eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

download eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

of 27

Transcript of eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    1/27

    2013Tips dan Servis Laptop untuk

    Mengurangkan Haba

    Ditulis Oleh :

    Muhammad Izzul Akmal Othman

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    2/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    1 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    HAKCIPTA TERPELIHARA 2013. Sebarang bahagian di dalam e-buku panduan ini

    tidak boleh dicetak semula, dipindah milik dalam apa jua format sama ada elektronik,

    mekanikal, fotokopi, rakaman, imbasan atau sebarang format simpanan tanpa kebenaran

    bertulis dari pihak Muhammad Izzul Akmal Othman. E-buku ini adalah untuk kegunaan

    anda sahaja namun anda dibenarkan untuk menyebar di forum-forum, laman perkongsian

    fail dengan menyertakan sekali pautan kepada laman asal penulis iaitu:https://www.rc.my

    atauhttp://sssl.rc.my

    https://www.rc.my/https://www.rc.my/https://www.rc.my/http://sssl.rc.my/http://sssl.rc.my/http://sssl.rc.my/http://sssl.rc.my/https://www.rc.my/
  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    3/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    2 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Penafian

    E-buku ini dihasilkan bertujuan untuk perkongsian ilmu dan maklumat sahaja. Segala tips dan

    maklumat yang telah ditulis dalam buku ini adalah hasil daripada penulisan Muhammad Izzul

    Akmal Othman.

    E-buku ini adalah hasil kajian dan pengalaman beliau sendiri sepanjang berkecimpung di dalam

    dunia membaiki perkakasan komputer. Segala gambar yang telah diambil dan bukan milik penulis

    telah disertakan kredit pada ruangan Bibliografi.

    Kami dari pihak Muhammad Izzul Akmal Othman tidak akan bertanggung jawab ke atas mana-

    mana kerugian, kecederaan fizikal ataupun mental, kehilangan yang ditanggung oleh orang

    perseorangan atau sebagainya, yang berlaku akibat dari panduan dan penggunaan dari mana-mana

    kandungan di dalam e-buku ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    4/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    3 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Penghargaan

    Alhamdulilah dengan limpah kurniaNya saya telah berjaya menyiapkan e-buku ini. Tidak lupa

    juga kepada Encik Latif Esa yang banyak memberi ilmu dan berkongsi pengalaman beliau

    sepanjang saya menjalani Kursus ComTIA A+. Beliau tidak mengenal penat lelah dalam memberi

    dorongan kepada saya untuk menyiapkan e-buku ini untuk dikongsikan kepada anda semua.

    Seterusnya penulis tidak lupa kepada ibu bapa penulis yang sentiasa menyokong apa yang penulis

    lakukan dan minat di dalam dunia teknologi maklumat. Serta kawan-kawan seperjuangan yang

    banyak memberi bantuan dari segi pengalaman dan cara penulisan yang terbaik untuk

    diterjemahkan kepada pembaca.

    Penulis juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dari laman sesawang yang sudi dan

    banyak berkongsi ilmu dengan penulis. Laman sesawang yang penulis maksudkan adalah Rileks

    Community (www.rc.my) dan OMG! Hackers? (www.omghackers.com) serta menjadi platform

    untuk penulis mengedarkan e-buku ini.

    Dengan terbitnya e-buku ini, penulis berharap agar ramai yang di luar sana terdiri daripada

    peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa untuk cuba mempelajari dan melalukannya sendiri

    tanpa mengharapkan orang lain di dalam dunia teknologi maklumat. Semoga e-buku ini

    bermanfaat kepada anda semua.

    Sekian.

    http://www.rc.my/http://www.rc.my/http://www.rc.my/http://www.omghackers.com/http://www.omghackers.com/http://www.omghackers.com/http://www.omghackers.com/http://www.rc.my/
  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    5/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    4 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Kata Pengantar

    Setiap hari kita makan nasi

    Lauknya pula ayam Nandos

    Salam kita berjumpa lagi

    Daripada penulis Ebook Memasang dan Menyelenggara Windows

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

    Kepada semua pembaca yang sudi memuat turun e-buku ini. Terlebih dahulu penulis ingin

    mengucapakan ribuan malah jutaan terima kasih dan berharap agar pembaca dapat mempraktikkan

    apa yang dikongsi dalam buku ini dan dapat disebarkan kepada kawan-kawan yang lain.

