eBook Percuma Vol 01 General

download eBook Percuma Vol 01 General

of 11

Transcript of eBook Percuma Vol 01 General

  • 7/25/2019 eBook Percuma Vol 01 General

    1/11

  • 7/25/2019 eBook Percuma Vol 01 General

    2/11

    Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Com

    www.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

    www.fb.com/loyangdanacuan

    DARI MEJA EDITOR BUKURESEPI.COM

    ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA SEMUA,

    ALHAMDULILLAH, DENGAN SOKONGAN & DORONGAN DARI SAHABAT - SAHABAT BUKU RESEPI

    SEMUA YANG SENTIASA MENJADI TULANG BELAKANG KAMI UNTUK TERUS MEMPERJUANGKAN

    DAN BERKONGSI SEGALA RESEPI YANG KAMI TERIMA. TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA SA-HABAT-SAHABAT BUKURESEPI YANG TIDAK JEMU DAN TIDAK LOKEK UNTUK BERKONGSI RESEPI

    BERSAMA KAMI SERTA RAKAN-RAKAN DI FACEBOOK BUKURESEPI.

    UNTUK MAKLUMAN SEMUA, HASIL SOKONGAN ANDA SEMUA SEJAK TAHUN 2011 KINI KAMI

    BUKURESEPI TELAH BERJAYA MENGUMPUL SEBANYAK 12,000 LEBIH RESEPI TETAPI KESUKARAN

    YANG SAHABAT-SAHABAT BUKURESEPI HADAPI DALAM TEMPOH TERSEBUT ADALAH UNTUK MEN-

    CARI RESEPI YANG PERNAH DIKONGSIKAN.

    OLEH KERANA MASALAH INI MERUPAKAN MASALAH UTAMA SAHABAT-SAHABAT BUKURESEPI, PI-

    HAK ADMIN BUKURESEPI TELAH MENCARI PENYELESAIAN MASALAH BAGI MEMUDAHKAN SAHA-

    BAT-SAHABAT BUKURESEPI UNTUK CARI DAN MENCUBA RESEPI YANG DIKONGSIKAN.

    WALAUBAGAIMANAPUN, IA MENGAMBIL SEDIKIT MASA UNTUK PIHAK ADMIN MASUKKAN KESEMUA

    RESEPI DI WEBLOG TERSEBUT.

    SAYA MEWAKILI PIHAK BUKURESEPI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SEMUA SOKON-

    GAN DAN BANTUAN YANG TELAH ANDA SEMUA BERIKAN, KAMI JUGA MEMOHON JUTAAN KEMAA-

    FAN JIKA ADA SALAH DAN SILAP ATAU KEKURANGAN DARI PIHAK KAMI.

    SEMOGA EBOOK RESEPI PERCUMA INI DAPAT MEMBERIKAN SESUATU KEPADA ANDA SEMUA. JIKA

    ADA YANG DAH MENCUBA RESEPI DALAM EBOOK PERCUMA INI, JANGAN LUPA UNTUK KONGSIKAN

    HASILNYA BERSAMA KAMI. KAMI AKAN AMBIL HASIL TERSEBUT UNTUK MENARIK LEBIH RAMAI

    PENGGUNA DAN PELAWAT WEBLOG SERTA FACEBOOK BUKURESEPI UNTUK MENCUBA.

    PANDUAN UNTUK SEMUA SAHABAT BUKU RESEPIANDA DIGALAKKAN UNTUK PRINT EBOOK PERCUMA INI UNTUK TUJUAN RUJUKAN ANDA.

    KAMI CADANGKAN ANDA SEDIAKAN SATU BINDING DENGAN BINDING RING YANG BESAR

    KERANA KAMI AKAN BERIKAN KEPADA ANDA EBOOK PERCUMA PADA MASA AKAN DATANG.

    SETIAP EBOOK YANG DIBERIKAN NANTI ANDA HANYA PERLU TAMBAH PADA EBOOK YANG

    TELAH ANDA PRINT & BINDING TERSEBUT.

