EDARAN SELANGORKINIDIGITAL EKONOMI NEGERI. · “Kerajaan Negeri sentiasa berfikir ... Israel tak...

23
HENTI SENTIMEN KAUM muka 3 PRESTASI KUTIPAN CUKAI LANGSUNG MENINGKAT muka 7 PSPA: HAMPIR 10,000 PENJAWAT AWAM TERIMA MANFAAT muka 5 PERUNTUKAN VETERAN ATM BERTAMBAH muka 9 selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor OLEH NADIAH ZAMLUS BATU CAVES - Menjaga hak kaum lain tan- pa mengira batas agama menjadi tunjang kemakmuran dan kesejahteraan Selangor, kata Dato’ Menteri Besar, Amiruddin Shari. Beliau berkata, kemakmuran negeri juga untuk semua kaum termasuk Melayu, Cina, India, Sikh dan yang lain termasuk Orang Asal. “Saya orang Islam tetapi sudah berjanji akan menjaga hak semua kaum tanpa mengira batas kaum dan agama. “Oleh itu, kita rakyat Selangor jangan berpecah belah. Kita perlu bersatu hati dan perhatian harus ditumpukan kepada usaha untuk melonjakkan ekonomi negeri. “Dengan itu, kita akan menjadi kuat dan negeri kita akan bertambah kaya,” ka- tanya ketika ucapan Perasmian Sambutan Thaipusam Peringkat Negeri Selangor di Kuil Sri Subramaniar, di sini, pada 20 Ja- nuari lalu. Turut hadir, EXCO Pemberdayaan, Pem- bangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Suliman Abd Rahman dan Pegawai Daerah Gom- bak, Dato’ Amirul Azizan. Amirudin berkata, beliau berbangga apabila sambutan Thaipusam di Selangor berlangsung dengan lancar, sehingga kini. Katanya, sambutan dianjurkan sejak 2008 itu memberi erti yang besar kepada rakyat Selangor khususnya masyarakat Hindu. “Komitmen Kerajaan Negeri adalah menjamin keadilan buat semua selagi warganegara berpayung di bawah per- lembagaan nasional. “Kerajaan Negeri sentiasa berfikir untuk membantu masyarakat dan ia menjadi keutamaan. Ini kerana Kera- jaan Pakatan Harapan sudah bela- jar daripada sejarah dan tidak akan melakukan kesilapan seperti Barisan Nasional. “Kita jamin orang Melayu, India dan Cina akan duduk seimbang serta ba- hagia. Oleh itu, marilah kita tinggalkan perkara dan sangkaan buruk,” katanya. PERCUMA 24 - 30 Januari 2019, 18 - 24 Jamadil Awal 1440 SAYA ORANG ISLAM TETAPI SUDAH BERJANJI AKAN MENJAGA HAK SEMUA KAUM TANPA MENGIRA BATAS KAUM DAN AGAMA. OLEH ITU, KITA RAKYAT SELANGOR JANGAN BERPECAH BELAH. KITA PERLU BERSATU HATI DAN PERHATIAN HARUS DITUMPUKAN KEPADA USAHA UNTUK MELONJAKKAN EKONOMI NEGERI. EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Transcript of EDARAN SELANGORKINIDIGITAL EKONOMI NEGERI. · “Kerajaan Negeri sentiasa berfikir ... Israel tak...

HENTI SENTIMENKAUMmuka 3

PRESTASI KUTIPAN CUKAI LANGSUNG MENINGKATmuka 7

PSPA: HAMPIR 10,000 PENJAWAT AWAM TERIMA MANFAATmuka 5

PERUNTUKAN VETERANATM BERTAMBAHmuka 9

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

BATU CAVES - Menjaga hak kaum lain tan-pa mengira batas agama menjadi tunjang kemakmuran dan kesejahteraan Selangor, kata Dato’ Menteri Besar, Amiruddin Shari.

Beliau berkata, kemakmuran negeri juga untuk semua kaum termasuk Melayu, Cina, India, Sikh dan yang lain termasuk Orang Asal.

“Saya orang Islam tetapi sudah berjanji akan menjaga hak semua kaum tanpa mengira batas kaum dan agama.

“Oleh itu, kita rakyat Selangor jangan berpecah belah. Kita perlu bersatu hati dan perhatian harus ditumpukan kepada usaha untuk melonjakkan ekonomi negeri.

“Dengan itu, kita akan menjadi kuat dan negeri kita akan bertambah kaya,” ka-tanya ketika ucapan Perasmian Sambutan Thaipusam Peringkat Negeri Selangor di Kuil Sri Subramaniar, di sini, pada 20 Ja-nuari lalu.

Turut hadir, EXCO Pemberdayaan, Pem-bangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Suliman Abd Rahman dan Pegawai Daerah Gom-bak, Dato’ Amirul Azizan.

Amirudin berkata, beliau berbangga apabila sambutan Thaipusam di Selangor berlangsung dengan lancar, sehingga kini.

Katanya, sambutan dianjurkan sejak 2008 itu memberi erti yang besar kepada

rakyat Selangor khususnya masyarakat Hindu.

“Komitmen Kerajaan Negeri adalah menjamin keadilan buat semua selagi warganegara berpayung di bawah per-lembagaan nasional.

“Kerajaan Negeri sentiasa berfikir untuk membantu masyarakat dan ia menjadi keutamaan. Ini kerana Kera-jaan Pakatan Harapan sudah bela-jar daripada sejarah dan tidak akan melakukan kesilapan seperti Barisan Nasional.

“Kita jamin orang Melayu, India dan Cina akan duduk seimbang serta ba-hagia. Oleh itu, marilah kita tinggalkan perkara dan sangkaan buruk,” katanya.

PERCUMA 2 - 8 Ogos 2018, 20 - 26 Zulkaedah 1439PERCUMA 24 - 30 Januari 2019, 18 - 24 Jamadil Awal 1440

SAYA ORANG ISLAM TETAPI SUDAH BERJANJI AKAN MENJAGA HAK SEMUA KAUM TANPA MENGIRA BATAS KAUM DAN AGAMA. OLEH ITU, KITA RAKYAT SELANGOR JANGAN BERPECAH BELAH. KITA PERLU BERSATU HATI DAN PERHATIAN HARUS DITUMPUKAN KEPADA USAHA UNTUK MELONJAKKANEKONOMI NEGERI.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

2Utama

SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

Tiada hubungan diplomatik

Israel tak patut datang MalaysiaKUALA LUMPUR - Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Israel tidak seharusnya datang ke Malaysia memandangkan negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Beliau berkata, Malaysia mem-punyai hak menutup sempadannya kepada sesetengah orang.

“Sebuah negara mempunyai hak untuk menutup sempadannya ke-pada sesetengah orang. Sebab itu adanya sempadan.

"Di Malaysia, kita tidak mempu-nyai hubungan diplomatik dengan Israel dan berpendapat mereka membuat terlalu banyak kesala-

han tetapi tetap terlepas kerana tiada siapa berani untuk berkata apa-apa terhadap mereka,” kata-nya selepas menyampaikan uca-pan pada perbincangan Oxford Union yang disiarkan secara lang-sung oleh Astro Awani, dari Lon-don, pada 19 Januari lalu.

Beliau berkata demikian apabi-la ditanya Presiden Oxford Union, Daniel Wilkinson, berhubung lara-ngan Malaysia ke atas atlet Israel untuk menyertai Kejohanan Re-nang Para Dunia yang akan diada-kan, di Sarawak, pada Julai ini.

Perbincangan dan temubual itu juga kemudian dimasukkan dalam akaun Facebook rasmi Dr Mahathir.

Mohon maaf serta AS$�.� bilion

PUTRAJAYA - Permohonan maaf Goldman Sachs tidak cukup, sebaliknya ia perlu mem-bayar pampasan kepada Malaysia ekoran peranan rakan kongsinya dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berka-ta, permohonan maaf itu perlu bagi negara dan rakyat Malaysia, namun Goldman Sachs juga harus menanggung serta menunjuk-kan tanggungjawabnya.

“Mohon maaf sahaja tidak cukup, seba-liknya mohon maaf berserta AS$7.5 bilion, itu yang penting.

“Hanya apabila anda membayar pampas-an, maka ia akan memadai,” katanya lapor BERNAMA.

Pada 16 Januari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Group Inc, David Solomon, memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas peranan bekas pegawai bank di firma itu dalam skandal 1MDB.

Goldman membantu menguruskan bon AS$6.5 bilion bagi 1MDB dan Malaysia menfailkan pertuduhan jenayah terhadap bank itu serta dua bekas kakitangannya atas

tuduhan mencuri.Guan Eng berkata, Goldman perlu ber-

tanggungjawab kerana perkara itu turut membabitkan pelanggaran tanggungja-wab kewangan memandangkan industri perbankan mempunyai obligasi membayar kerugian yang ditanggung Malaysia.

“Goldman harus memahami kesan nega-tif ditanggung rakyat Malaysia disebabkan skandal 1MDB,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan menggugurkan pertuduhan berkenaan jika Goldman membayar ganti rugi itu, beliau: “sekiranya mereka membayar kita AS$7.5 bilion, barulah kita akan membincangkan-nya.”

PAKATAN lindungi hak Orang AsalSHAH ALAM - Pakatan Harapan (PAKA-TAN) komited melindungi hak masyarakat Orang Asal secara sah di sisi undang-un-dang.

Dalam kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moor-thy berkata, ia dibuktikan apabila tindakan undang-undang difailkan pejabat Peguam Negara bagi pihak masyarakat Orang Asli Temiar terhadap Kerajaan Kelantan.

Katanya, Kerajaan Persekutuan sangat prihatin terhadap penafian hak Orang Asal untuk menentukan masa depan sendiri.

“Ia selaras dengan peruntukan undang-undang Persekutuan dan Negeri yang me-lindungi hak mereka tetapi dilanggar oleh Kelantan.

“Masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang berhak mendapat semua perlind-ungan yang seharusnya daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Waytha berkata, walaupun terdapat banyak undang-undang di peringkat Persekutuan, namun diabaikan secara berterusan oleh Kelantan.

“Kenyataan Dasar Mengenai Pentad-biran Orang Asli Semenanjung Malaysia 1961 selain kewajiban terhadap mereka dalam perjanjian antarabangsa tetapi prin-sip penentuan nasib sendiri yang menjadi aspirasi masyarakat Orang Asli sudah dia-baikan secara berterusan (oleh Kerajaan Negeri Kelantan).

“Banyak kes pencerobohan tanah ma-syarakat Pribumi berlaku tanpa persetu-juan awal mereka yang melanggar cara hidup dan menafikan hak untuk mempu- nyai identiti juga martabat sendiri sebagai rakyat,” katanya.

Pada 18 Januari lalu, Jabatan Peguam Negara memfailkan tindakan sivil di Mah-kamah Tinggi di Kota Bharu bagi Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan pengikti-rafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor, berdekatan Gua Musang.

Peguam Negara, Tommy Thomas ber-kata, Jabatan Peguam Negara turut memfailkan injunksi bagi menghalang pencerobohan dan pemusnahan tanah adat demi keuntungan komersial pihak swasta.

Thomas berkata, Kerajaan Kelantan dan agensinya baru-baru ini mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat swas-ta yang kemudian menggunakan jentera berat untuk menebang dan membawa ke-luar kayu balak dari kawasan hutan luas ditebang untuk penanaman pokok duri-an dan getah.

Katanya, tindakan itu diambil tanpa be-runding dengan Orang Asli Temiar sebe-lum meluluskan lesen pembalakan atau menawarkan apa-apa pampasan kepada mereka, menyebabkan hakisan, pencema-ran dan kemusnahan sistem ekologi serta landskap Pos Simpor.

Hanya apabila anda membayar pampasan, maka ia akan memadaiLIM GUAN ENGMenteri Kewangan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

Penduduk Kampung Sungai Serai terima Notis 5A

Penantian �� tahun terleraiOLEH AFIX REDZUAN

SUNGAI BULOH - Penantian ham-pir 30 tahun 45 penduduk Kam-pung Sungai Serai akhirnya terlerai apabila memperoleh surat ta-waran pemilikan tanah (Notis 5A) yang disampaikan sendiri Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Berlangsung di Dataran Setia Kundang, Amirudin berkata, men-jadi tanggungjawab Kerajaan Ne-geri menyediakan inisiatif terbaik bagi memudahkan rakyat memi-liki aset sendiri dan diharapkan ia tidak dijual demi sedikit keun-tungan.

“Ini adalah bukti Kerajaan Ne-geri berusaha secara berterusan untuk membantu rakyat Selangor memperoleh hak milik tanah se-lari dengan konsep ‘Merancakkan

Ekonomi, Memberdayakan Rakyat dan Mensejahterakan Negeri’ yang saya wacanakan ketika pemben-tangan Belanjawan Negeri 2019.

“Adalah menjadi agenda utama Kerajaan Negeri membantu dan membela rakyat memperoleh mi-likan tanah untuk kediaman yang sudah lama diduduki tetapi tidak mempunyai sebarang pegangan hak milik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Notis 5A, Kam-pung Sungai Serai, di Tasik Biru Kundang, Kuang, pada 23 Janua-ri lalu.

Amirudin berkata, usaha pem-belian milikan itu akan diterus-kan tetapi mengambil sedikit masa kerana membabitkan kerja lapangan selain menyemak semu-la senarai kerana terdapat pemo-

hon lama yang sudah meninggal dunia tetapi usaha itu diteruskan waris terdekat.

Beliau berkata, pemberian milikan itu akan memudahkan penerima merancang kehidupan masa hadapan tambahan premi-um nominal yang dikenakan ha-nya RM1,000 dengan syarat tidak boleh dijual kepada pihak lain.

Turut hadir Ahli Parlimen Sela-yang, William Leong; Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuang, Salehuddin Amirudin; ADN Rawang, Chua Wei Kiat serta Pegawai Daerah Gom-bak, Dato’ Amirul Azizan Abd Ra-him.

Pada majlis sama, Amirudin tu-rut menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir kilat serta Jom Shopping sempe-na sambutan Tahun Baharu Cina.

Selangor contoh terbaik bela Orang Asal

Amirudin bersama sebahagian kanak-kanak Orang Asal di Kam-pung Simoi Baru, Pos Betau, Cameron Highlands

JELAI - Tindakan Kerajaan Ne-geri membayar pampasan kepa-da Orang Asal berjumlah RM6.5 juta ketika awal pemerintahan di Selangor sejak 2008 membukti-kan kesediaan mengembalikan hak yang dinafikan ketika pentad-biran Barisan Nasional.

Pengerusi Majlis Pimpinan KE-ADILAN Selangor, Amirudin Shari berkata, kejayaan itu mencer-minkan keupayaan Pakatan Ha-rapan (PAKATAN) untuk terus membela nasib Orang Asal tam-bahan kini turut mentadbir Kera-jaan Persekutuan.

Situasi itu akan lebih mudah jika calon PAKATAN, M Manogaran berjaya memenangi kerusi Parli-men P.78 Cameron Highlands, pada 26 Januari ini.

“Pilih wakil (calon parti) dari pada Kerajaan Persekutuan yang mampu selesaikan masalah de-ngan lebih mudah.

“Dahulu ketika PAKATAN tidak mentadbir Putrajaya, kita me-nubuhkan Badan Bertindak Orang Asal (di Selangor). Dengan kuasa yang kecil, dapat memberikan be-berapa kemudahan untuk kebai-kan Orang Asal, malahan Kerajaan Negeri memberikan pampasan RM6.5 juta kepada Orang Asal ke-tika itu serta menarik balik rayuan.

“Malah, sekarang kita sudah wujudkan Biasiswa Sagong Tasi iaitu seorang pahlawan Orang Asal di Selangor yang selama ini menentang pencerobohan hak Orang Asal bagi membantu mer-eka melanjutkan pelajaran,” kata-nya ketika menyampaikan ucapan di Kampung Simoi Baru, Pos Be-tau, Cameron Highlands, sempe-na kempen Pilihan Raya Kecil dan turut dihadiri Manogaran.

Katanya, hubungan baik Ahli Parlimen dan Kerajaan Perseku-tuan akan dapat menyelesaikan

Henti sentimen kaumBATU CAVES - Pihak yang me-mainkan sentimen perkauman dan agama sempit sebenarnya adalah golongan yang tidak senang de-ngan keharmonian serta semangat yang ditunjukkan rakyat, di era Ma-laysia Baharu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bagaimanapun be-liau percaya majoriti rakyat khasnya di Selangor semakin matang seperti ditunjukkan ketika peralihan kuasa, pada 9 Mei tahun lalu.

“Kita sudah membuktikan kepa-da dunia bahawa rakyat Malaysia boleh menerima demokrasi, boleh melakukan pertukaran kerajaan se-cara bebas dan aman serta terbuk-ti sebagai contoh di seluruh dunia bahawa mampu menjalankan de-mokrasi dengan rakyat yang matang.

“Justeru, saya percaya walaupun akhir-akhir ini ada pihak yang gemar memainkan sentimen perkauman, menggunakan elemen agama dan kaum yang sempit untuk menakut-kan rakyat tetapi hari ini Batu Caves menjadi bukti sebaliknya,” katanya.

