EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

20
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN DEFINISI BUDAYA Menurut Deal dan Peterson(1999), John(2010) dan Garatt(1990), budaya ialah entiti keseluruhan yang kompleks. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, norma, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain serta kebiasaan yang diwarisi ataupun diperoleh dan diaplikasi di dalam kehidupan. Kesemua elemen ini adalah penting dalam menghuraikan sesuatu perkara ataupun perlakuan (Deal dan Petterson, 1999). Manakala, menurut Ma’rof Redzuan dan rakan-rakan (2001) pula menghuraikan budaya sebagai fabrik masyarakat yang mengikat ahli-ahli masyarakat dan institusinya melalui set matlamat dan nilai yang disediakan oleh budaya masyarakat itu sendiri. Ia juga lebih dikenali sebagai concensual dan holistic (menyeluruh). DEFINISI BUDAYA SEKOLAH Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks(1993), Deal dan Peterson (1998) ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri. Berdasarkan kajian Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya Dengan Kepemimpinan, Komitmen Organisasi Dan Pencapaian Akademik oleh Yaakob, 2007. Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991; Huberman, 1992; Sharifah Md Nor, 2000). Memandangkan budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000). Menurut Ralp Linton (1945) “ kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan social ahli masyarakat. Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu dalam suatu masyarakat. Sesuatu yang dipersutujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti. Mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama yang mana melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka. DEFINISI MESRA BUDAYA

Transcript of EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

Page 1: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

DEFINISI BUDAYA

Menurut Deal dan Peterson(1999), John(2010) dan Garatt(1990), budaya ialah entiti keseluruhan yang

kompleks. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-

undang, norma, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain serta kebiasaan yang diwarisi ataupun

diperoleh dan diaplikasi di dalam kehidupan. Kesemua elemen ini adalah penting dalam menghuraikan

sesuatu perkara ataupun perlakuan (Deal dan Petterson, 1999). Manakala, menurut Ma’rof Redzuan

dan rakan-rakan (2001) pula menghuraikan budaya sebagai fabrik masyarakat yang mengikat ahli-ahli

masyarakat dan institusinya melalui set matlamat dan nilai yang disediakan oleh budaya masyarakat

itu sendiri. Ia juga lebih dikenali sebagai concensual dan holistic (menyeluruh).

DEFINISI BUDAYA SEKOLAH

Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks(1993), Deal dan Peterson (1998) ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri. Berdasarkan kajian Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya Dengan Kepemimpinan, Komitmen Organisasi Dan Pencapaian Akademik oleh Yaakob, 2007. Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991; Huberman, 1992; Sharifah Md Nor, 2000). Memandangkan budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000).

Menurut Ralp Linton (1945) “ kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan social ahli masyarakat. Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu dalam suatu masyarakat. Sesuatu yang dipersutujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti. Mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama yang mana melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka.

DEFINISI MESRA BUDAYA

Page 2: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

Melalui pengalaman dan pemerhatian saya semasa menjalani praktikum di Sekolah

Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Mentakab, Mentakab, saya mendapati bahawa warga

sekolah tersebut mengamalkan dan melibatkan diri dalam usaha pembinaan bilik darjah yang

mesra budaya untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan dan mewujudkan iklim sekolah

yang selesa. Dalam konsep bilik darajah yang mesra budaya sebagai seorang guru, sudah

menjadi kemestian bagi kita untuk mengkaji terlebih dahulu latar balakang murid-murid. Di

dalam sebuah bilik darjah mengandungi murid yang pelbagai latar belakang atau budaya dan

melalui perbezaan ini akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Setiap murid bukan sahaja

berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang

tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang

mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing.

Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk

mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang

berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

Oleh itu, seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang

berbeza dalam kalangan muridnya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan

salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Secara ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada

golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan

mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami

dunia di sekeliling mereka.

(Ilmu Pendidikan : Budaya & Pembelajaran)

Semasa menjalani praktikum saya berpeluang untuk menemu bual beberapa guru untuk

mengetahui aspek yang penting semasa membina bilik darjah yang mesra budaya. Antara guru

yang saya menemu bual adalah Pn. Citrakumari, En. Subramaniam dan Pn. Malliga (GPK).

