Edu Murid Dan Alam Belajar ( Afdal)

17
Pengenalan Socrates ( 469 – 399 SM ) pernah berkata ilmu ialah berbudi mulia. Kehidupan manusia yang tidak dinilai merupakan kehidupan yang tidak berguna ( FPD ). Maka, tujuan pendidikan adalah untuk memupuk kebaikan manusia ( FPD ). Teori adalah satu dasar yang mendasari sesuatu ilmu pengetahuan. Aristotle ( 384 – 322 ) menyatakan bahawa oleh kerana pembentukan konsep. teori dan prinsip adalah berdasarkan pengalaman konkrit, pendekatan pembelajaran yang betul ialah daripada konkrit kepada abstrak dan daripada spesifik kepada umum. Teori yang dibentuk harus diaplikasikan.( FPD ). Untuk melengkapi keperluan pendidikan dunia, pelbagai teori pembelajaran telah diolah dan diadun untuk memenuhi kepentingan ilmu pengetahuan. Terdapat 5 teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ). 5 teori tersebut ialah teori behaviouris, kognitif, konstruktivis, sosial dan humanistik. Pembelajaran pula ialah satu proses memperoleh pengetahuan dan maklumat. Proses ini berlaku sepanjang hayat dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja di mana-mana dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikjan, pembelajaran adalah satu strategi yang digunakan untuk membuat perubahan kepada murid bagi mencapai objektif yang ingin dicapai.

description

esaiaman afdal

Transcript of Edu Murid Dan Alam Belajar ( Afdal)

Pengenalan Socrates ( 469 399 SM ) pernah berkata ilmu ialah berbudi mulia. Kehidupan manusia yang tidak dinilai merupakan kehidupan yang tidak berguna ( FPD ). Maka, tujuan pendidikan adalah untuk memupuk kebaikan manusia ( FPD ). Teori adalah satu dasar yang mendasari sesuatu ilmu pengetahuan. Aristotle ( 384 322 ) menyatakan bahawa oleh kerana pembentukan konsep. teori dan prinsip adalah berdasarkan pengalaman konkrit, pendekatan pembelajaran yang betul ialah daripada konkrit kepada abstrak dan daripada spesifik kepada umum. Teori yang dibentuk harus diaplikasikan.( FPD ). Untuk melengkapi keperluan pendidikan dunia, pelbagai teori pembelajaran telah diolah dan diadun untuk memenuhi kepentingan ilmu pengetahuan. Terdapat 5 teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ). 5 teori tersebut ialah teori behaviouris, kognitif, konstruktivis, sosial dan humanistik. Pembelajaran pula ialah satu proses memperoleh pengetahuan dan maklumat. Proses ini berlaku sepanjang hayat dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja di mana-mana dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikjan, pembelajaran adalah satu strategi yang digunakan untuk membuat perubahan kepada murid bagi mencapai objektif yang ingin dicapai.