Amirudin berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan pengun-jung Batu Caves pada Majlis Menye-rahkan Sumbangan Buah-Buahan dan Air Minuman serta menyaksikan sambutan Thaipusam, di perkara- ngan Kuil Subramaniam, Batu Caves, di sini, pada 21 Januari lalu.

Beliau berkata, walaupun Batu Caves yang diwakilinya sejak tiga penggal lalu itu dikuasai 62 hingga 65 peratus masyarakat Melayu tetapi penganut agama Hindu bebas me-nyambut Thaipusam di sana sejak

kali pertama diadakan pada 1882 hingga 1888 dengan aman dan se-lesa.

Katanya, keadaan itu diperolehi ekoran masyarakat di Selangor dia-suh supaya sentiasa menghormati hak semua kaum untuk mengamal-kan kepercayaan masing-masing.

Ketika menyentuh isu rumah iba-dah bukan Islam di Selangor, Amiru-din berkata, Kerajaan Negeri sendiri sudah mewartakan lebih 500 rumah ibadah bukan Islam di seluruh Sela-ngor, sejak 2008.

“Saya beranggapan, kita sudah menunjukkan satu contoh lebih baik dengan keputusan Kerajaan Negeri bukan berdasarkan kaum atau warna kulit tetapi berasaskan undang-un-dang yang ada di bawah Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” katanya.

Dahulu ketika PAKATAN tidak mentadbir Putrajaya, kita menubuhkan Badan Bertindak Orang Asal (di Selangor). Dengan kuasa yang kecil, dapat memberikan beberapa kemudahan untuk kebaikan Orang AsalAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

masalah seperti yang dibangkit-kan Orang Asal.

Terdahulu, wakil tok batin dan penduduk Kampung Simoi Baru, Shariff Cadang, berharap Amiru-din dan Kerajaan PAKATAN dan membantu penduduk Orang Asal terutama dalam soal pem-bangunan.

“Kita harap kerajaan baharu dapat mendengar masalah dari-pada segi pembangunan, rumah dan jalan. Jangan jadi macam kerajaan dahulu, ada bantuan tetapi tidak memuaskan hati rakyat dan harap kerajaan seka-rang dapat bantu kita,” katanya.

Kampung Simoi Baru didudu-ki lebih 300 Orang Asal dengan 148 daripadanya adalah pe-ngundi berdaftar.

Pada majlis sama, Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor turut berkesempatan menghadiri majlis tahlil dan doa selamat serta beramah mesra bersama penduduk setempat.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

4Utama

SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera & Hafizan TaibWARTAWAN:

Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Kes denggi tinggi

Lancar Kempen Selangor Gempur AedesOLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri bakal melaksanakan Kempen Se-langor Gempur Aedes, bermula 21 Januari hingga 17 Februari ini.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Kelu-arga, Dr Siti Mariah Mahmud ber-kata, ia ekoran kes wabak denggi yang tinggi, sejak kebelakangan ini.

Katanya, kempen itu dilaksana dengan kerjasama Jabatan Kesi-hatan Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), seluruh Selangor.

“Saya memandang serius terha-dap statistik terkini penularan wa-bak denggi terutama di Selangor yang menunjukkan peningkatan amat ketara membabitkan bebe-rapa daerah, di negeri ini.

“Sejumlah RM500,000 diperun-tukkan kepada seluruh PBT untuk menjalankan ‘task force’ pember-sihan dan penghapusan tempat pembiakan aedes di semua lo-kaliti ‘hotspot’ denggi yang sukar diakses serta kurang mendapat

kerjasama daripada komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada si-dang media Selangor Isytihar Ops Gempur Aedes besar-besaran, di Hotel Carlton, di sini, pada 19 Jan-uari lalu.

Pada masa sama, katanya antara aktiviti dilakukan pada kempen itu adalah kawalan sporadik berfokus bersama PBT dengan sasaran me-lebihi 50 peratus lokaliti wabak me-lalui aktiviti Penghapusan Tempat Pembiakan (PTP) dan ‘larvaciding’.

“Penguatkuasaan tempat pem-biakan akan dipertingkatkan dengan memberi fokus kepada kawasan tumpuan awam antara-nya pasar raya, tapak pasar malam atau pagi, pasar basah, pusat sukan dan rumah ibadat.

“Justeru, Pasukan Perubahan Tingkah Laku (COMBI) juga akan diaktifkan semula bagi meningkat-kan aktiviti promosi kesihatan dan penghapusan tempat pembiakan Aedes melalui kumpulan kecil atau gotong-royong. Ini juga membabit-kan mobilasi ahli COMBI ke lokaliti

Ambil langkah pencegahanSHAH ALAM - Masyarakat terutama rakyat Selangor yang berada di lo-kaliti ‘hotspot’ wabak denggi diseru untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kes itu da-ripada terus berleluasa.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pem-berdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, deng-gi tidak boleh hanya ditangani oleh Kementerian Kesihatan sahaja, seba-liknya ia perlu kerjasama daripada semua pihak.

“Kerjasama terutama daripada

Kompaun RM��� jika abai kebersihan KLANG - Kompaun RM500 akan dikenakan kepada pemilik kedia-man yang mengabaikan kebersihan di kawasan sekitar yang menjadi punca penularan wabak denggi.

Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Klang, Dr Masitah Mohamed berka-ta, tindakan lebih tegas akan dikena-kan jika pihaknya menemui tempat pembiakan Aedes termasuk me-ngenakan kompaun dan tindakan mahkamah.

“Masyarakat juga dinasihatkan untuk mengambil serius perkara ini bagi mengatasi masalah denggi dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi perbincangan bersama Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung kes denggi di Klang, baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya akan membuat program ‘mencari dan memusnahkan’ di ke-diaman sekitar Klang bagi mena-ngani masalah itu, dalam tempoh terdekat.

Beliau juga optimis masyarakat dapat memberikan kerjasama apa-bila kakitangan PKD turun padang untuk membuat pemeriksaan.

“Ada segelintir masyarakat ti-dak mahu memberikan kerjasama. Ia menyusahkan pihak kami untuk membuat pemeriksaan.

“Pihak kami berharap masyara-kat ambil tindakan awal mencegah denggi daripada terus menular an-taranya terbalikkan baldi yang men-jadi punca takungan air, bersihkan pasu bunga dan jaga kebersihan ka-wasan sekitar,” katanya.

‘hotspot’,” katanya.Terdahulu, Selangor dilaporkan

antara yang tertinggi mengalami wabak denggi bermula hujung ta-hun lalu, sehingga minggu kedua tahun ini.

Berdasarkan analisa dilakukan

Unit Vektor, Jabatan Kesihatan Se-langor, mendapati peningkatan melebihi 200 peratus berbanding tahun lalu.

Antara daerah mencatat kumu-latif kes tertinggi sehingga 12 Ja-nuari lalu adalah Petaling dengan

1,061 kes, Klang (960), Hulu Langat (608) dan Gombak (328).

Manakala, sebanyak 122 loka-liti ‘hotspot’ berjaya dikenal pasti membabitkan 66 di Petaling, Klang (22), Hulu Langat (21), Gombak (12) dan Sepang (1).

masyarakat setempat, agensi lain termasuk kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan amat penting bagi menjayakan agenda ini.

“Saya mohon kerjasama semua untuk membabitkan diri dalam ak-

Saya mohon kerjasama semua untuk membabitkan diri dalam aktiviti pembersihan tempat pembiakan AedesDR SITI MARIAHEXCO Kesihatantiviti pembersihan tempat pem-biakan Aedes,” katanya.

Dr Siti Mariah turut menasihat-kan masyarakat menggunakan semburan aerosol bagi membunuh Aedes, dalam kawasan rumah.

Selain itu, katanya, orang ramai digalakkan untuk menyapu krim perlindungan serangga terutama kepada bayi atau kanak-kanak bagi mengelak gigitan nyamuk.

“Meletakkan ubat jentik (Abate) ke dalam bekas takungan air sekitar rumah seperti dalam pasu bunga, bekas tadahan air dan pam tandas juga adalah penting bagi mengelak Aedes daripada terus berleluasa.

“Saya optimis masyarakat dapat berikan kerjasama, namun tindakan tegas akan diambil jika didapati ma-na-mana pihak sengaja membiar-kan pusat pembiakan Aedes tidak dibersihkan,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

Skim Peduli Sihat Penjawat Awam (PSPA)

Hampir ��,��� penjawat awam terima manfaatOLEH ZAREEF MUZAMMIL

TANJONG KARANG - Hampir 10,000 penjawat awam gred 44 di Selangor menerima manfaat Skim Peduli Sihat Penjawat Awam (PSPA) sejak mula di-perkenalkan, pada tahun lalu.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pember-dayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, skim perlin- dungan insurans itu membabitkan pe-runtukan RM1.1 juta bagi rawatan kesi-hatan dan perubatan, khairat kematian ekoran kemalangan serta kecacatan kekal menyeluruh.

“Penjawat awam N44 ke bawah jika meninggal dunia, keluarga atau waris berkenaan akan menerima RM10,000. Malah, dalam skim ini, jika mereka mengalami kemalangan sehingga me-nyebabkan kecacatan turut mendapat jumlah sama.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 23 penjawat awam di Selangor meninggal dunia dan keluarga mereka menerima manfaat khairat kematian.

“Untuk 2019, Kerajaan Negeri komited membuat penambahan peruntukan RM1 juta ke dalam skim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dite-mui pada Program Ziarah Penyerahan Bantuan Khairat Kematian Skim Pedu-li Sihat Penjawat Awam (PSPA) kepada pewaris penjawat awam Selangor yang meninggal dunia, di Jabatan Pengairan

dan Saliran Daerah Tanjong Karang, pada 22 Januari lalu.

Pada masa sama, beliau menyerahkan cek sumbangan RM10,000 kepada pen-carum PSPA yang juga isteri Allahyarham Eddie Erwan Marzuki,41, iaitu Rosnaiza Al Bahar.

Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai anggota JPS daerah itu mening- gal dunia pada 20 Oktober tahun lalu aki-bat serangan jantung dan meninggalkan seorang balu serta empat anak berusia antara lima hingga 19 tahun.

Terdahulu, dalam program berasi-ngan, Dr Mariah turut berkesempatan menyerahkan sumbangan sama kepa-da waris Allahyarham Hasniza Abdul Aziz,53, juga kakitangan Jabatan Peja-bat Daerah Tanah Kuala Selangor yang meninggal dunia akibat Acute Coronary Syndrome (pengurangan aliran darah ke jantung).

Dr Mariah berkata, sumbangan itu di-harap dapat meringankan bebanan yang ditanggung waris atau ahli keluarga ter-dekat selepas kehilangan orang tersayang.

“Kerajaan Negeri amat menghargai peranan disumbangkan penjawat awam selama ini dan saya merakamkan takziah kepada semua waris atas kehilangan itu.

“Saya juga percaya bantuan daripa-da Kerajaan Negeri ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada keluarga terbabit demi kelangsungan hidup,” ka-tanya.

Tengku Permaisuri Norashikin lega pembunuh kucing dihukumSHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Sela-ngor, Tengku Permaisuri Nora-shikin, menzahirkan rasa lega dengan keputusan Mahkamah Sesyen Selayang yang menjatuh-kan hukuman penjara dua tahun terhadap pesalah laku kekejaman kucing, pada 11 September lalu.

Bagaimanapun, Tengku Per-maisuri Norashikin turut berasa amat dukacita dan sedih kerana masih berlaku beberapa insiden membabitkan kekejaman terha-dap haiwan termasuk anak ku-cing dipijak sehingga mati dan perbuatan meracun serta mem-bakar anjing.

“Akta Kebajikan Haiwan 2015

jelas memperuntukkan huku-man denda RM20,000 hingga RM100,000 dan/atau penjara se-hingga tiga tahun boleh dike-nakan terhadap sesiapa yang melakukan kekejaman terhadap haiwan.

“Saya memohon seluruh rak-yat Malaysia untuk menyemai sifat kasih sayang dan belas ka-sihan terhadap haiwan yang ter-biar di jalanan ini selain tidak mampu mempertahankan diri mereka” titah baginda dalam ke-nyataan dimuat naik, di Insta-gram Selangor Royal Official.

Baginda yang juga Penaung Diraja Kempen Stray Free Se-langor turut menggesa Jabatan

Perkhidmatan Veterinar dan ma-jlis perbandaran seluruh nega-ra supaya mengambil tindakan proaktif dalam mempromosikan ‘Caring and Compassionate Com-munities’ melalui pendidikan perikemanusian bagi pemilikan haiwan peliharaan secara ber-hemah dan bertanggungjawab.

“Ia termasuk menyebar luas-kan inisiatif mengkasi atau pe-mandulan serta membina pusat perlindungan bagi menjaga hai-wan terbiar yang masih sihat dan tidak agresif ini.

“Sebagai penaung diraja kem-pen ‘Stray Free Selangor The Hu-mane and Compassionate Way ‘bersama SPCA Selangor, beta

mengalu-alukan usaha yang di-jalankan, di bawah kempen Stray Free Selangor ini.

“Saya menggesa pihak berkuasa terbabit supaya beker-jasama dengan badan bukan kerajaan dan masyarakat yang prihatin ke arah membanteras sebarang bentuk perlakuan ke-jam terhadap haiwan,” titah ba-ginda.

Terdahulu, seorang peman-du teksi tular dalam rakaman kamera litar tertutup ekoran menangkap dan memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering sehingga mati.

Hakim Rasyihah Ghazali ke-mudian menjatuhkan hukuman

penjara dua tahun terhadap A Mohanraj, 42, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tang-kapan, pada 14 September ta-hun lalu.

Berdasarkan kertas pertudu-han, Moharaj didakwa dengan kejamnya menyebabkan pen-deritaan tidak seharusnya terha-dap seekor kucing di kedai dobi Queen Self-Service, Taman Gom-bak Ria, di sini, jam 12.54 tengah malam hingga 1 pagi, pada 16 September lalu.

Jom ke Pesta Ke’Chill RantaiSHAH ALAM - Orang ramai dipelawa hadir memeriahkan Pesta Ke’Chill Ran-tai yang bakal berlangsung, di Laman Budaya Shah Alam, pada 27 Januari ini.

Acara bulanan anjuran Se-langor Youth Community (SAY Community) dengan kerjasa-ma Pemerbadanan Menteri Be-sar, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Sunway Group itu, bermula dari jam 12 tengahari hingga 7 petang.

SAY dalam kenyataan di Facebook me-

maklumkan, program itu bakal mempa-merkan artis dan penghibur tempatan dalam usaha menon-jolkan bakat dan karya mereka kepada khalayak umum.

“Ia juga sebagai medium mem-bawa komuniti yang memiliki bakat kreatif untuk berhimpun di bawah satu bumbung sama,” katanya.

Lebih menarik, program berke-naan menyajikan persembahan muzik, puisi, graffiti, bazar kreatif

dan kendera saji (food truck).

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

6Utama

SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan memulakan agenda ‘Busi-ness Matching’ sebagai suatu ben-tuk pembaharuan kepada program Jelajah Usahawan Selangor (JUS), pada tahun ini.

EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Is-mail berkata, penambahbaikan itu dengan menggabungkan tiga entiti termasuk usahawan, kewangan dan pemain industri.

“Di bawah portfolio usahawan, saya dipertanggungjawabkan men-jaga dan menambahbaik keadaan usahawan khususnya di Selangor, sama ada usahawan industri kecil dan sederhana juga mikro.

“Ia menjadi pemangkin kepada peningkatan perusahaan dan per-niagaan dengan membawa agen-si, usahawan serta institusi untuk membentuk jaringan dalam kala-ngan mereka melalui satu medium yang sama.

Agenda ‘Business Matching’

Pembaharuan Jelajah Usahawan Selangor ����

“Saya yakin, melalui ‘Business Matching’ turut memberi peluang kepada usahawan bertemu de-ngan agensi kerajaan berkaitan untuk memperluas, sekali gus me-ningkatkan perniagaan mereka,” ka-tanya.

Pada masa sama, beliau berkata, program JUS tahun ini diteruskan seperti biasa membabitkan sem-bilan daerah di Selangor bagi me-nyampaikan program usahawan

terutama dalam merancakkan eko-nomi rakyat.

“Peserta terbabit adalah pe-ngusaha industri kecil dan seder-hana dari setiap daerah, usahawan

setempat termasuk agensi kerajaan berkenaan Inisiatif Peduli Rakyat.

“Melalui program JUS ini, Kera-jaan Negeri mahu melihat usaha-wan sedia ada dibangunkan ke satu

tahap yang lebih baik, berstatus SME, mempunyai produk berkua-liti, berdaya maju untuk pasaran tempatan juga pasaran luar nega-ra,” katanya.

SHAH ALAM - Proses pendengaran awam bagi cadangan menyahwar-ta Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Lagong di-jadul berlangsung, dalam tempoh dua minggu lagi.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian berharap, proses itu dapat dijalankan se-belum sambutan Tahun Baharu Cina.

