Edu 3083

29
SHARINA BT ISMAIL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU. EN. HATIM AZIWIR B ZAADUN ZABIR 21 SEPTEMBER 2014 2011112360351 TENGKU AMPUAN AFZAN SHARINA BT ISMAIL 21 SEPTEMBER 2014 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083 1 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02- 5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

description

s

Transcript of Edu 3083

Page 1: Edu 3083

SHARINA BT ISMAIL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU.EN. HATIM AZIWIR B ZAADUN ZABIR 21 SEPTEMBER 2014

2011112360351

TENGKU AMPUAN AFZAN

SHARINA BT ISMAIL

21 SEPTEMBER 2014

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

1 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 2: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

Pengakuan:

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan ”

Tandatangan : …………………………………..

Nama : SHARINA BT ISMAIL

Tarikh : 21 SEPTEMBER 2014

2 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 3: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

TUGASAN PROJEK

Profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada

segelintir guru yang sanggum melanggar kod etika keguruan yang telah sedia

termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyai isu mengenai salah laku guru

tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan

mengganggugugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang

mulia.

1. ULASAN KRITIS

Analisis artikel atau penulisan jurnal yang and abaca mengenai salah

laku guru yang melanggar kod etika keguruan serta huruaikan kesan dan

akibat tindak tanduk tersebut terhadap profesion keguruan di Malaysia.

3 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 4: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

PENGENALAN

Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu

terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan

arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara,

menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara

saintifik.

Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh

kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera

penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana

rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan

pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai

sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita

bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi

negara, timbul pula pelbagai masalah dikalangan guru-guru.

Kementerian Pendidikan bagaimanapun telah berusaha sejak dari dulu lagi untuk

menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan

Suruhanjaya Diraja mengenai Perkhidmatan perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz,

1971), telah mencadangkan supaya diadakan etika Profesion perguruan (EPP) bagi

4 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 5: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

pembentukan Tatatusila Guru. Semua guru yang memperolehi sijil perguruan perlu

mematuhinya.

Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih mendengar berita-berita yang tidak

menyenangkan seperti guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak

didik sendiri sering berlaku dan menjadi topic hangat di media massa. Tidak kurang

juga apabila ia menjadi bualan hangat dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru

memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Salah

laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. Dalam usaha

untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam

perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan harus dikaji semula (Najib, 1971).

ANALISIS ARTIKEL

KUALA TERENGGANU 17 April - Seorang murid tahun lima mengadu trauma selepas

mendakwa disepak dan dipijak kepalanya oleh seorang guru lelaki yang dipercayai

mengalami masalah mental.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.20 petang di sebuah sekolah di Chendering dekat

sini.

5 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 6: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

Akibat kejadian itu, mangsa, Wan Luqman Al-Hakim Wan Omar pengsan sebelum

dibawa ke pejabat guru besar sekolah itu tanpa dimaklumkan kepada ibu bapanya

terlebih dahulu.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada tindakan guru terbabit yang cuba

meleraikan pergaduhan antara mangsa bersama rakan sekelasnya di hadapan surau

sekolah berkenaan.

Bapa mangsa, Wan Omar berkata, dia hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas

dimaklumkan oleh rakan anaknya yang berada tidak jauh dari sekolah tersebut.

Katanya, dia kemudian bergegas ke sekolah untuk menghantar anaknya ke Hospital

Sultanah Nur Zahirah bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum membuat laporan

polis.

Mangsa bagaimanapun dibenarkan pulang selepas diberi rawatan sebagai pesakit luar.

Dalam pada itu, Wan Luqman Al-Hakim ketika ditemui di rumahnya mengadu sering

sakit kepala dan tidak boleh berdiri lama akibat kejadian tersebut.

"Masa tu saya marah dekat kawan saya sebab dia main-mainkan nama ayah. Lepas tu

tiba-tiba cikgu tu datang dan sepak saya sampai jatuh terlentang," katanya ketika

diminta menceritakan kembali apa yang terjadi.

