Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan...

92
Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan Mengenai Rahsia Bagaimana Untuk Menjana Kekayaan Dengan Emas..

Transcript of Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan...

Page 1: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan Mengenai

Rahsia Bagaimana Untuk Menjana Kekayaan Dengan Emas..

Page 2: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

2

Perhatian! Ebook ini adalah hak cipta terpelihara www.rahsiaemas.com. Anda dilarang sama

sekali samada mengubah, mengedarkan atau menjual ebook ini kepada pihak lain. Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu, anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin RahsiaEmas.com jika menerima ebook ini tanpa melalui RahsiaEmas.com. Tindakan

anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini. Ebook ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari RahsiaEmas.com sahaja. Jika anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkannya dunia

mahupun akhirat. Sekian, terima kasih.

Dari penerbit, Jamaluddin Bahari

& Dari penulis ebook, Abd. Hafiz Ab Wasa

Dan penasihat, En. Syukor Hashim

Founder RahsiaEmas.com © 2009

Page 3: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

3

Kata aluan dari penerbit Ebook Emas-Emas Yang Hilang.

Untuk makluman anda, saya Jamaluddin Bahari telah berkecimpung dalam

pemasaran ebook sejak disember 2008 lagi dan berjaya menyebarkan pelbagai

ebook berinformasi yang membantu rakyat Malaysia. Ebook Emas- Emas yang Hilang

ini adalah ebook ke – 5 terbitan saya. Bagaimana idea ebook ini muncul?

Begini...Kisahnya bermula apabila saya terserempak rakan baik saya iaitu En Abd

Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau tidak memunculkan diri. Saya

bertanya khabar mengenainya dan bertanya kenapa beliau jarang aktif dalam forum

kebelakangan ini. Apa yang diberitahunya ialah “Aku sekarang sibuk buat

pelaburan emas di bawah sifu yang otai dalam pelaburan emas ini”. Saya

apa lagi, apabila mendengarnya terus saja saya jemput saudara Abd Hafiz Wasa

untuk berkongsi ilmu barunya dalam bentuk penerbitan ebook. Dengan tanpa berfikir

panjang, En Abd Hafiz Wasa terus bersetuju dengan pelawaan saya. Saya juga

mempelawa “tuk guru” beliau iaitu En Syukor turut berkongsi ilmunya dalam ebook

ini. Dan Alhamdulillah, jemputan saya diterima.

Semoga dengan perkongsian ini, suatu ilmu baru dapat disebarkan kepada rakyat

Malaysia dengan objektif kita semua memulakan pelaburan yang amat

menguntungkan iaitu melabur dengan emas.

Yang benar,

Jamaluddin bahari

Page 4: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

4

Pendahuluan dari penulis:

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembeli laporan buat duit dengan

emas. Tahniah saya ucapkan kerana anda membeli peluang kepada diri anda untuk

menambahkan lagi kekayaan melalui emas.

Di Malaysia tidak ramai menyedari kelebihan-kelebihan melabur dalam emas ini. Apa

yang sering kita nampak adalah ASB (Amanah Saham Bumiputera) salah satu

daripada cara untuk kita menambahkan lagi aset kita. Tetapi kita tidak tahu emas

juga memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada ASB.

Kenapa kita tidak tahu emas ini mampu meningkatkan lagi kekayaan kita? Ini kerana

tiada orang yang berani tampil kehadapan untuk ‘membocorkan’ macam mana

mereka mengaut keuntungan melalui emas.

Dan sekarang, saya akan mendedahkan pelbagai cara untuk kita menjana kekayaan

melalui emas. Saya akan kongsikan pengalaman saya dan usahawan - usahawan

emas dalam meningkatkan kekayaan melalui emas.

Selain itu saya juga akan berkongsikan dengan anda semua bagaimana kita boleh

menggunakan konsep “use other people money” (guna duit orang lain) dalam

menjana kekayaan melalui emas.

Setiap pelaburan ada risikonya dan tidak terkecuali juga dengan pelaburan emas.

Tapi anda tidak perlu risau kerana saya akan huraikan bagaimana kita dapat

mengurangkan risiko berkenaan. Dan yang paling pasti, anda tidak akan rugi dengan

menambah kekayaan melalui emas. Pernahkah anda lihat penjual emas bankrup

atau lingkup?

Antara perkara lain yang akan dibincangkan adalah bagaimana kita dapat meraih

keuntungan melalui pelaburan jangka masa pendek, jangka masa sederhana

dan jangka masa yang panjang. Melalui pelaburan berkenaan kita akan

mengenali pelbagai aspek kejayaan pelaburan emas ini dan berusaha mengurangkan

risiko kerugian.

Page 5: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

5

Jadi dengan ilmu yang bakal saya sampaikan ini, diharapkan anda dapat

menggunakannya sebaik-baiknya. Dan juga jangan sesekali ada perasaan tamak

untuk cepat kaya.

Yang benar,

Abd Hafiz Wasa

Page 6: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

6

Kata-kata Aluan Daripada penasihat rahsiaemas.com:

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT dengan limpah dan rahmatnya, dapat

juga Ebook Emas-Emas Yang Hilang ini iaitu ebook panduan pelaburan emas yang

belum pernah diterbitkan di pasaran Malaysia kini menjadi rujukan kita semua.

Saya telah dihubungi oleh Hafiz iaitu penulis ebook ini kira-kira beberapa minggu

sebelum ebook ini lancarkan. Menurutnya, dia mahu menulis sebuah ebook berkaitan

pelaburan emas di bawah terbitan En. Jamaluddin Bahari selaku penerbit dan

menjadikan blog saya iaitu www.jutawanemas.com sebagai platform rujukannya.

Dan disebabkan masih belum ada lagi ebook atau buku berkaitan pelaburan emas

yang diterbitkan dalam bahasa Malaysia, maka saya bersetuju dan bersedia

membantu mereka menyiapkan Ebook ini.

Sebenarnya pelaburan emas di Malaysia ini senang sahaja. Tetapi cara kita

mengendalikan pelaburan kita dan strategi yang digunakan adalah faktor kejayaan

dalam pelaburan emas ini.

Dengan ilmu pelaburan yang saya miliki, sedikit sebanyak beberapa strategi

pelaburan telah saya kongsikan bersama Hafiz. Dan Hafiz telah terjemahkan idea-

idea strategi pelaburan berkenaan kedalam ebook ini.

Sebagai makluman anda, saya bekerja di bahagian pengurusan di Universiti

Multimedia, Melaka. Selain berkhidmat dalam sektor pendidikan, saya juga telah

melibatkan diri dalam kajian pelaburan emas di Malaysia.

Dalam kajian saya selama 2 tahun, saya dapati Emas merupakan logam yang terpilih

yang mampu memberi kekayaan kepada pemiliknya. Tidak perlu saya terangkan

lebih lanjut disini kepada anda bagaimana emas mampu memberikan kekayaan yang

Page 7: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

7

sebenar kerana dalam ebook ini telah dibincangkan secara ‘detail’ oleh Hafiz selaku

penulis ebook ini.

Jika dibincangkan melalui kontek pelaburan, kita haruslah mencari sesuatu

pelaburan yang menguntungkan, selamat dan mudah untuk dilaksanakan. Selain itu,

sesuatu pelaburan itu mestilah kukuh dan stabil sepanjang masa.

Oleh yang demikian, Emas telah memenuhi kriteria-kriteria pelaburan yang diingini

iaitu menguntungkan, selamat, mudah, kukuh dan stabil sepanjang zaman.

Akhir kata, dengan memahami kandungan dalam ebook ini saya yakin anda mampu

memulakan pelaburan emas dan seterusnya dapat menjana keuntungan melaluinya.

Ingat! Setiap pelaburan ada risikonya, tetapi dengan Emas anda mampu

merendahkan risiko kerugian berkenaan.

Ikhlas, Syukor Hashim

Page 8: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

8

Isi kandungan:

Kata-kata Aluan.......................................................................................m/s 3 Topik 1: Kelebihan Emas Dalam Menjana Kekayaan.....................................m/s 9

- Antara Emas Dan Wang Kertas

- Emas Dan Inflasi - Kenapa Harga Emas Sentiasa Naik - Emas Sebagai Portfolio Pelaburan

Topik 2: Kenapa Pelaburan Emas Menguntungkan?.....................................m/s 15 - Prestasi Emas Dalam 30 Hari - Prestasi Emas Dalam 6 bulan - Prestasi Emas Dalam 1 Tahun

- Prestasi Emas Dalam 5 Tahun - Prestasi Emas dalam 10 Tahun

Topik 3: Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas?...........................m/s 21

- Bagaimana hendak buat untung dengan barang kemas? - Bagaimana ingin membuat untung melalui emas Public Gold? - Bagaimana syiling kijang emas menguntungkan dalam jangka masa

yang pendek & panjang?

- Bagaimana menjana keuntungan melalui Public Bank Gold Investment Account (GIA).

Topik 4: Faktor Yang Mempengaruhi Harga Pasaran Emas...........................m/s 45 - Nilai Matawang Menyusut, Inflasi Meningkat

- Kenaikkan harga minyak dan kejatuhan pasaran saham - Harga emas yang rendah pada tahun ‘90an - Penyusutan Matawang Dollar

- Kesedaran global mengenai kepentingan emas sebagai aset simpanan Topik 5: Strategi Pelaburan Emas.............................................................m/s 53 Topik 6: Untungkah Dengan Mengadai Emas?............................................m/s 59 Topik 7: Sesuai Ke Buat Pinjaman (Loan) Untuk Melabur ............................m/s 65

Topik 8: Antara Kelebihan Dinar Emas......................................................m/s 71 Topik 9: Di sebalik Keistimewaan Barang Kemas........................................m/s 73

Topik 10: Awas! Berhati-hati Dengan Skim Pelaburan Emas.........................m/s 78 Topik 11: Tiada wang, bagaimana mahu memulakan Pelaburan Emas?.........m/s 80

Penutup.................................................................................................m/s 91

Page 9: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

9

Topik 1: Kelebihan Emas dalam menjana kekayaan.

Sebelum saya mendedahkan teknik dan taktik menjana kekayaan melalui emas,

saya rasa eloklah kita berkenal-kenalan dahulu dengan emas ini. Dalam hadis dan

Al-Quran ada menceritakan kehebatan emas.

Tahukah anda bahawa begitu hebatnya emas dimana penduduk di syurga

semuanya memiliki emas. Ini jelas menunjukkan betapa istimewanya logam, yang

bernama emas.

Sejarah juga membuktikan nilai emas tidak pernah susut atau hilang harganya. Pada

zaman Rasulullah SAW harga seekor kambing adalah sebanyak 1 dinar dan pada

masa sekarang iaitu selepas 1400 tahun lamanya harga seekor kambing juga adalah

1 dinar. Nampak bukan kehebatan emas ini.

“Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW

telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan

boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham

(untuk digunakan).

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.”

“Antara emas dan wang kertas”

Terdapat perbezaan yang amat ketara antara emas dan wang kertas. Wang kertas

yang ada sekarang sebenarnya hanya bernilai jika diistiharkan nilainya oleh kerajaan

yang memerintah. Tetapi nilai emas tiada hadnya dan seluruh dunia mengistiharkan

nilainya.

Cuba anda bawa RM5000 ke Singapura dan anda ingin membeli makanan disana.

Anda rasa mereka terima tak duit anda itu? Tidak bukan. Anda mesti tukarkan

dahulu duit berkenaan ke matawang dolar Singapura. Ini bermakna duit RM kita itu

tidak bernilai langsung atau jatuh nilainya.

Page 10: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

10

Tetapi cuba anda bawa emas. Mereka semua pasti mengenali emas dan mengiktiraf

bahawa emas adalah sesuatu yang amat bernilai harganya.

Saya bagi contoh satu lagi situasi. Katakan negara kita menghadapi peperangan dan

tidak aman lagi. Semua bangunan dimusnahkan dan kita hanya ada satu jalan lagi

untuk menyelamatkan diri iaitu keluar dari Malaysia.

Ketika itu anda hanya sempat mengeluarkan duit sebanyak RM50 ribu sahaja. Cuba

bayangkan saiz beg yang perlu anda pikul untuk memuatkan wang sebanyak RM50

ribu? Dan apabila anda menjejakkan kaki ke negara lain, adakah wang RM50 ribu

adalah bernilai RM 50 ribu di negara tersebut? Sudah tentu jatuh nilainya lebih-lebih

lagi jika negara anda mengalami peperangan. Inilah yang berlaku pada nilai

matawang Iraq.

Ketika peperangan, nilai matawang Malaysia akan jatuh dan nilai Rm 50 ribu

hanyalah bernilai RM10 ribu sahaja di negara tersebut. Nampak bukan bagaimana

rapuhnya nilai matawang.

Tetapi jika kita mempunyai ½ kg emas iaitu berharga lebih kurang RM50 ribu, kita

tidak perlu bawak beg besar-besar untuk memuatkan emas. Malah harga emas tetap

sama walau dimana negara anda berada. Jadi disini jelas menunjukkan kehebatan

emas berbanding wang tunai kertas.

“Emas dan Inflasi”

Dalam krisis ekonomi, bank setiap negara yang ada didunia ini akan menyimpan

emas sebanyak mungkin. Jika berlaku kekurangan emas dalam simpanan, mereka

terpaksa tempuhi inflasi yang tinggi dan nilai matawang negara tersebut akan susut.

Bank Negara Malaysia juga secara automatik akan meningkatkan lagi simpanan

emas apabila berlaku kemerosotan ekonomi. Dan ini adalah merupakan salah satu

daripada langkah untuk mengekang inflasi daripada terus meningkat.

Page 11: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

11

Ingin saya dedahkan kepada anda semua bagaimana dengan berlakunya inflasi dan

mampu meraih keuntungan dengan memiliki emas. Ya benar! Berlakunya krisis

ekonomi bermakna anda bertambah kaya dengan emas!

Apabila berlaku krisis ekonomi, bank negara memerlukan duit yang banyak. Jadi

mereka akan mengeluarkan bon. Rakyat akan membeli bon berkenaan dan dari

situlah bank negara mendapat sumber wang.

Tetapi bagaimana bank negara ingin membayar balik duit rakyat yang membeli bon

berkenaan? Sedangkan bank negara kekurangan wang. Maka dengan itulah bank

negara akan mencetak lebih banyak lagi wang kertas.

Semakin banyak wang kertas dicetak, secara automatik nilai wang berkenaan akan

berkurang. Jadi apabila nilai matawang berkurang maka nilai untuk membeli emas

adalah tinggi. Katakan ketika itu anda memiliki emas dan ingin menjual emas, maka

harga emas anda adalah jauh lebih tinggi berbanding nilai semasa anda membelinya

dahulu.

Untuk makluman anda lagi, disebabkan kehebatan nilai yang ada pada emas itu

sendiri, pada September 1989, Washington telah menghadkan penjualan emasnya

ke negara-negara bersekutu. Amerika ketika itu telah memperkukuhkan ekonominya

dengan menyimpan emas sebanyak mungkin dalam usahanya menguasai ekonomi

dunia.

“Kenapa harga emas sentiasa naik?”

Emas merupakan logam yang lengai. Ia tidak bertindak balas dengan bahan-bahan

lain. Dalam industri pembuatan, emas digunakan sebagai pemangkin kerana ia

adalah bebas daripada menganggu logam-logam lain. Pendek kata ia tidak bertindak

balas dengan logam-logam lain. Sifat emas yang inilah menyebabkan ia begitu

berguna dan berharga dalam industri pembuatan.

Yang menariknya, sehingga sekarang masih belum ada lagi sainstis yang mampu

membuat emas.

Page 12: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

12

Disebabkan emas tidak mampu dihasilkan oleh manusia maka pengeluaran emas

adalah terhad. Permintaan mula melebihi dari pengeluaran. Dan disebabkan faktor

inilah harga emas sentiasa naik dalam jangka masa sederhana dan panjang. Jadi

tidak mustahil kita mampu menjana kekayaan melalui emas.

Jika pada zaman dahulu (contoh: Zaman Firaun), emas dijadikan sebagai barang

kemas, bekas minuman makanan dan sebagai bahan untuk menghiaskan kediaman.

Tetapi pada zaman sekarang juga fungsi emas tidak pernah berbeza. Oleh itu setiap

hari permintaan terhadap emas sentiasa tinggi.

Emas mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Sesiapa yang memegangnya atau

memakainya akan turut merasai ‘aura’ yang dibebaskan oleh emas. Melalui ‘aura’

yang dibebaskan itu ia telah berjaya menarik minat seluruh manusia untuk

memilikinya. Tidak kiralah pencuri, suri rumah, jutawan, peguam ataupun

pustakawan semuanya meminati emas.

“emas sebagai portfolio pelaburan”

Untuk menjana kekayaan, seseorang itu mestilah mempunyai portfolio pelaburan

demi memastikan wang kita terus bekerja untuk kita. Sekarang ini terdapat

pelbagai cara untuk kita memastikan wang kita terus bekerja untuk kita dan

membuatkan kita menjana kekayaan.