Teori behaviourisSecara ringkasnya, teori ini menjelaskan perkaitan antara pembelajaran dan perubahan tingkah laku. Perubahan ini berlaku melalui ransangan yang akan menimbulkan respon oleh pelaku. Terbahagi kepada dua iaitu pelaziman operan dan pelaziman klasik. Pelaziman klasik dipelopori oleh Ivan Pavlov yang membuat kajian dengan menggunakan anjing. Pelaziman klasik ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman ( mda, choong ). Daripada eksperimen yang dijalankan, dapatlah dijelaskan bahawa ransangan yang diberikan akan mendapat respon yang sama ataupun berbeza daripada pelaku. Pelaziman operan pula dipelopori oleh Skinner. Perilaku adalah dikawal oleh proses pelaziman operan. Seseorang akan dapat mengawal tingkah laku melalui pemberian peneguhan. Oleh itu, hukuman dan dendaan, ganjaran dan peneguhan membawa kesan tertentu kepada kemungkinan wujudnya tingkah laku baharu atau sebaliknya ( Mda, noriati ).Kebaikan A ) Pembelajaran secara terancang dan mudah difahami oleh muridPelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) yang menggunakan teori pembelajaran behaviouris ini lebih mudah untuk difahami oleh murid disebabkan PdP yang dijalankan adalah lebih spesifik dan tersusun. Hal ini adalah kerana teori ini menekankan aspek pengajaran dari unit kecil atau tajuk. Murid-murid akan diajarkan topik-topik mengikut tajuk-tajuk bagi memudahkan mereka memahami konsep PdP yang dijalankan. Teori Thorndike menyatakan bahawa idea yang kompleks seelok-eloknya dipecahkan kepada konsep-konsep kecil sebagai prasyarat. Pengukuhan positif akan memudahkan pembelajaran konsep-konsep kecil, seterusnya aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih kompleks ( Mda, Choong ). Murid akan dapat menguasai sesuatu topik sekiranya diajarkan satu persatu dalam unit-unit yang kecil jika dibandingkan dengan pembelajaran secara kompleks yang boleh menyebabkan murid kurang faham akan sesuatu topik.

B ) Menekankan konsep peneguhan dalam pembelajaranAspek peneguhan adalah satu aspek yang penting untuk membentuk tingkah laku murid-murid. Peneguhan yang dimaksudkan adalah peneguhan positif kerana peneguhan sebegini boleh membantu mengubah tingkah laku kanak-kanak dan yang paling peneguhan ini patut dijalankan secara berterusan. Guru akan membimbing murid dalam membuat sesuatu latihan. Untuk memberikan ransangan kepada murid, guru akan memberikan isyarat bagus dan sebagainya. Konsep penghapusan gerakbalas terhadap satu-satu ransangan membantu guru mengubah tingkah laku murid dengan tidak mempedulikan paparan tingkah laku negatif yang dilakukan murid. Guru akan lebih memfokus kepada sesi PdP yang dijalankan. Lama-kelamaan keberangkalian berlakunya satu-satu tingkahlaku yang kurang sesuatu dapat dikurangkanPeneguhan positif merupakan rangsangan yang menyeronokkan seperti makanan, air, atau pujian yang diberi setelah berlaku gerak balas yang menjadi sasaran. Contoh, apabila salah seorang daripada murid anda secara spontan membantu murid lain, anda sebagai guru akan memberi pujian. Maka, seseorang murid itu mampu dibentuk dirinya agar berkelakuan positif serta meninggalkan perkara negatif berdasarkan keadaan tertentu yang telah diketahui.Keburukan A ) Berfokus kepada pendekatan berpusatkan guru dan bukannya murid.Pengaplikasian teori ini dalam PdP hanya memfokus kepada konsep guru sebagai pelaksana. Misalnya menggunakan kuliah, tutorial, latih tubi dalam mengajar murid-murid. Kaedah ini kurang sesuai kerana tidak mampu mengembangkan potensi murid semaksima mungkin, Dalam era Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ), penggunaan teori ini sudah tidak relevan. Untuk melahirkan murid yang berfikiran KBAT, guru perlu membiarkan