EDU 3073.docx

31
Institut pendidikan guru kampus tun Hussein onn, Batu pahat johor Program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP) Semester 7 EDU 3073 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING NAMA: ROBINSON LING ANAK SANGAH NO KP: 920129-13-6091 OPSYEN: PENDIDIKAN KHAS (BERMASALAH PEMBELAJARAN) AMBILAN: JANUARI 2012 PENSYARAH PEMBIMBING: PN. NOFAZILAH BINTI MOHD. SAJAT

Transcript of EDU 3073.docx

Page 1: EDU 3073.docx

Institut pendidikan guru kampus tun Hussein onn, Batu pahat johor

Program ijazah sarjana muda perguruan

(PISMP)

Semester 7

EDU 3073 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING

NAMA: ROBINSON LING ANAK SANGAH

NO KP: 920129-13-6091

OPSYEN: PENDIDIKAN KHAS (BERMASALAH PEMBELAJARAN)

AMBILAN: JANUARI 2012

PENSYARAH PEMBIMBING: PN. NOFAZILAH BINTI MOHD. SAJAT

Page 2: EDU 3073.docx

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN.............................................................................................................1

PENGHARGAAN.............................................................................................................2

1.0 PENGENALAN.......................................................................................................3

2.0 KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING...........................................................4

Definisi Bimbingan........................................................................................................4

Definisi Kaunseling.......................................................................................................5

2.1 MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING......................................................7

2.1.1 Tujuan Bimbingan............................................................................................7

2.1.2 Tujuan Kaunseling...............................................................................................9

2.2 KEPERLUAN DAN PERKHIDMATAN..................................................................12

3.0 CADANGAN MEMPERKAYA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

15

4.0 PENUTUP............................................................................................................18

5.0 REFLEKSI............................................................................................................19

BIBLIOGRAFI.................................................................................................................22

Page 3: EDU 3073.docx

PENGHARGAAN

Salam sejahtera,

Bersyukur ke atas Tuhan kerana dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan

tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada

pensyarah saya iaitu Puan Nofazilah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan

daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu

bapa saya yang secara tidak langsung menjadi pemudahcara untuk menyiapkan kerja

kursus  ini.Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral

yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menyelesaikan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya

dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat

secara langsung atau sebaliknya dalam penghasilan kerja kursus ini.

Sekian, Terima kasih.

Page 4: EDU 3073.docx

1.0 PENGENALAN

Perkembangan kehidupan kita sebagai manusia adalah bermula daripada kanak-

kanak dan pendidikan adalah salah satu faktor yang mempengaruhi zaman kanak-

kanak tersebut. Pendidikan yang di berikan perlulah mempunyai ciri-ciri ke arah

kehidupan yang positif. Menurut Kamarudin (1989) Sejak 44 tahun yang lalu,telah

berlaku beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan kita yang

bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, maju, bersatu padu,

berkemahiran, berakhlak mulia dan sebagainya. Oleh itu kanak-kanak tadi perlulah di

berikan persediaan yang cukup untuk menghadapi alam kedewasaan. Persediaan itu

bergantung kepada mental, fizikal, kemahiran dan sebagainya lagi.

Persediaan awal diperlukan oleh seseorang individu supaya mereka tidak akan

mengalami tekanan dan sentiasa menerima keadaan itu dengan tenang. Persediaan-

persediaan ini juga membantu individu supaya tidak terjebak dengan gejala-gejala

negatif yang mungkin timbul dari perasaan tertekan itu. Persediaan itu diperlukan di

peringkat persekolahan lagi. Persediaan awal diperlukan supaya individu-individu tadi

lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Di sini, dapat dilihat betapa pentingnya keperluan bimbingan dan kaunseling

kepada setiap individu yang bergelar pelajar. Seperti yang diketahui persediaan

seseorang individu itu perlulah lebih diberi perhatian oleh pihak sekolah diperingkat

persekolahan. Sekolah merupakan institusi yang lebih profesional dalam membentuk

perkembangan pelajar. Ini telah ditunjukkan di negara Barat, terutamanya di Amerika

Syarikat, kaunselor sekolah terdiri daripada para professional yang diberi tugas

sepenuh masa untuk menjalankan perkhidmatan bimbingan seperti yang dinyatakan

oleh Delaney dalam Ee Ah Meng (1989).

Page 5: EDU 3073.docx

2.0 KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Definisi Bimbingan

Berbagai-bagai pengertian telah diberikan kepada bimbingan. Yang berikut ialah

pengertian-pengertian yang berlandaskan tumpuan dan tekanan yang tertentu.