    SALAM SAYANG DARI SELURUH PIHAK ADMIN DAN WARGA KERJA BUKURESEPI UNTUK ANDASEMUA, DAN KAMI DOAKAN ANDA SEMUA SENTIASA DIRAHMATI DAN BAHAGIA SELALU.

    SEKIAN, TERIMA KASIH

    ZAEEMGHUFRANWWW.ZAEEMGHUFRAN.COM

    EDITOR BUKURESEPIDOTCOM

    WWW.BUKURESEPI.COM

  • 7/25/2019 eBook Percuma Vol 01 General

    3/11

    RESEPI AGAR-AGAR ROTIResepi inidikongsikan oleh Zai Aidit

    BAHAN-BAHAN:

    1 peket agar-agar

    1/2 tin susu cair

    6 keping roti

    tin susu pekat

    1 biji telur gred A

    3 cawan air

    1 sudu besar planta

    CARA MEMBUAT:

    1. Roti dicarikkan dan dikisar bersama susu pekat,susu cair dan telur tadi sehingga

    halus ketepikan.

    2. Masak agar-agar sehingga larut.Kemudian tuangkan adunan roti tadi kacau

    perlahan dengan api sederhana sehingga mendidih.Setelah mendidih masukkan

    planta untuk mengilatkan agar-agar sambil kacau perlahan-lahan.

    3. Bahagikan kepada 3 warna (kesukaan anda)plain,pink dan hijau.Tuangkan adunan

    roti tadi kedalam acuan berselang seli dengan warna itu tadi dan sejukkan didalam

    peti sejuk.

    Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

    www.fb.com/loyangdanacuan

  • 7/25/2019 eBook Percuma Vol 01 General

    4/11

    RESEPI IKAN PARI BAKAR &

    AIR ASAMResepi ini dikongsikan oleh Hjh. Zaitong Syed AhmedBAHAN-BAHAN :

    3 ekor Ikan pari kecil

    Air perahan limau nipis

    Air perahan Asam jawa

    Air perahan Belacan

    Buah Tomato

    Cili padi

    Bawang besar Serai

    Garam dan gula

    CARA PENYEDIAAN:

    IKAN PARI BAKAR

    1. Ikan pari dibasuh bersih dan di perap dengan garam dan asam jawa agar hilang bau hanyir.

    2. Perap 10-20 minit atau lebih lama.

    3. Kemudian Ikan Pari tersebut dibakar di atas api perlahan.

    AIR ASAM1. Hiris halus buah tomato, cili padi, bawang besar dan serai campur semua bahan tersebut beser-

    ta air perahan limau nipis, air asam jawa dan air belacan.

    2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

    3. Gaul sehingga sebati

    Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

    www.fb.com/loyangdanacuan

  • 7/25/2019 eBook Percuma Vol 01 General

    5/11

    RESEPI AIS KRIM HOMEMADE

    Resepi Ini Dikongsikan Oleh Siti Royany Ariff

    BAHAN-BAHAN:

    1 tin susu cair (boleh gantikan dengan fresh milk full cream )

    1/2 tin susu pekat manis

    (boleh di kurang atau di tambah mengikut tahap kemanisan yang anda suka )

    2 sudu besar ovelette

    1 biji telur (tak nak letak pun boleh )

    CARA PENYEDIAAN :

    1. Masukkan semua bahan di dalam satu bowl.

    Dengan menggunakan hand-mixer ,pukul semua bahan sehingga larut.

    2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.

    UNTUK MENYEDIAKAN AISKRIM YANG BERPERISA :

    PERASA VANILLA: Letakkan 1 sudu kecil essen vanilla.

    PERASA COKLAT: Letakkan serbuk koko atau milo,lebih sedap jika di tambahkan dengan

    serbuk coklat hershey (unsweet cocoa powder)

    PERASA OREO: Letakkan oreo crush ( oreo yang telah di hancurkan).

