Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... ·...

26
Edaran percuma (Harga RM0)

Transcript of Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... ·...

Page 1: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

Edaran percuma (Harga RM0)

Page 2: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 1 daripada 25

MAKLUMAT PENERBITAN

Nama Buku Digital (e-book):

Panduan Menggunakan GIMP (Asas)

Tarikh terbitan:

Jumaat, 01 Muharram 1439 Hijrah | 22 September 2017 Masihi

eISBN:

eISBN 978-967-11366-2-1

Penerbit:

Kolej Komuniti Gerik, Bukit Nasah, 33300, Gerik, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Identiti Penerbit : ISBN 978-967-11366

No. Telefon : 605 791 6199 / 0299

No. Faks : 605 791 6399

Laman Sesawang : http://www.kkgri.edu.my

Alamat e-mel : [email protected] / [email protected]

Facebook : https://www.facebook.com/KolejKomunitiGerik

Twitter : https://twitter.com/kkgerik

Instagram : https://www.instagram.com/KolejKomunitiGerik

MAKLUMAT HAK CIPTA

© 2017 oleh Kolej Komuniti Gerik

Nor Islahiah binti Muhammed (Penulis/Pengarang/Penyunting)

Penyelaras Unit Rekaan Kreatif Kolej Komuniti Gerik / Pengajar Kursus GIMP

Rekaan Muka Depan © 2017 oleh Nuraisyah binti Abdul Aziz

Ketua Penyelaras Unit Rekaan Kreatif Kolej Komuniti Gerik / Pengajar Kursus GIMP

Hak cipta terpelihara. Tidak ada sebarang bahagian dalam buku digital ini yang boleh diterbitkan semula atau

digunakan dalam apa-apa cara tanpa kebenaran bertulis daripada penulis/penerbit KECUALI penggunaan

petikan ringkas (brief quotation) untuk ulasan buku.

Tujuan buku digital ini dihasilkan adalah untuk kemudahan pengajar dan peserta kursus GIMP di Kolej Komuniti

Gerik, Perak (KKGP). Namun begitu, matlamat utama kursus tersebut dan buku digital ini diadakan adalah untuk

mengalakkan penggunaan perisian GIMP dan mengurangkan kebiasaan menggunakan perisian cetak rompak

yang salah di sisi undang-undang dan agama dikalangan rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, pemilik hak cipta/penerbit mengambil keputusan untuk mengedarkan buku digital ini secara

percuma. Pembaca juga dibenarkan untuk membuat salinan dan mengedarkan buku digital ini TANPA perlu

meminta kebenaran daripada kami DENGAN SYARAT, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk khidmat

tersebut. Bayaran hanya boleh dikenakan untuk khidmat cetakan.

PENAFIAN

Penulis/Penerbit bukanlah pemilik atau rakan usahasama perisian GIMP. Perisian ini merupakan perisian

terbuka yang dilesenkan di bawah “General Public License v3 and later”. Maklumat yang dikongsikan di dalam

buku digital ini adalah panduan dalam menggunakan perisian GIMP versi 2.8.14 sahaja berdasarkan

pengetahuan/pengalaman peribadi Penulis.

Penulis telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan tiada kesilapan pada maklumat yang dikongsikan

namun begitu tiada jaminan dapat diberikan bahawa maklumat yang diberikan adalah 100% tepat.

Penulis/Penerbit tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian secara langsung atau

tidak langsung yang timbul akibat menggunakan maklumat di dalam buku digital ini.

Page 3: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 2 daripada 25

Isi kandungan panduan ini:

Perkara Muka surat

01. Senarai Isi Kandungan 02

02. Pengenalan kepada GIMP 03

03. Pengenalan kepada Antaramuka (Interface) GIMP 04 – 05

04. Penerangan Ringkas Antaramuka (Interface) GIMP 06 – 08

06. Asas Sebelum Menggunakan GIMP Untuk Menyunting Gambar

Membuka gambar (Open Image)

Menyimpan gambar (Save Image)

Ubah paparan GIMP menjadi satu tetingkap (Single-Window Mode)

Menguruskan tetingkap mudah alih (Dockable Dialog)

Menukar ukuran dan mutu cetakan gambar (Image Print Size & Resolution)

Membuat/membuang Garisan Penanda (Guideline)

Membesar/mengecilkan paparan gambar (Display Zoom In/Out)

09 – 12

09

09 – 10

10

10 – 11

11

11 – 12

12

07. Panduan Asas Menyunting Gambar

Bekerja dengan lapisan (Layers)

Memilih/menanda kawasan tertentu pada gambar (Select Tools)

Potong gambar (Image Crop)

Padam bahagian tertentu pada gambar (Delete)

Menambah tulisan pada gambar (Add Text)

Buang mata merah pada gambar (Red Eye Removal)

Kecilkan/Besarkan gambar (Image Resize)

Tukar tahap kecerahan gambar (Image brightness level)

Tukar gambar berwarna menjadi gambar hitam putih

Terbalikkan gambar (Flip)

Pusing gambar supaya senget (Rotate)

Bermain dengan kesan khas kepada gambar (Filters)

13 – 20

13 – 14

14 – 16

17

17

18

18

18 – 19

19

19

20

20

20

08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP

Memilih warna

Melukis secara bebas

Melukis garisan lurus

Melukis garisan melengkung

Melukis bentuk petak

Melukis bentuk bulatan

Mewarna

21 – 24

21

22

22

22

23

23

24

10. Senarai Sumber Rujukan dan Sumber Gambar 25

Page 4: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 3 daripada 25

PENGENALAN KEPADA GIMP

Nama GIMP terhasil daripada singkatan kepada “GNU Image Manipulation Program”.

Sesuai dengan namanya, perisian ini dihasilkan melalui sistem operasi (operating system) GNU

untuk membolehkan penggunanya mengendalikan gambar (image manipulation) untuk tugasan

seperti...

membaiki gambar (photo retouching)

mengubahsuai susun atur dan rupa gambar (image composition)

menyediakan pandu arah untuk antaramuka (image authoring)

menukar format gambar (image format converter)

...dan banyak lagi.

