Edisi : 2012 •

32
E d i s i : 2 0 1 2 w w w. mdh s . gov. m y

Transcript of Edisi : 2012 •

Page 1: Edisi : 2012 •

Edisi : 2012 • www.mdhs.gov.my

Page 2: Edisi : 2012 •

Penaung:Tuan Tukiman bin Nail

Penasihat:Azman bin Dahlan

Ketua Pengarang:Junainah binti Abdullah

Pengarang:Norhidayah binti Abdul HalimSiti Khadijah binti MahauddinRanjini Dewi DharmalingamAmirruddin bin Sohor

Jurufoto:Mohd Shahril bin Hasanudin

Diterbitkan:Unit Aduan Perhubungan Awam dan KorporatMajlis Daerah Hulu SelangorJalan Bukit Kerajaan44000 Kuala Kubu BharuSelangor Darul Ehsan

Sidang Redaksi

‘Daripada Anda Untuk Anda’

ProgramEkspedisi Penandaan Checkpoint Bukit Kutu

Satu program Ekspedisi Penandaan Checkpoint Bukit Kutu telah pada 21 Mac 2012. Sasaran utama program ini ialah kakitangan MDHS besama-sama pasukan-pasukan beruniform, Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan persatuan-persatuan belia di dalam daerah Hulu Selangor. Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan Tuan Yang Dipertua MDHS, Tuan Tukiman bin Nail. Seterusnya gimik penyerahan papan tanda yang akan dipasang diserahkan oleh Tuan YDP kepada ketua ekspedisi. Program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial dan aktiviti kemasyarakatan MDHS. Ianya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan merupakan inisiatif MDHS dalam membantu pasukan penyelamat dan seterusnya membantu para pendaki.

ProgramKejohanan BadmintonAmatur TertutupPada 10 Mac 2012, bertempat di Dewan Komuniti, Bukit

Sentosa, satu Kejohanan Badminton Amatur Tertutup telah

diadakan. Sasaran program ini ialah pasangan beregu yang

terdiri dari pelajar sekolah menengah yang berumur 13 – 17

tahun. Rasional penetapan had umur tersebut ialah untuk

mencari pelapis pemain badminton di Daerah Hulu Selangor

untuk Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) pada masa

akan datang. Hadiah pemenang disempurnakan oleh Tuan

Setiausaha, MDHS iaitu Tuan Azman bin Dahlan. Hadiah yang

disamapaikan kepada Johan ialah RM 300 beserta sijil dan

pingat, Naib Johan RM 200 beserta sijil dan pingat dan Ketiga

RM 100 beserta sijil dan pingat. Pemain yang memenangi

kejohanan ini akan dipantau oleh pihak Jabatan Belia dan

Kemasyarakatan MDHS dengan kerjasama Akademi Azman

Amman agar dapat bermain mewakili daerah Hulu Selangor.

5

Edisi • 2012

Apartment Sri Kembangan, Bukit Beruntung.

ProgramGotong Royong

Pada 8 April 2012, bertempat di Apartment Cempaka, Taman Bunga

Raya, JMB Apartment Cempaka dengan kerjasama Cawangan

Pesuruhjaya Bangunan MDHS telah mengadakan program gotong-

royong di apartment tersebut. Program ini bertujuan untuk

membersihkan kawasan sekitar apartment. Disamping itu juga,

program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam segenap

kaum.Apartment Cempaka,Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

ProgramGotongRoyong

Pada 15 April 2012, satu program gotong royong telah diadakan di

Apartment Seri Kembangan, Bukit Beruntung. Program tersebut turut

melibatkan jabatan dalaman MDHS serta jabatan luar bagi menjayakan

dan melancarkan lagi program tersebut. Program tersebut telah berjaya

dilaksanakan dengan jayanya.

8

Bersempena bulan Ramadhan pihak MDHS telah

mengadakan Program Ziarah Mahabah 2012 iaitu

pemberian sumbangan berupa keperluan harian kepada

keluarga yang kurang berkamampuan di sekitar daerah

Hulu Selangor pada 28 sehingga 29 Julai 2012. Konvoi yang

terdiri dari tujuh buah kenderaan MDHS yang diketuai oleh

Tuan Yang DiPertua MDHS untuk mengangkut barangan

sumbangan untuk diedarkan kepada para penerima di setiap

zon. Konvoi bergerak ke zon 3 iaitu Batang Kali, Hulu Yam

Bharu dan Hulu Yam Lama, zon Serendah, Sg. Choh dan Kg.

Koskan serta ke zon 6 iaitu Sungai Buaya, Bukit Beruntung

dan Bukit Sentosa zon 2 iaitu Kuala Kubu Bharu dan Rasa,

zon 1 iaitu Kerling dan Kalumpang dan terakhir zon 5 iaitu

Hulu Bernam, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto. Sebagai

pihak berkuasa tempatan yang prihatin dan tanggungjawab

kepada masyarakat di dalam kawasan pentadbiran MDHS

dan sedikit sebanyak menceriakan penerima sumbangan

yang terdiri daripada mereka-mereka yang kurang

berkemampuan dalam menjalani ibadah puasa dan sebagai bekalan untuk musim perayaan.

Pada 16 Ogos 2012 bertempat di Pusat Informasi Dan

Pameran Batang Kali, pihak Majlis Daerah Hulu Selangor

telah mengadakan program bersama penduduk setempat

iaitu “Program Riang Ria Raya Dan Majlis Berbuka Puasa“.

Program tersebut diadakan pada pukul 4.00 petang –

8.00 malam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk

mengeratkan hubungan silaturrahim bersama penduduk

setempat serta dapat mengenali penduduk dengan lebih

rapat. Selain itu, program tersebut diadakan kerana

untuk memberikan sedikit sumbangan kepada orang ramai

sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di samping itu,

program ini dapat membuktikan peranan Majlis Daerah Hulu

Selangor dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal penduduk

setempat. Memandangkan dalam bulan Ramadhan amalan

sedekah amatlah dituntut dan diamalkan selalu. Sempena

dengan bulan kemerdekaan juga Majlis Daerah Hulu

Selangor memberikan bendera kepada setiap pengguna

jalan raya sebagai memperingati hari Kemerdekaan yang

akan disambut pada 31 Ogos. Sehubungan dengan itu,

dapat memupuk semangat patriotik dan cintakan negara di

kalangan pengguna jalan raya.