Kesemua pengertian tersebut adalah betul dan tiada satu pengertian yang lebih betul

jika dibandingkan dengan pengertian lain

Bimbingan boleh ditakrifkan sebagai satu proses membantu individu untuk

membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya,

seperti memilih gaya hidup yang diingini. Ini berbeza dengan kaunseling kerana

bimbingan lebih kepada membantu individu memilih apa yang mereka sukai dan hargai.

Sementara itu, kaunseling perlu focus kepada mambantu klien untuk berubah.

Kebanyakan tugas-tugas bimbingan di peringkat awal berlaku di sekolah dan pusat

kerjaya di mana seorang yang lebih dewasa dan matang..

Definisi Mathewson yang telah digunakan oleh Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menegaskan peranan penyesuaian.

mengikut Mathewson, bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi

menolong individu melalui prosuder pendidikan, dan membuat interpretasi untuk

memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk

menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang sosial

mengikut nilai-nilai sosial dan moral.

Disamping itu, fokus bimbingan haruslah individu, bukannya masalah yang

dihadapi oleh individu itu semata-mata. maka dengan itu, James telah menyatakan

bahawa fokus bimbingan ialah individu tersebut, bukan masalahnya. Tujuan bimbingan

ialah untuk meningkatkan perkembangan individu tersebut untuk arahan kendiri. Yang

diimplikasikan oleh James di dalam pengertian bimbingannya ialah memberikan

peluang-peluang kesedaran kendiri dan arahan kendiri.

Pengertian bimbingan yang boleh dikatakan komprehensif telah diberikan oleh

Jones. Mengikutnya, bimbingan melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh

seseorang, iaitu yang telah disediakan untuk menolong seseorang itu membuat

Page 6: EDU 3073.docx

keputusan ke arah yang dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia dapat

mencapai tujuannya itu dengan cara yang paling baik; ia menolongnya menyelesaikan

masalah yang timbul di dalam hidupnya.

Mengikut Belkin, bimbingan mewakili pola perkhidmatan yang meliputu orientasi,

inventori individu, maklumat pendidikan dan pekerjaan, kaunseling, penempatan, dan

perkhidmatan susulan.

Daripada pengertian ini, kita dapati bahawa bimbingan itu meliputi kaunseling.

Malahan bimbingan meliputi semua aktiviti dan penggunaan berbagai-bagai sumber,

seperti penasihatan, kaunseling, pemberian bahan maklumat, ujian, lawatan, ujian

bakat, filem dan perbincangan di bilik darjah yang akan menolong murid membuat

pilihan berhubung dengan perancangan dan objektif pendidikan.

Seterusnya jika kita analisis pengertian bimbingan yang telah diberikan oleh

penulis-penulis dan pakar-pakar bimbingan yang lain yang telah kita bincangkan, kita

mendapati bahawa pengertian-pengertian mereka yang berbeza-beza itu membawa

tujuan-tujuan yang berbeza dan yang serba merangkumi pelbagai aspek.

Definisi Kaunseling

Persepsi orang ramai mengaitkan kaunseling dengan penyelesaian masalah.

Kebiasaannya orang akan bertemu kaunselor jika ada masalah, atau pun berpenyakit

mental. Tetapi andaian ini adalah salah. Ini kerana tidak semestinya orang yang

bertemu dengan seseorang kaunselor itu mempunyai masalah. Orang yang tidak ada

masalah pun boleh berjumpa dengan kaunselor untuk membincangkan apa-apa

perkara seperti khidmat kerjaya, mendapatkan nasihat mencari jodoh, hubungan dalam

keluarga atau sebagainya.Kaunseling dilihat sebagai mempunyai satu hubungan

kemanusiaan yang sangatramah, saling memahami dan akrab. Kaunseling juga

menumpukan kepada faktor keindividualan. Keindividualan yang bersifat saling

berhubungan.(personaliti and the surrounding culture).