Perisian ini boleh dipasang di komputer yang menggunakan sistem operasi Windows,

Mac, GNU, atau Linux. Anda boleh muat turun perisian ini di www.gimp.org dan

menggunakannya secara percuma (Ya, perisian ini sememangnya percuma!).

Namun hanya kerana perisian ini boleh diperolehi secara percuma, tidaklah bermakna

perisian ini boleh dipandang rendah. Keupayaan GIMP keluaran terkini mungkin tidak boleh

dikatakan setanding dengan Adobe Photoshop keluaran yang terkini buat masa ini, namun

begitu perisian ini merupakan tulang belakang kepada laman sesawang Flaming Text Logo

Generator dan Cooltext Logo Generator dalam menjana pelbagai gambar yang menarik

secara atas talian, selain digunakan dalam penghasilan filem Linux and Scooby-Doo.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan dalam GIMP ialah:

Set melukis yang lengkap termasuk berus, pensel, penyembur, dan klon

Saiz gambar hanya terhad mengikut ruang simpanan (disk space) yang ada

“Sub-pixel sampling” alat mengecat untuk pelicinan garisan bermutu tinggi

Sokongan penuh saluran Alpha untuk bekerja dengan ciri lutsinar

Lapisan berlapis (layers) dan saluran (channels)

Keupayaan untuk menggunakan skrip canggih

Alat pengubah termasuk pemusing, pengubah saiz dan pembalik

Sokongan format fail yang meluas termasuk GIF, JPEG, PNG, XPM, TIFF,

TGA, MPEG, PS, PDF, PCX, BMP dan banyak lagi.

Alat pemilih termasuk segiempat, bulatan, bebas, ajaib, dan gunting pintar

Pelbagai pemalam (plug-ins) yang membenarkan penambahan format fail baru

dan kesan khas dengan mudah

Kesimpulannya, perisian ini sebenarnya agak canggih dan berupaya untuk memenuhi

keperluan sesetengah pereka grafik, jurugambar, pelukis, dan ahli sains serta kebanyakan

pengguna biasa.

Page 5: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 4 daripada 25

PENGENALAN KEPADA ANTARAMUKA (INTERFACE) GIMP

Secara umumnya, beginilah rupa antaramuka GIMP.

Pengguna tidak memilih untuk menggunakan satu tetingkap sahaja (Single Window Mode)

Pengguna memilih untuk menggunakan satu tetingkap sahaja (Single Window Mode)

4 3

2

1

4 3

2

1

Page 6: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 5 daripada 25

PENGENALAN KEPADA ANTARAMUKA (INTERFACE) GIMP

1. Senarai Pilihan (Menu)

2. Tetingkap Gambar (Image Window)

3. Tetingkap Lapisan (Layers)

4. Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox)

5. Tetingkap Tetapan Alat (Tool Options)

Page 7: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 6 daripada 25

PENERANGAN RINGKAS ANTARAMUKA (INTERFACE) GIMP

Senarai Pilihan (Menu)

Bagi pengguna baru yang tidak begitu mahir menggunakan pintasan papan kekunci (keyboard

shortcut), Senarai Pilihan (Menu) GIMP sangat membantu. Hampir kesemua pilihan tindakan

boleh dicari/dipilih di sini.

Tetingkap Gambar (Image Window)

Gambar yang anda sedang sunting/lukis akan terpapar di sini.

Tetingkap Lapisan (Layers)

GIMP menyokong penyuntingan gambar yang terdiri daripada banyak lapisan. Anda boleh

lihat senarai semua lapisan tersebut dan pilih lapisan yang hendak disunting di sini.

Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox)

Di sini tersimpan semua alat yang anda perlukan untuk menyunting/melukis gambar. Anda

boleh rujuk jadual di bawah untuk penerangan ringkas setiap alat yang ditawarkan.

BIL. GAMBAR ALAT

PENERANGAN

01

Alat Pemilih Bentuk Petak (Rectangle Select Tool) Gunakan alat ini untuk menandakan suatu kawasan berbentuk petak.

02

Alat Pemilih Bentuk Bulatan (Ellipse Select Tool) Gunakan alat ini untuk menandakan suatu kawasan berbentuk bulatan.

03

Alat Pemilih Bentuk Bebas (Free Select Tool) Gunakan alat ini untuk menandakan suatu kawasan mengikut bahagian yang anda tandakan.

04

Alat Pemilih Ajaib (Fuzzy Select Tool / Magic Wand) Gunakan alat ini untuk menandakan suatu kawasan yang mempunyai warna yang lebih kurang sama.

05

Alat Pemilih Mengikut Warna (Select By Color Tool) Gunakan alat ini untuk menandakan semua kawasan yang mempunyai warna yang sama.

06

Alat Pemilih Seakan Gunting (Scissors Select Tool / Intelligent Scissors) Alat ini adalah antara alat pintar yang paling sesuai untuk membantu anda menandakan kawasan yang mempunyai bentuk tertentu dengan lebih cepat kerana alat ini berupaya untuk mengekori alur sesuatu bentuk dengan sendirinya.

07

Alat Pemilih Bahagian Depan (Foreground Select Tool) Secara umumnya, gambar terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian depan (foreground) dan latar belakang (background). Sekiranya bahagian depan gambar dan latar belakang gambar mengandungi gabungan warna yang berlawanan, alat ini adalah antara alat pintar yang paling sesuai untuk membantu anda menandakan suatu kawasan di bahagian depan (foreground) gambar dengan cepat.

Page 8: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 7 daripada 25

Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox)

08

Alat Pembuat Laluan (Paths Tool) Gunakan alat ini untuk menghasilkan garisan beralun atau bentuk tertentu.