Program “Riang Ria Raya Dan Majlis Berbuka Puasa”

20

Majlis Pelancaran Program Zon Bersih Dan Zon Hijau Kuala Kubu Bharu telah diadakan pada 12 Mei 2012 bertempat di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu. Program ini telah dilancarkan oleh Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew. Gimik perasmian ialah upacara penanaman pokok seterusnya melepaskan belon ke udara. Majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan dan kerjasama daripada jabatan-jabatan luar kerajaan dan jabatan dalaman MDHS.

Majlis PelancaranProgram Zon BersihDan Zon HijauKuala Kubu Bharu

11

Edisi • 2012

Program Hari KeluargaMajlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 2012Bertempat di A’Famosa Resort, Melaka telah di adakan Hari

Keluarga Majlis Daerah Hulu Selangor pada 3 November

2012. Bertemakan Warna Merah, program ini disertai

seramai lebih kurang 400 orang ahli kelab yang terdiri

daripada kakitangan MDHS dan keluarga masing-masing.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua-ketua Jabatan

MDHS beserta keluarga. Program ini dimeriahkan lagi dengan

acara Sukaneka mengikut kategori iaitu dewasa lelaki, wanita

dan kanak-kanak. Secara keseluruhannya, Hari Keluarga

2012 dapat dijayakan dalam suasana yang sangat meriah.

Diharapkan pada masa akan datang segala kelemahan akan

dapat diperbaiki lagi.

Program Festival Jalanan, Sunathon Dan Berendoi 2012Program Festival Jalanan, Sunathon dan Berendoi MDHS 2012 telah diadakan pada 17 November 2012 bersamaan hari

Sabtu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Program ini juga diselitkan dengan

upacara pengiktirafan adik Adi Putra bin Abd Ghani, genius cilik sebagai anak angkat MDHS. Tuan YDP memakaikan

tanjak dan selempang sebagai simbolik pengiktirafan tersebut.

25

Edisi • 2012

5 8

20

11

25

2

Page 3: Edisi : 2012 •

Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengadakan satu program Sambutan Tahun Baru Cina pada 31 Januari 2012 bertempat di Tapak Pasar Malam, Hulu Yam Bharu. Sasaran utama program ini ialah masyarakat berbangsa Cina di kawasan Hulu Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YB Elizabeth Wong. Gimik perasmian ialah para tetamu-tetamu jemputan dan kehormat bersama-sama menggaul yeesang yang menjadi simbolik pada setiap sambutan Tahun Baru Cina. Pihak jabatan merancang untuk mengadakan program seperti ini setiap kali musim perayaan kerana ia bukan sahaja menerima penglibatan dari kaum Cina bahkan semua kaum turut terlibat sama dalam program tersebut.

Program SambutanTahun Baru CinaMajlis Daerah Hulu Selangor(MDHS) 2012

Pada 28 Januari 2012, Cawangan Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang diketuai Encik Ahmad Fairos selaku ketua unit COB telah mengadakan satu program gotong-royong di Apartment Kemuning, Taman Bunga Raya anjuran bersama pemaju iaitu Medan Prestasi Sdn. Bhd. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Tukiman Bin Nail, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta dengan kerjasama daripada setiap jabatan dalaman MDHS dan agensi-agensi kerajaan dari jabatan luar, program gotong-royong ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada penduduk dan pemilik apartment betapa pentingnya kebersihan dalam kawasan apartment. Yang dipertua telah menegaskan bahawa yuran penyenggaraaan dan sinking fund perlu diperjelaskan dengan segera bagi memudahkan struktur perlaksanaan badan pengurusan bersama (JMB) atau pihak ejen pengurusan dalam penyenggraan mahupun pentadbiran dalam sesebuah kawasan pemajuan.

Apartment Kemuning, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

ProgramGotong Royong

3

Edisi • 2012

Page 4: Edisi : 2012 •

Pada 12 Februari 2012, Cawangan Pesuruhjaya Bangunan telah mengadakan satu program penanaman pokok di sekitar kawasan Apartment Seri Cempaka, Pinggiran Tasik Kiambang. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Tukiman Bin Nail selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor. Program ini juga disusuli dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di sepanjang laluan masuk Apartment Seri Cempaka.

Apartment Sri Cempaka,Pinggiran Tasik Kiambang.

Program Penanaman Pokok dan kerja-Kerja Pembersihan

Apartment Sri Kenanga, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.Pada 25 Feb 2012 yang lalu, pihak Cawangan Pesuruhjaya Bangunan dengan kerjasama jabatan dalaman MDHS telah mengadakan Program Gotong-Royong Di Apartment Kenanga, Taman Bunga Raya. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan YDP MDHS, Tuan Tukiman Bin Nail. Program ini telah melibatkan semua penduduk di kawasan setiap blok di apartment tersebut. JMB Kenanga telah memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan program tersebut. Program ini juga telah melibatkan jabatan-jabatan luar di

dalam Daerah Hulu Selangor seperti Jabatan Bomba, JPAM dan Pejabat Kesihatan Hulu Selangor.

4

Page 5: Edisi : 2012 •

ProgramEkspedisi Penandaan

Checkpoint Bukit Kutu

Satu program Ekspedisi Penandaan Checkpoint Bukit Kutu telah pada 21 Mac 2012. Sasaran utama program ini ialah kakitangan MDHS besama-sama pasukan-pasukan beruniform, Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan persatuan-persatuan belia di dalam daerah Hulu Selangor. Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan Tuan Yang Dipertua MDHS, Tuan Tukiman bin Nail. Seterusnya gimik penyerahan papan tanda yang akan dipasang diserahkan oleh Tuan YDP kepada ketua ekspedisi. Program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial dan aktiviti kemasyarakatan MDHS. Ianya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan merupakan inisiatif MDHS dalam membantu pasukan penyelamat dan seterusnya membantu para pendaki.