    Apa yang ingin penulis sampaikan di dalam e-buku ini adalah ingin berkongsi segala pengalaman

    dan ilmu yang sangat berharga yang mungkin tidak semua orang tahu apa yang bagus dan apa

    yang tidak bagus dalam proses membuka dan memasang kembali laptop atau komputer anda.

    Bagi penulis, mengapa kita perlu laburkan wang ringgit kita kepada kedai komputer sedangkan

    perkara tersebut kita sendiri dapat lakukannya. Penulis sengaja mencampur adukkan Bahasa

    Melayu dan Inggeris agar beberapa kata atau ayat yang membolehkan pembaca faham dan mudah

    untuk berkomunikasi dengan orang ramai.

    Penulis berharap e-buku ini dapat melahirkan ramai generasi yang lebih profesional dan

    berkeyakinan dalam melakukan sesuatu yang mereka rasa baru kerana bagi penulis apabila kita

    sentiasa mencuba sesuatu yang baru dan walaupun kita gagal pada mulanya akan tetapi dengan

    usaha yang kita lakukan pasti akan menemui kejayaan di akhirnya.

    HASIL KERJA YANG MANTAP DATANG DARI PENGALAMAN YANG BANYAK

    INSYALLAH

    Yang Ikhlas

    Angelezo

    (Muhammad Izzul Akmal Othman)

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    6/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    5 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Isi Kandungan

    Kandungan M/S

    Hakcipta Penafian Penghargaan Kata Pengantar Tanda-tanda Laptop Overheating Ciri-ciri Laptop Sifat yang Bagus untuk Pembebasan Haba Faktor Laptop Menjadi Panas Bagaimana untuk Mengelakkan dari Overheating Tips Membuka dan Pemasangan Perkakasan Laptop Penutup Bibliography

    Rujukan

    1

    2

    3

    4

    6

    7

    8

    9

    10-22

    23

    24

    25

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    7/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    6 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Pengenalan

    Buku ini akan menerangkan beberapa tips dan penjagaan laptop supaya haba dapat dikurangkan

    sekurang-kuranya 20%. Segala tips yang dikongsi dalam buku ini diambil dari pakar-pakar yang

    telah disahkan dan berpengalaman.

    Kenapa Laptop?

    Tujuan saya berkongsi tips untuk laptop adalah disebabkan kebanyakkan masalah suhu yang

    mendadak sering terjadi kepada laptop. Ini terjadi kerana ruang pengaliran haba yang mampat

    dan memerlukan servis berkala bagi memastikan perfomance laptop anda kekal seperti baru. Jika

    anda perasan semakin panas sesuatu hardware pc/laptop maka perfomance nya akan semakin

    menurun.

    Saya mengambil simple analogy contoh kereta, cuba anda lihat apa yang akan terjadi jika

    temperature kereta naik? Pastinya akan menjadi semput dan lama kelamaan akan mati. Jadi

    konsepnya sama seperti laptop atau perkakasan pc yang lain.

    Saya tidak menafikan beberapa design, model dan material laptop ada yang bagus dan tidak

    bagus dari tahap pembebasan haba dari processor dan graphical processor unit (GPU) anda.

    Tanda-tanda laptop anda telah mengalami kepanasan yang melampau (overheating):-

    1) Prestasi laptop anda menjadi sangat perlahan

    2) Bunyi kipas yang bising dan kuat

    3) Selalu menghadapi masalah hang

    4) Laptop anda shutdown dengan sendiri ketika bermain game atau menonton movie.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    8/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    7 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Biar saya terangkan antara ciri-ciri laptop yang mempunyai sifat yang bagus dari segi

    pembebasan haba:-

    1) Mempunyai kawasan untuk tembaga dan thermal pad/paste yang banyak di bahagian heatsink

    laptop anda.

    2) Pengaliran udara yang baik dari segi design casing laptop anda.

    3) Material casing laptop adalah bukan bersifat plastik yang biasa, kerana apabila material casing

    laptop diperbuat dari plastik, haba akan terperangkap di dalamnya dan boleh menyebabkan

    laptop anda akan menjadi lebih panas.

    Material yang baik adalah mampu untuk menjadikan haba di dalam laptop keluar mengalir

    melalui casing laptop anda seperti material magnesium. Malah magnesium juga adalah lebih

    ringan dan nipis tetapi tahan lasak dan ianya juga digunakan pada pembuatan kereta BMW.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    9/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    8 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Antara jenama laptop yang diyakini beberapa model mempunyai beberapa ciri di atas adalah

    Asus, Lenovo, Sony, Dell dan Toshiba. (Jenama-jenama ini adalah dilihat dari segi pelbagai

    model yang telah dikeluarkan oleh syarikat ini.)