Jelas Wan Luqman Al-Hakim, akibat kejadian itu, dia juga kini trauma untuk ke sekolah.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Zakaria Hussin ketika dihubungi

memberitahu, pihaknya akan menyiasat kejadian itu termasuk sedang menunggu

laporan berhubung kesihatan guru terbabit.

6 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 7: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

KESAN DAN AKIBAT

Berdasarkan artikel dari utusan online diatas dilihat suatu lagi salah laku seorang guru

yang mana telah menyepak dan memijak kepala seorang murid tahun lima. Tindakan

guru ini agak keterlaluan dan segala tindakannya hanyalah berlandaskan emosi

semata-mata. Tindakan seperti ini hanya mengundang kesan yang negative bukan

hanya kepada murid berkenaan tetapi juga kepada profesion keguruan.

Bagi murid tersebut mungkin akan berasa kurang kepercayaan kepada guru lagi dan

berasa trauma untuk kesekolah. Ia juga mungkin akan memberi kesan kepada

pembelajarannya dan mungkin jika lebih teruk mungkin murid berkenaan harus pindah

ke sekolah lain bagi melupakan peristiwa yang dialaminya.

Jika dilihat dari sudut Prifesion keguruan pula, jelas sekali guru ini telah

melanggar Etika Profesion Perguruan (EPP) yang mana telah termaktub dalam ikrar

seperti berikut;

“ Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju

kearah pembentukan warga neragara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan

berkebolehan…

… dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab bimbingan anak muda untuk

mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatatusila

berikut sebagai panduan.”

Dari penyataan ikrar dan kod EPP diatas guru tersebut seharunya membimbing anak

muridnya, selidiki apakah punca perbalahan dan selesaikannya dengan cara

bertatatusila bukannya menyepak dan memijak kepala murid itu.

PERKEMBANGAN KERJAYA GURU

7 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 8: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam

perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan

oleh seorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi

pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara

peranan guru yang penting ialah sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing

pelajar supaya mereka berusaha untuk belajar dan bertindak sebagai ibu bapa kepada

pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu

pelajar menyesuaikan diri dan menganggap sekolah sebagai sebahagian keluarga

mereka. Selain itu, guru juga sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga

disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar

dengan nilai dan norma masyarakat. Guru juga sebagai contoh model hidup di mana

tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Dalam kes yang telah dipilih

ini guru yang melakukan tindakan diluar kawalan tersebut haruslah menjalani rawatan

ataupun sesi kaunseling bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang kembali.

 Dengan ini, nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru dapat diterapkan dalam jiwa

pelajar. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru harus menyedari

tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan

menjadi dewasa kelak.

Implikasi perkembangan kerjaya guru kepada perkhidmatan pendidikan di

sekolah

“Biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca

datang daripada kenakalan atau kedegilan murid-murid itu sendiri. Bukan semua murid

itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Namun itulah naluri seorang kanak-kanak

yang perlu kita sebagai guru untuk fahaminya”. Begitulah yang dikatakan oleh pakar

psikologi kanak-kanak dan remaja, Dr. Mohd. Amin Shariff.

8 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 9: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

“Kita sememangnya tidak boleh memaafkan guru yang sudah dewasa dan

berfikiran matang terlibat dalam insiden seperti itu, tetapi dalam sesetengah kes mereka

mungkin hilang pertimbangan”, ujarnya lagi.

Beliau juga menjelaskan bahawa segelintir guru yang berhadapan dengan

masalah disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah, membuat

penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran

kepada mereka. Mungkin guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa

hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat. Tetapi akibat

daripada tindakan fizikal itu, kecederaan hingga luka dan lebam sudah tentu

merisaukan ibu bapa. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga

perlu mendapatkan rawatan perubatan, tetapi jika emosi turut memainkan peranan

dalam menjalankan hukuman, biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu akan

terjadi.