ProgramKejohanan Badminton

Amatur TertutupPada 10 Mac 2012, bertempat di Dewan Komuniti, Bukit Sentosa, satu Kejohanan Badminton Amatur Tertutup telah diadakan. Sasaran program ini ialah pasangan beregu yang terdiri dari pelajar sekolah menengah yang berumur 13 – 17 tahun. Rasional penetapan had umur tersebut ialah untuk mencari pelapis pemain badminton di Daerah Hulu Selangor untuk Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) pada masa akan datang. Hadiah pemenang disempurnakan oleh Tuan Setiausaha, MDHS iaitu Tuan Azman bin Dahlan. Hadiah yang disamapaikan kepada Johan ialah RM 300 beserta sijil dan pingat, Naib Johan RM 200 beserta sijil dan pingat dan Ketiga RM 100 beserta sijil dan pingat. Pemain yang memenangi kejohanan ini akan dipantau oleh pihak Jabatan Belia dan Kemasyarakatan MDHS dengan kerjasama Akademi Azman Amman agar dapat bermain mewakili daerah Hulu Selangor.

5

Edisi • 2012

Page 6: Edisi : 2012 •

Bertempat di gelanggang Futsal MIEL, Batang Kali, satu kejohonan Futsal Gen-S Jelajah Selangor telah diadakan pada 31 Mac 2012. Seramai 40 pasukan telah mendaftar untuk bertanding yang meliputi 24 pasukan yang mewakili setiap Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan selebihnya adalah pasukan belia dari seluruh daerah Hulu Selangor. Kejohanan Gen-S Futsal Jelajah Selangor Peringkat MDHS telah dimenangi oleh pasukan Cepat Balik FC dan naib johan ialah pasukan TRR FC.

Pada 25 Mac 2012, Cawangan Pesuruhjaya Bangunan yang diketuai Encik Ahmad Fairos ketua unit telah mengadakan satu program gotong-royong di Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, dengan kerjasama daripada setiap jabatan dalaman MDHS dan egensi-egensi kerajaan dari jabatan luar, program gotong-royong ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Program ini telah berjalan dengan jayanya dengan kehadiran penduduk setempat.

ProgramGotong Royong

Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

6

Page 7: Edisi : 2012 •

Kelab Sukan Dan KebajikanMajlis Daerah Hulu Selangor Kali Yang Ke 26

Mesyuarat Agung

Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan Majlis Daerah Hulu Selangor Kali Yang Ke 26 telah diadakan pada Hari Jumaat, 2 Mac 2012. Bermula jam 2.30 petang, lokasi program tersebut kali ini adalah di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu. Mesyuarat agung dimulakan dengan mengesahkan minit mesyuarat kali yang ke 25 dan membentangkan laporan biro-biro bagi tahun 2011 serta membentangkan laporan kewangan yang berakhir 31 Diesember 2011. Seterusnya, Pembubaran AJK mengikut Fasal 8.1 dan melantik pengerusi serta pencatat minit sementara. Pengerusi telah mengumumkan barisan AJK bagi sessi 2012-2014. Mesyuarat turut membincangkan usul-usul yang dikemukakan oleh ahli kelab. Program diakhiri dengan ucapan penangguhan beserta cabutan nama bertuah dan jamuan ringan kepada ahli kelab.

Satu lawatan ke kawasan pelancongan di Daerah Hulu Selangor telah diadakan pada 10 Mac 2012 bersama ahli-ahli Majlis MDHS bertujuan mengemaskini data mengenai produk-produk pelancongan di Jabatan Belia dan Kemasyarakatan. Selain itu, program ini bertujuan mengeratkan hubungan pihak MDHS dengan pengusaha-pengusaha produk pelancongan dan membantu pengusaha-pengusaha mempromosikan produk-produk. Di antara lokasi lawatan yang telah diadakan ialah The Wood Resort & Training Centre, Riverterrace Chalet & Café, The Heritage, Eagle Nest Camp Site, Resort Restu Ibu, UK Resort, Teratak Nalys, Cholo-Cholo Resort and Spa, Hotel Bajet Batang Kali dan Nangka Sentosa.

Lawatan KeProduk-ProdukPelancongan

7

Edisi • 2012

Page 8: Edisi : 2012 •

Apartment Sri Kembangan, Bukit Beruntung.

ProgramGotong Royong

Pada 8 April 2012, bertempat di Apartment Cempaka, Taman Bunga Raya, JMB Apartment Cempaka dengan kerjasama Cawangan Pesuruhjaya Bangunan MDHS telah mengadakan program gotong-royong di apartment tersebut. Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar apartment. Disamping itu juga, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam segenap kaum.

Apartment Cempaka,Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

ProgramGotongRoyong

Pada 15 April 2012, satu program gotong royong telah diadakan di Apartment Seri Kembangan, Bukit Beruntung. Program tersebut turut melibatkan jabatan dalaman MDHS serta jabatan luar bagi menjayakan dan melancarkan lagi program tersebut. Program tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

8

Page 9: Edisi : 2012 •

MesyuaratIndustrial Park ManagementCommittee (IPMC) Sektor 1,2 Dan 3 Bil. 1/2012Pada 4 April 2012 bertempat di Rumah Rehat Jalan Padang Golf Kuala Kubu Bharu, Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) telah dijalankan dan telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor selaku Pengerusi IPMC bersama-sama Y.B Dato Kelvin Lai Tak Kuan, pengerusi bersama IPMC Hulu Selangor. Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan diantaranya ialah isu berkaitan kerosakan jalan di Jalan Jasmine 4 dan kerosakan lampu jalan di Jalan Kamunting. Pihak majlis memaklumkan kerja-kerja pembaikan akan dilakukan secara berperingkat. Hal-hal lain yang turut dibincangkan ialah berkaitan isu papan tanda, burung walit, isu banjir dan pelupusan sampah haram. Mesyuarat turut dihadiri oleh ketua jabatan, ahli majlis dan pengilang di sekitar Hulu selangor.