Jika saya berikan anda 1 juta ringgit... Ada 2 cara anda boleh gunakan wang

tersebut. Satu cara adalah dengan menghabiskan wang tersebut perlahan-lahan dan

semakin lama jumlahnya semakin sedikit. Dan satu cara lagi adalah dengan

mengandakan wang tersebut supaya wang tersebut terus bekerja untuk kita dan

menambahkan lagi aset simpanan kita.

Ramai yang tidak tahu mengenai emas boleh dijadikan portfolio pelaburan. Apa yang

biasa orang nampak adalah hartanah, saham, bon dan juga unit trust.

Anda juga dapat mempelbagaikan portfolio pelaburan anda melalui emas.

Disebabkan faktor tidak kalis inflasi dan permintaan emas yang tinggi, anda

mampu menjana kekayaan melalui emas.

Page 13: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

13

Pada tahun 2005, ada seorang penganalisis ekonomi yang bernama Rick Munarriz

telah bertanyakan yang mana lebih untung antara satu unit saham Google dan juga

satu Ounce Emas.

Pada tahun berkenaan 1 unit saham Google bersamaan 1 0unce emas iaitu $700

Pada tekaan anda, yang mana lebih menguntungkan? Pada mulanya saya fikir

saham google adalah lebih untung berbanding emas... tetapi tekaan saya meleset

sama sekali.

Tahukah anda, pada Januari 2008, 1 ounce emas telah ditutup tinggi iaitu $859.

Manakala 1 unit saham Google telah ditutup lebih rendah iaitu sebanyak $657.

Cuba anda fikir, yang mana lebih untung, saham atau emas?

Tidak dinafikan dalam jangka masa yang pendek saham boleh untung berlipat

kali ganda dari emas tetapi ia amat berisiko.

Manakala dalam jangka masa sederhana dan jangka masa panjang, pelaburan

melalui emas lebih menguntungkan dan lebih selamat.

Mungkin anda tertanya-tanya, manakah yang lebih untung samaada melabur melalui

hartanah atau melabur melalui emas. Bagi saya masing-masing ada kelebihan

tersendiri.

Pelaburan melalui hartanah ianya agak berisiko jika dibandingkan dengan pelaburan

melalui emas. Ini kerana pasaran hartanah amat bergantung kepada keadaan

ekonomi semasa manakala emas bergantung kepada permintaan dan pengeluaran.

Pelaburan melalui hartanah juga memerlukan strategi yang agak rumit. Untuk lebih

mendapat untung melalui pasaran hartanah, anda mestilah membeli hartanah bawah

dari harga pasaran. Manakala emas pula hanya memadai dengan sekadar

memantau turun naik harga emas dan membeli pada takat yang sesuai

dengan pelaburan yang kita ingini.

Page 14: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

14

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, terbukti pelaburan emas amat

menguntungkan. Pada topik yang seterusnya saya akan tunjukan pada anda

bagaimana kita dapat meraih keuntungan dan kekayaan melalui emas.

Saya juga akan memberikan bukti yang cukup menarik bagaimana dalam situasi

gawat pada tahun 2008 tetapi pelaburan melalui emas memberikan keuntungan

berlipat kali ganda.

Page 15: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

15

Topik 2: Kenapa Pelaburan Emas Menguntungkan?

Tahukah anda kenapa penjual-penjual emas sentiasa untung? Pernahkah anda

terpikir kenapa bank atau agensi pajak gadai dengan mudahnya memberi pinjaman

atau duit jika dipajakan emas di bank atau kedai mereka?

Jawapannya amat mudah kerana harga emas sentiasa naik dalam jangka masa

panjang dan sederhana.

Sekarang saya akan tunjukan bukti kepada anda bahawa pelaburan melalui emas

adalah sangat menguntungkan.

Cuba kita lihat graf dibawah. Graf ini menunjukkan harga emas dalam masa 30

hari.

Anda dapat lihat sendiri bukan! bagaimana dalam tempoh hanya 1 bulan sahaja

berlaku peningkatan harga emas. Statistik harga emas ini adalah bermula 11/5/09

hingga 09/06/09.

Page 16: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

16

Dengan menggunakan konsep mudah iaitu beli pada harga rendah dan jual pada

harga tinggi anda mampu meraih keuntungan sebanyak 8.16% dalam masa

hanya 1 bulan sahaja!

Pada graf diatas tercatat harga tertinggi adalah $987 dan harga paling rendah adalah

$912.5. Jadi jika anda membeli 1 ounce (bersamaan 31.1 gram) emas pada harga

$912.5 (RM 3193.75) dan menjualnya pada harga $987 (RM 3454.5) maka

keuntungan anda daripada pelaburan ini adalah RM 260.75!

Menarik bukan? Itu baru saja satu bulan. Jika ianya dalam tempoh 1 tahun, anda

bakal memperolehi keuntungan sebanyak 97.92% ( 8.16% x 12 bulan = 97.92%)!

Baiklah, mari kita lihat pula keuntungan emas dalam tempoh 6 bulan.

Graf ini dicatatkan bermula 09/12/08 sehingga 09/06/09 iaitu genap 6 bulan

pemantauan harga emas.

Daripada graf tersebut jelas sekali menunjukkan harga terendah dalam tempoh 6

bulan adalah $775.60 per ounce (per 31.1 gram). Manakala harga tertinggi adalah $

993.20 per ounce.

Page 17: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

17

Jadi berapakah peratusan keuntungan yang kita akan kita dapat jika menggunakan

konsep beli harga terendah dan jual pada harga tertinggi?

Keuntungan anda adalah sebanyak 28.06%!!! Amat tinggi bukan? Sudah tentu

ianya amat berbaloi jika dibandingkan dengan pelaburan ASB.

Jika anda laburkan wang anda sebanyak RM15 ribu untuk tempoh 6 bulan berkenaan

maka pulangan yang anda perolehi adalah sebanyak RM 4208.35!

Graf diatas pula menerangkan turun naik harga emas dalam masa setahun.

Pergerakkan harga emas bagi graf diatas dicatat pada 10jun 2008 sehingga 09

jun 2009 iaitu genap setahun.

Walaupun dalam masa setahun tiada kenaikkan harga emas yang drastik dan statik

namun kita masih boleh mendapat untung dengan menggunakan teknik tertentu.

Page 18: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

18

Teknik yang dimaksudkan itu adalah teknik pemurataan kos (cost averaging).

Teknik ini saya akan terangkan secara lebih terperinci di Topik 3: Bagaimana

Hendak Memulakan Pelaburan Emas?

Secara kasarnya, dalam masa satu tahun kita mampu meraih keuntungan sebanyak

40% jika membeli pada harga paling rendah dan menjual pada harga lebih tinggi.

Namun, kaedah ini agak berisiko kerana kita tidak tahu bila harga paling rendah dan

bila harga emas paling tinggi pada masa hadapan. Tetapi jika anda seorang yang

mahir menganalisis harga pasaran emas, perkara ini kacang sahaja bagi anda

Graf diatas mula dicatatkan pada Jun 2004 sehingga Jun 2009 iaitu selama lebih

kurang 5 tahun.

Anda nampak sendiri bukan bagaimana kenaikan harga emas yang berterusan dalam

tempoh 5 tahun sahaja. Keadaan ini amatlah menguntungkan bagi kita yang

inginkan pelaburan emas dalam jangka masa yang panjang.

Page 19: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

19

Dapat kita lihat harga emas pada Jun 04 ialah $383.10 dan pada Jun 09 ialah pada

$1002.80. Ini bermakna sebanyak 161.76% kenaikan harga emas dalam tempoh

hanya 5 tahun!!!

Menarik bukan pelaburan emas ini. Harga sentiasa naik tidak kira apa jua keadaan

ekonomi.

Seperti kita ketahui pada tahun 2008 merupakan tahun ekonomi yang tidak stabil.

Pada masa itu harga minyak melambung naik dan inflasi pula semakin meningkat.

Ketika itu juga banyak syarikat yang gulung tikar termasuklah syarikat gergasi bank

Lehman Brothers.

Tetapi keadaan harga pasaran emas langsung tidak jatuh atau tergugat, malah

menunjukkan peningkatan lagi. Itulah untungnya pelaburan melalui emas ini.

Mari kita lihat pula bagaimana pergerakan harga emas dalam tempoh masa yang

panjang iaitu 10 tahun yang lepas.

Page 20: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

20

Graf diatas menunjukkan carta pergerakkan harga emas dalam tempoh 10 tahun.

Dapat kita lihat disini bahawa harga emas pada tahun Jun 1999 adalah $ 252.80

per ounce dan $1002.80 per ounce pada tahun Jun 2009.

Disitu kita dapat lihat harga emas yang tertinggi adalah $1002.80 dan harga emas

yang paling rendah adalah $ 252.80. Peratusan peningkatan dalam tempoh 10 tahun

adalah sebanyak 296.7%!!!

Jadi saya harap anda sudah nampak disini betapa untungnya membuat pelaburan

berasaskan emas bukan. Tiada kerugian atau tiada penurunan harga dalam tempoh

yang sederhana dan panjang.

Satu konsep yang penting yang perlu anda fahami, iaitu harga emas sentiasa naik

dalam tempoh yang sederhana dan panjang. Jadi dengan keadaan sebegitu kita

dapat memaksimumkan pelaburan kita (selain ASB) dengan melabur melalui emas.

Saya percaya anda sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui apakah langkah

pertama yang perlu anda lakukan untuk membolehkan anda melabur dalam emas

ini.

Jom kita ke topik seterusnya untuk membincangkan bagaimana untuk memulakan

pelaburan emas ini demi meningkatkan lagi kekayaan kita.

Page 21: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

21

Topik 3: Bagaimana hendak memulakan Pelaburan Emas?

Ditopik yang sebelum ini saya telah nyatakan daripada pengalaman-pengalaman

yang lepas bagaimana emas ini boleh membawa keuntungan untuk kita semua.

Sekarang ini saya percaya anda semua mesti teruja dan tidak sabar-sabar lagi untuk

memulakan pelaburan emas ini...

Sebenarnya dalam pelaburan emas di Malaysia ini (tidak semua orang tahu)

melibatkan emas fizikal dan emas maya.

Emas fizikal ini adalah seperti rantai emas, jongkong emas, bullion (emas ketul)

dan emas dinar (syiling emas).

Manakala emas maya adalah dimana pelaburan emas yang mana kita tidak boleh

pegang emas tersebut. Ada pihak ketiga yang memegang emas milik kita itu.

Tugas kita hanya menguruskannya sahaja. Contohnya Gold Saving Passbook yang

ditawarkan oleh Maybank dan Public Bank Gold Investment Account yang

ditawarkan oleh Public Bank.

Sebelum kita memulakan pelaburan emas ini, kita mestilah terlebih dahulu

mengetahui cara-cara untuk mendapatkan emas fizikal dan juga emas maya.

Emas fizikal.

Emas fizikal ini senang sahaja untuk mendapatkannya. Pada masa kini terdapat

pelbagai jenis emas fizikal yang dijual di Malaysia. Mari kita berkenalan dengan emas

fizikal yang pertama:

1) Barang kemas.

Barang kemas iaitu terdiri daripada rantai, subang, cincin dan juga gelang tangan &

kaki. Barang kemas seperti ini biasanya amat mudah untuk didapati.

Page 22: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

22

Anda pegilah mana-mana kedai emas memang barang kemas inilah produk jualan

utama mereka.

Bagi golongan lelaki, memang mereka tidak rasa tertarik langsung dengan barang

kemas ini (sebagai perhiasan). Maklumlah bukan mereka boleh memakainya pun.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa kita boleh buat untung yang besar dengan

barang kemas ini. Bukan sahaja untung sahaja, malah isteri juga makin bertambah

sayang pada suami...

Bagaimana untungnya barang kemas ini?

Caranya mudah sahaja iaitu beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Tetapi barang kemas ini sesuai untuk pelaburan jangka masa yang panjang kerana

perbezaan harga beli dan harga jual adalah tinggi iaitu 15% hingga 20%.

Sebagai contoh, jika hari ini anda membeli 10gram gelang emas dengan kadar

120/gram iaitu bersamaan RM1200.

Selang 4 bulan kemudian, anda ingin menjual gelang emas tersebut. Ketika itu harga

emas segram adalah RM140/gram. Jadi harga gelang emas selepas 4 bulan adalah

RM1400.

Masalahnya, kedai emas tidak mengambil gelang itu pada harga RM 1400 tetapi ia

akan tolak dahulu harga berkenaan dengan 15%. Jadi harga jual gelang emas

tersebut pada kedai emas adalah RM 1190.

Maka anda rugi sebanyak RM 10. Kalau diikutkan anda sudah untung sebanyak

RM200 tetapi disebabkan perbezaan harga jual dan harga beli yang tinggi (iaitu

15%) maka anda telah rugi.

Bagaimana hendak buat untung dengan barang kemas?

Selain dijadikan alat perhiasan diri bagi kaum wanita, sebenarnya kita boleh

membuat keuntungan melalui barang kemas ini.

Page 23: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

23

Tetapi ia mestilah dalam jangka masa yang panjang. Jika kita mahu membuat

keuntungan dalam jangka masa yang pendek melalui barang kemas ini kita akan

rugi. Kerana seperti yang saya katakan diatas, perbezaan harga jual dan harga beli

terlalu tinggi iaitu 15%-20%.

Kesimpulannya, paling kurang anda perlu menyimpan barang kemas selama 5

tahun untuk menjana keuntungan.

Lagipun tidak rugi anda menyimpan barang kemas lama-lama pun, sekalipun anda

terdesak memerlukan duit, anda boleh gadai emas berkenaan. Jadi senang-senang

anda akan dapat ‘cash money’.

Di bank Rakyat Ar Rahnu mereka memberi pinjaman kepada anda sebanyak 65%

dari nilai semasa barang kemas anda.

Kebaikan dan keburukan barang kemas.

Kebaikan keburukan

1) Boleh dijadikan hiasan. (Isteri

pasti suka)

2) Mempunyai nilai gadaian yang

tinggi.

3) Senang untuk digadai.

4) Senang untuk dijual. Semua

kedai emas menerima atau

sanggup membeli kembali emas

anda.

5) Senang untuk dimiliki

1) Jika anda mahu menjual kembali,

sebanyak 15%-20% nilai emas itu

akan dipotong.

2) Barang kemas yang mempunyai

permata kurang nilai apabila anda

mengadaikannya atau ingin

menjualnya.

3) Sukar memantau kenaikan atau

penurunan harga emas. Bergantung

pada budi bicara ‘tokey emas’.

Page 24: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

24

2) Emas Public Gold.

Pertama sekali saya ingin nyatakan bahawa public gold dan public bank adalah 2

syarikat yang berbeza.

Public Gold menawarkan 2 jenis emas iaitu emas bar dan juga emas Dinar.

Bagi emas bar, Public Gold menyediakan 4 jenis iaitu 20gram, 50 gram, 100gram

dan juga 1 kilogram.

Emas 20 gram

Emas 50 gram

Page 25: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

25

Manakala bagi syiling dinar pula, ia mempunyai 3 jenis iaitu 1 dinar, 5 dinar dan 10

dinar.

1 dinar

5 dinar

10 dinar

Antara kelebihan Public Gold adalah mereka sentiasa mempunyai stok emas kerana

saya difahamkan mereka mempunyai sebuah kilang emas yang terletak di Pulau

Pinang.

Page 26: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

26

Selain itu emas Public Gold juga senang untuk didapati kerana mereka

mempunyai agen seluruh Malaysia. Mereka juga sedia membeli kembali emas

daripada anda dalam apa jua situasi.

Anda boleh dapatkan maklumat mengenai agen Public Gold seluruh Malaysia

menerusi laman web ini:

http://www.publicgold.com.my/content/view/49/81/lang,english/

Contohnya, pada bulan Januari anda membeli daripada mereka 20g bar dengan

harga RM2140 (RM107/gram). Dan pada bulan Mei anda ingin menjual balik kepada

mereka.

Ketika itu harga emas adalah RM120/gram. Dan mereka akan membeli kembali

emas 20 gram bar itu daripada anda melalui harga semasa emas iaitu sebanyak RM

2400.

Berbanding barang kemas, emas Public Gold mempunyai perbezaan harga beli

dan harga jual yang rendah iaitu 5% - 6% sahaja. Jadi mudah untuk anda

membuat keuntungan melalui emas Public Gold ini.

Tambahan pula, emas Public Gold ini menyediakan satu website dimana anda boleh

menyemak harga jual dan harga beli secara ‘live’ di laman web mereka. Ini

memudahkan anda untuk menyemak harga emas Public Gold dari masa ke semasa.

Untuk emas bar , anda boleh layari website ini:

www.publicgold.com.my

Manakala untuk syiling emas dinar, anda boleh layari website ini:

www.publicdinar.com

Page 27: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

27

Bagaimana ingin membuat untung melalui emas Public Gold?

Terus terang saya katakan emas Public Gold ini sesuai untuk dijadikan pelaburan

jangka masa sederhana dan jangka masa yang panjang. Paling kurang 2 tahun

baru anda dapat merasai ‘kehangatan’nya.

Bukan anda tidak boleh menjadikan Public Gold sebagai pelaburan jangka masa

pendek tetapi ada cara lain yang lebih mantap lagi selain emas Public Gold untuk

dijadikan pelaburan jangka masa pendek.