Menurut beliau terdapat dua aspek yang penting untuk membina bilik darjah yang mesra iaitu

aspek fizikal dan sosio – emosi. Menurut pandangan GPK, Konsep pengurusan persekitaran

fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran

dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar

belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan

prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal

Page 3: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan  mengambil

kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. 

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan 

yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa

aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu

dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Dari segi fizikal, guru tersebut (Pn. Citra kumari) merancang susunan kedudukan dan

susunan kerusi meja yang bersesuaian, pengudaraan dan pencahayaan yang cukup, peralatan

asas yang mencukupi, penggunaan ruang dalam bilik darjah, serta bahan bantu

mengajar dalam keadaan baik. Menurut beliau, penyediaan fizikal bilik darjah yang baik boleh

menjayakan P & P seseorang guru. Penglibatan murid-murid keseluruhanya aktif dan keadaan

bilik darjah secara tidak langsung dalam keadaan yang ceria dan mesra. Pengambil bahagian

setiap murid meningkat dan berusaha untuk meningkatkan prestasi setiap murid. Dari aspek

pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar,

tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan

perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman

dan pemulangan peralatan pembelajaran. Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi

pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk

mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana

tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat

memotivasikan pelajar.

Pada mulanya, marilah kita melihat beberapa elemen ( dari aspek fizikal) yang telah

sedia wujud kepada pembinaan dan persekitaran bilik darjah mesra budaya di dalam bilik

darjah SJK(T) Ladang Mentakab.

Kerusi - Meja murid

Penyusunan meja murid ditentukan oleh guru. Beliau mengaturkan tempat duduk dalam

bilik darjah dalam keadaan yang bercampur lelaki dan perempuan yang berbeaza

kebolehan. Tujuan penyusunan seperti ini adalah untuk mengurangkan masalah disiplin

kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan

Page 4: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal. Penyusunan kerusi- meja murid yang

bercampur ini dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya juga dapat dikawal kerana

penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin dan juga dengan cara ini murid-murid yang

pemulihan dibimbing oleh murid-murid penggukuhan. Melalui kedudukan ini murid-murid

pemulihan mendapat bantuan dan sokongan daripada murid-murid penggukuhan.

Sebab ini kedudukan kerusi-meja murid dalam keadaan bercampuran digalakkan oleh

guru.

Meja guru

Meja guru diletakkan di hadapan kelas, menghadap meja murid bagi membantu

berlakunya kontek mata antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran. Meja guru berhampiran dengan tingkap bagi tujuan mendapat

pencahayaan dan pengudaraan yang cukup baik. Keselesaan guru perlu diutamakan

bagi menjalanakan P & P yang berkesan. Apabila seseorang berada dalam keadaan

selesa mereka akan mengajar dengan penuh semangat dan mengutamatan murid.

Pencahayaan dan pengudaraan

Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid

dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu

yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru harus memastikan

alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat

kerosakan.  Susun atur perabot dalam bilik darjah juga disusun dengan baik supaya

tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan

pengudaraan. Oleh itu, guru sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.

Sudut pembelajaran dan bacaan

Bilik darjah juga sepatutnya menjadi tempat di mana berlakunya galakan budaya

membaca damal kalangan murid. Dalam setiap bilik darjah, guru-guru mewujudkan

perpustakaan mini yang terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat

membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta

sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu,  terdapat sudut-sudut bacaan seperti

buku cerita dan majalah pendidikan dan   sudut multimedia seperti komputer, televisyen

dan multimedia. Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga mewujudkan sudut