Program Wings Of KKB telah diadakan pada 21 April 2012 bertempat di Jalan Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu. Program tersebut terbuka kepada pelajar dalam kawasan Kuala Kubu Bharu dan dua sekolah jemputan yang mempunyai Kelab Pelancongan dan Alam Sekitar. Pertandingan juga dibahagikan kepada dua kategori iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Pelajar-pelajar tersebut dibekalkan binocular untuk digunakan bagi melihat burung-burung yang hinggap di sekitar kawasan pertandingan tersebut mempunyai enam checkpoint sebagai panduan supaya tidak pergi jauh dan membahayakan pelajar-pelajar.

Wings of KKB

9

Edisi • 2012

Page 10: Edisi : 2012 •

Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengadakan satu Ekspedisi kayak bertempat di sempadan Hulu Bernam dan Tanjung Malim pada 19 Mei 2012 yang bertujuan sedikit sebanyak dapat membuka mata para peserta tentang keindahan dan nilai alam semulajadi yang tiada tolok bandingnya. Sepanjang ekspedisi ini para peserta dapat melihat betapa bertuahnya jika alam semulajadi terutama sungai dapat dipelihara

dari pencemaran untuk dimanfaatkan oleh semua makhluk Tuhan. Seramai 30 orang telah menyertai program ini yang terdiri daripada persatuan-persatuan dan kelab-kelab belia di dalam

daerah Hulu Selangor.

Pada 21 hingga 23 Mei 2012, Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengadakan satu lawatan LA21 ke Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Kedah. Matlamat utama program ini adalah membuat satu benchmarking bagi menjalankan program-program LA21 di Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2012 bersama MBAS. Seramai 41 orang peserta yang terdiri dari Wakil Penduduk, dan Agensi kerajaan yang terlibat dalam Jawatankuasa Pembangunan Mampan dan Bandar Selamat telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pembentangan Kertas Cadangan Program bagi tahun 2012. Lawatan ke MBAS dan taklimat LA21 dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.

Lawatan LA 21 Ke Majlis Bandaraya Alor Setar

10

Page 11: Edisi : 2012 •

Majlis Pelancaran Program Zon Bersih Dan Zon Hijau Kuala Kubu Bharu telah diadakan pada 12 Mei 2012 bertempat di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu. Program ini telah dilancarkan oleh Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew. Gimik perasmian ialah upacara penanaman pokok seterusnya melepaskan belon ke udara. Majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan dan kerjasama daripada jabatan-jabatan luar kerajaan dan jabatan dalaman MDHS.

Majlis PelancaranProgram Zon BersihDan Zon HijauKuala Kubu Bharu

11

Edisi • 2012

Page 12: Edisi : 2012 •

Pada 2 Mei dan 5 Julai 2012, Program Spring Cleaning Bersama Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu telah diadakan di sekitar pekan Kuala Kubu Bharu dan Jalan Syed Mashor. Program ini telah disertai oleh pelajar sekolah daripada tingkatan 2, 4 dan 5 sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Guru-guru, JKKK Kuala Kubu Bharu, Pengurusan Galeri Seni Hulu Selangor dan kakitangan MDHS. Program bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Pembersihan merangkumi penyapuan jalan, di pekan Kuala Kubu Bharu, kutipan sisa ranting, pembersihan kawasan taman dan lain-lain.

Spring CleaningProgram

Bersama Maktab Rendah Sains Mara Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu

12

Page 13: Edisi : 2012 •

Kem Kenali Remaja Kita Siri 2Program ini telah diadakan di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor,Kuala Kubu Bharu pada 15-17 Jun 2012. Sasaran utama program ini adalah pelajar sekolah di kawasan Hulu Selangor. Seramai 164 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar enam buah sekolah menengah di dalam daerah Hulu Selangor. Seramai dua orang guru pengiring juga akan terkibat dari setiap sekolah. Program ini bertujuan memberi pengetahuan dan bimbingan kepada peserta program tentang ilmu-ilmu dalam pengurusan diri sendiri. Disamping itu juga, program ini memberi kesedaran kepada remaja

tentang masalah-masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin membimbangkan dan menyemai nilai-nilai murni dan sikap positif dalam diri peserta program demi kepentingan masa hadapan. Majlis Penutup dan Pelancaran Sukarelawan MDHS yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua (YDP) MDHS, Tuan Tukiman Nail. Sukarelawan MDHS ini berperanan membantu pihak-pihak bertanggungjawab membasmi gajala-gejala sosial remaja terutamanya gejala ponteng sekolah dan rokok. Tuan YDP juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta

Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengadakan program jualan borang Bazar Ramadhan Mampan pada 12 Jun 2012 bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu. Ini merupakan program yang pertama kali diadakan di MDHS. Aktiviti jualan borang berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekecohan tetapi terkawal. Aktiviti jualan borang ini juga turut dibantu oleh pegawai-pegawai jabatan lain.

Program Jualan Borang Bazar Ramadhan Mampan 2012

13

Edisi • 2012

Page 14: Edisi : 2012 •

Satu Program Taklimat Bazar Ramadhan Mampan telah diadakan pada 23 hingga 24 Jun 2012 di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali . program ini telah dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu mengikut kawasan dan setiap terdapat 200 perniaga setiap sesi. Program ini turut dibantu oleh pegawai-pegawai jabatan lain. Taklimat yang dijalankan terbahagi kepada 3 sesi iaitu Taklimat Pelesenan (Peraturan Penjaja), Taklimat LA21 dan Taklimat Kebersihan. Program ini turut disusuli dengan cabutan undi petak Bazar Ramadhan.

Program Taklimat Bazar Ramadhan Mampan Dan Cabutan Petak

14

Page 15: Edisi : 2012 •

Pada 23 hingga 24 Jun 2012, satu program Pahang International Bird Race Circuit 2012 telah diadakan di Bukit Fraser, Pahang. Program ini adalah program mengenal burung peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser. Ini adalah tahun 25 pertandingan ini diadakan. Ini adalah sirkit kedua bagi pertandingan mengenal burung Pahang yang bermula di Awana Genting pada 16 – 17 Jun 2012. Program dirasmikan oleh Y.B Dato Seri Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia. Pencapaian membanggakan diterima apabila Kumpulan dari SMK Dato’ Hj Kamaruddin telah menjadi johan bagi kategori pelajar sekolah/IPTA manakala SMK Kalumpang mendapat tempat Kedua dan satu lagi Kumpulan dari SMK Dato Hj. Kamaruddin mendapat tempat ketiga bagi kategori yang sama.