Seperti yang kita tahu, harga pasaran emas sentiasa naik dalam jangka masa yang

panjang (lebih 5 tahun). Tetapi dalam jangka masa yang pendek, harga pasaran

emas turun naik seperti berbukit.

Oleh itu, dengan menggunakan konsep pemurataan kos atau “averaging cost”

anda mampu meraih keuntungan melalui pelaburan emas ini.

Dengan konsep pemurataan kos ini, tiap-tiap bulan anda membeli satu bar 20 gram

emas Public Gold. Anda lakukan perkara ini sehinggalah dalam jangka masa satu

tahun.

Mari kita lihat jadual dibawah akan keuntungan anda...

Bulan Harga segram Harga total (Bar 20

gram)

Jun 08 101.42 RM 2028

Julai 08 107.90 RM 2158

Ogos 08 91.80 RM 1836

September 08 98.00 RM 1956

Oktober 08 89.90 RM 1798

November 08 84.07 RM 1681

Page 28: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

28

Disember 08 94.28 RM 1885

Januari 09 95.80 RM 1915

Februari 09 111.75 RM 2235

March 09 107.12 RM 2142

April 09 99.76 RM 1995

Mei 09 105.94 RM 2119

Purata RM 98.98 RM 1979

( Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com setiap 20 hb dan ditukar kepada

Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 usd = 3.5 MYR)

Berapakah keuntungan anda?

Kita lihat purata setahun anda membeli 20gram bar emas adalah RM1979.

Pada 1 Jun 09 harga segram emas adalah RM 115/gram. Jika anda menjual kesemua

emas anda itu pada 1 Jun 09 maka keuntungan anda adalah RM 3844!!!

Tidak percaya? Mari kita buat sedikit pengiraan:

Untung satu gram emas anda adalah:

RM115 - RM98.98 = RM 16.02

Jadi anda mempunyai sebanyak 240gram (20gram x 12 ketul bar).

Untung anda:

240gram x RM16.02 = RM 3844

Ini bersamaan 16.19% keuntungan pelaburan emas anda dalam masa satu tahun!

Page 29: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

29

Hampir sekali ganda dibandingkan dengan nilai pelaburan yang anda perolehi

daripada ASB kan?

Saya harap anda sudah nampak dan fahami bagaimana kita boleh menjana

keuntungan pelaburan emas melalui kaedah pemurataan kos.

Sebelum saya terlupa, menerusi kajian saya harga pasaran emas ini, lagi lama masa

pelaburan anda (contoh 10 tahun) lagi banyak untung sebenarnya yang bakal anda

dapat.

Malah, anda sedikit pun tidak akan rugi dengan melabur melalui emas fizikal ini.

Kerana harga sentiasa naik ( tiada kesan inflasi) dan mudah untuk digadaikan jika

anda terdesak memerlukan wang.

Sekarang ucapkan terima kasih kepada diri anda kerana telah menemui jalan yang

hebat untuk menambahkan lagi kekayaan anda.

Kebaikan dan keburukan Emas Public Gold

Kebaikan Keburukan

1) Beza harga jual dan harga beli

yang rendah sekitar 5%-6%.

Senang nak untung.

2) Boleh digadai.

3) Agen Public Gold sedia membeli

kembali Emas yang ingin anda

jualkan kembali.

4) Emas yang dibeli akan dihantar

terus sampai ke tangan anda.

Hanya perlu hubungi agen di

tempat anda sahaja.

5) Syarikat masih menerima emas

anda jika terdapat kesan calar.

6) Senang memantau kenaikan atau

penurunan harga emas dengan

1) Untuk membeli perlu dapatkan

melalui agen Public Gold seluruh

Malaysia. Tidak dijual di kedai

Emas

2) Sesetengah Ar Rahnu (pajak

gadai) tidak menerima bar atau

syiling emas.

3) Permintaan yang tinggi terhadap

emas Public Gold. Kemungkinan

anda perlu menunggu 3-4 hari

untuk dapatkan stok.

Page 30: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

30

hanya melayari website

www.publicgold.com.my sahaja.

dan ianya adalah 24jam.

3) Emas Kijang

Ok baiklah, selain emas Public Gold, terdapat juga emas (syiling) yang dikeluarkan

oleh Bank Negara. Emas itu dikenali sebagai Kijang Emas.

Jom kita mengenali emas fizikal berikutnya

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini bahawa Syiling Emas Kijang adalah

dikeluarkan oleh Bank Negara. Hanya cawangan Maybank tertentu sahaja yang

menjual Syiling Emas Kijang ini.

Tidak seperti emas Public Gold, Syiling Emas Kijang ini agak sukar untuk didapati.

Dan sentiasa kekurangan stok.

Page 31: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

31

Untuk membeli Syiling Emas Kijang ini, anda mestilah membawa wang yang

mencukupi dan mesti beli ‘cash’! Kemudian jangan lupa bawa kad pengenalan sekali

kerana mereka akan catatkan pembelian syiling kijang emas ini.

Syiling Emas Kijang ini mengandungi 3 saiz iaitu 1 troy ounce, ½ troy ounce dan ¼

troy ounce.

Pelaburan melalui Syiling Emas Kijang ini amat menguntungkan. Berbanding Emas

Public Gold, Syiling Emas Kijang ini mempunyai harga jual dan harga beli yang

amat rendah iaitu 3.20% sahaja.

Jadi Syiling Emas Kijang ini amat sesuai untuk anda memulakan pelaburan

jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa yang panjang.

Selain itu, anda juga dapat melihat dan mengkaji harga yang lepas dan juga harga

semasa Syiling Emas Kijang ini di laman web berikut:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Bagaimana syiling kijang emas menguntungkan dalam jangka masa yang

pendek?

Untuk mendapat untung yang tinggi melalui pelaburan jangka masa pendek (1 bulan

hingga 6 bulan), anda haruslah bijak memilih masa yang sesuai untuk jual dan beli

syiling emas tersebut.

Page 32: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

32

Jika silap langkah, anda akan rugi! Tapi dalam jangka masa yang panjang anda

akan untung balik. Jadi jangan risau dan jangan takut.

Saya pasti anda sudah ‘familiar’ dengan graf ini bukan. Graf satu tahun amat sesuai

untuk kita mengkaji pasaran harga emas untuk pelaburan jangka masa pendek.

Ini kerana kita dapat mengenal pasti trend atau corak turun naik emas dalam

tempoh yang singkat.

Trend atau corak ini dapat menunjukkan pada kita apakah nilai atau “value” yang

tertinggi dan yang terendah supaya kita dapat menjangka pasaran emas pada masa

hadapan.

Baiklah, apa yang paling penting sekali dalam pelaburan jangka masa pendek ini

adalah bilakah waktu terbaik dan waktu yang sesuai untuk kita jual dan beli

emas kita.

Page 33: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

33

Pertama sekali kita mestilah menetapkan berapa keuntungan yang kita mahukan.

Adakah 10%, 15% atau 20%. Lagi tinggi keuntungan yang anda inginkan, lebih

banyak kesabaran yang perlu ada dalam diri anda.

Jom kita buat kira-kira sikit mengenai keuntungan jangka masa pendek...

Pada 15/1/09, anda telah membeli 5 Syiling Emas Kijang. Dan pada masa itu harga

emas adalah RM3085 untuk 1 syiling emas (1 troy oz). Dan 5 keping bermakna anda

membayar sebanyak RM 15, 425.

Dan pada 19/2/09, anda bercadang untuk menjual kesemua Syiling Emas Kijang

anda itu.

Pada website Bank Negara Malaysia, tertera harga beli (bank BELI daripada kita)

adalah 1 troy oz adalah RM3689. Berapakah keuntungan anda dalam tempoh lebih

kurang 35 hari?

Harga beli : RM 3085 Harga Jual: RM 3689

Keuntungan 1 Syiling Emas Kijang: RM 3689 – RM 3085 = RM 604

Keuntungan 5 keping Syiling Emas Kijang: RM 604 X 5 = RM 3020

Peratusan keuntungan : 604/3085 X 100 = 19.58%!!!

Menarik bukan?

Harga Syiling Emas Kijang ini berdasarkan laman web :

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Apa yang penting untuk berjaya melalui pelaburan jangka masa pendek ini adalah

anda harus bijak mengatur strategi. Anda perlu mengkaji corak turun naik harga

emas berdasarkan prestasi emas pada masa lampau.

(anda boleh rujuk website www.kitco.com untuk mengetahui harga terkini pasaran

emas dunia).

Page 34: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

34

Dengan kajian pasaran harga emas semasa dan yang lepas, anda akan dapat

meneka apakah masa yang terbaik untuk membeli dan menjual emas.

Saya bukanlah pakar dalam analisis harga pasaran emas tetapi saya ada satu

formula bagai mana untuk kita mengetahui harga emas naik atau turun.

Walaupun ketepatanya tidak 100% tetapi ia boleh menjadi kayu ukur untuk anda

berjaya dan pelaburan emas ini.

Saya akan dedahkan rahsia ini pada topik yang bertajuk “Faktor Yang

Mempengaruhi Harga Pasaran Emas”.

Bagaimana syiling kijang emas menguntungkan dalam jangka masa yang

panjang?

Seperti yang saya terangkan pada emas Public Gold, Syiling Emas Kijang juga

mampu meraih berganda keuntungan dengan menggunakan konsep pemurataan

kos.

Sekarang saya akan tunjukkan anda satu contoh pelaburan emas jangka masa

panjang yang bermula pada tahun 2004 sehinggalah tahun 2009. Dengan

menggunakan Syiling Emas Kijang sebagai aset pelaburan, kita mampu meraih

keuntungan berlipat kali ganda.

Jadual dibawah ini adalah berdasarkan nilai emas yang sebenar pada masa

berkenaan. Dengar menganggar dalam masa setahun hanya 3 kali sahaja pembelian

Syiling Emas Kijang dilakukan.

Manakala tarikh yang dipilih adalah berdasarkan pilihan rawak sahaja.

Tahun 2004

Page 35: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

35

Tarikh Harga 1 kijang emas (RM)

09 Januari 2004 1705

05 Mac 2004 1604

20 November 2004 1782

Purata harga 1 kijang emas 1679

Tahun 2005

Tarikh Harga 1 Kijang emas (RM)

03 Januari 2005 1764

01 Jun 2005 1680

15 September 2005 1796

Purata harga 1 kijang emas 1746

Tahun 2006

Tarikh Harga 1 kijang emas (RM)

09 Januari 2006 2146

06 Mac 2006 2218

20 November 2006 2402

Purata harga 1 kijang emas 2255

Tahun 2007

Tarikh Harga 1 Kijang emas (RM)

03 Januari 2007 2385

01 Jun 2007 2380

14 September 2007 2603

Purata harga 1 kijang emas 2456

Page 36: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

36

Tahun 2008

Tarikh Harga 1 kijang emas (RM)

09 Januari 2008 3059

06 Mac 2008 3310

20 November 2008 2818

Purata harga 1 kijang emas 3062

Tahun 2009

Tarikh Harga 1 Kijang emas (RM)

05 Januari 2009 3237

30 Januari 2009 3453

12 Februari 2009 3573

Purata harga 1 kijang emas 3421

Purata 1 kijang emas yang dibeli dari tahun 2004 hingga 2009 adalah:

(1679 + 1746 + 2255 + 2456 + 3062 + 3421) ÷ 6 = 2436

Jadi purata nilai 1 syiling kijang emas yang dibeli dalam jangka masa 6 tahun adalah

RM 2436.

Katakan pada 19 Februari 2009 anda bercadang untuk menjual kesemua Syiling

Emas Kijang anda sebanyak 18 keping itu maka keuntungan anda adalah:

Harga kijang emas pada 19/02/09 adalah RM 3812.

Purata harga kijang emas yang anda beli adalah RM 2436.

Keuntungan untuk 1 keping syiling kijang emas anda adalah :

Page 37: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

37

RM3812 – RM2436 = RM 1376

Maka, total keuntungan anda sebanyak 18 keping kijang emas adalah:

18 keping x RM 1376 = RM 24,768!!!

Peratusan keuntungan: 56.5% dalam jangka masa 6 tahun!

Nampak tidak kehebatan pemurataan kos untuk pelaburan emas dalam jangka masa

yang panjang. Contoh yang ditunjukkan itu baru selama 6 tahun. Lagi lama anda

simpan lagi banyak keuntungan hasil pelaburan anda itu. Inilah yang dinamakan

“emas bekerja untuk kita”!

Peringatan! Anda dikehendaki menatang minyak yang penuh (jaga elok-elok)

syiling emas anda kerana jika terdapat calar atau kurang berat, bank tidak

akan menerima kembali syiling emas anda itu.

Kebaikan dan keburukan Kijang Emas

Kebaikan Keburukan

1) Beza harga jual dan harga beli

yang rendah, sekitar 3.2%.

Senang untuk anda dapat untung.

2) Dapat membeli dengan kuantiti

yang kecil iaitu ¼ oz kijang emas.

3) Senang untuk menjual kembali,

hanya bawa resit serta IC dan

boleh jual di cawangan Maybank

yang terpilih.

4) Pemantaun harga jual dan beli

boleh didapati secara online di

website Bank Negara.

1) Proses jual beli hanya boleh

didapati di cawangan Maybank

tertentu sahaja.

2) Permintaan yang terlalu tinggi.

Stok sentiasa habis.

3) Jika ada kesan calar, bank tidak

menerima jika anda ingin

menjual kembali syiling

berkenaan.

Page 38: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

38

Emas Maya

Sebentar tadi kita belajar mengenai emas fizikal, bagaimana dengan pelaburan

melalui emas fizikal kita boleh kaut keuntungan darinya.

Sekarang saya akan terangkan mengenai emas maya. Sebenarnya “emas maya” ini

saya yang suka-suka namakannya sebab tiada gelaran khusus bagi pelaburan jenis

ini.

Secara ringkasnya, pelaburan ini adalah - kita membeli emas dan menjual emas

tanpa melibatkan emas fizikal. Hanya melalui satu buku sahaja urusan jual beli

emas kita akan dicatatkan. Saya harap anda boleh ‘follow’ penerangan saya.

Public Bank (Bukan Public Gold) telah menawarkan satu pelaburan berdasarkan

pergerakan sebenar harga jualan dan harga belian emas. Tanpa melibatkan emas

fizikal, orang awam dapat melabur kedalam akaun tersebut dan menjana

keuntungan melaluinya.

Akaun yang diperkenalkan tersebut dikenali sebagai Public Bank Gold Investment

Account (GIA).

Mari kita berkenal-kenalan dengan akaun pelaburan emas ini...

Pertama sekali anda perlu memohon akaun pelaburan emas ini dimana-mana Public

Bank yang terdekat. Anda pergi bertanya pada pegawai “customer servis” dan

katakan anda mahu buka akaun Gold Investment.

Page 39: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

39

Untuk membuka akaun, anda dikehendaki membeli minimum 20gram emas

terlebih dahulu. Harga emas ini bergantung kepada harga yang dipaparkan pada

laman web Public Bank iaitu:

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Sebagai contoh, berpandukan gambar rajah diatas, ketika anda membuka akaun

gold investment harga jual /selling price (bank jual kepada kita) adalah RM 108.44

se gram.

Jadi anda perlukan RM 2168.80 (RM108.44 x 20gram) untuk membuka akaun

Public Gold Investment ini.

Manakala harga beli/buying price adalah menunjukkan harga yang bank beli kembali

emas tersebut dari anda.

Katakan anda sekarang mempunyai 20gram emas dan ingin menjual kesemuanya.

Maka jika dijual kembali kepada bank, bank akan beli daripada anda sebanyak RM

2084.40 (RM 104.22 x 20 gram).

Oleh itu, untuk mengelakkan kerugian, anda haruslah menjual kembali emas

pelaburan anda itu apabila harga beli/ buying price melebihi harga jual/selling

semasa anda mula-mula membeli dahulu.

Oh ya, selepas membuka akaun sebanyak 20 gram, untuk pembelian minimum emas

seterusnya adalah 5 gram. Dan anda perlu mengekalkan 2gram emas dalam akaun

anda supaya terus aktif. Setiap tahun, bank akan caj anda RM10 jika buku simpanan

anda kurang dari 10gram.

Page 40: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

40

Antara kelemahan pelaburan emas melalui buku akaun ini adalah kita tidak boleh

mengadaikan atau pajak emas kita jika kita terdesak memerlukan wang. Jadi jika

terdesak nak guna duit, terpaksalah kita jual.

Itu mengenai kelemahan, tetapi kelebihan akaun Gold Investment ini adalah, kita

mudah untuk membeli dan menjual emas kita. Hanya perlu pergi bank sahaja.

Selain itu, risiko untuk dirompak adalah kurang kerana kita tidak memiliki emas

tetapi kita memiliki sebuah buku yang mencatatkan berapa emas yang kita ada.

Saya suka dengan pelaburan melalui Public Bank Gold investment ini kerana ia

mempunyai beza harga jual dan harga beli yang rendah. Beza harga jual dan

harga beli hanya lebih kurang 4% sahaja.

Jadi anda tidak perlu menunggu lama-lama untuk balik modal anda dan seterusnya

meningkatkan keuntungan anda.