09

Alat Pengutip Warna (Color Picker Tool) Jika anda tidak tahu kod warna yang anda lihat pada gambar tapi anda mahu gunakan warna tersebut maka alat inilah yang paling sesuai untuk anda guna bagi mendapatkan warna tersebut.

10

Alat Pembesar / Pengecil Paparan (Zoom Tool) Gunakan alat ini untuk besarkan atau kecilkan paparan gambar.

11

Alat Pengukur (Measure Tool) Gunakan alat ini untuk mengukur jarak dan sudut antara dua titik.

12

Alat Penggerak (Move Tool) Gunakan alat ini untuk mengubah kedudukan gambar.

13

Alat Penyusun (Alignment Tool) Gunakan alat ini untuk menyusun gambar mengikut aturan tertentu.

14

Alat Pemotong (Crop Tool) Gunakan alat ini untuk memotong gambar dengan cepat.

15

Alat Pemutar (Rotate Tool) Gunakan alat ini untuk putar gambar supaya senget ke kiri atau ke kanan tanpa mengubahsuai atau merosakkan gambar.

16

Alat Pengubah Saiz (Scale Tool) Gunakan alat ini untuk membesar atau mengecilkan gambar.

17

Alat Pengherot (Shear Tool) Gunakan alat ini untuk mengherot-benyotkan gambar ke satu arah.

18

Alat Pengubah Sudut Pandangan (Perspective Tool) Gunakan alat ini untuk membetulkan atau mengubah sudut pandangan pada gambar.

19

Alat Pembalik (Flip Tool) Gunakan alat ini untuk menterbalikkan gambar samaada terbalik kiri ke kanan atau atas ke bawah.

20

Alat Pengubah Bentuk (Cage Transform) Gunakan alat ini untuk mengubah bentuk gambar.

21

Alat Penulis (Text Tool) Gunakan alat ini untuk menulis pada gambar.

22

Alat Penuang Warna (Bucket Fill Tool) Gunakan alat ini untuk mewarnakan kawasan yang telah ditandakan dengan satu warna atau corak tertentu.

23

Alat Penuang Pelbagai Warna (Blend Tool) Gunakan alat ini untuk mewarnakan kawasan yang telah ditandakan dengan adunan pelbagai warna yang tertentu.

24

Alat Pensel (Pencil Tool) Gunakan alat ini untuk melukis / mewarna seolah-olah anda melukis / mewarna dengan pensel.

Page 9: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 8 daripada 25

Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox)

25

Alat Berus Lukisan (Paintbrush Tool) Gunakan alat ini untuk melukis / mewarna seolah-olah anda melukis / mewarna dengan berus lukisan.

26

Alat Pemadam (Eraser Tool) Gunakan alat ini untuk memadam bahagian tertentu pada gambar / lukisan.

27

Alat Penyembur Warna (Airbrush Tool) Gunakan alat ini untuk melukis / mewarna seolah-olah anda melukis / mewarna dengan alat penyembur warna.

28

Alat Pen Dakwat (Ink Tool) Gunakan alat ini untuk melukis / mewarna seolah-olah anda melukis / mewarna dengan pen berdakwat basah.

29

Alat Peniru (Clone Tool) Gunakan alat ini untuk meniru gambar atau corak.

30

Alat Penyembuh (Healing Tool) Sama seperti Alat Peniru (Clone Tool) tetapi dengan kepintaran tambahan untuk mengambil kira keadaan sekitar supaya hasil tiruan tampak lebih asli.

31

Alat Peniru Bersudut Pandangan (Perspective Clone Tool) Gunakan alat ini untuk meniru gambar atau corak mengikut sudut pandangan tertentu.

32

Alat Pengkabur / Penajam (Blur / Sharpen Tool) Gunakan alat ini untuk mendapatkan kesan kabur atau kesan gambar yang tajam pada gambar menggunakan berus.

33

Alat Pencomot (Smudge Tool) Gunakan alat ini untuk mendapatkan kesan comot pada gambar menggunakan berus.

34

Alat Penerang / Penggelap (Dodge / Burn Tool) Gunakan alat ini untuk mendapatkan kesan warna yang lebih terang atau lebih gelap pada gambar menggunakan berus.

35

Bekas Warna (Foreground & Background Colors) Di sini, anda boleh memilih warna yang akan digunakan pada Alat Pensel (Pencil Tool), Alat Berus Lukisan (Paintbrush Tool), Alat Penyembur Warna (Airbrush Tool) dan lain-lain alat.

36

Berus Yang Sedang Digunakan (The Active Brush) Bahagian ini membolehkan anda memeriksa serta menukar jenis berus, jenis corak, dan jenis adunan warna yang sedang digunakan dengan pantas.

37

Gambar Yang Sedang Digunakan (The Active Image) Pautan pantas ke gambar yang berada di lapisan teratas dalam susunan gambar (Layers).

Tetingkap Tetapan Alat (Tool Options)

Apabila pengguna memilih mana-mana alat bilangan (bil.) 01-34 daripada Tetingkap Kotak

Peralatan (Toolbox), pengguna boleh menukar tetapan alat tersebut di sini. Contohnya apabila

anda memilih Alat Penyembur Warna (Airbrush Tool), maka di sini anda boleh memilih saiz

penyembur, kekuatan warna semburan (kuat atau lembut), dan sebagainya.

Page 10: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 9 daripada 25

ASAS SEBELUM MENGGUNAKAN GIMP UNTUK MENYUNTING GAMBAR

1. Membuka gambar sedia ada untuk disunting.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik (menekan dengan tetikus) pada

“File”.

Klik pada “Open”.

Pilih gambar yang dikehendaki.

Klik pada butang “Open”.

Kesannya, gambar yang dipilih akan

terpapar di Tetingkap Gambar (Image

Window).

2. Membuka gambar kosong untuk disunting.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “File”.

Klik pada “New ”.