Page 7: EDU 3073.docx

Pada asasnya kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitu counseling yang

bermaksud menolong. Namun begitu terdapat pelbagai takrifan lain berkenaan dengan

maksud kaunseling ini antaranya ialah Blocher (1974) merumuskan bahawa kaunseling

ialah satu proses menolong individu mengenali diri sendiri dan cara berinteraksi dengan

keadaan persekitarannya. Pada masa sama individu ini dapat memperkembangkan

potensi diri untuk masa depannya. Kaunseling menurut takrifan Shertzer dan Stone

(1968), membawa maksud proses interaksi seseorang individu dalam memahami diri

sendiri serta keadaan sekelilingnya. Proses ini melibatkan penetapan matlamat dan

nilai hidup yang dibentuk dan dijelaskan sehingga dapat mecapai keputusan yang wajar

untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah satu keadaan dimana proses untuk

membantu individu yang bermasalah, Krumboltz dan Thoreson (1976). Selain itu, ia

juga merujuk kepada bagaimana membantu seseorang individu untuk menyelesaikan

masalah personal, perasaan dan cara untuk membuat keputusan. Seterusnya

kaunseling juga merupakan satu proses pertemuan secara interaktif iaitu bersemuka

antara kaunselor dan klien sehingga berlaku perubahan pada diri klien tersebut,

Patterson dan Eisenberg (1983). Oleh itu, maksud kaunseling dapat disimpulkan

sebagai suatu proses bantuan secara profesional untuk bimbingan klien memahami

dirinya dan suasana sekelilingnya. Bimbingan ini dilakukan sehingga kelihatan

perubahan yang positif kepada klien tersebut.

Page 8: EDU 3073.docx

2.1 MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bertujuan membantu murid-

murid agar lebih prihatin tentang keperluan dan potensi diri serta membina kemahiran

menyelesaikan konflik diri. Kaunseling di sekolah harus dijalankan serentak sengan

aktiviti penggayaan dan pengukuhan sesuai dengan Dasar Pelaksanaan Kaunseling

Sekolah yang telah diperkenalkan di Malaysia. Oleh itu, proses membantu ini

melibatkan usaha kolektif antara kaunselor, guru, rakan sebaya, ibu bapa dan murid itu

sendiri. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah lengkap dengan teori, prinsip dan

kemahiran kaunseling boleh membantu guru memainkan peranan sebagai kaunselor

untuk membantu murid-murid. Modul latihan yang dimuatkan dalam buku ini dapat

dijadikan panduan kepada pihak yang bertanggunjawab agar dapat membantu

meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan minda serta shasiah murid-murid kea

rah kematangan yang positif. Matlamat kaunseling yang juga melibatkan langkah

pencegahan dapat dilaksanakan melalui hubungan positif kaunselor-klien berdasarkan

prinsip-prinsip kaunseling dan pengaplikasian pelbagai pendekatan yang sesuai.

2.1.1 Tujuan Bimbingan

Tujuan bimbingan telah disimpulkan oleh Cribbin apabila beliau telah mengkaji

semua penulisan tentang bimbingan yang telah sedia ada di antara tahun 1935 hingga

1950. Cribbin telah membahagikan tujuan-tujuan bimbingan kepada dua kelas penting,

iaitu tujuan dasar dan tujuan berkaitan seperti yang berikut.

Tujuan Dasar

Tujuan bimbingan yang asas ialah :

1. Perkembangan individu yang paling baik.

2. Individu yang serba lengkap.

Page 9: EDU 3073.docx

3. Individu yang optimum, penuh, seimbang dan luas pandangan dari segi fizikal,

intelek, emosi, sosial dan kerohanian.

4. Perkembangan individu yang terbimbing kendiri dan perkembangan individu

yang matang.

5. Individu yang berdikari , berarahan kendiri, serba mencukupi sendiri dan

mempunyai daya ikhtiarnya sendiri.

6. Individu yang bahagia dan efisien daripada segi social.

7. Individu yang dapat mempelajari hidup lebih baik lagi.

Tujuan Berkaitan

Tujuan bimbingan yang berkaitan pula adalah seperti yang berikut :

1. Mengembangkan inisiatif, tanggungjawab, arahan kendiri dan bimbingan kendiri

murid.

2. Mengembangkan kebolehan memilih matlamatnya sendiri.

3. Mengetahui diri sendiri, mengetahui sekolah dan diketahui oleh sekolah.

4. Menjangka, mengelak, dan mencegah krisis daripada bermula di dalam

kehidupan murid.

5. Menolong murid, menyesuaikan diri dengan sekolah dan hidup secara yang

memuaskan.

6. Menolong murid menyaksi, memahami, menemui dan menyelesaikan masalah-

masalahnya.

7. Menolong murid membuat keputusan, rancangan dan interpretasi yang bijaksana

pada masa-masa kritikal di dalam hidupnya.

Page 10: EDU 3073.docx

8. Menolong murid memperolehi celik-akal dan teknik-teknik yang diperlukan untuk

menyelesaikan masalahnya pada masa akan datang.

