EDU PPG

34
1.0 PENDAHULUAN Cabaran dalam sesebuah organisasi hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan wadah dan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi. Kebolehan memimpin dapat membantu pihak pengurusan sesebuah organisasi meningkatkan mutu disiplin dan ketrampilan warga organisasi. Kepimpinan merupakan satu aktiviti pengurusan yang selalu diperkatakan dalam mana-mana juga institusi atau organisasi. Pemimpin biasanya diharapkan dapat memainkan peranan yang efektif dalam berbagai aspek termasuk merancang, berkomunikasi, membuat keputusan, mengawal serta mengendalikan konflik. Manakala para pentadbir pula, selalu melihat diri mereka sebagai mempunyai keupayaan untuk mengalih panduan organisasi yang mereka pimpin. Mereka menerima kedudukan baru dengan harapan akan memperbaiki masalah yang dihadapi oleh pentadbir sebelumnya (Aminuddin, 1994). Konklusinya, Kepimpinan boleh dinyatakan sebagai satu konsep yang merangkumi keseluruhan tanggungjawab pentadbiran atau pengurusan 1.1 KEPIMPINAN PENDIDIKAN Soal kepimpinan dalam pentadbiran pendidikan, sememangnya tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dalam pendidikan masa kini membayangkan keinginan individu, masyarakat dan negara untuk berubah. Pengurusan pendidikan adalah satu lapangan ikhtisas. Lapangan ikhtisas bermakna bidang kerja yang berdasarkan kepada ilmu yang mendalam dan memerlukan pengamal- pengamalnya menjalani pendidikan atau latihan formal yang agak panjang untuk membolehkannya mengamalkannya bidang ikhtisas itu. Satu perbezaan yang jelas di antara bidang ikhtisas yang lain ialah penyelesaian masalah dalam pengurusan pendidikan dipengaruhi secara langsung oleh berbagai faktor di luar bidang kuasa pengurus pendidikan itu sendiri dan faktor-faktor di luar ini perlu diambil kira secara langsung kerana ianya mempunyai implikasi yang terus kepada penyelesaian masalah di dalam proses pendidikan itu 1

description

ILMU PENDIDIKAN

Transcript of EDU PPG

Page 1: EDU PPG

1.0 PENDAHULUAN

Cabaran dalam sesebuah organisasi hari ini memerlukan daya kepimpinan

yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan wadah dan hala tuju

yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan amat diperlukan dalam sesebuah

organisasi. Kebolehan memimpin dapat membantu pihak pengurusan

sesebuah organisasi meningkatkan mutu disiplin dan ketrampilan warga

organisasi.

Kepimpinan merupakan satu aktiviti pengurusan yang selalu

diperkatakan dalam mana-mana juga institusi atau organisasi. Pemimpin

biasanya diharapkan dapat memainkan peranan yang efektif dalam berbagai

aspek termasuk merancang, berkomunikasi, membuat keputusan, mengawal

serta mengendalikan konflik. Manakala para pentadbir pula, selalu melihat diri

mereka sebagai mempunyai keupayaan untuk mengalih panduan organisasi

yang mereka pimpin. Mereka menerima kedudukan baru dengan harapan

akan memperbaiki masalah yang dihadapi oleh pentadbir sebelumnya

(Aminuddin, 1994). Konklusinya, Kepimpinan boleh dinyatakan sebagai satu

konsep yang merangkumi keseluruhan tanggungjawab pentadbiran atau

pengurusan

1.1 KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Soal kepimpinan dalam pentadbiran pendidikan, sememangnya tidak

dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dalam pendidikan

masa kini membayangkan keinginan individu, masyarakat dan negara

untuk berubah.

Pengurusan pendidikan adalah satu lapangan ikhtisas.

Lapangan ikhtisas bermakna bidang kerja yang berdasarkan kepada

ilmu yang mendalam dan memerlukan pengamal-pengamalnya

menjalani pendidikan atau latihan formal yang agak panjang untuk

membolehkannya mengamalkannya bidang ikhtisas itu. Satu

perbezaan yang jelas di antara bidang ikhtisas yang lain ialah

penyelesaian masalah dalam pengurusan pendidikan dipengaruhi

secara langsung oleh berbagai faktor di luar bidang kuasa pengurus

1

Page 2: EDU PPG

pendidikan itu sendiri dan faktor-faktor di luar ini perlu diambil kira

secara langsung kerana ianya mempunyai implikasi yang terus kepada

penyelesaian masalah di dalam proses pendidikan itu sendiri. Ini

bermakna kejayaan lapangan ikhtisas pendidikan adalah bergantung

kepada faktor-faktor di dalam masyarakat. Guru besar merupakan

pengamal di dalam bidang pengurusan pendidikan mestilah mengambil

kira faktor-faktor ini secara langsung sekiranya beliau ingin menjadi

seorang pengurus yang berjaya.

Menurut Hussien (1993), kepemimpinan pengetua yang

bercorak reaktif atau semata-mata memainkan peranan sebagai

penjaga sekolah, menumpukan perhatian kepada tugas bukan

profesional, adalah tidak sesuai sama sekali. Lebih-lebih lagi peranan

tersebut tidak dpat menangani cabaran yang dibawa atau dihasilkan

oleh inovasi.

Pengetua yang berkesan adalah seorang yang boleh menerajui

sekolah ke arah kecemerlangan. Dalam kajian Howell (1981) lebih

banyak masa yang ditumpukan oleh pengetua terhadap kerja-kerja

bukan pengajaran daripada pengajaran di sekolah-sekolah. Dalam

kajian Croff (1968) mendapati bahawa hanya 50% daripada guru di

sesebuah sekolah pernah melihat pengetua mengajar dan menyelia,

selebih itu pengetua menumpukan kerjanya terhadap hal-hal disiplin

dan kerja-kerja pentadbiran yang lain.

1.2 PANDANGAN SARJANA

1.2.1 Fred Edward Fiedler

Fred edward Fiedler merupakan pengasas kepada teori

kontigensi. Daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh Fiedler,

beliau merumuskan bahawa kepemimpinan yang berkesan

tertakluk kepada kesepadanan di antara dua variasi iaitu gaya

kepemimpinan dan tahap sokongan persekitaran. Tingkah laku

pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan ataupun

2

Page 3: EDU PPG

perhubungan antara manusia dan diperjelaskan dalam tiga

dimensi.

Beliau juga mengenal pasti dua ciri utama hasil daripada

analisis beliau tentang kepelbagaian definisi kepimpinan iaitu

keupayaan menjana rasa hala tuju dan keyakinan dalam

kalangan pengikutnya. Ciri yang kedua ialah mempengaruhi

pengikut ke arah mencapai matlamat.

1.2.2 Hersey dan Blanchard

Kedua-dua tokoh ini telah menggabungkan dan meluaskan idea

Grid Pengurusan Blake and Mouton serta Model Kontinjensi

Fiedler. Keberkesanan pemimpin berasaskan situasi. Terdapat

empat gaya kepemimpinan yang diutarakan oleh mereka, iaitu

gaya memberitahu, menjual, mengambil bahagian dan

menurunkan tanggungajwab. Penggunaan gaya kepemimpinan

yang berbeza-beza perlu disepadankan dengan tahap

kematangan ahli dalam kumpulannya.

Tahap kematangan ahli ditafsirkan berdasarkan dua

aspek yang khusus iaitu kematangan psikologikal iaitu

keyakinan, kebolehan dan kesediaan ahli untuk menerima

tanggungjawab yang diberikan. Seterusnya ialah kematangan

pengendalian tugas, iaitu kemahiran dan pengetahuan teknikal

yang dimiliki.