    UNTUK HIASAN AISKRIM:

    Anda boleh letakkan kacang / badam yang di panggang / coklat chip / coklat rice. ( mengikut

    kreativiti anda)

    Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

    www.fb.com/loyangdanacuan

  • 7/25/2019 eBook Percuma Vol 01 General

    6/11

    RESEPI ALMOND CLUSTER

    Resepi Ini Dikongsikan Oleh Eyra Kamaruddin

    BAHAN-BAHAN:

    100 gm almond strip

    150 gm milk coklat

    150 gm dark coklat

    Bahan untuk hiasan adalah white coklat

    CARA PENYEDIAAN :

    1. Cairkan coklat secara double boiler.

    2. Masukkan almond strip & gaul sebati dengan coklat (yang telah dicairkan)

    3. Dengan menggunakan sudu, masukkan adunan ke dalam paper cup.

    4. Hiasan, cairkan white coklat dgn kaedah double boiler, masukkan dalam piping

    bag & drizzle ke atas almond cluster.

    5. Biarkan sejuk & masukkan ke dalam bekas kedap udara.

    Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

    www.fb.com/loyangdanacuan

  • 7/25/2019 eBook Percuma Vol 01 General

    7/11

    RESEPI APAM GULA HANGUS

    / KARAMEL

    Resepi Ini Dikongsikan Oleh Eyra Kamaruddin

    BAHAN-BAHAN :

    1 cawan gula pasir *

    1 cawan air *

    (*jadikan gula hangus)

    2 biji telur 1/2 cwn minyak masak

    2 tbsp butter

    2 tbsp susu pekat

    1 tsp soda bikarbonat

    1 1/2 cawan tepung gandum

    CARA PENYEDIAAN :

    1. Bahan telur, minyak, butter & susu dikisarkan (BLEND).2. Satukan adunan yang telah di blend bersama gula hangus

    3. Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yg telah di ayak.

    4. kukus sampai masak.

    Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Com

    www.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |www.fb.com/loyangdanacuan

  • 7/25/2019 eBook Percuma Vol 01 General

    8/11

    RESEPI AYAM MASAK ASAM

    PEDAS DIRAJA JOHOR

    CARA-CARA PENYEDIAAN :

    1. Kisar bahan A sampai halus

    2. Panaskan periuk, tuang minyak (kuantiti anggaran sesuai untuk menumis bahan A)

    3. Tumiskan Bahan A dan cili kisar sampai naik bau, masukkan daun kesum

    4. Masukkan ayam, gaul hingga sebati dan tutup periuk. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit5. Masukkan air dan asam jawa, tutup periuk.

    6. Bila mendidih, masukkan tomato, bunga kantan dan bendi. Tambah garam secukup rasa

    7. Anggaran bendi dah lembut sikit, tutup api. Jangan biar lama sangat nanti bendi terlalu lembik

    dan hancur.

    BAHAN-BAHAN (A)

    1 inci kunyit hidup

    1 inci halia

    Sedikit belacan - dibakar

    2 biji bawang besar

    4 ulas bawang putih

    BAHAN-BAHAN LAIN:

    Ayam 1/2 ekor (boleh juga diganti

    dengan ikan pari)

    Bendi

    1 sudu asam jawa tanpa biji Adabi

    1 ikat daun kesom

    2 biji tomato (dipotong 4)

    1 batang bunga kantan - dibelah dua

    Minyak masak

    Garam secukup rasa

    Resepi Ini Dikongsikan Oleh Reena M Kassim

    Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

    www.fb.com/loyangdanacuan

  • 7/25/2019 eBook Percuma Vol 01 General

    9/11

  • 7/25/2019 eBook Percuma Vol 01 General

    10/11

    PERHATIAN !!

    Sila daftar sebagai sahabat bukuresepi .comdi link dibawah untuk memudahkan admin

    memberikan ebook percuma dan info secara

    terus ke email anda

    http://www.bukuresepi.com/percuma-01/
  • 7/25/2019 eBook Percuma Vol 01 General

    11/11

    KLIK SINI UNTUK

    TEMPAHAN

    DAN MAKLUMAT LANJUT

    http://www.bukuresepi.com/variasi-cheesecake/http://www.bukuresepi.com/variasi-cheesecake/http://www.bukuresepi.com/variasi-cheesecake/http://www.bukuresepi.com/variasi-cheesecake/