    Faktor Laptop menjadi panas:-

    1) Faktor cuaca dan iklim di Malaysia. Kita boleh lihat jika kita berada di luar negarakadar jangka hayat laptop akan lebih lama berbanding dengan jangka hayat berada di

    Malaysia. Malahan suhu di sana yang terlalu sejuk dan kadangkala kita tidak memerlukan

    kipas untuk laptop kita.

    2) Laptop yang tidak pernah servis dari mula kita membelinya. Laptop hendaklahdiservis sekurang-kurangnya setahun sekali bagi membuang habuk yang terperangkap di

    dalam laptop dan menyebabkan aliran haba menjadi tidak sistematik akibat dari habuk-

    habuk yang banyak yang berada pada kipas dan laluan haba.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    10/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    9 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Bagaimana untuk mengelakkan dari overheating?

    1) Kalau boleh pastikan tempat anda bekerja bersama laptop dilengkapi dengan penghawadingin untuk memastikan suhu laptop kekal dalam keadaan terbaik.

    2) Jika tidak mampu untuk bekerja di kawasan yang berpenghawa dingin, anda jugadisarankan menggunakan cooler untuk laptop anda. Cooler adalah sesuatu yang dicipta

    khas bagi pengguna-pengguna yang berada di cuaca yang panas.

    Di sini saya mencadangkan beberapa jenama yang memang terbukti membantu

    penyejukan laptop sebanyak 10-15% iaitu brand Cooler Master, Belkin dan Logitech

    kerana dari segi design pengaliran haba adalah sangat berkualiti dan mampu

    mengurangkan haba laptop anda.

    3) Servis laptop secara berkala juga diperlukan untuk memastikan habuk pada kipas danlaluan haba dibuang dengan baik dan menyebabkan haba dari laptop keluar dengan baik

    mengikut pengaliran yang bagus. Gantikan thermal pad/paste (grease) pada bahagian

    processor dan GPU supaya haba dapat dipindahkan dengan lebih efisyen.

    Kemudian kita masuk ke bahagian servis perkakasan laptop anda.

    Sebenarnya servis laptop bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah haba malah kadangkala

    iainya juga mampu membaiki beberapa masalah lain yang terjadi pada laptop anda contohnya

    wireless kurang stabil iaitu kejap ada kejap tak ada, gantikan bateri CMOS yang telah habis dan

    lain-lain.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    11/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    10 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Kadangkala hardware ini akan mengalami kerenggangan atau kelonggaran seperti kabel dan klip

    di pada motherboard dan apabila kita servis, secara tak langsung kita akan membaiki perkakasan

    yang longgar itu tadi dan jika ada modal yang lebih kita mungkin boleh menambah RAM laptop.

    Tips Membuka dan Pemasangan Perkakasan Laptop.

    Semasa proses membuka dan pemasangan laptop, sila pastikan diri anda dalam keadaan yang relax

    dan tidak stress. Apabila anda stress atau mengalami tekanan, anda digalakkan untuk berhenti

    seketika dan sambung semula apabila anda kembali tenang.

    Langkah seterusnya pastikan tiada aliran elektrik yang mengalir semasa proses membuka dan

    pemasangan, jadi anda hendaklah membuka bateri dan adapter supaya tidak berada bersama

    dengan laptop.

    Untuk permulaan kita akan berkenalan dengan ESD.

    Apa itu ESD?

    ESD dalam nama penuhnya adalah ElectroStatic Discharge. Ianya perkara yang ada pada

    seseorang yang boleh menyebabkan kerosakan atau memusnahkan perkakasan komputer anda.

    Ianya sama seperti kejutan apabila anda menyentuh sesuatu logam selepas anda menggosok kaki

    anda di atas permaidani.

    ESD berlaku tanpa pengguna berasa terkejut dan hanya berlaku semasa proses membuka dan

    permasangan perkakasan elektronik.

    Bagaimana hendak tanggani ESD?

    Cara terbaik untuk tanggani ESD adalah dengan menggunakan ESD wrist trap atau Antistatic

    mat.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    12/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    11 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Langkah-langkah yang membantu mengurangkan ESD :-

    Zero Potential Maknanya pastikan komputer anda berada di tempat yang betul iaitu tidak

    menyentuh permukaan logam atau permukaan (case) power supply.