1.2.3 Tom Peters Dan Nany Austin

Menurut Tom Peters dan Nany Austin dalam bukunya A.

Passion For Excellence (1985) kepimpinan bererti “vision,

cheerleading, ethusiasm, love, trust, verve, passion, obsession,

consistency, the use of symbols paying attentons illustrated by

the content of on one’s calendars, out and out drama (the

management thereof) creating henoes at all levels, coaching

effectively wandering around and naerous other things”

3

Page 4: EDU PPG

Mereka menyatakan bahawa kepemimpinan mempunyai

makna yang luas. Kepimpinan dianggap sebagai proses untuk

mengarahkan dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti anggota

kelompok.

2.0 TEORI KEPIMPINAN

2.1 TEORI TRADISIONAL - TEORI TINGKAH LAKU

Teori tingkah laku memberikan tumpuan kepada bagaimana pemimpin

bertingkah laku dalam proses kepemimpinan. Teori tingkah laku

merupakan pengarah dominan dalam kajian kepemimpinan yang

berjaya merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau dipelajari

secara formal dan tidak formal.

Antara teori tingah laku ialah Teori X dan Teori Y oleh Douglas

Mcgregor (1960). Teori X dan Teori Y mewakili perbezaan dalam cara

seseorang pemimpin beranggapan terhadap stafnya dalam sesebuah

organisasi. Dalam teori X, pemimpin beranggapan stafnya

dimotivasikan oleh wang ringgit, malas dan akan mengelakkan tugas

kecuali dipaksa, tidak akan memberikan kerjasama kecuali diarahkan

dan dikawal. Dengan demikian, pemimpin akan bertingkah laku lebih

autokratik, bertindak mengarah dan mengawal stafnya dalam proses

kerja. Selagi pemimpin bertingkah laku atas andaian Teori X,

organisasi tidak akan mempunyai ruang dan peluang untuk stafnya

memaksimumkan kebolehan dan potensi mereka.

Pemimpin Teori Y beranggapan stafnya sebagai rajin, melihat

kerja sebagai suatu perkara semula jadi seperti bermain atau

beristirehat akan memupuk kerjasama, bercita-cita tinggi dan

mempunyai sikap positif terhadap kerja. Pekerja sememangnya

mencari dan mahukan tanggungjawab kerana sifat itu membawa

kepuasan kepada dirinya. Oleh yang demikian, pemimpin akan

mengurangkan kawalan malah mengupayakan mereka (empower)

dalam pelaksanaan tugas.

4

Page 5: EDU PPG

Guru besar menggunakan teori tingkah laku iaitu teori Y. Semua

guru di sekolah dianggap melaksanakan kerja dengan penuh komited

dan jujur. Dari segi kokurikulum, guru besar menyerahkan sepenuhnya

kepada guru penolong kanan kokurikulum dan juga setiausaha

kokurikulum untuk menyelia aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebagai

langkah penilaian, laporan perlu dihantar dan ditandatangani oleh guru

besar bagi mengesahkan gerak kerja guru di sekolah.

2.2 TEORI SITUASI – TEORI SITUASI HERSEY DAN BLANCHARD

(1977)

Satu model gaya kepimpinan yang mengikut kepada situasi orang

bawahan dengan membahagikan gaya kepimpinan kepada empat

dimensi, iaitu gaya kepimpinan memberitahu, menjual, penyertaan dan

penyerahan tugas. Pemimpin yang bijak akan memilih gaya yang

bersesuaian dengan situasi semasa dan kemampuan kumpulannya.

Tetapi tidak ada satu gaya yang dianggap sebagai terbaik kerana ia

bergantung pada situasi, pengalaman pengikut dan tugas yang perlu

dilaksanakan.

Gaya kepimpinan memberitahu adalah gaya kepimpinan yang

dikatakan pemimpin yang tidak mempercayai orang bawahannya dan

banyak memberi arahan kepada orang bawahan untuk melakukan

segala sesuatu yang perlu dilakukan tanpa melihat hubungan antara

pemimpin dengan orang bawahannya. Gaya kepimpinan menjual

menunjukkan hubungan tinggi dari segi penyelesaian masalah dan

hubungan dengan orang bawahan adalah rapat sebagai satu

organisasi. Pemimpin akan menerangkan lebih lanjut tentang

pendapatnya mendapat sokongan daripada pengikut.

Gaya kepimpinan menyertai dilihat dengan perilaku pemimpin

yang lebih banyak memfokuskan perhatian pada kualiti hubungan dan

kurang memperhatikan penyelesaian tugas-tugas. Gaya kepimpinan

menyerahkan tugas menunjukkan peningkatan kepercayaan yang

tinggi dari pemimpin terhadap orang bawahannya dan memberikan

5

Page 6: EDU PPG

kepercayaan orang bawahan untuk melakukan tugasnya sendiri

dengan sedikit pengarahan.

Guru besar sekolah ini dilihat menggunakan teori situasi ini

pada bahagian gaya kepimpinan menyerahkan tugas kepada semua

guru. Dengan menggunakan surat hebahan dan juga perjumpaan

secara dua mata, guru besar menyatakan kerja dan menyerahkan

tugasan kepada guru. Contohnya bagi setiap pengajaran matematik,

guru besar mengarahkan setiap guru matematik menjalankan aktiviti

petak seratus bagi meningkatkan daya kiraan murid-murid.

Gaya kepimpinan menjual juga dilaksanakan oleh guru besar.

Contoh yang paling hampir ialah hubungan guru besar bersama

kumpulan guru UPSR sekolah. Perbincangan secara berkala

mengenai program dan juga penunjuk prestasi murid menjadikan

kumpulan ini dilihat sebagai kumpulan yang kuat untuk mendapatkan

keputusan UPSR yang cemerlang.

2.3 TEORI SEMASA - KEPIMPINAN MORAL

Kepemimpinan moral memberikan perhatian kepada nilai dan etika

pemimpin di mana pengunaan kuasa dan pengaruh adalah atas

pertimbangan yang baik dan benar. Sergiovanni (1992) mendefinisikan

kepemimpinan moral sebagai suatu bentuk bimbingan yang

memotivasikan orang lain melalui prinsip-prinsip dan pegangan nilai

yang terpuji. Unsur-unsur moral harus disebatikan dalam cara hidup

seseorang pemimpin moral. Pemimpin sekolah harus mempamerkan

nilai etika yang boleh dicontohi oeh pelajar, ibu bapa dan komunitinya.

Nilai moral sememangnya sangat penting bagi seorang

pemimpin. Seorang pemimpin dilihat sebagai seorang yang sempurna

bagi orang dibawahannya. Manusia tidak ada yang sempurna namun

sebagai seorang pemimpin mereka harus memberikan yang terbaik

kepada orang di bawah jagaan mereka.

Guru besar di sekolah merupakan seorang yang disegani oleh

guru-guru lain di dalam daerah Besut. Sebagai seorang panel bahasa

melayu penulisan, beliau menunjukkan sifat pemimpin yang baik dari

6

Page 7: EDU PPG

segi moral dan juga berdisiplin. Bermula dengan penonjolan diri

sebagai seorang kakitangan awam, pemakaian guru besar sangat

kemas dan sentiasa bertali leher. Sikap dan percakapan yang jelas

serta berbudi bahasa menjadikan guru besar semakin disegani dan

guru-guru di sekolah sangat menghormati beliau.