“Kerajaan Negeri akan mendengar semua pan-dangan dan cadangan ketika proses pendenga-ran berlangsung sebelum melakukan sebarang keputu-san.

“Buat masa ini, hanya Sela-ngor satu-satunya negeri yang menjalankan proses pende-garan awam dan jika berjaya, tanah hutan simpan lain akan digantikan semula,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, plot yang dicadang-kan bagi kawasan nyahwarta itu hanya membabitkan satu peratus sahaja daripada ke-luasan HSK berkenaan.

Beliau berkata, jumlah ke-

luasan HSK Bukit Lagong ia-lah 3,634 hektar dan kawasan nyahwarta tidak membabitkan air terjun serta perkampungan Orang Asal.

“Buat masa ini, lokasi peng-gantian semula tanah HSK itu adalah di Broga, Semenyih,” ka-tanya.

SelangorKini pada 4 Di-sember lalu melaporkan, Da-to’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, keputusan me-nyahwarta HSK Bukit Lagong bagi tujuan pembangunan su-dah dibuat kerajaan Barisan Na-

sional (BN), sejak 2005.Sebaliknya, Kerajaan Pakatan

Harapan (PAKATAN) di bawah pimpinan mantan Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, komited mengekal-kan kewujudan HSK selepas mengambil alih pentadbiran negeri.

Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan memperti-kai tindakan Kerajaan Negeri menyahwartakan sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Lagong di Gombak untuk pro-jek perumahan.

Pendengaran awam nyahwarta hutan dua minggu lagi

SHAH ALAM - Sekumpulan de-legasi dari Madinah ‘Knowledge Economic City’ (Madinah KEC) berkunjung ke Smart Selangor Command Centre (SSCC), baru-baru ini.

Smart Selangor dalam kenyata-an berkata, kunjungan itu bagi membincangkan pelan pemba-ngunan negeri pintar (smart state) antara Selangor dan Madinah.

Katanya, delegasi Madinah di-ketuai Pengarah Bandar Pintar dan Teknologi Maklumatnya, Moham-med Shah, turut mengadakan me-syuarat khas bersama Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit, Dr Fahmi Ngah.

“Turut dibincangkan ialah ke-pentingan membangunkan in-ternet berkelajuan tinggi dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama menjalankan program berkembar, pada masa depan,” ka-tanya.

Madinah KEC dilancarkan Raja Abdullah Abdul Aziz, pada Jun 2006 dan ia adalah bandar ketiga daripada enam bandar ekonomi ter-penting seperti diumumkan Gabe- nor Pelaburan Am Arab Saudi, Amr Dabbagh.

Projek bernilai AS$7 bilion itu terletak di Madinah yang juga menjadi tumpuan umat Islam, se-luruh dunia.

SSCC terima kunjungan delegasi Madinah

Di bawah portfolio usahawan, saya dipertanggungjawab-kan menjaga dan menambahbaik keadaan usahawan,khususnya di Selangor, sama ada usahawan industri kecil dan sederhana juga mikro

RODZIAH ISMAILExco Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

KUALA LUMPUR - Prestasi kutipan kasar cu-kai langsung negara 2018 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meningkat 11.13 peratus kepada RM137.035 bilion, ber-banding 2017.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia adalah sejarah baharu dalam kutipan hasil cukai langsung negara dan turut mengatasi pencapaian terbaik direkodkan pada 2014 iaitu RM133.70 bilion.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh pening-katan kutipan daripada komponen pembayar cukai seperti syarikat, individu, petroleum, ko-perasi, duti setem dan beberapa yang lain.

“Selain daripada mencerminkan keberkesa-nan kepimpinan bersih dan pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), peningkatan hasil ini juga menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang masih menggalakkan, pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kutipan hasil daripada cukai pendapatan (selain petroleum) menyumbang kira-kira 85.35 peratus daripada jumlah keselu-

ruhan kutipan, pada tahun lalu.Komponen syarikat adalah penyumbang ter-

besar iaitu 51.11 peratus, diikuti komponen in-dividu (26.32%), kutipan hasil cukai petroleum (14.66%), kutipan duti setem (4.33%), kutipan cukai pegangan (2.27%), kutipan cukai keun-tungan harta tanah (1.07%), kutipan cukai ko-perasi (0.12%) dan Labuan IOFC serta lain-lain cukai (0.12%).

“Kerajaan komited mengurangkan ketirisan hasil dan meningkatkan kadar pematuhan cukai.

"Bagi tujuan itu, Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) dilancar 3 November lalu dan tamat pada 30 Jun ini dengan menawarkan pe-ngenaan kadar penalti yang sangat rendah iaitu 10 peratus dan 15 peratus.

“Sehubungan itu, kerajaan menyeru pem-bayar cukai yang mempunyai isu pematuhan cukai supaya segera mengambil peluang me-nyertai program ini bagi mengelak dikenakan penalti yang lebih tinggi iaitu 80 peratus hingga 300 peratus apabila program ini tamat kelak,” katanya.

Cipta sejarah baharu

Prestasi kutipan cukai langsung meningkat

KUALA LUMPUR - Hubungan ekono-mi dua hala Malaysia yang kukuh de- ngan Hong Kong akan meletakkan asas kukuh untuk kerjasama, pada masa depan.

Menteri Perdagangan Antarabang-sa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, hubungan kukuh itu mem-beri manfaat besar dalam bidang perkhidmatan kewangan, logistik ser-ta inovasi dan teknologi.

Dalam satu kenyataan, Darell ber-kata, Hong Kong terus menjadi satu daripada rakan perdagangan utama Malaysia dan sumber pelaburan lang-sung asing.

Terdahulu, Darell dalam lawatan kerjanya ke Wilayah Pentadbiran Hong Kong, pada 16 hingga 18 Januari lalu.

Ketika lawatan itu, Darell me-menuhi jemputan daripada Ekonomi

Times untuk mempengerusikan Me-syuarat Sarapan Pagi CEO pada 17 Ja-nuari yang dihadiri 40 ketua pegawai eksekutif dan wakil dari syarikat ter-pilih, di seluruh Asia.

“Satu lagi acara penting lawatan kerja itu ialah pelancaran Program Truly Malaysia (TMP) dengan ‘Sudut Produk Malaysia’ akan ditubuhkan di lebih daripada 4,500 farmasi di se-luruh Hong Kong dan akan memu-dahkan penembusan pasaran produk Malaysia dalam kalangan penduduk tempatan serta pelancong China, di Hong Kong.

“TMP adalah satu inisiatif yang di-hasilkan daripada kerjasama antara MH Cross Border Group, Persatuan Farmasi Cina Hong Kong serta De-wan Perniagaan dan Industri Hong Kong,” katanya.

Hubungan ekonomi Malaysia-Hong Kong kukuh

KANGAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang menambah 14 lagi AgroBazar Kedai Rakyat (AKR) di selu-ruh negara, tahun ini.

Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, 369 AKR yang beroperasi di seluruh negara pada ta-hun lalu mencatatkan nilai jualan terkumpul mencecah RM256 juta.

“Penambahan 14 AKR itu dijangka mening-katkan jualan RM1 juta lagi, setiap tahun,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA

selepas melancarkan Hari Bertemu Pelang-gan@My Best Buy peringkat negeri, di perka-rangan pejabat FAMA Perlis, pada 17 Januari lalu.

Pada program itu, Ishak turut menyampai-kan geran RM131,900 kepada empat usaha-wan FAMA.

Katanya, sebuah akan dibuka di Perlis dari-pada 14 AKR yang bakal diwujudkan itu.

Pada masa sama, katanya, nilai jualan 19 AKR di Perlis bagi tahun lalu mencatatkan RM15.6 juta.

FAMA rancang tambah �� AKR seluruh negara

SHAH ALAM - Kerajaan disaran mening- katkan usaha membantu pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) milik Bumiputera mengeksport produk ma-sing-masing ke pasaran antarabangsa.

Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Dr Rosli Yaakob berkata, antara bantuan boleh dihulurkan termasuk membabit-kan isu kewangan dan teknikal.

“Sebenarnya, banyak produk IKS ke-luaran Bumiputera berpotensi untuk dipasarkan di luar negara khasnya, di negara Islam.

“Bagaimanapun, masih ramai pe-ngusaha IKS ini yang tidak memiliki pengetahuan teknikal dan sumber modal terhad untuk melangkah ke pa-saran luar negara,” katanya.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia berka-ta, selain mampu meningkatkan ekono-mi Bumiputra, usaha ini juga membantu kerajaan memulihkan ekonomi dan me-ningkatkan nilai mata wang negara.

Bantu IKS Bumiputera tembusi pasaran eksport

Katanya, pengusaha IKS Bumiputera juga perlu memanfaatkan kerancakan industri e-Dagang.

Hal itu ekoran, pasaran perniagaan dalam talian pada hari ini semakin berkembang pesat dan mampu mem-beri pulangan tinggi kepada peniaga.

Bagaimanapun, masih ramai pengusaha IKS ini yang tidak memiliki pengetahuan teknikal dan sumber modal terhad untuk melangkah ke pasaran luar negara

ROSLI YAAKOBAhli Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

8Nasional

SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pili-han Raya (SPR) menyasarkan 70 pe-ratus daripada 54,503 pengun-di berdaftar keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 DUN Semenyih nanti.

Pengerusinya, Azhar Azizan Ha-run berkata, SPR mengambil em-pat langkah penambahbaikan termasuk memanjangkan tempoh masa pengundian dari jam 8 pagi hingga jam 5.30 petang, berban-ding hingga jam 5 petang sebe-

PUTRAJAYA - Pilihan Raya Ke-cil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dijang-ka menelan belanja sebanyak RM1.8 juta.

Pengerusi Suruhanjaya Pili-han Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, badan itu juga akan melantik 992 petugas un-tuk mengendalikan proses PRK terbabit.

“Bagi menjalankan proses PRK ini, SPR bersetuju melantik Yang Dipertua Majlis Perbanda-ran Kajang, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar, sebagai Pengurus PRK DUN N.24 Semenyih dibantu em-pat penolong pengurus.

“SPR juga bersetuju me-nubuhkan empat Pasukan Pe-nguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) untuk memantau

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berusaha meningkat-kan ketelusan, di samping mem-beri pendedahan dan kesedaran berterusan kepada masyarakat berhubung proses pilihan raya.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, antara langkah diambil ialah menyiarkan siaran langsung menerusi laman sosi-al Facebook (FB live) proses pe-ngiraan undi dan pengumuman keputusan pilihan raya.

“Seperti yang dilaksanakan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Came-ron Highlands, PRK Semenyih juga SPR akan menyiarkan secara lang-sung menerusi ‘fb live’ di laman Facebook SPR berhubung pro-ses penamaan calon, pengelua-ran kertas undi pos, pengundian,

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kesal dengan tindakan pihak ter-tentu menjadikan kes kematian anggotanya, Allahyarham Mu-hammad Adib Mohd Kassim seba- gai bahan kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Came-ron Highlands yang sedang ber-langsung.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mo-hamad Hamdan Wahid berkata, selain boleh menimbulkan sen-timen perkauman, tindakan itu juga dikhuatiri akan menjejaskan kredibiliti siasatan yang sedang di-jalankan.

Katanya, semua pihak harus membenarkan proses siasatan dan inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib ber-langsung dengan lancar tanpa didahului gambaran negatif me-lalui kenyataan yang mungkin ber-canggah dengan bukti atau hasil siasatan diperolehi.

“Kita tidak setuju dan tidak mahu ia diungkit menjadi satu sentimen untuk memberi gam-

PRK Semenyih

SPR sasar ��% keluar mengundi

lum ini bagi memudahkan urusan pengundian.

“SPR menyediakan dua saluran khusus bagi pengundi berumur 60 tahun ke atas di setiap pusat mengundi dan mewujudkan satu pusat mengundi baharu, menjadi-kannya 26 pusat mengundi dan 31 saluran baru.

“Ia bagi mengelakkan jumlah pengundi terlalu ramai di satu-sa-tu saluran menjadikan keseluru-hannya 119 saluran berbanding 88 saluran, pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mem-pengerusikan mesyuarat SPR, di Menara SPR, pada 18 Januari lalu.

Azhar Azizan berkata, SPR juga menambah tiga petak undi di dalam tempat mengundi ber-banding amalan sebelumnya ha- nya dua petak undi sahaja.

Katanya, SPR turut melaksanakan kempen ‘Jom Kita Undi’ melalui pel-bagai saluran media seperti media elektronik, media sosial, media ce-tak, hebahan melalui siaraya dan pemasangan kain rentang di lokasi strategik tumpuan awam.

“SPR juga memohon kerjasama semua pihak termasuk media dan parti politik supaya mengambil langkah untuk menyeru dan meng-galakkan pengundi keluar mengun-di,” katanya.

Penamaan calon bagi PRK N.24 Semenyih akan diadakan pada 16 Februari di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Sauja-na Impian, sebelum hari pengun-dian awal pada 26 Februari dan hari mengundi, pada 2 Mac ini.

Selain dijadikan lokasi penamaan calon, ia juga dijadikan pusat pen-jumlahan rasmi undi.

Anggaran belanjaPRK Semenyih RM�.� juta

semua aktiviti kempen sepan-jang tempoh rasmi berkempen yang dianggotai wakil daripa-da polis, Pihak Berkuasa Tempa-tan, wakil calon bertanding dan pegawai SPR,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat SPR, di Menara SPR, pada 18 Januari lalu.

Penamaan calon bagi PRK DUN Semenyih akan diadakan pada 16 Februari diikuti hari pe-ngundian awal pada 26 Februa-ri dan hari mengundi, pada 2 Mac ini.

PRK kali keenam selepas Pi-lihan Raya Umum ke-14 itu diadakan ekoran kematian pe-nyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, pada 11 Januari lalu.

Tingkat ketelusan, siar proses di ‘FB live’ semakan isi peti undi, pengiraan

undi dan pengumuman keputu-san.

“SPR juga akan menyiarkan keputusan awal PRK kepada umum iaitu keputusan yang ter-takluk kepada pengesahan me-lalui portal SPR dan paparan skrin di pusat penjumlahan pndi,” ka-tanya.

Azhar Azizan berkata, SPR turut menawarkan kepada mana-mana badan bukan kerajaan atau indi-vidu berkelayakan yang berminat menjalankan pemerhatian ke atas proses PRK bermula penamaan calon sehingga keputusan diu-mumkan.

Katanya, pemerhati itu akan dibenarkan memantau di pusat penamaan calon, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan pusat penjumlahan rasmi undi.

“Mana-mana badan atau in-dividu berminat untuk menjadi pemerhati PRK boleh mengemu-kakan permohonan kepada SPR sebelum atau pada tarikh tutup, pada 31 Januari ini,” katanya.

Jangan jadikan kes Adib bahan kempen

baran negatif yang boleh menje-jaskan perpaduan serta kredibiliti siasatan oleh pihak berkuasa.

“Tindakan sebegitu juga mem-punyai implikasi undang-undang dan yang pasti kita tidak mahu

kehilangan nyawa seorang pega-wai yang ikhlas dan sejujur Mu-hammad Adib digunakan untuk kepentingan tertentu oleh mana-mana pihak,” katanya.

Mohamad Hamdan berkata, pihaknya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan keadi-lan untuk Muhammad Adib dan keluarganya terpelihara.

Terdahulu, beliau ditemui selepas upacara perbarisan tahu-nan JBPM, di sini..

Pada majlis itu, Muhammad Adib dianugerahkan Pingat Jasa Bomba yang disampaikan kepada abangnya, Mohd Ashraf.

Kita tidak setuju dan tidak mahu ia diungkit menjadi satu sentimen untuk memberi gambaran negatif yang boleh menjejaskan perpaduan serta kredibiliti siasatan oleh pihak berkuasaDATUK MOHAMAD HAMDAN WAHIDKetua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

OLH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kementerian Per-tahanan menafikan kebajikan vete- ran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diabaikan walaupun pen-tadbiran kerajaan berubah di bawah Pakatan Harapan (PAKA-TAN).

Kementerian itu dalam ke-nyataan berkata, semua program bantuan masih diteruskan seperti biasa, malahan peruntukan kepa-da Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bertambah kepada RM98 juta, berbanding RM78.9 juta, pada 2018.

“Kerajaan PAKATAN melalui JHEV ATM masih meneruskan se-

SHAH ALAM - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) menafikan memberi kelulusan untuk mengeksport pasir kepada empat syarikat secara rundingan terus.

Sebaliknya, kementerian itu dalam kenyataan berkata, mereka memperoleh kebenaran selepas melepasi semua syarat ditetap-kan.

Katanya, isu rundingan te-rus dalam soal kelulusan lesen eksport (AP) pasir juga tidak ber-bangkit kerana syarikat terbabit memperoleh kelulusan daripada Kerajaan Negeri sebelum permo-honan dipertimbangkan kemen-terian.

“Bagi pengeksportan bahan seperti pasir yang tersenarai dalam Jadual Kedua Perintah Kas-tam (Larangan Mengenai Eksport) 2017, lesen eksport (AP) perlu di-perolehi terlebih dahulu daripada KATS dan permohonan akan di-pertimbangkan mengikut prose-dur ditetapkan.

