EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan...

16
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor, Malaysia (603) 8922 5888 [email protected] aelb.my @myaelb myaelb www.aelb.gov.my NADI Penglibatan dalam Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 m/s 6 Sekuriti Nuklear, kenapa ianya penting m/s 5 Jalinan kerjasama dengan UTM m/s 8 Temu ramah bersama Tn. Hj. Abdul Hamid bin A. Latib m/s 13 EDISI JANUARI 2018

Transcript of EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan...

Page 1: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Lembaga Perlesenan Tenaga AtomBatu 24, Jalan Dengkil,43800 Dengkil, Selangor, Malaysia

(603) 8922 5888

[email protected]

aelb.my

@myaelb

myaelb

www.aelb.gov.my

NADI

Penglibatan dalam Sukan SEA ke-29dan Sukan Para ASEAN ke-9

m/s 6

Sekuriti Nuklear, kenapa ianya pentingm/s 5

Jalinan kerjasama dengan UTMm/s 8

Temu ramah bersama Tn. Hj. Abdul Hamid bin A. Latibm/s 13

EDISI JANUARI 2018

Page 2: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Penerbit (Nadi Atom) berhak untuk menolak atau menggugurkan/mengelu-arkan penulisan. Barisan Penyunting berhak untuk menyunting kesemua kandungan penulisan/bahan yang dikemukakan sebelum diterbitkan. Terbi-tan Nadi Atom ini adalah bertujuan untuk menyalurkan maklumat sahaja dan segala usaha telah dilakukan bagi memastikan maklumat yang disalur-kan adalah tepat dan terkini. Barisan Penyunting juga tidak akan bertanggu-ngjawab (bertanggungan) untuk sebarang maklumat yang digugurkan atau yang tidak dinyatakan dalam penerbitan Nadi Atom. Selain itu, Barisan Penyunting juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang berpunca daripada penerbitan Nadi Atom.

Penafian Penerbitan

Page 3: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Sekuriti Nuklear, kenapaianya penting

Penglibatan dalam Sukan SEA ke-29dan Sukan Para ASEAN ke-9

Pengesanan Cemaran Radioaktifdi KLIA2

AELB - PDRM Perkukuh Kerjasama

Aplikasi MyAtom; UntukKesejahteraan Rakyat

Jalinan kerjasama denganUniversiti Teknologi Malaysia

Kajian dan Penilaian ke atas Projek Kolam Bahan Api Terpakai di RTP

Pemeriksaan Tahunan ke atas RTP

Misi Pakar INSSP

Kolokium AELB: PengukuhanKeupayaan Melalui Perkongsian Ilmu

Inisiatif bagi Membantu Pengukuhan Proses Penilaian dan Pelesenan

Sorotan 2017: Pencapaian AELB

Kursus Kaedah Persampelandan Pemonitoran Alam Sekitar

Kursus Penggunaan Peralatan danInstrumentasi Pengesanan Sinaran

Aktiviti Keyakinan danKesedaran Awam

Temu ramah bersama Tn. Hj. Abdul Hamid bin A. Latib

#AkanDatang & #ActiveLifeStyle

5

6

7

7

8

8

9

9

10

10

10

11

11

12

13

14

7

BARISAN PENYUNTING

ISI KANDUNGAN

Gan Pek YenKetua

Abdul ShukorAbdul AzizSetiausaha

Noor FitriahBakri

Timbalan

Siti A�dahAwangAhli

Ghazali IsmailAhli

‘AliyahMohd SaadAhli

Nurul SareezaAzidin

Ahli

Muhammad RedzaFahmi RosdiAhli

Fatma AsikinP. Ramli

Ahli

Mohamad HanifMd Arshad

Pereka Gra�k

Page 4: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Cik Gan Pek Yen selaku Ketua Penyunting, pasukan beliau dan semua pihak yang telah menyumbang artikel dan idea kepada surat berita ini. Saya juga berharap agar pembaca akan gemar membaca setiap edisi surat berita ini. Komen dan maklum balas daripada pembaca amat dialu-alukan.

Hamrah bin Mohd Ali Ketua PengarahLembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya berasa berbesar hati dalam memperkenalkan EdisiJanuari 2018 Nadi Atom, satu surat berita yang menonjolkan tugas dan aktiviti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Nadi merupakan singkatan Nuclear Authority DisseminatingInformation manakala Atom mewakili AELB. Justeru itu,pemilihan nama Nadi Atom menunjukkan hasrat AELB dalam menyalurkan maklumat dan fakta terkini kepada masyarakat mengenai kawalan perundangan terhadap penggunaan teknologi nuklear di Malaysia. Kami berhasrat untuk menjad-ikan surat berita ini satu penerbitan berkala.

Dalam edisi ini, pembaca berpeluang untuk mengimbas kembali beberapa pencapaian utama dan aktiviti AELB pada tahun 2017. Saya amat bangga khususnya dengan penglibatan AELB dalam memberi sokongan kepada Polis Diraja Malaysia berhubung pencegahan dan penilaian ancaman sekuriti semasa Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 serta penemuan semula dua projektor gama mengandungi bahan radioaktif yang hilang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia.