2.4 BENTUK KEPIMPINAN GURU DI MALAYSIA

“The term teacher leadership refers to...skills demonstrated by

teachers who continue to teach students but also have an influnce taht

extends beyond their own classrooms to others within their own school

and elsewhere (Danielson, 2006 : 12)

Danielson melihat kepimpinan guru sebagai himpunan

kemahiran pada seseorang guru yang selain daripada mengajar ada

mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama

ada di dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan guru ini

menggerakkan guru-guru lain bagi meningkatkan prestasi sekolah,

khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menurut pandangan tradisional, kerja guru dilihat sebagai pasif

di mana guru akan menunggu arahan dan tunjuk ajar dari pihak atasan

sebelum dia bertindak. Maka, penggubalan kurikulum dibuat oleh

pakar manakala guru cuma akan melaksanakannya sahaja. Selain itu,

guru seolah-olahnya tidak mempunyai halatuju sendiri dan mesti

mengharapkan pengetua membekalkan halatuju tersebut.

Dari sudut pandangan kepimpinan guru, bidang kegururan

dilihat sebagai kerja profesional di mana pihak guru dibantu dalam

pelaksanaan tugasnya oleh hasil kajian dan maklumat. Guru pemimpin

juga membina perkongsian bestari dengan guru-guru lain dan pakar-

pakar dalam bidang tertentu. Contohnya, seorang guru Biologi boleh

mendapat bantuan kepakaran daripada personel kesihatan, pengawai

teknikal di Jabatan Alam Sekitar dan Ekologis di Taman Botanika.

Di sekolah-sekolah negara ini, guru-guru yang banyak dari segi

pengalaman dan tempoh perkhidmatan akan dilantik sebagai ketua

panitia mata pelajaran. Kepimpinan golongan guru ini sangat penting

7

Page 8: EDU PPG

untuk meningkatkan pengurusan dan prestasi mata pelajaran

berkenaan. Panitia mata pelajaran merupakan badan ikhtisas yang

dianggotai semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di

sesebuah sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986 : Panitia Mata

Pelajaran menyatakan peranan dan fungsi ketua panitia. Implikasinya

ialah ketua panitia adalah seorang guru yang mahir dalam pengurusan

akademik dan mampu memimpin rakan-rakan guru yang mengajar

subjek yang sama dengannya.

3.0 PERLAKSANAAN PROGRAM DI SEKOLAH

3.1 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Latihan dalam perkhidmatan adalah salah satu program kemajuan staf

bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan pendidikan keguruan

secara profesional, cekap dan berkesan agar para pendidik sentiasa

berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru

(FPG), Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Perancangan, Pengurusan Dan Perlaksanaan

Pengenalan Program

Latihan dalam perkhidmatan yang telah dilaksanakan di sekolah ialah

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB). Pelan ini

adalah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia

ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme

berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta

memperkasa profesion keguruan.

Rasional Program

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua guru dan

kakitangan sekolah mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia.

8

Page 9: EDU PPG

Visi

Visi program ialah memberi latihan berterusan yang berkualiti, kemas

kini dan berterusan ke arah meningkatkan kecemerlangan

profesionalisme keguruan.

Carta Organisasi

Penasihat

Tuan Haji Saidi Bin Jusoh

(Guru Besar)

Pengerusi

Puan Hajah Hapisah Bt Hamzah

(Penolong Kanan 1)

Naib Pegerusi

Encik Amran Bin Ibrahim

(Penolong Hal Ehwal Murid)

Setiausaha

Encik Ahmad Roslee bin Mohamad

Naib Setiausaha

Encik Mohd Nizam

Penyediaan Tempat Dan Sistem Pa

Cik Wan Hasnawati Aida

Encik Zaidi Bin Haron

Peserta Kursus

Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Seri Payong

9

Page 10: EDU PPG

Jadual Program

I

I

10

Slot/Masa Aktiviti Penceramah

1.30pm –

2.00pm

Peranan dan

tanggunjawab guru

Hajah Hapisah Bt Hamzah

(Guru Penolong Kanan 1)

2.00pm –

3.00pm

Penataran Pelan

Pembangunan

Profesionalisme

Berterusan

Tuan Haji Saidi Bin Jusoh

(Guru Besar)

3.00pm –

3.30pm

Penyediaan Portfolio

Individu guru

Hajah Hapisah Bt Hamzah

(Guru Penolong Kanan 1)

Page 11: EDU PPG

Kursus ini dimulakan dengan penerangan oleh penolong kanan

pentadbiran iaitu Puan Hajah Hapisah Hamzah mengenai peranan dan

tanggungjawab. Beliau juga menerangkan mengenai penataran pelan ini yang

mempunyai 6 bahagian utama. Antara subtajuk yang diterangkan oleh beliau

ialah skop kerja guru dan juga sasaran kerja tahunan. Beliau juga

mengingatkan kepada semua guru untuk menyediakan fail untuk simpanan

rekod dan juga bahan kursus. Dalam bahagian B pula, guru-guru diterangkan

mengenai apakah sebenarnya pelan pembangunan profesional. Skop yang

ditekankan ialah matlamat masa hadapan yang ingin dicapai oleh guru sama

ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Seterusnya ialah guru

perlu bijak dan kreatif dalam menyediakan aktiviti tambahan bagi

penambaikan sesuatu program yang dijalankan. Semua guru juga diingatkan

supaya menyertai semua aktiviti yang melibatkan Pelan Pembangunan

Profesionalisme Berterusan.

Guru besar mengambil alih kursus dengan menerangkan bahagian C

sehingga bahagian F. Bahagian C merupakan sumbangan guru kepada

organisasi atau kepada profesion keguruan. Sumbangan yang kecil juga

dikira sebagai proses peningkatan yang ditunjukkan oleh guru. Setiap guru

perlu peka dan tahu mengenai bidang tugas masing-masing. Guru juga

seboleh-bolehnya memberikan sumbangan kepada pihak kementerian dan

juga jabatan pelajaran negeri.

Setiap gerak kerja yang disediakan oleh guru perlu dibukukan supaya

dapat dijadikan sebagai panduan untuk menjalankan tugasan sepanjang

tahun. Perancangan ini harus dilakukan sendiri oleh setiap guru bagi

memastikan gerak kerja dilakukan mengikut kemampuan dan juga bidang

masing-masing. Kelonggaran ini diberikan oleh guru besar supaya guru tidak

terlalu terikat dengan tugasan yang bukan di dalam bidang mereka. Guru

besar mengambil pendekatan dalam teori situasi dan ini memudahkan guru-

guru di sekolah.

Sebelum memulakan sesi seterusnya, guru besar berbesar hati

menyediakan sedikit jamuan bagi semua guru yang hadir kursus pada hari

tersebut. Jamuan ini disediakan bertujuan bagi menarik minat guru untuk

terus bersemangat menjalani kursus.

11

Page 12: EDU PPG

Seterusnya pada bahagian E menerangkan bahawa setiap kerja yang

cemerlang akan diberikan anugerah pencapaian oleh pihak jabatan. Penat

lelah guru akan dihargai oleh pihak jabatan dan disebabkan bilangan guru

yang ramai, guru yang betul-betul menonjolkan diri akan lebih dipandang.

Sehubungan dengan itu, guru besar menggunakan pendekatan teori

transactional dengan menjanjikan habuan bagi guru yang komited dan

memperlihatkan hasil yang baik sepanjang tahun 2015.