Pilih tetapan yang dikehendaki seperti

keluasan gambar (lebarxtinggi), jenis

kedudukan (menegak atau mendatar),

kedalaman warna (resolution), dan sebagainya.

o Kedalaman warna 72 selalunya sudah

mencukupi untuk laman sesawang.

o Kedalaman warna 150-300 selalunya

sudah mencukupi untuk tujuan

cetakan.

o Untuk latar lutsinar, pilih “Fill

with: Transparency”.

Klik pada butang “OK”.

Kesannya, gambar kosong mengikut

tetapan yang dipilih tadi akan terpapar di Tetingkap Gambar (Image Window).

3. Menyimpan gambar yang sedang atau telah siap

disunting.

Pergi ke Senarai pilihan (Menu).

Klik pada “File”.

Klik pada “Save”.

Letakkan nama yang dikehendaki di

bahagian “Name”.

Pilih di mana anda hendak simpan gambar ini. Contoh: xampp (rujuk gambar

di bawah).

Semak di bahagian “Save in folder” untuk pastikan tempat yang dipilih tadi

adalah betul.

Klik pada butang “Save”.

Kesannya gambar ini akan disimpan dalam format .xcf.

Page 11: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 10 daripada 25

ASAS SEBELUM MENGGUNAKAN GIMP UNTUK MENYUNTING GAMBAR

4. Menyimpan gambar yang telah siap disunting dalam format selain .xcf, .xcf.bz2,

.xcfbz2, .xcf.gz, atau .xcfgz. Contoh: .jpg.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “File”.

Klik pada “Export”.

Letakkan nama yang dikehendaki di bahagian “Name”

Untuk pilih jenis format, pergi ke bahagian “Select File Type”, klik pada kotak

yang ada bentuk + supaya senarai format yang boleh dipilih terpapar, dan

pilih format yang dikehendaki.

Pilih di mana anda hendak simpan gambar ini.

Klik pada butang “Export”.

Klik pada butang “Export” sekali lagi.

Kesannya gambar ini akan disimpan dalam format yang dikehendaki.

5. Menetapkan supaya semua bahagian dalam GIMP dipaparkan dalam satu (1)

tetingkap sahaja atau sebaliknya.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “Windows”.

Lihat pada “Single-Window Mode”.

Perhatikan, ada atau tiada tanda (checked) di

sebelahnya (rujuk gambar kanan).

Jika ada, anda tidak perlu buat apa-apa. Jika tiada, klik pada pilihan “Single-

Window Mode” tersebut.

6. Menyelesaikan masalah tiada Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox), Tetingkap Lapisan (Layers), Tetingkap Tetapan Alat (Tool Options), atau Tetingkap Mudah Alih (Dockable Dialog) lain.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “Windows”.

Klik pada “Dockable Dialogs”.

Klik pada nama tetingkap yang berkenaan.

Page 12: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 11 daripada 25

ASAS SEBELUM MENGGUNAKAN GIMP UNTUK MENYUNTING GAMBAR

7. Sorok semua Tetingkap Mudah Alih (Dockable Dialog) buat sementara waktu untuk

memudahkan lihat paparan penuh gambar yang sedang disunting/dilukis dan papar

semula.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “Windows”.

Lihat pada “Hide Docks”. Perhatikan, ada atau tiada tanda (checked) di

sebelahnya. Jika ada, maksudnya tetingkap telah disorokkan. Jika tiada,

maksudnya adalah sebaliknya.

Klik pada “Hide Docks” untuk tandakan atau buang tanda pada pilihan ini.

8. Tutup Tetingkap Mudah Alih (Dockable Dialog) yang tidak dikehendaki. Contoh: Tetingkap

Tetapan Alat (Tool Options).

Pergi ke tetingkap mudah alih tersebut.

Perhatikan di bahagian hujung, ada butang kecil

bentuk segitiga di situ (rujuk butang yang ditunjukkan anak panah dalam

gambar di sebelah). Klik butang itu.

Klik “Close Tab” untuk tutup tetingkap.

9. Cara menukar ukuran dan mutu cetakan gambar (image print resolution).

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu), klik “Images”,

dan klik “Print Size”.

Isikan maklumat ukuran yang dikehendaki.

“Width” dan “Height” merujuk kepada ukuran

lebar dan panjang gambar apabila dicetak.

Dalam contoh ini, ukuran gambar ialah

13.889 inci lebar x 9.264 inci panjang. “X

resolutions” dan “Y resolutions” merujuk kepada mutu gambar. Dalam contoh

ini, terdapat 72 unsur gambar (pixel) bagi setiap keluasan satu inci gambar.

Lebih tinggi kepadatan unsur gambar, lebih elok hasil cetakan gambar.

Apabila selesai, klik butang “OK”.

10. Meletak/memadam Garisan Rujukan (Guideline).

Pertama sekali, pastikan gambar yang hendak disunting telah dibuka. Rujuk

panduan 1 dan 2 jika tidak tahu bagaimana untuk buat demikian.

Kemudian, pergi ke Tetingkap Gambar (Image Window).

Dalam gambar di bawah, yang pertama tiada Pembaris (Ruler) tetapi yang

kedua ada. Jika tetingkap anda seperti yang pertama, anda perlu pergi ke

Senarai Pilihan (Menu), klik “View”, klik “Show Rulers” terlebih dahulu.

... bersambung di halaman seterusnya

Page 13: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 12 daripada 25

ASAS SEBELUM MENGGUNAKAN GIMP UNTUK MENYUNTING GAMBAR

Jika tetingkap anda seperti yang kedua, anda hanya perlu klik pada hujung

Pembaris tersebut (rujuk bulatan atas dalam gambar di bawah), JANGAN

lepaskan klik, seret ke tempat yang anda mahu, kemudian barulah lepaskan

tetikus (rujuk bulatan bawah dalam gambar di bawah).

Pembaris terbahagi pada dua bahagian: satu atas, satu kiri. Jika tarik dari

atas, dapatlah garisan penanda melintang seperti dalam gambar di atas.