Page 5: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat

mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta

kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid

dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang

merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga

menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut

pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Tindakan mewujudkan sudut-

sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan

sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to

explore, investigate and discover knowledge”. Guru juga mewujudkan sudut-sudut 

sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa

pentingnya perpaduan antara  kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk

mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan

mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

Hiasan Bilik Darjah

Semasa memerhati, murid diberi kebebasan menghias bilik darjah dengan nasihat dan

pandangan daridapa guru. Beliau dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan

murid. Antara kebebasan yang diberi oleh guru kepada murid adalah menyediakan

sendiri jadual bertugas, menghias meja guru dengan las meja dan jambangan bunga,

mengecat bilik darjah, mengalas meja kumpulan atau meja semua murid di dalam bilik

darjah, menggantung langsir yang sesuai dengan suasana bilik darjah sebagai ruang

pembelajaran dan menghias bilik darjah dengan pasu-pasu bunga dan tumbuhan hijau.

Kebersihan

Kebersihan mempengaruhi mental dan jiwa manusia. Faktor utama yang menjadi tarikan

kepada murid untuk melalui proses pembelajaran dengan ceria. Guru berusaha

memupuk budaya menjaga kebersihan dengan menyediakan jadual bertugas harian.

Mengikut jadual bertugas harian tersebut murid-murid melakukan tugas-tugas mereka

dengan kemas. Melalui ini guru menyemai nilai menyayangi bilik darjah dan cinta akan

bilik darjah.

Page 6: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

Peti pertolongan cemas

Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan

cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas mempunyai peti pertolongan

cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya

peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya

kemalangan.

Jam dan calendar

Jam dinding diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa.

Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa

hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan, Hari Deepavali, Hari raya dan

sebagainya. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting

sebegini.

Papan kenyataan

Semasa pemerhatian, setiap kelas ada papan kenyataan yang dimuatkan dengan jadual

tugasan murid, hasil kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk

rujukan dan hiburan. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut

turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan

kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru

dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka

dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam

hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua murid.

Tempat simpanan bekal makanan

untuk membina persekitaran yang kondusif, guru menyediakan tempat simpanan

bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid dikehendaki menyimpan

bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu dilaksanakan untuk mengelakkan

makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan

mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga menarik

perhatian murid sehingga mengganggu tumpuan murid semasa belajar. Dengan adanya

tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan

lebih kondusif.

Page 7: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

Seterusnya, dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya,

pengurusan persekitaran sosioemosi juga diberi perhatian oleh semua guru di SJK (T) Ladang

Mentakab.

Persekitaran P&P yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu

diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara

berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru –guru sekolah jenis

kebangsaan tamil Ladang Mentakab mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi

salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat

sesi persekolahan. Peraturan ini kemudiannya dijadikan budaya oleh murid- murid apabila

mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa

disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia kerana ada

nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan lebih berkat lagi.

            Selain itu, murid- murid juga diajarkan budaya bertepuk tangan setiap kali ada murid

yang berani memberi jawapan apabila guru memberi soalan meskipun jawapan itu salah.

Budaya bertepuk tangan ini menandakan bahawa kita menghargai keberanian murid tersebut

memberikan jawapan dan memberi gambaran bahawa keberanian murid itu disokong oleh

rakan- rakannya yang lain. Budaya seperti ini dapat menggalakkan murid lebih aktif dalam sesi

P&P dan tidak takut mencuba.

Seterusnya, seorang murid yang melakukan kesalahan, maka semua murid dalam satu

kelas itu juga akan dikenakan hukuman. Misalnya, jika ada seorang murid yang berbuat bising,

maka murid- murid lain juga akan sama- sama didenda. Dengan cara guru sekolah ini, disiplin

murid dapat dikawal dengan lebih baik kerana setiap individu akan mengingatkan individu lain.

Selain itu, budaya seperti ini juga dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan pelajar.

Contohnya, jika seorang murid dapat menjawab satu soalan dan diberi hadiah 5 biji gula- gula,

murid lain juga mendapat hadiah iaitu sebiji gula- gula. Apabila saja ada yang diberi hadiah,

murid lain juga akan diberi hadiah cuma kuantitinya berbeza. Cara ini akan dapat

mengurangkan rasa rendah diri murid sekiranya tidak berjaya menjawab dan ia akan

membuatkan mereka menyokong sesiapa pun yang berjaya dalam kalangan mereka kerana

kejayaan seorang daripada mereka akan dikongsi bersama. Akan ada rasa perkongsian di situ

dari segi hukuman mahupun imbuhan. Cara ini akan dapat melahirkan murid- murid berbilang

kaum yang bersatu ibarat kata pepatah ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa jua’. 