Tidak dapat dinafikan bahawa dahulu sememang banyak ibu bapa menyerahkan

tanggungjawab mendidik kepada guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak berani

mengadu kepada ibu bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Kini banyak ibu

bapa berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan

kekerasan kepada psikologi. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang

tidak sesuai lagi pada zaman ini. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah untuk

meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar.

Datuk Noh Omar berkata guru perlu memahami peraturan dan panduan yang

telah digariskan. Sesungguhnya kebanyakan guru menghendaki murid-muridnya

mematuhi segala arahan sekolah, tetapi pada masa yang sama ada segelintir guru

yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian. Ada segelintir

guru menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara sendiri inilah yang terjadi dalam kes

yang dibicarakan ini.

9 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 10: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

PENYELESAIAN (RUMUSAN)

Seringkali kita mendengar tentang berita guru memukul murid, dan berita ini

akan menjadi bahan berita sensasi pihak media. Bagaimanapun adakah pihak media

dan masyarakat akan bersimpati dengan guru sekiranya kereta mereka pula yang

dirosakkan oleh pelajar-pelajar atau mungkin guru sendiri yang dipukul pelajar.

Dalam situasi ini jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul tanggungjawab

mendisiplinkan pelajar dan sanggup menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar

sehingga diri sendiri yang kadangkala akan tertekan. Memang layaknya guru disanjung

atas kesudian guru mendidik anak bangsa dan bukan dikutuk sebagai pendera.

Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih

adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul pelajar. Tidak ada

seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab.

Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul

murid.

Ibu bapa dan masyarakat harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar

memberi ilmu pengetahuan dan mendidik. Lebih dari itu, mereka bertanggungjawab

mendisiplinkan para pelajar, satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar

sewaktu di rumah. Oleh itu, isu guru mendera dan bertindak ganas adalah masalah

yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Seterusnya penyelesaian bersama

hendaklah ada terutama di antara guru, ibubapa, pelajar dan sekolah agar masalah-

masalah ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik dan dalam situasi menang menang.

“Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan

bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu murid patutlah mendapat layanan yang beradab.

10

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 11: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal

dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru yang bengis dan

garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah”.

Justeru itu, guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila

Profesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan

diri daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu

seperti yang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru

Besar dan Guru.

2. PENULISAN AKADEMIK

Kerjaya guru…….. satu pilihan, terpilih atau tiada pilihan…..

Dr. Hajjah Nik Zaharah Nik Yaacob,

pensyarah IPGKDRI

11

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 12: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

Pendidik yang Berjaya bukan sahaja mempunyai kemahiran mengajar yang

tinggi tetapi sentiasa dipengaruhi oleh pandangan luas dalam setiap keputusan,

tindakan dan sikap apabila berhadapan dengan pelajar.

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,

Menteri Pelajaran Malaysia.

Berdasarkan penyataan diatas, banding bezakan peranan dan kepimpinan

guru dahulu dan guru sekarang dalam konteks pendidikan di Negara kita.

Pada masa dulu dilihat, guru memainkan peranan penting dalam mencapai

kemerdekaan negara. Kesinambungan tokoh-tokoh guru seperti Rahman Yaacob dan

Tun Ghafar Baba sepatutnya tidak boleh putus mengikut peredaran masa. Guru dulu

merupakan pemimpin di desa dan kawasan pedalaman.

Peranan mereka dalam memberikan kesedaran kepada rakyat meninggalkan

kesan yang bukan sedikit kepada masyarakat. Peranan mereka menyebarkan

kepentingan kemerdekaan dan kemajuan menjadikan mereka disegani. Dulu kalau

terserempak dengan guru, murid akan lari. Takutnya pada guru. Takut bercampur

12

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 13: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

hormat. Sekarang, perasaan hormat tetap ada, cuma agak berbeza dari segi

pendekatannya. Kini, guru-guru lebih didampingi.

