Edit Kata Alu Aluan

2
Bissmillahhirrahma nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, Majllis Hari Anugerah Cemerlang yang ke-53 dapat diadakan. Syabas dan tahniah kepada anak- anak pelajar yang telah berjaya. Semoga kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Sesungguhnya, usaha mencari ilmu memerlukan banyak kesabaran dan kesungguhan. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan yang mendatang. Anggaplah cabaran yang melanda kita umpama proses kejadian berlian di perut bumi. Semakin banyak proses alam dilalui, semakin bernilai harga berlian itu. Begitulah kita, semakin banyak dugaan dan ujian yang ditempuh dalam proses pencarian ilmu, semakin bernilailah ilmu yang diperoleh. Nescaya, keindahan cahaya kegemilangan pasti akan menerangi kehidupan setiap insan yang tidak jemu-jemu meneroka dunia ilmu. Akhir kata, saya berharap anak-anak pelajar akan terus mengorak langkah bagi menyemarakkan budaya ilmu dan seterusnya memartabatkan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan. Semoga anak-anak pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah akan terus menerajui kecemerlangan. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG" Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Menjelang tahun 2010, SMK Bukit Rangin meletakkan harapan dalam visinya untuk muncul sebagai sekolah yang cemerlang. Sememangnya kita berpotensi tinggi untuk cemerlang kerana sedar atau tidak kita telah berada pada kedudukan atas dalam “liga kedua”. Hingga kini sokongan padu JPNP, PPD, PIBG, Yayasan Pahang, agensi-agensi kerajan serta komuniti telah memberi ruang dan peluang kepada kita untuk melakukan perubahan dan maju melakar kecemerlangan. Kita amat menghargai sokongan tersebut dan terhutang budi. Aspek pengurusan kewangan sekolah, akademik, kokurikulum, serta pelbagai pencapaian khas pelajar SMK Bukit Rangin, membuktikan bahawa pengiktirafan yang diterima adalah hasil usaha kita bersama. Namun, kita sama sekali tidak boleh selesa dengan pencapaian dahulu dan sekarang tetapi mesti bersedia menjana kecemerlangan yang akan datang. Kita mempunyai keupayaan atau kapasiti untuk mencapai kehebatan.

description

HU

Transcript of Edit Kata Alu Aluan

BissmillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, Majllis Hari Anugerah Cemerlang yang ke-53 dapat diadakan. Syabas dan tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya. Semoga kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain.

Sesungguhnya, usaha mencari ilmu memerlukan banyak kesabaran dan kesungguhan. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan yang mendatang. Anggaplah cabaran yang melanda kita umpama proses kejadian berlian di perut bumi. Semakin banyak proses alam dilalui, semakin bernilai harga berlian itu. Begitulah kita, semakin banyak dugaan dan ujian yang ditempuh dalam proses pencarian ilmu, semakin bernilailah ilmu yang diperoleh. Nescaya, keindahan cahaya kegemilangan pasti akan menerangi kehidupan setiap insan yang tidak jemu-jemu meneroka dunia ilmu.

Akhir kata, saya berharap anak-anak pelajar akan terus mengorak langkah bagi menyemarakkan budaya ilmu dan seterusnya memartabatkan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan. Semoga anak-anak pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah akan terus menerajui kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA""PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Menjelang tahun 2010, SMK Bukit Rangin meletakkan harapan dalam visinya untuk muncul sebagai sekolah yang cemerlang. Sememangnya kita berpotensi tinggi untuk cemerlang kerana sedar atau tidak kita telah berada pada kedudukan atas dalam liga kedua.

Hingga kini sokongan padu JPNP, PPD, PIBG, Yayasan Pahang, agensi-agensi kerajan serta komuniti telah memberi ruang dan peluang kepada kita untuk melakukan perubahan dan maju melakar kecemerlangan. Kita amat menghargai sokongan tersebut dan terhutang budi.

Aspek pengurusan kewangan sekolah, akademik, kokurikulum, serta pelbagai pencapaian khas pelajar SMK Bukit Rangin, membuktikan bahawa pengiktirafan yang diterima adalah hasil usaha kita bersama. Namun, kita sama sekali tidak boleh selesa dengan pencapaian dahulu dan sekarang tetapi mesti bersedia menjana kecemerlangan yang akan datang. Kita mempunyai keupayaan atau kapasiti untuk mencapai kehebatan.

Banyak ruang yang masih boleh diperbaiki. Banyak juga soalan yang masih belum berjawab dengan yakin. Cemerlang benarkah kita? Mampukah kita terus meningkatkan kecemerlangan dalam suasana yang kian mencabar? Adakah indikator atau petunjuk semasa menghala atau menjurus ke arah yang positif? Sediakah kita membayar harga kecemerlangan?

Semua itu adalah antara banyak lagi soalan yang patut menjadi renungan serta pendorong peningkatan usaha perjuangan semua pihak. Kita tidak boleh berterusan di tahap sedia ada (status quo). Oleh sebab jalan perjuangan tidak akan sunyi daripada halangan dan rintangan, saya menyeru seluruh warga SMK Bukit Rangin (guru, pelajar, ibu bapa dan kakitangan sokongan) bersedia menghadapi sebarang cabaran mendatang.

Salam kecemerlangan dunia dan akhirat.