9. Menolong guru agar guru dapat mengajar dengan lebih berkesan.

10.Menolong pentadbir menjalankan kerja-kerja pentadbiran dengan lebih berkesan

lagi dengan memberikan sumbangan sepenuhnya terhadap rancangan sekolah

keseluruhannya.

11.Membentuk dan mengembangkan warganegara yang akan mengambil bahagian

dan menyumbangkan diri ke arah cara-cara hidup demokratik.

12.Berbagai-bagai objektif lain: seperti menolong keluarga di rumah, menolong

komuniti, membina watak yang beretika, mengadakan perhubungan dengan

orang lain yang lebih baik dan menolong mewujudkan persefahaman

antarabangsa.

2.1.2 Tujuan Kaunseling

Kaunseling harus mencerminkan latihan, sistem nilai, persepsi peranan dan

keperluan individu yang sedang ditolong. Hampir semua orang yang menyumbangkan

khidmat kaunseling akan bersetuju bahawa matlamat asas kaunseling ialah untuk

membawa perubahan tingkah laku dan seterusnya akan membolehkan hidup mereka

menerima kaunseling lebih produktif dan memuaskan.

Tujuan utama kaunseling sekolah ialah untuk menolong murid memahami dirinya

sendiri agar ia dapat menjadi individu yang terarah sendiri. Tujuan-tujuan ini

berdasarkan keselamatan perhubungan kaunseling kerana murid dapat menjelajahi

dinamik dan perhubungan di antara perasaan, nilai, dan persepsi mereka terhadap

orang lain. Murid boleh juga membincangkan perhubungan di antara perseorangan

mereka, keraguan mereka, dan pilihan hidup mereka. Dengan menjelajah seperti ini,

maka lahirlah celik akal, kefahaman diri sendiri, penjelasan peranan, perancangan dan

perubahan tingkah laku. hasilan yang dikehendaki daripada kaunseling ialah kesedaran

kendiri dan arahan kendiri bagi diri murid yang menjadi klien.

Page 11: EDU 3073.docx

Tidak ketinggalan juga, tujuan kaunseling di sekolah sering dikatakan juga untuk

perancangan dan membuat keputusan. Mengikut Loughary, masalah-masalah

kaunseling di sekolah yang dihadapi oleh kaunselor boleh diturunkan kepada masalah

membuat keputusan. Di dalam konteks ini, kaunselor akan menolong klien

mendapatkan maklumat persekitaran yang diperlukan untuk membuat keputusan dan

mendapatkan penerimaan atau penjelasan tentang ciri-ciri peribadi tertentu yang

mungkin mengganggu atau berkaitan dengan keputusan tersebut. Hal ini tidak pula

bermakna bahawa kaunselor akan memberitahu murid apa yang salah dan apa yang

harus dibuat pada mereka. Dengan kaunseling, murid ditolong mencapai penyesuaian

dan kerjaya mereka sendiri.

Maka dengan itu, jelaslah bahawa kaunseling memberikan fokus kepada

masalah dan keperluan murid secara individu dan menolong mereka mempelajari

perkara-perkara yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Dengan cara ini, murid-murid akan menjadi lebih berkebolehan menghadapi masalah

masa depan mereka secara sendiri.

Fullmer dan Bernard pula mengatakan bahawa masalah asas kaunseling ialah

untuk mencari cara-cara bagi individu menghubungkan pengetahuan luar dengan

dirinya sendiri agar pengetahuan tersebut menjadi sebahagian dirinya dan dapat

digunakan untuk tingkah laku penyelesaian masalahnya. Rogers pula mempercayai

bahawa tujuan utama kaunselor ialah mendapatkan struktur diri yang lebih luas,

memasukkan sebahagian besar pengalamannya sebagai sebahagian diri, dan

penyesuaian hidup yang lebih selesa dan realistik.

Kebanyakan murid akan mengalami keraguan dan tiada persambungan di dalam

hidup mereka kerana hidup di dalam dunia moden ini penuh dengan konflik, keadaan

tidak tentu dan kekacauan. Maka dengan itu, murid sering menghadapi masalah kerana

pengalaman-pengalaman tenteram sudah berkurangan. Di suasana kaunseling yang

tenang dan yang tidak mencabar murid yang tidak bermasalah, murid akan dapat

menghadapi masalahnya dengan lebih berani, kerana ia akan dapat mengasing-

asingkan idea dan nilai yang sah baginya untuk keperluan hidup.

Page 12: EDU 3073.docx

Krumboltz berpendapat bahawa matlamat kaunseling tidak seharusnya sama

bagi semua klien dan seterusnya matlamat kaunseling harus mempunyai tiga kriteria

yang berikut.