Untuk garisan penanda menegak, garisan perlu ditarik dari sebelah kiri.

Untuk buang garisan penanda, klik sahaja pada garisan tersebut, seret

kembali ke Pembaris, dan lepaskan tetikus.

11. Membesar/mengecilkan paparan gambar.

Pertama sekali, pastikan fail yang hendak disunting telah dibuka. Rujuk

panduan 1 dan 2 jika tidak tahu bagaimana untuk berbuat demikian.

Kemudian, pergi ke Tetingkap Gambar (Image Window).

Tengok di bahagian bawah sekali.

Anda sepatutnya akan nampak seperti gambar di atas.

Klik pada anak panah kedua untuk pilih nisbah ukuran

paparan kepada ukuran sebenar gambar.

Kesannya, kalau anda pilih 100 iaitu 100%, gambar

akan dipaparkan mengikut ukuran sebenar. Kalau anda

pilih 50 iaitu 50%, gambar akan dipaparkan 50% lebih

kecil berbanding ukuran sebenar, dan begitulah

seterusnya.

Nisbah paparan: 100% Nisbah paparan: 400%

Page 14: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 13 daripada 25

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

1. Mengubah kedudukan lapisan pada gambar.

Apabila menggunakan GIMP, satu-satu gambar itu boleh terdiri daripada

pelbagai lapisan. Contoh: Sila perhatikan di Tetingkap Lapisan (Layers) pada

gambar di bawah. Anda akan dapati bahawa gambar ini sebenarnya terdiri

daripada 2 lapisan gambar.

Sebagaimana di dunia sebenar, lapisan di atas akan menutup lapisan di

bawah. Dalam contoh di atas, lapisan berwarna hitam legam yang dinamakan

sebagai Lapisan 2 menutup lapisan bernama Lapisan 1 yang mempunyai

gambar seorang lelaki.

Untuk mengubah kedudukan

lapisan, anda hanya perlu klik pada

lapisan tersebut dan seret ke

kedudukan yang dikehendaki.

Contoh: Lapisan 1 mahu diletakkan

di atas Lapisan 2. Maka, klik dan seret lapisan tersebut ke atas Lapisan 2.

Kesannya adalah seperti dalam gambar di bawah:

Page 15: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 14 daripada 25

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

2. Menyunting gambar pada lapisan tertentu.

Apabila menyunting gambar, peralatan yang digunakan hanya akan berkesan

pada lapisan yang dipilih sahaja.

Untuk mengetahui anda sekarang berada di lapisan mana, lihat sahaja di

Tetingkap Lapisan (Layers). Lapisan tersebut akan ditandakan dengan warna

biru seperti dalam contoh gambar pertama di bawah:

Mengikut contoh dalam gambar pertama di atas, anda sekarang berada di

“Lapisan 1”. Untuk memilih “Lapisan 2”, anda hanya perlu klik pada “Lapisan

2”. Hasilnya seperti dalam gambar kedua di atas.

3. Menyelesaikan masalah lapisan gambar tidak lutsinar.

Pergi ke Tetingkap Lapisan (Layers).

Klik kanan pada lapisan yang dikehendaki.

Klik “Add Alpha Channel”.

4. Memilih kawasan yang dikehendaki pada gambar.

Terdapat tujuh (7) alat untuk memilih

kawasan yang disediakan dalam GIMP

iaitu Alat Pemilih Bentuk Petak (Rectangle

Select Tool), Alat Pemilih Bentuk Bulatan (Ellipse Select Tool), Alat Pemilih Bentuk

Bebas (Free Select Tool), Alat Pemilih Ajaib (Fuzzy Select Tool/Magic Wand), Alat Pemilih

Mengikut Warna (Select By Color Tool), Alat Pemilih Seakan Gunting (Scissors Select Tool /

Intelligent Scissors), dan Alat Pemilih Bahagian Depan (Foreground Select Tool).

Untuk menggunakan alat di atas, pergi ke Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox).

Klik untuk pilih mana-mana alat yang dikehendaki. Contoh: Alat Pemilih

Bentuk Petak (Rectangle Select Tool).

Untuk Alat Pemilih Bentuk Petak (Rectangle Select Tool), dan Alat Pemilih Bentuk

Bulatan (Ellipse Select Tool), Klik di mana-mana pada gambar. JANGAN lepaskan

klik tersebut. Seterusnya, seret ke atas/bawah/kiri/kanan/mana-mana untuk

menandakan kawasan yang dikehendaki. Setelah selesai, baru lepaskan klik.

... bersambung di halaman seterusnya

01 02

Page 16: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 15 daripada 25

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

Untuk Alat Pemilih Bentuk Bebas (Free Select Tool), anda hanya perlu klik, klik, dan

klik lagi di sekeliling kawasan yang anda kehendaki untuk menandakan

kawasan tersebut sehingga di akhirnya anda perlu klik pada titik tanda yang

pertama (rujuk gambar pertama di bawah) untuk mengesahkan bahawa anda

telah selesai memilih kawasan yang dikehendaki.

Untuk Alat Pemilih Ajaib (Fuzzy Select Tool/Magic Wand), hanya perlu

klik pada mana-mana kawasan yang sama warna. Contoh:

Untuk menandakan kawasan berwarna hijau sahaja, anda

perlu klik sekali di mana-mana dalam kawasan yang

berwarna hijau itu. Namun begitu, alat ini hanya mampu

memilih kawasan yang bersambungan sahaja sebab itu

kalau perhatikan gambar contoh di sebelah, bukan semua kawasan berwarna

hijau berjaya ditandakan.