    StandingPastikan semasa kerja dilakukan anda berdiri kerana jika kerap anda duduk di atas

    kerusi iainya akan menghasilkan lebih electrostatic,

    CordsPastikan cabut segala cable yang berada pada alat komputer tersebut.

    ClothesPastikan tidak memakai baju yang dapat menghasilkan banyak Electrical Charge, seperti

    baju yang banyak bulu.

    WeatherJangan melakukan kerja semasa sedang ribut atau kilat kerana akan menambah risiko

    ESD.

    AccessoriesUntuk membantu mengurankan ESD dan menggelakkan daripada masalah, pastikan

    anda menanggalkan semua barang kemas seperti rantai, gelang dan sebagainya.

    Info tambahanTahukah anda kucing adalah Electrostatic Bomb yang paling merbahaya. Jika

    kucing duduk atau lalu pada motherboard anda, kemungkinan 90% motherboard anda akan rosak.

    Pastikan semasa melakukan proses kerja pastikan persekitaran anda bebas dari haiwan yangberbulu.

    Beberapa tips semasa proses membuka dan memasang laptop :-

    1) Pastikan anda mempunyai buku servis manual dari manufacture model laptop untuk

    mengetahui cara membuka perkakasan dengan betul. Caranya anda boleh download pada website

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    13/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    12 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    manufacture laptop anda atau boleh cari di internet. Contohnya Service Manual Compaq CQ42

    (Model Laptop).

    2) Semasa proses hendak membuka skru pada laptop pastikan anda mempunyai alas untuk laptop

    dan segala tempat untuk meletak perkakasan yang akan dileraikan sekejap lagi. Alas hendaklah

    diperbuat daripada plastik atau kertas.

    *Jangan beralaskan besi untuk segala perkakasan laptop anda dan pastikan tiada kucing atau anjing

    berdekatan dengan anda apabila proses membuka laptop dijalankan. Ini kerana bulu-bulu mereka

    boleh menyebabkan motherboard anda rosak akibat electrostatic yang tinggi dan menyentuh pada

    permukaan motherboard anda.

    3) Seterusnya ambil sehelai kertas A4 yang kosong untuk anda lukis/lakar kedudukan skru

    pada casing dan dalaman laptop. Setelah anda membuka skru pastikan anda letakkan pada

    kedudukan yang betul dengan apa yang ada lukis dan guna pita pelekat (stick tape) untuk lekat

    skru anda pada kertas tadi.

    Langkah ini adalah amat penting supaya anda tidak terlupa kedudukan skru dan kehilangan skru

    atau terlebih skru apabila memasangnya kembali.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    14/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    13 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    15/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    14 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    4) Setelah anda berjaya buka casing laptop anda, perhatikan pada cable dan sambungannya.

    Langkah ini anda memerlukan kamera untuk mengambil gambar sebelum anda mencabut segala

    cable pada motherboard anda. Ini bertujuan supaya mudah untuk anda melihat flow cable dan

    kedudukan sebenar apabila memasangnya kembali.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    16/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    15 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    5) Cara mencabut RAM dari motherboard. Biasanya anda perlu membuka pin di kiri dan kanan

    RAM dan tolak ke tepi dan RAM akan terangkat. Pastikan cara anda pegang RAM pada kedudukan

    yang betul iaitu pada sisi RAM sahaja anda boleh menyentuhnya dan cabut dengan perlahan-lahan.

    6) Tips seterusnya apabila anda cuba untukmencabut cable pastikan anda menarik dan menolak

    ke kiri dan ke kanan supaya ianya akan longgar dan mudah untuk dicabut. Ada sesetengah kepala

    cable agak susah dicabut disebabkan saiznya yang kecil anda perlu mempunyai ketekunan dan

    kecekalan yang tinggi.

    Setelah anda mencuba berulang kali tetapi tidak berjaya untuk mencabutnya, anda digalakkan

    supaya berehat seketika dan mencubanya lagi setelah rehat lebih kurang 5 minit. Ini kerana apabila

    anda cuba memaksa secara berterusan, bimbang pin didalamnya akan bengkok atau patah dan

    menyebabkan bertambah lagi satu kerja untuk membetulkan pin.

    7) Penggantian penyerap haba iaitu thermal paste/grease, pad dan tembaga. Langkah ini anda

    hendaklah memastikan apa yang anda tukar adalah sama dengan apa yang ada pada laptop anda.

