan melebihi daripada apa yang anda
sasarkan. Jangan bimbang, kerana anda sudah
mengawal kos anda jika anda mengikut cara
yang saya telah sebutkan sebelum ini
sebagaimana di atas.
10. Lebih baik jika anda berjaya memujuk dan
menjemput para sifu untuk mempromosi program
PPL anda. Oh, ya! Sebelum melancarkan
program ini, pastikan anda minta para agen anda
cuba terlebih dahulu sama ada sistem PPL itu
berfungsi atau tidak. Ini bagi mengelakkan
masalah ketika pelancaran kelak. Sebaik-baik
masa pelancaran adalah pada akhir bulan, iaitu
waktu ramai orang mendapat gaji bulanan
mereka. Sekitar 25 hb - 31hb.
Cara 3 - Menawarkan Produk Percuma Kepada
Penjual Produk
1. Cara ini agak menarik, kerana anda akan
tawarkan kepada mana-mana penjual produk
dengan tawaran menarik. Bagi meningkatkan
jualan produk penjual tersebut, anda tawarkan
produk anda sebagai bonus percuma kepada
pelanggan beliau. Tetapi dengan syarat, mereka
perlu daftar dengan borang autoresponder anda.
2. Berikan sahaja kod borang autoresponder dalam
format HTML atau Javascript yang anda boleh
perolehi dalam sistem autoresponder anda. Jika
saya, saya ambil kod dari akaun Emelmatik.
Penjual tersebut akan letakkan kod borang
tersebut pada laman download produk beliau.
3. Atau sesetengah penjual akan letakkan link ke
laman web squeeze anda. Jangan lupa kekalkan
laman web utama dan laman web ke-2 anda.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja mudah
mendapat list, malah anda juga mendapat list di
kalangan pembeli, kerana pembeli yang
download produk penjual itu sahaja yang akan
mengakses laman web squeeze anda. Dan list di
kalangan pembeli jauh lebih baik daripada list di
kalangan mereka yang masih belum tentu akan
membeli. Konsepnya, 'Sekali seseorang itu
pernah membeli, orang itu pasti akan membeli
dan membeli lagi pada masa akan datang.'
4. Untuk meletakkan tawaran percuma anda di
laman download mana-mana penjual, anda perlu
memujuk atau berunding dengan baik. Pastikan
design ebook cover anda lebih menyerlah, cantik
dan professional serta isi kandungan ebook anda
memang mantap - supaya ia tidak menjejaskan
kredibiliti penjual tersebut.
5. Bayangkan jika 30 orang penjual lain telah
bersetuju meletakkan tawaran produk percuma
anda di laman download mereka, maka sebagai
contoh purata setiap penjual mendapat 40 orang
pelanggan sehari. Maka 30 laman download X
40 pelanggan sehari = 1,200 list sehari!
Walaupun saya jarang menggunakan strategi,
tetapi ia sangat berkesan.
Selesai! Jika anda belum daftar mana-mana akaun
autoresponder, boleh daftar di:
http://getresponse.com
http://aweber.com
http://emelmatik.com << PERCUMA!
Cara Alternatif Dapatkan List Anda!
Saya taniah jika anda telah baca sampai bahagian ini,
ada telah menutup ebook ini sebab telah tersangkut
cara setup squeeze page, opt-in form, autoresponder
dan sebagainya.
Ya, ia amat sukar bagi seorang newbies jika masih
kosong dalam bad ini. Adakah cara “short-cut” untuk
kumpul list tanpa melalui bad teknikal?
Jawapan = ADA!
PanduanKumpulList.my telah menyediakan satu
platform mudah untuk anda kumpul list tanpa setup
semua perkara yang dinyatakan diatas. Anda boleh
mula promosi dan kumpul list segera. Malah platform
ini juga membolehkan anda buat duit segera melalui
list yang anda dapat melalui sistem auto-followup
(autoresponder) yang telahpun disediakan oleh kami.
Dalam kata lain, anda Cuma perlu daftar sebagai agen,
promosikan link affiliate anda dan tunggu komisyen
masuk sahaja. Anda tidak perlu buat apa lagi Cuma
perlu promosi link affiliate anda sahaja.
Adakah ini penyelesaian TERBAIK?
Sila daftar dan aktifkan akaun anda serta merta
sebelum program ini ditamatkan bila-bila masa.
>> http://www.panduankumpullist.my/affiliates.php
Sekian,
Boon Lee
Pengasas Emelmatik.com