Matlamat kaunseling harus dikehendaki oleh klien.

Kaunselor harus bersedia dan mahu menolong klien mencapai matlamatnya.

Kaunselor harus dapat menilai sejauh manakah klien telah mencapai matlamat

tersebut.

Berdasarkan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan, maka

matlamat utamanya ialah memberi bimbingan dan saranan penyelesaian supaya

pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan

kaunselornya untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang

dihadapinya melaui usaha diri sendiri.

Konsep Bimbingan dan Kaunseling kadangkala disalahertikan sebagai sesuatu

sesi digunakan untuk menganalisis dan mengkritik kesalahan pelajar, menentukan

punca kesalahan, memberi ajaran, ataupun memaksa pelajar yang berkenaan supaya

menurut cara penyelesaian yang dicadangkan kaunselor.

Konsep bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu

mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya, dan membimbingnya

memikir penyelesaian masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami

pelbagai cara yang boleh dipilh untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran

atau kerjaya yang dihadapinya.

Ringkas kata, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk kebolehan

menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran

asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan

pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam

kehidupan.

Page 13: EDU 3073.docx

2.2 KEPERLUAN DAN PERKHIDMATAN

Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah merancang aktiviti atau

program bimbingan, mengadakan sesi kaunseling, menjalankan penafsiran dan

penilaian, sebagai koordinator, kerjaya dan temuduga, kaunseling keluarga, khidmat

nasihat kepada guru dan pentadbiran serta terlibat dalam penyelidikan.

Peranan dan tugas kaunselor dari persepsi pengetua, guru besar, guru-guru dan

ibu bapa tidak lebih sebagai pembimbing kerjaya, perundingan, kaunseling, pengujian

dan penilaian ,melaksanakan program kemahiran dan aktiviti pelajar. Sehubungan ini

didapati lebih 70-90 % menyokong penuh dan membantu tugas-tugas kaunselor di

sekolah. Dengan itu kaunselor/pegawai psikologi sekolah kini berkhidmat sepenuh

masa waktu pejabat, asalkan sesi kaunseling tidak dilakukan pada sesi pengajaran dan

pembelajaran. Bahkan tugas-tugas tersebut relevan dan bermakna kepada para pelajar

dalam perkembangan diri mereka di sekolah.

Amaluddin dan Norlina (2010) berpendapat kepentingan peranan kaunselor di

sekolah sememangnya tidak dapat dinafikan. Antara tumpuan kaunselor sekolah

adalah terhadap perkembangan individu dan pencegahan tingkah laku bermasalah.

Secara umumnya, terdapat tiga aspek utama yang boleh diberikan oleh kaunselor

dalam membantu remaja ialah memberi kemahiran atau kebolehan atau pengetahuan

untuk mengurus kehidupan seharian, maklumat tentang kerjaya dan plan realistik

setelah tamat persekolahan.

Peranan kaunselor bertambah mencabar berdasarkan banyak hasil kajian lalu

yang menekankan bahawa masalah pelajar di Malaysia bersangkutan dengan masalah

penyesuaian diri, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah dan kelas, penyesuaian

dengan sekolah, kesihatan, kemajuan, jantina dan sebagainya. (Fatanah, 1988, Asmah

Bee, 1979 dan Hassan Langgulung, 1975).

Seterusnya Sallehudin Abdul Wahab, (1991) mendapati bahawa pelajar akan

menemui kaunselor apabila menghadapi masalah belajar, masalah dadah, masalah

disiplin dan masalah sosial. Kajian yang dijalankan oleh Karla dan Sue (1991) ke atas

Page 14: EDU 3073.docx

160 orang kaunselor pelajar telah mendapati bahawa 41% daripada kaunselor tersebut

sangat kerap diminta untuk menjalankan sesi kaunseling individu kepada pelajar-pelajar

yang melanggar peraturan sekolah. Sebanyak 54% telah diminta oleh pengetua

sekolah dan sebanyak 62% diminta oleh guru-guru. Ini menunjukkan kaunselor sekolah

sangat diperlukan bagi membantu mengatasi permasalahan tersebut. Dan kaunseling

individu adalah bentuk kaunseling yang sering digunakan untuk membantu menangani

tingkah laku bermasalah di kalangan pelajar.