    Contohnya jika laptop anda menggunakan thermal paste pada processor, jadi pastikan anda

    gantikan dengan thermal paste dan bukannya thermal pad.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    17/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    16 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Kenapa kita perlu letakkan thermal paste ini?

    Permukaan pada heatsink dan processor mempunyai ruang-ruang yang kecil (tidak rata) apabila

    dirapatkan dan menyebabkan pengaliran haba dari processor tidak dapat mengalir dengan

    sempurna lalu menyebabkan processor anda overheating.

    Cara memilih thermal paste yang baik adalah anda perlu melihat pada thermal conductivity, iaitu

    semakin tinggi conductivity maka semakin baik. Thermal pad dan tembaga anda hendaklah

    mencari saiz dan ketebalan yang sama dengan yang asal.

    Jika saiz dan ketebalan tidak sama kemungkinan laptop anda tidak dapat dihidupkan atau

    motherboard anda akan mengalami kerosakan.

    Cara meletakkan anda perlu memastikan permukaannya tempat letak thermal paste, pad dan

    tembaga bersih. Digalakkan menggunakan alcohol untuk membersihkan permukaan tersebut.

    *Jangan sesekali mencuci dengan menggunakan jari atau besi kerana apabila anda mencucinya

    dengan jari permukaan itu tadi akan berminyak dan menyebabkan thermal paste tidak dapat

    diletakkan dengan baik pada permukaan. Besi pula akan mengakibat calar sehingga

    menghasilkan torehan halus dan kemungkinan processor itu akan mengalami kerosakan.

    Cara yang betul untuk meletakkan thermal paste. Pastikan anda letakkan pada kedua-dua

    permukaan iaitu pada heatsink dan permukaan processor atau chipset, hendaklah rata dan tidak

    terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    18/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    17 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Contoh thermal paste dan pad.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    19/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    18 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    8) Tools yang digunakan adalah amat penting dalam kerja penyelenggaraan laptop. Pastikan

    kita menggunakan tool yang betul supaya kerja yang kita lakukan akan lebih kemas dan teratur.

    Screwdriver

    Dari segi pemilihan screwdriver, anda digalakkan menggunakan screwdriver buatan dari

    Germany atau Jepun kerana pembuatannya amat teliti dan diketuk pada suhu yang tinggi untuk

    menghasilkan bunga yang tahan lasak dan boleh digunakan sepanjang hidup. Selalunya tools ini

    mempunyai Lifetime Warranty.

    Screwdriver dari buatan dari China juga boleh digunakan tetapi tidak digalakkan kerana

    kadangkala mata skru akan terhakis dan menyebabkan permukaannya akan menjadi bulat dan

    susah untuk ditanggalkan akibat dari mata screwdriver yang tidak baik.

    Contoh Screwdrivers:-

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    20/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    19 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Pry Tool

    Alatan digunakan apabila kita ingin membuka lcd skrin, keyboard laptop dan kepala kabel yang

    halus dan susah dibuka. Ianya amat membantu dan dengan menggunakan alat ini ianya dapat

    menjaga permukaan supaya tidak calar atau rosak.

    Sesetengah orang menggunakan skrewdriver philips untuk membuka perkakasan ini tapi malanya

    penggunaan alatan yang salah akan mengakibatkan kecacatan pada permukaaan dan perkasaan

    tersebut.

    Contoh Pry Tools :-

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    21/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    20 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Cleaning Tools

    Proses pembersihan memerlukan beberapa alat yang spesifik atau sekadar cukup memadai untuk

    membersihkan peralatan laptop luar dan dalam.

    ClothKain adalah amat sesuai untuk mencuci perkakasan seperti casing laptop, mouse dan

    lain. Jangan sesekali menggunakan kain untuk mencuci perkakasan yang mempunyai

    circuit seperti RAM atau motherboard kerana ianya akan menghasilakan ESD dan merosakkan

    alat elektronik.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    22/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    21 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Water or Isopropyl (Alcohol)Untuk memastikan permukaan circuit bersih 100% dan cepat

    kering saya mencadangkan anda menggunakan alcohol bagi mencuci motherboard, ram dan

    sebagainya.

    Air biasa boleh digunakan tapi akan mengambil masa untuk kering kerana proses penghidratan

    adalah lambat. Jadi jika menggunakan air pastikan permukaan betul-betul kering sebelum di

    pasang kembali.