Disebabkan spread margin atau beza harga jual dan harga beli yang rendah maka

mudah untuk kita merancang membuat pelaburan jangka masa pendek dan jangka

masa sederhana untuk akaun Gold Investment ini.

Tetapi jika anda ingin membuat pelaburan jangka masa panjang melalui akaun

Gold Investment ini saya amat tidak galakkan. Ini kerana anda tidak boleh

gadaikan emas anda itu. Jadi duit anda membeku disitu dan susah jika anda

memerlukan wang kelak.

Bagaimana untuk membuat keuntungan menerusi akaun Gold Investment ini adalah

berdasarkan konsep dan kaedah yang sama saya gunakan untuk emas fizikal

(Barang kemas, Public Gold dan Syiling Kijang).

Iaitu cari masa yang terbaik dimana harga yang lebih murah daripada harga yang

tertinggi sekali sebelum ini.

Disebabkan emas Gold Investment Public Bank tidak menunjukkan sejarah harga

yang lepas, maka kita boleh jadikan harga emas semasa dunia sebagai rujukan.

Page 41: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

41

Harga emas semasa dunia boleh kita lihat di laman web www.kitco.com

Sebagai contoh, kita lihat graf diatas menunjukkan harga yang tertinggi sekali

adalah $993.20 per ounce.

Jika anda bermain untuk mendapatkan pulangan yang lumayan, anda perlu membeli

dibawah harga tertinggi berkenaan sebanyak 5% hingga 10%. Iaitu pada

takat/paras $943 atau $893 barulah anda membeli emas.

Selepas anda dapat membeli pada harga berkenaan, harga emas mungkin akan naik

atau mungkin akan turun lagi. Jika ia turun lagi, anda jangan panik. Anda

mempunyai 2 cara disini iaitu berdiam diri ataupun membeli lagi emas.

Contohnya, anda membeli emas pada harga 108/gram. Anda beli sebanyak 10gram

bersamaan RM 1080.

Kemudian harga emas turun lagi dan mencatatkan nilai 103/gram. Jadi anda beli lagi

10 gram dengan harga RM 1030.

Page 42: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

42

Maka kos anda adalah:

(RM 1080 + RM 1030)/ 20gram = RM 105.5 per gram.

*sebelum ini kos anda RM 108/gram, jadi sekarang anda dapat kurangkan kos anda

kepada RM 105.50 per gram.*

Membeli lagi emas ketika harga semakin rendah adalah langkah yang bijak untuk

mengurangkan harga per gram emas yang anda beli. Teknik ini adalah sama dengan

teknik pemurataan kos (cost averaging).

Harga emas berkenaan mungkin akan turun dalam tempoh satu minggu ataupun

satu bulan dan kemudian ia akan naik sampai melepasi tahap tertinggi. Jika

berdasarkan graf 6 bulan itu, harga tertinggi adalah $993.20.

Ini bermakna, harga emas akan terus melonjak melepasi tahap $993.20. Cuma kita

tidak tahu bilakah ia akan berlaku. Dan pada masa itu anda mula merasai

keuntungan pelaburan emas ini.

Tetapi kaedah ini memerlukan kesabaran anda. Ia mungkin akan memakan sedikit

masa anda.

Saya ingin nasihatkan anda sekali lagi, jika anda mahu bermain untuk jangka masa

yang pendek anda haruslah mempunyai sedikit kemahiran anlisis pasaran emas.

Kerana ia agak berisiko.

Jika anda bermain secara membuta tuli, anda akan rugi untuk seketika tetapi dalam

jangka masa yang panjang anda tetap akan untung.

Page 43: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

43

Kebaikan dan keburukan Kijang Emas

Kebaikan Keburukan

1) Beza harga jual dan harga beli

yang rendah, sekitar 4% sahaja.

2) Amat senang jika anda ingin

membeli atau menjual kembali

emas. Hanya perlu pergi ke

cawangan Public Bank yang

berdekatan sahaja. Perlu bawa

buku akaun pelaburan.

3) Risiko kecurian ‘zero’.

4) Harga dapat dipantau 24jam

secara online di laman web Public

Bank.

1) Tidak boleh digadai.

2) Tidak dapat merasai memegang

emas secara fizikal.

Rumusan Topik 3

Saya harap anda sudah memahami penjelasan saya mengenai barang kemas, emas

Public Gold, Emas Syiling Kijang dan juga Public Bank Investment akaun.

Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Apa yang

perlu anda lakukan adalah mengkaji sejauh mana tahap risiko yang mampu anda

tanggung.

Jika anda sanggup rugi untuk seketika, maka teruskan pelaburan dalam jangka

masa yang pendek. Jika kena pada waktunya, memang untung besar anda akan

perolehi.

Untuk pelaburan jangka masa pendek ini, anda perlulah mengkaji lebih mendalam

perihal turun naik harga emas ini. Sedikit sebanyak berkaitan analisis emas anda

mesti tahu.

Page 44: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

44

Dan pada laman web www.kitco.com dan juga laman web www.GoldPrice.org banyak

menceritakan ‘gosip-gosip’ panas pasal emas ini. Anda boleh rujuk laman web ini

sebagai panduan untuk anda bermain dalam pelaburan emas ini.

Oh ya, untuk pelaburan jangka masa pendek, saya cadangkan anda melabur dalam

akaun pelaburan emas Public Bank (GIA). Kerana ia mudah diuruskan (mudah nak

jual, mudah nak beli) dan mempunyai perbezaan harga jual dan harga beli yang

rendah serta ‘stok’ sentiasa ada.

Jika anda ingin bermain pelaburan emas ini untuk jangka masa yang panjang,

anda boleh beli apa sahaja jenis emas dan pada apa jua harga. Dan tidak perlu

susah payah memantau harga emas pada setiap masa.

Tiap-tiap bulan anda beli emas dan lakukan secara konsisten, cukup sahaja 5 tahun

maka disitu baru anda nampak keuntungannya.

Bagi anda yang baru berjinak - jinak dengan pelaburan emas ini, saya cadangkan

beri masa pada diri anda selama 1 tahun untuk merasai keuntungan pelaburan

emas ini.

Caranya mudah sahaja, beli apa jua emas Public Gold ke, dinar Emas ke, Syiling

Emas Kijang ke atau GIA dan lakukan secara konsisten. Setiap bulan beli satu emas

mengikut kemampuan anda.

Dan cukup sahaja 12 bulan, cuba kira purata kos yang anda beli tersebut dalam 1

gram. Disitu baru anda dapat merasai kehebatan logam yang bernama emas ini.

Page 45: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

45

Topik 4: Faktor Yang Mempengaruhi Harga Pasaran Emas

Gambar diatas menujukkan sejarah harga emas dunia selama 36 tahun. Terdapat

turun naik harga emas dan tidak seberapa begitu stabil dan konsisten.

Sebenarnya ada beberapa faktor yang mempengaruhi harga emas ini. Seperti yang

saya perjelaskan diawal ebook ini, faktor permintaan dan pengeluaran yang menjadi

bahan asas turun naik harga emas ini.

Kita sebagai pelabur, wajib mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi harga

emas. Oleh itu kita tidak akan mudah terpedaya dengan pelbagai spekulasi pasaran

harga emas ini. Jika anda bermain untuk jangka masa pendek dan sederhana, faktor

ini amat penting sekali.

“Nilai Matawang Menyusut, Inflasi Meningkat”

Page 46: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

46

Masalah ekonomi dunia bermula pada tahun 1971. Pada tahun berkenaan Presiden

US ketika itu telah menamatkan persandaran wang Dollar dengan emas. Pendek

kata beliau tidak mahu lagi wang dollar mengikut harga emas. Beliau mahu nilai

dollar adalah nilai dollar dan bukan berdasarkan emas.

“President Richard Nixon- Penghapusan Sandaran Matawang Kepada Emas”

Beberapa tahun selepas itu, berlaku pergolakan matawang. Dimana inflasi mula

meningkat. Kenapa ini berlaku? Ianya berlaku kerana percetakan wang kertas dollar

yang tidak terkawal. Dan juga berlaku rasuah dalam kalangan orang politik ketika

itu.

Mungkin anda terfikir, kenapa percetakkan wang dollar berlaku secara luar kawalan?

Jawapannya mudah kerana mereka tidak cetak wang kertas dollar mengikut

‘standard’ emas.

Jika mereka mencetak wang dollar berdasarkan nilai emas, mereka tidak boleh

mencetak sesuka hati. Mereka harus menepati nilai emas semasa. Setelah

penghapusan dasar ini, senang untuk mereka mencetak wang sesuka hati. Oleh itu

nilai dollar semakin menyusut ketika itu.

Page 47: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

47

Kesannya, dapat kita lihat pada tahun 1973 sehingga 1980, harga emas melonjak

naik. Nilai emas semakin tinggi kerana pada masa itu nilai dollar semakin berkurang.

Konsepnya mudah sahaja, semakin kurang nilai matawang usd/dollar, harga

emas semakin tinggi. Daripada graf diatas kita dapat lihat turun naik emas selari

dengan penyusutan nilai matawang dollar usd.

Ya, selain permintaan yang tinggi penyusutan matawang usd/dollar menjadi

penyumbang kepada kenaikkan harga emas ini.

Bagaimana anda hendak tahu status matawang usd/dollar, rajin-rajinlah buka

akhbar pada bahagian ekonomi dan tengok disitu nilai matawang usd semakin

mengukuh atau menyusut.

“kenaikkan harga minyak dan kejatuhan pasaran saham”

Dari tahun 2007 sehingga tahun 2008, kenaikkan harga emas adalah sebanyak

33%!

Tidak percaya? Anda tengok sendiri graf diatas.

Hanya dalam tempoh satu tahun sahaja. Kenapa dan bagaimana perkara ini berlaku?

Ketahuilah situasi ini bukan saja-saja terjadi. Ada penyebab kepada terjadinya

situasi ini.

Antara salah satu sebab adalah kenaikkan harga minyak dunia. Bila harga minyak

naik maka semua barang akan naik, betul tak? Kenaikan ini lebih ketara dalam

sektor pembuatan, pengilangan dan makanan. Emas pun tidak terkecuali.

Apabila harga minyak tidak terkawal, keadaan ekonomi seluruh dunia menjadi tidak

stabil. Apabila ekonomi tidak stabil, spekulasi saham menjadi semakin hebat dan

risiko kerugian lebih tinggi bakal berlaku.

Maka para pelabur saham menarik diri. Pasaran saham jadi tidak menentu. Saham-

saham yang dijual mereka membeli emas untuk melindungi kekayaan mereka.

Page 48: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

48

Kenapa mereka membeli emas? Sebab emas tidak terjejas oleh inflasi. Seperti

apa yang saya terangkan pada permulaan tadi.

Situasi ketika itu amat genting sekali. Bukan pelabur biasa sahaja membeli emas,

negara-negara lain di dunia juga mula membeli dan menyimpan emas. Bank-bank

dunia mula meningkatkan simpanan emas mereka daripada menyimpan matawang.

Dengan menggunakan prinsip mudah, apabila permintaan terhadap sesuatu

barangan meningkat maka harga barang tersebut akan meningkat. Dan secara

automatik harga emas akan meningkat kerana permintaan seluruh dunia amat

tinggi.

Sekarang cuba anda fikir. Sekarang ini banyak mana lagi simpanan minyak dunia?

Semakin bertambah atau semakin berkurang?

Minyak mentah dunia sekarang semakin berkurang. Apabila kuantiti minyak mentah

dunia semakin berkurang dan permintaan semakin tinggi maka harga minyak akan

terus naik pada masa hadapan.

Jadi sekarang kita dapat meramal pada masa hadapan minyak mentah semakin

sedikit maka harga emas semakin meningkat. Kesimpulannya, mulalah mengumpul

emas dari sekarang.

“Harga emas yang rendah pada tahun ‘90an”

Selepas harga memuncak pada tahun 1980 iaitu sebanyak $ 850 per ounce, harga

emas selepas itu jatuh dan berterusan sampai penghujung tahun 1999. Apakah

petanda kejatuhan emas pada tahun ‘90an?

Page 49: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

49

Harga emas yang rendah sepanjang 20 tahun ini menyebabkan syarikat-syarikat

mencari gali emas berhenti dari mencari emas. Aktiviti syarikat berkenaan menjadi

pasif. Begitu juga dengan syarikat yang ‘mining’ emas.

Dalam tempoh berkenaan kuantiti emas dunia tidak banyak yang bertambah. Para

pelabur tidak ‘rela’ menyumbangkan jumlah besar sumbangan kewangan mereka

untuk mencari lebih banyak emas. Jadi pengeluaran emas berkurang.

Bermula tahun 2000, permintaan emas semakin meningkat. Banyak perindustrian

memerlukan emas sebagai ‘alat’ untuk menyiapkan produk mereka. Selain itu, bank-

bank utama dunia mula mengenalpasti potensi emas dan mula membeli dan

menyimpan emas sebagai ‘aset’ yang melindungi aset yang lain.

Sejak dari itulah berlakunya peningkatan dalam harga emas dipasaran dunia.

“Penyusutan Matawang Dollar”

Federal reserve bank telah ditubuhkan selepas krisis matawang US dollar pada tahun

1913. Ia berfungsi untuk mengawal-atur segala kadar faedah, pengeluaran

matawang kertas dollar dan juga berfungsi untuk “absorber” iaitu menyerap risiko

kerugian ketika krisis ekonomi.

Kebanyakan bank-bank swasta bergantung sepenuhnya kepada Federal Reserve

Bank ini. Apabila berlaku “Bank Run” atau bahasa mudahnya bank kekurangan nilai

matawang, Federal Reserve Bank inilah akan menyelamatkan keadaan. Jika bank-

bank swasta ini dibiarkan terkapai-kapai maka bakrup la bank berkenaan.

Bagaimana Federal Bank Reserve ini dapat menyelamatkan bank-bank swasta yang

lain? Antaranya adalah menurunkan kadar faedah “interest rate” dan mencetakkan

lebih banyak wang kertas serta membeli dan menyimpan lebih banyak emas.

Baiklah, apakah kesannya terhadap pasaran harga emas apabila Federal Bank

Reserve ini menurunkan kadar faedah “interest rate” dan mencetak lebih banyak

Page 50: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

50

wang kertas serta membeli dan menyimpan lebih banyak emas? Kesannya adalah

harga emas akan melonjak naik!!!

Pertama sekali, dengan menurunkan interest rate, ia dapat meningkatkan kembali

minat pelabur untuk melabur. Sedikit sebanyak mengalakkan pelabur untuk

meminjam dan ia dapat mengurangkan risiko kerugian kepada pelabur.

Disebabkan pasaran saham tidak stabil, pelabur ini mencari insentif pelaburan yang

baru dan kurang kerugian. Pelabur ini juga beranggapan bahawa ekonomi baru pulih

dan masih tidak pulih sepenuhnya, maka dengan itu mereka yakin penyusutan nilai

dollar akan berterusan.

Oleh itu, mereka membeli emas untuk melindungi aset penting mereka yang lain.

Kesannya adalah permintaan emas amat tinggi dan harga emas akan melonjak naik.

Kedua, Federal Reserve Bank juga tidak mempunyai banyak harta (wang) jadi

bagaimana mereka mahu menyelamatkan bank-bank swasta yang banyak

berhutang?

Caranya adalah mudah sekali iaitu dengan mencetak lebih banyak wang kertas

dollar. Apabila wang dollar semakin banyak dipasaran maka nilainya akan semakin

menyusut. Apabila nilai dollar menyusut, secara automatik harga emas akan

melonjak naik.

Ketiga, sejarah membuktikan beribu-ribu tahun yang lepas emas tidak pernah

‘dimakan’ oleh inflasi. Emas kebal dengan sebarang perubahan ekonomi dunia.

Jadi Federal Bank Reserve akan membeli lebih banyak emas dan disimpan untuk

menjaga ‘nilai’ matawang dollar. Ia juga untuk mengurangkan inflasi yang bakal

berlaku dimasa hadapan.

Oleh itu, permintaan emas akan meningkat dipasaran. Dan disitu harga emas akan

melonjak naik lagi.

Page 51: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

51

“Kesedaran global mengenai kepentingan emas sebagai aset simpanan”

Kelembapan ekonomi dunia pada tahun 1987, 1997 dan 2008 mula menyedarkan

orang ramai kepentingan untuk mempunyai suatu ‘aset’ yang tidak mengikis

nilainya.

Orang ramai mula mencari sesuatu barang yang dapat melindungi harta

kekayaannya. Sebagai contoh, apabila berlakunya “economic crashed’ atau

kemelesetan ekonomi, ramai bilionaire atau jutawan kehilangan harta mereka.

Daripada bergelar billionaire, mereka jatuh satu tahap ke status jutawan sahaja.

Dari sinilah orang ramai mula menyedari untuk memiliki suatu ‘aset’ yang dapat

melindungi aset yang lain.

Emas merupakan satu aset yang teramat istimewa yang dijadikan oleh Tuhan untuk

kita. Emas adalah matawang yang sebenar yang diciptakan oleh Tuhan dan bukan

wang kertas yang dicipta oleh manusia.