Bahagian F iaitu bahagian yang terakhir juga ditekankan oleh guru

besar. Bahagian F merupakan penilaian ini merupakan bukti daripada guru

untuk ditunjukkan kepada nazir atau pengawai dari kementerian yang hadir.

Borang penilaian juga akan diberikan oleh pihak pentadbir untuk diletakkan di

dalam fail diri guru masing-masing. Penerangan yang jelas oleh guru besar

mempercepatkan masa kursus dan sesi tambahan dapat dilakukan.

Sesi tambahan yang dimaksudkan ialah sesi soal jawab di antara guru

besar dan guru. Sesi ini dinamakan sebagai dialog profesional telah

dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Banyak soal jawab

mengenai tugasan guru dan juga objektif sebenar pelan ini dilaksanakan.

Impak Kursus Kepada Guru

Pelan pembangunan profesonalisme berterusan merupakan rentetan

daripada pelan pembangunan pendidikan malaysia. Setiap guru perlu proaktif

dalam setiap perkara yang diceburi oleh mereka.

Guru di zaman kini menghadapi pelbagai cabaran dari segi teknik

pengajaran yang terbaru dan juga sukatan yang terkini. Seorang guru perlu

melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan kebolehan bagi

menampung apa yang ingin dicapai oleh pihak kementerian. Program ini

merupakan salah satu perkara yang boleh membantu guru menjadi guru yang

serba boleh. Segala gerak kerja guru juga boleh dinilai berdasarkan rekod

yang disimpan.

Guru-guru juga dilihat lebih bersedia dengan adanya latihan-latihan

seperti ini. Latihan ini sebenarnya memberi panduan dan pengetahuan

kepada guru terutamanya kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat

sebagai guru.

12

Page 13: EDU PPG

Pendekatan Kepimpinan Oleh Guru Besar

Guru besar memandang serius mengenai Pelan Pembangunan

Profesionalisme Berterusan ini kerana ianya melibatkan prestasi dan

pencapaian guru. Latihan ini segera dilakukan bagi membantu guru

menyelesaikan penyediaan fail. Ini juga akan memudahkan dari pihak guru

besar apabila sekolah dipantau oleh pihak nazir atau jabatan.

Guru besar sekolah dilihat menggunakan teori situasi ini pada

bahagian gaya kepimpinan menyerahkan tugas kepada semua guru. Dengan

menggunakan surat hebahan dan juga perjumpaan secara dua mata, guru

besar menyatakan kerja dan menyerahkan tugasan kepada guru. Contohnya

bagi setiap pengajaran matematik, guru besar mengarahkan setiap guru

matematik menjalankan aktiviti petak seratus bagi meningkatkan daya kiraan

murid-murid.

Gaya kepimpinan menjual juga dilaksanakan oleh guru besar. Contoh

yang paling hampir ialah hubungan guru besar bersama kumpulan guru

UPSR sekolah. Perbincangan secara berkala mengenai program dan juga

penunjuk prestasi murid menjadikan kumpulan ini dilihat sebagai kumpulan

yang kuat untuk mendapatkan keputusan UPSR yang cemerlang.

Kekuatan

Objektif kursus yang ingin dicapai oleh pihak pentadbir dilihat berjaya dengan

jawapan refleksi yang diterima setelah tamat kursus. Setiap kursus yang

dijalani oleh guru akan diminta menulis sedikit refleksi mengenai kefahaman

mereka. Guru besar juga berharap semua guru dapat menyahut Pelan

Pembangunan Profesionalisme Berterusan ini sebagai satu panduan dan

petunjuk prestasi guru masing-masing.

Kesimpulan Dan Penambahbaikan

Latihan dalam perkhidmatan pula memerlukan lebih banyak penambahbaikan

dari segi penyampaian. Penggunaan bahan media perlu digunakan di masa

hadapan bagi memudahkan guru-guru membaca sendiri kandungan bahan

13

Page 14: EDU PPG

yang ada. Penerangan daripada guru besar menjadikan guru kurang fokus

dan ada sebilangan guru yang mengantuk. Persembahan media menjadikan

guru lebih fokus apabila dapat membaca sambil mendengar daripada guru

besar.

3.2 TEMU MURNI TAHUN 6

Majlis temu murni merupakan salah satu perkara yang diutamakan

oleh guru besar di sekolah ini. Penglibatan ibu bapa di sekolah

merupakan perkara yang ditekankan oleh pihak pengurusan sekolah.

Hal ini selari dengan 11 anjakan yang termaktub di dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Anjakan yang ke

sembilan iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor

swasta secara meluas.

Perancangan, Pengurusan Dan Perlaksanaan

Pengenalan Program

Program temu murni dan ceramah motivasi keibubapaan adalah

progrma yang diadakan setipa tahun. Ianya bertuhuan yntuk memberi

laluan kepada ibu bapa bertemu muka dengan semua guru yang

mengajar di tahun 6 dan bersoal jawab tentang prestasi akademik

anak-anak mereka. Penceramah luar dipanggil khas untuk memberi

oendedahan tentang cara-cara yang berkesan untuk mendidik dan

memantau anak-anak khususnya.

Objektif

1. Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru-guru dan ibu bapa

murid tahun 6.

2. Mengamalkan buaya penyayang dan saling menghargai antara

satu sama lain.

14

Page 15: EDU PPG

3. Ibu bapa dapat bertukar-tukar idea dan endapat dan berbincang

menegani permasalahan anak-anak.

Carta Organisasi

Penasihat

Tuan Haji Saidi Bin Jusoh

(Guru Besar)

Pengerusi

Puan Hajah Hapisah Bt Hamzah

(Penolong Kanan 1)

Naib Pegerusi 1

Encik Amran Bin Ibrahim

(Penolong Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2

Encik Ahmad Khairi bin Jusoh

(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha

Encik Zaidi bin Haron

(Guru Bimbingan)

Bendahari

Tuan Hj Nizam bin Daud

(Penyelaras UPSR)

Penyediaan Tempat Dan Sistem Pa

Suhaimi Bin Zakaria

Ahmad Roslee Bin Mohamad

15

Page 16: EDU PPG

Makan Dan Minum

Rossalmi Bt Zarawi

Noraini Bt Yaacob

Jemputan

Mohd Safwan Bin Ibrahim

Cenderahati

Wan Rosenani Bt Wan Daud

Pendaftaran

Siti Halijah Bt Mohamod

Zilawati Bt Salleh

Siaraya

Shukry Bin Mohamed Zain

Dokumentasi Dan Publisiti

Cik C.Wan Hasnawati Aida

Bacaan Doa

Mohd Zaki Bin Shafie

Pengerusi Majlis

Zaidi Bin Haron

Pemplet

Zaidi Haron

Peserta Kursus

Guru-Guru UPSR Sekolah Kebangsaan Seri Payong

Ibu Bapa Murid Tahun 6

Murid Tahun 6

16

Page 17: EDU PPG

Tentatif Program

Masa / Waktu Program

9.30 A.M Program Temu Murni bersama

guru-guru mata pelajaran.