Page 8: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

Proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga berlaku di luar bilik

darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran

P&P mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru sekolah ini mewujudkan

suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana P&P yang

mesra budaya, beliau mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan.

Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai.

Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan

tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai

budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik

pengawetan makanan, guru mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat

dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang

dinamakan ‘basou’ dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau

dengan cara pengukusan. Satu lagi subjek yang mengkaitkan isi pembelajaran dengan  budaya

pelbagai kaum ialah subjek sejarah. Dalam subjek ini, guru mengaitkan pelbagai kebudayaan.

Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba dan

Nyonya di Melaka. Meskipun mengaitkan budaya- budaya pelbagai kaum dalam pelbagai

subjek mungkin hanya selingan, namun impaknya boleh jadi besar kepada murid- murid jika ia

sering dilakukan.

Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan

bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur

utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah

pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Menurut Lindgren (1976)

menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi

tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan

mengukuh pelakuan seseorang.

         Menurut HEM, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat

melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu

untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum. Pada hakikatnya, tidak dapat

dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada

memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru sekolah ini sentiasa sedar dan peka,

dalam proses seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan

mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam

masalah disiplin.

Page 9: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran

yang lebih bermakna. Tanggungjawab setiap guru sekolah ini adalah membentuk iklim dan

budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi

arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik yang mengambil masa untuk mendapatkan

buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik

darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan

pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan

yang ringkas tentang sesuatu persoalan.

Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah.

Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid.

Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Semasa pemerhatian saya, guru-guru

sekolah ini menggunakan kaedah permainan dalam P & P. Penggunaan permainan tradisi

sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan sahaja mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada

masa yang sama menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada

murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani.

Permainan tradisional digunakan dalam mengajar murid- murid tentang pergerakan asas yang

meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya

dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid

belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting (melompat dengan satu kaki) dan pergerakan

bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula

digunakan untuk dijadikan permainan kecil. Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru

juga menggunakan permainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan

Bahasa Melayu. Contohnya dalam subjek Matematik, guru menggunakan permainan batu

seremban untuk mengajar murid mengira. Dalam subjek bahasa Melayu pula, guru

menggunakan permainan baling kelapa dalam proses pengukuhan perbendaharaan kata dalam

kalangan murid dengan memanipulasikan peraturan permainan tersebut.

Gaya kepimpinan yang berbeza akan memberi kesan kepada suasana pembelajaran

murid. Kepimpinan authoritarian guru sekolah ini mengawal murid melalui ganjaran dan

hukuman, cuba mendesak hormat daripada murid, dan guru authoritarian menekan murid yang

membuat kesilapan. Guru jenis ini mewujudkan suasana pembelajaran yang tertekan, yang

tidak kondusif untuk pembelajaran yang sihat. Satu lagi gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh

seorang guru adalah bersifat demokratik. Guru tersebut berkongsi tanggungjawabnya dengan

muridnya. Terdapat saling hormat dan percaya antara guru dengan muridnya. Guru ini baik,

Page 10: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

mengambil berat, dan mesra, tetapi dia juga tegas. Dengan berkongsi tanggungjawab, guru

menolong murid-murid membina penghargaan kendiri, beryakinan untuk mencuba

menyelesaikan soalan atau masalah yang tidak biasa. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa

produktiviti dan pencapaian adalah tinggi dalam bilik darjah yang mengamalkan

kepimpinan demokratik.