Pahang InternationalBird Race Circuit 2012

(Awana Genting Highland )

Pahang InternationalBird Race Circuit 2012(Bukit Fraser)

Satu Program Pahang International Bird Race Circuit 2012 telah diadakan di Awana Genting Highland pada 16 hingga 17 Jun 2012. Program ini adalah program mengenal burung peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Awana Genting Highland. Pada tahun 2012, pertandingan ini dibuat dengan kaedah sirkit yang bermula di Awana Genting dan disusuli di Bukit Fraser pada 23 sehingga24 Jun 2012. Program dirasmikan oleh Datuk Mirza Mohammad Taiyab Pengurus Besar Toursim Malaysia. Pihak MDHS telah menghantar sekolah–sekolah yang telah menyertai dan memenangi Wings Of KKB 2012 bagi menarik lebih minat pelajar berkenaan kepada aktiviti mengenal burung selain sebagai insentif kepada pelajar berkenaan. Sekolah yang terbabit adalah Maktab Rendah Sains Mara KKB, Sekolah Menengah Dato’ Hj. Kamaruddin, Sekolah Menengah Kebangsaan KKB, Sekolah Menengah Kalumpang, dan Sekolah Menengah Syed Masyor, Batang Kali

15

Edisi • 2012

Page 16: Edisi : 2012 •

Satu Karnival Bola Sepak Bawah 8, 10 dan 12 tahun telah diadakan pada 24 Jun 2012 bertempat di Stadium Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu. Program ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Kelab Bola Sepak MDHS dan Black Eagle Youth Soccer Academy (BE YSA). Seramai 74 pasukan telah mendaftar untuk bertanding. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Tuan YDP kepada para pemenang dan pengurus pasukan. Hadiah yang diberikan ialah RM 500, piala pusingan dan medal kepada juara semua kategori. Naib johan semua kategori menerima RM 300 dan medal. Tempat ketiga dan keempat menerima RM 150 dan medal

Karnival Bola Sepak Bawah 8, 10 Dan 12 Tahun

Majlis Pelancaran OSC ONLINE

Majlis Pelancaran OSC Online MDHS telah diadakan pada 4 Jun 2012 bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua MDHS, Tukiman Bin Nail dengan dihadiri oleh ahli-ahli majlis tempatan, pegawai-pegawai agensi teknikal, pihak perunding dan pihak pemaju yang berkaitan. Gimik perasmian adalah menandatangani plak pelancaran oleh Tuan Yang

Dipertua MDHS. Program telah berlangsung dengan jayanya, dan seramai 66 orang telah menghadiri pelancaran OSC Online yang terdiri daripada pekerja MDHS, Ahli Majlis MDHS, agensi teknikal luaran, pihak konsultan dan pemaju yang terlibat.

16

Page 17: Edisi : 2012 •

Majlis Pelancaran OSC ONLINE

Biro Sukan di bawah Kelab Sukan Dan Kebajikan MDHS telah mengadakan acara tahunan Sukan Jabatan MDHS sepanjang tahun 2012. Acara sukan yang telah diadakan sepanjang tempoh Januari sehingga Jun 2012 adalah acara Futsal, Bola Tampar, Dart, Badminton, Png Pong dan Takraw. Acara ini merupakan acara sukan tahunan yang setiasa dijalankan di MDHS.

17

Edisi • 2012

Page 18: Edisi : 2012 •

Sepanjang Januari hingga Jun 2012 kebanyakkannya permohonan gotong-royong adalah daripada jawatankuasa penduduk, sekolah-sekolah dan pihak swasta dan NGO. Gotong royong ini melibatkan penduduk kawasan, pengawai-pengawai Jabatan Perkhidmatan Bandar dan kontraktor sampah, kontraktor rumput serta kontraktor longkang yang di lantik oleh Majlis Daerah Hulu Selangor. Program gotong royong ini telah dijalankan adalah untuk membersihkan sampah sarap, semak samun, mencuci longkang dan membersihkan sisa-sisa binaan serta memotong rumput kawasan lapang

Gotong Royong Dan KebersihanMajlis Daerah Hulu Selangor

Satu mesyuarat agung telah diadakan pada 1 Julai 2012 bagi melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi pertubuhan JMB tersebut. Objektif perlantikan ini dijalankan adalah bagi mentadbir urus dan menyelenggara kawasan JMB Apartment Teratai. Program yang diadakan telah berjalan lancar dan teratur.

MesyuaratAgung TahunanKali Ke-Empat Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

18

Page 19: Edisi : 2012 •

Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Seperti tahun-tahun sebelumnya MDHS mengadakan Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 6 Julai 2012 bertempat di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu. Acara tahunan ini diadakan bagi mengiktiraf dedikasi dan komitmen wargakerja MDHS yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan seterusnya meransang warga kerja yang lain untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Bertempat di Jalan Dato’ Tabal Kuala Kubu Bharu pada 14 Julai 2012, satu program Pengindahan Bandar Kuala Kubu Bharu telah diadakan. Matlamat utama program ini adalah untuk menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada penduduk Kuala Kubu Bharu dan warga Hulu Selangor tentang kepentingan memelihara Bandar Kuala Kubu Bharu sebagai aset warisan Hulu Selangor. Program ini melibatkan kerjasama dari Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Selangor, warga kerja dan ahli-ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Hulu Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah, pelajar-pelajar sekolah sekitar Kuala Kubu Bharu, dan penduduk setempat serta warga peniaga Bandar Kuala Kubu Bharu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat Kempen Kitar Semula Minyak Masak daripada Pegawai Kawalan Alam Sekitar Lembaga Urus Air Selangor dan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu.