10.30 A.M Ucapan alu-aluan Tuan Guru

Besar

11.00 A.M Ceramah Motivasi Keibubapaan

Oleh : Ustaz Kamarudin Bin Mat

Sharil (Unit Dakwah Dan Nasyid

Pejabat Agama Daerah Besut)

12.30 P.M Soal Jawab

12.45 P.M Bersurai

Jawatankuasa UPSR Sekolah Kebangsaan Seri Payong

telah mengadakan Majlis Temu Murni Tahun 6 yang melibatkan guru-

guru, Murid Tahun 6 serta para ibu bapa. Program ini adalah bagi

mencambahkan lagi usaha dan komitmen para ibu bapa serta murid

tahun 6 sendiri dalam mencipta kejayaan anak masing-masing.

Pertemuan dua hala ini diadakan di Dewan Terbuka SKSP dengan

membentangkan prestasi TOV murid tahun 6 serta merangka gerak

kerja serta kerjasama dua hala pihak sekolah dan ibu bapa.

17

Page 18: EDU PPG

Objektif program ini dijalankan adalah untuk membincangkan

masalah atau kekurangan yang ada pada sistem pembelajaran di

sekolah. Selain itu, guru mata pelajaran boleh berjumpa dengan ibu

bapa murid bagi membincangan mengenai prestasi peperiksaan TOV

pada bulan Februari yang lalu. Selain itu, guru dapat mengenali murid

mereka dengan lebih dekat dan tahu mengenai aktiviti mereka

dirumah. Tujuan lain ialah pihak sekolah ingin memohon kerjasama

daripada semua ibu bapa agar dapat membantu guru memantau

pembelajaran anak mereka di rumah. Penyediaan ruang pembelajaran

di rumah dilihat sebagai satu perkara utama yang harus disediakan

oleh ibu bapa.

Perjalanan program berjalan dengan lancar. Sesi pertama

merupakan sesi ibu bapa bertemu dengan guru mata pelajaran di

dalam kelas tahun 6 iaitu kelas murid masing-masing. Kehadiran ibu

bapa di sekolah dapat memberikan guru lebih ruang untuk mengenali

murid mereka dengan lebih baik. Perbincangan ini turut disertai oleh

guru besar kerana beliau merupakan salah seorang panel pembuat

soalan dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan.

Ibu bapa bergilir untuk berjumpa dengan guru mata pelajaran

bagi membincangkan prestasi anak mereka. Semasa perjumpaan ini

juga, guru mata pelajaran menyerahkan kad atau buku kemajuan

murid kepada ibu bapa yang hadir. Antara masalah utama yang

dihadapi oleh murid ialah kekurangan bahan latihan dan juga sumber

rujukan. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa tidak bersedia

sewaktu TOV dijalankan. Perbincangan secara profesional antara guru

dengan ibu bapa telah melahirkan beberapa idea yang menarik untuk

dijadikan sebagai cara untuk mengatasi masalah yang timbul. Suasana

positif dapat diwujudkan ketika sesi ini berlangsung.

Sesi kedua diteruskan pada jam 11.00 pagi di Dewan Seri

SKSP. Sesi kedua ini merupakan ceramah motivasi kepada ibu bapa,

murid serta semua guru UPSR tahun 2015. Sesi ini dimulakan dengan

motivasi yang disampaikan oleh guru besar. Dalam ucapan beliau

tersebut, mengingatkan kepada semua guru supaya memberikan

100% dalam mendidik murid dan sentiasa berfokus bagi membantu

18

Page 19: EDU PPG

murid tahun 6 mencaai kejayaan di dalam UPSR. Pesanan juga

diberikan kepada ibu bapa yang hadir bagi sama-sama memantau

pergaulan, aktiviti serta pendidikan anak-anak di rumah. Ibu bapa perlu

mewujudkan suasana pembelajaran di rumah dengan menyediakan

satu sudut bacaan atau ruang pembelajaran di dalam rumah. Selain

itu, penggunaan telefon pintar di kalangan murid akan merencatkan

perkembangan mereka dari segi sosial. Sepatutnya perbincangan

secara sihat perlu dijalankan oleh mereka bagi memenuhi masa

lapang. Ingatan dan semangat telah diberikan oleh guru besar dengan

menjadikan anak beliau yang sudah berjaya menjadi seorang doktor

perubatan sebagai contoh kepada murid-murid tahun 6. Kejayaan

sangat bernilai dan memerlukan pengorbanan serta usaha yang

berterusan.

Motivasi kepada ibu bapa dan murid dteruskan dengan

penceramah yang dijemput khas daripada Pejabat Agama Daerah

Besut. Ceramah yang disampaikan oleh beliau sangat menyentuh hati

sebagai seorang ibu dan juga bapa. Tidak dilupakan juga

tanggungjawab seorang anak untuk berbakti kepada orang tua mereka

kelak. Sebagai seorang murid dan anak, perkara yang paling utama

ialah mendengar teguran yang diberikan supaya sentiasa hidup dalam

panduan.

Setelah selesai majlis motivasi, guru besar berbesar hati

menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang mendapat keputusan

yang cemerlang di dalam TOV baru-baru ini. Hadiah ini juga bertujuan

memberi semangat kepada murid-murid yang lain untuk berusaha

mencapai keputusan yang cemerlang kelak.

Impak Kursus Kepada Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan tunjang utama dalam menentukan kejayaan

anak-anak mereka disekolah. Sokongan dan dorongan sangat

diperlukan oleh setiap anak. Namun, ibu bapa juga perlu mendidik

dengan cara yang betul dan tidak lari dari fokus utama yang ingin

dicapai. Sama ada berjaya dalam bidang akademik, keagamaan juga

penting diterapkan kepada anak-anak. Baiknya akhlak seseorang anak

19

Page 20: EDU PPG

itu bergantung kepada ajaran dalam kawasan persekitaran mereka

yang paling hampir iaitu di rumah.

Ceramah motivasi ini berfokuskan kepada bagaimana ibu bapa

ingin mendidik cara yang betul dan bagaimana ciri-ciri anak yang

cemerlang. Ceramah yang disampaikan secara santai dan penuh

dengan unsur humor membantu ibu bapa untuk terus kekal fokus. Ibu

bapa juga melahirkan satu keazaman bahawa mereka perlu membuat

sesuatu untuk melihat anak mereka berjaya dan tidak hanya

menyerahkan anak mereka kepada guru semata-mata.

Ibu bapa juga berjanji akan menyediakan ruang pembelajaran di

rumah dan juga menghantar anak mereka ke kelas tambahan yang

diadakan disekolah. Ambil tahu mengenai jadual belajar, jadual

peperiksaan dan ibu bapa sangat digalakkan untuk berjumpa dengan

guru sekiranya terdapat sebarang kelemahan yang ingin dibaiki.

Pendekatan Kepimpinan Oleh Guru Besar

Ucapan dan amanat yang disampaikan oleh guru besar sangat

bermakna. Guru besar mempercayai bahawa setiap guru dan ibu bapa

mahu melihat kejayaan anak-anak mereka. Segala aktiviti yang

dijalankan disekolah adalah untuk membantu anak-anak ini berjaya

dalam setia perkara.

Guru besar memohon sokongan dari ibu bapa untuk memberi

semangat kepada anak-anak mereka dalam apa jua perkara sama ada

dari segi sukan dan juga akademik. Murid yang cemerlang merupakan

murid yang boleh menyesuaikan diri dalam semua perkara.

Sifat kepimpinan yang ditonjolkan dalam program ini ialah

kepimpinan moral. Kepemimpinan moral sebagai suatu bentuk

bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui prinsip-prinsip dan

pegangan nilai yang terpuji. Unsur-unsur moral harus disebatikan

dalam cara hidup seseorang pemimpin. Guru besar menunjukkan sifat-

20

Page 21: EDU PPG

sifat dan nilai etika yang boleh dicontohi oleh pelajar, ibu bapa dan

komunitinya.

