Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

10
Rahsia Email List Sendiri Page 1 Dibawa Khas Oleh: Cikgu Zarihan Yunus http://www.rahsiaemaillistsendiri.com

Transcript of Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

Page 1: Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

Rahsia Email List Sendiri

Page 1

Dibawa Khas Oleh: Cikgu Zarihan Yunus

http://www.rahsiaemaillistsendiri.com

Page 2: Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

Rahsia Email List Sendiri

Page 2

DISCLAIMER

Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri yang telah

berkecimpung dalam dunia perniagaan internet sejak 2009. Anda dilarang sama sekali untuk

mengeluar ulang mana-mana bahagian ebook ini dengan apa cara sekalipun. Ebook ini sesuai

bagi anda yang baru nak berjinak dengan perniagaan internet. Berkenaan perkara teknikal yang

disyorkan dalam ebook ini adalah berdasarkan pada masa penulis menulis ebook ini. Jadi

sebarang perubahan teknologi internet mungkin akan merubah situasi penggunaan ebook ini

pada masa depan sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.

Amaran

Ebook Ini Adalah Hak Cipta Terpelihara www.rahsiaemaillistsendiri.com

Anda Dilarang Sama Sekali Mengubah, Mengedar, Atau Menjual Ebook Ini Kepada Pihak

Lain Tanpa Kebenaran Saya

Sebarang Tindakan Yang Menyalahi Etika Penerbitan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-

Undang

Anda Hendaklah Melaporkan Kepada Pihak Admin www.rahsiaemaillistsendiri.com Jika

Menerima Ebook Ini Tanpa Melalui www.rahsiaemaillistsendiri.com

Ditulis Oleh

Cikgu Zarihan Yunus

jiheccc

http://www.rahsiaemaillistsendiri.com

Page 3: Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

Rahsia Email List Sendiri

Page 3

KATA PENGANTAR

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.w.t dengan rahmat, keizinan dan petunjuk serta

hidayahnya, saya dapat menghasilkan sebuah ebook yang membincangkan tentang

Rahsia Email List Sendiri. Terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri Noraslinda Bt

Mohamad dan anak-anak Muhammad Danish Mirza dan Nor Damia Arissya kerana

memberi sokongan dan juga galakan kepada saya. Dengan sokongan ini telah

menguatkan lagi semangat saya untuk menyiapkan ebook ini dengan jayanya.

Harapan saya, dengan adanya ebook ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua

sebagai bahan bacaan dan rujukan berkaitan perniagaan internet terutama dalam usaha

anda untuk menjana pendapatan melalui internet. Dalam pada itu, saya juga ingin

menasihati para pembaca semua agar tidak terlalu bergantung kepada ebook ini semata-

mata dalam mempelajari ilmu-ilmu berkaitan perniagaan internet.

Saya telah berusaha sebaik mungkin agar ebook ini dapat memberi satu panduan

berguna kepada pembaca semua dalam merealisasikan bisnes online yang anda ingin

ceburi. Dengan perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini saya berharap kita semua

beroleh keberkatan, rahmat dan mendapat keredhaan di dunia dan di akhirat

Penerbit

Cikgu Zarihan Yunus

Page 4: Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

Rahsia Email List Sendiri

Page 4

Latarbelakang Penulis

Zarihan Bin Yunus.

Berasal dari Bachok, Kelantan Darul Naim. Dilahirkan pada 04.04.1976. Mendapat

pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tawang. Selepas itu meneruskan pelajaran ke

SMK Beris Panchor, kemudiaan menyambung pelajaran tingkatan 6 di SMK Bachok.

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1998

dalam jurusan pendidikan. Sekarang bertugas sebagai guru di SMK Bukit Mentok

Kemaman, Terengganu. Mula mengenali perniagaan internet sejak 2009. Saya

melibatkan diri dalam perniagaan ini adalah kerana minat terhadap aplikasi—aplikasi

yang ada di internet yang boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan secara

online. Lagipun saya tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk

menjalankannya. Hanya sekadar melakukan secara part-time di rumah. Saya telah

mengkaji pelbagai jenis program perniagaan internet bermula dari affiliate, blog,

adsence, MLM dan sebagainya. Ebook www.rahsiaemailistsendiri.com ini merupakan

ebook berbayar pertama yang saya hasilkan. Dengan terciptanya ebook ini saya

berharap dapat menambahkan lagi koleksi ebook perniagaan internet di negara kita

seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Saya berharap orang ramai yang

berada di luar sana mengambil peluang untuk mempelajari ilmu cara-cara untuk

menjalankan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan sampingan bagi

mereka.