Untuk menandakan semua kawasan berwarna hijau pada

gambar, anda perlu gunakan Alat Pemilih Mengikut Warna (Select By Color Tool). Cara gunanya sama sahaja seperti Alat

Pemilih Ajaib (Fuzzy Select Tool/Magic Wand). Hasilnya seperti

Cara guna Alat Pemilih Seakan Gunting (Scissors Select Tool /

Intelligent Scissors) adalah lebih kurang sama seperti Alat Pemilih

Bentuk Bebas (Free Select Tool) cuma anda bukan klik, klik, klik ikut suka hati tetapi

klik, klik, klik, di sekeliling kawasan yang mempunyai bentuk. Alat ini dengan

sendirinya akan mengikut alur bentuk tersebut, sekaligus memudahkan anda

untuk menandakan kawasan sebegini. Di akhir sekali, anda perlu klik semula

pada titik tanda yang pertama (rujuk gambar pertama di bawah) dan klik

sekali dalam kawasan yang ditandakan (rujuk gambar kedua di bawah) untuk

mengesahkan bahawa anda telah selesai memilih kawasan yang

dikehendaki.

... bersambung di halaman seterusnya

03

06

04

05

Page 17: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 16 daripada 25

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

Dan yang akhir sekali, Alat Pemilih Bahagian Depan (Foreground Select Tool).

o Gunakan langkah yang sama seperti apabila menggunakan Alat

Pemilih Bentuk Bebas (Free Select Tool) untuk tandakan secara kasar

bahagian depan pada gambar yang anda mahu. (Rujuk gambar

pertama di bawah)

o Bahagian dalam kawasan yang telah anda tandakan akan kelihatan

agak gelap manakala kawasan lain akan dipenuhi dengan warna biru,

hijau atau merah yang terang. (Rujuk gambar kedua di bawah)

o Seterusnya klik pada mana-mana bahagian yang paling gelap pada

bahagian depan gambar. JANGAN lepaskan klik tersebut. Seret ke

mana-mana bahagian paling gelap pada bahagian depan gambar.

Kemudian barulah lepaskan klik pada tetikus. (Rujuk gambar pertama

di bawah)

o Anda akan lihat bahawa semua bahagian depan gambar akan

dipaparkan dengan jelas, manakala semua di latar belakang akan

digelapkan dengan warna biru, hijau, atau merah.

o Sekiranya anda berpuas hati dengan hasil di atas, klik butang “Alt”

dan “Enter” pada papan kekunci untuk mengesahkan bahawa anda

mahu menanda/memilih kawasan tersebut.

o Kesannya, jika anda rujuk gambar 01-07 di atas, ada kawasan pada

gambar yang kini dikelilingi garisan putus-putus yang bergerak-gerak.

Inilah kawasan yang telah kita tandakan/pilih tadi. Macam-macam

boleh dibuat dengan kawasan ini.

07

Page 18: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 17 daripada 25

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

5. Potong gambar (Image Crop) – Cara 1.

Buka gambar yang dikehendaki.

Tandakan kawasan gambar yang dikehendaki sahaja.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “Image”.

Klik pada “Crop to Selection”.

Kesannya...

Amaran: Sekiranya gambar ini mempunyai beberapa lapisan, semua lapisan

akan terpotong sama (rujuk gambar hujung sekali sebelah kanan di atas).

6. Potong gambar (Image Crop) – Cara 2.

Buka gambar yang dikehendaki.

Tandakan kawasan gambar yang dikehendaki sahaja.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “Layer”.

Klik pada “Crop to Selection”.

Kesannya...

7. Padam bahagian tertentu pada gambar.

Buka gambar yang

dikehendaki.

Tandakan pada kawasan

gambar yang dikehendaki sahaja.

Pergi ke Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox).

Klik pada Alat Pemadam (Eraser Tool).

Kemudian, klik dan seret pemadam pada padam bahagian yang hendak

dipadam.

Contoh kesannya seperti gambar di

sebelah:

Page 19: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 18 daripada 25

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

8. Menambah perkataan pada gambar.

Buka gambar yang dikehendaki.

Pergi ke Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox).

Klik pada Alat Penulis (Text Tool).

Klik dan seret untuk membentuk kotak di mana perkataan itu akan berada.

Kemudian, terus tulis perkataan yang dikehendaki.

Contoh hasil seperti gambar di bawah:

9. Buang mata merah pada gambar (Red Eye Removal).

Buka gambar yang dikehendaki.

Tandakan pada kawasan bola mata yang

berwarna merah.

Buka gambar yang dikehendaki.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “Filters”.

Klik pada “Enhance”.

Klik pada “Red Eye Removal”.

Ubah ketetapan “Threshold” mengikut kesesuaian.

Klik “OK”.

10. Kecilkan/Besarkan gambar (Image Resize) – Cara 1.

Buka gambar yang dikehendaki.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “Image”.

Klik pada “Scale Image”.

Tetapkan keluasan yang dikehendaki.

Klik butang “Scale”.

Contoh kesannya adalah seperti

gambar di bawah.

Page 20: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 19 daripada 25

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

11. Kecilkan/Besarkan gambar (Image Resize) – Cara 2.

Buka gambar yang dikehendaki.

Pergi ke Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox).

Klik pada Alat Pengubah Saiz (Scale Tool).

Klik pada gambar yang hendak dibesar/kecilkan.

Klik dan seret gambar untuk besarkan/kecilkan gambar.

Setelah puas hati, klik butang “Scale”.

Lihat pula di Tetingkap Lapisan (Layers). Kadang-kadang akan keluar satu

lapisan seperti yang ditunjukkan dalam gambar hujung sekali sebelah kanan

di atas.

Jika ada, klik situ dengan butang tetikus sebelah kanan (right mouse click).

Kemudian klik pada “Anchor Layer”.

12. Tukar tahap kecerahan gambar (Change image brightness level).

Buka gambar yang dikehendaki.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “Colors”.

Klik pada “Curves”.

Klik dan seret garisan di tengah-tengah tu ke atas untuk cerahkan gambar

atau ke bawah untuk gelapkan gambar.

Setelah puas hati, klik butang “OK”.

13. Tukar gambar berwarna menjadi gambar hitam putih.

Buka gambar yang dikehendaki.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “Colors”.