Edisi ini juga merencanakan satu temu ramah dengan Tn. Hj. Abdul Hamid bin A. Latib, kakitangan yang berkhidmat paling lama di AELB. Beliau mula bertugas semasa penubuhan AELB pada tahun 1985. Beliau telah banyak menyumbang terhadap pembangunan AELB, justeru itu kami amat menghargaidedikasi dan pengalaman kerja beliau.

KATA ALUAN

Page 5: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Sekuriti nuklear merupakan pencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap kejadian jenayah atau perbua-tan tanpa kebenaran dengan niat melibatkan bahan nuklear dan radioaktif serta kemudahan dan aktiviti yang berkenaan. Menyedari risiko kecurian, kehilangan atau sabotaj terhadap bahan radioaktif yang dimiliki oleh peme-gang lesen di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), keperluan kawalan sekuriti mula diperkenalkan oleh AELB pada tahun 2008 melalui Notis Pemberitahuan Bil.3/2008 bagi menerima pakai dokumen panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) iaitu Code of Conduct on the Safety of Radioactive Sources dan dokumen sokon-gannya. Keperluan sekuriti dalam panduan IAEA ini telah digarap dan dilaksanakan dalam proses pelesenan dan penguatkuasaan melalui perincian dalam syarat lesen termasuk keperluan bagi menyediakan Pelan Sekuriti.

Insiden kehilangan dan kecurian bahan radioaktif sema-kin kerap berlaku berbanding insiden yang melibatkan kecemasan dan keselamatan sinaran, walaupun pelbagai syarat lesen dan keperluan sekuriti telah dikenakan ke atas pemegang lesen. Rekod AELB menunjukkan semenjak tahun 1990an sehingga 2017, terdapat 16 kes yang meli-batkan pencerobohan, kehilangan atau kecurian bahan radioaktif yang berpunca daripada kegagalan kawalan sekuriti yang sebahagian besarnya berlaku semasa pengangkutan.

Pada awal Februari 2017, kita telah dikejutkan dengan kes kehilangan dua (2) buah projektor gama yang men-gandungi bahan radioaktif jenis Iridium-192 di Klang, Selangor. Dalam operasi yang normal, peralatan projektor gama ini mengandungi bahan radioaktif berkeaktifan tinggi yang tidak akan menimbulkan bahaya kepada orang awam sekiranya dikendalikan dengan kaedah yang betul. Namun demikian, sekiranya bahan radioaktif dikeluarkan dari bekasnya, dedahan sinaran yang dikeluarkan oleh bahan tersebut boleh menyebabkan kecederaan serius kepada sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengann-ya, dan dalam sesetengah kes ianya boleh menyebabkan kematian. Selain faktor bahaya sinaran, kesan negatif akibat kejadian melibatkan bahan radioaktif juga akan menimbulkan kebimbangan awam melalui sebaran mak-lumat dan liputan media, gangguan ekonomi sementara atau kekal ekoran kesan psikologi yang mungkin timbul dan kos dekontaminasi sekiranya bahan ini dileburkan ke dan dicampurkan ke besi produk pengguna.

Akibat kecuaian pengendalian projektor gama berke-naan semasa proses pengangkutan, peralatan ini telah dicuri dari kenderaan yang digunakan untuk menyimpann-ya, kemudian dileraikan dan dijual sebagai besi buruk. Apa yang lebih memburukkan lagi keadaan, 2 unit bahan radio-aktif Iridium 192 yang terkandung di dalam projektor gama yang hilang ini telah dikeluarkan dari bekasnya dan dijumpai di kawasan perumahan awam yang padat dengan penduduk. Walau bagaimanapun, dengan keceka-pan Pasukan Tindakbalas Nuklear (PTN) AELB melalui oper-asi bersepadu dengan kerjasama pihak PDRM, IPD Klang Selatan, bahan radioaktif yang hilang ini telah berjaya ditemui dan diselamatkan dalam tempoh kurang dari 48 jam.

Kejadian yang berlaku di Klang ini adalah kes terburuk yang pernah berlaku kerana ianya telah menjejaskan kese-lamatan orang awam dan mendapat liputan meluas media dalam dan luar negara. Rentetan kejadian ini, penyiasatan lanjut telah dilakukan oleh AELB dan PDRM menggunakan peruntukan undang-undang yang berkenaan di bawah Akta 304 dan Akta Kanun Keseksaan (Akta 574), yang menghasilkan penangkapan beberapa individu yang disyaki terlibat.

Edisi Januari 2018 Nadi Atom 5

SEKURITINUKLEAR,KENAPA IANYAPENTING

SEKURITINUKLEAR,KENAPA IANYAPENTING

Sambungan muka surat 6...