Dalam kajian Amla (2003), melalui program kerjaya sehari yang dijalani bersama

pelajar-pelajar berpencapaian rendah, didapati program tersebut telah berjaya

meransang motivasi belajar mereka. Ini selaras dengan Program Career Academy yang

melibatkan seluruh negara Amerika didapati berkesan setelah ianya berjalan hampir

dua dekad. Antara kesan yang jelas ialah di kalangan mereka yang berisiko tinggi

Program Career Academy didapati berjaya meningkatkan kehadiran ke sekolah, tidak

berhenti sekolah walau pun ianya tidak mengesani pencapaian akademik (Amla 2003).

Selain itu terdapat bukti yang menunjukkan pendidikan kerjaya dan teknikal

boleh memainkan peranan mengurangkan bilangan mereka yang tercicir dari sekolah,

terutama di kalangan mereka yang berisiko tinggi. Bukti menunjukkan bahawa apabila

pendidikan kerjaya dan teknikal diberi penekanan ke atas pembelajaran akademik serta

pengetahuan ianya berjaya mengurangkan keciciran di kalangan mereka yang berisiko

tinggi (Wonaccot, Michael, 2000 dalam Amla 2003).

Dalam menjalankan peranan sebagai kaunselor, Zulkhairi (2004), telah

menunjukkan bahawa kaunselor yang dipertanggungjawabkan di sekolah-sekolah

sudah mampu memainkan peranan yang sewajarnya dalam membantu pelajar

menyelesaikan masalah mereka dan mengendalikan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling di sekolah dan seterusnya secara tidak langsung dapat membantu negara

menangani gejala salah laku sosial di kalangan remaja.

Kesimpulannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertujuan mengenal

pasti bidang yang diperlukan pelajar, menentukan sama ada terdapat perbezaan dari

segi keperluan sekolah, menentukan sama ada terdapat perbezaan dari segi keperluan

Page 15: EDU 3073.docx

utama antara pelajar bandar dan luar bandar; dan menentukan sama ada terdapat

perbezaan dari segi keperluan yang berbeza kaum.Yang nyata perkhidmatan ini

membimbing perkembangan kemahiran belajar dan pelajaran,sosial,kerjaya dan

pemahaman diri.

Page 16: EDU 3073.docx

3.0 CADANGAN MEMPERKAYA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN

KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu dimantap dalam usaha untuk

mempertingkatkan tahap pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.

Beberapa cadangan yang dirasakan dapat membantu mempertingkatkan tahap

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Antaranya ialah kaunselor perlu mengadakan hubungan yang lebih erat dengan

ibu bapa atau penjaga pelajar dengan tujuan untuk bekerjasama dan berbincang

mengenai perkembangan dan kemajuan para pelajar. Di sini kaunselor perlu

menerangkan program bimbingan dan kaunseling kepada ibu bapa serta membiasakan

mereka dengan khidmat bimbingan yang sekolah jalankan. Ibu bapa perlu dilibatkan

dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kakitangan program bimbingan di sekolah.

Kaunselor juga perlu bekerjasama dengan semua ahli kaki tangan akademik

sekolah dengan menyediakan maklumat tertentu untuk penerangan dan rujukan seperti

mengadakan perbincangan yang boleh membantu guru-guru supaya lebih memahami

lagi sikap dan sifat-sitat individu para pelajar. Kerjasama ini perlu untuk mendapatkan

cara-cara yang baik supaya para pelajar diberi perhatian dalam pembelajaran.

Di sesetengah sekolah, ramai pelajar yang tidak mendapat maklumat yang

disebarkan. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah ini, pihak kaunselor boleh

menggunakan kaedah-kaedah teknologi moden untuk menyebarkan maklumat-

maklumat pelajaran dan kerjaya. Para pelajar pula perlu dibantu dengan merancang

program latihan pelajar dan kerjaya selaras dengan kehendak sekolah.

Sebagai seorang kaunselor, usaha untuk menambah kecekapan dan sentiasa

menyedari pembaharuan yang berlaku sama ada di dalam atau di luar sekolah adalah

perlu. Profesion kaunseling perlu dimajukan dengan membuat atau membantu

penyelidikan yang berkaitan dan mengambil bahagian dalam aktiviti anjuran-anjuran

Persatuan Kaunseling, sama ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

Page 17: EDU 3073.docx

Kaunselor juga boleh mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan sekerja yang lain

seperti guru besar, penolong kanan dan guru-guru mengenai langkah-langkah yang

boleh diambil untuk mengukuh dan meningkatkan lagi taraf dan syarat profesion

kaunseling.