Page 5: Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

Rahsia Email List Sendiri

Page 5

Penafian: Segala usaha telah dibuat untuk mengesahkan maklumat yang disediakan

dalam penerbitan ebook ini, Pengarang dan juga penerbit memikul tanggungjawab

terhadap sebarang kesilapan, peninggalan, atau tafsiran yang bertentangan dengan

subjek yang dibincangkan di sini.

Penerbitan ebook ini bukan bermaksud untuk digunakan sebagai sumber nasihat

undang-undang atau perakaunan. Penerbit ingin menekankan bahawa maklumat yang

terkandung di sini mungkin tertakluk kepada undang-undang atau peraturan-peraturan

tempatan.

Pembaca ebook ini bertangungjawab untuk penggunaan bahan-bahan dan maklumat.

Pengarang dan penerbit tidak menjamin prestasi dan keberkesanan mana-mana laman

web yang dinyatakan dalam ebook ini. Semua link adalah bertujuan menyampaikan

maklumat sahaja.

Pembaca adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang dan perakaunan yang

berwibawa sebelum melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti perniagaan. SENTIASA

melakukan usaha yang penuh sebelum membuat apa-apa jenis pelaburan.

Page 6: Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

Rahsia Email List Sendiri

Page 6

Kandungan

Disclaimer 2

Kata Pengantar 3

Latarbelakang penulis 4

Penafian 5

Kandungan 6

Pengenalan 7

Apakah Senarai Email 8

Dari Mana Datangnya email list ini 9

Konsep Pemasaran Email 18

Tajuk Utama Email 18

Email 1 23

Email 2 24

Email 3 25

Email 4 26

Email 5 27

Email 6 28

Email 7 31

Email 8 32

Email 9 34

Penutup 38

Page 7: Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

Rahsia Email List Sendiri

Page 7

PENGENALAN

Pemasaran E-mail merupakan senjata utama dalam bisnes online yang dijalankan menerusi

kempen pemasaran oleh usahawan-usahawan internet tempatan dan juga luar negara. Dengan

menguasai pemasaran email ini ia akan lebih mudah membawa anda untuk terus dan terus

rapat dengan list anda dan anda sentiasa memberikan mereka lebih banyak kandungan

informasi yang bernilai. Apa yang lebih penting ialah anda boleh buat duit dengan mudah

berbanding teknik-teknik lain. Walaupun laman web anda digodam oleh hacker sekalipun

namun hacker tidak boleh menceroboh mailing list yang anda milikki kerana mailing list

tersebut selamat di bawa syarikat penyedia autoresponder yang anda langgan. Anda jangan

khuatir anda boleh buat duit berkali-kali jika anda mempunyai mailing list sendiri.

Oleh itu, adalah amat penting untuk anda membina senarai e-mail list anda sendiri dan

mengikuti amalan pemasaran e-mel yang betul untuk mencapai tahap maksima dan anda

memperolehi manfaat daripada senarai email list yang anda kumpul sendiri.

Pemasaran e-mail ini adalah merupakan seni membuat wang dengan menggunakan e-mail list.

Ia adalah salah satu cara untuk membuat wang walaupun anda tidak mempunyai blog sendiri.

Selagi anda mempunyai senarai prospek yang responsif, pelanggan yang mengenali anda

sebagai seorang pakar dalam bidang yang boleh menguntungkan mereka, mereka pasti akan

menunggu tawaran nilai yang anda berikan untuk mereka.

Page 8: Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

Rahsia Email List Sendiri

Page 8

Bagaimanakah ia berfungsi, sebenarnya?

Jika anda memiliki sebuah laman web squeeze page dan anda berjaya menarik ramai trafik

datang ke squeeze page anda, mereka yang terdesak dan amat memerlukan informasi ini

selalunya akan meninggalkan nama dan email mereka di borang opt-in anda.

Jika anda berjaya menguasai mereka, anda boleh ke e-mail mereka lagi dan lagi - menawarkan

kepada mereka beberapa maklumat yang berguna seperti ebook percuma, laporan, video

percuma, tips dan sebagainya. Tawaran anda ini boleh menyebabkan mereka tertarik dan

mereka sentiasa menunggu kehadiran email anda.