Page 6: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Ironinya, kejadian ini sebenarnya boleh dielakkan sekira-nya semua pihak yang terlibat dalam mengendalikan projektor gama ini melaksanakan tatacara dan prosedur kerja sebagaimana yang telah digariskan oleh AELB. Juste-ru itu, adalah menjadi tanggungjawab pemegang lesen dan industri yang memiliki bahan radioaktif supaya sentia-sa melaksanakan langkah perlindungan dan pencegahan bagi melindungi dan mengurangkan risiko kehilangan dan kecurian bahan radioaktif bagi meminimakan impak insiden sekira ianya berlaku. Pendekatan ini juga adalah sangat penting bagi memastikan insiden lebih buruk yang melibatkan eksploitasi bahan radioaktif bagi tujuan jenayah atau keganasan tidak berlaku. Matlamat ini akan dapat dicapai sekiranya kepentingan keselamatan dan sekuriti dijadikan bukan sahaja sebagai sesuatu yang perlu diutamakan, tetapi menjadi suatu budaya yang diamalkan dalam setiap organisasi yang terlibat.

Dalam pelan jangka panjang melalui Integrated Nuclear Security Support Plan (INSSP) yang dibangunkan oleh IAEA untuk kegunaan Negara Ahli, AELB, PDRM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merangka pelbagai operasi bersepadu bagi mengukuhkan kawalan perundan-gan melibatkan sekuriti bahan nuklear bermula dari sempadan negara hinggalah kawalan dalam negara bagi menjamin kelangsungan aktiviti penggunaan tenaga atom dari bahaya ancaman jenayah dan aktiviti keganasan yang lain.

Ketua Pengarah AELB, YBrs. Encik Hamrah bin Mohd Ali ditemu

ramah wartawan semasa tapisan keselamatan Sukan SEA

Latihan AELB berkenaan alat pengesanan sinaran kepada

Pasukan Khas PDRM

Penglibatan dalamSukan SEA ke-29 dan

Sukan Para ASEAN ke-9 Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 dari 19 hingga 30 Ogos 2017 yang lalu dengan berlangsungnya majlis penutup yang penuh gilang gemilang dengan kejayaan memenangi 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa. Penganjuran acara yang besar melibatkan sejumlah besar penonton dan peserta termasuk dari negara-negara asing, memberikan cabaran keselamatan yang penting. Mengambilkira perka-ra tersebut, AELB telah diminta oleh PDRM untuk memban-tu dalam menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap ancaman sekuriti nuklear semasa berlangsungnya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Kedua-dua acara sukan ini diadakan di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kedah. Acara tersebut melibatkan 4,646 atlet dari negara peserta. Lebih daripada 404 acara dalam 38 jenis sukan yang dipertandingkan di lokasi yang berbeza dan mendapat liputan daripada professional dari TV, radio dan akhbar. Sekitar 100,000 orang di kalangan para atlet, professional media, VIP dan orang awam dari pelbagai negara telah menghadiri majlis pembukaan dan penutupan sukan ini.

Penyertaan AELB adalah tertumpu kepada pelaksanaan langkah-langkah keselamatan radiologi dan nuklear yang spesi�k yang mana akan digunakan sebelum dan semasa penganjuran sukan ini. Ianya melibatkan latihan Cawangan Khas PDRM yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pemeriksaan keselamatan di semua tempat bagi penge-sanan sekuriti nuklear menggunakan peralatan pengesan sinaran. Pasukan AELB juga berada dalam mod bersedia sepanjang sukan ini berlangsung, serta bertindak sebagai agensi teknikal utama untuk penilaian sekuriti nuklear dan pasukan tindak balas sekiranya berlaku sebarang kejadian sekuriti nuklear.

Operasi ini merupakan sebahagian daripada pelan pelbagai institusi untuk keselamatan sukan, yang telah diselaraskan oleh PDRM. Malaysia telah menerima sokon-gan daripada pihak IAEA dari segi peralatan pengesanan sinaran untuk memastikan lebih banyak liputan kawasan yang akan terlibat semasa penganjuran sukan berkenaan. Ini menunjukkan kerjasama antara AELB dan PDRM dalam konteks yang lebih besar yang mana menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan negara dan masyarakat umumnya.

Edisi Januari 20186 Nadi Atom

Kejadian ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya semua pihak yang terlibat dalam mengendalikan projektor gama ini melak-

sanakan tatacara dan prosedur kerja sebagaima-na yang telah digariskan oleh AELB.

“ “

dari muka surat 5...

Page 7: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7

Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan Prosedur Operasi Seragam (SOP) Siasatan Jenayah melibatkan Bahan Nuklear dan Bahan Radioaktif. Bengkel yang telah berlangsung di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru pada 11 hingga 15 November 2017, melibatkan 20 orang peserta yang terdiri daripada anggota pelbagai unit dan kontinjen PDRM serta 5 orang pegawai AELB. Bengkel ini mem-fokuskan kepada pengurusan tempat kejadian jenayah, pengumpulan dan pengen-dalian barang kes, membangunkan prosedur siasatan jenayah yang melibatkan bahan radioaktif dan nuklear serta memperincikan peranan dan tanggungjawab PDRM dan AELB dalam kejadian berkaitan. Majlis penutup bengkel telah disempur-nakan oleh Ketua Pengarah AELB, YBrs. Encik Hamrah bin Mohd Ali dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, YDH Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

