edu 3093

12
Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan “inovasi” sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan “inovasi” ialah “inovatif” yang bererti bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008) Setiap tahun, sambutan hari guru disambut dengan tema tertentu yang mengandungi makna tersendiri. “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-41 bagi tahun 2012. Pemilihan tema ini bersesuaian dengan era kini yang bukan sahaja memerlukan guru berpengetahuan bahkan juga memiliki ciri kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk yang berkualiti. Transformasi Pendidikan Negara yang berlaku memerlukan perubahan dari aspek peningkatan profesionalisme guru. Bidang pendidikan mesti melalui pembaharuan agar bidang ini tidak ketinggalan jauh oleh bidang-bidang lain seperti bidang ekonomi, reka bentuk, teknologi, kejuruteraan dan lain-lain. Tambahan pula bidang ini merupakan satu sistem dinamik yang memerlukan perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. Di samping itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan aktiviti latihan guru yang berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order

description

d

Transcript of edu 3093

Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan inovasi sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainyasesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan inovasi ialah inovatif yang bererti bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008)Setiap tahun, sambutan hari guru disambut dengan tema tertentu yang mengandungi makna tersendiri. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-41 bagi tahun 2012. Pemilihan tema ini bersesuaian dengan era kini yang bukan sahaja memerlukan guru berpengetahuan bahkan juga memiliki ciri kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk yang berkualiti.Transformasi Pendidikan Negara yang berlaku memerlukan perubahan dari aspek peningkatan profesionalisme guru. Bidang pendidikan mesti melalui pembaharuan agar bidang ini tidak ketinggalan jauh oleh bidang-bidang lain seperti bidang ekonomi, reka bentuk, teknologi, kejuruteraan dan lain-lain. Tambahan pula bidang ini merupakan satu sistem dinamik yang memerlukan perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara.

Di samping itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan aktiviti latihan guru yang berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills. Apakah sebenarnya definisi kreativiti dan inovasi itu. Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasi idea baru. Ia melibatkan kombinasi antara idea baru dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi suatu yang baru. Sementara itu, inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang dianggap baru dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend baru dan menggunakan peluang maksimum .

Perkembangan Sains dan Teknologi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada abad ke 21 telah mengubah sistem pendidikan negara secara kesuluruhannya. Pada masa dahulu, seseorang guru biasanya menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan hanya menggunakan buku, kapur dan papan tulis. Namun begitu, anjakan paradigma dan kemodenan dalam sistem pendidikan negara, mutu pendidikan telah mengalami perubahan melibatkan pelajar dan juga guru. Pelbagai bentuk kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan untuk menaiktaraf mutu pendidikan negara pada masa kini.

Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salah satu tahap dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalam inovasi kurikulum bilik darjah amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan guru.

Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memencilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.

Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih berkemahiran.Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung kepada guru , maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Di samping itu , guru berinovasi tidak terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelaaran dalam bilik darjah , sebaliknya sentiasa berfikir diluar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran , prihatin terhadap keperluan pelajjar dan tidak teralu terikut dengan sesuatu keadaan atau bahan tertentu.

Pendidikan pada abad ke -21telah berubah tidak hanya di dalam bilik darjah semata-mata. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat , kurikulum bilik darjah juga perlukan perubahan dan inovasi untuk menghasilkan pelajar yang lebih aktif , kreatif , motivatif , dan dinamik. Ini disebabkan oleh pelajar pada zaman kini sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat yang terkini dan sekiranya tiada perubahan bagi kurikulum bilik darjah , mereka akan mudah bosan.

Inovasi penting dalam pendidikan, mengapa ia tidak dijadikan sebagai mata pelajaran dan kurikulumnya diajar dalam bilik darjah. Jawapannya, kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang. Dengan kata lain apa sahaja mata pelajaran kedua-dua elemen itu boleh diajar oleh guru melalui pendekatan pengajaran yang berpusat kepada murid atau student centre. Pengajaran berpusat kepada murid maksudnya pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara dua hala iaitu guru mengajar dan murid belajar. Guru dikehendaki sentiasa mencabar keupayaan berfikir muridnya dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid.

Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz, forum, syarahan, bahas, membuat projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan. Aktiviti tersebut akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dan menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan menggalakkan percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan murid. Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020.Selain itu, antara ciri guru berinovasi antara lainnya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Penyediaan persekitaran pembelajaran yang positif sememangnya merupakan suatu aspek yang amat penting.Program i-Think pula adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kea rah menghasilkan berinovatif. Program ini dilaksanakan kerana melalui kajian keperluan yang dijalankan menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Sekolah dan guru menjadi agen pelaksana bagi program ini. Sebagai agen perlaksana , guru sendiri harus melebihi kemahiran berfikir murid-murid. Oleh itu, guru harus melengkapkan diri dengan pengetahuan baru agar tidak ketinggalan.

Dengan adanya perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah ini juga boleh mengatasi masalah kekurangan bahan pembelajaran dan juga menjimatkan tenaga dan masa.Segala keperluan yang sukar disediakan oleh guru sebelum ini boleh digantikan dengan penggunaan-penggunaan teknologi seperti penggunaan perisian-perisian yang bersesuaian dan juga simulasi ataupun animasi berkomputer yang dapat membantu para pelajar merasai pengalaman dan membayangkan yang tidak pernah mereka lalui.

Peranan pengurusan sekolah tidak kurang pentingnya dalam merealisasikan elemen kreativiti dan inovasi dalam kalangan warganya. Dengan perkataan lain pengurusan sekolah juga mesti kreatif dan inovatif agar menjadi organisasi pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baru, berbudaya saintifik, penggunaan teknologi serta ICT secara meluas dan penggunaan tenaga sumber secara maksimum. Pengetua dan Guru Besar bersama pengurusan tertinggi di sekolah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti dan inovasi sama ada di kalangan guru atau murid. Sekolah mestilah menjadi institusi yang menggalakkan tercetusnya pendapat dan idea baru. Bagi mewujudkan suasana tersebut sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan dan memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya.

Pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah yang sentiasa ceria, bersih, kemas dan bermaklumat. Sikap terbuka, mesra dan berperanan sebagai penyelesai masalah akan menjadikan guru dan murid merasa gembira dan selamat semasa mengikuti aktiviti pembelajaran. Bagi mewujudkan suasana sedemikian pengurusan sekolah perlulah memastikan berlaku sistem komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih demokratik, stail kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni. Kepimpinan sekolah hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam menguruskan organisasi pembelajaran. Selain mendapat latihan, berpengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan mereka perlu mempunyai dorongan dan komitmen yang kuat bagi membawa perubahan kepada sekolah. Mempunyai ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong semangat belajar yang tinggi di kalangan murid, mempunyai daya usaha sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi ke arah yang lebih baik. Dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional usaha yang dilakukan oleh murid akan membuahkan kejayaan nanti.

Inovasi adalah nilai yang penting yang perlu ada dalam diri setiap guru khususnya guru-guru pada zaman teknologi ini. Inovasi membezakan antara guru yang baik dengan guru yang cemerlang. Murid-murid pada era kini boleh dikatakan lebih maju daripada guru-guru mereka. Dimana segala maklumat yang mereka diinginkan berada di hujung jari. Guru harus mampu menandingi kepantasan itu. Perasan ingin tahu mereka juga lebih daripada generasi terdahulu. Oleh itu kaedah mengajar chalk and talk tidak releven untuk digunakan lagi.Penggunaan teknologi maklumat adalah syarat wajib digunakan di dalam pengajaran guru. Alasan tidak mempunyai pengetahuan tentang teknologi sememangnya tidak bileh digunakan.Kerajaan telah menyediakan prasarana serta menganjurkan banyak kursus bagi menangani masalah buta IT ini. Selain itu , untuk menjana inovasi guru harus perlu menilai kemampuan dari segi kekuatan dan kelemahan murid.Dari situ barulah guru mempunyai satu landasan untuk menjalankan inovasi . Ini kerana , produk yang dihasilkan guru hendaklah menepati kehendak klien iaitu murid . Tambahan pula , latar belakang demografi guru yang berbeza, lokasi sekolah , keupayaan dan kemampuan guru dari segi motivasi , sikap pengetahuan dan kemahiran bakal menentukan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan inovasi itu sendiri. Seperti yang diulaskan , inovasi hanya akan berlaku sekiranya guru itu menginginkan perubahan.Inovasi ini sebenarnya boleh dilakukan oleh semua warga pendidik , Cuma yang membezakan sama ada yang terlihat dan diiktiraf ataupun yang tidak.

Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.

REFLEKSI

Sepanjang melalui proses menyelesaikan tugasan EDU 3093, saya telah memperoleh banyak pengalaman dan mendapat input-input baru berkaitan pendidikan serta isu keguruan. Tugasan bagi subjek ini bukanlah sesuatu yang mudah dan agak mencabar buat saya.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran sepanjang usaha saya menyelesaikan kerja kursus ini, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Langkah pertama bagi pelaksanaan tugasan ini adalah pencaran isu yang bertepatan dengan guru dan inovasi dalam dunia pendidikan. Saya telah melayari laman-laman web tertentu, mencari, memahami dan memilih isu yang tertentu. Seterusnya saya telah berbincang dengan rakan-rakan dan merujuk kepada Encik Muralitharan , pensyarah subjek ini bagi membincangkan kesesuaian isu yang dipilih dengan kehendak tugasan subjek.

Dari aspek pemerolehan maklumat, saya telah membuat rujukan bahan-bahan ilmiah seperti buku-buku yang berkaitan dan artikel daripada majalah serta akhbar atas talian. Di samping itu saya melayari laman-laman web tertentu berkaitan pendidikan bagi meningkatkan pemahaman saya berkaitan guru berinovasi dan inovasi pendidikan yang berlaku pada hari ini. Saya turut membuat pembacaan berkaitan program-program dan pelan-pelan yang dirancangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Melalui kerja kursus ini, saya dapat memperoleh pengalaman dan kemahiran untuk membaca secara dan berfikir secara kritikal. Aspek ini saya peroleh melalui proses menganalisis bahan bacaan yakni artikel yang telah saya pilih dan kemudiaannya mencari bahan rujukan bagi proses mengulas perkara-perkara tertentu yang terdapat dalam artikel berkenaan. Pembacaan secara kritikal memerlukan saya memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya.Manakala pemikiran kritis menuntut saya membuat banyak rujukan untuk penjanaan idea.

Tugasan bagi subjek ini telah membuka hati saya untuk menjadi seorang yang lebih sensitif tentang profesin yang telah saya pilih iaitu profesin keguruan. Isu-isu berkaitan pendidikan dan keguruan merupakan antara isu yang kerap diperkatakan. Dalam hal ini, sebagai seorang bakal guru, saya tidak sepatutnya mengambil remeh tentang isu-isu ini memandangkan saya sendiri berada dalam bidang ini.

Pengetahuan berkaitan kemahiran dalam bidang integrasi maklumat dan komunikasi perlu saya tingkatkan pada masa hadapan sebagai satu usaha meningkatkan kualiti diri sebagai seorang guru yang inovatif. Anlisis daripada artikel yang saya pilih mendorong saya supaya sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dari semasa ke semasa kerana setiap saat dunia ini mengalamai perubahan.

Harapan saya agar segala ilmu dan kemahiran yang saya peroleh sepanjang proses yang saya lalu bagi menyelesaikan tugasan ini tidak saya persia-siakan. Ilmu hanya benar-benar bermanfaat sekiranya dijadikan amalan.