“Sebelum pertimbangan dan ke-lulusan Menteri Air, Tanah dan Sum-ber Asli diberi, syarikat berkenaan perlu terlebih dahulu memenuhi syarat ditetapkan dan memperoleh kelulusan daripada Kerajaan Negeri di mana sumber pasir itu diperolehi.

“Mana-mana syarikat boleh mengemukakan permohonan un-tuk mengeksport pasir jika mema-tuhi syarat ditetapkan,” katanya.

PUTRAJAYA - Kerajaan kini dalam proses membayar semu-la tunggakan cukai berjumlah RM37 bilion membabitkan cukai pendapatan dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tunggakan terdi-ri daripada RM18 bilion cukai pendapatan dan RM19 bilion bagi GST berdasarkan anggaran dibuat dalam Belanjawan 2019, akan dibayar secara berpering-kat, dalam tempoh 10 bulan.

“Kami akan memulakan pro-

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner menetapkan 11 Februari hingga 12 April ini sebagai tarikh prosi-ding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Allah-yarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner, mene-tapkan tarikh itu ketika penguru-san kes, pada 18 Januari lalu.

Beliau menetapkan 11 hingga 28 Februari; 1, 4 dan 5 Mac; 19 Mac hingga 29 Mac dan 1 April hingga 12 April ini sebagai tarikh prosi-ding inkues itu.

Pegawai pengendali inkues berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah memberi-

Peruntukan bertambah

Kebajikan veteran ATM sentiasa dipeduli

gala kemudahan dan bantuan sedia ada antaranya Skim Ban-tuan Sara Hidup, Skim Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasu-kan ke Universiti Awam atau Poli-teknik, Bantuan Peralatan Pesakit dan Bantuan Bencana Alam.

“Isu permasalahan veteran ATM bukan isu baharu dan sudah dibangkitkan sejak pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Selain itu, kerajaan juga melu-luskan bantuan khas RM500,000 untuk diagihkan kepada persatuan bekas tentera,” katanya.

Kementerian itu berkata, kera-jaan kini sedang merancang untuk meningkatkan pembabitan agensi awam dan swasta demi menjaga

kebajikan serta menambahbaik taraf sosioekonomi veteran ATM.

“Kementerian Pertahanan juga membuktikan keprihatinan kepada veteran ATM melalui pe-ngaktifan semula Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) yang bersidang buat kali pertama pada 24 Disem-ber 2018 walaupun ditubuhkan, sejak 2016.

“MVK yang dipengerusikan Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu) sudah merangka strate-gi dan mengkaji kaedah serta cara terbaik untuk memastikan kebajikan veteran ATM sentiasa diutamakan demi menghargai pengorbanan mereka kepada ne-gara,” katanya.

KATS nafi lulus AP eksport pasir secara terus

Portal berita Sabahkini2.com dalam berita bertajuk ‘Menteri Luluskan AP Eksport Pasir Secara Rundingan Terus Kepada 4 Syarikat Kroni’ yang disiarkan pada 16 Ja- nuari lalu turut memaparkan gam-bar sekeping surat ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri, Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Gerald Sundaraj, menggunakan kepala su-rat menteri.

Dalam perkara sama, KATS me-mandang serius penyiaran dan penularan dokumen rasmi dalaman serta akan mengadakan siasatan dalaman bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku, pada masa hadapan.

Mana-mana syarikat boleh mengemukakan permohonan untuk mengeksport pasir jika mematuhi syarat ditetapkanKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS)

Tunggakan cukai, GST dibayar semula berperingkat

ses pembayaran balik tetapi ia ti-dak akan dikembalikan, sekali gus kerana ia akan menjadi angka yang sangat besar.

“Kami tidak membayarnya lagi tetapi berhasrat berbuat demikian, dalam tempoh 10 bulan tahun ini,” katanya lapor BERNAMA.

Katanya, keputusan untuk ti-dak membayar tunggakan itu secara sekali gus ekoran ber-pendapat ia langkah tidak baik.

“Jika kami membayar balik sekali gus, maka saya tidak fikir ia baik dan bank kami akan ber-kata, kenapa anda tidak menye-barkannya supaya anda boleh mendapat kesan pengganda sepenuhnya serta meningkat-kan ekonomi tempatan,” ka-tanya.

Prosiding inkues kematian �� Februari

tahu mahkamah seramai 30 saksi termasuk enam doktor dan pakar forensik akan dipanggil memberi keterangan, pada prosiding itu.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyela-mat (JBPM) Subang Jaya, parah

selepas dipercayai diserang serta dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan, di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Allahyarham menghembus-kan nafas terakhir di Institut Jan-tung Negara, pada 17 Disember 2018.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

10Global

SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, menyifatkan kenyataan jurucakap Kementerian Luar Negeri Israel sebagai tidak bo-leh diterima dan meloyakan.

Beliau berkata, kenyataan dibuat itu jelas satu tuduhan ba-hawa Malaysia tidak mempunyai semangat Olimpik dan melabel Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad, anti-Yahudi.

“Israel tiada hak bercakap ten-tang nilai moral apabila mereka sendiri adalah sebaliknya,” katanya dalam kenyataan.

RABAT - Pihak berkuasa Maghri-bi menggagalkan 88,761 cubaan membolosi sempadan negara itu, peningkatan 37 peratus berban-ding sebelumnya.

Memetik perangkaan Kemen-terian Dalam Negeri, agensi beri-ta Xinhua melaporkan, 80 peratus cubaan dilakukan pendatang tan-pa izin dan 29,715 migran terbabit

NEW YORK - Pertubuhan Bang-sa-Bangsa Bersatu (PBB) menge-cam tindakan Myanmar yang disifatkannya sebagai ‘terlalu perlahan’ dalam usaha mem-benarkan pelarian Islam Rohing-ya pulang ke negara itu.

Setiausaha Agungnya, An-tonio Guterres berkata, pi-haknya juga melihat tindakan itu mengecewakan dan tidak menunjukkan sebarang perkem-

KINSHASA - Mahkamah Perlembagaan di Congo membuat pengisytiharan Ketua Pembangkang, Felix Tshisekedi, sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden, pada 20 Januari lalu.

Keputusan itu dibuat mahkamah selepas mengenepikan tuntutan undang-undang dikemukakan pesaing Tshisekedi, dalam pilihan raya itu.

Mahkamah Perlembagaan membuat

Malaysia kekal pendirian

Israel tiada hak bercakap nilai moral

Saifuddin berkata, Israel tidak pernah mengendahkan hak tidak terpisah rakyat Palestin.

Malah, katanya, negara itu melaksanakan dasar dan amalan tidak berperikemanusiaan yang

yat Palestin yang disokong komit-men jangka panjangnya ke arah mengembalikan hak dan kebe-basan rakyat negara itu.

Baru-baru ini, Dr Mahathir ber-kata, kerajaan Malaysia kekal de- ngan pendirian tidak membenar-kan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019, di Kuching, bermula 29 Ju-lai hingga 4 Ogos ini.

Oleh kerana itu, jurucakap Ke-menterian Luar Israel, Emmanuel Nahshon, mengecam larangan pe-nyertaan atlet Israel dalam acara sukan antarabangsa dianjurkan Malaysia dan menyifatkan kepu-tusan itu diinspirasikan oleh sikap anti-Yahudi melampau Dr Maha-thir.

jelas mencabul undang-undang antarabangsa walaupun lebih separuh abad.

Pada masa sama, beliau ber-kata, Malaysia akan terus menjadi penyokong tegar perjuangan rak-

Israel tidak pernah mengendahkan hak tidak terpisah rakyat Palestin. Malah, negara itu melaksanakan dasar dan amalan tidak berperikemanusiaan yang jelas mencabul undang-undang antarabangsaDATUK SAIFUDDIN ABDULLAHMenteri Luar

Maghribi gagalkan ��,��� cubaan imigran

diselamatkan, di laut.Pihak berkuasa Maghribi turut

menggagalkan 229 rangkaian pe-nyeludupan pada tahun lalu, kata kementerian dalam satu kenyata-an.

Kenyataan itu turut me-nyatakan, kira-kira 5,608 imigran memilih untuk pulang ke negara asal mereka secara sukarela.

Myanmar lengah benar pelarian Rohingya pulang

bangan positif.“Saya berasa sangat kecewa

berhubung perkembangan itu dengan usaha dilakukan terlalu perlahan.

“Kita tegaskan harus dikenakan satu syarat supaya proses itu di-segerakan dan mereka bersedia untuk pulang,” katanya dipetik AFP.

Dilaporkan lebih daripada 720,000 Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh selepas lari

dari utara Rakhine ekoran kem-pen ketenteraan pada 2017 yang disifatkan PBB sebagai pember-sihan etnik.

Myanmar pada awalnya ber-setuju menerima sebahagian daripada pelarian selepas men-capai persetujuan dengan Bang- ladesh tetapi PBB bertegas de-ngan syarat keselamatan etnik Islam Rohingya terjamin.

Kerajaan Myanmar bulan ini menangguhkan lawatan diran-cang Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi, yang dijadual melawat Rakhine.

Etnik Islam Rohingya yang hidup dalam kalangan majoriti Buddha Myanmar dianiaya dan ditindas sejak berdekad lalu ser-ta ditolak hak kewarganegaraan.

Myanmar menafikan semua tuduhan dan menggambarkan operasi tenteranya sebagai kempen untuk menghapuskan pengganas.

Ketua pembangkang sah menang Presiden Congo

pengumuman ditunggu itu dengan berka-ta, Tshisekedi memenanginya apabila mem-peroleh majoriti mudah, sekali gus beliau layak mengambil alih pemerintahan dari-pada Presiden Joseph Kabila.

Bagaimanapun, pesaing terdekat, Mar-tin Fayulu, tidak berpuas hati dan segera menggesa komuniti antarabangsa meno-lak keputusan dibuat itu dengan mahka-mah memutuskan rayuannya tidak berasas.

Beliau mendakwa dirinya sebagai ‘satu-sa-tunya Presiden berpandukan undang-un-dang’ yang ada.

“Saya menyeru masyarakat antara-bangsa untuk menolak dan tidak mengik-tiraf pentadbiran baharu yang tidak sah

ini bagi mewakili rakyat Congo,” katanya, lapor AFP.

Sebelum itu, Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya Nasional (CENI) pada awal Januari, mengumumkan kemenangan Tshisekedi berdasarkan keputusan pilihan raya wilayah tetapi dicabar di peringkat tempatan dan luar negara menyebabkan Kesatuan Afri-ka merayu keputusan akhir ditangguhkan.

Bagaimanapun, Hakim Noel Kilomba ber-kata, CENI berjaya membuktikan dengan satu keputusan betul dan telus.

Kemenangan Tshisekedi diraikan pe- nyokongnya yang berhimpun di luar ba-ngunan mahkamah sambil diawasi polis anti rusuhan.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Marilah sama-sama kita memanjat rasa kesyuku-ran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan hidayahNya, kita diberi

peluang untuk bersama-sama berhimpun dan menjayakan Majlis Perasmian Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1440H/2019M.

Saya yakin bahawa majlis yang akan ber-langsung selama empat hari bermula pada 22 sehingga 25 Januari 2019 akan mem-perkukuh dan menyemarakkan lagi budaya tilawatul Quran dan juga hafazan dalam ka-langan umat Islam, di Selangor ini. Semoga dengan keberkatan majlis pada malam ini, Selangor dianugerahkan oleh Allah SWT limpah rahmat dan maghfirahNya.

Al-Quran menjadi panduan dan ruju-kan utama di dalam kehidupan kita seba-gai umat Islam. Secara langsung atau tidak langsung, dari lahir sehingga ke liang lahad, hidup sebagai seorang muslim sentiasa di-iringi dengan ayat al-Quran.

Sehingga di dalam kehidupan sehari-an, kita sering menuturkan alhamdulillah, masyaAllah, subhanAllah dan insyaAllah. Semua ungkapan itu berasal daripada ayat al-Quran yang menyerap masuk ke dalam lisan dan perbualan kita sehari-hari.

Kita membaca al-Quran ketika sedih dan gembira, ketika menyambut kelahi-ran dan menziarahi kematian, ketika majlis perkahwinan dan ditimpa kesakitan, ketika seorang diri dan keramaian juga di pelbagai majlis dan acara. Begitulah besarnya keha-diran al-Quran di dalam hidup kita sebagai seorang muslim.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 151,

“Bahkan Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dalam kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang menga-jarkan kamu kandungan Kitab serta hikmah

kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.”

Posisi al-Quran untuk kemajuan tama-dun Islam dalam bidang keilmuan begitu besar sekali. Al-Quran menjadi akar kepada perkembangan ilmu falsafah, metafizik, pe-rundangan dan etika, ekonomi, sains, seni dan sastera juga politik. Inilah mukjizat al-Quran yang terkandung secara zahir dan

Islam sangat menegaskan amalan tole-ransi, hormat-menghormati, bekerjasama dan belas kasihan sesama makhluk. Kita sering diperingatkan akan konsep Islam Rahmatan lil ‘Alamin yang bersumberkan wahyu Allah SWT. Sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 yang ber-maksud :

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya

Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memajukan bidang tilawah dan hafazan al-Quran, di negeri ini. Saban tahun, kita dapat melihat pertambahan ribuan anak kita yang penuh semangat ingin menjadi huffaz. Sudah tentu cita-cita itu adalah se-suatu yang mulia.

Namun, di samping hafazan dan pelajar al-Quran, Kerajaan Negeri percaya bahawa mereka juga akan mendapat membuat pili-han untuk peluang yang lebih baik di dalam kehidupan ini jika mereka memiliki Sijil Pe-lajaran Malaysia (SPM).

Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri pada pembentangan belanjawaan 2019 melulus dan memperuntukkan RM1.94 juta kepada Jabatan Agama Islam Sela-ngor (JAIS) untuk melaksanakan program ‘Fast Track Peperiksaan SPM’ kepada seko-lah tahfiz persendirian sepenuh masa Ke-rajaan Negeri.

Program ini dirangka untuk membantu dan memudahkan urusan pelajar tahfiz dari sekolah persendirian untuk menduduki pe-periksaan SPM dalam tempoh yang singkat, selama setahun.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui JAIS berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak Majlis Amanah Rakyat dalam menyediakan program kecekapan TVET dengan pelajar tahfiz yang tidak mempu-nyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden akan disediakan dengan kemahiran tertentu.

Kerajaan Negeri percaya kedua-dua pro-gram ini akan membuka peluang yang lebih cerah kepada pelajar tahfiz ini untuk melan-jutkan pengajian ke pringkat lebih tinggi dan meningkat tahap kebolehpasaran mere- ka dalam pelbagai sektor pekerjaan mengi-kut kemahiran masing-masing.

Majlis Perasmian Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1440H / 2019M pada 22 Januari 2019

batin yang tidak pernah putus-putus mem-berikan inspirasi walaupun dibaca beru-lang-ulang kali.

Penganjuran majlis yang diadakan saban tahun bukan sahaja menjadi wadah untuk membantu meningkatkan kecintaan ma-syarakat Islam dan memberi peluang ke-pada umat Islam di Selangor untuk dekat dengan mukjizat al-Quran, malahan usa-ha murni ini dapat menyuburkan kembali penghayatan kita terhadap al-Quran seba-gaimana ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Al-Isra’, ayat 9 yang bermaksud:

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat benar (aga-ma Islam) dan menyampaikan berita yang menggembirakan bagi orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar”

‘Menyantuni Umat, Membawa Rahmat’ di-pilih sebagai tema Majlis Tilawah & Meng-hafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1440H/2019M kita pada kali ini dengan has-rat kerajaan bagi menyemarakkan sema-ngat Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin.

Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan bera-mah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia – mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di an-tara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Me- ngetahui, lagi Maha mendalam pengeta-huannya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Ayat itu jelas menunjukkan, Islam meng-galakkan umatnya berinteraksi, bergaul dan menjalinkan hubungan yang baik dengan harmoni serta sejahtera dalam urusan ke-hidupan. Sifat berlapang dada dan rasa cinta sesama saudara muslim adalah wajib dipe-lihara serta disuburkan.