Kesan kebodohan Presiden Amerika pada tahun 1971 yang memansuhkan ‘standard’

wang kertas daripada nilai emas amat dirasai sehingga kini. Kemerosotan ekonomi

berlangsung terus menerus dan tiada siapa yang tahu bila situasi ini akan berhenti.

Sekarang telah ramai yang menyedari perkara ini dan mereka mula membeli dan

menyimpan emas sebanyak mungkin sebagai melindungi aset mereka yang lain.

Peningkatan permintaan terhadap emas yang terus menerus membuatkan nilai

emas sentiasa akan meningkat dari masa ke semasa. Ini jelas kita lihat bank-

bank utama di setiap negara mula meningkatkan simpanan emas sebagai melindungi

aset mereka yang lain.

Page 52: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

52

“Emas sebagai aset yang melindungi aset yang lain”

Page 53: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

53

Topik 5: Strategi Pelaburan Emas

Strategi pelaburan emas sama juga dengan pelaburan-pelaburan yang lain.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi aset atau kekayaan kita.

Sebelum memulakan pelaburan emas, kita perlu mengenalpasti terlebih dahulu

matlamat kita terhadap pelaburan yang hendak kita mulakan. Tanyakan pada diri

kita apakah hasil yang kita mahukan dari sesebuah pelaburan itu.

Dan sudah tentunya hasil yang kita mahukan adalah keuntungan. Tetapi sejauh

manakah keuntungan yang kita mahukan. Sikit atau banyak? Semuanya bergantung

pada diri kita dan keupayaan kita.

Sekarang saya akan dedahkan kepada anda strategi yang saya sendiri gunakan

untuk pelaburan emas ini.

Pertama sekali saya ingin jelaskan matlamat pelaburan saya.

Tujuan saya melabur dalam emas ini ada 3 sebab.

Sebab pertama untuk mempelbagaikan jenis pelaburan saya selain dari ASB

(amanah saham bumiputra).

Sebab kedua adalah untuk melindungi nilai wang tunai yang saya ada. Ini

kerana tidak semua wang saya letakkan dalam ASB jadi potensi wang berkenaan

dikikis inflasi adalah tinggi. Jadi dengan emas ia dapat melindungi nilai wang

berkenaan.

Sebab ketiga adalah sebagai memenuhi kolum aset saya dan seterusnya

menjana ‘pendapatan portfolio’ untuk saya. Dari situ aset saya makin bertambah

dari masa ke semasa.

Bagi sesiapa yang baru pertama kali mendengar perkataan ‘pendapatan portfolio’ ia

adalah bermaksud suatu pendapatan yang terhasil daripada sesuatu pelaburan yang

kita sertai.

Page 54: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

54

Bagaimanakah keuntungan yang saya mahukan?

Buat masa ini apabila dapat sahaja untung, terus saya jual emas saya. Dan konsep

yang saya gunakan adalah jual pada harga yang lebih tinggi daripada harga saya

beli. Teknik yang saya gunakan ini adalah untuk jangka masa yang sederhana.

Teknik ini amat mudah sekali ia amat menepati citarasa matlamat/tujuan pelaburan

saya. Dan saya yakin anda juga mampu melaksanakannya.

Ok baiklah, caranya adalah dengan melabur didalam Public Bank Gold Investment

Account (PBGIA) dan hasil keuntungan tersebut saya laburkan kembali (reinvest)

membeli emas fizikal seperti emas Public Gold ataupun emas syiling kijang.

Kenapa saya melabur kedalam PBGIA?

Ini kerana PBGIA senang untuk saya jual dan beli emas. Dan PBGIA mempunyai

spread margin atau beza harga jual dan harga beli serendah 4% sahaja berbanding

emas yang lain.

Selain itu PBGIA senang untuk saya monitor harga semasa emas melalui laman web

mereka di:

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Kenapa saya reinvest dengan membeli emas juga?

Ini sesuai dengan matlamat kedua saya melabur. Iaitu untuk melindungi aset saya

yang lain. Selain itu, ia adalah sebagai pelaburan jangka panjang saya. Dimana

selepas 10 tahun baru saya akan jual kembali emas tersebut dengan harga yang

lebih tinggi.

Page 55: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

55

Dengan emas fizikal itu juga ia memberi ‘kecairan kewangan’ kepada saya dimana

jika saya amat memerlukan wang, saya hanya perlu gadaikannya sahaja tanpa

menjual atau bersusah payah membuat pinjaman (loan) dengan sesiapa pun.

Kaedah pertama menjana keuntungan?

Pertama sekali saya buka akaun PBGIA dimana-mana Public Bank yang terdekat.

Sebelum memohon akaun berkenaan, kita mestilah membuka akaun simpanan biasa

terlebih dahulu. Jika sudah ada akaun simpanan, kita boleh buka ‘direct’ akaun

pelaburan berkenaan.

Untuk permulaan minimum pelaburan adalah membeli emas sebanyak 20gram. Dan

jika mahu tambahkan lagi pelaburan, minimum adalah sebanyak 5 gram.

Kemudian saya beli sebanyak 100gram. Ketika itu harga segram emas di Public Bank

adalah :

Saya membeli pada harga “selling price” iaitu RM 84.99 untuk segram. Jadi saya beli

100gram. Total pelaburan saya adalah RM 8499.00

Sekarang saya perlu tunggu masa yang sesuai untuk menjualnya dan mengaut

keuntungan. Disebabkan strategi saya untuk jangka masa sederhana, maka jika ada

sedikit kenaikkan saya tidak akan terus menjualnya.

Daripada gambar rajah diatas, perbezaan “selling price” dan “buying price” adalah

3.4% maka untuk balik modal, kenaikkan harga emas mestilah sebanyak 3.4% juga.

Page 56: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

56

Bagaimana jika harga turun lagi dan tidak naik-naik?

Saya akan gunakan teknik pemurataan kos (cost averaging). Disitu saya dapat

meminimakan modal saya. Dalam topik 3 saya ada menunjukkan contoh-contoh

teknik pemurataan kos ini. Anda boleh rujuk kembali.

Saya akan pastikan sebanyak 4% penurunan harga dari harga saya beli barulah saya

akan beli emas baru. Disini saya akan hanya tambahkan 5 gram untuk setiap

penurunan harga sebanyak 4%. Jika turun lagi 4%, saya akan tambahkan lagi

sebanyak 5gram.

Kadang-kadang tidak semestinya emas turun 4% saya akan sentiasa beli. Itu

bergantung kepada sumber kewangan saya. Jika untuk tempoh berkenaan saya agak

boros (beli handset baru, tukar sport rim) maka saya hanya pejam sebelah mata

sahaja jika harga emas turun.

Selepas 8 bulan berlalu, saya ingin menjual kesemua emas di Public Bank

berkenaan. Ketika itu harga emas se gram adalah seperti berikut:

Saya akan menjual emas saya berkenaan pada harga “buying price” iaitu RM

105.030 se gram.

Berapakah keuntungan saya?

Harga beli se gram: RM 84.99

Page 57: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

57

Harga jual se gram: RM 105.03

Keuntugan se gram (harga jual – harga beli) = RM 20.04

Kuantiti emas yang saya miliki : 100 gram

Jumlah keuntungan: RM 20.04/gram X 100gram = RM 2004

Dalam masa 8 bulan saya mampu mengaut RM 2004 dengan pelaburan yang bernilai

RM 8499 sahaja.

Lumayan tak?

Ok baiklah, kemudian saya laburkan “reinvest” kembali keuntungan saya tadi

dengan membeli emas fizikal. Saya akan keluarkan sebanyak 55 gram emas

berkenaan.

Jadi cash ditangan saya sekarang adalah RM 5776.60 (55gram x RM 105.03/gram)

Dengan nilai sebanyak itu, saya membeli emas Public Gold 50 gram.

Emas 50 gram di Public Gold adalah bernilai RM 5734.00. Dengan pembelian emas

fizikal berkenaan saya akan teruskan untuk pelaburan jangka masa yang lebih

panjang. Mungkin 5 tahun ataupun untuk 10 tahun.

Memiliki emas fizikal banyak kelebihannya. Antaranya adalah:

Page 58: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

58

1) Mudah untuk kita dapatkan wang (jika terdesak) dengan hanya mengadaikannya

di Ar Rahnu Bank.

2) Kita boleh jadikan hasil gadaian emas fizikal berkenaan sebagai modal untuk

‘rolling’ bisnes kita.

3) Kita juga boleh gadaikan dan guna duit gadaian berkenaan untuk laburkan

kembali kedalam PBGIA.

4) Ia juga boleh dijadikan persediaan untuk kita membeli lagi emas dikala emas

menjunam jatuh. Teknik pemurataan kos diaplikasikan disini.

Itulah cara saya melaburkan wang saya melalui emas ini. Lain padang lain belalang,

mungkin cara saya ini tidak sesuai dengan anda kerana setiap orang mempunyai

matlamat keewangan yang berbeza-beza.

Page 59: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

59

Topik 6: Untungkah Dengan Mengadai Emas?

Sebelum saya bercerita lebih panjang mengenai keuntungan dengan mengadai

emas, saya akan terangkan terlebih dahulu kaedah utama bagaimana untuk

mengadai emas. Jangan risau, ia tidaklah sesukar teori fizik daya tarikan graviti.

Dalam ebook ini saya akan terangkan proses gadaian pada 2 buah tempat sahaja

iaitu Bank Rakyat dan juga Agro Bank.

Di Bank Rakyat, anda memerlukan 2 salinan kad pengenalan jika pertama kali

hendak menggadaikan emas. Jika barang yang hendak digadaikan itu bukan barang

kemas maka anda perlu membawa resit pembelian serta sijil emas berkenaan.

Gadaian di Bank Rakyat terbahagi kepada 2 jenis skim

a) Gadaian Ar Rahnu (Sekiranya jumlah pinjaman di bawah RM 5,000.00)

b) Gadaian Az Zahab (Sekiranya jumlah pinjaman RM 5,001.00 hingga RM

50,000.00)

Gadaian Ar rahnu:

• Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu

(Marhun).

• Tempoh pembayaran sehingga 6 bulan sahaja. Walaubagaimanapun tempoh

pembayaran boleh di tangguhkan sehingga gandaan 6 bulan dengan syarat upah

simpan perlulah di jelaskan.

Gadaian Az-Zahab:

• Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu

(Marhun).

Page 60: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

60

• Pembayaran balik pinjaman adalah selama 36 bulan atau secara lumpsum dalam

tempoh 6 bulan.

Kadar Pinjaman ialah 65% Nilai Marhun (nilai barang yang hendak kita gadaikan).

Jadual dibawah menunjukkan upah simpan yang dikenakan mengikut kategori

masing-masing.

Jenis Pinjaman Kadar Pinjaman Kadar upah bulanan

bagi setiap RM100 yang

di bagi pinjam

Ar-Rahnu Kurang RM 1000

RM1001 – RM 5000

RM 0.65

RM 0.75

Az- Azhab RM5001 – RM50,000 RM 0.75

Sebagai contoh,

Katakan anda mempunyai emas Public Gold sebanyak 100 gram yang bernilai RM

11,200 dan anda mahu mengadaikannya.

Berapakah upah simpan yang dikenakan?

Disini nilai marhun adalah RM11,200. Maka ia dikategorikan pinjaman Az-Azhab.

Jadi kadar upah bulanan bagi setiap RM 100 adalah RM 0.75.

RM11,200/RM100 X RM0.75 sen = RM84 sebulan.

Dengan nilai barang sebanyak RM 11,200 anda akan diberi pinjaman sebanyak RM

7280 (65% dari nilai marhun) dan perlu dibayar kos simpan sebanyak RM 84 untuk

sebulan.

Tip: Sesetengah bank rakyat tidak menerima syiling emas atau bar emas yang ada

bentuk haiwan atau manusia.

Ok macam mana? Adakah anda boleh fahami konsep gadaian Bank Rakyat ini? Jom

kita fahami pula konsep gadaian di sebuah lagi bank iaitu Agro Bank.

Page 61: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

61

Secara jujurnya saya belum lagi berpengalaman mengadaikan mana-mana emas

saya di Agro Bank. Tetapi melalui pertanyaan kepada rakan-rakan yang telah

mengadaikan emas mereka di Agro Bank, maka dapatlah saya berikan gamabran

kepada anda bagaimana konsep gadaian di Agro Bank ini.

Gadaian emas di Agro Bank menerima apa jua emas tidak kira ia mempunyai ukiran

haiwan ataupun manusia. Jangan lupa bawa I/C serta resit jika ada ketika membuat

gadaian.

Nilai gadaian maksimum adalah RM50,000. Tetapi dalam masa sehari hanya

RM10,000 sahaja pinjaman diberikan.

Anda boleh menerima pinjaman sebanyak 50%, 60% dan juga 70% dari nilai emas

anda. Semakin tinggi peratusan pinjaman, semakin tinggi caj bulanan yang

dikenakan.

Jadual dibawah menunjukkan kadar upah simpan berdasarkan peratusan pinjaman

yang diberikan.

Kadar pinjaman Kadar upah simpan bulanan bagi

setiap RM100

50% dari nilai emas RM 0.50

60% dari nilai emas RM 0.60

70% dari nilai emas RM 0.70

Tempoh Gadaian

6+3+2 bulan (Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi

dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan).

“Buat Untung Dengan Gadai Emas”

Page 62: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

62

Ramai yang masih tidak jelas bagaimana kita boleh mengaut keuntungan berganda

dengan mengadai emas. Kebanyakkan dari kita memikirkan mengadai emas hanya

boleh membawa kerugian kerana kos simpan yang dikenakan oleh pihak Ar Rahnu

hampir atau 12% setahun.

Untuk mengelakkan kerugian ini kita perlulah memastikan apakah tujuan utama kita

mengadaikan emas. Adakah dengan mengadaikan emas itu membawa kita semakin

kaya atau semakin pokai.

Yang penting disini adalah matlamat kita. Kalau saja-saja nak gadai tanpa hala

tujuan maka memang tindakan kita menggadai emas ini suatu kerugian. Kalau

menggadai emas ini untuk membeli handfon baru, langsir baru (untuk sambutan hari

raya) maka ini juga adalah suatu kerugian.

Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah, kita menggadai emas dan duit gadaian

tersebut memberi pulangan yang lebih besar lagi untuk kita. Sebagai contoh, kita

gadai emas untuk mengembangkan perniagaan ataupun mengadai emas untuk

membeli emas disaat harga emas jatuh.

Ya benar! Jika harga emas jatuh contohnya dalam $870 per ounce maka amat sesuai

untuk kita pajak atau gadai emas kita. Tidak kiralah emas fizikal apa yang kita miliki

samaada barang kemas ke, emas Public Gold ke ataupun Syiling Kijang Emas.

Mari kita buat sedikit pengiraan mengenai keuntungan melalui penggadaian emas ini

supaya anda lebih jelas lagi mengenai hal ini.

Katakan anda mempunyai 3 keping syiling kijang emas.

Pada 10/02/09 harga dilaman web Bank Negara menunjukkan harga jual 1 ounce

adalah RM 3399.

Jadi anda pergi Ar Rahnu untuk mengadaikan 3 keping syiling emas berkenaan.

Harga semasa untuk ketiga-tiga keping Kijang Emas berkenaan adalah RM 10,197

(RM3399 x 3)

Page 63: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

63

Pihak Ar Rahnu akan memberi sebanyak 65% daripada harga atau nilai semasa

emas anda itu. Jadi anda akan dapat RM 6628.

Dengan wang sebanyak RM 6628 itu, anda membeli lagi 2 keping syiling kijang

emas. Harga 2 keping syiling kijang emas itu adalah RM 6798. Jadi anda terpaksa

‘top up’ lagi sebanyak RM170 ( RM 6628 + RM 170 = RM 6798).

Pada 23/02/09, anda ingin menjual kembali kesemua 2 keping kijang emas yang

anda beli sebelum ini.

Ketika itu harga 1 ounce kijang emas adalah RM 3731 (buying price). Dan jika 2

keping anda akan dapat RM7462.

Berapakah untung anda?

Harga jual – harga beli = untung

RM 7462 – RM 6798 = RM 673

Modal tambahan anda adalah RM 170. Kos simpan RM 76.47 untuk satu bulan.

Maka untung bersih :

RM 673 – RM 170 – RM 76.47 = RM 426.53

Selepas menebus kembali 3 keping Syiling Kijang Emas anda itu, untung anda

adalah RM 433. Cukup lumayan, yang penting adalah ilmu dan strategi yang betul.

Dan satu lagi, jangan biarkan perasaan tamak menguasai diri.

Jadi sekarang anda perlu tunggu harga emas turun terlebih dahulu dan apabila

turun, ulangi kembali langkah pertama yang saya terangkan diatas. Konsepnya

mudah sahaja iaitu beli harga murah, jual harga tinggi.

Page 64: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

64

Jika anda ada banyak modal, akaun Amanah Saham Bumiputra anda sudah penuh,

maka anda boleh gandakan modal anda. Daripada 3 keping Kijang Emas, anda beli

lagi 2 atau 3 keping Syiling Kijang Emas.