Refleksi Program

Program ini mendapat sokongan penuh dari pihak pentadbir sekolah.

Program yang dijalankan ini adalah bertujuan guru-guru mata pelajaran

berbincang dengan ibu bapa calon-calon UPSR tahun 2015 mengenai

masalah yang dihadapi dan juga mencari jalan penyelesaian yang

terbaik untuk meningkatkan tahap pencapaian murid.

Kekuatan

Kekuatan yang dapat dilihat dalam program ini ialah susunan program

yang sesuai dan tidak mendapat sebarang rungutan dari pihak ibu

bapa yang hadir. Guru-guru juga menyelia program temu murni di

dalam kelas dengan baik. Bahasa dan percakapan juga tidaklah

sampai menguris hati dan perasaan ibu bapa. Guru besar juga

memantau perjalanan program ini kerana ibu bapa merupakan aset

dan pelanggan kepada sekolah.

Objektif program tercapai dengan kehadiran semua ibu bapa

tahun 6. Respon yang diterima juga sangat baik dan rata-rata ibu bapa

sedia memberi kerjasama kepada guru untuk membantu meningkatkan

tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.

Kelemahan

Setiap program yang dijalankan mempunyai kelemahan yang mungkin

boleh diperbaik untuk masa depan. Antara kelemahan yang paling

jelas ialah pihak sekolah tidak menyediakan makanan kepada ibu bapa

yang hadir. Peruntukan untuk program ini tidak disediakan dan pihak

PIBG juga tidak dimaklumkan dengan lebih awal oleh pihak sekolah.

Masalah ini dianggap terlepas pandang dan guru besar telah pun

memohon kemaafan diatas kekurangan dari pihak sekolah.

21

Page 22: EDU PPG

Kesimpulan Dan Penambahbaikan

Hebatnya seorang pemimpin dapat melahirkan juga pekerja atau anak

buah yang hebat. Melalui setiap program yang dijalankan ini, sifat

kepimpinan dari seorang pemimpin sekolah iaitu guru besar terserlah.

Program motivasi dan temu murni ini sangat memberi kesan dan wajar

diteruskan dari semasa ke semasa supaya tindakan yang diambil itu

bakal menghasilkan kejayaan yang ingin dicapai.

Majlis temu murni dilihat lancar dan memberi kesan yang

mendalam kepada ibu bapa yang hadir. Ceramah motivasi yang

disampaikan sangat menyentuh perasaan dan membangkitkan

suasana insaf di kalangan murid dan ibu bapa. Peranan ibu bapa dan

guru kepada anak-anak sangat penting. Dorongan dan nasihat

sentiasa diperlukan oleh anak-anak. Guru juga perlu mencungkil bakat

yang terpendam dalam diri murid supaya potensi yang dimiliki mereka

dapat ditonjolkan.

3.3 PERLANTIKAN DAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya

kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah mennetukan hala

tuju yang ingin dicapai.

Perancangan, Pengurusan Dan Perlaksanaan

Pengenalan Program

Pemimpin merupakan unsur terpentng di sesebuah sekolah dalam

mewujudkan iklim disiplin yang baik. Oleh yang demikian, pemimpin

seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan perana

dan tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut

sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak.

Objektif

22

Page 23: EDU PPG

1. Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan

2. Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam

potensi diri.

3. Menerapkan rasa tanggunjgawab, suka persekitaran dan dapat

melaksanakan tugas dengan jujur , amanah dan dedikasi.

4. Meningkatka kemahiran kepimpinan dan komunikasi berkesan.

5. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan ‘Role Model’ kepada

murid-murid lain.

Jawatankuasa

Kursus kepimpinan SKSP

Tahun 2015

Penasihat

Tuan Haji Saidi Bin Jusoh

(Guru Besar)

Pengerusi

Puan Hajah Hapisah Bt Hamzah

(Penolong Kanan 1)

Naib Pegerusi I

Encik Amran Bin Ibrahim

(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi II

Encik ahmad khairi bin jusoh

(Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha

Encik Zaidi bin Haron

(Guru Bimbingan Dan Kaunseling)

23

Page 24: EDU PPG

Bendahari

Puan Muhaida Bt Muhamad

(Guru Pengawas)

Jawatankuasa Kerja

Persiapan Tempat

En Ahmad Roslee Mohamad

En Mohd Zani Bin Awang

Siaraya / LCD

En. Shukri Bin Mohd Zain

Dokumentasi Dan Publisiti

Cik Che Wan Hasnawati Aida

Makanan Dan Minuman

Pn Noraini Bt Yaakub

Pn Zanariah Bt Kassim

Bahan / Peralatan

Pn Zilawati Salleh

Pn Rogayah Bt Che Salleh

Pn Hajah Rahimah Bt Abdul Rahman

Fasilitator Pengawas Sekolah

Pn Muhaida Bt Muhamad

Ustaz Mohd Zaki Bin Shafie

Fasilitator Pengawas SPBT

Pn Norina Bt Mohd Nor

Encik Suhaimi Bin Zakaria

Fasilitator Pengawas Perpustakaan

24

Page 25: EDU PPG

Pn Zalina Bt Hussin

Pn Engkku Norizah Bt Engku Ali

Sijil Penyertaan

Pn Zalina Bt Hussin

Pn Muhaida Bt Muhamad

Pn Norina Bt Mohd Nor

Peserta Kursus

Semua Pengawas Sekolah

Semua Pengawas SPBT

Semua Pengawas Perpustakaan

Jadual Program

25

Page 26: EDU PPG

Pengenalan kepada kursus kepimpinan yang dijalankan disekolah ialah

menyatakan bahawa pemimpin merupakan unsur terpenting di sesenuah sekolah

dalam mewujudkan iklim disiplin yang baik. Oleh yang demikian, pemimpin

seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan peranan dan tugas

mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut sebagai iabadah dan

memerlukan pengorbanan semua pihak.

Guru besar dan guru pembimbing sekolah iaiu Encik Zaidi bin Haron telah

menggariskan lima objektif utama bagi kursus kepimpinan ini. Pertama ialah

membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan. Jumlah pengawas yang

dilantik bukan lah di dalam jumlah yang besar dan pihak sekolah bercita-cita ingin

melahirkan pemimpin yang berkualiti dan bukannya kuat sebagai kuantiti yang

banyak. Objektif yang kedua ialah membina individu yang kerkeyakinan dan

berketrampilan dalam potensi diri. Seorang pemimpin perlu mempunyai keyakinan

dalam menjalankan sesuatu tugas dan perlu dipandang sebagai seorang tegas dan

berkaliber tinggi. Setiap murid mempunyai potensi diri yang berbeza-beza. Harapan

guru besar semasa kursus ini, murid dapat menzahirkan kelebihan masing-masing.