Klik pada “Desaturate”

Pilih tetapan warna kelabu yang disukai.

Setelah puas hati, klik butang “OK”.

Page 21: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 20 daripada 25

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

14. Terbalikkan gambar.

Buka gambar yang dikehendaki.

Pergi ke Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox).

Klik pada Alat Pembalik (Flip Tool).

Kemudian tengok di bawah Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox), ada kotak yang

dinamakan Tetapan Alat (Tool Options). Pilih tetapan yang

sesuai. Contoh: “Flip Type (Ctrl): Vertical”.

Klik pada gambar yang hendak dibalikkan.

Contoh hasil seperti gambar di bawah:

15. Pusing gambar supaya senget.

Buka gambar yang dikehendaki.

Pergi ke Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox).

Klik pada Alat Pemutar (Rotate Tool).

Klik pada gambar yang hendak dipusing kedudukannya.

Pilih tetapan yang sesuai. Contoh: “Angle: 75”

Setelah puas hati, klik butang “Rotate”.

Contoh hasil seperti gambar di sebelah kanan:

16. Bermain dengan kesan khas pada gambar (Filters).

Buka gambar yang dikehendaki.

Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).

Klik pada “Filters”.

Pilih kesan khas yang dikehendaki. Contoh:

“Filter” > “Render” > “Pattern” > “Jigsaw”

Pilih tetapan yang dikehendaki. Contoh: Untuk

kesan “Jigsaw”, anda boleh pilih berapa keping pecahan

gambar yang dikehendaki, kedalaman gambar, dan lain-

lain.

Setelah puas hati, klik butang “OK”.

Contoh hasil seperti gambar di sebelah kanan.

Lain-lain contoh kesan khas yang disediakan dalam GIMP:

Page 22: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 21 daripada 25

ASAS MELUKIS DAN MEWARNA DENGAN GIMP

1. Memilih warna

Tidak kiralah peralatan apa yang anda sedang

gunakan dalam GIMP, pemilihan warna akan dibuat

di satu tempat sahaja iaitu di Bekas Warna (Foreground &

Background Colors) yang berada di Tetingkap Kotak

Peralatan (Toolbox).

Terdapat dua jenis warna yang boleh dipilih di sini

iaitu warna latar depan (foreground color) dan warna latar

belakang (background color). Dalam contoh gambar

pertama di sebelah, terdapat empat kotak warna dan

satu anak panah .

Kotak besar berwarna hitam di atas ialah kotak yang

menunjukkan warna latar depan (foreground color) yang

sedang digunakan. Sebagai contoh, sekiranya warna

yang kita sedang gunakan berwarna jingga, maka

akan berwarna jinggalah kotak ini (rujuk gambar

kedua di atas).

Kotak besar berwarna putih di atas ialah kotak yang

menunjukkan warna latar belakang (background color) yang sedang digunakan.

Sebagai contoh, sekiranya warna yang kita sedang gunakan berwarna

perang, maka akan berwarna peranglah kotak ini (rujuk gambar kedua di

atas).

Dua kotak kecil berwarna hitam dan putih di bawah itu pula sebenarnya

merupakan satu butang yang boleh ditekan untuk mengembalikan warna latar

depan (foreground color) dan warna latar belakang (background color) yang telah kita ubah

ke warna asal iaitu warna hitam dan putih.

Anak panah itu pun merupakan satu butang yang anda boleh tekan untuk

menukar warna antara warna latar depan (foreground color) dengan warna latar

belakang (background color) (rujuk gambar ketiga di atas untuk contoh).

Page 23: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 22 daripada 25

ASAS MELUKIS DAN MEWARNA DENGAN GIMP

2. Melukis secara bebas

Untuk melukis secara bebas, terdapat empat alat iaitu Alat Pensel (Pencil Tool),

Alat Berus Lukisan (Paintbrush Tool), Alat Penyembur Warna (Airbrush Tool), dan Alat

Pen Dakwat (Ink Tool).

Untuk menggunakan peralatan ini, buka gambar yang dikehendaki.

Kemudian pergi ke Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox) dan klik pada mana-

mana peralatan yang dinyatakan di atas.

Klik pada gambar dan seret untuk lukis.

3. Melukis garisan lurus

Untuk melukis garisan lurus, peralatan

yang boleh digunakan ialah Alat Pensel (Pencil Tool), Alat Berus Lukisan (Paintbrush Tool),

Alat Penyembur Warna (Airbrush Tool), Alat

Pen Dakwat (Ink Tool), Alat Pemadam (Eraser

Tool), Alat Peniru (Clone Tool), Alat Pengkabur /

Penajam (Blur / Sharpen Tool), Alat Pencomot (Smudge Tool), dan Alat Penerang / Penggelap (Dodge / Burn Tool). Pilih salah satu.

Klik sekali sahaja di mana anda mahu garisan itu bermula pada gambar.

Seterusnya, klik butang “Shift” pada papan kekunci (keyboard). Jangan lepaskan

butang tersebut.

Klik sekali sahaja di mana anda mahu garisan itu berakhir.

Lepaskan butang “Shift” tadi.

4. Melukis garisan melengkung

Untuk melukis garisan jenis ini, pergi ke Tetingkap

Kotak Peralatan (Toolbox) dan klik pada Alat

Pembuat Laluan (Paths Tool).

Klik sekali sahaja di mana anda mahu garisan itu

bermula pada gambar.

Klik sekali sahaja di mana anda mahu garisan itu berakhir.

Klik pada garisan yang terhasil dan seret ke atas/bawah/kiri/kanan untuk

hasilkan garisan yang melengkung. Lepaskan klik apabila puas hati.

Tidak seperti sebelum ini, garisan yang dihasilkan tidak berwarna. Untuk

mewarnakan garisan ini, pergi ke Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox), tengok

Tetingkap Tetapan Alat (Tool Options). Klik pada butang “Stroke Path”.

Pilih tetapan yang sesuai. Contoh: “Stroke with a paint tool: Paintbrush”.