ProgramPengindahan Bandar

Kuala Kubu Bharu

19

Edisi • 2012

Page 20: Edisi : 2012 •

Bersempena bulan Ramadhan pihak MDHS telah mengadakan Program Ziarah Mahabah 2012 iaitu pemberian sumbangan berupa keperluan harian kepada keluarga yang kurang berkamampuan di sekitar daerah Hulu Selangor pada 28 sehingga 29 Julai 2012. Konvoi yang terdiri dari tujuh buah kenderaan MDHS yang diketuai oleh Tuan Yang DiPertua MDHS untuk mengangkut barangan sumbangan untuk diedarkan kepada para penerima di setiap zon. Konvoi bergerak ke zon 3 iaitu Batang Kali, Hulu Yam Bharu dan Hulu Yam Lama, zon Serendah, Sg. Choh dan Kg.

Koskan serta ke zon 6 iaitu Sungai Buaya, Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa zon 2 iaitu Kuala Kubu Bharu dan Rasa, zon 1 iaitu Kerling dan Kalumpang dan terakhir zon 5 iaitu Hulu Bernam, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto. Sebagai pihak berkuasa tempatan yang prihatin dan tanggungjawab kepada masyarakat di dalam kawasan pentadbiran MDHS dan sedikit sebanyak menceriakan penerima sumbangan yang terdiri daripada mereka-mereka yang kurang berkemampuan dalam menjalani ibadah puasa dan sebagai bekalan untuk musim perayaan.

Pada 16 Ogos 2012 bertempat di Pusat Informasi Dan Pameran Batang Kali, pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengadakan program bersama penduduk setempat iaitu “Program Riang Ria Raya Dan Majlis Berbuka Puasa“. Program tersebut diadakan pada pukul 4.00 petang – 8.00 malam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim bersama penduduk setempat serta dapat mengenali penduduk dengan lebih rapat. Selain itu, program tersebut diadakan kerana untuk memberikan sedikit sumbangan kepada orang ramai sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di samping itu,

program ini dapat membuktikan peranan Majlis Daerah Hulu Selangor dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal penduduk setempat. Memandangkan dalam bulan Ramadhan amalan sedekah amatlah dituntut dan diamalkan selalu. Sempena dengan bulan kemerdekaan juga Majlis Daerah Hulu Selangor memberikan bendera kepada setiap pengguna jalan raya sebagai memperingati hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos. Sehubungan dengan itu, dapat memupuk semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan pengguna jalan raya.

Program “Riang Ria Raya Dan Majlis Berbuka Puasa”

20

Page 21: Edisi : 2012 •

Program Tahlil Perdana MDHS 2012 telah diadakan pada 16 Ogos 2012 di Masjid Bandar Utama Batang Kali. Objektif program ini adalah mengimarahkan persiapan dalam menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi selain memberi peluang kepada ahli kariah bertahlil untuk ahli keluarga yang sudah tiada dan mewujudkan hubungan kerjasama yang erat antara MDHS dengan pihak Jawatankuasa masjid dan masyarakat sekitar. Program ini bermula pada jam 7.00 petang iaitu ketibaan para jemaah dan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Selesai solat

Maghrib berjemaah, sesi tahli dimulakan yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar Utama Batang Kali. Pihak MDHS juga memberi sumbangan surah Yasin kepada pihak masjid untuk diwakafkan dan digunakan oleh para jemaah. Seterusnya selepas selesai majlis tahlil tersebut, para jemaah mendengar sesi tazkirah bertajuk Persediaan Menghadapi Ramadhan Al Mubarak yang disampaikan oleh Ustaz , Pensyarah Universiti Malaya. Pelbagai sejarah terdahulu diceritakan oleh penceramah sebagai panduan dan iktibar kepada semua dalam menunaikan ibadah berpuasa.

Pada 30 September 2012 bersamaan hari Ahad bermula di hadapan Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor telah diadakan satu Program King of The Mountain KKB – Fraser Hill 2012. Program ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan berbasikal sebagai pelapis pelumba-pelumba Negara selain itu program ini juga bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk mengenengahkan bakat masing-masing terutama ketika pendakian. Program yang dianjurkan oleh Innotex Sports Management dengan kerjasama MDHS, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan agensi-agensi kerajaan peringkat daerah telah menarik 451 orang peserta. Terdapat lima kategori iaitu Women Open, Mountain Bike Men Master, Mountain Bike Men Open, Road Bike Men Master dan Road Bike Men Open. Perlumbaan ini juga turut disertai oleh pelumba-pelumba dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelumba-pelumba kebangsaan dan pelumba-pelumba antarabangsa. Pertandingan ini merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh pihak MDHS namun pada kali ini penganjurannya adalah melalui pihak penganjur luar.

Program King ofThe Mountain

Kuala Kubu Bharu –Fraser Hill Challenge 2012

21

Edisi • 2012

Page 22: Edisi : 2012 •

Pada 16 September 2012, satu Majlis Pelancaran Program Indah Persekitaran telah diadakan di kawasan lapang di Apartment Dahlia bersama dengan Kempen Mencegah Kebakaran yang dikelola bersama Jawatankuasa Kecil Keselamatan, LA 21 dan pihak Bomba. Penyertaan program terdiri dari wakil-wakil dari 12 apartment yang mengambil bahagian dalam Program Indah Persekitaran. Program ini adalah satu program perintis yang berbentuk pertandingan dibuat bagi menyelesaikan masalah-masalah perbandaran serta memupuk nilai-nilai murni dikalangan kawasan perbandaran di daerah Hulu Selangor. Skop pertandingan ini merangkumi rekabentuk landskap, penyelenggaraan kebersihan, program kitar semula, penglibatan komuniti, pengindahan kemudahan dan kawasan awam dan penyelenggaraan kemudahan memadam kebakaran. Program ini akan diadakan pada tahun 2013 dan akan terbuka kepada apartment-apartment di seluruh kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor.

22

Page 23: Edisi : 2012 •

Satu Program Klinik Motivasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang telah diadakan pada 15 September 2012 bersamaan hari di Auditorium Dewan Dato’Abdul Hamid, Batang Kali. Program in bertujuan membantu para pelajar untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba selain memberi kesedaran kepada remaja tentang kepentingan mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan mendedahkan peluang-peluang pelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi setelah tamat peperiksaan SPM. Jumlah penyertaan pada program tersebut ialah seramai 182 orang pelajar dan 16 orang guru pengiring. Penceramah jemputan bagi program ini yang bertanggungjawab memberikan motivasi ialah adik Adi Putra bin Abdul Ghani Kehadiran penceramah tersebut cukup menaikkan semangat dan motivasi para peserta untuk mengharungi peperiksaan SPM.

