EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan...

14
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 BAB 9: BAHAN AUDIO 9.1 Pengunaan Audio Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Audio merupakan julat gelombang bunyi yang boleh didengar oleh manusia. Bahan audio dapat membantu murid yang kurang mahir membaca mendapat gambaran keseluruhan tanpa melibatkan pembacaan petikan teks yang panjang lebar. Elemen audio berbentuk naratif seperti penceritaan, ulasan dan diaolog antara watak, dapat menghidupkan lagi gaya penyampaian maklumat. Deria pendengaran murid boleh dirangsang deria melalui pengintegrasian suara manusia, bunyi haiwan dan alam sekitar, muzik serta pelbagai jenis kesan bunyi. Penggunaan bunyi dapat menghidupkan lagi persembahan semasa menyampaikan idea dan konsep di samping mewujudkan hubungkaitan antara elemen naratif dengan membangkitkan mod, emosi dan imaginasi murid-murid terhadap setting cerita ataupun peristiwa yang terbabit. Penggunaan kesan bunyi dan muzik latar dapat mewujudkan senario yang menggambarkan persekitaran untuk sesuatu cerita atau pementasan bagi membangkitkan minat, mencetuskan mood dan emosi tertentu serta merangsang imaginasi murid-murid. Penggunaan bahan audio jika digunakan dengan baik dapat memupuk kemahiran mendengar, bertutur dan berkomunikasi yang baik dalam kalangan murid. Murid perlu dilatih mendengar secara aktif (Active listening) supaya mereka dapat memahami

Transcript of EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan...

Page 1: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1

BAB 9: BAHAN AUDIO

9.1 Pengunaan Audio Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran

Audio merupakan julat gelombang bunyi yang boleh didengar oleh manusia. Bahan

audio dapat membantu murid yang kurang mahir membaca mendapat gambaran

keseluruhan tanpa melibatkan pembacaan petikan teks yang panjang lebar. Elemen

audio berbentuk naratif seperti penceritaan, ulasan dan diaolog antara watak, dapat

menghidupkan lagi gaya penyampaian maklumat. Deria pendengaran murid boleh

dirangsang deria melalui pengintegrasian suara manusia, bunyi haiwan dan alam

sekitar, muzik serta pelbagai jenis kesan bunyi.

Penggunaan bunyi dapat menghidupkan lagi persembahan semasa menyampaikan

idea dan konsep di samping mewujudkan hubungkaitan antara elemen naratif dengan

membangkitkan mod, emosi dan imaginasi murid-murid terhadap setting cerita ataupun

peristiwa yang terbabit. Penggunaan kesan bunyi dan muzik latar dapat mewujudkan

senario yang menggambarkan persekitaran untuk sesuatu cerita atau pementasan bagi

membangkitkan minat, mencetuskan mood dan emosi tertentu serta merangsang

imaginasi murid-murid.

Penggunaan bahan audio jika digunakan dengan baik dapat memupuk kemahiran

mendengar, bertutur dan berkomunikasi yang baik dalam kalangan murid. Murid perlu

dilatih mendengar secara aktif (Active listening) supaya mereka dapat memahami

Page 2: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2

mesej yang diterima dengan baik serta mewujudkan persefahaman antara penyampai

dan pendengar. Pemahaman ini akan dapat membawa perubahan tingkah laku yang

diingini dan menjayakan usaha pembentukan kumpulan secara berkesan (Rogers &

Farson, 1987).

Murid yang mendengar secara aktif mengamalkan tabiat mendengar yang berikut:

i. Menumpukan perhatian kepada penceramah ataupun guru (termasuk aspek

lisan dan gerak badan bukan lisan)

ii. Melibatkan diri secara aktif seperti memberikan respon yang bersesuaian

mengikut keperluan dan keadaan

iii. Sanggup menundakan sikap menghakimi sehingga selesai menerima kesemua

maklumat

Kemahiran mendengar yang baik dalam kalangan murid dapat membawa kepada

pembentukan kemahiran komunikasi yang berkesan kerana murid telah dapat mentafsir

dan memahami mesej lisan dan emosi yang terlindung di sebalik pertuturan.