Justeru, saya berharap majlis yang diada-kan ini akan dapat memberi ruang dan pe-luang kepada umat Islam untuk sama–sama berfikir, bermuhasabah seterusnya beru-saha mempereratkan ikatan persaudaraan demi kebaikan umat Islam di negeri yang sangat bertuah ini.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Album Klik!13SelangorKini 24 - 30 Januari 201912 SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

Mohd Zaki Nordin,32, menyiapkan karya beliau di pertandi-ngan Graffiti Art Fest 2019- FIKRI YUSOF

Peserta di Skytrex Shah Alam melakukan ‘flying fox’ antara aktiviti ekstrem yang terdapat, di sana - ASRI SAPFIE

Pertandingan memancing tradisional berlangsung meriah, di Kampung Sungai Haji Dorani - REMY ARIFIN

Kemeriahan sambutan Thaipusam, di Kuil Subramaniar Batu Caves, Gombak- REMY ARIFIN

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor - HAFIZ OTHMAN

Pelajar Sekolah Menengah Raja Muda Musa mengambil bahagian menyertai acara larian merentas desa sekolah terbabit - ASRI SAPFIE

Ragam pelajar tahun satu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Seko-lah Kebang-saaan Sultan Alam Shah 1 - HAFIZ OTHMAN

Aktiviti riadah bersama kelu-arga, di Taman Layang-Layang - FIKRI YUSOF

Menghadiri kursus

pengendalian makanan anjuran

Pusat Wanita Berdaya

Dun beliau ADN SERI SETIA

ADN SUBANG JAYA

ADN KUANG ADN JERAM

ADN SUNGAI RAMAL

ADN SUNGAI KANDISHalimey Abu Bakar

Michelle Ng Mei Sze

Sallehudin Amiruddin Mohd Shaid Rosli

Mazwan Johar

Turun padang merasmikan majlis pembukaan kedai

makan Biker's Station, di Jalan

Kebun

Mohd Zawawi Ahmad Mughni

Melawat Kebun Komuniti

bersama penduduk, di

USJ 14

Menyampaikan sumbangan

kepada pelajar, di Tabika Perpaduan

Sungai Chua

Hadir memeriahkan

Karnival Inisiatif Peduli Rakyat, di

Dun beliau

Menyampaikan sumbangan

kepada Pusat Jagaan Amal Asyura anjuran Persatuan Kebajikan Warisan Melayu Selangor

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Galak masyarakat kitar semula pek minuman

14ADN

SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Baucar Jom Shopping yang disumbangkan kepada 400 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang memberi keceriaan buat mereka, menjelang perayaan Ta-hun Baharu Cina, tidak lama lagi.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata, program itu adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk terus menjaga kebaji-kan rakyat melalui bantuan sempena perayaan.

“Bantuan ini juga sebagai tanda terima kasih Kerajaan Negeri kepada rakyat kerana terus memberi soko-ngan dan kepercayaan, pada pilihan raya lalu.

“Saya berharap baucar RM100 ini

dapat meringankan beban persia-pan dan menambahkan lagi keg-embiraan dalam menyambut Tahun Baharu Cina, pada 5 dan 6 Februari ini,” katanya.

Terdahulu, Rozana meraikan 400 penerima baucar Jom Shopping Pe-rayaan Tahun Baharu Cina di Econsave Sungai Buloh, pada 12 Januari lalu.

Program Jom Shopping adalah salah satu daripada dasar Inisiatif Peduli Rak-yat bertujuan membantu rakyat Sela-ngor terutama golongan kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal.

Baucar itu diagihkan kepada semua Pusat Khidmat Rakyat DUN di seluruh negeri dan wakil rakyat atau pegawai penyelaras DUN akan menetapkan tarikh untuk membawa warga emas berkenaan membeli-belah.

Jom Shopping Tahun Baharu Cina

Ceriakan ��� penerima DUN Permatang

Rozana bergambar

mesra dengan salah seorang

penerima Baucar Jom

Shopping sempena perayaan

Tahun Baru Cina

PELABUHAN KLANG - Kejadian kes curi kabel dan vandalisme pada ‘feeder pillar’ pencawang elektrik semakin berleluasa, di ka-wasan Pelabuhan Klang.

Ahli Dewan Negerinya, Azmizam Zaman Huri berkata, kes curi itu dikenal pasti sebagai punca utama yang menyebabkan tahap pencahayaan lampu jalan awam terjejas.

“Pencawang kepunyaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Ja-batan Kerja Raya (JKR) ini sering kali menjadi tumpuan kegiatan mencuri oleh individu tidak ber-tanggungjawab.

“Walaupun sudah bebera-pa kali dibaiki, namun masalah sama sering berlaku,” katanya yang melakukan tinjauan bersama Ja-batan Kejuruteraan MPK dan Ja-batan Kejuruteraan Elektrik JKR Klang.

Hadir sama, Ahli Majlis MPK N46C Norazah Said, Ahli Majlis MPK N46B Puspavali dan Setiausa-ha Ahli Majlis, MPK N46A Shaiful Iman Shahbudin.

Azmizam berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa ka-wasan ‘hotspot’ antaranya Jalan kem, Lebuharaya Pulau Indah dan Laguna Park.

Justeru, katanya, satu tindakan susulan akan dibincangkan bersa-ma agensi kerajaan terbabit untuk membincangkan cara bagi me- ngatasi masalah kecurian kabel daripada terus berlaku.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang melihat ak-tiviti mencurigakan di kawasan berkenaan supaya menghubungi pihak polis.

“Ia supaya siasatan dapat dibuat untuk memastikan sama ada me-reka ini adalah pekerja sahih yang melakukan kerja baik pulih atau sindiket mencuri ka-bel,” katanya.

SHAH ALAM - Masyarakat digalakkan untuk mengamalkan kitar semula pek minuman terpakai bagi menyelamatkan alam sekitar dan mengurangkan kesan karbon.

Ahli Dewan Negeri Bandar Utama, Jama-liah Jamaluddin berkata, beliau memuji ini-siatif Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd dengan kerjasama Nestle (Malaysia) Berhad dalam melaksanakan kempen Projek CAREton 2019 iaitu projek kitar semula pek minu-man terpakai.

“Banyak manfaat akan kita peroleh apa-bila melaksanakan kitar semula pek minu-man terpakai selain menyelamatkan bumi ia juga dapat memberi impak positif kepada generasi akan datang.

“Saya memuji inisiatif ini malah optimis lebih banyak syarikat korporat mewujudkan program tanggungjawab sosial korporat se-begini, pada masa akan datang,” katanya.

Pada masa sama, katanya, walau Kera-jaan Negeri sering ke hadapan dalam melak-sanakan program pembangunan alam sekitar, usaha tambahan daripada syari-kat korporat disambut baik bagi mencapai matlamat menjadikan Selangor sebagai ne-geri contoh menerajui budaya hijau.

“Saya optimis mulai sekarang setiap ma-syarakat dapat mendidik diri, sekali gus mem-

Curi kabel berleluasa di Pelabuhan Klang

budayakan amalan kempen kitar semula pek minuman terpakai ini,” katanya.

Baru-baru ini, Jamaliah menghadiri Majlis Pelancaran Projek CAREton 2019 anjuran Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd de-ngan kerjasama Nestle (Malaysia) Berhad

di One Utama.Difahamkan, Majlis Bandaraya Petaling

Jaya (MBPJ) antara pihak berkuasa tempa-tan yang dipilih projek CAREton 2019 se-bagai benefisiari baru.

Projek CAREton 2019 menyasarkan 35

juta pek minuman dikitar semula, pada ta-hun ini.

Pengguna boleh merujuk http://recycle-easy.com.my untuk meletakkan pek minu-man mereka yang digunakan di 500 pusat koleksi CAREton, seluruh Malaysia.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

15SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

Seni MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

Seni teater Sirih Bertepuk Pinang Me-nari (SBPM) karya sasterawan neg-ara, Dato’ Noordin Hassan, sering menjadi bualan golongan pengk-

aji, pencinta seni dan budaya juga aktivis teater amatur, di negara ini.

Karya memaparkan kehidupan tradi-sional ala bangsawan itu banyak bermain dengan falsafah fitrah yang sarat dengan perlambangan dan metafora selain meng-gabungkan konsep lakonan, nyanyian ser-ta tarian.

Justeru, pemilihan naskhah SBPM untuk dipentaskan kembali ibarat menanggung beban sebongkah batu kerana ia suatu nashkah luar biasa dan dianggap mencabar.

Membaca, memahami dan mendalami naskhah berkenaan sudah tentu memer-lukan latihan berterusan dan kondusif buat penggiat teater.

Bagaimanapun, cabaran itu disahut 50 pelakon dan krew produksi terdiri daripa-da guru, penjawat awam termasuk pela-jar sekolah sekitar Ampang serta Gombak, dalam menjayakan pementasan teater SBPM, di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pada 18 hingga 20 Januari ini.

Produksi di bawah arahan Fairul Pu-jangga itu turut menampilkan persemba-han istimewa yang juga aktivis kesenian Kementerian Kebudayaan iaitu Milyana Arshad dan Azerai Azmi, dari Institut Per-guruan Ilmu Khas.

Semua pelajar terbabit diberi ruang un-tuk mempamerkan kemantapan persem-bahan melalui proses persediaan dan penyertaan secara 100 peratus tanpa pembabitan tenaga kerja profesional.

Latihan dan kepakaran khususnya dari-pada segi persembahan, sinografi dan pe-

Sirih Bertepuk Pinang Menari

Mengangkat estetika teater

sekali gus meningkatkan keyakinan pelajar melalui bakat seni.

“Pada masa sama, teater ini turut memer-kasa penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui medium komunikasi dan melahirkan individu yang berkemahi-ran mengendalikan pementasan daripada pelbagai segi pengurusan persembahan serta teknikal,” katanya.

Rujukan penggiat seni teater

Pementasan SBPM diharapkan men-jadi sumber rujukan dan pedoman kepada semua penggiat teater tanah air, sekali gus memupuk minat masyarakat, khususnya golongan muda untuk mendalami bidang seni teater.

EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, melalui me-dium itu, negara tidak akan ketandusan bakat baharu dalam seni teater, sebaliknya boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, masyarakat juga akan lebih berdisiplin, bersatu hati dan prihatin ter-hadap isu yang berlaku di sekeliling jika aspek kesenian teater turut ditekankan.

“Cabang seni ini merangkumi pelbagai variasi iaitu sastera, muzik, seni lakonan dan tarian, malahan diakui mempuyai ke-pentingan tersendiri bukan hanya untuk menghibur tetapi mendidik masyarakat menerusi nilai serta pengajaran dibawa oleh sesuatu nashkah.

“Ini kerana penyampaiannya dilakukan secara langsung mampu memberi impak dan sentuhan kepada penonton,” katanya yang turut hadir menyerikan pementasan itu.

Abdul Rashid berkata, pementasan tea-ter SBPM berperanan dalam pembentukan tamadun bangsa, selain menjadi tunjang pembentukan jati diri sesebuah bangsa.

“Ia dilihat menerusi persembahan tea-ter tradisional bersumberkan kisah sejarah, rakyat dan lagenda serta dongeng yang si-nonim dengan bangsa kita,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Rashid turut memuji inisiatif MPAJ kerana berjaya me-ngangkat nashkah terbabit dan sentiasa memberi sokongan padu terhadap seba-rang bentuk program kesenian.

ngarahan pula terdiri daripada guru sekolah yang berpengalaman luas dalam bidang teater.

Tonjol kehidupanmasyarakat kampung & istana

Teater anjuran MPAJ dengan kerjasama Kelab Katarsis Seni, Kelab Tunas Katarsis MPAJ, Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) itu adalah sebuah teater berkonsep-kan semi muzikal yang mempersembah-kan citra kehidupan masyarakat kampung serta istana.

Dalam cerita yang digarap dengan penuh fakta dan mesej secara kiasan berhubung pentadbiran berjiwa rakyat, ia menggam-barkan seorang raja yang adil menguji anakandanya dalam bidang kepimpinan dengan menyerahkan tampuk pemerinta-han kepada anakandanya itu.

Raja itu sengaja berbuat demikian bagi menilai daya kepimpinan anakandanya de-ngan cara menyerahkan tampuk pemerin-tahan itu.

Sementara itu, raja berkenaan tu-rut memberitahu bahawa dirinya keluar mengembara. Sepanjang tempoh peme-rintahan anakandanya, pelbagai kerosakan serta perubahan dilakukan yang akhirnya memberi kesan buruk kepada rakyat.

Akhirnya, raja itu muncul semula dan menurunkan anakandanya daripada takh-ta serta menitahkan anakandanya keluar dari negeri itu untuk mencari pengalaman hidup sebenar sebelum kembali menjadi raja yang adil dan saksama.

Pengarah SBPM, Fairul Pujangga berkata, elemen keindahan bahasa, semangat pa-triotik seorang pemimpin, serta bait-bait dialog yang puitis dan berlagu menjadi-kan naskhah itu sebagai sebuah naskhah

kontemporari yang menarik untuk dipertonton kepada masyarakat.

Katanya, selain sarat dengan penyampaian mesej yang baik, kandu- ngan persembahannya juga mampu menarik minat pe-nonton untuk menggemari sastera tanah air.

“Antaranya, seorang pe-mimpin rakyat seharusnya berjiwa rakyat dan sanggup berjuang bersama dengan rakyat.

“Selain itu, seseorang rakyat biasa yang bukan berketurunan raja atau orang ternama tidak boleh diketepi-kan kerana mereka mungkin mempunyai kebijaksanaan yang tersendiri dan seorang pemimpin yang baik perlu mengikis sikap mementingkan diri sendiri serta tidak me-nyalahgunakan harta kerajaan.

“Pengalaman merupakan satu cara untuk mengajar manusia tentang sesuatu seperti nilai maruah dan kemanusiaan,” katanya.

Martabat Bahasa Melayu

Penonton bukan hanya melihat pada mesej yang cuba disampaikan, tetapi kredi-biliti yang ditonjolkan oleh pelakon mampu menyemarakkan lagi semangat patriotik dan memupuk nilai-nilai murni dalam ka-langan generasi muda.

Komitmen yang dilaksanakan secara ber-sama ini juga jelas membuktikan suatu u-saha murni bagi memberi peluang untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan me-negakkan isu-isu semasa tanah air merang-kumi pelbagai aspek kehidupan, sekali gus menampilkan peri indahnya Bahasa Melayu dalam konteks estetika persembahan teater.

Fairul berkata, pihaknya menumpukan pada seni teater dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebang-saan, selain menyahut seruan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.

“Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Me-layu 2016-2025 mementingkan berkaitan pemerkasaan kemahiran lisan dan pembu-dayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa eko-nomi dan perdagangan.

“Sejajar dengan itu, bermisikan memar-tabatkan dan merakyatkan teater ke arah pembangunan masyarakat, produksi ber-tujuan membina modal insan dalam kala-ngan pelajar yang mampu meneladani skrip SBPM ini untuk memupuk semangat pa-triotik terhadap generasi baharu,” katanya.

Selain tanda apresiasi terhadap teater fitrah Dato’ Noordin Hassan, Fairul berkata, pementasan teater terbabit bagi memar-tabatkan dan merakyatkan teater ke arah pembangunan di setiap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, kaum juga agama.

“Bakat seni dan kognitif melalui lati-han intensif berorientasikan persemba- han berimpak tinggi dapat dikembangkan,

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

OLEH NASSER MIKRAJ

Untuk kesekian kalin-ya, setelah tahun-ta-hun yang berlalu, kau melihat ada kenangan

demi kenangan tumbuh melata di sepanjang jalan yang pernah di-lalui. Ada juga yang tumbuh me-rimbun seperti waktu-waktu yang tertinggal dan rindu-rindu yang tertanggal. Sehingga biarpun ke-hidupan terus berpilin, berputar laju, ada waktunya kau teringin memetik sebahagian darinya; se-bagai jasmin misalnya – yang ber-warna polos atau merah mawar yang klise. Paling tidak pun kita jadikannya sebagai antara koleksi retrospeksi yang berbau sepi (teta-pi dipenuhi duri) dan ia meling-kari diri.

Melintasi rumahnya sama juga seperti menjangkaui peribadi yang kaku. Dalamnya ada ruang demi ruang tidak terisi. Kosong. Dipenuhi sawang dan serdak. Ada yang tidak terusik, entah un-tuk berapa lama lagi. Tapi itulah yang galak menyapa, menyuakan khabar dan berlegar, mengutip kekosongan yang ada terpencar. Satunya lagi berbentuk kaca ber-warna jernih yang memantulkan resah dari segenap arah. Mung-kin biarkanlah untuk kali ini kita relakan segalanya datang mem-perkenalkan diri – mengingatkan tentang yang lalu-lalu. Tentang yang sudah berlalu dan layu.

“Hai. Saya catatan yang tercatat sewaktu mata bertentang mata lama dahulu. Ketika itu kau mem-bisu seribu bahasa. Tapi jiwamu meronta.”

Kau mula menyelak kembali. Lembaran-lembaran kusam dalam fikiran. Entah di halaman mana kau pun berhenti. Lama kau mengeja abjad-abjad yang ada. Lama juga kau mencongak tarikh-tarikh yang tidak ada.

“Maaf. Saya telah lupa.” Kau berbisik pada diri sendiri. Catatan yang memperkenalkan diri itu diam, sebelum menghilang.

“Assalammualaikum. Saya ka-ta-kata yang tercipta sewaktu kau mula membaca rasa. Ketika itu malam begitu resah tetapi mim-pimu indah.”

Ingatan itu pula menyapa. Me-ngajak kau pulang ke daerah masa lalu. Daerah yang terlalu mundur mengikut perkiraanmu. Tapi di situ kau pernah hidup dan bergelan-dangan. Pernah mengemis dan meminta-minta.

“Maaf. Saya seharusnya melu-pakanmu seperti mimpi-mimipi yang tertanggal di hening pagi.” Suara itu kau lantunkan. Bergema di corong-corong ingatan.

“Mimpi tetap akan pulang dan datang.” .