AELB-PDRM Perkukuh Kerjasama

Aplikasi MyAtom; Untuk Kesejahteraan Rakyat

Aplikasi MyAtom yang dibangunkan hasil kerjasama antara AELB dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) telah dilancarkan pada September 2017. Lokasi bahan radioaktif di sesuatu kawasan di Malaysia dapat diperolehi dengan cepat dan tepat dengan menggunakan applikasi MyAtom. Buat masa ini, applikasi MyAtom adalah hanya untuk kegunaan pihak berkuasa seperti Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PDRM. Dalam keadaan kecemasan, pasukan tindak balas pertama boleh mendapatkan maklumat berkenaan lokasi bahan radioaktif melalui applikasi MyAtom sekaligus meningkatkan kerjasama antara agensi. Bukan itu sahaja, applikasi ini juga merupakan suatu langkah proaktif bagi memastikan tindak balas sewajarnya terhadap pengawalan bahan radioaktif oleh pihak berkuasa semasa kejadian kecemasan untuk menjamin keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar.

Pengesanan Cemaran Radioaktif di KLIA2Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Kim Jong Nam iaitu abang tiri kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada Februari 2017 yang lalu. PDRM telah mengesahkan bahawa kematian Kim Jong Nam adalah disebabkan penggunaan bahan kimia agen saraf VX hasil keputusan analisa oleh Jabatan Kimia Malaysia. Sehubungan itu, Unit Forensik PDRM bersama pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan AELB telah menjalankan operasi mengesan kemungkinan kehadiran bahan radioaktif dan bahan kimia di lokasi kejadian, KLIA 2. Operasi berkenaan telah melibatkan enam (6) kakitangan teknikal AELB yang dilengkapi dengan peralatan pemantauan sinaran. Hasil daripada operasi imbasan yang dijalankan, paras sinaran luar di KLIA 2 hanya menunjukkan bacaan latar belakang (0.15µSv/ jam - 0.19µSv/jam) dan mengesahkan bahawa KLIA 2 adalah bebas daripa-da pencemaran bahan radioaktif. PDRM juga telah membuat kenyataan dan menge-sahkan tiada penemuan bahan berbahaya dan KLIA 2 bebas daripada sebarang cemaran.

...................................................................................................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................................................................................................

Page 8: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Jalinan KerjasamaLembaga Perlesenan Tenaga Atom

dan Universiti Teknologi Malaysia

Teknologi sinaran menyediakan manfaat yang besar kepada manusia sejagat melalui penggunaannya dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, industri, perubatan dan penyelidikan. Berikutan itu, Universiti Teknologi Malay-sia (UTM) sebagai sebuah universiti penyelidikan awam yang bergiat aktif dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi, membuka lembaran baru untuk menerokai bidang sains dan kejuruteraan nuklear. Langkah ini diambil sebagai salah satu usaha untuk memantapkan keupayaan UTM dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

Sehubungan dengan itu, UTM dan AELB telah mengorak langkah untuk mengadakan kerjasama melalui Memoran-dum Persefahaman (MoU) untuk menggalakkan dan meningkatkan kerjasama melibatkan aktiviti pendidikan dan penyelidikan dalam bidang keselamatan nuklear dan sinaran, sekuriti nuklear dan kawalselia serta bidang lain yang berkaitan atas dasar kesaksamaan dan kepentingan bersama. Kerjasama ini meliputi bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan bersama, seminar, penerbitan bersama, pertukaran maklumat semasa, penempatan pela-jar untuk menjalani latihan penyelidikan/industri dan pertukaran kakitangan untuk program pasca-kedoktoran.

Edisi Januari 20188 Nadi Atom

Kajian dan Penilaian keatas Projek Kolam BahanApi Terpakai di RTP

Pada tahun 2013, Agensi Nuklear Malaysia berhasrat untuk membina satu kolam bahan api terpakai untuk menyim-pan bahan nuklear tersinar dari Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP). Dalam tempoh tahun 2013- 2017, beberapa mesyu-arat telah diadakan antara AELB dan Agensi Nuklear Malay-sia bagi membincangkan isu berkaitan keperluan reka bentuk, pelesenan dan pembinaan.

Dalam tempoh tersebut, AELB telah mengkaji dan menilai dokumen teknikal seperti laporan analisis keselamatan, pelan sekuriti, soal selidik maklumat reka bentuk dan manual jaminan kualiti. Dokumen tersebut menyediakan asas bagi pembinaan dan pengoperasian kolam bahan api terpakai yang selamat. Pegawai AELB juga melakukan lawatan ke tapak pembinaan pada 9 Februari 2017 bagi tujuan aktiviti veri�kasi dan satu lawatan juga dilakukan pada 17 Oktober 2017 bagi membantu inspektorkawalgunaan IAEA berhubung aktiviti veri�kasi reka bentuk.

Ini merupakan kali pertama satu kolam bahan api terpakai bagi penyimpanan bahan nuklear dibina di Malaysia. Sehu-bungan itu, semua pihak berkepentingan dalam projek ini amat teruja dan berminat untuk mempelajari dan mem-peroleh pengalaman dan ilmu yang baharu. Kejayaan menyiapkan projek ini akan menjadi satu lagi pencapaian pakar nuklear di Malaysia dalam memastikan aspek kesela-matan, sekuriti dan kawalgunaan nuklear dilaksanakan.