Kemahiran mendengar yang baik dapat membantu murid mewujudkan hubungan yang

baik semasa berinteraksi dengan guru, rakan sebaya dan ahli keluarga. Ia juga

membantu murid-murid memperoleh maklumat yang sesuai untuk membuat keputusan

dan menyelesaikan masalah.

9.2 Jenis peralatan audio

Peralatan audio boleh dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan fungsi alat

termasuk:

i. Peralatan input untuk merakam bunyi

ii. Peralatan output untuk mendengar hasil rakaman bunyi

iii. Peralatan storan untuk menyimpan hasil rakaman bunyi

iv. Peralatan/perisian mengedit untuk mengedit hasil rakaman bunyi

Terdapat dua jenis audio iaitu audio analog dan audio digital. Terdapat perbezaan dari

segi jenis peralatan dan perisian bagi merakam, menyunting dan storan antara audio

analog dan audio digital.

Page 3: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3

9.2.1 Peralatan merakam bunyi

Alat merakam bunyi termasuk alat perakam pita gelung dan perakam kaset untuk audio

analog, dan digital voice recorder seperti komputer, MP3 recorder, iPod serta

sesetengah telefon mudah alih dan kamera digital. Umumnya semua alat tersebut

perlu mempunyai mikrofon untuk membolehkan bunyi di input ke dalam alat perakam.

9.2.1.1 Alatan Merakam bunyi

Jenis Audio Alat Perakam

Analog Perakam pita gulung

Perakam kaset audio

Digital Komputer

Digital voice recorder iPod

Perakam MP3

iPod

Telefon mudah alih

Kamera digital multi fungsi

Rajah 11.3.3 – Contoh Alatan Perakam Audio

9.2.1.2 Mikrofon

Mikrofon boleh dikelas mengikut bentuk, mekanisme dan arah penerimaan bunyi.

Jenis Mikrofon Ciri

Mikrofon jenis dinamik

Ia sesuai untuk bunyi dari jarak dekat dan bahana

bunyi outputnya pula tidak begitu kuat, namun ia tahan

lasak dan lebih murah harganya. Ia sesuai untuk

merakam suara pada pic bass dan mid-range, punca

suara yang dekat dan bahana bunyi outputnya rendah.

Ia sesuai digunakan untuk rakaman suara untuk untuk

konsert Pop ataupun rock n roll, instrumen muzik

Page 4: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4

Jenis Mikrofon Ciri

seperti genderang, gitar, dan perakam bunyi untuk

kamera.

Mikrofon jenis kondenser

(condenser )

Mikrofon jenis bermutu tinggi , lebih sensitif. Ia respons

kepada pic ataupun frekuensi bunyi yang lebih tinggi

dan liputan (range) bunyi yang lebih luas dan berupaya

mengeluarkan bunyi yang kuat.

Ia sesuai digunakan untuk merakam audio di dalam

studio dan persembahan Okestra.

Mikrofon satu hala

(Unidirectional)

Menerima signal bunyi daripada SATU arah sahaja,

biasanya dari dari arah hadapan, pola penerimaan

signal bunyi termasuk pola cardioid, dan

Hypercardioid. Ia sesuai digunakan sekiranya kita ingin

meminimumkan gangguan bunyi dari sekeliling subjek.

Mikrofon dua hala (bi-

directional)

Ia berkeupayaan menerima signal dari dua arah yang

bertentangan.

Mikrofon semua hala

(Omnidirectional)

Ia dapat menerima signal a sesuai untuk digunakan

dalam senario bertemuramah.audio dari semua arah.

Ia sesuai digunakan dalam situasi di mana terdapat

ramai juru cakap yang menggunakan mikrofon yang

tunggal. Ia juga boleh digantung di syiling untuk

merakam suara penyanyi dan kumpulan pemain alat

muzik di bawahnya.

Jenis mikrofon mengikut bentuk dan penggunaan

Shotgun dipasang pada kamera video

Lavaliere dipakai pada tubuh badan ataupun pakaian

Headset lebih sesuai untuk tujuan rakaman dalam studio dan

Page 5: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

5

Jenis Mikrofon Ciri

pementasan bagi membolehkan pengulas ataupun

artis yang berkenaan ditempatkan ke lokasi ataupun

berupaya bergerak dengan lebih bebas

Tanpa wayar Mikrofon tanpa wayar membenarkan penggunanya

bergerak dalam kawasan yang lebih luas.

