EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN -...

download EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN - account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2008/bil_12_2008.pdf · Dimaklumkan bahawa terdapat Pengecualian PCB Bagi ... Pengetua Kolej Juruteknologi

If you can't read please download the document

Transcript of EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN -...

  • Ruj. Kami : ( 61 ) KKA.173/UP/292/8 Jld 3 Tarikh : 30 April 2008 EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN

    Y. Bhg. Tan Sri/ Dato/Datin/Tuan/Puan

    SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BIL 12 TAHUN 2008

    PENGECUALIAN POTONGAN CUKAI BERJADUAL (PCB) BAGI KAKITANGAN YANG MEMBAYAR ZAKAT PADA AWAL TAHUN KEPADA PUSAT ZAKAT

    Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Dimaklumkan bahawa terdapat Pengecualian PCB Bagi Kakitangan Yang Membayar Zakat Pada Awal Tahun Kepada Pusat Zakat. 3. Sehubungan itu, bagi kes kakitangan yang membayar zakat pada awal tahun dan ingin mendapatkan pelepasan cukai pada pengiraan PCB, tuan/puan diwajibkan untuk mematuhi dan mengambil tindakan berikut :-

    3.1 PTJ perlu membuat pengiraan potongan cukai berjadual kakitangan tersebut dan tempoh pelepasan cukai ke atas zakat yang dibayar oleh kakitangan tersebut. Bagaimanapun, tempoh pelepasan cukai ke atas zakat hanya diambilkira pada tahun semasa sahaja.

    3.2 PTJ perlu memastikan tarikh kakitangan tersebut perlu

    mengaktifkan semula PCB di Sistem HRPAY potongan gaji dengan menghantar Borang SG20 bersama salinan resit pembayaran zakat kepada Pejabat Perakaunan.

    3.3 Sila lihat contoh di bawah :- En Zaki telah membayar zakat kepada Pusat Zakat Negeri pada 10

    Januari 2008 sebanyak RM 3,000.00. Pihak PTJ membuat pengiraan PCB ke atas En Zaki ialah RM 300.00 sebulan. Oleh yang demikian, jumlah zakat yang dibayar oleh En Zaki hanya boleh mendapat pelepasan PCB selama 10 bulan iaitu sehingga Oktober 2008. PTJ akan sediakan SG20 pada Januari 2008 untuk mengaktifkan PCB pada November 2008 dan menghantar ke Pejabat Perakaunan bersama-sama resit pembayaran zakat untuk diaktifkan di dalam Sistem Modul HRPAY. Sila lihat contoh untuk mengisi Borang SG20 di bawah :-

  • 4. Sebarang keraguan, sila hubungi En Hamizul Fadzly Bin Abd. Hashim (03-88833321) dan Cik Norle Binti Mohamad Tarmuzi (03-88833323) untuk maklumat lanjut. Kerjasama dan komitmen dari pihak tuan/puan amatlah dihargai agar tindakan ini dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (HAWAZAIN BINTI SHAARI) Bahagian Akaun b.p Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia s.k Semua Ketua Seksyen dan Ketua Unit Bahagian Akaun

  • LAMPIRAN 1. Pengarah Hospital Putrajaya Presint 7 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62250 Putrajaya. (u/p : Puan Nurashikin Binti Ghazali) 2. Pengarah Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang 50590 Kuala Lumpur (u/p : Puan Saadah Bt Shaari) 3. Pengarah Institut Perubatan Respiratori (TIBI) Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang 50590 Kuala Lumpur (u/p : Pn Hawasiah Bt Abd Aziz) 4. Pengarah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Jalan Universiti Peti Surat 138 46730 Petaling Jaya Selangor (u/p : Puan Juninah Binti Mohd Omar) 5. Pengarah Institut Kesihatan Umum Jalan Bangsar 40490 Kuala Lumpur (u/p : Puan Hajjah Rasenai Binti Haji Amir ) 6. Pengarah

    Pusat Darah Negara 50400 Jalan Tun Razak Kuala Lumpur

    (u/p : En. Mohd Ramadan Bin Ismail ) 7. Pengarah

    Institut Penyelidikan Peubatan (IMR) Jalan Pahang 50588 Kuala Lumpur

    (u/p : Puan Zaidah Binti Awang )

  • 8. Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kementerian Kesihatan Malaysia Jalan Cenderasari 50590 Kuala Lumpur

    (u/p : En. Ashadi Bin Ramli) 9. Ketua Penolong Setiausaha

    Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 7, Blok E7, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya

    (u/p : Pn Zaidah Bt Zakaria) 10. Pegawai Kesihatan Kanan

    Pejabat Kesihatan Putrajaya No 1 Jalan P9E 62250 Putrajaya

    (u/p : Dr. Norai Binti Mohd Said) 11. Pengetua

    Kolej Juruteknologi Makmal Perubatan Jalan Pahang 50588 Kuala Lumpur

    (u/p : En. Saleh Bin Ismail) 12. Pengarah

    Institut Pengurusan Kesihatan Jalan Bangsar 50590 Kuala Lumpur

    (u/p : Pn Siti Yusnita Binti Yaakub)

    13. Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Jalan Hospital Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh Selangor

    (u/p : En. Mazli Bin Saranum @ Supaat) 14. Pengarah

    Institut Penyelidikan Sains Kesihatan Jalan Bangsar 50590 Kuala Lumpur

    (u/p : Pn Rosnani Bt Mdh Yusoff)

  • 15. Ketua Jabatan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Tingkat 3 Banguna Dermatologi Jalan Pahang 50586 Kuala Lumpur

    (u/p : Dr. Lim Teck Onn) 16. Pengarah Pejabat Pergigian Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kementerian Kesihatan Malaysia Jalan Cenderasari 50590 Kuala Lumpur (u/p : Pn Lailawati Bt Jalaluddin) 17. Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh Lot 1853, Kampung Melayu 47000 Sungai Buloh Selangor (u/p : Pn Siti Rahmah Bt Ghazali)