Page 9: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Malaysia telah membangunkan rejim kawalan sekuriti nuklear berdasarkan Integrated Nuclear Security Support Plan (INSSP) yang diperkenalkan oleh IAEA secara efektif selari dengan penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan aman. INSSP dibangunkan semenjak tahun 2009 berdasar-kan penemuan dan cadangan daripada Integrated Nuclear Security Advisory Services (INSServ) yang diadakan di peringkat nasional pada tahun 2004.

INSSP ini telah digunakan untuk mengambil tindakan penemuan daripada misi INSServ melalui pendekatan yang holistik dan menyeluruh dengan aspirasi untuk mem-bangunkan keupayaan sekuriti nuklear di Malaysia. Pem-bangunan sekuriti nuklear di Malaysia dikoordinasikan oleh AELB dengan kerjasama erat agensi-agensi yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan sekuriti nuklear seperti Majlis Keselamatan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Luar Negeri (KLN), PDRM, JKDM, Jabatan Peguam Negara dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta agensi lain berkenaan bagi memastikan pelaksanaan sekuriti nuklear yang menyeluruh dan mampan dengan keupayaan kawalan sekuriti negara yang sedia ada. Sehubungan itu, Malaysia telah melaksanakan misi pakar kali ketiga INSSP pada 20 hingga 24 November 2017 bagi tujuan penilaian dan pengemaskinian status pelaksanaan kawalan sekuriti nuklear di Malaysia. Semasa misi pakar tersebut, mesyuarat koordinasi yang melibatkan semua agensi berkaitan dan lawatan tapak ke Kontinjen PDRM Johor serta tapak projek RAPID di Pengerang Johor turut diadakan bagi melihat pelaksanaan kawalan sekuriti yang melibatkan penggu-naan bahan radioaktif di Malaysia. INSSP yang dikemaskini dan dipersetujui di peringkat kebangsaan akan digunakan untuk membangunkan dan melaksanakan program sekuri-ti nuklear di Malaysia bagi tahun 2017-2019.

Misi Pakar INSSP

Pada tahun 2017, Pegawai Pemeriksa AELB telah melaku-kan pemeriksaan menggunakan pendekatan yang ditam-bah baik dan memfokus kepada pencapaian keseluruhan RTP berkaitan keselamatan, sekuriti dan kawalgunaan nuklear. Pegawai Pemeriksa AELB telah melakukan penilaian dokumen, pemerhatian visual, lawatan kemuda-han dan juga menemu bual kakitangan yang bertugas di RTP untuk menentukan peringkat pematuhan terhadap perundangan oleh Agensi Nuklear Malaysia.

Pemeriksaan Tahunan ke atas RTP

RTP merupakan reaktor penyelidikan nuklear berlesen yang dikendalikan oleh Agensi Nuklear Malaysia. RTP mempunyai aplikasi bagi tujuan analisis pengaktifan neutron (NAA), penghasilan radioisotop bagi tujuan perubatan, industri dan pertanian, radiogra� neutron dan penyerakan sudut kecil neutron (SANS). AELB melakukan pemeriksaan berkala ke atas RTP bagi memastikan segala keperluan perundangan dipatuhi dan reaktor tersebut dikendalikan dengan selamat.

Setelah pemeriksaan selesai, satu laporan terperinci yang mencatatkan segala penemuan dan cadangan disediakan, Agensi Nuklear Malaysia bertanggungjawab untuk men-gambil tindakan yang perlu berhubung laporan tersebut bagi memastikan segala keperluan perundangan dipatuhi.

Edisi Januari 2018 Nadi Atom 9

Page 10: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Inisiatif bagi MembantuPengukuhan Proses

Penilaian dan Pelesenan

AELB telah membangunkan pelbagai inisatif yang berteru-san termasuklah penyediaan platform soal jawab melalui emel (MNR Customer) bagi tujuan memudahkan proses permohonan lesen selain daripada bantuan panggilan telefon yang sedia ada. Bagi memastikan proses penilaian dan pelesenan adalah cekap dan efektif, AELB telah mem-perkenalkan khidmat Bantuan Pelanggan atas talian. Khid-mat ini membolehkan pemohon mendapatkan khidmat semakan daripada AELB sebanyak dua (2) kali tanpa dike-nakan sebarang �. Khidmat Bantuan Pelanggan ini juga bertujuan bagi memastikan AELB sentiasa berupaya menepati piagam pelanggan menerusi penghantaran permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan yang tepat.