9.2.1.3 Alat Pembesar suara

Alat pembesar suara (speaker) membolehkan pendengar mendengar bunyi yang

dikeluarkan oleh alat perakam/pemain audio.

Biasanya terdapat 3 pemacu (driver) untuk speaker, iaitu,

Tweeter – paling kecil tetapi dapat menghasilkan bunyi frekuensi (gelombang

audio) yang tertinggi

midrange - menghasilkan bunyi frekuensi dalam ranj gelombang audio yang

sederhana.

woofer – menghasilkan bunyi frekuensi yang rendah.

Rajah 9.1 - Speaker terdiri daripada 3 pemacu yang dapat menghasilkan bunyi.

(sumber: http://www.hometheaternetwork.com/HTN_speaker1.htm)

Page 6: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

6

9.2.4 Pengadun (mixer) dan Editor bunyi

Pengadunan audio dapatmenggambarkan senario dan mood dalam sesuatu cerita,

pementasan drama, penerangan dll.

Bagi audio analog, pengadun merupakan alat yang dapat mengabung dan mengawal

output pelbagai saluran signal audio sehingga mencapai kesan audio yang diingini.

Bagi audio digital, pengadun dan editor merupakan aplikasi komputer yang boleh

mengadun dan mengedit bunyi digital bagi membentuk satu fail bunyi yang dapat

memenuhi citarasa pengguna.

9.2.5 Storan fail audio

Audio yang dirakam disimpan dalam storan agar audio dapat diedit mengikut keperluan

atau diguna dalam diguna berulang kali. Pita audio dan kaset audio merupakan storan

utama audio analog. Audio digital pula merupakan fail digital yang boleh disimpan

dalam storan komputer seperti cakera keras, kad momori, cakera optik seperti CD dan

DVD.

9.3 Perancangan Dan Persediaan Bahan Audio

Perancangan dan penyediaan bahan audio menjadi asas kejayaan penyampaian mesej

pendidikan melalui media audio. Guru yang mempunyai kemahiran mengolah dan

membentangkan maklumat menggunakan audio mengikut keupayaan muridnya, dapat

menyumbang kepada tercapainya objektif pembelajaran yang dirancang.

Perancangan dan persediaan sebelum rakaman melibatkan:

i. Menentukan objektif dan hasil pembelajaran

a. Berpandukan kepada sukatan pelajaran dan subjek, kita dapat

mengenalpasti objektif dan aras kemahiran, ruang lingkup isi kandungan,

Page 7: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

7

bentuk aktiviti dan nilai yang perlu diterapkan dalam persembahan audio

nanti.

ii. Analisis murid (kumpulan sasaran)

a. Dengan menganalisispengetahuan sedia ada, kebolehan dan

kecenderungan kumpulan sasaran, kita dapat menentukan pendekatan,

laras bahasa, skop dan liputan isi kandungan, contoh dan huraian yang

bersesuaian supaya dapat membangkit dan mengekalkan minat murid di

samping menyampaikan mesej pendidikan yang penting.

iii. Mendapatkan maklumat (tajuk, kemahiran, isi kandungan pengajaran dan

pembelajaran) dan bahan (kesan bunyi, muzik latar, CD dll.)

iv. Menyediakan skrip – Menetapkan turutan penyampaian isi kandungan, kesan

bunyi, muzik latar, tempat untuk berhenti, memberikan penekanan dll.

Skrip merupakan panduan bagi penerbit, pelakun dan lain-lain lagi bagi

mengetahui cara penyampaian dan menandakan masa yang sesuai untuk

menyelitkan muzik latar dan/ataupun kesan bunyi.

Jadual 9.1 merupakan contoh skrip rakaman audio yang diadaptasi daripada

IELTS Listening Recording 1:

Pelakon /

Penyampai

Dialog / Teks Muzik Kesan Bunyi

Bunyi “Beep”

Penyampai

(Narrator)

You will hear a telephone

conversation between a

customer and an agent at a

company which ships large

boxes overseas.

Page 8: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8

Pelakon /

Penyampai

Dialog / Teks Muzik Kesan Bunyi

Bunyi telefon

berdering dan

bunyi orang

mengangkat

ganggang

telefon.

