Ece 502 topik 1

36
ECE 502 AMALAN PEMAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL UNTUK KANAK-KANAK

description

slide note 4 early childhood education

Transcript of Ece 502 topik 1

Page 1: Ece 502   topik 1

ECE 502

AMALAN PEMAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL UNTUK KANAK-

KANAK

Page 2: Ece 502   topik 1

TOPIK 1: PROGRAM AMALAN PEMAKANAN BERKHASIAT

Page 3: Ece 502   topik 1

PENGENALAN

• Setiap pendidik atau guru prasekolah perlu mengetahui tentang keperluan makanan seimbang kepada kanak-kanak.

• Pemakanan seimbang amatlah perlu untuk tumbesaran yang bersesuaian dengan usia mereka.

• Oleh itu, guru-guru perlu mengadakan program amalan pemakanan berkhasiat, disamping merancang pelan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat di prasekolah.

Page 4: Ece 502   topik 1

• Seperti pakaian dan tempat tinggal, makanan merupakan keperluan asas setiap individu.

• Tanpa makanan, makhluk hidup (manusia dan binatang) akan mati atau sukar dalam mengerjakan atau melakukan sebarang aktiviti.

Page 5: Ece 502   topik 1

• Definisi Makanan dan Pemakanan

- Makanan ialah satu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau

cecair.

- Makanan mempunyai ciri-ciri seperti bentuk, rupa, warna, bau, rasa dan tekstur yang berbeza.

Page 6: Ece 502   topik 1

• Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan, pemulihan, dan pengawalan kesihatan.

• Nutrien, air dan pelawas sangat penting dalam proses tersebut.

Page 7: Ece 502   topik 1

Makanan dan Kesihatan

• Makanan dan kesihatan adalah saling kait mengait.

• Makanan mempengaruhi kesihatan seseorang, seperti kata pepatah mengatakan, ‘you are what you eat’ atau ‘anda adalah apa yang anda makan’.

• Kesihatan individu bergantung kepada pengetahuan dalam mengimbangkan pengambilan nutrien-nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam, mineral air dan pelawas.

Page 8: Ece 502   topik 1

• Makanan mengandungi tenaga, zat makanan (nutrien) dan komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan.

• Kita memerlukan tenaga dan zat makanan yang penting sebab badan kita tidak dapat mengeluarkan sendiri dan mesti diambil dari makanan.

Page 9: Ece 502   topik 1

• Terdapat lebih 40 zat makanan yang dikumpul dalam enam jenis zat makanan utama, iaitu:

- karbohidrat- lemak- protein- vitamin- garam galian- air

Page 10: Ece 502   topik 1

• Makanan yang diambil setiap hari hendaklah seimbang dan membekalkan nutrien yang diperlukan mengikut keperluan individu.

• Nutrien yang diperlukan terdiri daripada kumpulan makanan yang berikut:-

- Makanan pembina tubuh - protein.- Makanan pembekal tenaga (energy ) - karbohidrat, lemak.- Makanan pencegah penyakit - vitamin (sayuran dan buah-buahan) dan garam mineral.

Page 11: Ece 502   topik 1

• Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrien (seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan galian) yang berbeza.

• Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien untuk individu membesar, berkembang, bekerja, bergerak, bermain, berfikir dan belajar.

Page 12: Ece 502   topik 1

MAKANAN BERKHASIAT

• Kepentingan Pengambilan Makanan Berkhasiat.

- Kesihatan diri merupakan ‘harta’ yang paling berharga, namun ramai yang tidak menyedari (ataupun memang tidak tahu) sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat.

- Ramai juga yang tidak menyedari (atau tidak tahu) akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk memastikan kesihatan

yang baik.

Page 13: Ece 502   topik 1

Punca Penyakit

• Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dadn kurang memakan makanan yang berkhasiat.

• Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Page 14: Ece 502   topik 1

• Frances M Lappe, seorang Pakar Pemakanan dari Amerika, menyatakan diet yang tidak menyihatkan adalah memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah (perasa, pewarna) dan kurang memakan makanan berserat (fibre ).

• Adakah kita salah seorang daripada mereka?

Page 15: Ece 502   topik 1

• Adakah diet kita mempunyai ciri-ciri seperti berikut?- Terlalu banyak lemak dan kolesterol.- Terlalu banyak gula.- Terlalu banyak garam.- Terlalu sedikit serat.

Page 16: Ece 502   topik 1

Terlalu Banyak Lemak dan Kolestrol

• Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.

• Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

• Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Page 17: Ece 502   topik 1

Terlalu Banyak Gula

• Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.

• Gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Page 18: Ece 502   topik 1

• Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Page 19: Ece 502   topik 1

Terlalu Banyak Garam

• Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

• Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Page 20: Ece 502   topik 1

• Akibat pengambilan terlalu banyak garam, sesetengah orang akan menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Page 21: Ece 502   topik 1

Terlalu Sedikit Serat

• Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70-80 jam untuk melalui saluran penghadaman.

• Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melingungi daripada seragan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan memperceptkan pengeluarannya dari tubuh.

• Maka, makanlah makanan yg mengandungi banyak serat.

Page 22: Ece 502   topik 1

• Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu kita harus mementukan sendiri apa yang terbaik untuk diri kita.

• Untuk memastikan sama ada kita telah mengambil makanan berlebihan, kita perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian - sudah sendat/ketat atau masih tetap seperti biasa.

Page 23: Ece 502   topik 1

Rumusan

• Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian.

• Jika kita (sibuk) berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti kita telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika hanya duduk sepanjang masa/hari.

• Ingat, jika kita memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.

Page 24: Ece 502   topik 1

• Diet (yang kita makan) menentukan keadaan kesihatan anda seperti mana pepatah ‘diri anda adalah apa yang anda makan’.

• Oleh itu, penting bagi kita mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat awal, iaitu di peringkat prasekolah lagi.

Page 25: Ece 502   topik 1

POLISI PEMAKANAN

Menurut artikel ‘Set to be a more obese nation’ dari New Sunday Times (11/04/2010), satu kajian pada tahun 2006 mendapati 2 dari 5 orang (70%) dewasa adalah gemuk/obese, dan perbandingan statistik pada sedekad lalu, menunjukkan peningkatan 250%!

Page 26: Ece 502   topik 1

• Statistik Ini menunjukkan lebih ramai dari rakyat Malaysia menikmati taraf hidup yang agak selesa dan mudah mendapat makanan yang enak-enak berbanding dengan generasi orang-orang zaman dahulu, terutama di zaman perang Jepun dan diawal negara kita merdeka.

Page 27: Ece 502   topik 1

• Statistik sebegini cukup membimbangkan kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

• KKM berusaha meningkat promosi kesedaran terhadap penjagaan kesihatan melalui penekanan pemakanan seimbang melalui Pelan 10 tahun untuk Pemakanan 2006-2015(10 year National Plan of Action for Nutrition 2006-2015)

Page 28: Ece 502   topik 1

• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga melancarkan Polisi Pemakanan Kebangsaan (National Nutrition Policy) yang mempromosikan amalan diet dan pemakanan yang sihat.

Page 29: Ece 502   topik 1

Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK)

• Di Malaysia, MKMPK adalah merupakan badan penasihat tertinggi negara dalam menangani semua perkara berhubung dengan keselamatan makanan dan pemakanan.

• MKMPK bertindak untuk memperkukuhkan usaha semua agensi yang terlibat dalam keselamatan makanan dan pemakanan supaya ia boleh meningkatkan ‘national coherence’ dengan mengambil kira keperluan kepada pendekatan bersepadu, mengurangkan pertindihan tugas dan mengoptimumkan sumber kepakaran yang ada dari kedua-dua sektor awam dan swasta.

Page 30: Ece 502   topik 1

Peranan MKMPK

• Memastikan bekalan makanan negara adalah selamat dan bermutu.

• Mengesahkan kepentingan ‘public health advocacy’ kerajaan dalam bidang keselamatan makanan dan polisi.

• Meletakkan Malaysia sebagai negara yang memainkan peranan utama dalam bidang keselamatan makanan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Page 31: Ece 502   topik 1

PENUBUHAN MKMPK

Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 21 Mac 2001.

Keanggotaan:- Pengerusi: YB Menteri Kesihatan- Ketua Sekretariat: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

Page 32: Ece 502   topik 1

Ahli:• Dianggotai oleh seramai 49 ahli seperti berikut:

- 17 Ketua Setiausaha dan 25 orang Ketua Pengarah pelbagai kementerian/agensi.- Peguam Negara.- Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).- Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Page 33: Ece 502   topik 1

- Presiden Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT).- Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia

(NSM).- Presiden Persatuan Kesihatan Persekitaran Malaysia (MAEH).- Presiden Institut Kimia Malaysia.

Page 34: Ece 502   topik 1

PENCAPAIAN MKMPK

• Dalam persidangan-persidangan yang telah diadakan, keputusan penting yang telah dibuat termasuk pengwujudan:- Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan.- Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia.- Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan.- Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia II (2006 – 2015).- Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Analisis Makanan.- Penubuhan Akademi Latihan Kebersihan dan Keselamatan Makanan (ALKEM), dan- Halaman khusus untuk MKMPK.

Page 35: Ece 502   topik 1

Aktiviti Kumpulan

• Bincangkan apakah aktiviti-aktiviti atau program-program yang boleh dilaksakan untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang pemakanan yang sihat.

• Bagaimanakah aktiviti-aktiviti/program-program tersebut dilaksanakan.

Page 36: Ece 502   topik 1

END OF TOPIC 1