murid meneroka alam pendidikan dan murid yang menjalankan aktiviti secara menyeluruh. Guru pula bertindak sebagai fasilitator sahaja sekiranya diperlukan oleh murid. Konsep berpusatkan guru boleh menyekat kebolehan berfikir murid kerana segala isi kandungan jawapan akan diberikan oleh guru. Murid hanya bertindak sebagai penerima maklumat tanpa berupaya mengembangkan kognitif mereka. Hal ini akan menjejaskan usaha untuk melahirkan generasi yang berfikir secara kritis dan kritikal.Teori kognitifTeori Chomsky menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam bentuk perangsang daripada pancaindera. Pembelajaran menurut pandangan psikologi kognitif ialah perubahan dalam struktur mental yang membolehkan pelbagai tingkah laku dijalankan ( MdA, noriati ). Jean Piaget menyatakan setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, samaada konkrit atau abstrak ( PKK, Mok ). Secara ringkasnya, teori ini menjelaskan kebergantungan kepada aspek kognitif dalam memahami dan menyelesaikan sesuatu perkara samaada dalam konsep pemerolehan ataupun pembelajaran. Semua bidang pembelajaran hendaklah berasaskan logik akal kerana sesuatu yang tidak dapat difahami adalah tidak penting serta tidak dapat diterima. Teori pembelajaran ini menggalakkan proses pembelajaran baharu untuk mengubah struktur kognitif kanak-kanak agar dapat mengadaptasikan diri dengan keperluan situasi pembelajaran.Kebaikan A ) Penemuan kendiri murid Murid-murid atau kanak-kanak adalah saintis kecil yang perlu meneroka dunia kehidupan. Mereka perlu menjalankan sendiri penerokaan untuk menyelesaikan konflik rasa ingin tahu dalam proses penerokaan yang mereka tempuhi. Teori pembelajaran ini menekankan aspek penemuan kendiri dalam proses PdP yang dijalankan oleh guru. Melalui kaedah ini, murid akan berupaya untuk mengetahui sendiri kegunaan sesuatu benda dengan menggunakannya. Oleh itu, dalam penerokaan aktiviti PdP, guru perlu membiarkan murid meneroka sendiri dan guru pula hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja. Penerokaan ini memerlukan seorang guru berfikir secara kritis untuk menjadikan murid lebih imaginatif iaitu dengan membuat eksperimen, memanipulasi, mencari pengetahuan dan mencipta sesuatu yang baru ( Mastuti Isa , Permainan yang Berkesan, 1997 ). Teori ini mampu membantu guru untuk mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid. Untuk melaksanakan PdP berdasarkan teori ini, guru perlu menyediakan alatan dan membiarkan sendiri kanak-kanak mencuba peralatan agar hasilnya lebih berhasil.B ) Pembelajaran adalah satu proses cuba jayaOtak manusia perlu aktif berfikir untuk diselaraskan dengan persekitaran. Teori pembelajaran kognitif berfokus kepada transformasi yang terjadi terutamanya tentang bagaimana manusia berfikir bermula daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak dan remaja dan akhirnya alam dewasa. Pengaplikasian teori ini dalam PdP amat membantu terutamanya dalam memantapkan kognitif murid-murid. Murid akan disediakan dengan pelbagai masalah yang perlu untuk diselesaikan dengan segera. Tiada masalah yang boleh diselesaikan sekaligus sahaja tanpa perlu mencuba terlebih dahulu. Dalam konteks pengajaran, murid lebih menyukai kaedah ini kerana mereka boleh menyuarakan pendapat serta pandangan mereka berdasarkan isu yang dikemukakan oleh guru. Dalam mencari jalan penyelesaian tersebut, kognitif murid-murid akan diransangkan untuk berfikir secara kritikal yang pada akhirnya menyebabkan celik akal murid terhasil. Mereka akan memikirkan sendiri idea yang secara tidak langsung menyebabkan otak mereka berfungsi secara aktif. Pengalaman-pengalaman pembelajaran sebegini adalah pembelajaran yang paling berkesan kerana