Seterusnya, kita melihat kepada pembudayaan yang telah sedia wujud di kelas dan

keseluruhan sekolah SJK (T) Ladang Mentakab. Antaranya ialah :

Budaya perhimpunan pagi

Pada setiap minggu pada hari isnin mengadakan perhimpunan pagi. Pada hari isnin

perhimpunan diadakan selama 30 minit. Perhimpunan diadakan bertujuan untuk

memberitahu sesuatu maklumat, mengenal pasti prestasi pelajar, dan memberitahu

maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sekolah. Pada permulaannya, murid-murid

dikendaki menyanyi lagu Negaraku, Negeri Pahang, dan Lagu Sekolah dengan

iringan muzik. Selepas itu, Guru Bertugas minggu ini memberi ucapan dan

memaklumkan apa akan buat sepanjang minggu itu. Majlis diteruskan dengan

menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan ulasan atau teguran demi kebaikan

murid. Selepas ucapan guru besar, guru bertugas menyuruh murid untuk

mempersembakan apa sahaja persembahan mereka. Melalui ini, murid-muird

dapat meningkatkan jati diri dan keyakinan diri mereka.

Budaya kelas agama

Pada setiap minggu pada hari jumaat mengadakan kelas agama. Kelas ini mengambil

masa 5 hingga 10 minit. Tujuan mengadakan kelas agama adalah untuk menyemai nilai-

nilai keagamaan. Melalui kelas ini guru-guru dapat memperbaiki murid-murid yang jahat

dan membawa murid ke pangkal jalan.

Budaya membacaMurid-murid SJK (T) Ladang Mentakab mengamalkan budaya membaca sama ada

ketika berada di tapak perhimpunan pada waktu pagi, waktu rehat dan juga ketika

menunggu kehadiran guru semasa peralihan masa pembelajaran. Murid-murid juga

boleh meminjam buku di perpustakaan kerana membaca perlu dijadikan amalan sama

Page 11: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

ada buku akademik atau apa sahaja buku yang boleh merangsang minda murid ke arah

pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif. Para guru juga berusaha untuk menyediakan

pelbagai bahan bacaan yang bersesuaian dengan semua tahap pelajar agar budaya

yang diamalkan ini dapat memanfaatkan para pelajar.

Program Nilam

Guru Perpustakaan Media (GPM) memainkan peranan penting sebagai suri

teladan terutama dalam  pelaksanaan proses P&P yang menjurus kepada

pembacaan aktif.  GPM sentiasa mempromosi Program NILAM dalam apa jua

bentuk dan perlu dikenali oleh warga sekolah sebagai penggerak utama NILAM

selain pemimpin sekolah. Jadi NILAM sebagai fokus utama dalam pelaksanaan

tugas. Dalam hal ini, GPM menggunakan pelbagai pendekatan kemanusiaan 

(human approach) untuk mendekati dan menarik perhatian guru-guru dan para

murid. Biarlah dikenali sebagai ‘cikgu NILAM’ atau ‘cikgu yang selalu suruh

membaca’. Jadi NILAM sebagai bahan yang ditutur di bibir. Bersikaplah sebagai

guru yang banyak  membaca dan mungkin menjadi idola kepada kebanyakan

murid. GPM juga bersifat inovatif dan kreatif dalam pelaksanaan aktiviti.

Rancang aktiviti berteraskan pembacaan dan literasi maklumat yang

bersesuaian dengan budaya sekolah .

Budaya nilai murni di sekolah

Melalui pemerhatian, saya mendapat tahu bahawa guru-guru di sekolah tersebut

berusaha menerapkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni melalui

matapelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, aktiviti kokurikulum, dan aktiviti

persatuan sekolah. Dengan ini, murid berpeluang untuk mengaplikasikan nilai-nilai yang

dipelajari di sekolah dan dalam kehidupan seharian.