Inisiatif ini juga adalah untuk memastikan tiada pemba-ziran bagi pembayaran � oleh pemohon bagi tujuan mem-proses lesen sekiranya permohonan digagalkan akibat daripada permohonan yang tidak tepat dan lengkap. Setelah permohonan berserta dokumen lengkap disemak/diluluskan, permohonan lesen sebenar akan dilaksanakan melalui sistem e- Lesen dan diproses dalam tempoh masa seperti yang ditetapkan oleh piagam pelanggan AELB. Bayaran � permohonan hanya akan dike-nakan setelah permohonan sebenar dikemukakan. Hara-pan AELB agar inisiatif ini dapat memberikan perkhimatan yang cekap terhadap proses penilaian dan pelesenan seka-ligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

KOLOKIUM AELB:Pengukuhan Keupayaanmelalui Perkongsian Ilmu

Kolokium AELB yang julung kalinya diadakan pada tahun 2016 telah diteruskan pada tahun 2017. Kolokium ini merupakan suatu platform pengurusan ilmu melalui perkongsian dan pemindahan ilmu dalam bentuk penyam-paian taklimat dan perbincangan. Kolokium yang dianjur-kan telah memberikan peluang kepada kakitangan tekni-kal berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terpuji dalam bidang keselamatan, sekuriti dan kawalgu-naan yang diperolehi menerusi latihan yang dihadiri. Kolokium ini juga memberi ruang kepada kakitangan teknikal berkongsi hasil kerja dan projek yang dijalankan di bahagian masing-masing.

Kolokium AELB yang telah diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 24 hingga 25 Oktober 2017 telah disertai oleh 14 orang kakitangan teknikal yang membentangkan pelbagai tajuk meliputi aspek pelesenan, penguatkuasaan dan kawalselia aktiviti tenaga atom serta pengurusan sisa radioaktif. Kebolehan kakitangan teknikal AELB dalam pengucapan awam secara tidak langsung juga dapat diasah melalui kolokium ini. Bukan itu sahaja, pelbagai idea dan isu telah dikupas melalui sesi soal jawab yang diada-kan. Secara keseluruhannya, kolokium tersebut telah mem-berikan manfaat kepada semua kakitangan AELB yang terlibat.

Sorotan 2017: Pencapaian AELB

Retreat Pembangunan Strategik Keselamatan (Safety), Sekuriti (Security) dan Kawalgunaan (Safeguards) (3S) AELB 2018 telah diadakan dengan jayanya di Holiday Inn Resort, Pulau Pinang pada 17 hingga 21 Disember 2017 dengan penglibatan seramai 32 orang pegawai. Retreat ini telah diadakan berteraskan objektif untuk memperkasa dan mengukuhkan kawalseliaan terhadap aktiviti tenaga atom yang dilaksanakan oleh AELB dengan penekanan terhadap elemen 3S. Retreat ini juga menyaksikan julung-julung kalinya Pengerusi Lembaga, YBhg. Ir. Datuk Ahmad Fauzi bin Hasan hadir bersama bagi menunjukkan komitmen beliau dalam memacu AELB menjadi badan penguatkuasa tenaga atom yang setaraf dengan negara maju.

Antara pencapaian AELB sepanjang tahun 2017 ialah kejayaan dalam menangani kes kehilangan projektor radiogra� industri yang mengandungi bahan radioaktif, imbasan cemaran radioaktif di KLIA2 ekoran kes berpro�l tinggi iaitu pembunuhan Kim Jong Nam dengan kerjasama PDRM, penglibatan bersama PDRM dalam operasi bersepa-du sempena penganjuran Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur dan pelancaran applikasi MyAtom yang merupakan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Sekuriti Bahan Radioaktif dengan kerjasama ARSM. AELB adalah komited dalam mengawalselia penggunaan tenaga nuklear demi kemak-muran ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Edisi Januari 201810 Nadi Atom

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

......

...

Page 11: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Kursus Kaedah Persampelandan Pemonitoran Alam Sekitar

AELB telah menganjurkan Kursus Kaedah Persampelan dan Pemonitoran Alam Sekitar pada 15 hingga 16 November 2017, disertai oleh 15 orang kakitangan teknikal. Kursus selama dua (2) hari ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran peserta secara teori dan praktikal berhubung kaedah persampelan alam sekitar dan kaedah penggunaan dan pengoperasian pera-latan pemonitoran semasa aktiviti persampelan alam sekitar dijalankan.

Pelbagai topik telah dibincangkan semasa kursus berlangsung meliputi kaedah pengambilan sampel alam sekitar seperti sampel air, sedimen, tanah dan �ora dan juga kaedah penggunaan peralatan pemonitoran radon thoron (RAD7) dan peralatan pemonitoran udara. Peserta juga telah berpeluang untuk menyertai latihan praktikal pengambilan sampel di lapangan sekitar Bangi, Dengkil, Semenyih dan Kajang semasa kursus tersebut berlangsung.

AELB telah menjalankan pemonitoran radiologi dan persampelan alam sekitar secara berkala di premis-premis pemegang lesen seperti Asian Rare Earth Sdn. Bhd. (ARE) dan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) yang menjadi perha-tian umum, bagi memastikan keselamatan orang awam dan alam sekitar sentiasa terpelihara.

Kursus Penggunaan Peralatan danInstrumentasi Pengesanan Sinaran

Kursus Penggunaan Peralatan dan InstrumentasiPengesanan Sinaran telah berjaya diadakan pada 9 hingga 10 November 2017. Kursus ini disertai oleh 15 orang kakitangan teknikal AELB.