Untuk membeli Syiling Kijang Emas untuk dijadikan sebagai modal, anda tidak perlu

risau tentang harga emas pasaran. Tidak perlu tunggu ia turun baru nak beli. Ada

duit saja untuk buat modal, terus beli. Sebab kita ambil untung menerusi gadaian

apabila harga emas turun.

P/S: Di Bank Rakyat, mereka mengira kos simpan sebulan adalah dengan 0.75 sen

bahagi 100 dan darab dengan nilai emas yang kita gadai pada mereka. 0.75 sen ini

hanya untuk pinjaman yang lebih daripada RM 1000

Contoh:

Nilai barang: RM 10197

(0.75sen ÷ 100) x RM 10197 = RM 76.47

Jadi caj kos simpan di Arrahnu adalah RM 76.47 untuk sebulan.

Page 65: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

65

Topik 7: Sesuai Ke Buat Pinjaman (Loan) Untuk Melabur Dalam Emas?

Ya, amat sesuai sekali. Tetapi risikonya agak tinggi berbanding anda

menggunakan duit anda sendiri. Dalam blog sahabat saya iaitu En Syukor telah

membuktikan bahawa dengan membuat loan kita mampu menjana keuntungan

dalam jangka masa yang panjang.

Kajian yang dilakukan oleh En Syukor menunjukkan terdapat keuntungan 51.88%

dalam masa 5 tahun pelaburan emas ini. Dan dalam masa 6 tahun anda mampu

meraih keuntungan sebanyak 120%!!!

Disini saya sertakan petikan dari blog beliau yang menerangkan keuntungan melabur

dalam emas dalam masa yang panjang.

“ Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula

Jun 2002 sampai April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00 Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%)

selepas 5 tahun.

Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei

2002)

Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00

Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz

Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah

naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).

Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu

berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka

keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!

Anda untung 51.88%

Page 66: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

66

Katakan anda tidak mahu menjual Kijang Emas tersebut dan masih memegang

sehingga hari ini (23/7/2008).

Berapa untungnyer? Jom kita kira…

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit

Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!

dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)

Kesimpulannya…

Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas

mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli

emas nie tak rugi…”

Petikan daripada: http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/buat-loan-bank-

untuk-beli-emas-untung-ke/

Kajian yang dilakukan oleh En Syukor berkenaan bermula pada tahun 2002

sehinggalah tahun 2008.

Page 67: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

67

Dalam selang masa 2002 sehingga 2008, harga emas menunjukkan peningkatan

yang agak drastik berbanding tahun-tahun yang sebelum ini. Diawal topik ini saya

ada mengatakan kaedah pinjaman ini agak berisiko kerana prestasi emas sudah

berada ke tahap kemuncak pada tahun 2008 dan sehinggalah sekarang yakni tahun

2009. Peningkatan yang drastik terbantut diawal tahun 2008.

Tetapi jika anda mampu ‘menyerap’ risiko berkenaan dengan bermain secara aktif

iaitu dengan memantau selalu pasaran harga emas maka kaedah pinjaman ini

memang menguntungkan.

Anda membeli emas dan apabila berlaku kenaikkan yang kehendaki, anda terus jual

tanpa menunggu lama-lama kerana dikhuatiri harga kembali akan jatuh. Jika harga

kembali jatuh ia akan merugikan anda. Sedangkan ketika itu anda masih lagi terikat

dengan pinjaman. Ini boleh membebankan diri anda.

Kesimpulannya, jika anda berkemampuan dan baru ingin belajar mengenai

pelaburan emas ini, saya cadangkan anda jangan membuat pinjaman. Jika anda

sudah mahir sedikit dan tahu ‘trend’ turun naik harga emas ini maka teruskan

dengan membuat pinjaman.

Page 68: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

68

Jadikan pinjaman anda tersebut sebagai modal untuk anda melabur lebih banyak lagi

dalam pelaburan emas ini.

Lagi satu kelemahan membuat pinjaman ini ialah anda akan berhadapan risiko jika

mahu menjana keuntungan melalui konsep gadaian.

Katakan anda membuat pinjaman RM10k kemudian anda membeli emas fizikal untuk

dijadikan modal untuk melabur dalam emas. Emas fizikal berkenaan anda gadai dan

anda akan dapat 65% dari harga semasa emas berkenaan.

Dengan duit gadaian berkenaan, anda perlu menjana lebih banyak keuntungan

kerana anda berdepan dengan membayar pinjaman secara bulanan dan juga upah

simpan di Arrahnu.

Jadi konsep gadaian tidak seberapa praktikal untuk digunakan jika anda meminjam.

“Kaedah saya mengurangkan risiko dengan meminjam”

Disebabkan harga emas sentiasa naik dan saya tidak mahu melepaskan peluang

untuk membeli emas semasa harga emas jatuh, maka saya juga perlu membuat

pinjaman.

Teknik ini saya gunakan dengan matlamat untuk mengurangkan risiko kerugian saya

sahaja. Cara saya adalah dengan membuat pinjaman melabur dalam Amanah Saham

Bumiputra (ASB).

Konsepnya mudah sekali dan tidak memeningkan kepala, saya simpan dahulu dalam

ASB sehingga wang saya dalam itu menjangkau RM 20 ribu. Kemudian saya pergi ke

bank untuk memohon pinjaman ASB sebanyak RM20k.

Melalui pinjaman ASB sebanyak RM20k saya hanya perlu bayar sebanyak RM 386

dalam jangka masa 5 tahun.

Kini wang saya dalam ASB : RM20k (cash) + RM20k (sijil) = RM40k

Page 69: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

69

Kenapa cara ini dapat mengurangkan risiko?

Ini kerana dengan dividen ASB lebih kurang 9% setahun dapat menampung interest

yang dikenakan oleh bank sebanyak BLR- 1.50% iaitu lebih kurang 3.5% sahaja

dalam masa satu tahun.

Selain itu, ditahun pertama sahaja saya perlu bersusah payah membayar pinjaman/

loan bulan-bulan sebanyak RM 386 kerana ditahun kedua ia dapat dikurangkan

melalui pendapatan dividen yang saya perolehi.

Katakan saya keluarkan RM10k dalam ASB untuk membeli emas ketika harga jatuh,

dan dalam ASB saya masih ada lagi : RM10k (cash) + RM 20k (sijil) = RM30k

Dividen 9% ASB untuk RM 30k adalah RM 2700 untuk satu tahun.

Sebulan adalah : RM2700 ÷ 12 = RM 225 saya dapat sebulan.

Jadi pinjaman yang perlu saya bayar setiap bulan selepas satu tahun adalah:

RM 386 – RM 225 = RM 161 sahaja.

Jadi kita dapat lihat disini dengan melabur dalam jumlah yang sama iaitu RM10k

untuk membeli emas lebih jimat dan kurang risiko berbanding kaedah membuat

pinjaman secara terus.

Melalui kajian En Syukor, kita perlu membayar bulan-bulan adalah RM 227 untuk

pinjaman sebanyak RM10 ribu.

Tetapi melalui kaedah pinjaman ASB ini, untuk 12 bulan pertama kita perlu bayar

RM 386 dan selepas itu hanya perlu bayar RM 161 sahaja sehingga 5 tahun.

Dan selepas sahaja 5 tahun tersebut, RM20k menjadi milik kita sepenuhnya....

Dibawah menunjukkan jadual pinjaman ASB melalui Maybank Islamik:

Page 70: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

70

Page 71: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

71

Topik 8: Antara Kelebihan Dinar Emas.

Saya ada seorang pakcik dimana isterinya adalah orang Kelantan. Pakcik saya ini

menetap di Terengganu. Pada setiap bulan mereka sekeluarga pasti akan pulang ke

Kelantan dirumah sebelah keluarga isterinya.

Ketika balik itu juga pakcik saya ini pasti membeli 1 Dinar Kelantan. Tiap-tiap bulan

dia pasti membeli 1 dinar. Saya tanya kenapa pakcik saya suka membeli dinar?

Katanya, bentuk dinar emas ini amat menarik sekali dan memukau jiwa raganya.

Seolah-olah dia jadikan mengumpul dinar emas ini sebagai hobi.

Setelah 2 tahun mengumpul dinar emas, beliau memiliki lebih kurang 20 keping

dinar emas ini. Dan beliau membuat kira-kira, kosnya adalah hanya lebih kurang RM

7 000 sahaja. Dan jika beliau menjualnya sekarang, nilai 20 keping dinar berkenaan

lebih kurang RM 9300.

Beliau menunjukkan dinar-dinarnya kepada saya. Sambil belek-belek dinar

berkenaan, pakcik saya berkata kepada beliau bukan sahaja dapat memenuhi

jiwanya dengan mengumpul dinar emas tetapi juga dinar emas ini juga dapat

membantu beliau menunaikan haji ke Mekah tanpa perlu risau kenaikkan harga

tambang dan penginapan untuk ke sana!

Tambah beliau lagi, tiap-tiap tahun Tabung Haji sentiasa mengumumkan harga baru

untuk ke tanah suci Mekah. Dan menjadi lumrah setiap tahun harga untuk ke sana

pasti akan meningkat. Namun bagi pakcik saya ini, ia tidak menjadi masalah. Pakcik

saya faham harga dinar sentiasa naik seiring dengan kenaikan tambang untuk

menunaikan haji.

Modal pakcik saya hanyalah 20 dinar dan pada 5 tahun lagi pakcik saya hanya perlu

menjual semua dinarnya untuk ke Mekah tanpa menambah satu sen pun. Jika pakcik

saya hanya mengumpulkan wang tunai RM 7000, maka pakcik saya perlu bersedia

menambah lagi wang untuk ke Mekah pada 5 tahun akan datang.

Menurut pakcik saya lagi, beliau juga telah mula mendidik anak lelakinya untuk

membeli dinar emas apabila ada lebihan wang tunai. Beliau telah mengsyaratkan

Page 72: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

72

anak lelakinya agar mesti mempunyai 20 dinar barulah anak lelakinya boleh

berkahwin.

Dengan 20 dinar berkenaan, mudah untuk anak lelakinya membuat mas kahwin

apabila hendak berkahwin. Jika zaman pakcik saya dahulu, paling kurang kita

mestilah mempunyai RM 700 untuk dijadikan mas kahwin ataupun hantaran.

Tetapi sekarang zaman telah berubah. Untuk suntingan gadis-gadis biasa paling

kurang pun RM 5 ribu mesti ada dalam tangan. Jika wanita itu lepasan ijazah, maka

RM 10 ribu lah kita kena “stand by”.

Melalui matlamat yang sama mengumpul dinar untuk mendapatkan sesuatu yang

diingini, kita pasti akan lebih beruntung jika menyimpan menerusi emas dinar.

Agak lama saya memikirkan strategi pakcik saya itu. Maklumlah zaman sekarang

bunyi dinar-dinar ini mungkin agak kuno.

Kami agak lama mendiamkan diri ketika itu. Situasi ini seolah-olah pakcik saya

memberikan ruang untuk saya ‘digest’ ilmu-ilmu yang dikongsikan.

Akhirnya baru saya mengerti. Dengan memahami konsep nilai emas yang tidak

pernah susut, kita pasti akan dapat menjana keuntungan daripadanya. Dengan

mengumpul dinar sedikit demi sedikit dalam jangka masa yang panjang (contohnya

5 tahun) dapat memberikan sesuatu yang kita hajati tanpa perlu risau apa jua

situasi.

Jika anda merancang untuk menunaikan umrah atau untuk mendirikan rumah

tangga dalam masa 5 tahun ini, maka anda bolehlah dari sekarang mengumpul

dinar emas ya. Anda boleh dapatkan dinar emas melalui agen-agen Public Gold. Jika

anda orang Kelantan, tiada masalah untuk dapatkan Dinar Kelantan.

Page 73: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

73

Topik 9: Tip-tip membeli dan menukar barang kemas.

Saya tahu 90% yang membaca ebook ini adalah lelaki. Kebanyakkan lelaki termasuk

diri saya sendiri tidak seberapa arif hal ehwal membeli barang kemas ini. Apa yang

biasa kita lalui hanyalah ikut isteri membeli rantai atau cincin dan membayarnya

sahaja.

Tujuan saya buka topik ini adalah untuk berkongsi dengan pembeli ebook ini

mengenai tip-tip membeli barang kemas supaya kita dapat keuntungan yang

maksimum.

Jika anda mahu membeli barang kemas seperti cincin ataupun rantai pastikan ia

adalah emas 916 ataupun emas 999! Apakah maksud 916 dan 999 ini? Ia bererti

tahap ketulenan sesuatu emas tersebut. 916 bermaksud terdapat 91.6%

kandungan emas dalam sesuatu bahan tersebut (rantai atau cincin) manakala 999

bermaksud ia mengandungi 99.9% kandungan emas didalam bahan tersebut.

Biasanya emas 999 ini jarang orang buat cincin kerana ia adalah lembut dan mudah

rapuh. Untuk mengenali emas 999 ini ada banyak cara. Jika di kedai emas biasa

merka akan bakar rantai emas tersebut. Jika tidak terdapat kesan hitam, maka itu

adalah emas 999.

Antara cara lain untuk mengenal pasti ketulenan emas adalah dengan melihat

disebalik (belakang) cincin, rantai atau gelang ada terdapat cop yang menyatakan

ketulenan emas berkenaan

Ada juga kedai yang dilekukkan sedikit atau gigit sedikit emas tersebut untuk

melihat ketulenan emas itu. Emas 999 akan mudah menghasilkan lekuk apabila

tekanan yang dikenakan keatas emas tersebut.

Pernah juga saya kenali beberapa orang tokey emas yang hanya melihat kilauan

sahaja mereka dapat mengesan ketulenan emas tersebut. Menurut mereka, kilauan

emas 999 lebih memukau dan menusuk kalbu. Disini saya tidak berapa pasti apakah

maksud mereka menusuk kalbu itu.

Page 74: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

74

Dan cara yang paling tepat menguji ketulenan emas tersebut adalah dengan

mengunakan mesin ketulenan. Di kedai pajak gadai seperti Ar Rahnu Bank Rakyat,

mereka menggunakan alat pengesan ketulenan ini. Begitu juga dengan Syarikat

Public Gold di Pulau Pinang mengunakan alat ini untuk menguji ketulenan.

Kenapa saya mengatakan anda ‘wajib’ membeli emas 916 atau 999 jika mahu

membeli barang kemas tidak kiralah untuk isteri ke, untuk mak ke ataupun untuk

perkahwinan atau pertunangan.

Jawapannya mudah sahaja, ianya memudahkan untuk anda menggadai atau jual

emas berkenaan pada masa akan datang. Hanya ketulenan emas 916 dan 999

sahaja kesemua kedai pajak gadai menerimanya dan kesemua kedai-kedai emas

akan membeli balik daripada anda dengan harga yang tinggi.

Saya ada satu pengalaman mengenai hal ini untuk diceritakan kepada anda semua.

Kisah ini berlaku semasa saya hendak melangsungkan perkahwinan saya. Selang

seminggu lagi hari perkahwinan, saya dan emak saya ke bandar untuk mencari

cincin untuk perkahwinan.

Dalam 5 buah kedai kami pergi ‘survey’ untuk dapatkan cincin yang cantik dan

murah. Sampai satu kedai itu, jurujual amat hebat mempromosikan cincin yang

bertahtakan permata. Memang ‘cair’ kami mendengar gaya dia menyakinkan kami

bahawa cincin itu adalah yang terbaik. Saya waktu itu amat jahil pasal emas dan

permata ini, akhirnya kami beli dengan harga RM470 untuk cincin seberat 3 gram.

Selang 2 tahun kemudian, isteri saya bersunggut untuk dapatkan cincin baru. Alahai

‘boring’nya, kalau minta beli sport rim ok juga (masa itu saya tidak tahu apa-apa

pasal emas, asyik fikir pasal kereta aje!).... kemudian dia mengesyorkan untuk saya

belikan cincin jenis belah rotan kerana harganya agak murah. Cincin belah rotan itu

adalah cincin emasnya 916.

Untuk menjimatkan kos, saya cadangkan “trade in” sahaja cincin perkahwinan itu

ataupun gadai sahaja.

Page 75: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

75

Dan keesokan harinya kami pergi ke bandar untuk membeli ‘cincin belah rotan’.

Sebanyak 4 buah kedai kami pergi dan perkara pertama yang kami tanya adalah

“berapakah kedai sanggup ambil untuk cincin ini”, sambil saya menghulurkan cincin

perkahwinan yang berharga RM470 itu.

Tokey kedai itu kemudian belek-belek cincin berkenaan dan menimbangnya.

Kemudian dia ambil kalkulator sambil menekan nombor pada papan kalkulator dan

seketika mengerutkan dahi, dia hanya mampu untuk mengambil cincin berkenaan

hanya RM65 sahaja! Terkejut beruk kami berdua. Emas yang dibeli 2 tahun lalau

yang berharga RM470 kini berharga RM65 sahaja!!!

Saya tidak puas hati. Sambil menunjukkan resit yang dibeli pada 2 tahun lalu, tokei

kedai tersebut dengan selamba sahaja berkata “ini emas 50 dan ada permata. Kami

tidak ambil nilai permata tetapi kami hanya ambil nilai emas sahaja. cincin ini pula

hanya mempunyai 50% sahaja kandungan emas didalamnya”.