Budaya penyayang

Amalan budaya penyayang di sekolah tercapai kerana semua pihak memainkan

peranan dalam bidang masing-masing. Setiap warga sekolah menunjukkan keprihatinan

mereka terhadap seluruh warga sekolah. Saya berpendapat bahawa budaya penyayang

di sekolah bukan setakat mempamerkan dan mempraktikkan budaya tersebut, malah

Page 12: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

ianya lebih besar dan bermakna dari itu. Di sini saya pecahkan budaya penyayang yang

dipraktikkan di sekolah kepada tiga aspek iaitu :

Komunikasi yang berkesan

Kebiasaannya orang menyebut ‘Sekolahku Syurgaku’ ,Sekolah sebagai rumah

kedua, dan apa jua ungkapan yang dinyatakan adalah menunjukkan sekolah

merupakan tempat yang paling selesa untuk didiami. Komunikasi berkesan ini

membuatkan para pelajar selesa dengan keadaan sekolah dan membuatkan

mereka lebih selesa untuk berada di sekolah sekali gus dapat membantu

pembelajaran mereka. Guru-guru SJK (T) Ladang Mentakab tidaklah garang

tetapi sebaliknya lebih lembut tetapi tegas terhadap murid-murid.

Guru sebagai role- model

Bandura (1965) menyatakan bahawa perlakuan kanak-kanak adalah dipengaruhi

dengan kuatnya oleh orang dewasa. Seperti yang kita maklum kanak-kanak suka

belajar dari persekitarannya, sekiranya guru mereka menunjukkan keperibadian

yang baik, maka mereka juga akan mempraktikkannya. Antara ciri-ciri peribadi

guru SJK (T) Ladang Mentakab yang saya kenal pasti sebagai role-model ialah

bersifat jujur, menjaga kebersihan, sabar, menghubungkan silaturahim dan

sebagainya.

Budaya keselamatan

Guru Besar SJK(T) Ladang Mentakab mewujudkan budaya selamat di sekolah dan

persekitaran secara berterusan dengan sokongan warga sekolah dan komuniti

setempat. Penjaga pintu sekolah tersebut memastikan pintu ditutup sehingga waktu

sekolah tamat. Penjaga tersebut hanya akan membenarkan murid keluar dari sekolah

sekiranya ibu bapa mereka tunggu di luar. Budaya ini dapat membangunkan kesedaran

terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif untuk

perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Pihak sekolah juga

berusaha untuk memberi kesedaran kepada pelajar melalui beberapa cara iaitu dengan

memberi penerangan semasa perhimpunan, ceramah keselamatan di sekolah dan

melalui papan tanda.

Page 13: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

Budaya makan

Berdasarkan pemerhatian saya di SJK(T) Ladang Mentakab, pihak sekolah

mengutamakan budaya pemakanan sihat di kalangan pelajar. Selain itu, semua murid di

sekolah tersebut mendapat makanan percuma iaitu (Rancangan Makanan Tambahan)

kerana kebanyakan murid di sana berasal dari keluarga golongan berpendapatan

rendah. Di samping itu, semasa makan semua murid duduk di kantin tanpa membuat

sebarang bising. Guru besar sentiasa berada di kantin semasa waktu rehat. Semua

pelajar tersebut memastikan makanan tidak tertumpah di atas lantai atau meja. Mereka

membuang plastik makanan di dalam tong sampah yang disediakan.

Budaya bersukan

Seperti sekolah lain, sekolah ini juga tetap mengamalkan budaya bersukan. Setiap

tahap murid wajib bersukan mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Budaya bersukan

ini dapat  melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pihak sekolah membuat perancangan sistematik untuk memaksimumkan penggunaan

kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada. Di samping itu, semua pelajar

berpakaian sukan seperti yang telah ditetapkan. Aktiviti sukan ini berupaya

meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid

dalam aktiviti fizikal.

Kesimpulannya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus

meningkat setanding dengan mutu pendidikan di negara-negara maju yang lain. Budaya

sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan

dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses

pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah pengajaran dan

pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu

bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah.Walau bagaimanapun,

budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan.

Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke

atas murid manakala budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf

Page 14: EDU-MAHES-ASSIGNMENT.doc

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

bekerja dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya sekolah

memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan

pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu.

Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh

berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa.

Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan

pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan

interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran dan pembelajaran,

meningkatkan teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya peranan dan

tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti

perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah harus

dilaksanakan dengan berkesan supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus

pendidikan yang yang akan memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan

yang sama rata perlu diambil kira.