Kursus seperti ini diadakan secara berkala dan berterusan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman kakitangan teknikal Jabatan berhubung peralatan dan instrumentasi pengesanan sinaran yang dimiliki oleh AELB dan juga digunakan oleh pemegang lesen. Terdapat pelbagai jenis peralatan yang digunakan untuk tujuan pengesanan sinaran seperti meter tinjau, peranti pengenalpastian radionuklid dan peranti sinaran peribadi. Semua jenis peralatan ini akan digunakan oleh Pegawai Pemeriksa AELB semasa aktiviti pemeriksaan dan Pegawai Penilai AELB semasa penilaian di lapangan.

Selain itu, kursus ini telah direka berdasarkan konsep "pembelajaran melalui perbuatan" yang mana semua peserta didedahkan dengan penggunaan dan pengenda-lian peralatan, penentukuran peralatan dan pemilihan peralatan yang betul berdasarkan radionuklid yang diukur.

Edisi Januari 2018 Nadi Atom 11

Page 12: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Aktiviti Keyakinan danKesedaran Awam

Di bawah Aktiviti Keyakinan dan Kesedaran Awam bagi tahun 2017, AELB telah menyertai 15 pameran yang diada-kan di seluruh Malaysia dan menerima 12 lawatan rasmi dari pelbagai agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi. Lawatan dan pameran ini diadakan bertujuan mem-beri pendedahan kepada orang awam dan pelajar menge-nai penggunaan teknologi nuklear dalam industri dan kawalseliaan yang dilakukan oleh AELB.

Salah satu program yang telah disertai oleh AELB pada tahun 2017 ialah Karnival Sains dan Kokurikulum bertem-pat di Sekolah Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah pada 6 hingga 8 Julai 2017. Karnival ini dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain pelajar dan guru, ibu bapa dan orang awam turut menghadiri dan memeriahkan karnival ini. Terdapat pelbagai agensi di bawah MOSTI yang menyertai karnival ini dan pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan. Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan turut hadir ialah Ketua Pengarah AELB, YBrs. Encik Hamrah bin Mohd Ali.

Sementara itu, AELB turut menerima lawatan daripada delegasi Ibu Pejabat PDRM Kontinjen Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ketua Polis, YDH Datuk Amar Singh Ishar Singh bersama Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah dan Pegawai Kanan PDRM pada 5 Oktober 2017. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkat-kan ilmu pengetahuan di kalangan Anggota Polis Kontin-jen Kuala Lumpur mengenai bahaya serta ancaman bahan nuklear dan radioaktif kepada manusia dan alam sekitar.

Edisi Januari 201812 Nadi Atom

Ketua Pengarah AELB, YBrs. Encik Hamrah bin Mohd Ali menerima sijil penghargaan daripada Menteri Sains,

Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

Ketua Pengarah AELB, YBrs. Encik Hamrah bin Mohd Ali memberi penerangan berkaitan penggunaan bahan radioaktif kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH Datuk Amar Singh Ishar Singh

#sCiencefact

Kita terdedah kepada sinaranmengion dari sumber semula jadi

melalui pelbagai cara iaitu:

Unsur radioaktif yang wujud secara semula jadi dalam tanah dan batu

Sinar kosmik yang memasukiatmosfera dari luar angkasa

Unsur radioaktif yang berada dalam badan akibat pemakanan dan minum

serta pernafasan udara

Sumber: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)https://www.iaea.org/Publications/Factsheets/Eng-lish/radlife

Page 13: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Temu ramah bersamaTn. Hj. Abdul Hamid bin A. Latib

Boleh Tuan Haji cerita sedikit tentang latar belakang? Saya memulakan pendidikan awal saya di Sekolah Rendah Inggeris Alor Gunong sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Darulaman, Kedah. Kemudiannya, saya melanjutkan pelajaran dan memperolehi Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa dari Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.Saya bertemu jodoh di Jabatan ini juga!. Isteri saya ialah Puan Suriah yang pada ketika itu bertugas sebagai seorang kerani dan kami telah dikurniakan empat orang cahaya mata; tiga orang lelaki dan seorang perempuan.

Bagaimana anda memulakan kerjaya di AELB?Mulanya, tiada siapa yang tahu mengenai AELB, fungsi dan peranannya termasuklah guru dan pensyarah saya. Saya bertekad menerima tawaran berkhidmat di AELB dengan satu azam, menerokai pembangunan dan peranan sebuah jabatan baru dengan lebih luas. Saya juga telah menolak beberapa tawaran pekerjaan daripada beberapa universiti tempatan dan juga syarikat yang terkemuka. Bulan-bulan pertama, saya menumpang di rumah rakan saya dan kemu-diannya berulang alik menaiki bas ekspres dari Puduraya ke Kajang semasa AELB masih menumpang operasinya di Kompleks PUSPATI Bangi!