    Portable VaccumVakum digunakan untuk menyedut habuk, rambut, dan sebagainya dari

    dalam laptop. Jangan menggunakan vaccum biasa yang kita gunakan di rumah kerana iainya

    akan menghasilkan ESD dan akan merosakkan peralatakan laptop/komputer.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    23/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    22 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Cotton SwabsAlat yang digunakan mencuci permukaan circuit elektrik yang kecil dengan

    menggunakan alcohol semasa proses mencuci bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

    Foam SwabsAlat ini adalah yang paling sesuai bagi mencuci permukaan circuit elektrik

    berbanding dengan cotton swabs. Jika tidak ada anda boleh menggunakan cotton swabs sahaja

    pun sudah memadai.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    24/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    23 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    BerusBoleh digunakan untuk mencuci kipas dan heatsink yang berhabuk. Untuk kesan yang

    lebih baik gunakan sekali dengan alcohol. Sifat berus hendaklah sederhana kasar iatut tidak

    terlalu lembut dan tidak terlalu keras.

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    25/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    24 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Penutup

    Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke akhirnya. Bagaimana anda rasa buku ini banyak

    memberi ilmu-ilmu baru berkenaan proses membuka dan memasang laptop atau perkakasan

    komputer?

    Ya penulis yakin ramai di antara kita yang teringin untuk membuka dan servis laptop mereka

    sendiri tanpa memerlukan khidmat kedai komputer yang banyak mahukan keuntungan

    berbanding hasil kerja yang baik kepada pelanggan mereka.

    Segala tips yang telah diberikan adalah di ambil dari pakar-pakar komputer yang berpengalaman

    dan saya sendiri serta di padatkan kepada sebuah e-buku agar anda semua dapat manfaatkannya.

    Penulis berharap jika tidak keberatan bagi sesiapa yang rasakan buku ini bagus dan bergunakepada diri sendiri dan orang ramai dan ingin menyumbang kepada penulis bagi dapat

    menghasilkan lagi e-buku yang lebih berkualiti berbanding ini di masa akan datang.

    Boleh sumbangkan seikhlas hati kepada akaun penulis yang tertera di bawah ini. Jangan lupa

    juga untuk sebarkan e-buku ini kepada kawan-kawan, saudara-mara dan sebagainya.

    Akaun Maybank

    158462-028538

    Muhammad Izzul Akmal

  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    26/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    25 | P a g e

    Hakcipta Terpelihara 2013 Muhammad Izzul Akmal Othman [email protected]

    Bibliography

    MagnesiumPhotos Copyright courtesy of Dell Inc

    Skrew and Paper Photos www.lifehacker.com.au & josephshoer.com

    Pry Tools Photo www.garagejournal.com

    Antistatic Mat Photo www.antistatictablemats.com

    Portable Vacuum, Isopropyl and Foam Swabs Photos www.ebay.com

    http://www.lifehacker.com.au/2012/07/keep-track-of-tiny-screws-with-a-piece-of-paper-or-cardboard/http://www.lifehacker.com.au/2012/07/keep-track-of-tiny-screws-with-a-piece-of-paper-or-cardboard/http://josephshoer.com/blog/2009/12/this-is-one-thing-to-do-with-all-those-tiny-screws-you-produce-when-you-disassemble-a-laptop/http://www.garagejournal.com/http://www.garagejournal.com/http://www.garagejournal.com/http://www.antistatictablemats.com/http://www.antistatictablemats.com/http://www.antistatictablemats.com/http://www.ebay.com/http://www.ebay.com/http://www.ebay.com/http://www.ebay.com/http://www.antistatictablemats.com/http://www.garagejournal.com/http://josephshoer.com/blog/2009/12/this-is-one-thing-to-do-with-all-those-tiny-screws-you-produce-when-you-disassemble-a-laptop/http://www.lifehacker.com.au/2012/07/keep-track-of-tiny-screws-with-a-piece-of-paper-or-cardboard/
  • 7/30/2019 eBook Tips Dan Servis Laptop Untuk Mengurangkan Haba

    27/27

    Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba

    Rujukan

    ESD Info 2013 Computer Hope. Retrieved fromhttp://www.computerhope.com

    Cleaning Tools 2013 Computer Hope. Retrieved fromhttp://www.computerhope.com

    http://www.computerhope.com/http://www.computerhope.com/http://www.computerhope.com/http://www.computerhope.com/http://www.computerhope.com/http://www.computerhope.com/http://www.computerhope.com/http://www.computerhope.com/