26

Masa / waktu progam

8.00 a.m Taklimat dan pendaftaran

8.30 a.m Ucapan Guru penolong kanan HEM

9.00 a.m Ceramah AKU DILAHIRKAN SEBAGAI PEMIMPIN

(Encik Mohd Faisal Bin Abdullah)

Guru Bimbingan Dan Kaunseling SKKR

10.30 a.m Sesi taaruf

11.00 a.m REHAT

11.30 a.m Bengkel (penyelesaian Tugas)

Pengawas sekolah (surau sekolah)

Pengawas perpustakaan (perpustakaan)

Pengawas SPBT (bilik Muzik)

12.45 p.m Makan tengah hari

2.00 p.m Pembentangan kumpulan

3.30 p.m REFLEKSI

4.00 p.m Perasmian penutup dan pembahagian sijil oleh Guru Besar

Page 27: EDU PPG

Selain itu, objektif yang ketiga ialah menerapkan rasa

tanggungjawab, suka persekitaran dan dapat melaksanakan tugas

dengan jujur, amanah dan dedikasi. Ciri-ciri tersebut merupakan

sangat penting bagi seorang pemimpin walaupun berhadapan dengan

rakan baik mereka sendiri. Setiap kesalahan yang dilakukan perlu

dicatatkan dan dilaporkan kepada guru disiplin untuk diambil tindakan.

Objektif yang keempat pula ialah meningkatkan kemahiran kepimpinan

dan komunikasi berkesan. Komunikasi merupakan perkara yang

penting pada zaman sekarang, percakapan dan bahasa yang

digunakan oleh seorang pemimpin perlu menunjukkan mereka

mempunyai keyakinan dan bahasa yang digunakan mereka jelas dan

mudah difahami. Seterusnya, guru besar ingin melahirakn pemimpin

yang dapat dijadikan ‘Role Model’ kepada murid lain.

Bagi menjayakan kursus kepimpinan ini, guru besar telah

menguatkan sokongan dari pihak guru dengan 24 orang guru yang

terlibat termasuk semua penolong kanan. Sepuluh penjawatan dan

senarai tugas telah diberikan kepada semua guru yang terlibat.

Perjalanan program dimulakan dengan ucapan daripada Guru

penolong kanan HEM sebagai pembuka bicara bagi kursus yang bakal

dijalankan. Guru penolong kanan HEM juga bertanggungjawab

mengenai hal kebajikan semua murid di sekolah. Setelah selesai

ucapan yang penuh dengan ingatan dari guru penolong kanan HEM,

majlis diteruskan dengan sesi ceramah. Ceramah yang bertajuk ‘Aku

Dilahirkan Sebagai Pemimpin’ telah disampaikan oleh Encik Mohd

Faisal bin Abdullah dari Sekolah Kebangsaan Kampung Raja. Guru

besar mengambil pendekatan untuk menjemput penceramah atau guru

dari sekolah lain bagi menarik minat murid dan memberikan perspektif

baru kepada murid.

Aktiviti diteruskan dengan sesi taaruf. Sesi taaruf ini bertujuan

untuk membina keyakinan diri murid untuk bercakap dihadapan rakan-

rakan yang lain. Guru besar juga melibatkan diri dalam aktiviti taaruf ini

sebagai fasilitator. Sebagai seorang pemimpin sekolah, beliau telah

menunjukkan ciri kepimpinan yang sanggup bersama-sama orang

yang dipimpin dan menjalankan aktiviti bersama-sama dan tidak hanya

27

Page 28: EDU PPG

melihat sahaja. Setiap pengawas, pengawas perpustakaan dan

pengawas buku teks telah diberikan tugasan yang perlu diselesaikan.

Pihak pengurusan mengambil pendekatan menggunakan bilik yang

berbeza bagi setiap kumpulan pemimpin bagi dapat memberikan

mereka lebih ruang untuk menyelesaikan tugasan.

Tugasan yang diberikan telah berjaya diselesaikan oleh peserta

kursus. Sebelum pembentangan dilakukan, mereka disediakan dengan

makan tengah hari di kantin sekolah. Selesai sahaja menjamu selera,

solat zohor secara berjemaah dilaksanakan di surau sekolah. Aktiviti

kerohanian turut menjadi keutamaan guru besar bagi melahirkan

pemimpin yang mempunyai nilai moral yang tinggi.

Sebelum majlis penutup diadakan, guru bimbingan dan

kaunseling telah menjalankan sesi refleksi bagi kursus yang telah

dijalankan. Setiap murid perlu menyatakan apakah input atau

pengajaran yang berguna diperoleh pada hari ini. Guru besar juga

sempat mendengar luahan dan pandangan daripada murid yang

menawarkan diri untuk memberi refleksi. Majlis penutup diadakan

dengan penuh gilang gemilang. Selain mendengar ucapan dari guru

besar, murid juga dianggap berjaya dan lulus untuk memegang sijil

sebagai seorang pemimpin.

Impak Kursus Kepada Peserta Kursus

Bakat kepimpinan murid khususnya pengawas, pengawas pusat

sumber dan tunas pembimbing rakan sebaya amat diperlukan dalam

sesebuah sekolah. Kebolehan dan kemampuan memimpin ini dapat

membantu pihak pengurusan sekolah meningkatkan kualiti disiplin dan

ketrampilan warga sekolah. Pengawas dan pengawas pusat sumber

merupakan satu badan penting di sekolah dalam membantu

mewujudkan iklim yang baik. Sesuatu kursus yang dijalankan telah

digariskan objektif yang ingin dicapai oleh penganjur.

Semua pengawas yang menjalani kursus ini menunjukan sikap

dan disiplin yang tinggi. Mereka menepati masa dan mengikut segala

arahan yang diberikan dengan baik. Mereka juga dapat menimba

28

Page 29: EDU PPG

banyak ilmu dan juga pengalaman baru sepanjang kursus ini. Murid

menunjukkan sikap yang baik setelah selesai kursus dan mula

memahami tanggungjawab masing-masing. Mereka dapat

menyediakan jadual tugasan sendiri dan setiap dua orang pengawas

sekolah ditugaskan untuk menjaga satu kelas apabila guru-guru

mempunyai mesyuarat.

Kesan daripada kursus jelas kelihatan pada bidang tugas murid-

murid. Apa yang membanggakan ialah setiap tugasan yang dibuat

tidak menyusahkan guru malah menyenangkan lagi kerja guru di

sekolah. Bakal pemimpin yang baik akan dilahirkan disekolah kelak.

Pendekatan Kepimpinan Oleh Guru Besar

Bagi menjayakan kursus kepimpinan ini, guru besar telah menguatkan

sokongan dari pihak guru dengan 24 orang guru yang terlibat termasuk

semua penolong kanan. Sepuluh penjawatan dan senarai tugas telah

diberikan kepada semua guru yang terlibat.

Pendekatan yang diambil oleh Guru Besar ialah bagi guru-guru

yang menjayakan kursus ini ialah dengan menggunakan Teori Situasi

iaitu gaya kepimpinan menyerahkan. Guru besar menyerahkan tugas

kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk menjalankan kursus ini

dan pihak sekolah hanya menyediakan peruntukan bagi kursus ini.

Jawatankuasa kerja yang dilantik juga adalah berdasarkan kepada

persetujuan beliau dan hasil perbincangan bersama pihak pengurusan

sekolah yang lain.

Guru besar menunjukkan sikap menyokong yang baik. Guru

besar juga bertanggungjawab dalam memastikan setiap slot diisi

dengan sebaik mungkin oleh guru yang bertugas supaya dapat

meningkatkan keberhasilan murid.

Refleksi Program

Program ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang

oleh pihak jawatankuasa. Guru besar memberikan sokongan yang

29

Page 30: EDU PPG

sepenuhnya kepada program ini dan menjadikan kursus ini sebagai

panduan kepada murid untuk menjalankan tugas-tugas mereka

disekolah sebagai pembantu guru.