Kenangan istimewa semasa berkhidmat di sini? Terlalu banyak kenangan pahit manis saya di pejabat AELB yang bertempat di Plaza Pekeliling mahupun di Dengkil ini. Saya sering tertawa sendiri apabila mengenang kembali zaman saya bertugas sebagai pengawal pejabat demi menjaga peralatan yang dibeli ketika AELB baru mula beroperasi, bertugas seorang diri (tanpa penghawa dingin), kekangan sistem komunikasi di pejabat yang menimbulkan salah faham antara kakitangan. Paling saya tidak boleh lupa, kami perlu mengetik kad perakam waktu di pejabat Pertubuhan Syarikat.

Pagi itu, cuaca yang mendung membuatkan langkahku perlahan menuju ke ruang kerja di Bahagian Penilaian dan Perlesenan. Mataku meliar mencari kelibat Tn. Hj. Abdul Hamid A. Latib, seorang kakitangan veteran di AELB ini. Nasib aku baik beliau ada di meja, boleh juga aku bersembang dengannya perihal pengalaman di AELB. Beliau antara pegawai pertama yang melapor diri dan berkhid-mat di AELB sejak 22 November 1984. Dari pandangan mata, beliau seorang yang berperwatakan tegas tetapi mudah berinteraksi dengan rakan sekerja, mesra dan tidak lokek ilmu.

Walaupun temu ramah ini tidak terlalu lama, saya merasakan telah diberi satu lawatan berpandu menyusuri garis masa sejarah AELB semenjak ditubuhkan iaitu pada 1985. Dengan kenangan dan pengalaman yang masih segar di ingatan beliau, adalah satu kerugian besar sekiranya kita, warga AELB gagal mengambil kesempatan untuk mem-peroleh pengetahuan dan pengalaman daripada beliau. Saya berasa amat gembira kerana saya masih berpeluang untuk berjumpa dengan Tn. Hj. Abdul Hamid bin A. Latib lagi jika memerlukan sebarang nasihat berkenaan kerja.

Sukan/Aktiviti luar yang digemari?Saya amat menggemari aktiviti bersukan seperti bola sepak, badminton dan ping pong. Saya juga pernah mewakili Jabatan untuk acara sukan sepak takraw.

Saya berasa kagum dengan semangat beliau yang aktif bersukan tetapi masih berdedikasi dan proaktif dalam kerja sehingga mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak empat kali sepanjang perkh-idmatannya.

Cabaran?Dahulu semua permohonan secara manual, menilai dan memproses lesen. Kini, semua proses hanya di hujung jari melalui sistem perlesenan di atas talian (eSPP). Dengan adanya sistem tersebut, ia dapat mengeratkan hubungan AELB dengan pemegang lesen di samping mengurangkan isu serta aduan daripada mereka. Satu lagi, dahulu hanya ada satu unit kenderaan sahaja, keutamaan diberi kepada Ketua Pengarah dan Bahagian Pentadbiran; saya terpaksa naik motosikal rakan keluar buat pemeriksaan!

Saya dapat rasakan nostalgia Tuan Haji ketika beliau menceritakan kisah-kisah lamanya. Sememangnya dapat dilihat watak beliau yang tabah dan gigih sedikit sebanyak berpunca daripada pengalaman yang beliau alami selama ini.

Pandangan atau nasihat?Saya bersyukur dan berbangga kerana telah menjadi saksi kepada peristiwa penting di Jabatan ini seperti penempa-tan AELB iaitu dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementeri-an Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan kini di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.Bekerja dengan ikhlas, berdisiplin dan bertanggungjawab, tak payah cemburu atas kejayaan rakan sekerja! Sentiasa perbaiki diri dan jadi seorang penjawat awam yang berkualiti tinggi agar dapat berbakti kepada rakyat dan negara!

Edisi Januari 2018 Nadi Atom 13

Page 14: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

#akandatang

#activelifestyle

Workshop on Human Resources Development in Nuclear Security19 - 21 Jun 2018

Expert mission onorganizational structure and sta�ng of regulatory body for NPP3 - 7 September 2018

Majlis Berbuka Puasa AELB anjuran KKSLPTA dan PUSPANITA7 Jun 2018

International Training Course on Regulations and AssociatedAdministrative Measures for Nuclear Security25 - 29 Jun 2018

Pilot National Training Course onAuthorization and Inspection for the Security of Radioactive Material and Associated Facilites16 - 20 Julai 2018

9 Mac 2018 Muar: Perlawanan persahabatan dengan Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar

Edisi Januari 201814 Nadi Atom

Page 15: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

Barisan Penyunting Nadi Atom berbesar hati, mengalu-alukan sebarang komen dari para pembaca Nadi Atom. Sebarang sumbangan idea,pandangan atau cadangan bagi Nadi Atom boleh dikemukakan kepada

[email protected].

Komen Anda

Page 16: EDISI JANUARI 2018 NADI...Edisi Januari 2018 Nadi Atom 7 Satu kerjasama antara AELB dan Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM telah dijalankan untuk menjayakan Bengkel Kebangsaan Pembangunan

TerbitanLembaga Perlesenan Tenaga Atom

Batu 24, Jalan Dengkil43800 Dengkil, Selangor

MALAYSIA