Untuk mengetahui masalah berbangkit yang timbul pula, guru kaunseling boleh

menyediakan kotak-kotak cadangan dan kotak borang perkhidmatan kaunseling di luar

bilik unit bimbingan dan kaunseling. Ini secara tidak langsung dapat memenuhi

keperluan klien.

Dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan latihan penyediaan kaunselor

sekolah pula, langkah-langkah yang bersesuaian perlu diambil. Antaranya ialah, latihan

penyediaan kaunselor sekolah sepatutnya dirangka dengan baik supaya dapat

memenuhi objektif yang telah ditetapkan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara

yang boleh menggambarkan tahap profesionalisme kaunselor sekolah yang tinggi.

Kurikulum pendidikan kauselor perlulah sepunya antara institusi yang melatih bakal-

bakal kaunselor sekolah.

Selain itu, perlunya ada peluang-peluang untuk pendidikan berterusan untuk

kaunselor sekolah mempraktis kemahiran dan menambahkan ilmu. Kemasukan bakal

pelatih kaunselor perlu berdasarkan bukti-bukti bahawa calon tersebut mempunyai

minat dan juga kebolehan dalam kaunseling. Sepanjang program penyediaan kaunselor

pula, kemajuan calon perlu sentiasa dipantau.

Tenaga pengajar pula perlu mempunyai pengalaman dalam menjalankan

praktikum. Mereka perlu mempunyai masa yang mencukupi dalam melaksanakan

tanggungjawab profesion mereka. Ini termasuk mempunyai masa yang mencukupi

untuk penyeliaan yang teliti bagi penilaian setiap calon. Latihan praktikum perlu

diadakan di mana terdapatnya penyelia lapangan yang terlatih.

Kesimpulannya, dalam usaha meningkatkan tahap pengurusan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling sekolah, banyak usaha yang perlu dipertingkatkan. Semua

pihak yang terlibat perlu memberi kerjasama yang jitu agar perkhidmatan ini mampu

Page 18: EDU 3073.docx

menjadi satu pemangkin penting dalam era negara menuju kea rah negara maju dan

dalam mencapai matlamat Falasafah Pendidikan Negara.

Page 19: EDU 3073.docx

4.0 PENUTUP

Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru

Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh

harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan

Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama dalam

menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini.

Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk

melaksanakan hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab. Dengan ini juga

membuktikan bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah

tidak boleh diabaikan. Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan

Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi

kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar menangani

masalah yang dihadapi. Ini penting kerana dengan membantu pelajar mengurangkan

masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil terutama dari segi

emosinya. Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang sepatutnya akan

dapat dilihat.

Page 20: EDU 3073.docx

5.0 REFLEKSI

Sebelum

Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya berasa agak gementar dan bimbang.

Ini mungkin disebabkan ini adalah kali pertama saya mendalami dunia bimbingan dan

kaunseling dengan lebih mendalam. Apabila medapat kertas soalan tugasan, saya

mencuba untuk memahaminya. Berkat bimbingan dan penerangan daripada pensyarah

saya sedikit sebanyak memahami kehendak soalan.

Semasa

Untuk melaksanakan tugasan ini, saya terpaksa bekerja dengan lebih keras

memandangkan tugasan ini amat berbeza berbanding dengan tugasan-tugasan

sebelum ini. Saya telah mencari contoh-contoh dan maklumat di laman sesawang dan

buku-buku rujukan. Namun saya telah mendapat maklumat yang pelbagai hingga

menyebabkan saya buntu untuk memilih mana maklumat yang betul-betul menepati

kehendak pihak IPG. Di sini saya telah membaca setiap maklumat yang saya perolehi

dengan mendalam agar saya tidak tersalah ambil maklumat dan lari dari kehendak

soalan tugasan.

Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya menghadapi kekangan dalam mencari

maklumat untuk keperluan dan kehendak bimbingan dan kaunseling. Maklumat yang

saya perolehi dalam aspek ini adalah amat sedikit. Saya berasa agak bimbang

sekiranya maklumat tersebut tidak menepati soalan.

Selain itu, saya turut berusaha untuk mendapat maklumat dari kaunselor sekolah

tempat saya menjalani praktikal. Namun demikian, usaha ini sering kali menemui

kesukranan kerana kaunselor SK Seri Telok, Parit Ya’ni iaitu Puan Siti Zarina

merupakan guru yang aktif dalam kokurikulum. Ini menyebabkan beliau jarang berada

di bilik kaunseling kerana sibuk melatih murid-murid latihan sukan.