Wlaupun Negara telah merdeka tetapi peranan guru tetap sama. Malah, khidmat guru

sehingga ke ceruk-ceruk rantau. Pendek kata, pendidik ada di mana-mana.

Peluang ini harus digunakan sebaik mungkin oleh guru-guru. Guru harus jadi pemimpin

dan membimbing masyarakat demi melahirkan barisan pelapis yang terkehadapan

dalam serba- serbi. Jadilah guru profesional yang boleh membezakan antara dua

keadaan yang berbeza dan bukan mencampuradukkannya. Semua guru sepatutnya

sedar bahawa tanggungjawab guru cukup besar.

Kesan perubahan zaman terhadap fungsi dan kedudukan guru dalam masyarakat

Guru adalah pengajar atau pendidik dalam sesebuah institusi pendidikan.

Walaupun pada masa kini pelbagai gelaran digunapakai, hakikatnya, guru tetap guru

sama ada dipanggil cikgu, ‘sir’, ‘teacher’, ustaz ataupun ustazah. Tugas guru adalah

sama yakni mangajarkan ilmu pengetahuan kepada anak murid atau pelajar.

Walaubagaimanapun, berbalik kepada tajuk iaitu perbezaan peranan dan kepimpinan

guru dahulu dan guru sekarang dalam konteks pendidikan.

Guru pada zaman dahulu dan sekarang amatlah berbeza. Perbezaan yang

ketara wujud dalam pelbagai bentuk. Pertama, perubahan penerimaan masyarakat

terhadap guru, seterusnya perubahan taraf guru dalam sistem pendidikan dan juga

perubahan guru itu sendiri.

Perubahan dalam masyarakat menyebabkan kedudukan guru di mata

masyarakat sekarang amatlah berbeza daripada dulu. Dapat dilihat dengan ketara, guru

kini tidak lagi dihormati sebagaimana pada suatu masa dulu. Buktinya, lihat sahaja di

dalam surat khabar atau media-media massa lain, terdapat banyak kes saman terhadap

13

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 14: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

guru. Ibu bapa kini lebih sanggup menyaman guru apabila berlaku sesuatu terhadap

anak-anak berbanding membiarkan anak mereka dididik ke arah yang betul. Benarlah,

tidak semua kes adalah kerana keegoan ibu bapa, dan ada juga yang disebabkan

kelampauan guru itu sendiri. Namun, jika dibandingkan dengan masa lalu, tidak pernah

wujud kes sebegini.

Dahulu, ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah dan berpesan kepada

guru jika anak mereka berbuat salah, maka pukullah asal tidak patah riuk. Anak-anak

juga apabila pulang kerumah selepas dirotan guru tidak akan berani mengadu kepada

ibu bapa kerana pasti akan bertambah dos mereka nanti. Pengalaman saya juga

dahulu, apabila pulang kerumah selepas dirotan di sekolah dan memberitahu ibu,

perkara pertama akan disebut ibu atau bapa saya ialah “Kamu ada buat salah lah tu,

kamu buat apa sampai cikgu marah?”. Betullah pada masa itu, cikgu tidak akan pukul

jika tidak buat salah. Semakin saya dewasa semakin saya memahami semua ini.

Selain daripada itu, sistem pendidikan juga semakin hari semakin diubah.