Kebanyakkan usahawan-usahawan internet telah mengiktiraf potensi pemasaran e-mel boleh

menjana keuntungan yang besar dan setiap hari kita boleh lihat berbagai strategi digunakan

untuk mencari cara yang terbaik dalam mengendalikan pemasaran email ini bagi mendapatkan

wang daripada senarai email yang dikumpul melalui amalan pemasaran e-mel yang dijalankan.

Panduan pemasaran e-mel yang saya tulis ini bertujuan untuk mendedahkan kepada anda

segala strategi atau amalan yang selalu digunakan oleh usahawan internet supaya anda boleh

belajar dan menggunakan strategi tersebut untuk mula mengaut keuntungan besar-besaran

dari senarai Mailing list anda sendiri nanti.

Dari mana datangnya email list ini?

E-mail list ini adalah maklumat prospek atau pelawat yang datang ke laman squeeze page anda

yang mencari maklumat khusus mengenai topik niche yang anda sampaikan. Seperti yang anda

ketahui saya memang focus terhadap niche buat duit. Jadi saya dapat mengumpul email list

orang-orang yang berminat nak tahu cara untuk buat duit di internet. Saya sebagai pemasar

internet perlu menyediakan maklumat-maklumat kepada senarai email list saya supaya mereka

dapat belajar dari apa yang saya lakukan.

Dalam usaha untuk membina senarai email list sendiri, anda perlu mempunyai e-mail-email

yang telah anda pasang di autoresponder anda. Jadi, email-email tersebut akan bertindak

secara automatic walaupun anda sekarang sedang tidur, bermain bola atau anda pergi bercuti

bersama keluarga anda. Inilah kehebatan yang ada pada system autoresponder.

Apa yang penting untuk anda tahu ialah autoresponder adalah perkara wajib bagi sesiapa yang

ingin memulakan perniagaan secara talian. Tanpa autoresponder bagaimana anda nak

berhubung dengan list anda.

Page 9: Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

Rahsia Email List Sendiri

Page 9

Sekarang, dengan senarai e-mel, bukan sahaja anda boleh terus menerus membina hubungan

baik dengan pelanggan anda, anda juga boleh menawarkan mereka produk-produk yang

berkaitan.

Pertama, mari kita lihat beberapa ciri-ciri utama membangunkan senarai email list anda

sendiri, Jika saya boleh melakukannya mengapa tidak anda juga. Cuba anda tanya diri anda.

Jadi, bagaimanakah anda nak mula membina senarai email list anda?

Anda perlu terlebih dahulu untuk membina saluran senarai email list anda sendiri. Ia terdiri

daripada 4 komponen:

1) Squeeze Page

2) ebook Percuma

3) opt-in form-Autoresponder

4) Hosting dan domains

Mari kita lihat contoh squeeze page yang simple ini…..

TAMAT BAHAGIAN PREVIEW EBOOK INI

Daptkan versi lengkap ebook ini dari saya

Sila email saya: [email protected] untuk maklumat lanjut

PENUTUP

Terdapat banyak lagi cara untuk mempromosi produk anda di internet. Anda buat 5 cara itu dahulu. Cara berbayar dan cara percuma perlu diimbangi supaya pelanggan yang datang ke squeeze page anda adalah mereka yang betul-betul berminat dengan produk yang anda tawarkan. Saya pun tidak buat semua sekaligus. Saya hanya buat yang percuma di facebook dahulu barulah saya anjur Pay Per Lead (PPL). Cara promosi berbayar anda buat ketika anda mempunyai modal.

Page 10: Ebook Rahsia Email List Sendiri v1.0 edisi preview

Rahsia Email List Sendiri

Page 10

Jika anda baru nak bermula kuasai dahulu ilmu sesuatu bidang yang hendak anda ceburi. Contohnya jika anda berminat dalam affiliate anda perlu menguasai ilmu berkaitan affiliate. Kejayaan anda terletak di tangan anda sendiri. Anda boleh lihat orang yang datang ke dunia perniagaan internet bukanlah orang yang mahir dalam bidang programming. Mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang.

Saya ingin mengesyorkan kepada anda mulakan langkah anda hari ini untuk mengumpul email list anda sendiri supaya anda dapat menjana pendapatan secara konsisten setiap bulan tanpa bergantung kepada strategi yang tidak pasti.