memberikan kesan yang mendalam kepada diri murid.KeburukanA ) Terlalu bergantung kepada bimbingan guruGuru akan bertindak sebagai fasilitator untuk membantu murid menyelesaikan masalah yang telah dikemukakan. Guru akan mengaitkan maklumat yang dipelajari daripada PdP untuk mengaitkan setiap yang baru dipelajari dan yang telah dipelajari pada masa lepas. Kaedah ini amat bagus namun turut mempunyai kelemahannya yang tersendiri kerana murid terlalu bergantung dengan kehadiran gurunya untuk memberikan jawapan yang diperlukan. Apabila perkara sebegini terjadi, proses pembentukan kognitif murid-murid tidak berlaku secara holistik namun tersekat. Kebergantungan kepada guru hanya akan menyekat daya fikiran murid-murid. Murid-murid ini tidak akan belajar meneroka sesuatu yang baharu kerana segala jawapan ada pada guru mereka. Konsep penerokaan dalam pembelajaran tidak akan berlaku. maka, lahirlah murid yang tidak mampu melontarkan idea secara kritikal. Murid secara tidak langsung tidak akan dapat mengaitkan sendiri pembelajaran masa itu dengan pembelajaran lepas.Teori KonstruktivisPembelajaran berasaskan teori ini ialah proses pembelajaran yang melibatkan penglibatan murid-murid secara aktif. Secara ringkasnya, teori ini melihat bahawa belajar adalah satu proses bagi murid-murid untuk terlibat secara aktif samaada dalam bentuk teks, pengalaman dan sebagainya. Piaget menyatakan bahawa struktur kognitif kanak-kanak semakin bertambah kompleks selaras dengan perkembangan yang telah mereka lalui ( MdB, Choong ). Vygotsky, pemikiran, bahasa dan proses penaakulan berkembang menerusi interaksi sosial ( MdB, Choong ). Interaksi sosial di dalam kelas memainkan peranan dalam mengembangkan tahap kognitif atau tahap pemikiran murid. Asimilasi adalah satu proses menambah pengetahuan baharu ke dalam pengalaman sedia ada. Jika kita perhalusikan dimensi teori ini, kita akan dapat mendapati apa sebenarnya yang ingin diterapkan menerusi penglibatan secara aktif iaitu menggalakkan perkembangan pengalaman yang sekaligus mengembangkan potensi diri. KebaikanA ) Pembelajaran berasaskan pengetahuan lampauPengetahuan lampau memberikan kesan yang amat mendalam kepada kognitif dan pemikiran murid-murid. Pengaplikasian teori ini mampu meningkatkan lagi pengetahuan sedia ada murid. Sebelum memulakan sesi PdP, guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid. Inilah yang menjadi asas kepada pelaksanaan sesi PdP yang berkesan di dalam kelas. Guru akan berhubung secara langsung dengan murid untuk memperolehi maklumat yang diperlukan iaitu mengenalpasti kebolehan dan kekuatan murid. Makna yang diperoleh daripada sesi PdP adalah berdasarkan setiap pengalaman lampau yang pernah mereka lihat, dengar, rasa dan alami. Pengaplikasian teori ini dalam PdP memerlukan murid untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan lampau. Proses belajar ini akan menjadi proses perkembangan yang akan menyusun kembali memori pemikiran seseorang. Murid akan membuat hipotesis, analisis, penerokaan, memanipulasi objek, mencari jawapan dan sebagainya. Oleh sebab itu, kegiatan aktif murid amat digalakkan agar mereka akan dapat mencerna maklumat dengan baik.B ) Pelaksanaan sesi PdP yang berpusatkan aktivitiTeori pembelajaran ini memerlukan murid-murid untuk berinteraksi sosial antara satu sama lain. Murid yang aktif mencari pengetahuan akan dapat mencerna bahan secara kritis dan menguasai sesuatu. Untuk memenuhi keperluan pembelajaran, PdP yang menerapkan teori ini menekankan aspek penggunaan bahan atau aktiviti dalam setiap perancangan aktivitinya. Jean Piaget menyatakan pendidikan hanya memainkan peranan menghaluskan kemahiran dan ilmu yang telah sedua berada dalam struktur kognitif ( PKK ). Untuk memenuhinya, guru akan menggalakkan lebih banyak latihan dijalankan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan murid serta menambah pengetahuan baharu. Sebagai alternatif, guru menggalakkan muridnya untuk membuat perbincangan kumpulan yang akan membantu mereka mengenalpasti kefahaman masing-masing terhadap pengetahuan baru. Untuk menggalakkan lagi murid berfikir, sesi PdP yang dibuat menekankan aspek strategi pengajaran seperti soalan-soalan terbuka. Ini akan membantu murid menganalisis, mentafsir dan meramal pengetahuan yang telah dipelajari.KeburukanA ) Terlalu berfokus kepada pengetahuan lampauIsu perbezaan individu menjadi isu utama yang menjadi halangan kepada kejayaan setiap program yang dijalankan oleh guru. Perbezaan individu dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Hal ini akan mempengaruhi tahap kecerdasan seseorang murid dan juga menyebabkan berlakunya perbezaan individu yang ketara antara setiap murid. Perbezaan individu ini boleh diperhatikan berdasarkan beberapa perspektif iaitu aspek fizikal, kognitif, emosi, tingkah laku, sosial dan rohani ( PKK ). Perbezaan individu ini adalah sebahagian daripada aspek perkembangan murid. Oleh itu, disebabkan terdapat perbezaan dalam kalangan murid terutamanya dari aspek pengetahuan lampau. Apabila ada murid yang memiliki pengetahuan lampau yang kurang, mereka akan mudah kurang motivasi kerana tidak memiliki pengetahuan yang diperlukan dalam sesi PdP. Murid ini akhirnya tidak dapat menerima sesi PdP yang dijalankan. Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu. Teori SosialDalam teori pembelajaran sosial, manusia belajar menerusi tiga perspektif iaitu persekitaran, tingkahlaku dan individu. Albert Bandura ( 1925 ), manusia secara semula jadi belajar menerusi proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan ( MdA, noriati ). Manusia belajar menerusi penglihatan dan pendengaran. Manusia mudah belajar menerusi proses peniruan. Teori ini hampir sama dengan teori pelaziman operan iaitu berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Terdapat dua peniruan yang boleh dilakukan iaitu peniruan tingkah laku baik dan tingkah laku buruk. Namun, tujuan teori ini diaplikasikan dalam sesi PdP adalah untuk mengubah tingkah laku negatif dan mengekalkan tingkah laku baik.KebaikanA ) Belajar daripada persekitaranTeori ekologi Bronfenbrenner ( 1917 ) menjelaskan bahawa murid-murid mudah belajar daripada lima sistem ekologi iaitu hubungan dengan keluarga, sekolah, program, sosiobudaya dan pengalaman lampau ( PKK ). Teori ini menjelaskan bahawa manusia mudah belajar melalui persekitaran. Murid-murid akan mudah belajar menerusi proses peniruan. Guru menjalankan sesi PdP yang memfokus kepada perlakuan tingkah laku yang positif. Pengaplikasian teori ini memerlukan guru menunjukkan demonstrasi agar murid dapat meniru tingkah laku yang baik dan menyingkirkan tingkah laku negatif daripada dilakukan. Murid pula akan mengikut perbuatan dan tingkah laku yang diperkenalkan oleh guru dan diamalkan oleh rakan-rakan sebaya. Sesi PdP yang berbentuk penyelesaian konflik interpersonal yang dilaksanakan menjadikan murid lebih berdisiplin dalam kesemua aspek kehidupan selaras dengan apa yang telah dipelajari. Efikasi kendiri murid juga dapat untuk dipertingkatkan kerana murid telah yakin dengan konsep pembelajaran yang dibawa oleh guru. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti main peranan yang memerlukan murid membuat situasi dan menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Pendedahan awal ini akan menggalakkan tingkah laku positif dalam kalangan murid-murid. B ) Pembelajaran melalui modellingBandura (1986) telah mengenal pasti empat unsur utama yang membantu dalam proses pembelajaran permodelan iaitu pemerhatian , mengingati,reproduksi serta peneguhan dan motivasi ( PKK ). Empat unsur utama ini menjadi asas kepada konsep modelling ataupun konsep role model. Strategi ini memerlukan guru menunjukkan contoh yang baik kepada murid agar murid belajar sesuatu daripada yang telah dilihat. Pelaksanaan teori ini dalam PdP dapat dilihat apabila guru menunjukkan demonstrasi kepada murid-murid mengenai satu-satu jenis tingkah laku. Demonstrasi ini akan menjelaskan tingkah laku apa yang patut diikuti dan tingkah laku apa yang perlu diikuti. Guru juga menggunakan objek sebenar sebagai model untuk menjelaskan lagi konsep PdP. Hal ini akan membantu lagi murid untuk menambahkan pengetahuan sedia ada dan membuat perkara tidak diingini. Dengan itu, murid tersebut mungkin memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi ia mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi meransangkan dirinya untuk melakukannya. Sekiranya murid tersebut ingin mendapatkan peneguhan, murid tersebut mungkin lebih bersemangat untuk menghasilkan semula tingkah laku.Keburukan A ) Pembelajaran tidak secara holistikPembelajaran secara peniruan atau menerusi persekitaran kurang relevan untuk diaplikasikan sepenuhnya. Hal ini kerana, sesi PdP yang dijalankan boleh juga menyebabkan murid lebih melakukan tingkah laku negatif berbanding positif. Pembelajaran ini juga tidak dapat mengembangkan tahap kognitif atau pemikiran murid-murid kerana lebih kepada konsep peniruan dalam komponen tingkah laku atau perbuatan. Teori pembelajaran ini juga memerlukan murid untuk memiliki model sendiri untuk diikuti dan dicontohi. Sekiranya murid tersebut tersilap pilih model, maka murid tersebut akan menggalakkan lagi perbuatan negatif. Pembelajaran yang tidak menyeluruh dan hanya berfokus kepada prinsip perubahan tingkah laku tidak menjamin kualiti murid yang mampu untuk berfikir aras tinggi walaupun pengamalan tingkah laku positif adalah sesuatu yang baik. Teori HumanistikSecara ringkasnya, teori ini menjelaskan bahawa tujuan belajar itu adalah untuk memanusiakan manusia dan proses pembelajaran dianggap telah berjaya sekiranya murid memahami dirinya sendiri. Dalam konteks pendidikan, teori ini menekankan konsep sifat semulajadi untuk belajar. Carl Rogers ( 1902 87 ) menjelaskan bahawa pembelajaran pengalaman mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar. Lantaran itu, pembelajaran teori ini melibatkan perkembangan personal, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang ( MdA, noriati ). .Tujuan utama para guru dalam PdP adalah untuk membantu murid mengembangkan potensi dirinya, iaitu dengan membantu murid murid untuk mengenal diri mereka sendiri. Ini lebih dikenali sebagai proses kendiri. Murid perlu memahami bahawa mereka adalahmanusia yang unik dan ini akan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka.Kebaikan A ) Melayani perbezaan individuMurid dalam setiap kelas mempunyai kecerdasan yang berbeza mengikut cabang-cabang perkembangan diri. Pengalaman, minat dan bakat setiap murid juga pastinya berbeza. Di dalam kelas yang ramai murid, guru sukar untuk memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada setiap murid disebabkan faktor perbezaan murid. Namun, berdasarkan teori ini, guru perlu memahami perbezaan individu murid-muridnya. Maslow, keperluan kasih sayang murid perlu untuk dipenuhi ( MdA, Choong ). Guru tidak akan membeza-bezakan muridnya dan melayan secara sama rata. Akibatnya, murid yang bermasalah pembelajaran tidak akan ketinggalan dalam pembelajaran. Pembahagian kumpulan mengikut tahap kecerdasan amat penting untuk memudahkan setiap guru