Program Klinik MotivasiSijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012

Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata Kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)

Pada 7 oktober 2012, Cawangan Pesuruhjaya Bangunan, MDHS telah mengadakan Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi tahun 2012 Majlis Daerah Hulu Selangor di Ballroom, Kelab Golf, Bukit Beruntung. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Tukiman bin Nail. Seminar ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pemahaman kepada pihak badan pengurusan (JMB/MC)

tentang fungsi dan peranan badan pengurusan (JMB/MC) sebagai pihak bertanggungjawab didalam penyenggaraan dan pengurusan bangunan berstrata. Objektif seminar ini adalah meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta seminar mengenai kepentingan aspek pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata terhadap kualiti kehidupan penghuni.

23

Edisi • 2012

Page 24: Edisi : 2012 •

ProgramIbadah Korban 2012

Program Ibadah Korban 2012 telah diadakan pada hari isnin, 29 Oktober 2012 bersamaan 13 Zulhijjah 1432. Bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari, lokasi program tersebut adalah di perkarangan letak kenderaan di pejabat MDHS. Program ini telah diadakan secara bergotong-royong disertai oleh kakitangan MDHS merangkap ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSDK). Bermula dengan bacaan doa bagi pembuka program, semua ahli kelab dijamu dengan hidangan sarapan pagi sebelum memulakan tugasan masing-masing. Semua ahli kelab lelaki bersiap sedia dengan segala persiapan melapah, memotong dan mengagih daging kepada semua ahli manakala wanita menyediakan hidangan makan tengahari secara memasak beramai-ramai. Menu yang dicadangkan adalah nasi putih, sup daging, daging masak kicap, sayur campur, ulam dan sambal belacan.

Program Ibadah Korban PeBT MDHS 2012 telah diadakan pada 28 Oktober 2012 bersamaan hari Ahad di Masjid Ar Rahmah, Kg. Sungai Buaya, Hulu Selangor. Program ini bertujuan menyemai semangat rela berkorban dalam kalangan belia terutamanya PeBT daerah Hulu Selangor, menanamkan semangat kerjasama dalam melaksanakan ibadah korban yang dijalankan tanpa mengira peringkat umur dan menyediakan golongan pelapis di dalam kalangan belia sebagai pewaris untuk melaksanakan ibadah korban pada masa akan dating. Jumlah lembu yang dikorbankan di masjid tersebut ialah sebanyak lapan ekor termasuk seekor lembu korban sumbangan MDHS, seekor daripada Kerajaan Negeri Selangor dan selebihnya ialah dari penduduk kampung yang turut serta melaksanakan ibadah korban. Proses menyembelih, melapah dan membungkus dijalankan dengan pantas sekali. Pada pukul 12.00 tengah hari, proses pengagihan daging korban dilakukan dan diagihkan oleh Tuan YDP MDHS kepada petugas-petugas serta penerima-penerima daripada keluarga yang kurang berkemampuan yang telah diberikan kupon oleh pihak jawatankuasa masjid.

Ibadah KorbanPenggerak Belia Tempatan(PEBT) 1433 Hijrah

24

Page 25: Edisi : 2012 •

Program Hari KeluargaMajlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 2012

Bertempat di A’Famosa Resort, Melaka telah di adakan Hari Keluarga Majlis Daerah Hulu Selangor pada 3 November 2012. Bertemakan Warna Merah, program ini disertai seramai lebih kurang 400 orang ahli kelab yang terdiri daripada kakitangan MDHS dan keluarga masing-masing. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua-ketua Jabatan

MDHS beserta keluarga. Program ini dimeriahkan lagi dengan acara Sukaneka mengikut kategori iaitu dewasa lelaki, wanita dan kanak-kanak. Secara keseluruhannya, Hari Keluarga 2012 dapat dijayakan dalam suasana yang sangat meriah. Diharapkan pada masa akan datang segala kelemahan akan dapat diperbaiki lagi.

Program Festival Jalanan, Sunathon Dan Berendoi 2012

Program Festival Jalanan, Sunathon dan Berendoi MDHS 2012 telah diadakan pada 17 November 2012 bersamaan hari Sabtu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Program ini juga diselitkan dengan upacara pengiktirafan adik Adi Putra bin Abd Ghani, genius cilik sebagai anak angkat MDHS. Tuan YDP memakaikan tanjak dan selempang sebagai simbolik pengiktirafan tersebut.

25

Edisi • 2012

Page 26: Edisi : 2012 •

Program Semarak Seni MDHS 2012 yang telah diadakan pada 7 hingga 10 November 2012 di Kalumpang Resort and Training Centre. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat kesenian dan kebudayaan dalam kalangan peserta untuk diketengahkan, memberi pengetahuan kepada peserta tentang ilmu-ilmu dalam bidang kesenian dan kebudayaan daripada orang-orang yang pakar dan menjadikan acara kesenian dan kebudayaan sebagai acara yang mampu menarik minat masyarakat dalam daerah Hulu Selangor. Pengisian program ini ialah bengkel puisi tradisional, gerak tari tradisional, teater dan gendang Sembilan. Pihak PADAT membantu memberi bimbingan dalam bengkel gendang Sembilan. Pembelajaran daripada bengkel yang dijalankan dalam program ini akan menghasilkan satu naskhah teater muzikal bertajuk Bintang ke Bintang yang menggabungkan puisi tradisional, gerak tari, instrument bunyian dan teater untuk dipertontonkan kepada khalayak pada program Festival Jalanan, Sunathon dan Berendoi 2012 MDHS yang diadakan pada 17 November 2012.

ProgramSemarak Seni 2012

26

Page 27: Edisi : 2012 •

Program Lawatan Rasmi Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan ke Bandaraya Melaka telah diadakan pada 2 dan 3 November 2012 yang lalu. Lawatan tersebut yang diketuai oleh Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah disertai seramai 13 orang Ahlimajlis dan 16 orang Ketua Jabatan MDHS.