Kedudukan guru juga dilihat semakin berbeza daripada dahulu. Dahulu, pekerjaan

sebagai guru dianggap paling menjamin masa depan. Anak-anak lepasan sekolah yang

menyertai maktab perguruan adalah sangat disanjung tinggi. Tetapi di zaman kini amat

berbeza, bukanlah kerana gaji guru makin sedikit atau apa. Malahan guru adalah lebih

mewah sekarang berbanding dahulu. Apa yang dilihat sekarang anak-anak muda lebih

mahu menjadi doktor, jurutera, saintis dan sebagainya. Cita-cita sebegini turut

diterapkan oleh ibu bapa. Kita semakin menuju ke alaf baru, alaf sains. Semua

berkejar-kejar menjadi pakar dalam bidang-bidang berkenaan. Sudah tidak ramai yang

benar-benar ikhlas ingin menjadi guru. Kerana itulah sekarang dikatakan guru banyak

makan gaji buta. Masuk kelas, suruh pelajar salin nota dalam buku teks, kemudian

dibiarkan sahaja. Bukanlah semua guru begini, hanya sebahagian kecil sahaja.

Sikap guru pada masa kini juga amat berlainan. Ia mungkin kesan daripada tekanan

dari masyarakat atau mungkin juga cara terkini proses pembelajaran. Jika di lihat dalam

berita di televisyen mahupun akhbar, ada guru yang meliwat pelajar, merogol pelajar,

14

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 15: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

memukul pelajar dengan teruk, mengabaikan pelajar, dan sebagainya. Mungkin

peratusannya amat kecil namun kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Cikgu saya dahulu sangat garang dan tegas. Pada masa saya kecil saya

menganggap mereka melampau namun kini saya merasakan bahawa jika tiada

ketegasan dan kegarangan mereka, mungkin saya tidak menjadi manusia yang

berguna sekarang. Saya amat berterima kasih kepada guru-guru saya. Walaupun

sebahagian besar daripada mereka sudah saya tidak ingat nama, tapi saya yakin

mereka ada menyumbang ilmu yang ada dalam dada saya sekarang. Haruslah

difahami, perubahan terhadap sikap dan tindakan guru bukan kerana satu faktor, tetapi

melibatkan bermacam-macam faktor yang berbeza.

Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan

dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Ini

berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu.

Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan ia wajar dicontohi .

Prof. Dr. Robiah Sidin berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin

kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak,

tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap

guru.

Kebanyakan guru kini yang dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan

sebenarnya bercita-cita untuk menjadi guru. Apabila bilangan guru amat berkurangan,

Kementerian menerima sahaja golongan yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi

guru.

Dari segi pendidikan pula dilihat guru dahulu lulusan darjah lima sahaja tetapi

guru sekarang berkelulusan tinggi hingga ke peringkat master. Walaupun guru dahulu

berkelulusan darjah lima tetapi dapat menghasilkan seorang mudid yang bermodal

insane yang tinggi. Tidak dapat dinafikan juga walaupun berkelulusan yang tinggi guru

15

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 16: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

masa kini tetapi kadangkala tidak dapat mengurus kelas dengan baik murid tidak

mendapat pendidikan yang sepatutnya.

Guru dahulu tidak begitu banyak kerja, tanggungjawabnya sedikit. Guru hanya

focus kepada pelajar sahaja. Guru dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada

pengajaran. Sebaliknya guru sekarang terlalu banyak kerja bukan setakat

bertanggungjawab kepada murid-murid sahaja, malah kena pula bertanggungjawab

dalam pengurusan kewangan dan harta sekolah. Kadang-kadang berusaha mencari

idea untuk mendapatkan bantuan kewangan. Kadangkala masa didalam kelas sudah

tidak berkualiti.

Biarpun begitu ini tidak bermakna guru lama adalah terbaik manakala guru baru

tidak diakui juga guru baru juga mampu menjalankan tugasan dengan baik. Jika kata

guru lama gigih melaksanakan tanggungjawabnya, guru baru juga apa kurangnya.

Hanya cara, pendekatan, proses pembelajaran dan pelaksanaan yang

berubah. Tanggungjawab masih sama kerana sebagai guru, mereka perlu

mendahulukan kepentingan mendidik anak bangsa sebagai teras utama. 

Mengenai pelbagai cabaran dihadapi guru baru sekarang, guru dulu juga tidak terlepas

daripada berdepan cabaran pada masa itu. Guru sekarang tertekan kerana banyak

kerja, guru dahulu juga begitu, ini adalah kerana semuanya perlu dilakukan secara

manual. 