Terbayang saya wajah wanita yang bermulut manis mempromosikan cincin ini

dahulu. Dia langsung tidak menerangkan saya mengenai hal ini. Alangkah ruginya

saya. Kini saya faham cincin yang ada permata tiada nilai rupanya begitu juga

dengan emas 50.

Kemudian kami pergi kedai pajak gadai kerajaan Negeri Terengganu, dan mereka

juga tidak menerima gadaian jenis emas berkenaan.

Jadi beruntung anda yang memiliki ebook ini, kini anda sudah tahu bahawa emas

yang bernilai adalah emas 916 dan juga emas 999. Serta anda juga mengetahui

cincin atau gelang atau rantai yang mengandungi permata adalah tidak

bernilai.

Saya juga ingin ingatkan kepada anda, jika isteri anda ingin menukar barang

kemasnya, pastikan jangan tukar dengan emas selain emas 916 dan emas 999.

Ramai saya lihat makcik-makcik yang menukar emas 916 dan emas 999 mereka

dengan emas 50 yang dipenuhi dengan pelbagai jenis permata.

Page 76: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

76

Ingatlah, permata memang cantik dipandang tetapi langsung tidak bernilai. Jadi

jangan mudah tertipu dan ditipu oleh juru jual.

Emak saya sendiri pernah tertipu dengan pemilik emas yang tamakkan emas 916

dan emas 999. Emak saya mempunyai 2 gelang dan satu rantai emas 999 yang

nilainya lebih kurang RM30 ribu. Rantai dan gelang berkenaan adalah daripada

pusaka arwah datuk saya. Dan bentuknya amat klasik sekali

Kemudian, seorang rakan emak saya mengetahui hal ini. Dan kemudian dia

mempelawa emak saya untuk bertukar emas berkenaan dengan emas yang lagi

cantik dan moden rekabentuknya.

Kemudian emak saya bersetuju. Rakan emak saya datang bersama kawannya dari

Kelantan dan menunjukkan gelang dan rantai emas yang begitu cantik sekali dan

dipenuhi dengan pelbagai permata. Mereka ini mudah memujuk emak saya untuk

menukarkan emas emak saya dengan emas mereka. Maklumlah emak saya ketika

itu masih tidak tahu nilai emas.

Selang sebulan selepas itu, saya dapat mengetahui hal ini. Kemudian saya belek

belakang gelang emas yang ditukar berkenaan, ternyata ia adalah emas 50 sahaja.

Langsung tidak setimpal dengan emas 999 emak saya itu. Dan ianya tidak bernilai!

Kemudian emak saya menelefon rakannya yang menipu tadi, mereka kata mereka

telah menjual kesemua emas emak saya berkenaan. Tepapar kekecewaan di riak

wajah emak saya.

Anda sendiri dapat lihat betapa mudahnya untuk kita ditipu oleh pemilik emas yang

mahir menilai emas. Sekarang saya sudah ceritakan kepada anda segala kisah

mengenai emas ini dan saya harapakan anda tidak menjadi mangsa penipuan emas

ini.

Sebelum membayar atau menukar emas anda, pastikan ianya adalah :

1) emas 916 atau 999

2) Tiada permata

Page 77: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

77

Mudah sahaja bukan? Jika anda masih lagi tertipu, jangan salahkan saya, saya

sudah terangkan panjang lebar mengenai hal ini ☺

“Gelang emas 999 yang tiada permata”

“Gelang Emas dipenuhi permata”

Page 78: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

78

Topik 10: Awas! Berhati-hati Dengan Skim Pelaburan Emas

Dari awal ebook ini sehingga ke tahap ini saya langsung tidak menyentuh mengenai

skim skim pelaburan emas. Sengaja saya membuka topik khas untuk

membincangkan hal ini.

Tujuan saya menulis ebook berkaitan emas ini adalah untuk memperkenalkan

kepada anda pelaburan sebenar emas ini. Pelaburan sebenar disini bermakna

andalah yang menguruskan pelaburan anda tanpa melibatkan orang tengah.

Diluar sana banyak pihak-pihak menawarkan pelaburan emas melalui skim mereka.

Dan sesiapa menyertai skim yang ditawarkan, mereka akan diberikan ganjaran atau

Hibah berdasarkan kuantiti pelaburan kita. Contohnya anda membeli emas 100gram

dari mereka dan menyertai skim mereka, anda akan diberikan tiap-tiap bulan

RM300.

Konsep skim ini mudah sahaja. Anda membeli emas daripada mereka dan emas

anda tersebut akan digadaikan. Kemudian syarikat akan menambah emas mereka

dan digadaikan bersama-sama emas anda. Tiap- tiap bulan anda akan dapat hibah

atau ganjaran.

Emas yang digadaikan itu (emas anda + emas syarikat) akan didaftarkan atas nama

anda. Dan yuran guaman akan dibayar oleh syarikat.

Dimanakah kelemahan dari sistem ini?

1) Harga jual dan harga beli yang ditawarkan oleh syarikat mempunyai ‘spread’ yang

tinggi. Iaitu 15%-20%

2) Anda akan dikenakan penalti jika melanggar perjanjian dengan syarikat. Katakan

anda memang terdesak memerlukan duit yang banyak, jadi anda terpaksa

melanggar perjanjian. Disini anda akan rugi

Page 79: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

79

3) Gadaian adalah dilakukan atas nama anda. Jadi bagaimana jika syarikat itu rugi

dan tidak dapat membayar kos simpan serta tidak dapat menebus emas anda. Disini

segala kerugian anda akan tanggung sendiri.

Mungkin anda fikir syarikat mana boleh rugi dan harga emas sentiasa naik. Anda

sebenarnya silap, setiap pelaburan ada risiko tersendiri. Emas juga ada turun

naiknya.

Bagaimana jika syarikat itu melarikan diri? Ho!ho!...ini yang seronoknya...buatlah

laporan polis banyak mana pun, duit anda tetap akan hangus...

4) Jika berlaku kes yang melibatkan campur tangan mahkamah antara anda dengan

syarikat, maka anda perlu mencari peguam yang handal dan sudah tentunya kos

anda akan bertambah. Ingat, yuran guaman syarikat yang bayar jadi sudah tentunya

syarikat guaman berkenaan akan menyebelahi syarikat...

Sekarang sudah mengerti bukan kenapa saya menyuruh anda berhati-hati dengan

skim pelaburan emas bukan. Jadi saya harapkan anda semak syarat-syarat dan

peraturan yang ditetapkan oleh syarikat pelaburan sebelum anda menyertainya.

Tidak guna juga jika anda telah memiliki ebook ini dan telah menguasai cara-cara

untuk menjana keuntungan melalui emas tetapi ingin juga menyertai skim-skim ini.

Oleh itu, dengan pengetahuan yang ada pada anda, saya yakin anda mampu

menguruskan sendiri portfolio pelaburan anda tanpa melibatkan atau dipengaruhi

mana-mana orang ketiga.

Page 80: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

80

Topik 11: Tiada wang, bagaimana mahu memulakan Pelaburan Emas?

Sejak pelancaran pertama ebook Emas-Emas Yang Hilang, saya kerap diajukan

soalan bagaimana mahu memulakan pelaburan emas dan tiada wang untuk

memulakan pelaburan yang menguntungkan ini.

Jawapan saya mudah sahaja, iaitu untuk memulakan pelaburan emas ini, kita perlu

membeli emas. Jika kita tidak membeli emas, bagaimana kita mahu menggandakan

keuntungan kita. Betul tak?

Tetapi, untuk jawapan tiada wang bagi memulakan pelaburan emas ini agak sukar

untuk saya menjawab. Terdapat ramai pembeli ebook Emas-Emas Yang Hilang

berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan. Dan menurut mereka, setiap akhir

bulan duit mereka pasti habis.

Jadi dikesempatan pelancaran kedua ebook Emas-Emas Yang Hilang, saya ingin

kongsikan serba sedikit bagaimana kita dapat menguruskan kewangan kita

seterusnya memberi peluang pada diri kita untuk mula melabur dalam emas. Tip-tip

yang bakal diberikan ini tidak berkaitan secara langsung dengan pelaburan emas

tetapi ia lebih kepada tip-tip untuk kita menyimpan wang seterusnya dengan wang

berkenaan kita dapat melabur dalam emas.

P/S: Tip-tip dibawah ini memerlukan anda membayar kepada penasihat kewangan

sebanyak lebih kurang RM300 ☺

Cara Pertama

Kenal pasti kenapa berbelanja lebih

Perkara ini anda mesti lakukan sendiri. Anda cari dimana kelemahan anda terhadap

apa jua perbelanjaan yang selalu anda gunakan. Mudah sahaja dengan mencatatkan

apa yang menyebabkan anda berbelanja. Adakah untuk keperluan harian rumah

ataupun semata-mata memenuhi nafsu serta selera anda.

Proses mengenal pasti perbelanjaan anda ini sekurang-kurangnya akan

menyelamatkan hampir 20% dari perbelanjaan harian anda. Walaupun anda sukar

Page 81: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

81

untuk mengikuti perancangan kewangan yang anda buat tapi kaedah ini mampu

membantu anda secara tidak langsung dalam proses menjimatkan wang anda.

Ada sesetengah orang, dengan membuat bajet perbelanjaan harian atau bulanan ia

amat membebankan. Malah memerlukan displin diri yang amat tinggi. Saya pun

sendiri kadang-kadang berasa sungguh tertekan dengan bajet perbelanjaan harian

saya. Saya limitkan perbelanjaan harian saya dalam RM20 sehari. Tapi untuk

mematuhinya amat terseksa. Untuk mengatasi masalah ini saya ‘list’kan kenapa

saya berbelanja lebih. Saya kenal pasti perkara apa yang memyebabkan saya

berbelanja lebih. Dengan berbuat demikian secara automatic perbelanjaan saya

dapat dikawal.

Antara perkara yang saya senaraikan dalam punca berbelanja lebih adalah seperti:

Perasaan berhak

Saya mempunyai perasaan ini dan saya pasti dan yakin bahawa anda semua turut

mempunyai perasaan ini. Inilah perasaan yang membawa kita semua kekeringan

wang disetiap hujung bulan.

Kadang kala kita berbisik ‘aku berhak berbelanja untuk diri sendiri setelah penat

bekerja.’ Maka akhirnya kita keluar tengok wayang ataupun pergi kedai kosmetik.

Walaupun harga barang yang kita beli itu amat mahal tapi disebabkan naluri ‘aku

berhak memilikinya’ maka sabggup kita membelinya.

Ada kalanya juga kita merasakan perlu membeli perabot dan sofa yang baru

disebabkan jiran sebelah juga telah menggantikan sofa dan perabot mereka.

Sedangkan perabot dan sofa rumah kita masih lagi elok dan boleh dipakai. Terdapat

juga sesetengah orang sanggup membeli kereta baru kerana adik bongsu mereka

telah membeli kereta baru. Perasaan berhak inilah akan ‘menggangu’ ketenteraman

anda. Ia akan membuatkan anda rasa resah dan gelisah jika tidak menuruti

perasaan ‘berhak’ ini. Sesuatu yang amat menakutkan.

Ketahuilah perasaan berhak ini hanya mainan minda semata-mata. Anda boleh

singkirkannya. Lakukan penyenaraian anda perkara apa yang membuatkan anda

merasakan anda berhak memilikinya. Kemudian nilaikan adakah anda betul-betul

Page 82: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

82

berhak memilikinya dan yang penting jika anda menuruti perasaan ‘berhak’ itu anda

tidak akan kesempitan wang dikemudian hari. Jika anda yakin dan pasti ia akan

menganggu makan minum anak dan isteri anda, maka lupakan saja hasrat itu.

Sedih dan kecewa

Ini juga merupakan mainan minda dimana ia dengan hebatnya mempengaruhi anda

supaya berbelanja lebih. Dahulu saya pun pernah melakukan perkara ini. Bila sedih

seperti dapat keputusan peperiksaan yang rendah, saya akan keluar ke shopping

kompleks dan menghabiskan wang disana.

Seperti kisah seorang teman rapat saya. Suatu hari dia putus hubungan dengan

teman wanitanya. Dia begitu amat kecewa. Dia menceritakan kepada saya bahawa

perasaannya amat sekali terseksa. Begitu ‘touching’ saya mendengar luahan

perasaanya itu. Untuk merawat hati yang luka lara ini, teman saya itu membeli

sebuah handfon Nokia yang anggaran harganya lebih seribu ringgit. Membeli dengan

duit biasiswanya sendiri. Apabila duit sudah habis mula meminjam dari rakan.

Jika anda mengalami masalah ini, pastikan tenangkan dulu jiwa anda. Jangan mudah

membuat keputusan untuk berbelanja demi mengubati kesedihan dan kekecewaan

anda. Pada waktu ini mental anda masih belum lagi stabil dan belum lagi boleh

bertindak sewarasnya.

Hobi berbelanja

Isteri saya hobinya memang suka berbelanja. Bila dapat duit terus ke shoping

kompleks bersama rakan-rakannya dan berbelanja sakan. Tapi itu dulu, sekarang dia

lebih berhemah untuk membeli selepas dia mengetahui akibat dari berbelanja lebih.

Tidak dinafikan hobi berbelanja ini terutama di hujung minggu menjadi suatu

kelaziman bagi rakyat Malaysia. Terutama lagi bagi kaum hawa. Kalau anda tidak

percaya cuba pergi mana-mana shoping kompleks hujung minggu ini dan lihat siapa

lagi ramai, lelaki atau wanita di shoping kompleks tersebut. Sudah semestinya kaum

wanita paling ramai. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana sifat mereka

Page 83: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

83

sebegitu tapi kita kena didik mereka supaya lebih berhemat dalam berbelanja dan

yang penting katakan pada mereka ada banyak lagi hobi selain dari berbelanja.

Tidak kira samada lelaki atau wanita jangan jadikan berbelanja itu sebagai hobi

anda. Dan juga jangan jadikan pusat membeli belah itu sebagai tempat anda

bersiar-siar bersama ahli keluarga. Kerana ia menuntut anda untuk mengeluarkan

wang dari poket anda.

Membeli pada harga tawaran

Ramai yang terperangkap dengan alasan ini. Apabila melihat papan iklan jualan

dengan harga tawaran, maka kita akan bersiap sedia untuk membelinya. Sebagai

contoh, kita membeli sesuatu untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan jika

membeli barangan tersebut. Hati anda meronta-ronta kerana mahukan hadiah

tersebut. Lagipun hadiah tersebut sukar didapati dan memang edisi terhad. Jika

tidak membeli sekarang anda pasti melepas daripada memilikinya.

Sebernarnya itu semua perangkap untuk anda membeli barang tersebut pada harga

yang tinggi dari kebiasaanya. Anda jangan mudah tertipu dengan helah penjual

sebegini. Sebaliknya ialah menangguhkan pembelian. Pulang kerumah dan buat

pertimbangan yang sewajarnya dan kembali semula ke kedai untuk mendapatkan

barang itu jika ia betul-betul perlu.

Sesuatu yang harus diingat ialah peniaga hanya berminat mengaut keuntungan dan

terpulanglah kepada kita untuk menjaga kepentingan kewangan diri sendiri.

Berhutang

Alasan ini sering digunakan oleh seseorang yang tidak cukup wang tapi mahu

memiliki sesuatu barang tersebut. Walaupun saya tidak pernah menggunakan alasan

ini untuk berbelanja lebih lebih tapi saya selalu lihat ramai orang di luar sana

menggunakan alasan ini untuk mereka memiliki sesuatu barang yang mereka tidak

mampu memilikinya. Jika tidak mustahil court mammoth dapat berkembang pesat

dan lain-lain lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan skim bayaran mudah.

Page 84: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

84

Menggunakan alasan ini menyebabkan anda terjebat dalam perbelanjaan yang tidak

terkawal. Mana tidaknya, hanya hulurkan sahaja kad kredit anda mampu memiliki

sesuatu barang yang diingini. Tetapi impaknya adalah masa anda hendak membayar

barang-barang tersebut pada tarikh yang ditetapkan. Walaupun nampak sikit kerana

ia dibayar secara bulanan tetapi jika totalkan semua bayaran dari bulan pertama

hingga bulan terakhir bayaran, harga barang tersebut adalah 2-3 kali lebih mahal

dari harga asal.

Berdasarkan 5 alasan yang dinyatakan diatas, adakah anda dapat mengenal pasti di

dalam golongan manakah anda berada? Jika anda tergolong didalam salah satu atau

semua daripada ketegori diatas maka sudah tiba masanya untuk anda bertindak

mengatasinya dan tidak menjadi mangsa dengan bersembunyi disebalik alasan yang

rapuh. Jika anda bebas dari mana-mana alasan diatas, syabas diucapkan kerana

mengamalkan gaya pengurusan kewangan dengan penuh bertanggungjawab.

Anda juga dinasihatkan sekali lagi untuk menyenaraikan sebab atau punca yang

menyebabkan anda berbelanja lebih. Dengan langkah ini saya jamin anda mampu

mengurangkan serta menyelamatkan wang anda dari terus lesap tanpa anda sedari.