Lawatan Rasmi Ahli-Ahli Majlis Dan Ketua-Ketua Jabatan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Program Sambutan Deepavali 2012 Bertempat di Dewan Orang Ramai Kerling telah diadakan satu Program Sambutan Deepavali pada 11 November 2012. Program ini bertujuan memberi sumbangan kepada kumpulan sasaran sempena perayaan Deepavali selain mempelajari serba sedikit adat resam kaum India dalam menyambut perayaan Deepavali dan mengeratkan silaturrahim pihak MDHS dengan masyarakat setempat. Program ini juga mendapat kerjasama daripada SME Bank ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Tuan Tukiman bin Nail, Yang DiPertua MDHS. Aturcara program dimulakan dengan majlis perasmian lori pemampat baru MDHS yang diterima daripada kerajaan Negeri. Program ini diteruskan dengan upacara penyampaian beg sekolah dan duit raya kepada 30 kanak-kanak terpilih. Sumbangan daripada pihak SME Bank ini telah disampaikan oleh Encik Asbullah bin Adnan, Pengarah Stakeholder Management SME Bank. Dan seterusnya ialah penyampaian sumbangan kepada para penerima.

27

Edisi • 2012

Page 28: Edisi : 2012 •

Program Pertandingan Memancing GP Selangor merupakan acara tahunan yang telah diadakan di Taman Tasik Millenium, Kuala Kubu Bharu. Program ini diadakan pada 2 Disember 2012 bersamaan hari Ahad. Pertandingan Memancing GP Selangor 2012 Peringkat MDHS dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan yang dipengerusikan oleh YB Dr. Yaakob bin Sapari dengan kerjasama MDHS dan dikendalikan oleh Wak Jali Events Management.

Pertandingan MemancingGP Selangor 2012

28

Page 29: Edisi : 2012 •

Majlis Daerah Hulu Selangor Telah mengadakan Program Konvoi Jelajah PBT Selangor “Salam Ukhwah PBT Selangor” MDHS 2012 pada 4sehingga 6 Disember 2012. Program ini merupakan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MDHS. Program ini dijalankan selama 3 Hari 2 Malam. Program ini merupakan penjelajahan yang menjelajah kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam Negeri Selangor iaitu Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Sepang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis

Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, dan kembali semula ke Majlis Daerah Hulu Selangor. Program konvoi Jelajah PBT Selangor ini telah berjaya dianjurkan dan mendapat sambutan di setiap PBT yang telah dilawati. Ianya juga menaikkan serta memperkenalkan MDHS dengan lebih dekat lagi serta mengeratkan lagi perhubungan diantara Jabatan-jabatan kerajaan di Negeri Selangor disamping dapat menaikkan taraf ekonomi negeri Selangor dengan memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.

Salam UKHWAH PBT SelangorProgram Konvoi Jelajah PBT Selangor

MDHS 2012

Majlis Publisiti Awal dan FGD bagi Rancangan Kawasan Khas Perindustrian Sungai Choh 2020 telah diadakan di Kelab Golf, Bukit Beruntung Hulu Selangor dan dipengerusi oleh Tuan Haji Tukiman Bin Nail – Yang DiPertua Majlis Daerah Hulu Selangor. Program ini diadakan hasil kerjasama diantara

MDHS, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (JPBD) serta JBPD Semenanjung Malaysia. Ia bertujuan untuk mendapatkan dan mengenalpasti isu, potensi serta cadangan dikawasan kajian daripada agensi teknikal, penduduk dan orang awam.

MajlisPublisiti Awal Dan Focus Group Discussion Rancangan Kawasan Khas Perindustrian Sungai Choh 2020

29

Edisi • 2012

Page 30: Edisi : 2012 •

Bagi sepanjang tahun 2012, Unit Aduan, Perhubungan Awam Dan Korporat telah berjaya menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan MDHS 2012 seperti yang telah dirancang sebanyak 4 kali. Konsep yang dipilih adalah dibuat pada hari cuti umum bertempat di luar kawasan pejabat bagi menggalakkan penyertaan dari orang awam.

Hari Bertemu Pelanggan

30

Page 31: Edisi : 2012 •

Operasi PenguatkuasaanSepanjang tahun 2012 Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan telah melakukan pelbagai operasi di kawasan pentadbiran MDHS. Diantaranya ialah Operasi Menyita Pusat Siber Yang Beroperasi Tanpa Kebenaran MDHS, Operasi Pemeriksaan Lesen Perniagaan, Penggunaan Kaki Lima Premis Perniagaan, Rumah Urut Dan Penyitaan Pusat Siber, Operasi Menangkap Lembu Yang Berkeliaran Di Kawasan Yang Diwartakan Oleh MDHS Sebagai Kawasan Larangan Bagi Ternakan Lembu/Kerbau, Operasi Menyita Barang-Barang Penjaja Yang Ditinggalkan Di Tempat Awam Tanpa Kebenaran MDHS, Operasi Menyita Penjaja Tanpa Permit Daripada MDHS, Operasi Bersepadu Menyita Penjaja Warga

Asing Yang Menjaja Tanpa Kebenaran MDHS, Operasi Pemeriksaan Premis-Premis Rumah Urut, Pusat-Pusat Hiburan Dan Pusat Siber Yang Berada Di Dalam Pentadbiran MDHS, Operasi Pemeriksaan Rumah Urut, Lesen Perniagaan Dan Penggunaan Kaki Lima Premis Perniagaan, Operasi Penurunan Kain Rentang Dan Juga Pemotongan Papan Tanda Tunjuk Arah (Signboard) Yang Di Pasang Tanpa Kelulusan MDHS, Operasi Tindakan Penguatkuasaan Bersepadu Ke Atas Kenderaan Berat (Lori Treler), Operasi Pemeriksaan Premis Perniagaan Yang Beroperasi Tanpa Kebenaran MDHS. Operasi ini berjalan dengan jayanya dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

31

Edisi • 2012

Page 32: Edisi : 2012 •

Majlis Daerah Hulu SelangorJalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu BharuTel: 03-6064 1331

www.mdhs.gov.my