Apa yang lebih penting adalah bagaimana cara kita mengatasi kemelut itu

supaya ia tidak mengganggu tumpuan kerjaya seorang guru. Seseorang guru juga perlu

memiliki ciri berikut bagi melengkapkan diri sebagai seorang guru sama ada yang

dilahirkan sebagai seorang guru’ atau ’yang dijadikan seorang guru’.

Walau pun guru itu terpaksa kerana tiada pilihan, namun usaha, kesungguhan,

keikhlasan, amanah dan kejujuran seseorang guru adalah ditagih oleh anak bangsa

16

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 17: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

dan masyarakat. Tidak kira samaada guru dahulu ataupun sekarang jadilah seorang

guru yang baik dan penuh dedikasi, janganlah merungut perkara yang tak perlu

dirungutkan dan anggapkan kerjaya ini adalah suatu kerjaya yang mulia dan jadikan

sebagai satu amalan baik serta IBADAH.

17

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 18: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

3. PENULISAN REFLEKTIF

Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi yang merangkumi

pengalaman anda, masalah yang dihadapi dan sejauh mana pengalaman

anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda

tentang profesion perguruan.

18

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 19: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

Alhamdulilah, akhirnya dengan limpah kurnia dan keizinanNya, dapat juga saya

siapkan tugasan yang di amanahkan iaitu Asas Kepimpinan dan perkembangan

Profesional Guru (EDU3083) ini dengan jayanya. Sepanjang menyiapkan tugasan ini,

terdapat banyak cabaran yang telah saya tempuhi, namun berkat kesabaran dan

kekuatan yang telah diberikan oleh Allah Swt dapat juga saya siapkan. Di sini juga saya

ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terutama sekali kepada

pensyarah iaitu En. Hatim Aziwir bin Zaadun Zabir yang banyak meluahkan pendapat,

melayan kerenah pelajar ketika di dalam kelas dan tidak jemu-jemu dalam memberi

ilmu pengetahuan tentang kaedah dan cara menghasilkan tugasan yang diberikan

setiap kali tutorial. Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih

kepada rakan-rakan sekelas yang banyak berkongsi idea dan hasil daripada

perbincangan melalui alam maya banyak memberi peluang untuk kami berinteraksi.

Tidak lupa juga buat suami tersayang kerana memahami dengan kerja saya dan

sokongan yang telah diberikan. Sebagai seorang pendidik sepenuh masa, isteri, ibu

kepada anak-anak yang masih kecil memang tidak dinafikan terdapat pelbagai

kekangan yang saya hadapi semasa proses menyiapkan tugasan ini. Namun segalanya

dapat saya atasi dengan mendapatkan bantuan serta pandangan dari rakan-rakan

sejawat disekolah dan guru-guru lain.

Untuk menyiapkan tugasan satu iaitu ulasan kritis saya banyak membaca surat

khabar lama yang sememangnya telah saya simpan untuk mencari salah laku yang

dilakukan oleh guru. Selain daripada itu, saya juga banyak membuat bacaan dengan

melayari laman sesawang bagi mendapatkan info mengenai salah laku guru. Setelah

mencari dan menemui pelbagai kesalahan yang telah dilakukan oleh guru. Terkadang

saya merasa malu dengan segelintir perbuatan guru ini yang mana boleh merosakkan

profesion keguruan yang mulia ini. Namu begitu terdapat juga perbuatan guru yang

boleh dibanggakan.

Tugasan ini juga banyak memberi pendedahan kepada saya tentang profesion

perguruan ini. Saya juga boleh mengingat kembali kod etika keguruan yang mungkin

19

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 20: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

telah kita lupakan setelah lama berada dalam bidang ini . saya juga dapat mengetahui

apakah pandangan masyarakat luar kepada guru.

