Edu 3083 So Alan
-
Upload
nazri-musa -
Category
Documents
-
view
24 -
download
3
Transcript of Edu 3083 So Alan
asas kepimpinan1. (a) Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam sesebuah
masyarakat. Jelaskan dua cara guru dapat memperlihatkan kesantunan tinggi.
i. Guru berpakaian sopan mematuhi etika berpakaian penjawat awam
ii. Mahir berkomunikasi dengan menggunakan peraturan-peraturan berbahasa
mengambil kira norma-norma budayaiii. Menghargai dan menghormati pihak lain walaupun kalangan yang lebih muda, cacat, miskin dan kurang cerdasiv. Peramah, pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri
(b) En. Ramli, seorang guru Matematik sering masuk lewat ke kelas disebabkan urusan menjual
serunding ayam kepada rakan sejawat sekolahnya. lni menyebabkan beliau mengajar secara
gopoh-gapah kerana ingin menghabiskan topik yang telah dirancang. Beliau juga selalu tidak memberi tumpuan terhadap anak muridnya. Beliau tidak mementingkan perkembangan murid
dari segi JERI. Murid tidak diberi peluang langsung untuk bertanya atau memberikan pendapat mereka. Justeru, murid-murid berasa gurunya tidak mengambil berat terhadap diri mereka. Berdasarkan kes di atas, jelaskan tiga isu etika yang wujud.
Tiga isu etika yang wujud
i. Isu pengurusan masa
tidak menepati masa
lewat masuk kelas; mengajar tergopoh-gopoh
ii. Berniaga di sekolah
menjalankan 'direct sale' kepada rakan sejawat
iii. Isu kepedulian guru
tidak mengambil berat tentang anak muridnya
tidak memberi tumpuan
tidak mementingkan perkembangan diri
2.Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan yang dilalui oleh
seseorang guru sehingga menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
(a) Bezakan pencapaian penguasaan dalam pendidikan bagi seorang guru diperingkat novis dengan seorang guru pakar dari aspek berikut :
i.Pengetahuan isi kandunganGuru Novis
Pengetahuan Isi kandungan adalah secara diskret / berasingan
Guru Pakar
Pengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang berbeza-beza secara sepadu
iiTindakan pedagogi
Guru Novis
Tindakan pedagogi adalah terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi pengajaran
Guru Pakar
Tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai
(b) Cikgu Anas ingin memohon kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Jelaskan 3 aspek kemahiran yang utama yang perlu diberi perhatian untuk beliau memohon jawatan Guru cemerlang
i. Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya
ii. Berupaya meningkatkan hasil pembelajaran ke arah membangunkan potensi murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iii. Berpengetahuan dan berkemahiran dalam ICTiv. Menguasai kemahiran komunikasi yang tinggi
v. Menguruskan masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan
3. Bazli seorang murid Tahun 6, didapati sering membuli murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang bertubuh keci!. Hasil siasatan, didapati Bazli selalu didera oleh arwah bapanya sewaktu kecil dahulu. Kini dia tinggal bersama neneknya yang sudah uzur. (a) Huraikan dua cara bagaimana anda dapat membantu mengubah tingkah laku Bazli i. Mempamerkan sifat kasih sayang dan kemesraan kepada Bazli kerana dia pernah didera oleh arwah bapanya
ii. Menunjukkan keprihatinan dan kepekaan terhadap latar belakang Bazli
iii. Memberikan perhatian yang lebih khusus dan berusaha mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang lebih kondusif
iv. Menggalakkan murid-murid lain dalam kelasnya berkawan dengan Bazliv. Melibatkan Bazli dalam aktiviti kokurikulum seperti suka dan permainan
(b) Antara peranan seorang guru sekolah rendah adalah sebagai seorang agen sosialisasi yang banyak dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Jelaskan tiga cara bagaimana seorang guru boleh bertindak sebagai agen sosialisasi i. Memberi peluang kepada murid untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat
iiMemastikan perubahan dan perkembangan tingkah laku murid adalahmengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat
iiiBertanggungjawab untuk memodenisasikan masyarakat dalam semuabidang untuk meningkatkan perkembangan dan kemajuan negara
ivMembentuk individu yang mampu bersosialisasi dan memilkikecerdasan emosi yang tinggi
vTerlibat dalam semua aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan olehkomuniti setempat
vimenjadi jurulatih, pengadil, penceramah, tetamu khas dalam komuniti setempat4.Kepimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah organisasi. Kejayaan sesebuah sekolah
dalam mencapai status sekolah berkesan menunjukkan kebolehan kepemimpinan guru besar. (a) Terangkan dua aspek kepemimpinan Guru Besari. Perancangan budaya sekolah; amalan terbaikii. Pengelolaan struktur orgnisasi
iii. Pengarahan kolaboratif; kesejawataniv. Pengawalan rnemberi arahan yang jelas; konsisten dalam penguatkuasaan peraturan
Konsep 'Guru cemerlang' mula diperkenalkan pada tahun 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat bagi pemimpin guru gemilang yang tidak meninggal bilik darjah.(b) Jelaskan tiga peranan Guru Cemerlangi. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap tertinggi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
ii. Menjadi pakar rujuk, memberikan khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan
iii. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi dan penemuan baharu dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentangkan hasilnya
iv. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum yang berkaitan dengan metapelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan
ESEI1. Akauntabiliti keguruan yang perlu dilaksanakan oleh guru.
i.Akauntabiliti terhadap pelajarii.Akauntabiliti terhadap diri sendiri
iii.Akauntabiliti terhadap ibu bapa
iv.Akauntabiliti terhadap masyarakat dan Negarav.Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
2. Strategi-strategi relevan yang dapat dilaksanakan untuk memenuhi fungsi guru sebagai
penyampaian ilmu yang berkesan.
i. Menjadi suri teladan kepada muridnya melalui amalan ilmu pada diri sendiri.
ii. Mencari pendekatan yang sesuai agar murid dapat menguasai ilmu yang disampaikan.
iii. Membuat perancangan dan persediaan rapi untuk mengaplikasikan kemahiran dimilikiiv. Mengemaskinikan kandungan ilmu dan strategi dengan input-input terkiniv. Memilih dan menggunakan alat bantu mengajar yang berkesan
vi. Menghadiri kursus dan seminar atau melanjutkan pelajaran
vii. Menjadi pengurus bilik darjah yang efektif
viii. Aplikasi TMK dalam pengajarannya
3. Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan cara-cara seseorang guru boleh mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dalam hidupnya sebagai guru yang berkesan.
i. Budaya Membaca
Membaca sebagai satu tabiat & banyak faedah Membaca pelbagai bahan / sumber ilmiah Membaca satu budaya dalam kalangan guru Mampu menjadi contoh / rol model kepada murid
ii. Budaya Menyelidik
aktiviti yang sangat berkesan dalam PSH
dapat berfikir, merancang, melakukan tinjauan bacaan
Guru perlu mengamalkan Kajian Tindakan berupaya meningkatkan kualiti produk & perkhimatan, kaji tentang suasana sosial yang sedang dialaminya. Banyak kebaikan jika guru melibatkan dalam KT
iii. Budaya Reflektif
Merujuk kepada amalan berfikir mampu berkembang sebagai profesional & guru berkesan
Mampu menilai hasil perancangan & strategi p & p
Cara- cara guru dapat membuat refleksi penulisan jurnal, Portfolio, log, Metafora, Peta minda, peta konsep, pengurusan grafik, peristiwa-peristiwa kritikal, kajian kes, kajian tindakan
iv Budaya Musyawarah / rundingan
merujuk kepada berkerja dengan guru-guru lain dalam projek bersama dgn matlamat sama
Kolaborasi membawa kepada rundingan untuk mencapai kata sepakat terhadap sesuatu tindakan di sekolah
v Budaya Berkarya
Suka menulis hasil daripada pembacaan yang luas
Kolaborasi dengan rakan sejawat untuk menghasilkan karya-karya ilmiah
Menulis modul atau buku teks