Klik butang “ Stroke”.

Tekan butang “b” pada papan kekunci (keyboard) apabila selesai.

Page 24: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 23 daripada 25

ASAS MELUKIS DAN MEWARNA DENGAN GIMP

5. Melukis bentuk segi empat/petak

Untuk melukis bentuk ini, pergi ke Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox) dan klik

pada Alat Pemilih Bentuk Petak (Rectangle Select Tool).

Klik di mana-mana pada gambar. JANGAN lepaskan klik tersebut.

Seret ke atas/bawah/kiri/kanan/mana-mana untuk hasilkan bentuk petak.

Apabila puas hati, lepaskan klik.

Bentuk yang dihasilkan tidak berwarna. Untuk

mewarnakan bentuk ini, pergi ke Senarai Pilihan

(Menu), klik “Edit” dan pilih salah satu daripada ini

Tapi untuk kali ni, cuba ambil “Stroke Selection”.

Pilih tetapan yang sesuai. Contoh: ““Stroke with a paint

tool: Paintbrush”.

Klik butang “ Stroke”.

6. Melukis bentuk segi empat sama

Langkahnya sama sahaja seperti apabila melukis bentuk segi empat/petak

cuma selepas klik pada Alat Pemilih Bentuk Petak (Rectangle Select Tool), anda perlu pergi ke Tetingkap

Tetapan Alat (Tool Options) , tandakan pada kotak

“Fixed” terlebih dahulu jika belum ditanda dan pastikan di sebelah kotak

“Fixed” itu, tetapan yang dipilih ialah “Aspect ratio”.

7. Melukis bentuk segi empat tanpa bucu tajam

Langkah sama seperti di panduan 5 dan 6, cuma di Tetingkap Tetapan Alat (Tool Options), tandakan pada kotak “Rounded corners” dan pilih tetapan “Radius”

yang sesuai.

8. Melukis bulatan

Langkahnya sama seperti apabila melukis bentuk segi empat/petak cuma

peralatan yang digunakan bukan Alat Pemilih Bentuk Petak (Rectangle Select Tool)

tetapi Alat Pemilih Bentuk Bulatan (Ellipse Select Tool).

9. Melukis bentuk bulatan sempurna

Langkahnya sama sahaja seperti apabila melukis bulatan cuma selepas klik

pada Alat Pemilih Bentuk Bulatan (Ellipse Select Tool),

anda perlu pergi ke Tetingkap Tetapan Alat (Tool

Options) , tandakan pada kotak “Fixed” terlebih dahulu

jika belum ditanda dan pastikan di sebelah kotak “Fixed” itu, tetapan yang

dipilih ialah “Aspect ratio”.

Page 25: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 24 daripada 25

ASAS MELUKIS DAN MEWARNA DENGAN GIMP

10. Mewarna – Cara 1

Tandakan kawasan yang hendak diwarnakan.

Pergi ke Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox) dan

klik pada Alat Penuang Warna (Bucket Fill Tool).

Di Tetingkap Tetapan Alat (Tool Options), terdapat

banyak pilihan disediakan untuk anda. Untuk

contoh kali ini, pilih “Affected Area (Shift): Fill

whole selection” (tetapan 1) atau “Affected Area

(Shift): Fill similar colors” (tetapan 2).

Klik pada kawasan yang hendak diwarnakan.

Jika anda gunakan tetapan 1, hasilnya seperti

dalam gambar kedua di bawah. Jika anda

gunakan tetapan 2, hasilnya seperti dalam

gambar ketiga di bawah.

11. Mewarna – Cara 2

Tandakan kawasan yang hendak diwarnakan.

Pergi ke Tetingkap Kotak Peralatan (Toolbox) dan

klik pada Alat Penuang Pelbagai Warna (Blend

Tool).

Di Tetingkap Tetapan Alat (Tool Options), terdapat

banyak pilihan disediakan untuk anda. Pilihlah

tetapan yang anda suka.

Klik dalam kawasan yang telah ditandakan

tadi, JANGAN lepaskan klik, seret dahulu ke

mana-mana arah, kemudian baru lepaskan.

Antara hasil yang boleh didapati menggunakan

alat ini:

Page 26: Edaran percuma (Harga RM0)kkgerik.mypolycc.edu.my/v2018/images/kkgp/2017/panduan_menggunakan... · 08. Asas Melukis Dan Mewarna Dengan GIMP Memilih warna Melukis secara bebas Melukis

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS) Halaman 25 daripada 25

SUMBER RUJUKAN

Laman sesawang rasmi GIMP di http://www.gimp.org

Puan Nuraisyah binti Abdul Aziz, lepasan Sarjana Muda Senireka (Grafik), UiTM

Beginning GIMP From Novice to Proffesional Second Edition oleh Akkana Peck

(2008)

Video panduan bertajuk Best GIMP Training #9 - Foreground Select Tool oleh

jec112203 di https://www.youtube.com/watch?v=aDdWMP1hEto (2016)

GIMP USER’S MANUAL oleh Karin Kylander & Olof S Kylander (1999)

Modul Pelatihan Desain Grafis oleh Tim Kreatif, UKM Creative Computer Club,

Universitas Trunojoyo Madura (2011)

OSCC MAMPU OSS Case Study Awards 2010 - Penulisan Nota GIMP dalam

Bahasa Malaysia oleh Duratul Ain Yahya, Bahagian Multimedia & Teknologi

Pendidikan, Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (2010)

SUMBER GAMBAR

Wilber (lambang khas GIMP) adalah milik https://www.gimp.org

Yellow Hibiscus in Malaysia oleh Tu7uh - Karya sendiri, CC BY 3.0,

https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=17032972

Selain yang dinyatakan di atas, gambar yang selebihnya adalah gambar percuma

yang diambil dari pelbagai sumber dan gambar yang diambil atau disediakan sendiri

oleh penulis atau kakitangan KKGP.