Kekuatan

Kekuatan yang dapat dilihat sepanjang program ini ialah bermula

dengan ceramah yang bertajuk Aku Dilahirkan Sebagai Pemimpin.

Ceramah yang disampaikan oleh Encik Faisal sangat menyentuh hati

dan membakar semangat peserta kursus. Selain itu, aktiviti berbengkel

menjadikan semua murid berusaha dengan gigih untuk menyiapkan

tugasan dan mereka dapat menunjukkan peranan sebagai seorang

pemimpin yang bagus.

Kursus yang dijalankan ini telah mencapai objektif yang telah

ditetapkan dan sesuai dengan keberhasilan murid di sekolah.

Pemimpin yang baik seperti guru besar menjadikan kemenjadian murid

juga dipandang tinggi oleh masyarakat.

Kelemahan

Setiap program yang dijalankan juga mempunyai kelemahan yang

sendiri. Daripada kursus kepimpinan ini, kelemahan yang pertama

ialah tempat kursus yang kurang selesa bagi murid serta guru. Dewan

terbuka dilihat tidak sesuai kerana peserta kursus tidak dapat memberi

perhatian sepenuhnya kepada ceramah dan juga aktiviti yang

dijalankan. Selain itu, masa yang digunakan juga dianggap terlalu

singkat dan murid-murid tidak mendapat pendedahan yang

sepenuhnya.

Kesimpulan Dan Penambahbaikan

Program-program yang dilaksanakan dinilai oleh setiap peserta kursus.

Post mortem juga dilakukan setelah selesai sesuatu program yang

dijalankan. Guru besar sentiasa berbincang dengan pengerusi program

30

Page 31: EDU PPG

bersama ahli jawatankuasa yang terlibat. Setiap program yang

dilaksanakan ini banyak memberi pengalaman, input dan pengajaran

kepada saya sendiri sebagai seorang guru.

Bagi kursus kepimpinan pengawas, bilangan peserta kursus

perlu ditambah bagi menjayakan lebih banyak aktiviti. Bilangan hari

juga perlu ditambah bagi memberi lebih ruang kepada murid untuk

menjalankan aktiviti dan tidak terkejar-kejar dengan masa. Aktiviti

riadah juga perlu diselitkan supaya dapat menjadikan murid lebih

cergas sepanjang kursus.

4.0 REFLEKSI

Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang

berkesan. Ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah

lebih baik atau lebih hebat dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin

yang berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi

organisasi. Di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, guru besar adalah

pemimpin atau peneraju dan merupakan orang yang akan menentukan

halatuju organisasi dan kakitangan. Pemimpin sekolah adalah perancang,

misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan terhadap

pencapaian matlamat organisasi.

Kejayaan organisasi dan maruah kakitangan dikaitkan dengan kualiti

kepimpinan. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu

peminpin yang dapat menigkatkan martabat organisasi. Berdasarkan fakta

dibuktikan dalam penulisan ini, kepimpinan di organisasi sekolah sekarang

telah memainkan peranan penting dalam kepimpinanya untuk mengubah

organisasi dan juga sikap kakitangan.

Kewibawaan dan kecermerlangan kepimpinan di sekolah kebangsaan

seri payong mempunyai perkaitan dan pengaruh yang kuat ke atas kualiti

produk (murid-murid) dalam usaha mencapai wawasan pendidikan negara

bertaraf dunia dan merialisasi wawasan Plan Induk Pembagunan Pendidikan.

Kepimpinan yang berkesan serta kakitangan yang mempunyai komitmen

tinggi dengan moto sekolah ‘Usaha Asas Jaya’ akan meneraju perubahan.

31

Page 32: EDU PPG

Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha

mencapai objektif kumpulan atau organisasi. Kepimpinan ialah proses

mempengaruhi kelompok, mengarah aktiviti mencapai matlamat yang sama.

Kepimpinan tidak boleh lari dari pengaruh mempengaruhi pemimpin dan

orang yang dipimpin. Pemimpin penting dalam pembentukan dan hala tuju

organisasi. Kepimpinan berlaku apabila seorang mendorong, memujuk dan

mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah pencapaian sesuatu objektif

organisasi. Kepimpinan ialah seni atau satu proses mempengaruhi kegiatan

manusia mencapai gol organisasi. Kunci dalam kepimpinan ialah pengaruh.

pengaruh ini memainkan peranan yang dominen dalan kejayaan sesuatu

kepimpinan.

Organisasi yang berjaya dibezakan dengan organisasi tidak berjaya

bergantung kepada gaya kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kejayaan

organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang

berkesaan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd.Karim 1989). Atang

Long dalamkajiannya pada 1991 mendapati sekolah-sekolah yang

mempunyai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik adalah dipimpin

oleh pengetua yang mempunyai kepimpinan yang berkesan. Pakar

pengurusan dan psikologi menjelaskan tiada satu bentuk kepimpinan yang

tertentu mencapai matlamat organisasi, oleh itu kepimpinan terbuka kepada

perubahan dan kedaan persekitaran..

Pengurusan dan kepimpinan dua perkara saling berkaitan dan

bersepadu, ini kerana pengurusan yang baik, cekap dan berkesan

mencerminkan kualiti kepimpinan. Pengurusan dan kepimpinan yang

berkesan akan dapat mengerakkan anggota organisasi melaksanakan tugas

dengan penuh didikasi ke arah mencapai aspirasi dan objektif yang dirangka.

Kajian perubahan atau kemajuan mengatakan bahawa sesuatu inovasi

memerlukan keadaan yang dapat mengerakkanya supaya dapat

dilaksanakan, salah satu pengerak dengan dengan kepimpinan yang

berkesan.

Pemimpin yang berkesan dapat mengubah organisasi dan tingkahlaku

kakitangan dari sedia wujud kepada suatu kedaan yang lebih dinamik dan

mempunyai matlamat pencapian. Ini dilakukan dengan mencipta wawasan

organisasi, menanam semangat bertanggungjawab melaksankana perubahan

32

Page 33: EDU PPG

pada pekerja dan menyemai budaya dan strategi baru bagi organisasi.

Kepimpinan yang berkesan tidak dapat dinafikan terbukti boleh

mempengaruhi organisasi dan tingahlaku serta sikap kaki tangan dibawahnya

.

Rujukan

Buku

Charlotte danielson (2006). Teacher Leadership : That Strengthens Professional

Practice. Association For Supervision & Curriculum Deve.

Nancy Austin, Thomas J Peters (1989). A Passion For Execellence. Grand Central Publishing.

33

Page 34: EDU PPG

Modul Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 (2011). Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya.

Paul h. Hersey, kenneth h. Blanchard, dewey e. Johnson (2012). Management Of Organizational Behavior : Leading Human Resourses. Prentice Hall.

Thomas j. Sergiovanni (1992). Moral Leardership : Geeting To The Heart Of School Improvement. Education.

Zaidatul akmaliah lope pihie dan soaib asimiran (2011). Transformasi kepemimpinan pendidikan : cabaran dan halatuju, kuala lumpur. Publisher sdn. Bhd.

Bahan internet.

Wikipedia (2009), Kepemimpinan. Dimuat turun pada 1 Mac 2015 daripada http://kepemimpinan-fisipuh.blogspot.com/

Rahayu ginintasasi, (2009). Kepemimpinan. Dimuat turun pada 5 mac 2015 daripada http://ile.upi.edu/Direktori/FIP/JUR._PSIKOLOGI/195009011981032-RAHAYU_GININTASASI/kepemimpinan.pdf

34