Selepas

Page 21: EDU 3073.docx

Setelah siapnya tugasan ini, saya melakukan semakan untuk memastikan ianya

tidak berlaku kesilapan. Saya turut membuat refleksi diri supaya pada masa yang akan

datang saya dapat memperbaiki diri.

Kelebihan

Antara kelebihan yang saya dapati melalui tugasan ini ialah, tugasan ini telah

membuatkan saya menjadi lebih peka terhadap permasalahan dan isu yang berlaku di

sekolah terutamanya dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Sebagai seorang

pendidik, ini merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang guru bagi

meningkatkan kualiti pendidikan di Negara kita. Dengan adanya tugasan seperti ini,

ianya sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada kami sebagai guru pelatih

tentang tugas-tugas seorang pendidik selain daripada mengajar di dalam kelas.

Selain itu, tugasan ini turut meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam

membuat penulisan yang berilmiah. Ini kerana setiap perkara yang ditulis memerlukan

fakta-fakta dan sumber rujukan yang kukuh. Secara tidak langsung ianya

menambahkan lagi ilmu saya melalui pembacaan saya dari pelbagai rujukan ketika

saya mencari bahan untuk menghasilkan penulisan ini.

Kekurangan

Terdapat beberapa kekurangan yang saya dapati melalui tugasan ini. Antaranya

ialah dari segi masa. Memandangkan saya menjalani praktikum, saya mempunyai

masa yang agak terhad untuk menyiapkan tugasan ini kerana pada masa yang sama

saya perlu menyiapkan rancangan pengajaran harian dan juga bahan bantu mengajar.

Saya juga tidak berpeluang untuk berjumpa dengan pensyarah kerana kesibukan di

sekolah menyebabkan saya sering kali lambat balik ke IPG. Selain itu, saya juga tidak

memiliki pengetahuan yang tinggi dalam membuat penulisan yang ilmiah. Ini

menyebabkan saya berasa sukar untuk menyiapkan tugasan ini.

Page 22: EDU 3073.docx

Kesimpulan

Saya menganggap semua yang berlaku adalah sebagai satu pengajaran untuk

saya. Sebagai contoh, setiap permasalahan yang saya lalui adalah untuk membantu

saya dalam bertindak sekiranya saya menghadapi masalah yang sama pada masa

hadapan. Segala cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar saya agar tabah

dalam menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan meminta

pendapat orang lain dalam menghadapinya. Semua pengalaman dan kemahiran yang

saya perolehi ini diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah ke

alam perguruan secara hakiki kelak.

Ini kerana dugaan dan cabaran yang ada di alam perguruan adalah lebih

mencabar memandangkan bidang pendidikan telah mengalami perubahan ekoran

daripada globalisasi yang berlaku di Malaysia. Selain daripada itu, pengalaman

penulisan ilmiah ini juga merupakan satu pendedahan kepada saya mengenai kaedah

penulisan tesis sewaktu menyambung belajar ke tahap yang lebih tinggi.

Sememangnya menyambung belajar merupakan satu daripada perancangan masa

hadapan saya. Justeru, saya berharap pengalaman-pengalaman ini dapat membantu

saya kelak di masa hadapan.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang

diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari

sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada

pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

Page 23: EDU 3073.docx

BIBLIOGRAFI

Amla, Zuria & Salleh. (2003). Kaunseling Sekolah. Siri Penerbitan Fakulti

Pendidikan UKM. Bangi.

Amaluddin bin Ab. Rahman & Norlina Omar. (2008). Kaunseling Remaja: Tip dan

Panduan Ke Arah Satu Keluarga Satu Kaunselor. Kuala Lumpur: Utusan Publication

dan Distributor Sdn. Bhd.

Chiam Heng Keng. (1977). Problem Of Urban Adolescent : Peninsular Malaysia.

Journal Of Sosiology And Antropology. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Fatanah Mohamad. (1988). Kajian Terhadap Masalah Peribadi Pelajar Sekolah

Menengah Berasrama Penuh Dan Tidak Berasrama Penuh Di Pengkalan Chepa,

Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia. (Tidak diterbitkan)

Hassan Langgulung. (1975). Perkhidmatan Pelajar Sekolah-Sekolah Di

Malaysia. Jurnal Pendidikan. 2 : 1 – 9

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Sukatan Pelajaran Sekolah

Menengah: Bimbingan dan Kaunseling.

Mitchel , T.R. (1978). People In Organization Understanding Their Behavior,

United State of America. Mc-Graw-Hill, Inc

Suradi Salim. (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Zulkhairi Roslan. (2004). Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Di SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor. Tesis Sarjana. UKM, Bangi