Pelakon A Good morning, Packham’s

Shipping Agents. Can I

help you?

Pelakon B Oh yes, I’m ringing to make

enquiries about sending a

large box, a container,

back home to Kenya from

the UK.

Pelakon A Yes, of course. Would you

like me to try and find some

quotations for you?

Pelakon B Yes, that’d be great.

Thank you.

Pelakon A Well first of all, I need a few

details from you.

Pelakon B Fine.

Pelakon A Can I take your name?

Pelakon B It’s Jacob Mkere.

Pelakon A Can you spell your

surname, please?

Pelakon B Yes, it’s M-K-E-R-E. Muzik Fade

in

Bunyi menaip

Page 9: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

9

Jadual 9.1 - Contoh Skrip Untuk Rakaman Audio.

Penyampai dan para pelakon perlu mengkaji skrip dan membuat raptai sebelum

rakaman sebenar berlangsung.

v. Mengenalpasti pembaca skrip ataupun pelakun yang sesuai bagi menghidupkan

lagi penceritaan yang disediakan.

vi. Menyediakan peralatan dan menempah bilik rakaman jika perlu.

9.3 Rakaman Dan Penyuntingan Audio

Langkah-langkah merakam audio:

i. Sebelum rakaman, pastikan semua peralatan berfungsi dengan baik.

ii. Dapatkan tempat rakaman yang sunyi.

iii. Semasa menjalankan rakaman sebenar, pastikan tahap bahana input mikrofon

dan bahana output speaker adalahbersesuaian, iaitu tidak terlalu tinggi ataupun

sebaliknya.

iv. Anda boleh merakamkan penceritaan (narration) tanpa iringan kesan bunyi dan

muzik latar bagi memudahkan anda membuat pengadunan audio kemudian.

v. Memainkan semula rakaman tersebut bagi mengenalpasti mutu rakaman itu

memuaskan. Rakam semula seksyen-seksyen tertentu jika perlu.

Page 10: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

10

Penyuntingan audio

Audio digital pula merupakan fail digital yang boleh dirakam dan disimpan dalam

pelbagai format dan boleh diedit dan dimain kembali menggunakan pelbagai aplikasi

bunyi. Penyuntingan audio digital dilakukan menggunakan aplikasi editor bunyi

komputer . Antara aplikasi editor bunyi termasuk Windows Sound Recorder,

Soundforge, dan Audacity.

Format Audio Digital File

extension

Ciri

Waveform Audio File

Format .wav

Format audio standard yang biasa

digunakan untuk komputer yang

menggunakan sistem operasi “Windows”.

Ia biasanya tidak dikompres, dengan ini,

saiz failnya agak besar.

MPEG Layer-3format) .mp3

Format audio yang popular untuk

memuat turun dan menyimpan fail audio

menggunakan internet

Musical Instrument Digital

Interface) .mid

Merupakan satu set arahan yang

menyelaraskan komunikasi antara alat

muzik elektronik, pengawalan

persembahan dan komputer supaya

dapat menerbitkan bunyi dan kesan audio

yang lain.

Audio Interchange File

Format .AIFF

Format fail audio yang biasanya

digunakan untuk komputer peribadi Apple

Macintosh.

Jadual 9.2 – Format file audio digital.

Page 11: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

11

Rumusan Sub-Tajuk

Penghasilan bahan audio untuk proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan

perancangan dan persediaan yang rapi supaya dapat menyediakan bahan sumber

maklumat yang membawa kepada pencapaian objektif pembelajaran. Pengetahuan

tentang jenis peralatan dan prinsip membuat rakaman dan suntingan audio akan

membantu kita mencapai kesan optimum yang memanafaatkan murid kita. Mudah-

mudahan anda dapat menggunakan kemahiran ini untuk menerbitkan bahan audio

anda sendiri bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran nanti.

Sila jawab soalan-soalan yang berikut bagi menguji kefahaman anda berhubung topik

ini.

A. Soalan Aneka Pilihan

1. Pernyataan-pernyataan yang berikut menggambarkan kelebihan penggunaan

bahan audio dalam pengajaran dan pembelajaran kecuali

A. boleh mengulang seksyen-seksyen tertentu untuk meningkatkan

pemahaman.