“Tidak! Saya seharusnya melupakanmu seperti hari ini meninggalkan yang kelmarin.”

“Cuma tarikh dan ke-biasaan saja yang berubah. Realitinya tetap sama dan berulang-ulang.”

“Maksudmu?” Kau berta-nya polos.

“Biarpun hari ini adalah hari ini, kelmarin adalah kel-marin, esok adalah esok, ma-tahari tetap tergantung di langit.” Ingatan itu mula mera-ba sebuah kotak retrospeksi yang berlumur serdak dalam fikiranmu.

“Tapi, bukan selamanya, matahari, bulan mahupun bintang tergantung di langit.” Kau menghalang sebelum ko-tak itu sempat dibuka.

“Lihat di mana kau ber-tapak. Situlah realiti tempat

berpijak.” Ingatan itu seperti ke-cewa tingkahnya tidak dapat di-lanjutkan.

“Tidak. Saya tetap akan melu-pakanmu!” Kau akhirnya berteg-as. Masa lalu juga bagimu adalah negeri yang terlalu jauh. Kau harus berhijrah. Tapi negeri itu tetap ti-dak dapat ditinggalkan kerana di situ asal-usulmu. Negeri itu tetap tidak akan dapat ditinggalkan bi-arpun kau tak mampu kembali.

“Masa lalu adalah sejarah. Seja-rah yang berdiri atas fakta adalah sejarah yang mutlak. Bangsa yang ingin maju seharusnya tidak me-minggirkan sejarah.” Kau memin-jam kenyataan dari seorang tokoh bagi merehabilitasikan diri.

“Salam. Saya sebaris puisi yang tercipta sewaktu hujan turun mencurah. Ketika itu kau sedang kedinginan. Dia datang memberi teduhan.”

Kau terkesima. Sebuah diari tiba-tiba memunculkan diri. Me-nari dengan lenggok yang asyik (tetapi bagimu begitu sarkastik). Sehelai kertas dihulur. Kau me-nyambut dengan tangan yang terketar-ketar seperti menerima maut. Hujan tiba-tiba mencurah. Seperti dulu-dulu.

Hujan adalah puisi yang dideklamasi oleh langit. Diksi-nya tentang cinta yang pulang ke bumi. Cinta yang dinantikan oleh tunas, untuk tumbuh mekar. Cin-ta yang dinantikan oleh kudup untuk kembang mewangi. Cinta yang juga dinantikan oleh putik untuk berbuah ranum. Cinta yang dinantikan rekah tanah. Ringkas-

nya, hujan adalah tentang cinta yang pulang. Kau pun mula mene-ka, cinta yang bagaimana pula dinanti-nantikan oleh hati yang di-genangi retrospeksi? Justeru, cinta yang sebegitu tidak seharusnya di-tunggu. Mana mungkin meminta bencana, biarpun ia tentang pe-nyucian – dari luka misalnya.

“Maaf kawan. Hujan dari langit sifatnya suci. Jatuh ke tanah men-jadi kotor. Begitulah saya. Cinta yang kau bawa terlalu suci. Sampai kepada saya ia menjadi kotor.” Kau mengumbar resah yang tersim-pan sekian lama seraya mengem-balikan kertas yang dihulur. Diari tertutup sendiri. Seperti yang kau sebut-sebutkan, kau harus melu-pakannya seperti hari ini mening-galkan yang kelmarin.

Tapi kehidupan terus berpi-lin. Kau pun perlu lagi melintasi rumahnya, seperti hari-hari yang

yang kau lalui. Biarpun kiri kanan jalan adalah tentang perubahan dari dekorasi alam, waktu, keadaan dan manusia yang hidup di seki-tarnya. Jalan ini saja satu-satunya yang perlu dilalui dan masih se-rupa seperti dahulu – bougain-villaea masih berbunga, kerikil masih bertaburan. Kau berjalan seperti waktu yang tidak pernah menunggu. Kenangan demi ke-nangan yang tumbuh melata, memanjat pepohonan yang le- bih besar. Bergayutan di sana-sini. Mahu tidak mahu, kau tahu kau perlu melepasinya.

Untuk sekali lagi, melintasi rumahnya sama seperti melinta-si khatulistiwa yang memisahkan antara diri kau yang dulu dengan diri kau yang baharu.

“Tunggu. Tidak kah kau ingin bertamu?” Ada suara yang me-numpang angin, sibuk-sibuk ber-tanya. Sibuk-sibuk juga mengajak kau bermusafir kembali ke nege- ri masa lalu. Angin berhembus lembut. Dedaunan kering bercem-pera. Seperti dulu-dulu.

“Maaf. Saya sudah penat men-jadi tetamu yang nantinya perlu pulang juga.” Kau menolak dengan baik sambil berharap suara itu ti-dak terus-terus memaksa.

“Pergilah. Secawan kopi panas mungkin boleh membunuh rin-du.” Suara itu masih mahu memu-jukmu.

“Tidak! Saya sudah melupakan-nya seperti hari ini meninggalkan yang kelmarin.” Kau menegaskan sekali lagi sebelum cepat-cepat berjalan.

Kelicap Di Taring Salji Seekor kelicapbermigrasi dariserigala salji. Untuk menumpulkantaring dinginpelepahnya kayu apidan percikpercik baramemeluhkan beku.

Kepaknya rumpaiberfotosintesissegandum mentari mengenyangkan hari.

Sekelicap daunmeredah belukar kristalmencari hangat benua.

Iman Danial Hakim

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

17SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

Fokus MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Pelbagai usaha dilaksana KDEBWM

dan pembersihan awam demi memastikan Sela-ngor sentiasa bersih," ka- tanya kepada Selangor-Kini.

Ramli berkata, usaha berkenaan juga dilakukan apabila melihat banyak ba-han kitar semula yang di-kutip setiap hari, di semua kawasan.

"Kita mengutip beribu tan sampah setiap hari ter-diri daripada pelbagai je-nis sampah sama ada yang boleh dikitar semula atau tidak.

"Sampah itu akan dihantar ke tempat pelupusan sampah. Oleh itu, KDEBWM merasakan adalah lebih baik jika pihaknya menjana pendapatan sampingan menerusi kitar semula," katanya.

Bina di kawasan lain

Sebagai projek perintis untuk memastikan ia mencapai matla-mat, pemilihan kawasan memang menjadi faktor terpenting.

Pada peringkat ini, kawasan tumpuan perniagaan akan diu-tamakan atas faktor kapasiti sam-pah boleh dikitar semula yang dihasilkan.

Ketika ini, pusat yang didiri-kan di tanah berkeluasan enam ekar dan kapasiti sampah yang boleh diterimanya sebanyak 20 tan, sehari.

Namun Ramli berhasrat, Pusat Kitar Semula seperti projek perin-

tis itu boleh ditambah ke kawasan lain, pada masa hadapan.

"Buat masa ini, kontraktor dari kawasan Klang yang membawa sampah itu menghantar ke pusat ini.

"Daripada kutipan, kita akan dapat mengetahui data penggu-naan bahan kitar semula, di se-tiap kawasan.

"Kita tidak boleh daripada penggunaan plastik. Kesedaran menjaga alam sekitar itu perlu timbul daripada semua pihak dan kerjasama semua agensi sangat diperlukan," katanya.

Sambut baik usaha KDEBWM

Sementara itu, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, menyambut baik usaha syarikat berkenaan,

sekali gus menganggap ia akan memberi manfaat kepada industri pengurusan sisa pepejal.

"Semoga inisiatif baharu yang disasarkan oleh KDEBWM ini akan memberi manfaat kepada indus-tri dan pulangan modal kepada Kerajaan Negeri, khususnya," ka-tanya.

Sze Han berkata, Kerajaan Ne-geri sentiasa proaktif meneroka peluang penambahbaikan dalam pengurusan sisa pepejal, di ne-geri itu.

Katanya, antara usaha lain adalah memeterai perjanjian de-ngan syarikat China Western Po-wer Clean Energy Sdn Bhd untuk merealisasikan Loji Waste to E-nergy (WTE) bersama Worldwide Holdings.

"Inisiatif ini bagi memastikan pelupusan sampah dapat di-lakukan dengan sistematik dan efisien," katanya.

OLEH NORHAYATI UMOR

MALAYSIA menghasil-kan sekitar 36,000 tan sampah setiap hari dan jumlah itu

cukup untuk memenuhi Menara Berkembar Kuala Lumpur dalam jangka masa sembilan setengah hari sahaja.

Secara purata, rakyatnya membuang 0.8 kilogram sam-pah, setiap hari.

Manakala, terdapat 230 tapak pelupusan sampah di negara kita dan dijangka hayatnya akan ber-akhir tidak lama lagi.

Justeru, pelbagai usaha di-lakukan antaranya aktiviti kitar semula yang dikenal pasti seba-gai salah satu cara paling ber-kesan mengurangkan jumlah sampah sisa pepejal ke tapak pelupusan dan meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan itu.

Kitar semula juga mengubah sisa menjadi sumber bernilai, mengurangkan penggunaan ba-han semula jadi, menjana sum-ber kewangan dan memberi faedah sosial.

KDEBWM teroka perniagaan baru

Selari hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri 'zero waste', 'waste to ener-gy’ atau ‘energy from waste', pelba-gai usaha khusus turut dilaksana bagi memastikan hasrat itu direa-lisasikan.

Terbaru, anak syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), KDEB

Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) yang dilantik Kera-jaan Negeri sebagai 'Project Ma-nagement Company' (PMC) untuk menguruskan sisa pepejal di ne-geri ini kini membuka Pusat Kitar Semula dan meneroka teknologi bio-diesel berasaskan plastik.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir berkata, Pusat Kitar Semula yang terletak di Meru, Klang diwujudkan bagi mem-bantu memelihara alam sekitar dan memastikan Selangor bersih serta tidak tercemar.

Katanya, pihaknya mendapat mandat daripada lembaga pe- ngarah untuk memulakan perkara baharu itu, bukan sekadar kuti-pan sisa pepejal dan pembersi-han awam.

"Seperti saya selalu kata sam-pah tidak kotor tetapi ia adalah duit. Oleh itu, KDEBWM meran-cang dan kini sudah melakukan

aktiviti kitar semula, di Klang.

"Pelaburan baharu ini juga memu-dahkan kerja

kutipan sisa pepejal

Optimis pastikan Selangor semakin bersih

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

18PBT

SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Majlis Perbanda-ran Klang (MPK) memperuntukkan RM5,000 kepada semua Ahli Majlis bagi melaksanakan program mem-basmi denggi, di kawasan masing-masing.

Yang Dipertuanya, Dato’ Moha-mad Yasid Bidin berkata, seramai 23 Ahli Majlis menerima peruntukan itu sebagai salah satu langkah mengu-rangkan penularan wabak denggi, di daerah berkenaan.

“Dengan peruntukan itu, kita mahu setiap Ahli Majlis untuk me-ngadakan program berkaitan se-perti gotong-royong supaya tempat pembiakan Aedes dapat dihapus-kan.

“Kita optimis dengan cara ini ia sedikit sebanyak dapat memban-tu mengurangkan wabak denggi di Klang, sekali gus menjadikan daerah

ini sebagai kawasan selamat dari-pada pembiakan Aedes,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berka-ta, usaha itu tidak akan mampu di-laksanakan jika masyarakat tidak memainkan peranan membasmi Aedes.

“Kempen 10 minit membersih-kan rumah dilancarkan sejak April tahun lalu dilihat tidak mendapat sambutan penduduk kerana ada antara mereka masih menyimpan barangan lama sehingga menjadi punca takungan air.

“Malah, botol plastik serta polis-terin juga dibuang merata tempat, sekali gus boleh mengundang pem-biakan nyamuk Aedes.

“Oleh itu, kita amat berharap ta-hun ini penduduk dapat bekerjasa-ma mengamalkan amalan 10 minit itu supaya usaha membendung wa-bak denggi di Klang tercapai,” ka-tanya.

Cegah denggi

SUBANG JAYA - Pelancaran Dasar Komuniti Negara di bawah Ke-menterian Perumahan dan Ke-rajaan Tempatan (KPKT) akan dilaksanakan di Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ), pada pertengahan Februari ini.

Menteri Perumahan dan Kera-jaan Tempatan, Zuraida Kamaru-din berkata, proses menaik taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit kepada status bandar raya perlu dipercepatkan bagi memastikan pelancarannya ber-jalan sempurna.

“Pelancaran Dasar Komuniti Negara di MPSJ akan dibawa tu-run oleh Ahli Majlis ke peringkat Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan komuniti setempat.

“Ahli Majlis yang memimpin JKP di kawasan masing-masing harus menjadi satu ejen kepada Kerajaan Persekutuan untuk me-nyampaikan kepada penduduk dan rakyat secara keseluruhannya kerana dalam era kerajaan baharu kali ini kita menekankan pember-dayaan komuniti.

“Subang Jaya memiliki komu-

Dasar Komuniti Negara MPSJ dilancar Februari ini

niti elit dan berpelajaran, maka saya merasakan lebih mudah un-tuk memberdaya mereka kerana mereka tahu polisi, undang-un-dang dan akta yang dikuatkua-sakan,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka berucap pada Majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk dan Zon Bersih JKP peringkat MPSJ 2018, di Holiday Villa Hotel, pada 18 Janua-ri lalu.

Turut hadir, EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha; EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ng Sze Han; Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze; Yang Di-pertua MPSJ, Noraini Roslan dan Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mo-hammad Zulkarnain Che Ali.

Pada masa sama, Zuraida berkata, pihaknya memberi penekanan khusus terhadap Dasar Komuniti Negara dalam kelompok B40 supaya taraf ke-hidupan golongan terbabit tidak dipinggirkan, sebaliknya terus di-pertingkatkan.

Katanya, jika cara kehidupan golongan B40 dapat diperting-katkan, maka impak transforma-si itu akan dirasai bukan sahaja seluruh rakyat tetapi turut me-lonjakkan nama negara ke tahap lebih tinggi.

“Justeru, Ahli Majlis dan JKP perlu menekankan pendekatan kepada golongan ini untuk pasti-kan mereka memiliki perumahan selesa. Dengan adanya peruma-han selesa, saya yakin semangat mereka juga berbeza, bahkan cara dan kualiti hidup akan ber-beza, selepas ini.

“Selepas pelancaran itu nan-ti, Ahli Majlis perlu menjalankan program di peringkat persatuan penduduk di seluruh kawasan pentadbiran MPSJ dan melihat bagaimana golongan ini dapat diberdayakan.

“Saya juga meminta MPSJ mengekalkan perancangan tera-tur dan pembangunan tersusun. Jika mahu menjadi sebuah ban-dar raya, maka ia perlu menjadi banda raya contoh, dinamik dan disegani,” katanya.

SUBANG JAYA - Jawatankua-sa Penduduk (JKP) Zon 4 meng-ungguli Anugerah Keseluruhan Terbaik pada Majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk dan Zon Bersih JKP Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ) 2018 yang berlangsung, di Holiday Villa Hotel, pada 18 Januari lalu.

Anugerah berkenaan disam-paikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Ka-marudin diiringi Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan.

Dalam majlis penuh gilang gemilang itu, JKP Zon 4 menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala berserta sijil manakala JKP Zon 16 pula memenangi Anugerah Zon Bersih Keseluruhan Terbaik de- ngan membawa pulang RM3,000,

piala dan sijil.Noraini berkata, penganugera-

han terbabit bagi mengiktiraf pe-ranan dan sumbangan barisan JKP yang berjaya melaksanakan fungsinya sebagai medium ko-munikasi antara pihaknya bersa-ma penduduk.

“Ia secara tidak langsung dapat mewujudkan persaingan secara sihat antara JKP dalam melak-sanakan tanggungjawab diberi-kan melalui pembabitan 24 JKP MPSJ selain menggalakkan pe- nyertaan komuniti terhadap ak-tiviti kemasyarakatan.

“Selaras dengan objektif kami, anugerah ini juga bagi mewu-judkan kawasan JKP yang bersih, cantik dan harmoni serta memen-tingkan sifat ‘go green’,” katanya ke-

tika berucap merasmikan program berkenaan.

Turut hadir, EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha; EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ng Sze Han; Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze dan Tim-balan Yang Dipertua MPSJ, Mo-hammad Zulkarnain Che Ali.

Pada masa sama, Noraini ber-kata, rentak dan momentum ke-menangan itu perlu diteruskan sebagai langkah bersama menya-lurkan perkhidmatan berkualiti dan terbaik kepada penduduk.

“Saya berharap penduduk me-lalui JKP dapat memberi maklum balas terhadap sistem dasar, pro-gram dan aktiviti dilaksanakan

oleh pentadbiran untuk menja-yakan pelan strategik MPSJ 2012-2030.

“Kerjasama dua hala antara MPSJ dan penduduk, khususnya menerusi saluran JKP harus di-jalinkan secara lebih erat lagi su-paya setiap perkhidmatan disalur diterima setiap lapisan masyara-kat,” katanya.