Cara kedua

Sisihkan Wang Anda

Tidak mudah yang disangka untuk melakukan perkara ini. Lebih-lebih lagi jikalau

kita ini jenis yang boros. Melalui kaedah ini anda memang tidak akan nampak

hasilnya sekarang tapi ia memakan masa yang agak lama untuk menampakan

kesannya.

Menurut satu tinjauan untuk pembaca Money Magazine, sebuah majalah kewangan

di Amereka syarikat perkara yang paling di titik beratkan adalah masalah mengawal

situasi kewangan peribadi. Masalah ini lebih diutamakan berbanding masalah

mengurangkan berat badan ataupun masalah berhenti merokok.

Page 85: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

85

Situasi ini lebih membimbangkan lagi apabila suatu kaji selidik yang dilakukan oleh

jabatan kesihatan dan perkhidmatan manusia di AS (amerika syarikat) mendapati

bahawa untuk setiap 100 orang yang memulakan kerjaya hingga umur mereka 65tahun

ada 4 jenis keadaan:

1) 4 orang akan mencapai kebebasan kewangan

2) 22 orang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

3) 25 orang sudah pun mati

4) 49 orang cukup-cukup makan sahaja.

Walaupun di Malaysia tiada lagi kajian seperti itu dilakukan tapi kita harus mengambil

langkah berjaga-jaga supaya di hari tua kelak kita menjadi seperti 4 orang yang

mencapai kebebasan kewangan. Untuk itu kita mesti lakukan senaman kesihatan untuk

kewangan kita.

Yes! Dengan cara menyisihkan wang adalah salah satu cara untuk kita menyihatkan

kewangan kita. Tapi bagaimana? Jom kita selongkar satu persatu kaedah menyisihkan

wang ini. Kaedah ini hanya mempunyai 3 langkah sahaja. Dan yang penting anda mesti

amalkan.

kaedah pertama: selamatkan 10%

Apa jua wang yang kita dapat hendaklah disimpan paling kurang 10% daripadanya.

Wang itu tidak kira samaada daripada duit gaji bagi yang bekerja ataupun duit biasiswa

bagi pelajar.

Walaupun anda mempunyai banyak hutang ataupun banyak tangunggan tapi usahakan

menyimpan 10% daripada hasil pendapatan anda. Ini merupakan senaman yang paling

mujarab untuk kesihatan kewangan anda. Tetapi jangan pula anda menyimpan 10%

untuk diri anda tapi di kemudian hari anda menggunakannya pula untuk membeli

sesuatu yang tidak memberi pulangan pada masa hadapan.

Lakukan ini selama 6 bulan berturut-turut. Selepas itu anda akan merasakan

Page 86: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

86

menyimpan 10% untuk diri anda ini akan menjadi lebih mudah malah anda akan

menambahkan lagi simpanan untuk diri anda dari 10% kepada 20%. Langkah

menyimpan ini akan menjanakan satu tindakan mental dalam minda ‘sub-conscious’

anda untuk memberi semangat dan motivasi yang bakal mengubah nasib kewangan

anda.

Saya yakin lama-kelamaan baru anda sedar bahawa terdapat juga simpanan dalam

tabungan anda yang jika selama ini tabungan simpanan anda sentiasa kosong. Selain itu

latihan ini akan membuatkan anda lebih menghargai wang anda setelah berpenat lelah

bekerja untuk mendapatkannya.

Kaedah kedua: memberi (giving)

Yes! Untuk membuatkan anda lebih bertanggungjawab terhadap wang anda, anda

seharusnya memberi kepada orang yang lebih memerlukan wang anda.

Walaupun kaedah ini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa ‘memberi’ dapat

meningkatkan wang anda, tapi percayalah petua luar biasa ini memang mujarab. Ramai

billionaire menubuhkan yayasan mereka sendiri dengan niat sebahagian dari kekayaan

mereka dapat disalurkan terus kedalam yayasan mereka. Sebab itu setiap hari kekayaan

mereka semakin bertambah. Jika anda memberi satu bahagian dari

kekayaan/keuntungan anda maka tidak mustahil anda akan dapat kembali balasan

tersebut dalam jumlah yang berganda.

Lakukan perkara ini secara berterusan. Saya tidak tahu bila anda akan mendapat

pulangan dari pemberian anda tapi apa yang perlu anda lakukan adalah dengan

bersabar. Melalui proses kesabaran ini ia akan membina daya tahan anda terhadap

kewangan anda. Kekuatan anda untuk mengawal pengaliran tunai anda akan menjadi

lebih hebat dan mantap.

Anda tunggu apa lagi? Lakukan sekarang, sedikit demi sedikit. Carilah dimana rumah

anak-anak yatim, fakir-fakir miskin ataupun rumah-rumah warga tua untuk

menyumbangkan sebahagian daripada apa yang anda ada.

Yang penting lakukannya dengan ikhlas. Ini juga menunjukan anda bersyukur diatas

Page 87: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

87

nikmat kurniaan Tuhan.

Kaedah ketiga: beli hanya mampu dibeli.

Ramai orang tahu kaedah ini dan saya amat pasti ramai juga buat-buat lupa kaedah ini.

Dengan itu ramai diantara kita ‘over budget’ disaat akhir bulan dan juga banyak bil-bil

penting terpaksa ditunda bayarannya kepada bulan hadapan. Anda tidak faham?

Begini, anda pernah dengar pinjaman mudah? Untuk lebih memudahkan anda ia juga

dipanggil skim bayaran ansuran. Ramai orang terperangkap dengan skim ini. Skim ini

memberi jaminan kepada anda bahawa anda boleh mendapatkan apa sahaja barang

yang sebelum ini anda memang tidak mampu memilikinya.

Contoh barang yang menawarkan skim pinjaman mudah ini seperti tv plasma, peti

sejuk, mesin basuh, system audio dirumah, sofa, set makan, set tidur, perabot dan

bermacam-macam lagi barangan kelengkapan rumah. Sebenarnya anda memang tidak

layak memiliki semua ini melainkan anda membayarnya secara ‘cash’!

Tahukah anda dengan membayar secara ansuran bulanan terhadap barangan ini apabila

di totalkan pada bulan terakhir pinjaman anda,harganya melambung 2-3 kali ganda

mahalnya dari harga asal. Satu kerugian besar buat anda. Seolah-olah anda bekerja

selama ini hanya untuk membayar barangan tersebut sahaja.

Oleh itu pesan saya jangan belanja apa yang anda tidak mampu untuk memiliki. Point

penting disini adalah jangan berhutang. Jika anda sudah terlanjur dan memiliki

beberapa barang yang dibayar secara ansuran bulanan anda harus melakukan perkara

ini…

Pertama dan terakhir, berhenti berhutang! Gengam tangan anda dan putuskan bahawa

anda tidak lagi akan menambahkan walaupun satu ringgit hutang lagi. Walaupun saya

tahu mungkin anda terpaksa berpisah dengan beberapa kredit kad atau mengalirkan air

mata tetapi anda boleh berhenti. Kuasa untuk berhenti terletak di tangan anda!

Page 88: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

88

Cara ketiga

Jimat, jimat dan jimat

Tiada apa lagi yang patut saya memperkatakan bahawa hanya dengan berjimat anda

mampu menyelamatkan wang anda daripada terus hangus tanpa anda sedari.

Saya tahu ramai yang akan membangkang ayat-ayat saya yang menyeru anda semua

supaya berjimat. Terutama akak-akak yang kuat membeli-belah, makcik-makcik dan

mereka yang kuat berbelanja. Mereka katakana saya kedekut dan juga haji bakhil

(walaupun masih belum haji) serta ‘tahi hidung masing’. Tidak mengapa saya menerima

dengan hati yang terbuka..huhuhu…

Sekarang saya akan menyangkal mereka-mereka yang mengatakan saya ini haji bakhil,

kedekut dan tidak lupa juga yang mengatakan ‘tahi hidung masing’. Ok baiklah ini

adalah kesan buruk yang bakal menimpa anda jika tidak menjadi ‘bakhil’ dalam

perbelanjaan:

• duit anda sentiasa tidak cukup

• anda tidak sedar dimana hilangnya wang anda

• anda mula menyedari barang yang anda beli itu hanyalah pembaziran.

• Anda mula menyesal setelah minat anda terhadap barang itu telah

hilang walaupun beratus anda habis kerananya.

• Aliran tunai anda akan mengalir seperti air paip dengan lajunya

mengalir.

• Anda bekerja siang malam seolah-olah untuk membayar barang yang

tidak anda perlukan sahaja.

• Tiadanya tabungan simpanan untuk diri anda sendiri untuk waktu tua.

• Bil-bil mula tertunggak.

• Rumah anda dipenuhi dengan barang yang tidak perlukan dan hanya

menyemakan lagi rumah anda yang sedia sempit itu.

• Mula berhutang apabila tidak cukup wang. Lebih teruk lagi berhutang

dengan lintah darat apabila anda sangat-sangat memerlukan wang.

• Tiada simpanan pada hari tua. Hanya mengharapkan wang pencen yang

tidak seberapa.

Page 89: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

89

Cukuplah 11 sahaja saya menerangkan kesan-kesan buruk akibat tidak berjimat ini. Ok

setakat ini saya harap anda boleh menerima hakikat untuk menyelamatkan wang, anda

semestinya kena berjimat. Tapi bagaimana hendak berjimat? Apakah perkara yang

boleh kita jimatkan?

Untuk meningkatkan kefahaman anda semua, tidak semua perkara kita harus berjimat.

Contohnya jikalau anak kita kelaparan, tak kan nak bagi cukup-cukup makan sahaja kat

mereka ini dengan alasan berjimat. Kenalah bagi sampai anak kita kenyang. Betul tak?

Sebenarnya berjimat ini tidak susah mana, yang penting anda tahu situasi

bagaimanakah anda harus berjimat. Sesuaikan dengan situasi yang anda hadapi. Saya

sediakan dibawah ini beberapa langkah untuk anda berjimat supaya anda dapat

menyelamatkan wang anda daripada terus lesap tanpa anda sedari.

Jimat masa membeli belah.

Membeli belah merupakan hobi ‘utama’ bagi sesetengah orang terutama orang yang

mempunyai gaji yang besar. Maka tidak hairanlah pusat-pusat membeli belah tumbuh

bagai cendawan selepas hujan kerana mendapat sokongan dari golongan seperti ini.

Sesetengah pusat membeli belah mungkin menawarkan harga jualan murah (sale) pada

‘item’ yang anda inginkan pada waktu terbatas sementara pusat membeli belah yang

lain mungkin memberi diskaun hebat keatas barang yang anda dambakan setiap hari.

Hal ini membuatkan anda teruja dan tidak sabar-sabar untuk membeli kesemua ‘item’

tersebut. Sebelum anda pergi membeli belah, anda haruslah memberikan perhatian

kepada perkara-perkara berikut:

1) senaraikan barangan yang hendak dibeli dengan teliti dengan menilai

samaada barang tersebut suatu keperluan atau hanya semata-mata

kehendak anda.

2) Jangan berada terlalu lama di pusat membeli belah. Terus pulang kerumah

apabila anda merasakan daya tahan terhadap jualan barangan semakin

lemah.

Page 90: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

90

3) Jika anda tidak menjumpai sesuatu barangan yang anda ingini, segera pulang

terus. Kerana jika tidak berbuat demikian anda akan jadi mangsa seorang

jurujual berpengalaman yang dapat menilai betapa penat dan bosannya anda.

Mereka akan membuatkan anda keluar dari kedai mereka dengan membawa

barang yang anda tidak ingin beli pada awalnya.

4) Jangan membeli belah apabila anda berasa bosan. Dalam keadaan demikian,

anda tentu akan mudah terpengaruh untuk membeli sesuatu yang anda

benar-benar tidak perlukan.

5) Sentiasa membuat tinjaun harga dan mutu sebelum anda membeli barang

yang bakal anda perlukan.

6) Jangan sesekali keluar membeli belah dengan rakan-rakan yang jenis

pemboros. Begitu juga dengan rakan-rakan yang kaya.

7) Jika anda sekadar ingin membeli barang keperluan dapur ataupun barangan

yang amaunnya sedikit, tolong jang bawa kad kredit. Ia akan mengelakan

anda daripada berbelanja secara berlebihan.

8) Jangan bawa wang yang banyak. Bawalah wang yang mencukupi untuk

barangan yang anda rancang untuk membeli.

9) Sila periksa resit pembayaran anda. Kerana ada kajian menunjukan kesilapan

‘cashier’ untuk melakukan kesilapan adalah tinggi. Contohnya mereka tersilap

‘scan’ 2 kali barang anda maka anda terpaksa bayar 2 kali ganda untuk satu

barang anda.

10) Jangan ke bahagian makanan di pasar raya dengan perut kosong. Ini kerana

apabila perut kosong nafsu membeli anda berada ditahap paling optimum.

11) Belilah barangan yang tidak terkenal jenamanya atau jenama yang

diperkenalkan oleh kedai itu sendiri. Ia adalah lebih murah dari jenama

terkenal. Contohnya tesco. Tesco mengeluarkan jenama mereka sendiri yang

jauh lebih murah harganya berbanding jenama yang terkenal lain.

12) Sentiasa periksa barang dirak bawah barangan di pasar raya. Kerana

barangan dibahagian ini lebih murah dan tarikh luputnya lebih lama. Biasanya

barangan dibahagian ini adalah produk yang baru sampai.

13) Jangan membeli makanan dalam tin berkarat atau kemik. Periksa juga

tarikh luputnya.

14) Jangan malu untuk tawar menawar terutama kedai biasa. Ia sekurang-

kurangnya dapat menjimatkan setiap sen daripada anda.

15) Jangan membeli hanya untuk bersaing dengan jiran atau rakan anda.

Page 91: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

91

Penutup...

Mulakan langkah pertama anda dengan memiliki emas. Tidak kiralah emas PBGIA ke,

emas syiling kijang ke ataupun emas Public Gold.

Jangan takut untuk memulakan langkah pertama. Saya dulu pun agak ragu-ragu

dengan potensi emas ini. Namun setelah kajian yang teliti dan pembacaan buku-

buku berkaitan emas baru saya sedar kepentingan melabur dalam emas ini.

Sekarang saya agak menyesal kerana tidak memulakan pelaburan emas dari tahun

2002 lagi. Namun saya masih lagi tidak terlambat untuk memulakan pelaburan emas

ini.

Ketika saya membeli emas pada tahun 2008, harga ketika itu dianggap agak mahal

dan agak berisiko untuk membelinya. Ramai orang ketika itu menunggu harga

berkenaan turun sedikit dan barulah mereka akan membelinya. Namun saya tidak,

saya terus beli pada harga yang tinggi berkenaan.

3 bulan selepas itu, harga kembali turun. Saya mula panik. Dalam hati saya berkata

“matilah aku jika harga terus merudum”... Saya nekad untuk menunggu emas naik

barulah saya menjualnya. Nasib baik ketika itu saya membeli emas fizikal, jika ada

apa-apa boleh saya gadaikannya tanpa perlu menjualnya.

Selepas satu tahun, harga yang saya beli berkenaan sudah tidak dapat dibeli pada

tahun 2009. Keuntungan yang saya miliki dari emas pertama saya adalah sebanyak

13% jika saya jual sekarang. Pengajaran disini adalah jangan takut untuk membeli

emas pada harga yang tinggi.

Untuk permulaan, jangan terlalu mengharapkan keuntungan yang berganda.

Sesuaikanlah keuntungan anda berdasarkan saiz pelaburan anda. Adalah tidak

masuk akal jika anda melabur RM400 tetapi mengharapkan pulangan keuntungan

sebanyak RM5000.

Pertama sekali adalah tetapkan matlamat anda jika anda mahu melabur dalam

pasaran emas ini. Kerana jika anda saja-saja beli emas tanpa sebarang matlamat

dan strategi, ia bakal meranapkan institusi keewangan diri dan keluarga anda.

Page 92: Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan …jutawanemas.com/v1/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/... · Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau ... - Bagaimana

Emas – Emas Yang Hilang – Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!

Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com

92

Jika anda berhasrat untuk meminjam wang untuk melabur dalam emas ini,

pastikan anda kenalpasti terlebih dahulu adakah pinjaman itu menguntungkan anda

atau merugikan anda.

Selain daripada ASB, unit amanah, hartanah dan juga saham, jadikan juga emas

sebagai salah satu strategi untuk anda memenuhi pendapatan portfolio anda.

Asingkan sedikit duit gaji anda untuk membeli emas supaya emas berkenaan

menghasilkan pendapatan untuk anda ketika anda sedang nyenyak tidur.

Akhir sekali, tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk

menunaikan zakat atas harta yang kita miliki. Dengan cara itu ia dapat menyuburkan

lagi rezeki kita dan bertambah kekayaan kita hendaknya.

Jika anda memerlukan bantuan dan tunjuk ajar sila emailkan kepada

[email protected]. Insyallah kami akan membantu anda.

Perhatian! Email ini tidak dibenarkan untuk diberikan kepada orang lain selain anda

sahaja sebagai pembeli ebook ini.

Sekian, terima kasih.

Dari penulis ebook, Abd. Hafiz Ab Wasa & Dari penerbit,

Jamaluddin Bahari & Dan penasihat,

En. Syukor Hashim Founder RahsiaEmas.com

© 2009