B. turutan untuk memainkan fail audio adalah tetap dan tidak berubah.

C. sesuai digunakan untuk murid yang menghadapi masalah membaca.

D. mudah diperbanyakkan dan kos penghasilannya adalah murah

2. Mikrofon yang sesuai untuk digunakan untuk senario temubaul ialah:

A. Satu hala (unidirectional)

B. Dua hala (bi-directional)

C. Semua hala (Omnidirectional)

D. Mikrofon lavalier (lavaliere microphone)

Page 12: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

12

3. Kesan penyuntingan yang manakah menggambarkan muzik latar beransur

lenyap ataupun hilang?

A. Amplify

B. Fade in

C. Fade out

D. Silence

4. Bagaimanakah anda dapat memanjangkan capaian mikrofon anda kepada

subjek yang berdiri jauh daripada anda?

Kita boleh menggunakan:

A. Boom

B. Pop-filter

C. Stand

D. Windscreen

B. Soalan Esei

1. Penyampaian audio yang berkesan datang daripada perancangan dan

persediaan yang rapi.

Terangkan apakah perancangan dan persediaan yang perlu anda lakukan

sekiranya anda ingin membuat rakaman audio untuk persembahan slaid

(PowerPoint) berhubung menerangkan budaya Kaum Iban.

2. Anda merupakan penerbit rakaman sesi bercerita untuk murid Tahun 1

hingga 3 pada waktu rehat sekolah. Anda akan menyediakan rakaman audio

untuk menyampaikan cerita dogeng dan lagenda.

Bagaimanakah anda dapat mempelbagaikan rangsangan deria audio murid

anda dengan membekalkan pengalaman audio yang dapat membangkitkan

minat dan merangsang daya imaginasi murid-murid?

Page 13: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

13

Bibliografi

Boyer, M. (2012). HowStuffWorks: 10 types of microphones. Akses pada September

10, 2012, daripada

[http://electronics.howstuffworks.com/gadgets/audio-music/question3091.htm]

CDC Centers for disease control and prevention (2011). CDC audio script writing guide.

Akses pada September 12, 2012, daripada

[http://www2c.cdc.gov/podcasts/AudioScriptWritingGuide.pdf]

FileInfo.com (2012). Audio file types. Akses pada September 4, 2012, daripada

[http://www.fileinfo.com/filetypes/audio]

Harris, T. (1998-2012). HowStuffWorks: How speaker works. Akses pada September

10, 2012, daripada

[http://electronics.howstuffworks.com/speaker.htm]

Holman, T. (2005). Sound for digital video. Amsterdam: Focal Press.

Home Theater Network, LLC. (2005-2012). Speaker. Akses pada September 10, 2012,

daripada

[http://www.hometheaternetwork.com/HTN_speaker1.htm]

IELTS 2012. IELTS Test takers: listening sample . ILETS listening samples - Recording

1. Akses pada September 12, 2012, daripada

[http://www.ielts.org/pdf/Listening%20Sample%20Task%20-

%20Form%20Completion.pdf]

Malamed, C. (2012). The Elearning Coach: Audio recording: prepare your script. Akses

pada September 12, 2012, daripada

[http://theelearningcoach.com/media/audio/audio-recording-scripting-conventions/]

Page 14: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/bab_9-… · Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

14

Microphones. (n.d.). Akses pada September 10, 2012, daripada

[https://microphones.audiolinks.com/microphones.shtml]

Noraiti, A. R., Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah, S. A., & Wan Kamaruddin, W. H. (2012).

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Edisi kemas kini. Shah Alam: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

Norasiah, A., Nor Risah Jamilah, M. L., & Rosnah, A. Z. (2009). Teknologi dalam

pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

OmniProductionMoriam. (2011, February 14). Radio equipment. Akses pada

September 10, 2012, daripada [http://msproductionmoriam.blogspot.com/2011/02/radio-

equipment.html]

Rogers, C. R., & Farson, R. E. (1987). Active listening. Retrieved september 4, 2012,

daripada [http://www.go-get.org/pdf/Rogers_Farson.pdf]

Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2002). Instructional

technologi and media for learning. 8th ed. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.

Types of dynamics microphones. (2012). Akses pada September 10, 2012, daripada

[http://www.recording-microphone.com/dynamic-microphones.php]