Terdahulu, Pertandingan Zon Bersih mula diperkenalkan Kera-jaan Negeri pada 2010 dan MPSJ menganjurkan pertandingan itu mulai 2014 membabitkan empat JKP merangkumi Dewan Unda-ngan Negeri Subang Jaya, Kinrara, Sri Serdang dan Seri Kembangan.

Antara kategori Zon Bersih di-pertandingkan adalah Anugerah Program Kemasyarakatan JKP

Terbaik, Anugerah Pengurusan INDEN JKP Terbaik, Anugerah Pemantauan Kebersihan Perseki-taran, Anugerah Pemantauan Perkhidmatan Awam, Anugerah Dokumentasi dan Anugerah Ino-vasi.

Manakala bagi kategori JKP ter-masuk Anugerah Program Kema-syarakatan JKP Terbaik, Anugerah Pengurusan Kewangan JKP Ter-baik, Anugerah Pengurusan Projek JKP Terbaik, Anugerah Kepimpi-nan JKP Terbak dan Anugerah Pegawai Kawasan JKP Terbaik.

Dalam majlis sama, klip video dan lagu tema ‘Program Komu-niti Berdaya Komuniti Madani’ turut dilancarkan sebagai perse-diaan MPSJ mencapai status ban-dar raya.

JKP Zon � bolot anugerah terbaik

MPK salur RM�,��� kepada Ahli Majlis

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

19SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Sebuah cawangan restoran mamak yang kerap dikun-jungi ramai di Seksyen 9, di sini, diarah tutup selama dua minggu berkuat kuasa serta merta ekoran gagal mematuhi piawaian kebersi-han ditetapkan.

Notis perintah tutup premis bermula pada 18 Januari lalu itu dikeluarkan ketika serbuan di-jalankan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama beberapa ja-batannya iaitu Jabatan Pelesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Penguatkuasaan dan Ja-batan Bangunan.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, hasil pemeriksaan itu, pemilik pre-mis makanan didapati mengabai-kan tahap kebersihan khususnya dalam aspek penyediaan makanan dan penyimpanan makanan.

“Peralatan digunakan juga kurang bersih, kebersihan tandas kurang memuaskan dan pekerja ti-dak mempunyai suntikan TY2 (anti-

typhoid).“Kegagalan pemilik premis me-

matuhi syarat ditetapkan, tindakan boleh diambil mengikut Undang-Undang Kecil sedia ada seperti Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan MBSA 2007, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan & Perindustrian MBSA 2007 dan Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan MBSA 2007,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, sepanjang operasi itu sebanyak 70 premis diperiksa dan empat dari-padanya diarah tutup untuk kerja pembersihan.

Katanya, MBSA akan terus men-jalankan pemantauan bagi memas-tikan premis terbabit mencapai tahap pemarkahan kebersihan dan peraturan yang dikehendaki.

“Memandangkan operasi ini akan dijalankan secara berka-la pada setiap bulan, pengusaha premis makanan yang mendapat lesen diingatkan supaya memasti-kan restoran mereka di tahap yang terbaik,” katanya.

Tidak mematuhi piawaian kebersihan

Kedai mamak ‘popular’ diarah tutup

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menunda se-buah bas dan sebuah lori dalam Operasi Bersepadu Menunda Kenderaan Berat yang diletak-kan di bahu-bahu jalan di Sek-syen U13, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, operasi yang di-jalankan secara berkala itu ber-tujuan untuk mengesan dan membanteras masalah kende-raan berat yang diletakkan di ka-wasan awam seperti bahu atau

menghalang jalan, kawasan ke-diaman serta rizab jalan.

“Kenderaan berat ini turut mengakibatkan kekurangan tempat letak kereta di kawasan kediaman khususnya kediaman bertingkat,menyebabkan ke-rosakan kawasan hijau atau ri-zab, menghalang lalu lintas serta mengehadkan pemandangan akibat saiz kenderaan besar,” ka-tanya dalam kenyataan.

Operasi ini turut membabit-k an k ak itangan daripada Jabatan Penguatkuasaan, Ba-

hagian Perundangan, Pejabat Cawangan Setia Alam serta agensi luar seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengang-kutan Jalan.

Menurutnya, penundaan kenderaan berat ini dilakukan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi kenderaan berat yang tidak dialihkan, kenderaan tersebut akan ditunda dan dikompaun RM2,300 manaka-la caj bagi simpanan di depoh RM50 sehari.

Tunda bas dan lori halang lalu lintas

SHAH ALAM - Majlis Bandara-ya Shah Alam (MBSA) melalui Ja-batan Pembangunan Komuniti (JPK) bakal menganjurkan karni-val ‘Hargai Degupan Jantungmu’, di Dewan Matahari MBSA Seksyen U5, pada 27 Januari ini.

Program kesihatan bertemakan ‘Jantung Sihat Generasi Hebat’ itu diadakan dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 18.

JPK dalam kenyataan di Face-book memaklumkan, program itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran berhubung penjagaan kesihatan jantung selain memberi peluang kepada masyarakat untuk

mendapatkan tips kesihatan jan-tung secara lengkap.

“Pelbagai pengisian program menarik disediakan termasuk akti-viti untuk kanak-kanak dan dewasa antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kesihatan serta ceramah kesihatan daripada wakil pakar perubatan UiTM.

“Selain itu, terdapat juga peme-riksaan gigi dan mata percuma, senamrobik bersama Aerodance UiTM, ‘pedometer challenge’, cabu-tan bertuah, pertandingan me-warna dan ‘pop the ballon’ untuk kanak-kanak,” katanya.

Penyediaan makanan percuma juga turut disediakan kepada pe-nyertaan 400 terawal.

Jom sertai ‘Hargai Degupan Jantungmu’

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

20Pendidikan

SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

BESTARI JAYA - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20,000 un-tuk pelaksanaan projek penana-man pokok di sekitar Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian berkata, peruntukan itu se-bagai tanda sokongan Kerajaan Negeri terhadap usaha murni

UNISEL melestarikan kampus. “Saya amat berbangga dan gem-

bira melihat UNISEL sentiasa gigih menghijaukan, sekitar kampusnya.

“Usaha gigih dijalankan UNISEL bagi mewujudkan persekitaran kampus yang lebih indah dan ceria ini diharap berterusan dari semasa ke semasa sehingga hasrat menja-dikan kampus dalam taman terca-pai,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka berucap merasmikan Program Penghijauan dan Simbolik Pena-

naman Pokok peringkat UNISEL, di Kampus Bestari Jaya, pada 18 Januari lalu.

Pada masa sama, beliau turut memuji peranan UNISEL yang me-nyahut saranan Kerajaan Negeri apabila turut serta mengadakan pelbagai program berkonsep les-tari alam.

“Ini adalah langkah yang ha-rus dipuji dan perlu dijadikan con-toh oleh institusi lain di negeri ini supaya bersama memelihara dan memulihara alam sekitar,” katanya.

BESTARI JAYA - Universiti Sela-ngor (UNISEL) menyasarkan akan menanam 2,000 batang pokok pel-bagai jenis, di sekitar Kampus Be-stari Jaya, pada tahun ini.

Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, universiti terbabit giat melaksanakan transformasi in-frastruktur dan penghijauan bagi memberi kemudahan selesa ke-pada semua.

Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa menyokong matlamat UNISEL untuk menjadikan hasrat ‘Kampus Dalam Taman’ tercapai.

“Pada masa sama, transformasi akademik turut bergerak seiring bagi membolehkan kualiti pendi-dikan di UNISEL berdaya saing dan setaraf dengan universiti awam, di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Penghijauan dan Simbo-lik Penanaman Pokok peringkat

Sasar tanam �,��� pokok lestari kampus

UNISEL, di Kampus Bestari Jaya, pada 18 Januari lalu.

Program itu disempurnakan EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hi-jau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian, yang turut menanam pokok je-nis ‘Chinese Fringe Flower’ sebagai sim-bolik perasmian.

Pada masa sama, Dr Moham-mad Redzuan berkata, beliau menggesa seluruh kakitangan dan pelajar UNISEL bertanggungjawab menjaga alam sekitar supaya kein-dahan sedia ada dapat dikekalkan.

Beliau turut merancang un-tuk melaksanakan program go-tong-royong dan pertandingan landskap terbaik dalam kalangan komuniti serta jabatan, di UNISEL.

“Pertandingan itu antara sara-nan supaya setiap jabatan akan berlumba-lumba mahu menja-dikan tempat mereka nyaman, sekali gus mewujudkan suasana kondusif,” katanya.

Selangor peruntuk RM20,000

Realisasi hasrat hijaukan UNISEL

KUALA SELANGOR - Kerajaan Ne-geri komited memberi sokongan kepada pelajar, khususnya penun-tut di institusi pengajian tinggi ba- gi mempromosi karya seni dihasil-kan mereka sehingga berpotensi memasuki pasaran tempatan ma-hupun global.

EXCO Kebudayaan dan Pelan-congan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, ia sebagai inisiatif meng-iktiraf ‘titik peluh’ mahasiswa yang mampu mencerna idea unik dan kreatif dalam sesebuah karya seni.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu kertas kerja daripada semua pihak, terutama penuntut universiti untuk bersama mem-bantu mengetengahkan produk atau karya berkenaan.

“Kita boleh promosikan bagi pi-hak mereka kerana kita mempu-nyai agensi dan peralatan untuk kita menolong produk dikeluar-kan universiti, seterusnya dipamer dan disebarkan kepada masyara-kat umum.

“Saya optimis jika promosi ba- rang ini dapat dilaksanakan di pa- sar raya atau kedai, maka ia akan mendapat sam-

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri sedang menjalankan kaji-an berhubung keperluan bagi pelaksanaan ujian psikometrik terhadap guru Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), di Sela-ngor.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Ke-luarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, perbincangan akan dilakukan bersama Jabatan Ke-bajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kesihatan Selangor.

“Selangor sedang kaji sama ada ia satu keperluan atau ti-dak kerana ujian ini tidak bo-leh dilakukan secara suka hati, malahan ia agak sensitif apabi-la membabitkan perasaan se-seorang.

“Kita khuatiri apabila ia dilak-sanakan, kita rasa individu itu kurang normal walhal sebenar-nya dia normal sahaja. Jadi bu-kankah itu akan menganiaya mereka,” katanya.

Bagaimanapun, beliau ber-

kata, pihaknya yakin kebanya- kan guru Taska di Selangor se-memangnya mempunyai kur- sus saringan oleh JKM sebelum melayakkan mereka bergelar guru.

“Setiap Taska terutama yang berdaftar di bawah JKM me-mang diwajibkan guru mereka perlu melalui kursus tertentu seperti Kursus Asas Permata bagi melayakkannya sebagai guru atau pengasuh kepada kanak-kanak,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Kerajaan Sarawak mencadangkan agar ujian psi-kometrik diwajibkan ke atas pe- ngasuh di Taska berdaftar, ter-masuk pengasuh persendirian bagi memastikan mereka la- yak diberi amanah menjaga bayi serta kanak-kanak.

Inisiatif itu penting demi menjamin kesesuaian mereka melaksanakan tugas selain me-mastikan nyawa bayi dan kanak-kanak tidak terancam.

Promosi karya seni pelajarKaji keperluan ujian psikometrik guru Taska

butan baik daripada ma- syarakat.

“Paling penting pelaksanaan-nya memerlukan promosi, kerana jika tiada promosi masyarakat ti-dak tahu apa sebenarnya dihasil-kan penuntut universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pro-gram Visual Art Exhibition 2018 (VEX 2018), di Lobi Jabatan Seni Vi-sual, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya, baru-baru ini.

Abdul Rashid berkata, UNISEL adalah sebuah pusat pengajian tinggi di Selangor yang memartabatkan dan me- ngangkat nilai kesenian dengan me-

nawarkan beberapa bidang peng-khususan dalam seni reka.

“Saya percaya melalui proses lati-han dan pengajaran daripada pen-syarah berpengalaman, mahasiswa dapat menimba banyak ilmu untuk mengangkat bidang kesenian serta kebudayaan ke tahap lebih tinggi.

“Malah, jika kesemua produk di-hasilkan mahasiswa ini dikembang-kan dan disebar luas, maka tidak mustahil suatu hari nanti UNISEL terkenal dengan produk kesenian melalui cetusan idea pelajar.

“Mereka mencipta produk dan karya seni juga dapat meraih ba-nyak keuntungan apabila dipasar-kan,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

21SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

BANTING - Inisiatif Jawatankuasa Surau Ar-Rayyan, Seksyen 7, me-ngumpul dana menaik taraf surau berkenaan menerusi Kejohanan Golf Amal disambut baik.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, usaha murni itu se-lari dengan hasrat Kerajaan Ne-geri memperhebatkan lagi aktiviti di seluruh surau dan masjid, di Se-langor.

“Kejohanan Golf Amal untuk mengumpul dana menaik taraf su- rau ini berjaya mengutip hampir RM300,000.

“Selain dapat mengukuhkan si- laturahim, surau atau masjid da-

pat menyampaikan dakwah dan menunaikan ibadah oleh jemaah-nya dalam keadaan selesa,” kata-nya.

Beliau berkata demikian keti-ka ditemui pada Kejohanan Golf Amal Surau Ar-Rayyan, Seksyen 7, di Amverton Cove Golf & Island Re-sort, pada 20 Januari lalu.

Sementara itu, Pengerusi Jawa- tankuasa Pengelola Kejoha- nan Golf Amal, Dato’ Mohd Sukor Abd Manan berkata, kejohanan berkenaan diadakan kali pertama bagi mengutip dana pembaikan surau itu.

Katanya, kejohanan itu juga ber- jaya menarik penyertaan daripa-da 100 pemain.

HULU KELANG - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, hadir me-nyerikan Sambutan Ulang Tahun ke -17 Masjid Al-Iman, Kemensah

Heights, pada 18 Januari lalu.Beliau yang tiba sekitar jam

12.30 tengah hari disambut Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Wan

KAJANG - Kisah sebuah keluarga mualaf yang tular di media sosial, baru-baru ini ekoran tiada tempat berteduh mendapat perhatian Lem-baga Zakat Selangor (LZS).

Jurucakap LZS dalam kenyata-an berkata, pihaknya bersama Amil Kariah dan Jabatan Kebajikan Ma-syarakat menemui keluarga terbabit di sebuah rumah keluarga India, di

Bandar Rinching, di sini, setelah seharian usaha pencarian dijalankan.

“Sejak kisah mereka ditularkan di media sos-ial, usaha mencari giat di-lakukan, namun keluarga ini gagal dikesan.

“Atas rasa tanggung-jawab dalam memasti-kan mereka sekeluarga terbela, usaha mencari

tetap diteruskan,” katanya.Difahamkan, keluarga berkenaan

dihalau keluar pemilik rumah yang didiami sebelum ini sehingga ter-paksa berteduh di salah sebuah pusat hentian, di sekitar kawa- san ini.

LZS berkata, keluarga terbabit dipindahkan ke rumah transit milik LZS yang lebih selesa bagi memasti-kan akidah mereka terus terbela dan terjaga.

“Semoga dengan usaha dan ban-tuan ini dapat memastikan kesela-matan keluarga ini terus terjamin dalam usahanya mendalami agama Islam yang indah,” katanya.

MB rai ulang tahun ke-�� Masjid Al-Iman

Berjaya kutip RM300,000

Golf amal bantu naik taraf surau

24 - 30 JANUARI 201918 - 24 JAMADILAWAL 1440H

24 Khamis 5:57 6:07 7:24 1:28 4:50 7:26 8:39 25 Jumaat 5:58 6:08 7:25 1:28 4:50 7:26 8:39 26 Sabtu 5:58 6:08 7:25 1:28 4:50 7:26 8:39 27 Ahad 5:58 6:08 7:25 1:29 4:50 7:27 8:39 28 Isnin 5:58 6:08 7:25 1:29 4:50 7:27 8:39 29 Selasa 5:59 6:09 7:25 1:29 4:51 7:27 8:39 30 Rabu 5:59 6:09 7:25 1:29 4:51 7:27 8:39

24 Khamis 6:00 6:10 7:26 1:31 4:53 7:28 8:40 25 Jumaat 6:01 6:11 7:27 1:31 4:53 7:28 8:41 26 Sabtu 6:01 6:11 7:27 1:31 4:53 7:28 8:41 27 Ahad 6:01 6:11 7:27 1:31 4:53 7:29 8:41 28 Isnin 6:01 6:11 7:27 1:32 4:53 7:29 8:41 29 Selasa 6:02 6:12 7:27 1:32 4:53 7:29 8:41 30 Rabu 6:02 6:12 7:27 1:32 4:53 7:29 8:41

24 Khamis 5:57 6:07 7:25 1:28 4:51 7:27 8:40 25 Jumaat 5:58 6:08 7:25 1:29 4:51 7:27 8:40 26 Sabtu 5:58 6:08 7:26 1:29 4:51 7:27 8:40 27 Ahad 5:58 6:08 7:26 1:29 4:51 7:28 8:40 28 Isnin 5:58 6:08 7:26 1:29 4:51 7:28 8:40 29 Selasa 5:59 6:09 7:26 1:30 4:51 7:28 8:40 30 Rabu 5:59 6:09 7:26 1:30 4:51 7:28 8:40

“Surau ini ditubuhkan se-jak 2009 yang bersifat semen-tara pada mulanya, namun kini ia tidak lagi dapat menampung

jemaah.“Di surau ini juga terdapat se-

ramai 89 pelajar pusat tahfiz,” ka-tanya.