menjalankan PDP dengan berkesan. Latihan yang diberikan kepada setiap kumpulan adalah berbeza mengikut tahap kecerdasan. Ini adalah satu konsep yang amat ditekankan dalam pengaplikasian teori humanistik dalam sesi PdP. Guru akan memenuhi keperluan asas murid terlebih dahulu sebelum memulakan sesi PdP. Ini amat penting agar semua murid merasa semangat untuk belajar dan menelaah ilmu.B ) Memberi peluang murid mengembangkan potensi diriPengaplikasian teori ini menggalakkan murid untuk berkomunikasi secara aktif dengan guru untuk membolehkan guru mengesan keperluan-keperluan yang diperlukan oleh murid sebelum memulakan sesuatu sesi PdP. Ini sekaligus akan mampu membantu guru mengesan kekuatan dan kelemahan yang perlu diatasi oleh murid. Setelah itu, guru akan dapat melaksanakan pembelajaran yang dapat meransangkan minat dan keperluan asas murid. Pemilihan strategi pembelajaran yang berkesan akan dapat memperkembangkan potensi diri murid-murid. Hal ini kerana prinsip teori ini adalah berfokuskan kepada minat dan keperluan murid-murid. Untuk itu, guru menyediakan Alat Bantu Mengajar ( ABM ) atau Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) untuk melaksanakan aktiviti PDP yang dijalankan. Penggunaan ABM dan BBM yang pelbagai boleh meransangkan minat murid dan seterusnya pasti akan berupaya untuk mengatasi masalah perbezaan dalam kalangan murid. Seterusnya, perancangan kepelbagaian bentuk penilaian. Guru akan berupaya untuk mengenal pasti kebolehan dan potensi setiap murid. Minat setiap murid adalah berbeza, jadi guru menyediakan PDP yang mampu membuatkan murid berusaha untuk memperkembangkan potensi diri sendiri.KeburukanA ) Kebebasan yang diberikan akan disalahgunakanTeori pembelajaran ini menekankan konsep kebebasan dalam PdP. . Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Apabila guru mengarahkan murid untuk membuat aktiviti dalam bentuk kumpulan, kebebasan yang diberikan akan disalah ertikan oleh murid. Mereka akan menjadi bebas berbual serta tidak mahu untuk menjalankan kerjasama dengan ahli kumpulan. Ada kemungkinan mereka ini akan membuat kacau di dalam kelas dengan mengganggu rakan yang lain. Apabila kebebasan yang diberikan disalahguna, pelaksanaan PdP menjadi tidak berkesan kerana murid tidak belajar apa apa daripada sesi yang telah dijalankan. Ini sekaligus akan merencatkan tahap kognitif murid-murid. Ini memberikan kesan keatas kesediaan pembelajaran murid-murid dan pencapaian murid boleh merudum sekiranya tidak diatasi. KesimpulanTerdapat banyak teori yang boleh diaplikasikan dalam sesi PdP di sekolah. Perbezaan individu adalah cabaran paling besar yang dihadapi oleh setiap guru disekolah kerana setiap murid pastinya memiliki tahap kecerdasan yang berbeza dan tidak sama antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi tahap sosial, kognitif dan sebagainya. Kesemua teori ini adalah saling berkait rapat dan saling melengkapi antara satu sama lain. Masalah -masalah dalam pembelajaran akan mengganggu kelancaran PdP yang ingin dijalankan oleh guru di kelas. Untuk itu, pelbagai strategi berdasarkan kesemua teori ini perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap murid menerima pendidikan yang sama rata selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ). Setiap teori memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing. Sewajarnya guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam kalangan murid disekolah untuk memudahkan aktiviti PDP. Ini akan membantu mencari teori yang sesuai bagai mengatasi masalah yang dihadapi. Hal ini adalah untuk memberikan maslahat kepada semua pihak terutamanya bagi anak murid. Yang paling penting ialah, objektif PdP terlaksana dan murid berjaya.