Ini merupakan suatu pengalaman dan maklumat yang diperolehi dalam

melaksanakan tugasan ini, ianya mampu meningkatkan kefahaman saya berkaitan

dengan profesion yang mulia ini dan saya tidak salah dengan memilih bidang ini

sebagai kerjaya. Walaupun telah diketahui tugas sebagai guru di alaf yang serba maju

ini amat berat. Saya jua akui bahawa sebelum ini saya kurang memberi penekanan

dalam kod etika keguruan. Namun setelah menerima tugasan ini, saya telah membuat

kajian dan mendapatkan apa yang sepatutnya diketahui dan difahami dan saya akan

teruskan dalam menjaga nama baik profesion yang mulia ini.

Sebagai seorang guru juga , saya perlu meningkatkan tahap profesionalisme dan

pengetahuan dalam menjalankan tugas dari masa ke semasa. Saya berasa amat

bertuah kerana dengan diberikan tugasan seperti ini dapat menyedarkan saya betapa

pentingnya menjaga maruah seorang guru dan mengubah tanggapan masyarakat

tentang guru kini. Dengan terhasilnya tugasan ini memberikan saya lembaran baru

untuk berusaha dengan lebih gigih mencapai hasrat kementerian dalam membentuk

sahsiah guru sebelum mendidik generasi bari dimasa depan.

Tugasan kedua pula menuntut saya untuk membuat perbezaan diantara guru

dahulu dan guru sekarang. Saya telah mencari maklumat dengan temubual dengan

guru-guru lama yang masih mengajar. Pelbagai pengalaman telah diceritakan kepada

saya. Memang tidak dapat dinafikan lagi guru dahulu sememangnya hebat. Banyak

pengalaman telah dikongsikan bersama saya antaranya ialah cara menarik perhatian

murid kepada guru. Saya juga temubual guru baru yakni guru yang baru mula

mengajar. Guru baru ini juga tidak kurang hebatnya. Pelbagai pendekatan dan kaedah

yang telah digunakan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Selain dari aspek profesionalisme, kendiri seorang guru juga perlu diberi

perhatian. Saya akui sebelum ini saya agak mudah untuk berputus asa, namun saya

20

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 21: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

harus menerima hakikat bahawa menggalas tanggungjawab sebagai guru masa kini

perlu banyak bertolak ansur, bersabar melayan kerenah anak murid dan yang

terpenting jangan sesekali cepat berputus asa. Insyallah sekiranya saya mengamalkan

perkara positif tersebut akan mendorong saya untuk berjaya. Sifat tanggungjawab dan

rajin juga perlu saya pupuk dalam menjalankan amanah mulia ini.

Saya yakin ilmu yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini amat

bermakna dan akan dikongsikan bersama-sama dengan guru-guru lain. Saya juga

berjanji akan terus berbincang dengan guru lain bagi mendapatkan hasil yang terbaik

untuk anak didik di sekolah juga terhadap profesion keguruan di Malaysia.

Akhir kata, sekali lagi saya mengharapkan agar penulisan saya ini dapat

memenuhi kehendak tugasan dan sekaligus boleh diterima pakai. Saya juga berharap

penulisan ini akan menjadi pencetus kepada idea-idea baru kepada warga pendidik,

memberi seribu kebaikan kepada orang lain dan boleh dikongsi bersama sebagai

langkah meningkatkan pencapaian murid pemulihan. Segala kekurangan yang terdapat

dalam penulisan ini didahulukan dengan seribu kemaafan.

Sekian, terima kasih.

21

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Page 22: Edu 3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3083

BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling jaya: Fajar bakti.

Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan

lll( perkembangan & Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.

Bhd.

Mok oon Sang (1981). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya: Kumpulan

Budiman.

http://duniakucikgu.blogspot.com

http://kulanzsalleh.com/kuasa-guru-merotan-murid/

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Seksajadicikgu/Article

22

SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-02-5038UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 20141PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.