Surau Surau Ar-Rayyan didiri-kan di atas tanah berkeluasan 0.8 hektar dan dijangka menelan be-lanja RM6 juta.

Mahmood Pawan Teh; Nazir Mas-jid, Dato’ Ramly Musa dan Ahli Ja- watankuasa Kariah bagi menunai-kan solat Jumaat.

Mantan Timbalan Mufti Sela-ngor, Datuk Abdul Majid Omar

sebelum itu menyampaikan tazki- rah dan khutbah bertajuk ‘Membu- dayakan Hidup Dengan Al-Quran’.

Sejurus selesai, Amirudin ber-sama AJK Masjid Al-Iman meng-hadiri jamuan makan tengah hari,

di kediaman Wan Mahmood.Masjid Al-Iman yang mampu

memuatkan 700 jemaah dibina pada 1999 dan mula digunakan kariah setempat, pada 18 Janua-ri 2002.

Mualaf dihalau dapat perhatian LZS

Menteri Besar Selangor, Ami-rudin Shari menyantuni kariah Masjid Al-Iman sempena Sam-butan Ulang Tahun ke-17 mas-jid berkenaan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - Kerajaan Negeri komited mempergiatkan lagi pro-gram pemberdayaan wanita me-lalui dua agensi utama iaitu Institut Wanita Berdaya (IWB) dan Pusat Wanita Berdaya (PWB).

EXCO Kesihatan, Kebajikan,

Pemerdayaan Wanita dan Ke-luarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, PWB adalah landasan utama wanita mendapatkan lati-han pengupayaan menerusi aspek kepimpinan, pembinaan kapasiti dan kemahiran asas.

Katanya, ia sebagai persediaan untuk wanita diangkat ke tahap

3 cols x 27cm

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

(1082296-U)

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

AIS/PCW/T1/1/2019

AIS/PCW/T4/1/2019

AIS/PCW/T6/1/2019

AIS/PCW/T7/1/2019

AIS/PCW/T8/1/2019

AIS/PCW/T11/1/2019

AIS/PCW/T12/1/2019

AIS/PCW/T13/1/2019

AIS/PCW/T14/1/2019

AIS/PCW/T15/1/2019

AIS/PCW/T16/1/2019

AIS/PCW/T17/1/2019

AIS/PCW/T18/1/2019

AIS/PCW/T19/1/2019

AIS/OS/T2/1/2019

AIS/OS/T3/1/2019

UTILITY DETECTION MAPPING SERVICES INCLUDING SUPPLY OF EQUIPMENT, TRAINING & TRANSFER OF TECHNOLOGY AND KNOWLEDGE ALONG THE STRATEGIC TRUNK MAIN OF PENGURUSAN AIR SELANGOR’S PIPELINES CORRIDOR – PACKAGE 1

REPLACEMENT OF AIR BLOWERS, TREATED WATER PUMPS AND ASSOCIATED WORKS AT SG SIREH WATER TREATMENT PLANT

EXTENSION OF EXISTING SLUDGE TREATMENT PLANT, IMPROVEMENT WORKS AT FLOCCULATION TANKS, LOVO TANKS AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT RANTAU PANJANG WATER TREATMENT PLANT

REPLACEMENT AND UPGRADING OF CIVIL AND M&E WORKS AT CHERAS MILE 11 AND SALAK TINGGI WTP

REHABILITATION, UPGRADING AND REPLACEMENT OF MECHANICAL, ELECTRICAL, AND CIVIL STRUCTURE AT SG LANGAT WTP

IMPROVEMENT WORKS OF STF AND WTP PROCESS COMPONENTS AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT BUKIT TAMPOI WTP

SUPPLY AND INSTALL STREAMING CURRENT DETECTOR FOR AUTO DOSING AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SG BUAYA, KUALA KUBU BHARU, KALUMPANG, SG BATU, SG SELISIK, AND SG DUSUN WATER TREATMENT PLANT

IMPROVEMENT OF STF AND REPLACEMENT OF PENSTOCKS, VALVES, TUBE SETTLERS AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT NORTH HUMMOCK WTP

SLOPE IMPROVEMENT AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT NORTH HUMMOCK WTP

UPGRADING WORKS OF CHEMICAL DOSING SYSTEM, INDICATIVE INSTRUMENTATION AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SG LANGAT WTP AND SG PANGSOON WTP

SUPPLY AND LAY 2 NOS OF 500MM DIAMETER MILD STEEL RAW WATER PIPELINE COMPLETE WITH SUPPORTS AND ACCESSORIES FROM INTAKE TO WTP AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SG PANGSOON WTP

IMPROVEMENT WORKS FOR STF PROCESS AND UPGRADING CHLORINATION SYSTEM AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SG LABU WTP

REPLACEMENT, REFURBISHMENT AND UPGRADING OF CIVIL AND M&E WORKS AT SG SEMENYIH WTP

IMPROVEMENT WORKS AT TREATMENT TANKS, TREATED WATER PUMP STATION AND SLUDGE TREATMENT FACILITY AT BERNAM RIVER HEADWORKS WATER TREATMENT PLANT

PURCHASE OF NEW PUMPS AS SPARE UNIT FOR CRITICAL PUMP HOUSES IN SELANGOR STATE, FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA 2019

PURCHASE OF NEW MOTORS AS SPARE UNIT FOR CRITICAL PUMP HOUSES IN SELANGOR STATE, FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA 2019

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1 atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk mendaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut:- https://www.syabas.com.my/business/supplier. Emel kelulusan atau sijil pendaftaran kontraktor/pembekal hendaklah dibawa semasa membeli dokumen tender.

SHAH ALAM - Pusat Wanita Ber-daya (PWB) kini menawarkan ke-fahaman, latihan, ilmu kepimpinan dan undang-undang dalam bi-dang politik bagi mereka yang berminat.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemerdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, se-belum ini pusat itu hanya menawar-kan kemahiran antaranya menjahit, memasak serta pastri.

“Kemahiran seperti itu ma-sih ada cuma kita hanya me-letakkannya pada kadar 50 peratus, manakala selebihnya kita akan berdayakan dengan ilmu, kepimpinan dan undang-undang bagi mereka yang bermi-nat dalam bidang politik.

“Siapa yang suka kemahiran memasak dan bidang lain boleh teruskan seperti biasa. Tujuannya

bagi menyediakan wanita berkua-liti, dalam bidang politik,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mariah ber-kata, wanita yang layak akan di-saring terlebih dahulu menerusi jawatankuasa wanita berdaya Se-langor dan seterusnya akan me-nyertai kursus daripada Institut Wanita Berdaya.

“Wanita di negeri ini, kini ak-tif sebagai Ahli Majlis, ketua kam-pung dan jawatankuasa kemajuan kampung. Justeru, kita mahu le-bih ramai wanita aktif dalam pem-buat keputusan atau dasar serta melahirkan pelapis yang berkua-liti,” katanya.

PWB adalah pusat pengerak wanita yang diwujudkan di 56 DUN, di bawah Kerajaan Negeri.

Tujuan utama penubuhannya adalah untuk menyantuni ma-syarakat khasnya wanita dan

Perkasa IWB dan PWB

Tingkat pembuat dasar wanita

lebih tinggi sekali gus menjadi pemimpin di peringkat komuniti, daerah dan negeri.

“Untuk melihat pembabitan wanita dalam politik, kita perlu pemimpin wanita, di peringkat akar umbi.

“Ia membolehkan kita memilih pemimpin wanita yang berkualiti dan membolehkan golongan ini menjadi pembuat dasar di pering-kat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian di Maj-lis Perasmian Seminar Nasional Wanita dan Politik: Ke mana hala tuju politik negara, di Hotel Arma-da, baru-baru ini.

Dr Mariah berkata, fenomena kemajuan dunia, perkembangan ilmu pengetahuan dan ke pel-bagai aktiviti sosial masyarakat ke-tika ini memerlukan pembabitan wanita secara aktif sebagai pem-buat keputusan politik, ekonomi serta sistem pilihan raya.

Justeru, katanya, peranan se-mula jadi yang pelbagai akan membentuk paradigma untuk ni-lai tambah kepada pemain politik

Buka ruang wanita ceburi politik

sedia ada.Pada masa sama, Dr Mariah ber-

kata, pembabitan wanita dalam politik signifikan sejak zaman ke-merdekaan.

Katanya, situasi itu dilihat keti-ka pilihan raya pertama peringkat tempatan pada 1952 iaitu empat calon wanita mengambil bahagian daripada 32 calon bertanding un-tuk kerusi Dewan Bandaran Kuala Lumpur.

“Keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 lalu, memperlihatkan rakyat Selangor mengangkat 12 Ahli De-wan Negeri wanita, manakala tiga daripadanya memenuhi kuota se-bagai EXCO.

“Tiga Pihak Berkuasa Tempa-tan juga mencapai hampir sasa-ran dengan 29.16 peratus.

“Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri merealisasikan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar,” katanya.

remaja perempuan dengan pel-bagai pendekatan, termasuk memberi latihan kemahiran ber-skala kecil serta sederhana juga memberi kesedaran melalui kur-sus yang dijalankan.

Untuk melihat pembabitan wanita dalam politik, kita perlu pemimpin wanita di peringkat akar umbi. Ia membolehkan kita memilih pemimpin wanita yang berkualiti dan membolehkan golongan ini menjadi pembuat dasar, di peringkat lebih tinggiDR SITI MARIAH MAHMUDEXCO Pemerdayaan Wanita

Kemahiran seperti itu masih ada cuma kita hanya meletakkannya pada kadar 50 peratus, manakala selebihnya kita akan berdayakan dengan ilmu, kepimpinan dan undang-undang bagi mereka yang berminat dalam bidang politik

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

23SelangorKini 24 - 30 Januari 2019

Sukan

KOTA BHARU - Pemain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia perlu me-nyumbangkan khidmat besar kepada pasukan yang diwakili, setaraf dengan gaji tinggi dibayar persatuan.

Legenda bola sepak negara, Dali Omar berkata, beliau tidak menafi-kan bayaran tinggi kepada pemain satu perkembangan positif arena bola sepak negara, namun pemain perlu memberikan sumbangan besar kepada pasukan.

“Kita tidak mahu dalam persiapan musim, per-satuan berebut untuk mendapatkan seseorang pemain dengan tawaran gaji lumayan kepada pe-main untuk memperkuat-kan pasukan.

“Apabila sah mendapat pemain itu, persatuan kecewa hara-pan ia tidak seperti diharapkan dan akhirnya pemain itu hanya memanas-kan bangku simpanan akibat mutu pe-mainan mengecewakan.

“Persatuan pula terpaksa membazir-kan wang untuk membayar gaji yang tinggi seperti kontrak perjanjian,” ka-tanya kepada BERNAMA.

Pada masa sama, katanya, pemain perlu mempunyai sikap bertanggung-jawab dengan gaji lumayan yang di-berikan persatuan.

“Jangan fikir gaji tinggi semata-ma-ta tetapi fikirkan juga kerja keras dan perkara yang perlu dilakukan untuk sentiasa memberikan sumbangan ke-pada pasukan, pada setiap perlawa-nan.

“Perlu ada sikap malu dalam diri apabila menerima bayaran tinggi, na-mun gagal memberikan khidmat baik kepada pasukan,” katanya.

Sebelum ini, nilai klau-sa pelepasan pemain menjadi perhatian pe-minat tempatan selepas beberapa pasukan mula mewujudkan perkara itu dalam kontrak pemain bagi mengelak berlaku isu rundingan ‘pintu be-lakang’.

Antaranya klausa pele-pasan pemain kebangsaan seperti Akhyar Rashid ditetapkan pada kadar RM12 juta oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor meletakkan harga RM6 juta kepada tonggak pertahanan skuad negara Syahmi Safari.

Untuk rekod, pada 1972, Dali men-cipta sejarah dalam landskap bola sepak negara apabila menjadi pe-main pertama berhijrah ke luar negara selepas disunting sebuah kelab profe-sional Liga Australia, Azzuri Australia (kini Perth Glory FC).

Sumbangan pemain perlu setaraf gaji

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL - Jaringan tunggal Bassam Hi-sham pada pertengahan babak kedua su-dah cukup untuk mengesahkan kemaraan Qatar bagi mengisi slot terakhir ke pering-kat suku akhir Piala Asia 2019 selepas me-newaskan Iraq 1-0.

Sepakan percuma pemain pertahanan itu berjaya menembusi benteng lawan dan terus menerjah masuk menewaskan penjaga gol Iraq, Jalal Hassan, pada minit ke-62.

Dalam aksi seimbang, Qatar mempu-nyai beberapa peluang terbaik untuk membuka jaringan terutama pada ba-bak pertama menerusi dua percubaan Ab-dulkarim Hassan pada minit keempat dan penghujung masa tambahan babak perta-ma tetapi sekadar singgah ke palang gol.

Akram Afif seharusnya menjaring-kan gol pertama Qatar pada minit ke-53 selepas berjaya melepasi kawalan perta-

Piala Asia 2019

Qatar lengkap slot ke suku akhir

hanan Iraq tetapi pemain sayap itu ga-gal mengawal bola selepas melakukan larian solo.

Qatar bakal bertemu Korea Selatan dan pemenang pertemuan itu bakal menentang pemenang antara UAE atau Australia pada aksi peringkat suku akhir yang bakal berlangsung, minggu hadapan.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, China akan menentang Iran manaka-la Vietnam bertemu Jepun bagi men-cari slot ke separuh akhir.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KUALA LUMPUR - Selangor Uni-ted menjadi ‘pintu masuk’ kepa-da golongan belia yang berbakat dan berpotensi besar dalam sukan bola sepak untuk menjadi pemain terulung.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangu-nan Modal Insan, Mohd Khairud-din Othman berkata, ramai anak muda dari kampung khususnya yang memiliki bakat terpendam dalam sukan bola sepak dan ke-bolehan itu wajar ditonjol serta dikembangkan.

“Tetapi persoalannya, di mana mereka mahu menzahirkan bakat itu? Maka, saya melihat Selangor United adalah medium paling tepat untuk mencungkil kebole-han, sekali gus melahirkan pemain pelapis yang cemerlang dalam bola sepak.

“Oleh sebab itu, Kerajaan Ne-geri sentiasa mendokong penuh semua usaha untuk menyatukan bola sepak pada hari ini termasuk PKNS FC dan Selangor.

“Justeru, ketiga-tiga badan ini juga perlu diperkasa supaya pa-sukan kita dilihat lebih sistematik, sekali gus mampu bergerak ke ha-

Selangor United medium paling tepat

‘Pintu masuk’gilap bakat belia

dapan dengan lebih jauh dalam industri bola sepak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dan Pengenalan Pemain Pasukan Selangor United, di Crystal Crown Hotel Kepong, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden Selangor United, Firdaus Mohammed; Pe-mangku Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor, Mohamad Nizam Marjugi dan Timbalan Presiden Malaysia United, Datuk Ramlan Askolani.

Tidak ketinggalan, Pengurus Pasukan Selangor United terdiri dari Sarib Muhammad Yusof (Liga Perdana), Nor Shahimy Mohd Nor (Piala Presiden) dan Aiman Firdaus Tan Abdullah (Piala Belia).

Terdahulu, seramai 90 pemain terdiri daripada 25 (Piala Belia), 25

(Piala Presiden) dan 30 (Liga Perdana) yang bakal meng-galas tanggungjawab penting untuk memburu misi kejuaraan musim 2019 diperkenalkan, dalam majlis itu.

Sementara itu, Firdaus berkata, penubuhan Selangor United se-jak 2017 itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu me-rakyatkan bola sepak seterusnya menjadi ejen kepada masyarakat.

“Kami sentiasa berusaha me-mastikan pasukan ini berada di landasan yang betul, sekali gus menjadikan agenda bola sepak di Selangor terpelihara.

“Pada masa sama, kami mahu merakyatkan lagi pemain yang akan hadir atau bermain untuk pa-sukan Selangor. Ini adalah usaha di peringkat Kerajaan Negeri un-tuk memastikan peluang kepada

pemain terpilih untuk mengem-bangkan bakat mereka bukan sahaja di Selangor, bahkan ke pe-ringkat nasional.

“Saya mengharapkan suatu pe-rubahan besar terhadap pemain Selangor United pada musim ini kerana saya yakin dengan barisan pemain dipilih ini. Kejutan akan berlaku untuk kita cabar pasukan yang bertanding dalam Liga Per-dana,” katanya.

Penubuhan Selangor United sejak 2017 itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu merakyatkan bola sepak seterusnya menjadi ejen kepada masyarakat.Kami sentiasa ber-usaha memastikan pasukan ini berada di landasan yang betul, sekali gus menjadikan agenda bola sepak di Selangor terpelihara.FIRDAUS MOHAMMEDPresiden Selangor United

gam

bar:

ww

w.fa

m.o

rg.m

yEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI